You are on page 1of 9

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada

usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan


kemenjadian murid dan sekolah berkualiti, mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam
pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Foto : Farizal Mohd Arif

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada


usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti, mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam
pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, disokong kepimpinan yang
berkualiti dan berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, serta
komitmen ibu bapa dan komuniti yang padu.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Objektif Dan Matlamat


Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;

 Mengaplikasi konsep dan amalan pengajaran dan pembelajaran


serta pemudahcaraan (PdPc) terbaik.
 Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang
komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta
pembimbing kepimpinan.
 Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid.
Murid Abad Ke-21

Berdasarkan kepada tiga objektif Program TS25 tersebut, maka KPM telah
menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di
Malaysia pada tahun 2025, iaitu;

 Memantapkan kepimpinan sekolah.


 Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan
kualiti pembelajaran dan pengajaran.
 Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak
berkepentingan demi kejayaan murid.
Matlamat Konsep Program TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima
teras yang berikut;

 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


 Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
 Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
 Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
 Komitmen komuniti yang padu.
Antara ciri murid Abad ke-21 adalah mempunyai keyakinan tinggi untuk berkomunikasi.

Sehubungan itu baru-baru ini dilaksanakan Konvensyen Kebangsaan TS25


bertempat di Melaka bertemakan “TS25 Penggerak Pembelajaran
Bermakna”. Konvensyen berkenaan dihadiri seramai 550 peserta yang terdiri
daripada Rakan Educational Leadership And Instructional Team (ELIT) yang
terlibat dengan program transformasi sekolah Kohort 1 dan Kohort 2 dan
telah melaksanakan program ini, serta Kohort 3 yang bakal
melaksanakannya pada tahun depan yang bakal tiba sebulan sahaja lagi.

Tahun 2017 ini merupakan tahun kelima pelaksanaan inisiatif-inisiatif di


bawah PPPM 2013-2025 yang telah memasuki fasa ataupun Gelombang 2
(2016-2020). Dalam tempoh pelaksanaan Gelombang 2, KPM memberi
tumpuan kepada usaha memacu peningkatan sistem yang pastinya dapat
memberi sokongan kepada pelaksanaan PdP di dalam bilik darjah.

Dalam hal ini hubungan antara pemimpin sekolah, guru, komuniti dan murid
dalam sesebuah sekolah merupakan elemen penting yang menggerakkan
transformasi sekolah.

Guru-guru pula perlu melaksanakan pedagogi yang berimpak dan bermakna


kepada pembelajaran murid. Murid bukan lagi boleh dianggap sebagai
penerima ilmu yang pasif sebaliknya pedagogi terkini perlu dijana bagi
mencorakkan pembelajaran kendiri murid, menggalakkan pembelajaran
kolaboratif, cekap berkomunikasi, serta berfikir secara kritis dan kreatif.
Inilah antara konsep dan pendekatan yang diberikan penekanan dalam TS25
yang dianggap bertepatan dan selari dengan pendekatan Amalan ini adalah
selari dengan penerapan Enam Aspirasi Murid dalam PPPM 2013-2025, iaitu
memupuk pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa,
kemahiran memimpin, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Bagi mengukuhkan perubahan pedagogi yang diamalkan, Pentaksiran


Berasaskan Sekolah (PBS) telah dilaksanakan, selaras dengan hasrat untuk
menilai pembangunan dan kemenjadian murid. Pentaksiran kini telah
berubah daripada assessment of learning (penilaian pembelajaran) kepada
assessment as learning (penilaian sebagai pembelajaran).
Guru-guru diharap dapat menguasai pedagogi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dan melaksanakan PBS dengan betul kerana elemen inilah yang
menjadi pemangkin kepada transformasi sekolah serta dapat meningkatkan
pelbagai kemahiran seperti kemahiran untuk berfikir, kemahiran mencari
maklumat, keupayaan menyelesakan isu dan masalah, yakin menyuarakan
pendapat, dan seterusnya kemahiran memimpin dapat ditingkatkan.

Satu lagi perkara penting yang mendasari TS25 ini ialah sokongan kepakaran
dalam meningkatkan prestasi sekolah. Sebagaimana yang kita ketahui, TS25
menggunakan kepakaran pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM), Institut Aminuddin Baki (IAB), Schools Improvement Specialist
Coaches Plus (SISC+) dan Schools Improvement Partnership Plus
(SIPartners+) yang kita kenali sebagai Rakan ELIT.

Rakan ELIT ini akan mengadakan lawatan ke sekolah dan bersama-sama


pemimpin sekolah untuk merangka Pelan Intervensi Transformasi Sekolah
(PinTas) berdasarkan data-data dan maklumat sekolah. Pendekatan ini
terbukti berjaya meningkatkan prestasi sekolah. Kaedah yang hampir sama
telah digunakan sebelum ini dalam melaksanakan Program Transformasi
Daerah (DTP).

Tiga tahun lagi pelaksanaan PPPM 2013-2025 akan memasuki Gelombang 3.


Dalam Gelombang 3 transformasi pendidikan akan memberi tumpuan ke
arah kecemerlangan. Pelaksanaan TS25 adalah landasan terbaik bagi
merealisasikan hasrat yang ingin dicapai dalam Gelombang 3.
Dalam ucapan perasmian Konvensyen Kebangsaan TS25, mantan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata,
seperti yang selalu beliau nyatakan untuk mengorak ke arah kecemerlangan
ia perlu bermula dengan perubahan di bilik darjah.

“Transformasi pendidikan secara total tidak akan berlaku tanpa perubahan


yang berlaku di bilik darjah,” tegas beliau.

“Saya telah dimaklumkan sejak Program Transformsi Sekolah ini dimulakan


pada tahun 2015, terdapat perubahan yang ketara dari segi peningkatan
motivasi guru, pembudayaan pembangunan profesionalisme sebagai
profesional learning community (PLC), dan pelaksanaan coaching and
mentoring telah berlaku dalam setiap mata pelajaran.”

“Yang lebih bermakna ialah kemenjadian murid seperti peningkatan


kehadiran ke sekolah, lebih yakin untuk berkomunikasi dan kualiti
kepimpinan berjaya ditunjukkan. Tahniah dan syabas kepada semua warga
sekolah yang terlibat dalam program ini,” ucap Dr. Khair.

Menurut beliau, pada masa hadapan apabila sekolah-sekolah yang


melaksanakan Program TS25 telah mencapai tahap yang cemerlang, sekolah
ini juga boleh memohon untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan
Sekolah Kecemerlangan Kebangsaan.

Cabaran menyediakan pendidikan berkualiti bukan sahaja untuk mencapai


matlamat sekolah atau institusi tetapi juga untuk mencapai matlamat dasar-
dasar negara seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020, Dasar Ekonomi
Baharu (DEB), Dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50), dan Pembangunan
Lestari Keempat atau Sustainable Development Goals 4 (SDG4) di bawah
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Kesemua dasar ini menuntut kepada pendidikan yang berkualiti bagi


melahirkan sumber tenaga dan masyarakat Malaysia yang memiliki nilai-nilai
tinggi, berakhlak, mencintai ilmu pengetahuan, rajin membaca, menghargai
seni budaya dan warisan, serta memiliki minda yang mencerminkan rakyat
sebuah negara maju.

Sejarah TS25
Program TS25 KPM merupakan nama baharu yang dijenamakan semula
menggantikan nama Program Transformasi Sekolah (PST) KPM yang
dilaksanakan mulai tahun 2015.

Peringkat pertama (Kohort 1) pada tahun 2015 sejumlah 100 buah sekolah
rendah dan sekolah menengah telah dipilih di setiap daerah. Peringkat Kedua
(Kohort 2) sejumlah 100 buah sekolah lagi dipilih pada tahun ini (2017) dan
seterusnya, 400 buah sekolah lagi (Kohort 3) telah dipilih untuk pelaksanaan
tahun hadapan (2018). Ini bermakna mulai tahun 2018 sejumlah 600 buah
sekolah akan melakanakan Program TS25.

Latihan dan bimbingan kepada Rakan ELIT TS25 kohort pertama telah
dilaksanakan mulai 10 Ogos 2015 dan selesai sepenuhnya pada 4 Jun 2016.
Seterusnya, latihan dan bimbingan kepada Rakan Elit TS25 kohort kedua
pula telah dilaksanakan mulai 13 Mac 2017 dan selesai pada 19 Oktober
2017.

Objektif konvensyen ini adalah untuk menyediakan platform berkongsi


pengalaman dalam membudayakan amalan terbaik Program TS25,
seterusnya menjana dan mencetus idea tentang inovasi dalam pendidikan
sebagai nilai tambah kepada semua peserta dan memberi peluang dan
pendedahan awal kepada pengetua dan guru besar TS25 Kohort 3 berkaitan
pelaksanaan TS25.

Konvensyen Kebangsaan TS25 di Melaka baru-baru ini diadakan selama tiga


hari melibatkan dua pembentangan utama. Ucaptama pertama disampaikan
oleh Datuk Dr. Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Pembangunan Profesionalisme Keguruan, yang kini telah dilantik menjadi
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia menggantikan Dr. Khair.

Ucaptama kedua pula disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zaida Mustafa,
Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Seterusnya
diikuti 10 pembentangan amalan terbaik dibentangkan oleh wakil daripada
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), IAB, IPGM, pengetua dan guru besar
sekolah-sekolah TS25 yang terpilih.

Datuk Dr. Amin Senin, KPPM.

Di samping itu perkongsian amalan terbaik juga ditunjukkan melalui


pameran oleh 10 buah sekolah dalam kalangan sekolah yang melaksanakan
TS25 kohort pertama dan kedua.

You might also like