You are on page 1of 13

HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2013 BAHAGIAN A 1.

Terangkan perbezaan antara skala nominal dan skala ordinal dalam pengukuran. Berikan satu contoh bagi setiap skala. Jawapan: Topik 1 ms 9-10 Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yang paling rendah. Skala ini mengkategorikan pemboleh ubah

berdasarkan persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pemboleh ubah berkenaan. Contohnya Etnik Melayu diwakili nombor 1, etnik Cina diwakili nombor 2, etnik India nombor 3 dan etnik-etnik lain diwakili nombor 4. Nombor yang digunakan

di sini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori pemboleh ubah yang dinyatakan, iaitu etnik. Nombor ini tidak mempunyai sebarang nilai dan skala yang menggunakan nombor untuk mengkategori pemboleh ubah ini disebut sebagai skala nominal. Skala ordinal ialah skala yang memberikan nilai pemeringkatan. Data boleh disusun sama ada daripada yang terendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang. Nombor atau kategori yang diguna

menggambarkan ukuran asal pemboleh ubah mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang baik kepada kategori yang lebih baik. Misalnya, nombor 1,2,3,4 yang menunjukkan kedudukan pelajar dalam darjah dari segi pencapaian akademik adalah contoh skala ordinal.

2. Kaedah lisan bermaksud pengumpulan maklumat secara lisan dan perakaman maklumat berkenaan dalam bentuk audio atau video. Jelaskan dengan ringkas DUA bentuk kaedah lisan. Jawapan: Topik 3 ms 71 I. Temu bual merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat melalui perbualan yang tidak tertumpu kepada set soalan tertentu. Manakala

temu bual berstruktur cuba mendapatkan maklumat melalui perbualan tertentu kepada set soalan tertentu. II. Skala Penaksiran merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat dengan menggunakan satu set soalan yang memerlukan seseorang

memberikan jawapan dalam skala tertentu, anggaran kekerapan.

seperti skala Likert atau

3. Senaraikan Empat ciri pembinaan item Mengisi Ruang Kosong yang baik. Jawapan: Topik 4 ms 94 I. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan. II. Pernyataan / ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik. III. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara ( seperti bilangan perkataan dalam ruang kosong ), supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama. IV. Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja. V. Ruang kosong hendaklah ditempatkan dihujung ayat supaya perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.

4. Kebolehpercayaan sesuatu ukuran bermaksud ketekalan ukuran-ukuran yang dihasilkan oleh alat tersebut. kebolehpercayaan ujian. Jawapan: Topik 5 ms 120 1. 2. 3. 4. Panjang Ujian Kehomogenan Kumpulan Kesukaran Item Objektiviti Jawapan Nayatakan 4 faktor yang mempengaruhi

5. Huraikan secara ringkas Dua sebab kenapa penyelarasan peperiksaan kertas jawapan perlu diadakan. Jawapan: Topik 7 ms 167 I. Bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa dalam memberikan markah kepada calon-calon. II. Untuk memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah.

BAHAGIAN B Soalan 1 a) Bandingkan Penilaian Formatif dengan Penilaian Sumatif Jawapan: Topik 3 ms 69 1. Dari segi konsep: Penilaian formatif dibuat secara formal atau tidak formal untuk mengesan penguasaan atau kelemahan pelajar bagi setiap tajuk pengajaran. Manakala

Penilaian Sumatif dijalankan secara formal bagi menentukan pencapaian pelajar di akhir pengajaran seperti pada hujung penggal atau akhir tahun. 2. Dari segi waktu penilaian dan kaedah: Penilaian Formatif dilaksanakan sepanjang proses pengajaran berlangsung. Formal Ujian pensel-kertas Tidak Formal Pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan Dibuat secara individu atau kumpulan. Penilaian Sumatif dijalankan pada akhir penggal atau akhir tahun persekolahan. Dijalankan secara formal iaitu ujian kertas-pensel, ujian lisan. berkumpulan. 3. Tujuan: Ditadbir secara

Penilaian Formatif bertujuan untuk menentukan tahap kemajuan atau penguasaan pelajar. Tindakan susulan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan pelajar.

Manakala bagi penilaian sumatif gred pencapaian akan diberikan kepada pelajar selepas pencapaian pelajar ditentukan bagi tempoh persekolahan tertentu.

b) Bandingkan kelebihan dan kelemahan soalan jenis Aneka Pilihan dan soalan jenis esei. dikurangkan. Jawapan: Topik 4 ms 100. Soalan Jenis Aneka Pilihan Kelebihan: 1. 2. 3. 4. Boleh mengukur semua jenis kebolehan. Sampel meluas ke atas kandungan. Cepat dan mudah diperiksa. Boleh diperiksa secara objektif. Bagi setiap jenis bincangkan bagaimana kelemahannya dapat

Kekurangan: 1. 2. Sukar membina item yang baik / peringkat tinggi. Menggalakkan tekaan.

Cara mengurangkan kelemahannya. ( kurang pasti jawapannya ) 1. 2. 3. Perlu menggabungkan soalan jenis esei supaya ianya mudah dan cepat dibina. Mengurangkan tekaan Boleh menguji tahap tinggi. Soalan Jenis Esei Kelebihan : 1. 2. 3. Mudah dan cepat dibina Mengurangkan tekaan Boleh menguji tahap tinggi.

Kekurangan: 1. Bilangan item terhad.


4

2. 3.

Mengambil masa untuk diperiksa. Kebolehpercayaan item agak rendah.

Cara mengurangkan kelemahan: 1. Menggabungkan soalan aneka pilihan agar boleh mengukur semua jenis

kebolehan. 2. 3. 4. Sampel meluas ke atas kandungan. Cepat dan mudah diperiksa. Boleh diperiksa secara objektif.

BAHAGIAN C 1. Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif kepada 6 peringkat bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai. seorang guru, Sebagai

anda bertanggungjawab untuk membina soalan / item ujian yang

berkualiti berpandukan taksonomi yang dicadangkan Bloom. Domain Kognitif Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu: i. ii. 1. Pengetahuan Kemampuan dan Keterampilan Intelektual Pengetahuan (Knowledge)

Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, faktafakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya. 2. Pemahaman (Comprehension)

Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.

3.

Aplikasi (Application) memiliki kemampuan untuk menerapkan

Pada tahap ini, seseorang pelajar

gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar. 4. Analisis (Analysis)

Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. 5. Sintesis (Synthesis)

Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan..

6.

Penilaian (Evaluation)

Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.

Soalan nombor 2 Penilaian amat penting bagi mengukur sesuatu yang telah dipelajari, keberkesanan pengajaran dan tahap pencapaian pelajar secara umum. Penilaian yang berkualiti dan sistematik akan memberikan kesan yang mendalam terhadap pendidikan dan kerjaya masa depan. Berdasarkan sistem pendidikan di Malaysia, kendiri, bincangkan kepentingan penilaian

penilaian guru dan penilaian piawai dalam mengukur pencapaian

pelajar dan kepentingan pelbagai bentuk kawalan dalam prosedur memberi markah. Jawapan: Topik 8 ms 196-200 Kategori Penilaian: -Penilaian Kendiri: bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama ada memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujian atau peperiksaan. -Penilaian Guru bertujuan menentukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya dan juga menilai keberkesanan pengajarannya -Penilaian Piawai bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan pencapaian pelajar-pelajar, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu. Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil yang bakal diberikan kepada seseorang pelajar

HBEF 3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012


BAHAGIAN A 1. Apakah tujuan mengadakan Penilaian Rujukan Kriteria ( PRK )? Nyatakan SATU ciri soalan dan SATU ciri ujian dalam PRK. Jawapan: Topik 1 ms 63 Matlamat PRK bukan untuk membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain, tetapi ditumpukan membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu, iaitu sama ada kriteria tersebut dapat dikuasai oleh pelajar atau tidak. Menurut Popham (1981), rujukan kriteria digunakan untuk menentukan status pencapaian individu pelajar dalam domain tingkah laku yang ditetapkan. Ciri-ciri soalan PRK : soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan kepada kriteria objektif pelajaran tertentu. Ciri-ciri ujian: Tiada gred ditetapkan, tetapi memadai dengan pernyataan lulus / gagal sahaja. 2. Penilaian melibatkan beberapa langkah. Senaraikan semua langkah tersebut. Jawapan :ms 5 1. 2. 3. 4. 5. Prosedur /langkah-langkah penilaian: Persediaan ujian Pentadbiran ujian Pemeriksaan Jawapan Ujian Analisis Ukuran Interpretasi dan tindakan susulan.

3. Berikan 4 ciri yang baik dalam pembinaan Item mengisi Ruang Kosong. Jawapan ms 93: 1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan. 2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga supaya pelajar dapat memahaminya dengan baik. 3. Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja. 4. Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan / ayat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah. 5. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan kebolehpercayaan ujian? Nyatakan 3 jenis kebolehpercayaan ujian. Jawapan: ms 113 Kebolehpercayaan ujian bermaksud ketekalan markah-markah yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Darjah ketekalan ukuran-ukuran boleh ditentukan dalam pelbagai keadaan, misalnya, apabila ujian yang sama diambil oleh pelajar kali kedua, ujian yang sama ditadbirkan oleh guru lain, ujian yg sama diambil oleh pelajar pada waktu yg berbeza, jawapan ujian yg sama diperiksa oleh guru yang berbeza. Ujian yg baik adalah ujian yg mempunyai darjah ketekalan yg tinggi, iaitu markah skor yg dihasilkan adalah hampir sama dalam apa jua keadaan. 3 jenis kebolehpercayaan ujian: Ukuran kestabilan Ukuran kesetaraan dan kestabilan Ukuran kesetaraan Kebolehpercayaan pemeriksa Ukuran ketekalan dalaman

1. 2. 3. 4. 5.

5. Nyatakan SATU kelebihan pemarkahan analitik berbanding dengan pemarkahan holistic. Nyatakan 3 sebab kenapa penyelarasan pemeriksaan kertas jawapan perlu diadakan. Jawapan: Skema pemarkahan secara analitik adalah lebih terperinci daripada holistic. Ia mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Sebagai contoh, pemberatan jawapan, banyaknya fakta dan kualiti hujah untuk pertimbangan layak diberikan markah penuh. Agihan markah berdasarkan aspek markah untuk isi, persembahan, bahasa atau isi mengikut fakta. 3 sebab kenapa penyelarasan peperiksaan kertas jawapan perlu diadakan: Jawapan topic 7 ms 167 1. Penyelarasan peperiksaan kertas jawapan perlu dilakukan terutama apabila melibatkan pemeriksa lebih daripada seorang. 2. Tujuan penyelarasan ini dibuat ialah bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa dalam memberikan markah kepada calon-calon. 3. Untuk memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah.

BAHAGIAN B 1. A) Bandingkan Penilaian Formatif dengan Penilaian Sumatif. Jawapan: Topik 3 ms 64 dan ms 67 Penilaian Formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan. Ia dilakukansepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya adalah untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Penilaian Sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal / akhir tahun ). Ia bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif, yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk. Penilaian sumatif dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contoh penilaian sumatif ialah penilaian padaakhir tahun, peperiksaan percubaab, UPSR dan PMR. b) Bandingkan kelebihan dan kelemahan soalan jenis Aneka Pilihan dan soalan jenis Esei. Bagi setiap jenis, bincangkan bagaimana kelemahannya dapat dikurangkan. Jawapan: Topik 4 ms 89 Kelebihan soalan jenis aneka pilihan ialah ia memudahkan kerja memeriksakerana soalan jenis ini boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang OMR. Manakala kelemahan soalan jenis aneka pilihan ini termasuklah sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar kerana mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat. Ia juga menggalakkan tekaan. Soalan jenis esei mempunyai kekuatan tersendiri iaitu dapat menggalakkan pelajar meneroka pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, mempamerkan sesuatu idea asli mereka dan menggabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat. Selain itu juga pelajar dapat menhenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk kemunikasi bertulis. Item berjawapan terbuka turut mempamerkan beberapa masalah atau kekurangan, iaitu ia memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk memeriksa jawapan, masa yang panjang untuk memeriksa berbanding item objektif, masa yang panjang untuk pelajar menulis jawapan dan pelajar perlu menulis secara jelas dan boleh dibaca. Cara untuk mengatasi kelemahan ini ialah dengan menggabungkan item objektif dan item subjektif dalam satu ujian dengan kadar yang sesuai, ia dapat menjamin kesahan dari segi liputan kandungan dan juga penilaian pada peringkat objektif yang tinggi.

10

2. a) Sepuluh kertas jawapan ujian diperiksa oleh seorang penolong pemeriksa. Semasa penyelarasan pemarkahan, kertas jawapan yang sama diperiksa semula oleh ketua pemeriksa. X ialah markah yang diberi oleh penolong pemeriksa dan Y ialah markah yang diberi oleh ketua pemeriksa. BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 X 46 39 52 45 42 56 70 50 55 59 Y 48 42 52 46 40 57 73 47 52 58 ( x-x ) ( y-y ) -2 ( x-x ) -2 ( y-y ) (x-x) (y-y)

2. (i) Hitungkan X dan Y, iaitu min bagi X dan min bagi y masing-masing. Salin dan lengkapkan jadual di atas. (ii) Hitungkan pekali kolerasi Pearson, r xy dengan menggunakan rumus r xy = E ( X-X ) ( Y-Y ) /E ( X-X)2 E (Y-Y)2 b) Komen tentang r xy yang diperoleh dalam (a) (ii). 3. Pentadbiran ujian, pemeriksaan dan penyelarasan markah dan penilaian markah ujian adalah langkah-langkah akhir dalam penilaian. (a) Sediakan satu senarai semak bagi persiapan tempat ujian supaya ujian itu dapat berjalan dengan lancar. Jawapan: Topik 7 ms 154 Senarai semak bagi persiapan tempat Ujian: 1. Arahan Ujian arahan dalam kertas soalan / arahan guru atau ketua pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan bermula / semasa mula menjawab soalan / sebelum tamat masa menjawab / selepas tamat masa menjawab 2. Suasana di Tempat Peperiksaan 3. Jarak Tempat Duduk (b) Terangkan tujuan mengadakan penyelarasan pemeriksaan kertas jawapan dan penyelarasan markah ujian. Jawapan : Topik 7 ms 167 1. Penyelarasan peperiksaan kertas jawapan perlu dilakukan terutama apabilamelibatkan pemeriksa lebih daripada seorang.

11

2. Tujuan penyelarasan ini dibuat ialah bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa dalam memberikan markah kepada calon-calon. 3. Untuk memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah. c. Nyatakan 3 ukuran memusat dan tiga ukuran serakan. Taburan markah suatu ujian mempunyai taburan normal dengan skor min 45 dan sisihan piawai 12. Kirakan skor z bagi seorang calon yang mendapat markah 40 dalam ujian tersebut. Jawapan:

BAHAGIAN C SOALAN NO. 2 Setelah selesai sesuatu penilaian; satu laporan perlu disediakan untuk pihak berkepentingan supaya mereka mendapat maklumat yang berguna dari penilaian tersebut. Nyatakan pihak yang berkepentingan dalam penilaian pelajar dan bincangkan mengapa laporan penilaian berkenaan adalah penting bagi mereka. Jawapan : Topik 8 ms 181 Pelaporan penilaian bermaksud bagaimana markah dan penilaian terhadapnya dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-orang yang berkepentingan. Tujuan penilaian ialah meenentukan kemajuan akademik pelajar, pencapaian pelajar, masalah pengajaran guru, masalah pembelajaran pelajar, pengelompokan pelajar, bidang yang sesuai dengan pelajar, sikap, motivasi dan gaya pembelajaran pelajar. Justeru mereka yang berkepentingan termasuklah : 1. Guru Guru memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar mereka untuk membantu mereka dalam pengajaran. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan akademik dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat ini dapat membantu guru untuk membuat keputusan akhir tentang sukatan pelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya. Selain merancang dan melaksanakan ulangkaji tajuk-tajuk tertentu, guru dapat meningkatkan motivasi pelajar selain merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan sesuai dengan tahap pelajar-pelajarnya. 2. Pelajar Pelajar juga memerlukan beberapa maklumat tentang diri mereka sendiri untuk membantu mereka dalam pembelajaran. Maklumat ini diperlukan untuk mereka membuat ulangkaji tajuk-tajuk yang belum mereka kuasai selain mengubah gaya pembelajaran mereka ke suatu tahap yang lebih baik. Mereka juga perlu mengubah kaedah pembelajaran mereka kepada yang lebih sesuai dan bersistematik. Maklumat ini akan menjadi motivasi kepada mereka supaya perancangan yang strategik dapat dibuat ke arah pencapaian yang lebih baik.
12

3. Ibu bapa Ibu bapa turut memerlukan beberapa maklumat tentang anak-anak mereka untuk membantu mereka mengadakan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan dan sahsiah anak-anak mereka. Maklumat tentang masalah pembelajaran dan kemajuan akademik dapat membantu ibu bapa untuk memberi bantuan kepada anak-anak mereka, sama ada di rumah atau melalui kelas-kelas tuisyen. Ibu bapa juga boleh memberi nasihat dan memotivasikan anak-anak di rumah. 4. Guru Kaunselor -memberi bimbingan dan kaunseling dan memantau perkembangan sahsiah pelajar -memberi bimbingan tentang gaya pembelajaran mereka -menentukan keberkesanan program bimbingan dan kaunseling -menasihati pelajar tentang pengajian dan kerjaya yang sesuai 5. Guru Besar Sekolah -merancang program yang boleh meningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar. -membantu guru besar merancang program untuk kecemerlangan sahsiah pelajar. -menentukan keberkesanan program peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran -menyesuaikan kurikulum dengan suasana di sekolah dan kawasan di sekelilingnya. 6. Pegawai Pendidikan Daerah -untuk membantu merancang program yang boleh menyelaraskan peningkatan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan pembanbangunan sahsiah pelajar di semua sekolah dalam daerah di bawah penyeliaannya. -menentukan keberkesanan program 7. Bakal Majikan Bakal majikan memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk membantu pihaknya membuat keputusan untuk menerima pelajar lepasan sesebuah sekolah sebagai pekerjanya. Selain itu juga meklumat ini akan membentu bakal majikan menentukan kesesuaian pelajar untuk melaksanakan sesuatu tugas. Pemilihan ini penting bagi menentukan kualiti pekerjaanya sama ada pelajar ini akan menjadi pekerja yang baik kepada syarikat dan berjaya dalam kerjayanya.

13

You might also like