You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SG. PETANI, KEDAH.

LAPORAN PROJEK/AKTIVITI/PERANAN LAIN

(Aspek H dalam Borang PR 2 : Bimbingan, Pengurusan & Pentadbiran)

Laporan Ke – 1

Nama Pelajar SHIRLEY GOH

Kursus dan Ambilan PISMP AMBILAN JUN 2014
Tarikh 07 MAC 2017 Masa 11.40 pagi hingga 12.10 tengah hari
Tempat Kelas 3 Tekun, SJK (C) Lin Khay
Projek / Aktiviti / Peranan Pertandingan Silang Kata Tatabahasa Tahun 3T

BAHAGIAN A : PERANAN YANG DIJALANKAN

(Sila lampirkan dokumen sokongan seperti kertas kerja, minit mesyuarat,

pelan tindakan, gambar foto, surat perlantikan, laporan khas projek, surat penghargaan dll)

Saya telah menjalankan sebuah pertandingan teka silang kata bagi murid-murid Tahun 3T.
Pertandingan ini telah disertai oleh 29 orang murid, iaitu 14 orang murid lelaki dan 15 orang
murid perempuan. Kertas soalan bagi teka silang kata tersebut telah digubal dan disiapkan
beberapa sebelum bermulanya pertandingan tersebut. Soalan teka silang kata tersebut
mengandungi 20 soalan yang terbahagi kepada soalan-soalan berkaitan dengan tatabahasa
seperti kata tanya, kata sendi nama, kata hubung dan mengedit kesalahan ejaan.

Pada hari berkenaan, saya telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran pada 30 minit
yang pertama kemudian meneruskan dengan pertandingan pada waktu kedua. Sebelum
memulakan pertandingan, saya menjelaskan kepada murid-murid tentang peraturan
pertandingan tersebut dan memberi peluang untuk murid bertanya soalan untuk
memastikan memahami peraturan pertandingan. Murid diberi masa sehingga loceng
berbunyi untuk menyiapkan soalan teka silang kata tersebut.
BAHAGIAN B : CATATAN REFLEKSI
(Diisi oleh pelajar selepas tamat / siap sesuatu projek / aktiviti)

Setelah tamatnya pertandingan teka silang kata ini, saya mendapati terdapat pelbagai
pengalaman baharu yang telah saya alami. Saya juga berpeluang memberikan pendedahan
kepada murid-murid tentang keunikan bahasa Melayu terutamanya dalam aspek
tatabahasa.

Antara kekuatan yang boleh dikenal pasti adalah mempelajari cara-cara merancang
sesebuah pertandingan dalam bilik darjah. Dalam mengadakan sesebuah pertandingan,
perbincangan dengan pihak pentadbir, terutamanya kebenaran daripada guru besar
haruslah diambil kira. Kebenaran daripada guru besar adalah untuk memastikan kelancaran
pertandingan tersebut. Di samping itu, saya juga berpeluang menggubal soalan teka silang
kata. Dalam proses menghasilkan soalan teka silang kata tersebut, saya telah menyedari
bahawa tidak mudah untuk menggubal sesebuah kertas soalan, terutamanya soalan yang
melibatkan pelbagai aspek. Terdapat juga beberapa aspek lain yang harus diambil kira,
seperti standard pembelajaran tahun 3 agar bersesuaian dengan tahap murid.

Kelemahan yang boleh didapati adalah kekangan masa dalam mengadakan pertandingan
tersebut. Disebabkan minggu peperiksaan yang semakin hampir, pertandingan ini dibuat
dalam keadaan yang agak tergesa-gesa. Tarikh minggu peperiksaan juga tidak sesuai untuk
melaksanakan pertandingan kerana murid-murid perlu mengulang kaji dan memberi
tumpuan dalam peperiksaan. Oleh itu, pertandingan ini diadakan beberapa hari sebelum
minggu peperiksaan agar tidak mengganggu tumpuan murid. Di samping itu, saya juga
mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang cepat berputus asa dengan teka
silang kata tersebut. Murid-murid tersebut mengatakan bahawa mereka tidak pandai dan
akhirnya hanya merenung kertas soalan teka silang kata tersebut.

Sebagai penambahbaikan, saya akan lebih menitikberatkan murid-murid yang agak lemah
dalam Bahasa Melayu dengan mempelbagaikan aras soalan teka silang kata tersebut.
Soalan-soalan teka silang kata tersebut hanya menekankan aspek tatabahasa dan tidak
dibina dalam pelbagai aras. Oleh itu, pada masa akan datang saya akan mempelbagaikan
aras kesukaran soalan tersebut.
BAHAGIAN C KOMEN / ULASAN / CATATAN
(Diisi oleh Guru Besar / Penolong Kanan / Guru)

.................................................................................................................................................

Disemak oleh guru pembimbing: Disemak oleh guru besar:

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

You might also like