You are on page 1of 26

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

KUMPULAN 1
PENGERTIAN NILAI
AWANGKU AMIRUL RULIN BIN AWANG AHMAD
PENGERTIAN NILAI
NILAI diertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh
masyarakat untuk melihat, mengukur atau membuat pilihan
terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu, kualiti dan taraf
perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok
orang sebagai baik, berharga dan bernilai.
NILAI TRADISIONAL
MASYARAKAT MELAYU
AWANGKU AMIRUL RULIN BIN AWANG AHMAD & BERNADINE PERMAI STEVEN CLEMENT
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
• Kebanyakan orang Melayu masih tinggal di luar bandar
dan kehidupan mereka bersifat tradisional.
• Mereka ialah rakyat jelata & etika utama dalam politik yang
menentukan hubungan golongan ini dengan pihak
pemerintah atau aristokrasi ialah kesetiaan yang tidak
berbelah bagi.
• Sebagai rakyat, orang Melayu di desa menganggap
mereka perlu mematuhi & berkhidmat untuk pemimpin
sebagai suatu fadilah.
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
• Orang Melayu tradisional di desa juga mempertegas nilai
gotong-royong atau kerjasama dan perasaan esprit de
corps yang kuat.
• Dalam kehidupan ekonomi mereka pula, penyesuaian diri,
kerajinan, berdikari, berjimat-cermat, menghargai masa &
berjaga-jaga dalam sebarang usaha digalakkan.
• Kesemua nilai itu bukanlah tertinggi dalam alam nilai
Melayu tradisional. Perkara yang terpenting ialah sifat sosial
dan moralnya.
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
• Satu ciri kepercayaan orang Melayu ialah apa yang baik &
diingini ialah budi, iaitu keunggulan sahsiah mesti dicapai.
• Darjat sosial seseorang diukur dari segi budinya & budi
diberi premium yang tinggi dlm skala nilai yang
menentukan tingkah laku.
• Konsep budi tidak menegaskan kedudukan sosial yang
tinggi atau kekayaan material, tetapi mengutamakan
kemuliaan perwatakan yang diperoleh menerusi amalan
nilai murni.
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
• Kemewahan telah meresap di banyak kawasan desa,
seterusnya mengubah masyarakat serta budaya Melayu
daripada bersifat feudal & tradisional kepada kapitalis &
moden.
• Sesetengah orang Melayu di bandar sudah mempunyai
nilai & sikap kosmopolitan, liberal & individualistik.
NILAI TRADISIONAL
MASYARAKAT CINA
CHRISTOPHER LAU PICK ZHAO, DOREEN TING JIA CHZIN & FLORENCE SENDIE ANAK
NANDONG
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT CINA
• Dalam kalangan orang Cina & India tidak terdapat
ketegangan agama dalam masyarakat masing-masing.
• Dari segi agama terutama orang Cina, mereka menyatukan
& menyesuaikan pelbagai sistem kepercayaan yang
berbeza.
• Etnik ini lebih mengutamakan kejayaan dalam kehidupan
kebendaan.
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT CINA
• Dalam kebudayaan tradisional orang Cina, dipercayai
bahawa asas bagi keluarga yang harmonis & stabil
bergantung kepada pengurusan hubungan manusia serta
ekonomi yang ada.
• Kekayaan bukan sahaja memotivasikan orang Cina mencari
kekayaan tetapi merasionalisasikan ketiadaan pengaruh
sosial akibat tidak adanya kekayaan.
• Pemilikan harta kekayaan memberi sokongan moral
kepada pemikiran & perlakuan orang Cina.
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT CINA

Pemilikan harta kekayaan


memberi sokongan
moral kepada pemikiran
& perlakuan orang cina.
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT CINA
• Sesungguhpun orang Cina & orang India di Malaysia
mungkin menganggap kekayaan sebagai nilai yang paling
utama, tetapi ini tidak bermakna mereka tidak peka
terhadap nilai sosial & moral.
• Terdapat pembahagian dalam kalangan orang Cina
mengikut keluarga, kelas, dialek, kelompok komuniti &
kawasan dalam kegiatan kesusasteraan, politik serta
kesatuan & juga dari segi kesetiaan mereka terhadap
Malaysia.
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT CINA
• Orang Cina memberi nilai yang tinggi pada ketaatan
kepada ibu bapa iaitu hormat & kasih sayang terhadap ibu
bapa.
• Ketaatan merupakan teras kebudayaan etika cina.
• Selain menjadi anak yang baik & rakyat yang setia, nilai
yang membimbing seseorang menjadi suami atau isteri,
adik, abang atau kakak & sahabat yang baik digalakkan
dalam masyarakat tradisional cina.
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT CINA
• Nilai sahabat bagi orang Cina pula bukan terletak pada
rakan yang minum & makan bersama tetapi terletak pada
rakan yang tidak bergantung kepada soal makan & minum
untuk persahabatan itu.
• Perkara lain yang dihargai orang Cina tradisional
termasuklah menghargai masa, pendidik, kepuasan
kerohanian, semangat berpatutan & kerajinan merancang
kehidupan sendiri.
NILAI TRADISIONAL
MASYARAKAT INDIA
HASLINA FATEN BT. HASBI & JEREMY HON CHIN EE
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA
• orang India di Malaysia berpecah dalam kelompok kecil
mengikut bahasa & agama serta kelas & kasta.
• Mereka lebih cerewet dan kurang luwes dlm kebudayaan.
• Sistem nilai Hindu yang mempengaruhi ramai orang India
di Malaysia pula berpunca daripada gagasan agama &
metafizikal tertentu seperti karma dan dharma.
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA

Tingkah laku mereka turut dipengaruhi oleh


kesusasteraan India terutama dua karya agung
iaitu Mahabharata dan Ramayana.
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA
• Dalam struktur sosial tradisional orang India yang
beragama Hindu, unit keluarga mendapat tempat yang
paling penting kerana dianggap institusi yang suci.
• Kesucian keluarga serta hubungan orang yang lebih tua,
kepatuhan kpd autoriti dan kerjasama antara ahli keluarga
membentuk spektrum rangkaian sosial dalam kehidupan
keluarga yang unggul.
NILAI TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA
• Dalam hubungan dengan mereka yang bukan anggota
keluarga pula, orang India menghormati orang tua,
pemimpin, guru, orang terpelajar dan sebagainya.
• Kaum ini diminta supaya tidak hidup sebagai individu
terasing atau keluarga yang terpencil.
PERUBAHAN NILAI
MASYARAKAT MALAYSIA
JONATHAN JANTING ANAK JOANESS SPIDY & MICHELLE ANAK KAMAR
PERUBAHAN NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
• Orang Malaysia kini tidak begitu mengambil perhatian
berat berhubung dengan keunggulan autoriti & ketaatan
serta penghormatan terhadap ketua atau orang tua dalam
hubungan keluarga & sosial.
• Individualisme merupakan kehidupan biasa di bandar-
bandar besar atau kecil.
PERUBAHAN NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
• Memandangkan kemelesetan moral di seluruh dunia kini
boleh dikatakan sudah merebak ke Malaysia, pemerintah &
para pemimpin masyarakat negara ini perlu bertindak &
mengatur strategi mengatasi gejala itu.
• Pengaruh negatif individualisme boleh mendorong individu
ke arah bersikap mementingkan diri sendiri.
PERUBAHAN NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
• Pemimpin negara terpaksa menegaskan soal moral, hormat
kepada undang-undang serta peraturan & disiplin dalam
kalangan pelajar & belia.
• Pemimpin negara juga cuba menerapkan nilai-nilai murni
di pejabat kerajaan seperti menerusi konsep bersih, cekap
& amanah.
• Masyarakat Malaysia mengamalkan atau menghayati “nilai-
nilai kebangsaan”.
PERUBAHAN NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
• Rakyat negara juga perlu bersikap progresif & memiliki
pemahaman positif serta mengamalkan hubungan
kemanusiaan yang baik untuk membolehkan mereka hidup
dalam masyarakat berbilang kaum & agama dalam era
industri.
• Malaysia memandang tinggi nilai kemanusiaan yang secara
sejagat diterima oleh negara-negara demokratik dan
bertamadun.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
KUMPULAN 1

You might also like