You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

56000 KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS 1


(INDIVIDU)
SEMESTER : 2 TAHUN : 2020

KOD KURSUS

KURSUS

Nama Pelajar YEONG ZI YING

Angka Giliran 2019172310074

No. Kad Pengenalan 010530-06-0692


Kumpulan/Unit J2.7

Nama Pensyarah
Tarikh Hantar

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh


pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda Tangan Pelajar: Tarikh:

Markah
Isi Kandungan

Pengenalan............................................................................................................................................1
Usaha yang digembleng bagi pemantapan sahsiah murid.....................................................................2
Guru...................................................................................................................................................2
Sekolah..............................................................................................................................................4
Kementerian......................................................................................................................................5
Penilaian berdasarkan perkara yang telah dilaksanakan oleh guru, sekolah dan kementerian.............8
Kesimpulan............................................................................................................................................9
Pengenalan
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2015), sahsiah bermaksud menuntut ilmu dan
melengkap proses pembinaan peribadi. Sahsiah juga menjelaskan tingkah laku atau
perlakuan seseorang yang diamalkan dalam pergaulan seharian. Sahsiah yang mulia harus
diterapkan dalam sanubari anak-anak sejak berada di bangku sekolah lagi.

Rajah 1: Salah Laku Disiplin Pelajar Sekolah Pada Tahun 2017

Namun begitu, masalah keruntuhan sahsiah murid sering terpapar di dada akhbar.
Masalah ini amat membimbangkan semua pihak. Rajah 1 merupakan statistik salah laku
disiplin pelajar sekolah pada tahun 2017. Statistik ini dimuat turun daripada Astro Awani
pada 21 Mac 2018. Dalam statistik ini, ponteng sekolah merupakan kesalahan yang lebih
serius dilakukan oleh pelajar. Oleh itu, murid dari sekolah rendah haruslah dididik dan
dibimbing baik dengan mencurahkan konsep pendidikan yang baik supaya tidak melakukan
sesuatu yang akan menjatuhkan maruah diri sendiri dan ahli keluarga.

Asas pendidikan merupakan pembentukan sahsiah manusia. Pendidikan boleh diertikan


sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermaksud pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang
mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi
insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu demi
berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakat pada masa yang akan datang. Di samping
itu, pendidikan juga adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
Potensi intelek, fizikal, rohani dan emosi dapat dikembangkan ke tahap kesempurnaan
melalui pendidikan.

1
Usaha yang digembleng bagi pemantapan sahsiah murid

Guru
“Walaupun semua pihak perlu memainkan peranan secara menyeluruh untuk
menangani masalah disiplin dan moral pelajar-pelajar tetapi peranan pihak sekolah dan guru
lebih berkesan kerana pelajar-pelajar menerima pendidikan secara formal dan sistematik”
(Abdul Rahim Abdul Rashid, 2001). Menurut Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim dan
Anisah Hashim (2017), kod etika keguruan merupakan tunjuk ajar yang membantu guru
supaya mengamalkan tatasusila yang tinggi dan komited dalam menjalankan tugas sebagai
pendidik dengan cemerlang.

Guru merupakan insan yang terdekat dengan murid-murid selepas daripada ibu bapa.
Dengan kata yang lain, guru merupakan pengganti ibu bapa yang bertanggungjawab untuk
menanamkan sikap yang baik terhadap murid supaya murid dapat berkembang menjadi
warganegara yang berjasa kepada masyarakat dan negara. Guru merupakan ejen yang
mencorakkan akhlak dan sahsiah murid-murid. Tingkah laku guru terus mempengaruhi
kelakuan murid. Guru yang berketerampilan, penyabar, bertanggungjawab, emosi yang
seimbang dan mempunyai sistem nilai yang tinggi menjadi ikutan oleh muridnya.

Rajah 2: Seorang guru sedang memberi tunjuk ajar

Dari perspektif lain, guru juga mempunyai hubungan yang baik dengan murid. Hubungan
yang positif dapat memperkukuhkan komunikasi antara kedua-dua pihak. Ini disebabkan
oleh hubungan guru dengan murid mempengaruhi perkembangan dan prestasi
pembelajaran murid. Murid juga memberi kerjasama yang sepenuh semasa waktu
pengajaran dan pembelajaran. Rajah 2 yang dimuat turun daripada Berita Harian Online
telah menunjukkan seorang guru yang memberi tunjuk ajar kepada murid-murid (Nik Hasnah
Ismail, 2014). Perkara yang amat berkesan ialah pujian daripada guru merupakan dorongan

2
murid untuk menerusi sama ada kurikulum ataupun kokurikulum. Ungkapan-ungkapan
seperti “Bagus, murid” dapat meningkatkan motivasi murid dan murid juga akan sentiasa
berfikiran positif (Greelane, 2019).

Lebih-lebih lagi, guru sebagai seorang pendidik juga sentiasa berpegang teguh kepada
agama masing-masing. Agama atau kepercayaan menjadi asas kepada perilaku dan
tindakan seseorang dalam kehidupan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017). Seseorang
yang beragama tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama diri
sendiri. Sebagai contoh, seorang yang beragama tidak akan melakukan perkara ponteng
sekolah kerana perbuatan ini akan menjatuhkan maruah diri sendiri. Guru juga sentiasa
mencurahkan konsep moral yang betul dalam sahsiah mereka. Warganegara yang bermoral
tinggi telah mengurangkan masalah sosial yang amat serius di negara kita. Dengan ini, imej
negara dapat ditingkatkan kerana Malaysia digelar sebagai negara yang aman dan damai.

Rajah 3: Surat Pekeliling Perkhidmatan

Pada waktu yang sama, cara pemakaian dan pertuturan guru juga sentiasa dijaga
dengan baik. Pada era globalisasi ini, cara pemakaian budaya barat amat menjejaskan
pemikiran golongan remaja. Sebagai contoh, remaja kini lebih suka berpakaian kemeja-T
dan jeans berbanding dengan pakaian tradisional. Oleh itu, guru berperanan penting untuk
membetulkan konsep murid terhadap cara pemakaian. Guru menjadi teladan dengan
memakai pakaian tradisional seperti baju kurung semasa mengajar di sekolah. Pakaian guru
mestilah bertutup aurat dan tidak menjolok mata. Menurut Kerajaan Malaysia (2008), satu
Surat Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan berkaitan dengan kewajipan
memakai pakaian batik oleh pegawai awam pada hari khamis. Bukti ini dapat ditunjukkan
dalam rajah 3.

3
Sekolah

Di samping itu, peranan sekolah untuk membentuk sahsiah murid juga tidak boleh
dinafikan. Menurut Kamaruddin Husin (1995), tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat
dapat dilihat daripada beberapa aspek misalnya sosialisasi, persediaan untuk pekerjaan,
pendidikan dan latihan dan mengawasi murid. Apabila memperkatakan tentang sosialisasi,
sosialisasi adalah proses interaksi yang membantu khalayak memperoleh sahsiah dan
belajar cara hidup dengan masyarakat sekelompok. Proses sosialisasi berperanan signifikan
dalam mencorakkan personaliti murid. Ahli keluarga, rakan sebaya, media massa, sekolah
dan sebagainya merupakan agen sosialisasi. Sekolah merupakan organisasi yang penting
kerana berupaya mengubah bentuk masyarakat dengan mengajar generasi muda supaya
berhubungan baik dengan orang lain dan memudahkan mereka bergaul dan memainkan
peranan dalam sesuatu organisasi masyarakat. Dengan ini, masalah keruntuhan akhlak
murid sedikit sebanyak dapat dikurangkan.

Rajah 4 : Motivasi yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM di Lumut, Perak

Sementara itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mewajibkan kelas
moral dan agama kepada murid-murid. Melalui kelas moral dan agama, murid dapat
menerapkan nilai-nilai murni dalam sahsiah diri sendiri. Selain daripada itu, bahagian
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah juga boleh melancarkan aktiviti untuk membentukkan
sahsiah murid. Misalnya, Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM di Lumut, Perak telah
mengadakan motivasi yang bertajuk “Pembangunan Dan Perkembangan Sahsiah Diri
Murid” bertujuan untuk membentuk keperibadian cemerlang murid. Bukti motivasi ini dapat
ditunjukkan dalam rajah 4. Pelbagai inisiatif telah diamalkan dalam kalangan murid supaya
melahirkan murid yang berakhlak tinggi.

4
Rajah 5 : Aktiviti penjagaan telur mentah

Lain daripada ini, faktor keadaan persekitaran sekolah boleh memberi kesan kepada
pembentukan tingkah laku murid (Rusni Mohd. Nor, 2005). Persekitaran sekolah yang
selesa melahirkan kesan positif terhadap pengajaran dan pembelajaran serta penghayatan
nilai-nilai. Pihak sekolah mempraktikkan murid supaya mengamalkan sikap
bertanggungjawab dan berdisiplin dalam sanubari diri bermula dari perkara yang remeh-
temeh. Pihak sekolah memberi tugasan kepada anak murid melalui aktiviti yang boleh
mendidik mereka untuk menjaga amanah dan bersikap tanggungjawab terhadap sesuatu
tugasan. Sebagai contoh, aktiviti yang telah diketengahkan adalah penjagaan telur mentah
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5. Aktiviti ini dijalankan dengan cara murid menjaga
telur mentah selama satu hari dan membawa ke mana sahaja tempat yang mereka pergi
dengan syarat telur tersebut tidak boleh pecah ataupun direbus. Maka, melalui aktiviti ini,
murid akan belajar bahawa pentingnya untuk menjaga amanah dan bertanggungjawab
dalam menjaga amanah tersebut. Di sebaliknya, aktiviti ini dapat menarik minat murid dan
mempertingkatkan keseronokan dalam waktu pembelajaran. Ini merupakan cara yang baik
dan berkesan untuk mendidik murid-murid. Secara tidak langsungnya, sahsiah murid dapat
dipupuk.

Kementerian

Rajah 6 : Modul Program Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Murid (PPSDM)


5
Menurut Wikipedia (2020), Kementerian Pendidikan merupakan sebuah kementerian
di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti
dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya serta memenuhi
aspirasi negara Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga berperanan
signifikan untuk membentuk murid yang berakhlak tinggi demi kepentingan dan kebaikan
pembangunan negara. KPM berkuat kuasa dengan menawarkan pelbagai program untuk
meningkatkan sahsiah murid. Sebagai contoh, antara program yang pernah dilaksanakan
oleh KPM ialah Modul Program Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Murid (PPSDM). Rajah
6 merupakan buku program yang telah digunakan (Kementerian Pelajaran Malaysia, n.d).
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid yang telah melakukan
kesalahan disiplin bagi melakukan perubahan sikap serta tingkah laku. Dalam program ini,
kemahiran insaniah murid lebih difokuskan. Lebih-lebih lagi, objektif PPSDM ini ialah
membangunkan potensi dan meningkatkan disiplin diri murid, mengubah tingkah laku murid
menjadi lebih baik serta meningkatkan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan
murid.

Rajah 7 : Institut Pendidikan Guru Malaysia

Di samping itu, KPM juga amat menitikberat terhadap Institut Pendidikan Guru
Malaysia iaitu IPGM. Rajah 7 merupakan logo IPGM. IPGM merupakan satu institut
pendidikan yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah. Kebanyakan guru yang berkualiti
dapat dilahirkan daripada IPGM. Faktor yang penting untuk menentukan keberhasilan murid
adalah dengan mempersembahkan kualiti seorang guru kepada murid melalui pendekatan
dalam kelas. KPM sentiasa menawarkan bengkel atau seminar kepada guru-guru supaya
mereka berpeluang untuk memenuhi diri sendiri dengan pengetahuan yang baru dan terkini.
Misalnya, Program “Guru Viral” yang dianjurkan oleh pihak berkuasa bermatlamat untuk
meningkatkan motivasi serta semangat guru-guru bagi terus mendidik murid-murid dan
merasa bangga dengan pekerjaan penguruan.

6
Bukan itu sahaja, sebuah unit iaitu perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang
ditubuhkan oleh KPM di sekolah juga memainkan peranan penting untuk membentuk
sahsiah murid. Guru yang di bawah jabatan ini mesti menerima latihan atau program
kaunseling supaya berlayak untuk memberi nasihat atau prihatin yang matang kepada
murid. Dalam unit ini, mereka lebih memberi fokus kepada pembangunan dan pemantapan
sahsiah dan disiplin murid berbanding dengan akademik murid. Lebih-lebih lagi, KPM juga
telah melaksanakan sebuah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang
bertujuan untuk meningkatkan aspirasi murid dan visi sistem pendidikan secara keseluruhan
dalam tahun 2013 hingga 2025. Antara perkara yang amat difokuskan dalam PPPM ialah
aspirasi sistem pendidikan dan aspirasi murid (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
KPM berhasrat melalui pelan ini dapat melahirkan murid yang berpengetahuan tinggi dan
6
juga berakhlak mulia.

Rajah 8 : Program Pembangunan Sahsiah dan Motivasi Pelajar

Selain daripada KPM, badan bukan kerajaan juga amat mengambil berat terhadap
akhlak dan sahsiah murid. Pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga
berperanan penting dalam usaha meningkatkan kemahiran guru dan pelajar dan
mempertingkatkan prasarana sekolah ke taraf yang lebih berkualiti dan baik (Tuty Haryanti
Ahmad Rodzi, 2019). Sebagai contoh, Pertubuhan Ikram Muar iaitu sebuah badan bukan
kerajaan telah menganjurkan Program Pembangunan Sahsiah dan Motivasi Pelajar di
Sekolah Kebangsaan Parit Raja. Rajah 8 merupakan gambar yang menunjukkan kejayaan
pelaksanaan program ini. Program ini bertujuan untuk membentuk disiplin murid dengan
pengisian aktiviti seperti qiamullail dan slot motivasi. Program ini juga mendapat sambutan
hangat daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Akhirnya, program ini berjaya
memberi pendedahan yang bagus dan efektif kepada murid-murid seperti membangunkan
sahsiah seimbang dan mempunyai jati diri.

7
Penilaian berdasarkan perkara yang telah dilaksanakan oleh guru,
sekolah dan kementerian

Antara perkara yang telah dilaksanakan oleh guru dalam pembentukan sahsiah amat
berkesan. Ini disebabkan oleh guru akan memberikan tunjuk ajar yang sempurna kepada
murid-murid. Guru yang sentiasa bersifat adil terhadap murid-murid tanpa pilih kasihan
dapat membentuk murid-murid yang mulia. Dengan kata kain, guru merupakan insan yang
penting untuk mencorakkan kehidupan murid-murid. Oleh itu, guru mesti berkelakuan baik
agar menjadi ikutan murid. Guru yang berjaya adalah guru yang dapat membina hubungan
yang erat dengan muridnya dari segi emosi yang intim dan dipercayai (Ahmad Firdaus Mohd
Noor, Kamarul Azmi Jasmi & Khairunnisa A Shukor, 2016).

Di samping itu, sekolah juga telah melakukan pelbagai aktiviti atau program untuk
memastikan sahsiah murid dapat dipertingkatkan. Misalnya, kewajipan untuk menghadiri
kelas moral dan agama dapat melahirkan murid yang sentiasa berpegang teguh kepada
ajaran yang telah dicurahkan. Kaedah pengajaran dalam kelas moral atau agama bukan
kepada hafalan untuk tujuan peperiksaan, tetapi lebih kepada amalan dan pemahaman
(Zakaria Kasa, 2018). Dari pengalaman saya, melalui kelas moral, saya juga berpeluang
untuk memahami budaya dan adat resam kaum lain. Dengan ini, saya dapat mengamalkan
sahsiah yang baik dengan menghormati kaum lain yang berlainan bangsa dan agama.
Pelbagai kaum hidup bersatu padu dapat membawa negara ke arah kegemilangan dan
kecemerlangan.

Tambahan pula, segala program yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan


Kesihatan juga mendapat sambutan yang hangat daripada setiap lapisan masyarakat.
Laporan Tahunan 2018 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
adalah laporan yang mengemaskinikan PPPM untuk memastikan sistem pendidikan ini terus
berada pada tahap berkualiti. Menteri Pendidikan negara kita iaitu Dr Maszlee Malik pernah
berkata program Sifat Cicir Murid berjaya mengurangkan kadar keciciran murid (Siti
Nursyahidah Abu Bakar, 2019). Dari segi perspektif saya, kerajaan juga harus menitikberat

8
dalam bidang pendidikan supaya negara dapat menghasilkan insan yang elit dan berjasa
kepada pembangunan negara.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, setiap lapisan masyarakat berperanan penting untuk
mencorakkan kehidupan seorang kanak-kanak. Tanggungjawab semua pihak tidak boleh
dinafikan. Kanak-kanak diibarat sehelai kain putih yang memerlukan masyarakat
sekelilingnya untuk mewarnakan sahsiah kanak-kanak dengan pengajaran dan pendidikan
yang baik. Hasil dari keprihatinan terhadap penanaman nilai dan moral akan mendatangkan
kesan positif di dalam pembangunan nilai pelajar. Usaha yang digembleng oleh pelbagai
peringkat masyarakat berhasrat dapat memantapkan sahsiah murid demi melahirkan warga
Malaysia yang berkeperibadian tinggi dan berilmu.

9
Rujukan

Abdul Rahim Abdul Rashid. (2001). Nilai-nilai murni dalam Pendidikan: menghadapi
perubahan dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn.Bhd.

Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi, & Khairunnisa A Shukor. (2016).
Pembinaan Hubungan di antara Guru dengan Pelajar. Technical and Social Science
Journal, 5(1), 138-148.

Ahmad Sukari Mohamad, & Mohd Nizam Sahad. (2014). Teori Kepimpinan Guru dalam
Pendidikan Berasaskan Pemikiran Al-Ghazali: Satu Perbandingan Dengan Teori
Kepimpinan Pendidikan Barat. Afkar Edisi Khas, 163-196.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ena Wasli. (n.d). Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat. Dimuat turun
pada Februari 29, 2020, daripada
https://www.academia.edu/4872092/Peranan_dan_Tanggungjawab_Sekolah_Terhada
p_Masyarakat

GPS Bestari. (2016). Bentuk disiplin, tingkat motivasi murid. Dimuat turun pada Mac 5, 2020,
daripada https://www.gpsbestari.com/berita/johor/bentuk-disiplin-tingkat-motivasi-
murid-1.518672

Greelane. (2019). Segala puji berkesan boleh meningkatkan motivasi pelajar. Dimuat turun
pada Mac 5, 2020, daripada https://www.greelane.com/ms/sumber/untuk-
pendidik/effective-praise-8161/

Harits Asyraf Hasnan. (2018, Mac 21). Ponteng sekolah catat rekod tertinggi salah laku
disiplin 2017. Astro Awani. Dimuat turun pada Mac 6, 2020, daripada
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ponteng-sekolah-catat-rekod-tertinggi-
salah-laku-disiplin-2017-171057

Kamaruddin Husin. (1995). Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (n.d). Modul Program Pembangunan Sahsiah dan Disiplin
Murid. Dimuat turun pada Mac 3, 2020, daripada https://sumberpendidikan.com/wp-
content/uploads/2017/11/Modul-Pembangunan-Sahsiah-Diri-Dan-Disiplin-Murid.pdf

10
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2015 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menegah). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Pendidikan Moral Tingkatan 2. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kerajaan Malaysia. (2008). Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008.


Pemakaian Pakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam pada hari Khamis. Dimuat
turun pada Mac 7, 2020, daripada
https://docs.jpa.gov.my/docs/spp/2008/spp012008.pdf

Mohamad Khairi Othman, & Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan. Journal of
General Studies,11, 117-126.

Nik Hasnah Ismail. (2014). Guru Ejen Pengubah Masyarakat. Berita Harian Online. Dimuat
turun pada Mac 8, 2020, daripada https://www.bharian.com.my/node/722

Pustaka Nadwa. (n.d). Program Guru. Dimuat turun pada Mac 4,2020 daripada
https://nadwa.my/program-guru/

Rusni Mohd Nor. (2005). Perkaitan antara budaya sekolah dengan pencapaian akademik
pelajar di Negeri Sembilan. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM. (2018). Motivasi Pembangunan dan Perkembangan


Sahsiah Diri Murid. Dimuat turun pada Mac 8, 2020, daripada
http://bkskptldm1.blogspot.com/2018/03/motivasi-pembangunan-dan-
perkembangan.html

Shamsiah Md Nasir, Mahani Ibrahim & Anisah Hashim. (2017). Penghantar Pengajian
Profesional. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Nursyahidah Abu Bakar. (2019, Julai 29). Pelan PPPM 2013-2015 catat pencapaian
signifikan. Sinar Harian. Dimuat turun pada Mac 8, 2020, daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/40515/BERITA/Nasional/Pelan-PPPM-2013-
2025-catat-pencapaian-signifikan

Tuty Haryanti Ahmad Rodzi. (2019, September 17). Swasta, NGO perlu terus bantu
Pendidikan negara. Berita Harian Online. Dimuat turun pada Mac 8, 2020, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/607759/swasta-ngo-perlu-terus-
bantu-pendidikan-negara

11
Wikipedia. (2020). Kementerian Pendidikan Malaysia. Dimuat turun pada Mac 7, 2020,
daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Pendidikan_Malaysia

Zaharah Hussin. (2005). Mendidik generasi berakhlak mulia: fokus peranan furu Pendidikan
Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria Kasa. (2018, Januari 25). Pastikan pendidikan kita bentuk rakyat berakhlak. Berita
Harian Online. Dimuat turun pada Mac 8, 2020, daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2018/01/380310/pastikan-pendidikan-
kita-bentuk-rakyat-berakhlak

12

You might also like