You are on page 1of 5

Perancangan Ujian Perancangan ujian adalah salah satu bahagian yang utama dalam proses penilaian yang merangkumi

langkah-langkah perancangan, pentadbiran, pemeriksaan, penganalisisan dan laporan. Matlamat utama ujian adalah untuk mendapatkan maklumat pencapaian pelajar dalam satu-satu mata pelajaran selepas sesuatu pengajaran dibuat. Untuk mendapat maklumat-maklumat tepat serta memastikan ujian yang diberikan mempunyai ciri-ciri kesahan dan kebolehpercayaan, serta dapat mencerminkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka, guru harus merancang ujian yang sesuai dan berguna. Dalam hal ini, guru harus mengikut prosedur yang berikut semasa merancang sesuatu ujian itu.

1.1 Menentukan tujuan ujian

1.2 Menentukan isi kandungan ujian

1.3 Membentuk Jadual Penentuan Ujian 1.4 Menulis Item 1.5 Menyemak Item

1.1 Menentukan Tujuan Ujian Dalam proses merancang ujian, langkah pertama ialah menentukan tujuan ujian. Dengan adanya tujuan ujian yang boleh di kenal pasti, proses merancang ujian yang berikutnya akan dapat dipermudahkan. Misalnya, jika tujuan ujian adalah untuk mengesan punca kelemahan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran matematik ujian diagnostic hendaklah dirancangkan. Sebaliknya, jika tujuan ujian ialah menentukan kedudukan pencapaian pelajar dalam sesuatu kelas, maka ujian sumatif hendaklah digunakan. Berdasarkan tujuan ujian dikenal pasti, guru juga harus menentukan bentuk ujian, seperti ujian subjektif atau ujian objektif yang sesuai ditadbirkan.

1.2 Menentukan Isi Kandungan Ujian Kandungan yang hendak diuji mestilah jelas. Kandungan yang diuji mestilah terdiri daripada apa yang telah di ajar sama ada di bilik darjah atau di makmal dan sebagainya. Guru hendaklah menguji pelajar dengan soalan-soalan mengikut enam aras kemahiran Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Memandangkan sistem peperiksaan Malaysia adalah pada umumnya berdasarkan kepada ujian pencapaian maka segala ujian yang di buat haruslah menuju ke arah ujian pencapaian, iaitu perkara yang di uji mestilah yang pernh di ajar dan ianya pula termaktub dalam sukatan pelajaran. Jika seorang guru membina item yang pernah di ajar tetapi tidak seperti yang dihasratkan oleh sukatan pelajaran, maka ujian yang di bina itu masih ujian pencapaian, namun demikian ujian yang di bina itu dianggap tidak sah dalam konteks peperiksaan kebangsaan. Untuk menyediakan ujian yang berkualiti, guru mestilah berusaha menyediakan satu kerangka ujian yang diberi nama Jadual Penentuan Ujian atau di sebut juga JPU.

1.3 Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU) Sebelum sesuatu ujian dapat di bina dengan sempurnanya, satu jadual penentuan ujian atau disebut juga sebagai JPU mestilah dibentuk terlebih dahulu. JPU merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina. JPU dibina hanya setelah pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan JPU membantu pembina ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yang akan dibuat ke atas kandungan ujian berkenaan. Proses pembinaan JPU mengandungi enam peringkat berikut:. Bahagikan Peringkat Pertama jadual kepada dua dimensi, satu dimensi

mengandungi objektif yang dikehendaki atau kandungan utama dalam sukatan mata pelajaran dan dimensi kedua mengandungi kemahiran pengajaran bagi setiap objektif/kandungan. Sila lihat contoh JPU di Lampiran 1

Peringkat Kedua

Dalam dimensi pertama susun objektif atau kandungan pengajaran mengikut kepentingan kandungan dari atas ke bawah. Adalah lebih mudah pengkelasan dibuat mengikut susunan dalam sukatan mata pelajaran. Ini diandaikan pihak kurikulum telah pun menyusun kandungan dengan kaedah terbaik mengikut pandangan mereka. Penyusunan mungkin dibuat berdasarkan kepentingan objektif/kemahiran dalam pengajaran atau perkembangan kandungan kurikukulum itu perlu disampaikan kepada pelajar secara berhierarki. Sila lihat

contoh JPU di Lampiran 1 Peringkat Ketiga Dalam dimensi kedua, bahagikan bahagian berkenaan kepada lapan lajur mengikut susunan seperti berikut dari kiri ke kanan (Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis,

Penilaian, Jumlah Item dan Peratusan Item). Sila lihat contoh JPU di Lampiran 1 Peringkat Keempat Tandakan dengan nombor yang berturutan dalam setiap sel bagi menunjukkan nombor item yang akan dibina. Kenalpasti format item yang sesuai untuk mengukur penguasaan atau kebolehan pelajar bagi sesuatu objektif perlakuan. Beri perhatian pada perlakuan dan keadaan yang ditetapkan seperti dalam objektif peperiksaan apabila memilih format item. Objektif peperiksaan membantu memudahkan pembina soalan menentukan jenis soalan yang akan dibina. Sila lihat contoh JPU di Lampiran 1 Peringkat Kelima Tentukan bilangan item yang diperlukan itu mencukupi untuk mengukur pencapaian pelajar bagi setiap objektif. Peringkat Keenam Semak semula jenis-jenis item yang telah ditetapkan dan tentukan ia telah menepati kehendak objektif kurikulum. Pastikan item tadi sama rata bagi setiap sel yang dibuat.

1.3.2 Tujuan Membina JPU i. Menstabilkan taraf, mutu dan aras kesukaran sesuatu ujian dari setahun ke setahun. ii. Menyamakan taraf, mutu, dan aras kesukaran sesuatu ujian walaupun dibina dari orang yang berlainan. iii. iv. Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian dari segi kandungan. Menentukan jumlah item, aras kesukaran dan wajaran bagi setiap item dalam ujian.

1.4 Menulis Item Berpandukan JPU yang telah dibentuk, guru boleh mula menggubal item untuk ujian yang biasanya disediakan dalam bentuk ujian subjektif atau ujian objektif. Pemilihan ujian subjektif atau ujian objektif sebagai bentuk ujian bergantung kepada tujuan ujian itu. Pada amnya, jika tujuan ujian ialah untuk penilaian sumatif, ujian objektif biasanya digunakan, kerana ujian jenis ini dapat menguji banyak topik dalam tempoh masa yang singkat. Sekiranya tujuan ujian ialah menguji kebolehan calon menyelesaikan masalah dengan langkah-langkah penyelesaian secara bersistematik atau menguji kemahiran menulis, maka ujian subjektif adalah wajar digunakan.

1.5 Menyemak Item Setelah item selesai digubal, guru hendaklah menyemak item tersebut supaya bebas daripada sebarang kesilapan sebelum ujian ditadbirkan. Dalam hal ini, guru boleh menyemak item dari segi bentuk, isi dan bahasa yang digunakan untuk menggubal soalan. Di samping itu, guru harus memastikan bahawa arahan yang diberikan adalah jelas dan mudah difahami, masa peruntukan adalah berpatutan dengan bilangan item adalah disusun daripada yang mudah kepada yang sukar.

You might also like