You are on page 1of 21

AHMAD ASYRAFF AL-RASYID BIN ABD MALIK

PENDAHULUAN
Islam merupakan suatu elemen yang sangat
penting dan signifikan dalam membincangkan
tamadun Melayu.

Ini kerana, Islam banyak mempengaruhi
perkembangan tamadun Melayu. Kesan dan
nilai Islam dapat ditemui pada hampir segenap
aspek dalam kehidupan masyarakat dan
tamadun Melayu.

KESAN ISLAM DARI PELBAGAI ASPEK.
ASPEK POLITIK:
Kedatangan Islam ke rantau Melayu telah membuka
banyak pusat perdagangan dan juga kerajaan Islam.

Antara kerajaan Islam yang pernah muncul adalah
Perlak (840-986), Samudra-Pasai (1042-1450), Aceh
Darulsalam (1205-1675) dan lain-lain lagi.

Di Tanah Melayu, kerajaan Islam lahir di Kelantan,
Terengganu, Kedah, Melaka, Beruas, Melaka serta
Johor.
SAMBUNGAN
Peruntukan-peruntukan mengenai bidang-
bidang kuasa perundangan (legislative),
pentadbiran (executive) serta kehakiman
(judiciary) yang diamalkan pada hari ini adalah
kesinambungan daripada sistem politik Islam.

Hal ini dibuktikan berdasarkan seperti apa yang
terdapat dalam Sahifah Madinah atau lebih
dikenali sebagai Piagam Madinah.

Piagam Madinah merupakan the first written
constitution in the world yang diperkenalkan
oleh Nabi Muhammad S.A.W.
INSTITUSI POLITIK DALAM TAMADUN ISLAM

Islam adalah agama syumul atau lengkap, dimana ajarannya
mencakupi seluruh
kehidupan manusia.
Islam mempunyai hukum berkaitan semua perkara berkenaan
manusia,
termasuk soal politik.
Politik adalah satu aspek yang penting dalam syariat Islam.
Justuru ia mendapat
tempat di kalangan sarjana pada masa dahulu mahupun
sekarang.
Secara literalnya perkataan politik berasal daripada bahasa
Yunani politikos,
dan ada yang berpendapat berasal daripada perkataan Latin
politco yang bermaksud negara kota ataupun kemajuan.

INFO
TAMBAHAN
Apapun politik ditafsirkan dalam pelbagai makna dan maksud,
antaranya politik
itu bermaksud siasat, tipu muslihat, pemerintahan,
peperangan, mengetahui
sesuatu secara tipu muslihat dan juga muslihat sesuatu
pergerakan dan
perhimpuhan.
Dalam kamus bahasa Arab, politik dikenali sebagai siasah.
Siasah ialah
mengendalikan urusan sesebuah negara, memperbaiki
keadaan dan urusan
manusia dan mentadbir urusan sesebuah negeri.

INFO
TAMBAHAN
PIAGAM MADINAH
Terdiri daripada 47 fasal.
23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang
hubungan antara umat Islam sesama umat Islam
iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
24 fasal yang berbaki membicarakan tentang
hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam
iaitu Yahudi
Ikat perjanjian antara 2 belah pihak.
Mendapatkan persefahaman antara pihak-pihak
tersebut.
Menjaga hak masing-masing.
Menjalankan tanggungjawab bersama.

INFO
TAMBAHAN
ASPEK EKONOMI:
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat
mengamalkan aktiviti ekonomi yang bercorakkan
agrarian.

Contohnya pertanian, perikanan, penternakan dan
sebagainya yang bergantung kepada sumber alam.

Selepas kedatangan Islam, kesemua aktiviti
tersebut masih lagi dijalankan.

Malahan, berlakunya peningkatan dalam aktiviti
perdagangan dalam kalangan masyarakat Melayu
pada masa itu.
Lantaran daripada itu, lahirlah pasar-pasar serta
kota-kota yang bersifat antarabangsa yang mana
mempunyai aktiviti perdagangan.

Aktiviti perdagangan tersebut mendapat sambutan
yang memberangsangkan daripada pedagang-
pedagang luar negara seperti pedagang Cina,
pedagang Arab, pedagang India dan sebagainya.

Jika dahulunya proses perdagangan dijalankan
dengan menggunakan sistem barter, akan tetapi
sistem telah upgrade.
SAMBUNGAN
sistem yang digunakan ialah sistem mata wang dan
dinar emas yang mana bersesuaian dengan
perkembangan aktiviti perdagangan yang bersifat
antarabangsa.
SAMBUNGAN
ASPEK SOSIAL:
Pada peringkat awal, pengaruh elitisme yang
diwarisi daripada zaman Hindu-Buddha tidak
banyak berubah dalam masyarakat Melayu.
Kerajaan Melaka, hierarki sosial bersifat superior-
in-ferior di mana wujud golongan yang memrintah
serta yang diperintah.

RAJA
KERABAT
PEMBESAR
RAKYAT BIASA
HAMBA
Hierarki sebegitu telah mencipta satu halangan
serta kekangan yang menjadikan mobaliti sosial
sukar untuk berlaku kerana kepentingan diberikan
kepada golongan atasan sahaja.

Berdasarkan sistem sosial tersebut, maka lahirlah
undang-undang dan adat istiadat yang bertujuan
untuk menjaga taraf serta kepentingan golongan
atasan dan bangsawan.

Islam membawa pendekatan yang berbeza
dengan memperkenalkan sistem khalifah Islam
yang adil dan sistematik.

SAMBUNGAN
Antara kesannya adalah gelaran Sultan, sistem
mesyuarat yang disebut Majlis Syura, Sistem
Hisbah (menyeru kepada kebaikan serta
mencegah kemungkaran).

SAMBUNGAN
SEJARAH DAN ASAS SISTEM PEMERINTAHAN.
Malaysia kini adalah sebuah negara bangsa
berbentuk persekutuan.
Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara
bangsa sebenarnya merupakan lanjutan daripada
kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu yang lebih
awal.
Kerajaan-kerajaan tersebut juga adalah
merupakan kesinambungan daripada bebrapa
buah kerajaan atau pusat tamadun yang pernah
wujud sebelumnya.
AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU.
Islam merupakan elemen penting dalam tamadun
Melayu. Secara khusus, Islam dan adat istiadat
Melayu menjadi salah satu struktur terpenting
kemelayuan dalam tamadun malaysia.

Islam terus menjadi identiti bagi orang Melayu.

Di peringkat kebangsaan pula, agam Islam telah
dijadikan sebagai agama bagi Persekutuan
Malaysia.
Melalui peruntukan dalam perlembagaan ini,
pelbagai jenis aktiviti keagamaan telah dijalankan
melalui agensi-agensi rasmi kerajaan persekutuan
seperti contoh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Bukan bermakna agama lain tidak boleh
diamalkan di negara ini, boleh.

Namun pihak-pihak lain adalah dilarang sama
sekali untuk mengembangkan agama lain kepada
masyarakat yang beragama Islam.
SAMBUNGAN
Undang-undang syariah berkuatkuasa ke atas
orang yang beragama Islam yang terlibat dalam
kuasa mahkamah.


SAMBUNGAN
SISTEM PERUNDANGAN TRADISIONAL.
Terdapat banyak sistem perundangan
tradisional yang pernah wujud sebelum
wujudnya tamadun Malaysia. Antaranya ialah:
Undang-undang Johor, Undang-undang Tubuh
Negeri Johor 1895
Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang
Keturunan Daripada Turun Negeri Perak
Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut
Melaka
Perlembagaan Negeri Terengganu, 1911
KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN
BUMIPUTERA.

Keistimewaan ini telah diperuntukan dalam
perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Perkara
153.

Keistimewaan orang Melayu juga telah menjadi satu
asas dalam perkembangan ketuanan orang Melayu
penerajuan dan pemilikan negara Malaysia.

Di samping peruntukan perlembagaan memberikan
keistimewaan orang Malayu, perlembagaan Malaysia
juga memberikan perakuan dan pengiktirafan terhadap
undang-undang adat yang dilaksanakan di kalangan
orang Melayu.


3-7am
21.2.11

You might also like