You are on page 1of 8

PENGENALAN

Skim Lencana Antidadah ( SLAD ) Pasukan


Pakaian Seragam Sekolah Menengah adalah
usaha terancang Kementerian Pelajaran
Malaysia, PEMADAM Kebangsaan, Agensi
Antidadah Kebangsaan, Majlis Keselamatan
Negara dan Persatuan-Persatuan Pakaian
Seragam untuk melibatkan anggota-anggota
pakaian seragam di sekolah-sekolah menengah
dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah.
Mereka diharapkan menjadi agen penyampai
mesej antidadah kepada rakan-rakan yang lain
dan juga masyarakat luar sekolah supaya misi
menjadikan Sekolah Bebas Dadahtercapai.
RASIONAL
Rakan merupakan antara individu yang sangat
mempengaruhi sesorang murid. Maka
penggunaan rakan sebaya dalam menyampaikan
mesej antidadah dirasakan lebih berkesan dan
perlu dimanipulasi dengan sebaik mungkin
dalam mencegah penyalahgunaan dadah
dikalangan rakan, keluarga dan sahabat handai.
OBJEKTIF
-Mempunyai pengetahuan dan kemahiran
menyampaikan mesej antidadah
- Dapat memainkan peranan sebagai orang yang
berpengaruh dalam menyampaikan mesej
antidadah
- Membantu rakan sebaya yang berisiko tinggi
untuk dapat berhubung dengan Guru B&K
-Dapat memberikan khidmat sukarela dalam
aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan
KUMPULAN SASAR
Ahli Persatuan Pakaian Seragam di sekolah
(Tingkatan 2 dan 4)

BAGAIMANA DILAKSANAKAN ?
Aktiviti SLAD adalah sebahagian aktiviti pakaian
seragam di sekolah.
Ahli SLAD juga dikehendaki lulus ujian-ujian dan
melakukan kerja-kerja amali.
Dengan menyertai SLAD, ahli akan memberikan
sumbangan dalam apa jua aktiviti antidadah di
sekolah.
BERAPA LAMA MENYERTAI SLAD ?
Ahli SLAD dikehendaki menyertai aktiviti SLAD
secara berterusan dalam tempoh minima satu
tahun dan maksimum 2 tahun.
Anugerah akan diberikan kepada ahli yang
mencapai jumlah markah tertentu.
1. Sijil Penghargaan dan Lencana 90% ke atas
2. Sijil Penghargaan sahaja 75 % - 89%
Lencana SLAD boleh dipakai sebagai salah satu
Lencana Kemahiran.
KURIKULUM SLAD
Terbahagi kepada 2 bahagian :
1. Teori ( Pemberian Maklumat ) 40%
2. Amali 60 %
Ahli SLAD perlu menyempurnakan keperluan
kurikulum SLAD dengan mengikuti dan
melakukan aktiviti Teori dan Amali SLAD.
Semua aktiviti akan direkodkan dalam Buku Log
sebagai sumber rujukan dalam penilaian dan
pemberian markah.
BUKU LOG SLAD

You might also like