You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN
Transformasi menurut Kamus Dewan Bahasa ialah melakukan perubahan terhadap sifat,
tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan
sempurna. Sementara maksud pendidikan menurut Kamus Dewan Bahasa pula ialah
perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia
secara menyeluruh dan seimbang.
Menurut Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia, bekas menteri pendidikan, Dato’
Muhyiddin Bin Mohd Yassin menyatakan bahawa transformasi pendidikan yang telah
bermula sejak tahun 2013 melalui pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 akan terus diperkukuhkan menerusi Kad Skor Menteri 2015
merangkumi 20 inisiatif utama yang menumpukan kepada keberhasilan murid menerusi 6
Aspirasi Murid dan 5 Aspirasi Sistem yang telah ditetapkan di bawah PPPM 2013-2025.
Secara ringkasnya, transformasi pendidikan merupakan transformasi sistem pendidikan
yang merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan
baharu dan harapan tinggi masyarakat berpandukan kepada beberapa aspirasi yang telah
ditetapkan di dalam PPPM 2013-2025.

2.0 AKTIVITI-AKTIVITI DI SEKOLAH YANG DAPAT MENINGKATKAN TRANSFORMASI


PENDIDIKAN
Sekolah dan guru merupakan dua agen penting yang akan memastikan keberhasilan
pelaksanaan program transformasi pendidikan di Malaysia melalui peringkat akar umbi
pendidikan (KPM,2013). Oleh itu, saya telah mengadakan satu lawatan ke sebuah sekolah
rendah di Kuala Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSS1), bagi
mengkaji program-program sekolah yang dapat memacu transformasi pendidikan. Program-
program tersebut terbahagi kepada beberapa jenis aktiviti iaitu aktiviti kokurikulum,
akademik dan pembentukan sahsiah.

2.1 AKTIVITI KOKURIKULUM

2.1.1. PERTANDINGAN TAEKWANDO

Sukan taekwando merupakan kebitaraan bagi sekolah ini kerana SKSS1 merupakan
sekolah berprestasi tinggi. Taekwando dipilih menjadi kebitaraan kerana taekwando
merupakan sukan yang paling aktif di sekolah tersebut dan pencapaian atlet-atletnya

1
juga amat memberangsangkan kerana mereka sering memenangi pertandingan di
peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Atlet yang dipilih untuk mewakili sekolah merupakan pelajar yang berjaya
melepasi ujian pemilihan atlet dan kebanyakan daripada mereka merupakan pelajar
yang cemerlang dalam akademik. Maka, penglibatan mereka dalam sukan
taekwando tidak akan menjejaskan prestasi mereka dalam bidang akademik kerana
pencapaian mereka adalah seimbang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Sebuah kajian daripada Sigholts (1971) telah membuktikan bahawa pencapaian


atlet dalam bidang akademik adalah lebih baik berbanding bukan atlet dengan
purata 2.70 bagi atlet dan 2.22 bagi bukan atlet [ CITATION Moh02 \l 1033 ]. Maka,
jelaslah di sini bahawa aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang dinamik
sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu “Pendidikan
di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Mohd Sofian, Aminuddin dan Borhan,
2002). Apabila matlamat FPK dapat dicapai maka, transformasi pendidikan juga
akan tercapai.

2.2 AKTIVITI KECEMERLANGAN AKADEMIK


2.2.1. MAJLIS TEMU MURNI MURID
Program majlis temu murni murid ini telah dijalankan pada 25 Julai 2018 yang lalu
dan pelajar yang terlibat merupakan pelajar tahun 4 dan 5. Program ini merupakan
program perjumpaan tiga penjuru iaitu di antara murid, guru dan ibu bapa. Program
ini diadakan bagi memastikan penglibatan ibu bapa dalam memainkan peranan
mereka terhadap pembelajaran anak-anak mereka.
Menurut [ CITATION Moo00 \l 1033 ], ibu bapa merupakan pengaruh sosial yang
besar terhadap pencapaian persekolahan anak mereka. Aspirasi dan harapan ibu
bapa terhadap masa depan anak-anak mereka memainkan peranan yang penting
supaya anak berusaha lebih giat lagi untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi sama
ada dalam bidang akademik atau kokurikulum (Sang, 2000). Program temu mesra ini
dapat meningkatkan transformasi pendidikan kerana bertepatan dengan anjakan
kesembilan PPPM 2013-2025 yang menggalakkan kerjasama di antara pihak
sekolah dengan ibu bapa (KPM,2013).

2
2.3 AKTIVITI PEMBENTUKAN SAHSIAH

2.3.1. PROGRAM GURU PENYAYANG

Program guru penyayang merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh pihak
bimbingan dan kaunseling sekolah sebagai salah satu usaha untuk membentuk
sahsiah yang baik dalam kalangan pelajar. Di antara aktiviti menarik yang telah
dijalankan adalah seperti sambutan hari lahir yang diadakan sebulan sekali bagi
meraikan pelajar yang lahir di dalam bulan tersebut. Selain itu, guru-guru juga akan
menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah pada setiap hari. Aktiviti-aktiviti
seperti ini dilakukan bertujuan untuk menghargai dan menyayangi para pelajar .

Di samping itu, program mentor-mentee juga turut dilakukan khas buat pelajar
tahun enam kerana mereka merupakan calon-calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR). Oleh itu, melalui program ini, mentor akan dapat memberi perhatian yang
lebih khusus kepada mentee mereka terutamanya tentang prestasi mereka dalam
bidang akademik. Mentor boleh menjadi pembimbing bagi mentee untuk terus
meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik seperti pelajar yang tidak
lulus kepada lulus dan pelajar near-miss (5A) kepada cemerlang (6A).

Menurut [ CITATION Won16 \l 1033 ], guru perlu memberikan pujian dan


penghargaan ke atas usaha dan kejayaan pelajar walaupun kecil seperti pelajar
yang telah berjaya hadir ke sekolah atau prestasi akademik yang meningkat. Ini
adalah untuk memberi mereka motivasi dan galakan untuk terus berusaha dan
mengecapi kejayaan [ CITATION Won16 \l 1033 ]. Program ini dapat memacu
transformasi pendidikan melalui peranan guru yang betepatan dengan tema hari
guru pada tahun ini iaitu “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan” yang menyatakan
bahawa guru perlu sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas daripada cara biasa
kepada luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi (KPM,2013).

3.0 CADANGAN KEPADA SEKOLAH BERKAITAN AKTIVITI YANG BOLEH


MENINGKATKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Masalah perpaduan dalam kalangan pelajar di SKSS1 dapat dilihat apabila pelajar bukan
bumiputra seperti Cina dan India kurang berkomunikasi dengan pelajar berbangsa Melayu
kerana peratusan mereka yang amat sedikit berbanding pelajar Melayu. Oleh itu, saya
mencadangkan supaya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali turut diadakan

3
sambutan di peringkat sekolah. Ini adalah supaya mereka tidak berasa asing sementara
pelajar-pelajar Melayu juga dapat mempelajari adat dan budaya perayaan bangsa-bangsa
lain di Malaysia.
Program seperti ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar
dan guru, tetapi sekali gus dapat memacu transformasi pendidikan kerana pelajar akan
dapat merealisasikan salah satu daripada enam aspirasi murid iaitu identiti nasional di mana
setiap murid berbangga dikenali rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status
sosioekonomi [ CITATION Nor16 \l 1033 ]. Sekolah juga telah berjaya mengukuhkan
perpaduan dalam kalangan murid apabila murid belajar memahami, menerima serta
menghayati perbezaan dan berkongsi pengalaman selaras dengan aspirasi sistem
pendidikan [ CITATION Nor16 \l 1033 ].

Masalah lain yang dinyatakan oleh guru kaunseling SKSS1 mengenai pelajar sekolah
tersebut ialah kebisingan yang tidak dapat dikawal terutamanya ketika perhimpunan pagi.
Pada pendapat saya, masalah pelajar bising ini dapat di atasi menerusi kempen contohnya
seperti kempen “Jom Jaga Adab”. Guru-guru boleh berkempen melalui poster yang ditampal
dan diedarkan di seluruh sekolah. Adab yang ditekankan dalam kempen tersebut adalah
adab dengan guru iaitu tidak membuat bising ketika guru berucap di perhimpunan dan
murid akan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh daripada kempen tersebut ketika
perhimpunan. Melalui cara ini, aspirsi murid dalam konteks kemahiran berfikir akan dapat
memacu transformasi pendidikan apabila guru dapat melahirkan murid yang boleh
mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian dan berfikir secara kreatif di
luar konteks akademik [ CITATION Nor16 \l 1033 ].

Seterusnya, program-program kerohanian juga bolehlah dilaksanakan. Hal ini adalah


kerana, program kerohanian akan dapat melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak yang
tinggi serta sahsiah yang terpuji. Antara contoh program kerohanian yang boleh dilakukan
adalah seperti solat hajat pada setiap hari khamis bagi pelajar tahun enam serta ceramah
atau tazkirah bagi pelajar lain yang beragama Islam. Sementara pelajar yang bukan
beragama Islam boleh menghadiri kelas moral. Program kerohanian adalah penting dalam
mentransformasikan pendidikan kerana dapat melahirkan pelajar yang berpengalaman
untuk berdepan dengan cabaran yang bakal ditempuhi ketika dewasa dan dapat
menyelesaikan konflik secara harmoni dan bijak dalam membuat keputusan serta boleh

4
menyumbang kepada kesejahteraan negara sebagaimana yang terkandung dalam salah
satu daripada enam aspirasi murid iaitu etika dan kerohanian [ CITATION Nor16 \l 1033 ].

4.0 RUMUSAN
Transformasi Pendidikan yang dilaksanakan melalui PPPM 2013-2025 ini akan menjadi
realiti sekiranya warga pendidik meneruskan momentum yang telah dibina sejak tahun
pertama ia dilancarkan. Oleh itu, bagi memastikan impian menjadi kenyataan dan bukan
hanya angan-angan mat jenin, maka pihak sekolah dan guru perlu melaksanakan lebih
banyak program yang dapat memacu transformasi pendidikan secara berterusan dan
konsisten.

5
RUJUKAN

Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof & Borhan Yusof. (2002). Kokurikulum Peranan Dan
Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sang, M. S. (2000). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN BHD.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-Kanak . Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Putrajaya: KPM.

Dewan Bahasa Dan Pustaka (2005). Kamus Dewan. Edisi Keempat Cetakan Pertama. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka

Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia (2015, Januari). Transformasi Pendidikan Terus Diperkukuh, 1.
Diakses pada 2 Ogos 2018.
http://jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/penerbitan/buletinanjakanjanuari2015.pdf

6
LAMPIRAN

7
8
9
10
11
12

You might also like