You are on page 1of 17

4.0 TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU.

4.1 PENGENALAN

Hashim Awng telah membina teori Pengkaedahan Melayu berdasarkan

kehidupan dan kebudayaan melayu. Masyarakat melayu mempunyai daya cipta

dan kreatif. Ini terbukti daripada kreativiti mereka dalam pelbagai bidang seperti

kraftangan dan pemikiran. Dalam bidang kraftangan, banyak hasil kerja tangan

yang mempunyai nilai seni yang halus seperti pertukangan perak, tembaga dan

tembikar, dan pekerjaan-pekerjaan membatik, menenun, menyulam dan

menganyam. Tetapi seni tidak hanya terlaksana melalui bentuk-bentuk artifak

yang sedemikian rupa, malah juga tersalur menerusi pemikiran yang terungkap

dalam karya-karya sastera. Masyarakat melayu menjadikan alam sebagai

sumber dan ilham mereka dalam melahirkan karya-karyanya. Menurut Prof.

hashim Awang semasa Wacana Teori Pengkaedahan Melayu dan Islam pada 20

September 1997 menegaskan bahawa kita sewajarnya membentuk atau

membina satu perkaedahan sastera yang berlandaskan alam dan masyarakat

kita yang melambangkan jati diri bangsa melayu sebagai wadah dan warisan

budaya bangsa. Kedua-dua unsur ini saling berkaitan. Malah unsur tersebut

mempengaruhi sebahagian besar dunia kesusasteraan melayu. Melalui

penulisan dalam pelbagai genre orang melayu menggambarkan budaya fikiran

1
dan akal budi mereka untuk disampaikan di kalangan khlayak. Objek-objek alam

inilah dijadikan sumber penulisan mereka.

Oleh itu, Teori Pengkaedahan Melayu yang dihasilkan oleh Prof. Hashim

Awang dikemukakan dengan berdasarkan cara dan sikap hidup, kepercayaan,

dan kebudayaan masyarakat melayu yang melahirkan karya sasteranya sendiri.

Hashim Awang membahagikan teori pengkaedahan melayu kepada dua iaitu

pengkaedahan alamiah dan pengkaedahan keagamaan. Kedua-duanya tidak

dapat dianggap sebagai pengkaedahan yang sama sekali berlainan atau

berpisah. Ini kerana kedua-duanya itu sesungguhnya saling berkaitan atau

berhubungan antara satu dengan lainnya.

4.2 PENGKAEDAHAN ALAMIAH

Kaedah pertama langsung berteraskan kepada cara atau sikap hidup

masyarakat Melayu itu sendiri, iaitu corak hidup yang menjadikan alam sebagai

sebahagian daripada dirinya. Alam itu dijadikan faktor utama untuk memberikan

mereka pekerjaan atau pencarian, pengalaman, pengajaran dan kebajikan.

Sikap masyarakat Melayu yang demikian sebagai terserlah jelas dalam kitab

Tajulmuluk, sebuah kitab panduan hidup yang popular dikalangan masyarakat,

terutamanya dalam golongan generasi tua, Kitab tersebut membicarakan enam

perkara pokok, iaitu mengenai manusia, kesihatan (perubatan) manusia, sifat

dan gerak laku manusia, mimpi dan tirasat cakeravvala, dan perumahan. Di

samping keenam-enam persoalan besar tadi, kitab ini juga turut memperkatakan

2
tentang kejadian alam daripada kaca mata islam, iaitu kejadian tujuh petala

langit dan bumi yang menjadi sebagai persoalan tambahan. Daripada pokok-

pokok persoalan yang dibicarakan ini kita dapat merumuskan bahawa yang

menjadi tumpuan pengarangnya adalah tidak lain daripada unsur-unsur alam.

Dalam pokok persoalan tentang Kesihatan atau perubatan, misalnya yang

dititikberatkan ialah kepentingan dan keistimewaan tumbuhan serta haiwan

sebagai sumber perubatan yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.

Atau dalam porsoalan cakerawali pula, yang menjadi perhatian ialah bulan,

bintang dan bumi. Semuanya ini dilihat dalam aspek keperluan dan

kemanfaatan unsur-unsur alam tersebut pada kehidupan manusia.

Dengan berpandukan kepada pokok-pokok persoalan dan corak

pembicaraan kitab tadi, yang secara kasar dan dasar dapat mencerminkan cara

dan sikap hidup masyarakat Melayu itu, kita boleh pula memandangkannya untuk

digunakan sebagai pendekatan dalam kajian sastera. Seperti semua unsur-unsur

alam yang wujud, yang tiap satunya memiliki fungsi dari manfaat yang khusus

terhadap manusia, maka sastera pun dilihat sebagai suatu unsur alam yang

kejadian penciptanNya adalah juga mengarahkan ke dalam perspektif yang

serupa. Dalam pengkaedahan alamiah terdapat tiga pendekatan iaitu pendekatan

gunaan, pendekatan moral, dan pendekatan firasat.

3
4.2.1 PENDEKATAN GUNAAN.

Pendekatan ini adalah didasarkan kepada anggapan bahawa sastera

merupakan salah satu daripada objek alam, iaitu objek daripada hasil ciptaan

objek-objek alam lainnya diciptakan tuhan, manakala sastera ciptaan

manusia. Dengan berdasarkan pegangan begini, maka sastera dapat dilihat

sebagai suatu objek alam, yang kejadiannya mempunyai sebab, hikmat dan

fungsinya tertentu. Disamping itu, kejadiannya itu paling utama boleh

dimanfaatkan oleh manusia, sama seperti kejadian objek-objek alam yang lain.

Demikianlah, maka buat pendekatan gunaan, sewajarnya sastera itu dilihat dan

dikaji dalam konteks perkara-perkara ini.

4.2.2 PENDEKATAN MORAL.

Pendekatan berikutnya dapat disebutkan sebagai pendekatan moral.

Pendekatan moral timbul daripada ekoran tanggapan dasar yang dipegang

dalam pendekatan pertama di atas tadi, iaitu sastera di samping dianggap

sebagai objek alam merupakan suatu kejadian alam. Tetapi kejadian alam di

sini bukan lagi berupa suatu kewujudan berbentuk alat atau benda, melainkan

bersifat pengalaman hidup. Bersesuaian dengan sifatnya yang demikian itu,

4
sastera dalam konteks ini dapat memberikan kemanfaatannya yang lebih

jauh dan lebih besar daripada fungsinya sebagai suatu benda maksudnya,

sastera kini menyingkapkan dan memberikan pengalaman. Dan pengalaman-

pengalaman yang disingkapkan dan diberikan itu biasanya terdiri daripada

dua hal utama, iaitu tentang peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh manusia

tertentu, dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan manusia tadi serta

suasana persekitarannya. Daripada hal pertama terserlah pelbagai ragam dan

perlakuan manusia yang dapat dialami untuk dinilai aspek-aspek positif dan

negatifnya bagi maksud dijadikan cermin perbandingan atau contoh teladan

yang terbaik. Manakala, daripada hal kedua, ianya ternyata bahawa sastera

mampu untuk menyediakan dirinya dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan

pula. Dilihat daripada tanggapan begini, maka sastera jelas dapat menepati

konsep pustaka atau perpustakaan yang di dalamnya boleh ditimba

sebanyak-banyaknya pengajaran dan pengetahuan Untuk tujuan

menemukan perkara-perkara semacam inilah maka sastera itu boleh didekati

atau dikaji dalam maksud pendekatan moral ini.

4.2.3 PENDEKATAN FIRASAT.

Akhirnya, dari pendekatan alamiah ini, diperlengkapkan dengan

pendekatan yang dikira sebagai sesuai untuk dipanggil pendekatan firasat.

Sama seperti pendekatan moral, pendekatan ini juga ditunjangi dengan

tanggapan bahawa sastera adalah suatu kejadian alam yang menghasilkan

5
pengalaman hidup dan di sini, kejadian tersebut adalah dikaitkan dengan mimpi,

iaitu suatu pengalaman hidup yang oleh masyarakat Melayu sering dianggap

sebagai bermakna kepada kehidupan. Oleh Kerana itu, amat diberikan perhatian

untuk ditemukan pengertian atau maknanya, pencarian makna mimpi ini dikenali

sebagai takbir, iaitu proses menemukan makna menerusi tafsiran lambang atau

alamat tertentu yang wujud di dalamnya. Bertepatan dengan sifat kelahirannya,

sastera juga menyerupai suatu mimpi, iaitu suatu kejadian alam yang mempunyai

makna atau pengertian, yang penemuannya dapat dilakukan menerusi proses

tafsiran. Tuntutan melaksanakan tafsiran untuk menemukan makna ini

memberikan implikasi bahawa sastera memiliki sifat-sifat zahir dan batin, iaitu sering

diistilahkan sebagai yang "tersurat" dan yang "tersirat". Sifat zahir atau yang

"tersurat" menjadi sebagai penanda (alamat) untuk memperolehi yang "tersirat".

Proses itu menyamai juga dengan apa yang berlaku dalam amalan masyarakat

Melayu apabila hendak mengenali kelakuan atau tabiat sifat batin manusia, iaitu

melalui keadaan sifaf zahir atau sifat fiziknya. Demikianlah maksud inti pati yang

perlu tercapai apabila pendekatan firasat digunakan dalam kajian sastera:

maknanya perlu dianalisis dan ditemukan melalui penafsiran sifat-sifat zahir, atau

sistem tanda dan lambang yang dimilikinya.

4.3 PENGKAEDAHAN KEAGAMAAN.

Kaedah Keagamaan bermaksud sebagai pendekatan yang berdasarkan

kepada keimanan yang bersendikan akidah agama Islam. Sumber paling besar

6
dan utama yang menjadi rujukan ialah al-Quran dan hadis. Pembentukannya pula

adalah bersandarkan kepada tujuan-tujuan menonjolkan sifat keagungan Allah

dan mempertingkatkan ketakwaan terhadap-Nya. Dengan ciri-ciri Itulah maka,

daripada kaedah suci ini, ditimbulkan juga tiga pendekatan yang masing-masing

disebutkan sebagai pendekatan dakwah, pendekatan kemasyarakatan, dan

pendekatan seni. Ketiga-tiganya adalah saling berhubungan antara satu sama

lain.

4.3.1 PENDEKATAN DAKWAH.

Pendekatan dakwah melihat sastera sebagai suatu wadah untuk

mempertingkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah. Sastera dalam

maksud tanggapan kudus begini, sewajarnya mengandungi persoalan-persoalan

yang memaparkan tentang sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian Allah. Sastera di

sini dapat dijadikan semacam "kitab" yang daripadanya para insan dapat

mengenali dengan lebih dekat dan khusyuk sifat dan diri Tuhan, sehingga timbul

rasa kecintaan dan kehormatan insan yang lebih besar dan murni terhadap-Nya.

Di samping itu, sastera harus juga mempersoalkan tentang kemurnian dan

kelebihan agama Islam, yang daripadanya akan dapat menimbulkan daya tarikan

yang lebih mendalam terhadap kesucian agama Islam, baik daripada kalangan

insan muslim mahupun bukan muslim. Apabila pendekatan sebegini digunakan,

maka kajian lebih banyak tertumpu kepada aspek - aspek tema dan amanat yang

mengarah kepada penyerlahan permasalahan tersebut. Aspek watak dan perlakuan

7
serta peribadinya juga menjadi menarik untuk dikaji dalam kaitannya dengan sifat-

sifat mulia seorang insan muslim seperti yang terpancar di dalam sastera menjadi

bahan penelitian.

4.3.2 PENDEKATAN KEMASYARAKATAN

pendekatan kemasyarakatan lebih menekankan tanggapan kedua yang melihat

unsur kebaikan dalam kesusasteraan ini. Dalam konteks begini, sastera dianggap

sebagai penciptaan yang berfungsi khusus dengan membawakan perutusan atau (mis-

sion) besar untuk mensejahterakan dan membahagiakan umat manusia. Di sini, unsur

amanat diletakkan pada tempat teratas di samping unsur-unsur lain seperti bentuk,

teknik penceritaan, dan gaya bahasa, tanpa sama sekali mengabaikan kehadiran

keindahan.

Dengan tanggapan sedemikian, sastera Islam dikatakan sebagai lumrah untuk

mendedahkan rupa bentuk kehidupan manusia yang baik dan sempurna, yang diredai

Allah. Karya itu dipandang sebagai bertujuan untuk menegakkan ajaran-Nya supaya

membina kehidupan yang demikian dan membuat kebajikan kepada semua manusia

dengan penonjolan watak-watak yang beriman dan beramal soleh, mengerjakan segala

suruhan Tuhan seperti bersolat, berpuasa, berzakat, atau membuat amal jariah tanpa

berbuat mungkar dalam sebarang bentuk.

8
Dalam pada itu, karya itu juga turut memaparkan kehidupan yang penuh dengan

kemungkaran seperti ketidakadilan, kemunafikan, keresahan, kekejaman, korupsi

penipuan, penindasan, dan pernbunuhan iaitu segala permasalahan yang mejadi

punca kepincangan masyarakat yang kegoyahan iman. Segala-galanya ini dilihat

daripada kaca mata Islam untuk membezakannya secara jelas daripada apa yang

menjadi tanggapan Barat. Persoalan kemasyarakatan sedemikian, yang tergarap

dalam sastera, sama sekali tidak digunakan sebagai bahan propaganda yang

membohongi kenyataan seperti yang biasa berlaku dalam karya beraliran barat,

melainkan untuk menjadi contoh teladan atau kias ibarat dalam usaha mencari

kesejahteraan hidup bermasyarakat dan kekuatan iman serta takwa. Dengan

pegangan dasar sebegitu rupa, penilaian dapat ditumpukan sepenuhnya kepada soal-

soal isi dan tema untuk melihat segala permasalahan kemasyarakatan tadi.

4.3.3 PENDEKATAN SENI.

Pendekatan seni ialah pendekatan yang menjadikan unsure keindahan

dalam karya saster sebagai persoalan pokok. Keindahan yang dimaksudkan

ialah keindahan yang membataskan dirinya kepada nilai-nilai estika dan etika

islam serta tidak bertentangan dengan akidah, ajaran dan fahaman islam. Dalam

bentuknya yang lebih tegas dapat disebutkan bahawa keindahan itu berteraskan

tauhid. Keindahan yang demikian sifatnya dan tuntutannya menjadi objek

penelitian untuk ditemukan dalam sastera menerusi pelbagai aspek atau unsur

pembinaanya seperti bentuk hanafiah dan dalamanya, gaya penceritaan, kaedah

9
pendedahan tema dan watak, atau pemakaian sudut pandangan dan gaya

bahasa. Pendekatan seni dari sudut penelitian sastera ialah menemukan segala-

galanya untuk, kemudianya menghasilkan kembali kepada memperkukuhkan

tapak-tapak asas yang murni lagi suci, iaitu keimanan, ketakwaan dan kecintaan

kepada Allah. Selain itu, hasil dari penelitian dan penilaian itu akan dapat

dirumuskan suatu bentuk keindahan yang khusus bagi sesebuah karya

kesusasteraan tertentu yang dikaji, disamping kewujudan suatu dasar keindahan

atau estetika islam yang umum.

4.0 CONTOH KARYA

4.1 NOVEL HIDAYAH.

novel Hidayah hasil karya Harun HAji Salleh memiliki sifat yang dapat

memenuhi keperluan Pendekatan Dakwah. Pendekatan Dakwah dapat dilihat

dalam aspek persoalan.

1. Dakwah bukan paksaan.

Novel Hidayah menampilkan persoalan keindahan agama islam.

Watak yang menjadi penggerak utama penceritaan terdiri daripada

keluarga islam, yang menjalani kehidupan berteraskan keunggulan dan

keluhuran islam yang semurninya, baik pada perbuatan mahupun pada

perkataan. Ustaz Mazlan adalah watak utama, memperlihatkan teladan

perlakuan orang muslim yang mempunyai fikiran terbuka dan kefahaman

mendalam terhadap islam untuk rela berdebat, atau berbincang dengan

masyarakat bukan muslim. Perdebatan yang berlaku antara Ustaz Mazlan

10
dengan Cikgu Mary Munang dan Cikgu Francis Unggai untuk menunjukan

kebenaran agama islam. Kemudianya Cikgu Mary Munang menjadi

tertarik dengan islam dan memeluk islam setelah memahami secara

mendalam selepas melalui perbahasan panjang yang disertai pula dengan

penyaksian lama terhadap amalan praktis yang amat islamiah daripada

kehidupan Ustaz Mazlan. Dia malah berkahwin dengan Ustaz Mazlan

tanpa ada paksaan tetapi kerana kecintaan dan kefahaman yang

mendalam terhadap islam itu sendiri. Penganutan dan perkahwinan Cikgu

Mary Munang ini membuktikan wujudnya kebebasan dalam amalan

dakwah islam.

2. Dakwah bukan magis.

Cikgu Mary Munang terpengaruh dengan keindahan islam bukan

kerana terlalu cinta dan tergoda dengan ketampanan wajah Ustaz yang

memang digambarkan sebagai sungguh anggun atau bukan kerana

terpukau oleh keirasan wajah ustaz tadi dengan wajah bekas kekesihnya.

Sebaliknya dia begitu tertarik dengan kemurnian isl;am oleh adanya

pengamatan dan pertimbangan dengan fikiran yang sepenuhnya waras

dan sedar daripada dalam dirinya sendiri. Dia mendalami islam melalalui

penbacaan yang luas terhadap kitab-kitab agama dan karya-karya kajian

yang autonomus seperti Injil Bernabas, Antologi Perjanjian Baru, dan

Whither Isllam dan setelah melakukan semuanya itu barulah dia

memperaku kebenaran serta kemurnian islam.

11
4.2 MUNAJAT DI PERKEBUNAN.

Novel ini adalah hasil karya Othman Puteh yang memiliki sifat

Pendekatan Alamiah. Novel Munajat di Perkebunan jelas dapat dianggap suatu

objek alam. Di dalamnya terdapat sifat-sifat alam yang ketara, antara lain ialah:

1. Manusia atau watak didalamnya dilihat sebagai objek alam yang murni,

tidak mempunyai nama yang khusus.

2. Manusia mengalami kehidupan yang berkaitan rapat dengan alam.

Mereka bergantung hidup sepenuhnya kepada alam iaitu pada manusia

lain, binatang, pada tumbuhan dan pada persekitaran.

3. Manusia menjadikan alam di sekeliling ebagai penduan dan pengibaratan

hidup. Watak utamanya mengenali sifat keagungan tuhan untuk lebih

memantapkan nilai cinta terhadapNya adalah keseluruhan melalui alam.

Setiap gerak atau langkah berlandaskan waktu dan suasana alam dan

memperolehi sesuatu maklumat pun adalah sepenuhnya memerusi

perantaraan alam seperti bunyi kuda, cahaya persekitaran alam atau

gerak- geri manusia lainya.

4. Manusia atau watak menemui atau mengalami kebanyakan insiden

secara tiba-tiba perencanaan alam rangkaian sebab akibat, seperti yang

lazimnya berlaku dalam alam reality kehidupan.

12
5. Paling penting watak manusai bergerak dala satu lingkungan alam semula

jadi yang khusus iaitu Perkebunan Teh. Pola-pola tindakan dan fikiran

menbentuk oleh pengaruh alam tersebut.

5.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN.

5.1 KEKUATAN.

Terdapat beberapa kekuatan yang terdapat dalam Teori Pengkaedahan

Melayu. Antaranya :

1. Hashim Awang menghasilkan Teori Pengkaedahan Melayu berasaskan sikap

hidup, kepercayaan dan keagamaan orang melayu dan berteraskan

pegangan hidup islam.

2. Teori Pengkaedahan Melayu mencakupi banyak dimensi dan aspek serta

mendekati kajiannya melalui bidang yang luas dan juga memperlihatkan

perspektif kritikal yang besar.

3. Hashim Awang membentuk fikiran sasteranya berlandaskan kesenian

masyarakat melayu dan memperlihatkan suatu pembinaan teori yang

berakarkan peribadi dan batin melayu.

4. konsep asas teori ini mudah ditanggapi dan dapat menyediakan kaedah

kritikan atau kajian yang berimbang.

5. Hashim Awang memanfaatkan dan menukilkan falsafah kesenian dan

kebudayaan melayu bererti beliau kembali ke akar melayunya dan sesuailah

pengkaedahan ini dinamakan Pengkaedahan Melayu.

6. Hashim Awang membahagikan kepada Pendekatan Kealaman dan

13
Pendekatan Keagamaan sangat sesuai dengan keperluan saster dan kedua-

dua aspek ini sememangnya menjadi budaya hidup kepada setiap bangsa.

5.2 KELEMAHAN

Dalam Teori Pengkaedahan Melayu, tidak terlalu banyak kelemahan yang

dapat kami temui. Ini kerana teori ini cukup berpegang dengan cara hidup,

budaya dan kepercayaan masyarakat melayu. Antara kelemahan yang kami

dapat:

1. tidak sesuai untuk diaplikasi kepada karya-karya barat. Ini kerana Teori ini

lebih kepada saster tempatan.

2. hanya sesuai untuk karya sastera yang terdapat unsur-unsur alamiah dan

bersifat keagamaan.

14
6.0 PENILAIAN.

Apa yang dapat kami simpulkan melalui kajian kami tentang Teori

Pengkaedahan Melayu ialah

1. sastera melayu dalam sifatnya yang tersendiri adalah wajar diteliti daripada

kaedah pendekatan tersendiri pula.

2. kaedah pendekatan yang berasaskan kepada sikap hidup, kepercayaan dan

keagamaan adalah sebagai paling layak dan berkesan untuk digarapkan

dalam kajian dan kritikan sastera.

3. penggunaan dan pendekatan yang demikian sifatnya dikira dapat menonjolkan

dengan lebih benar dan jelas cirri-ciri sastera melayu disamping dapat pula

memperkaya dan memperkukuhkan metode-metode pengkajian.

15
7.0 BIBILIOGRAFI

A. Rahman Yusof, 1988. “Teori dan Metode Penyelidikan” dlm. Hamzah

Hamdani ( peny). Konsep Dan Pendekatan Sastera. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

A. Rahman Yusof, 1999. “Adakah Kita Memerlukan Teori Sastera Tempatan?”,

Dewan Sastera, November.

Harun Haji Salleh, 1984.”Hidayah”. kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hashim Awang,1994.”Metodologi Kesusasteraan Islam:Kaedah Penilaian”.

Dewan Sastera, Februari.

Hashim Awang, 1993.”Pengkaedahan Melayu Dalam Kajian dan Kritikan

Kesusasteraan Tanah Air”. Dewan Sastera, Januari.

Ismail Hamid, 1993.”Konsep, Teori dan Prinsip Sastera Islam”, Dewan Sastera,

Ogos.

Mohamad Mokhtar Hassan,2005.” Teori Konseptual Kata Kunci”. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Othman Puteh, 1990.”Munajat Di Perkebunan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

16
17

You might also like