You are on page 1of 43

SYARAT, KHIYAR dan PENAMATAN

KONTRAK
Kuliah 4

SYARAT KONTRAK
SYARAT KONTRAK
- Syarat adalah perkara yang perlu ada
untuk kewujudan sesuatu, tanpanya tidak
dianggap wujud/sah. Tetapi ia bukan
hakikat pada benda itu.
- Jika syarat itu ada dalam kontrak maka
kontrak akan sah/terlaksana/luzum.
Kesahihan kontrak diakui.

1. Pengenalan
Setelah memenuhi rukun, kontrak masih
memerlukan lagi beberapa syarat.
o

o Kerana, ada rukun sahaja belum


bermakna terbentuk/ terlaksana /
berkuatkuasa kontrak.
o Syarat tersebut releven bagi sesuatu
kontrak tertentu.
o Berbeza kontrak mungkin memerlukan
syarat tambahan yang berbeza

1. Pengenalan (samb)
Syarat diperlukan bagi menjaga
kepentingan kedua-dua pihak:
o

- Menghapuskan segala kejahilan


- Mengelak penipuan
- Mengelak bahaya

2. Syarat Kontrak
Secara umumnya syarat kontrak terdiri dari
dua jenis iaitu:
I)

Syarat Syarie

II)

Syarat jaali

2. Syarat Kontrak
I) Syarat Syarie
Syarat yang ditentukan oleh syarak.
Contoh: kematian pewasiat iaitu wasiat
terlaksana selepas kematian, wasiat tidak
lebih 1/3, ijab dan qabul dalam majlis, ada
saksi (yang adil) dalam nikah,
II) Syarat jaali
Syarat yang ditentukan oleh pihak
berkontrak dengan kehendaknya sendiri,
iaitu mengantungkan pembentukan
kontrak atas syarat tersebut (rujuk nota
kuliah sebelum ini).

2. Syarat Kontrak
I) Syarat syarie: Empat syarat kontrak.
Syarat tersebut ialah:
a)

Syarat Pembentukan

b)

Syarat Sah

c)

Syarat Perlaksanaan

d)

Syarat Luzum

a) Syarat Pembentukan
a) Syarat pembentukan: syarat yang perlu
ada supaya kontrak terbentuk.
Kontrak mesti memenuhi dua syarat
pembentukan iaitu syarat umum dan
syarat khusus.
i) Syarat umum
Memenuhi semua rukun dan syarat pada rukun,
iaitu:
- Sighah dan syaratnya.
- Pihak berkontrak dan syaratnya. (gila ?)
- Barang dikontrakkan dan syaratnya (najis,
bangkai, barang tak wujud ?)

a) Syarat Pembentukan
ii) Syarat khusus
- Syarat / perkara yang diperlukan pada
sesuatu kontrak tertentu sahaja.
- Syarat ini diperlukan oleh sesetengah
kontrak tetapi tidak pada kontrak yang lain.
o Contoh:
- Saksi (bagi pernikahan).
- Penyerahan harga (bagi kontrak salam).
- Penyerahan barang gadaian (bagi
kontrak gadaian).
- Kematian pewasiat ( kontrak wasiat)

b) Syarat sah
b) Syarat sah
Syarat yang diperlukan bagi menjadikan
kontrak memberi kesan dan sah. Jika tidak
ada syarat ini kontrak menjadi tidak sah /
batal.
Syarat sah kontrak bergantung kepada
jenis kontrak tertentu. Syarat khusus / sah
bagi sesuatu kontrak tertentu berlainan
dengan kontrak yang lain.
syarat sah mengikut jenis kontrak
tertentu

b) Syarat sah
Contoh:
- Kontrak salam ada syarat sendiri.
Syaratnya: harga dibayar penuh semasa kontrak,
diketahui kualiti barang, barang homogenes,
- Kontrak jual beli barang ribawi
Syaratnya: (syarat /cara tukaran tersendiri/ lani)
- Kontrak jual beli barang umum
Syaratnya: tiada gharar, spekulasi, dinyatakan
harga,
- Pernikahan
Syarat: bukan isteri orang, bukan dalam iddah,
bukan isteri ke-5, oleh wali,

c) Syarat Perlaksanaan
c) Syarat perlaksanaan
Syarat yang diperlukan bagi menjadikan
kontrak terlaksana dan tidak terhenti
(mawquf) / tergantung.
Syarat perlaksanaan ada dua;
i) al-wilayah / al-mulk
ii) Barang yang dikontrakkan jangan
ada hak orang lain selain darinya.

c) Syarat Perlaksanaan (samb)


i)

al-wilayah / al-mulk

Ada kuasa keatas barang yang dikontrakkan. Jika


kontrak dibuat oleh orang yang tiada kuasa maka
kontrak tidak terlaksana
- Orang yang berkuasa (bukan safih)
- menguasai dan ada kebebasan mengurus
harta tersebut.
- Barang sama ada dimiliki atau diwakilinya.
Contoh:
- Budak (kontrak mauquf).
- Halangan syarak: orang sakit mati (dermanya,
wasiatnya), orang berhutang/muflis,
- Bukan milik: Barang milik orang lain, bukan wali

c) Syarat Perlaksanaan (samb)


ii) Barang yang dikontrakkan jangan ada
hak orang lain selain darinya.
- Hak orang lain pada zat barang
- Hak orang lain pada sifat barang
- Hak orang lain pada kelayakan
bertindak
(Kontrak diatas adalah tidak terlaksana
tetapi tergantung/ mawquf)

d) Syarat Luzum
d) Syarat luzum
Kontrak berkuatkuasa serta merta.

Kontrak akan luzum jika tidak ada


syarat khiyar. Kontrak yang masih ada
khiyar tidak luzum.

d) Syarat Luzum
Terdapat beberapa pengecualian/ keadaan untuk
luzum:
a) Kontrak perkahwinan.
Tiada syarat luzum. Ia memang terus luzum/ terus
berkuatkuasa serta merta selepas aqad.
- tiada khiyar dalam pernikahan (nikah
gantung ?).
b) Kontrak salam tiada kiyar.
c) Boleh ada syarat jaali dalam syarat luzum
(kontrak pemilikan):

KESAN KONTRAK
Perkara yang sabit/tetap selepas
berlakunya kontrak yang memenuhi rukun
dan syarat.
Kontrak yang sah ada dua kesan iaitu:
i) Kesan khas
ii) Kesan umum

KESAN KONTRAK
i) Kesan khas
Kesan yang diperolehi berdasarkan tujuan
kontrak
- Jual beli: pindah milik, memiliki barang/
memiliki harga
- Nikah: halal bersama, sabith nafkah
- Gadaian: memegang barang gadaian,
menjaga barang.

KESAN KONTRAK
ii) Kesan umum
natijah yang mempunyai persamaan dalam
semua kontrak atau sebahagian besar
kontrak
Hukum dan natijah yang dikenakan ke atas
orang berkontrak untuk memperolehi
maksud kontrak.
Ada dua jenis:
i) Al-nafadh dan
ii) ilzam

KESAN KONTRAK
i) Al-nafadh (perlaksanaan)
Hukum yang sabit dalam melaksanakan
maksud kontrak.
Jual beli: penyerahan: pembeli
menyerahkan harga dan penjual
menyerahkan barang.
Gadaian: penggadai menyerahkan barang
gadaian, penerima gadaian menjaga harta.

KESAN KONTRAK
ii) ilzam
Wajib melaksanakan tanggungjawab/ kesan
tanggungjawab sampingan lain.
Jualbeli: Wajib menyerahkan barang bagi
penjual / harga bagi pembeli. (barang
dihantar kerumah)
Nikah: suami melaksanakan kewajipan
suami / isteri melaksanakan kewajipan
isteri. (kasih sayang, perlindungan, jaga
harta, maruah, .. )

JENIS KONTRAK
Kontrak terdiri dari 5 jenis
i) Menurut sifatnya disisi syarak,
ii) Bernama atau tidak bernama disisi
syarak
iii) Benda atau bukan benda
iv) Matlamat dan tujuan
v) Ada atau tiada kesan segera selepas
kontrak

JENIS KONTRAK
i) Menurut sifatnya disisi syarak, sah atau
batal
- Kontrak sah: yang memenuhi rukun dan
syarat.
- Batal: cacat rukun dan/atau syarat.
Walau sah - Luzum, tidak luzum, mauquf.
ii) Bernama atau tidak bernama disisi
syarak
- Bernama, syarak menetapkan namanya:
Contoh: jualbeli, sewa, hutang, al-rahnu
- Tak bernama, nama baru:

JENIS KONTRAK
iii) Kontrak benda atau bukan benda
- Benda: mesti diserahkan barang yang
dikontrakkan. Ada 5 jenis sahaja.
Contoh: hibah/ hadiah, gadaian,
wadiah(simpanan), qardun, iarah (pinjam).
- Bukan benda; kontrak tidak memerlukan
penyerahan benda untuk terlaksana.
Contoh: Selain 5 diatas: ijarah, kafalah,
hiwalah, jaalah, .

JENIS KONTRAK
iv) Matlamat dan tujuan
Ada 7 jenis:
Tamlikat (memiliki: jual beli, sewa), isqatat
(menggugurkan: talak, gugur qisas dengan
diat, halalkan hutang), itlaqat (memberi
kuasa: lantik wasi, wakil), taqyidat
(melarang: pecat wasi, wakil), tauthiqat
(menjamin: kafalah, hawalah, rahn), istirak
(kongsi: mudarabah, musyarakah,
muzaraah), hifz (Simpanan: wadiah) .

JENIS KONTRAK
v) Ada atau tiada kesan segera selepas
kontrak
a) Ada kesan segera (Munjiz):
- Kontrak yang tidak disandarkan dengan
sebarang syarat untuk perlaksanaan, ada
kesan segera.
- Ia menerbitkan kesan segera sebaik
terbentuk kontrak, apabila memenuhi
rukun dan syarat.
Contoh:
-Aku jadi penjamin dia
-Bakal suami selesai qabul

JENIS KONTRAK
b) Tiada kesan segera (mudaf):
Kontrak yang disandarkan pada masa
depan. Perlaksanaan tiada kesan segera.
Ia tidak menerbitkan kesan segera
walaupun apabila memenuhi rukun dan
syarat. Terbentuk tetapi berkesan selepas
syarat masa dipenuhi.
Contoh:
- Aku jadi penjamin jika dia (penjamin
sedia ada) bermusafir tahun depan
- Suami berkata: Kita bercerai/ talak satu
minggu depan.

JENIS KONTRAK
Hukumnya:
Kontrak berlaku dan terbentuk segera
tetapi kesannya tidak segera kecuali pada
waktu ditetapkan.
Ada tiga jenis
i) Disandarkan pada tabiatnya
ii) Berkuat kuasa dan tidak menerima
sandaran masa
iii) Berkuat kuasa dan menerima sandaran
masa

JENIS KONTRAK
i) Disandarkan pada tabiatnya (muallaq)
Contoh: Kontrak wasiat. Hanya berlaku
selepas kematian. Wasiat sah tapi tunggu
hingga kematian
ii) Berkuat kuasa dan tidak menerima
sandaran masa.
Contoh: Jual beli, hibah, perkahwinan.
iii) Berkuat kuasa dan menerima sandaran
masa, tetapi bukan tabiat kontrak.
Contoh: sewa, kafalah, hiwalah, wakil,
penggugguran, talak (taklik).

JENIS KONTRAK
c) Kontrak bersyarat.
Kontrak yang untuk berlakunya
digantungkan kepada perkara / syarat. Jika
ada syarat dinyatakan maka kontrak
terbentuk.
Ada tiga jenis:
i) Kontrak sah digantungkan dengan apa
jua syarat
ii) Kontrak tidak menerima pergantungan
iii) Sah digantungkan dengan syarat sesuai

JENIS KONTRAK
i) Kontrak sah digantungkan dengan apa
jua syarat. Terjadi.
- Kontrak pengguguran: talak, aku halal
hutang kau jika kita berbesan, pecat
wakil.
- Kuasa perwakilan: wakil, kafil
- Iltizam/iradah: nazar, jaalah
Eg: Jika aku lulus aku akan botak kepala/
belanja makan. Thabit nazar, bila sahaja ia
lulus kena buat.

JENIS KONTRAK
ii) Kontrak tidak menerima pergantungan/
syarat
Selain diatas:
a) Pemilikan: jualbeli, perkahwinan,
- Aku kahwini kau jika kau belikan aku
sebuah kereta. (tak berlaku perkahwinan
setelah dibelikan kereta)
- Aku jual buku kepada kau setelah aku
tamat belajar. (buku tak terjual lagi setelah
ia tamat belajar)

JENIS KONTRAK
b) Pembatalan kontrak (yang perlu
persetujuan kedua belah pihak):
-(Jual beli). Aku batalkan jualbeli ini jika ada
orang lain offer harga lebih tinggi. Tak akan
batal jual beli walau ada orang lain offer.
-Sewa: sebelum tamat tempoh

JENIS KONTRAK
iii) Sah digantung dengan syarat sesuai
Syarat sesuai bermaksud syarat yang
mengukuhkan tujuan kontrak.
Contoh: Kontrak jaminan dan hiwalah.
- Aku jadi penjamin dia kalau kau bagi
pinjam kepada nya.
- Jika adik aku meninggal maka pindah
hutangnya kepadaku.

KHIYAR KONTRAK
Khiyar
a) Definisi khiyar
Khiyar bermaksud:
Pilihan sama ada mahu meneruskan atau
membatalkan kontrak. Oleh itu orang yang
berkontrak boleh membuat pilihan untuk
menerus atau membatalkan kontrak.

KHIYAR KONTRAK
Sumber Khiyar
i) Khiyar ditentukan oleh syarak:
Hak khiyar ini thabit dengan ketentuan
syarak. Contoh: Khiyar aib, khiyar ruyah,
khiyr majlis,
ii) Khiyar ditentukan oleh pihak
berkontrak:
Hak khiyar ini thabit dengan ketentuan
pihak berkontrak
Contoh: khiyar syarat, khiyar tayin.

3. Khiyar Kontrak (samb)


b) Jenis khiyar
Ada banyak jenis khiyar, diantaranya:
- Khiyar majlis
- Khiyar tayin
- Khiyar syarat
- Khiyar aib
- Khiyar rukyah
Takrif, syarat dan mekanisme, tamat khiyar.

PENAMATAN KONTRAK
Kontrak tamat dengan 3 sebab.
i) Pembatalan
ii) Kematian
iii) Tiada kelulusan (wasi / qadi)

Penamatan Kontrak (samb)


i) Pembatalan
Kontrak terbatal dengan berbagai sebab:
- Kontrak fasid / batal
- Ada khiyar. Khiyar aib dan barang ada
aib.
- Tarik balik penawaran
(Jenis kontrak dan pembatalannya)

4. Penamatan Kontrak (samb)


ii) Kematian
Sesetengah kontrak batal dengan
kematian:
- Sewa
- Gadaian
- Jaminan
- Syarikat/ musyarakah
- wadiah
Ia tidak diwarisi oleh warisnya secara
automatik.

4. Penamatan Kontrak (samb)


iii) Tiada kelulusan
- Orang yang berkuasa tidak meluluskan
maka batal kontrak:
- Umumnya bagi kontrak yang mauquf.
Jika tidak diluluskan maka batal kontrak

4. Penamatan Kontrak (samb)


Apabila tidak diluluskan maka ia tamat.
Contoh:
- Tuan harta Fuduli,
- Wali Kanak-kanak
- Wasi safih / budak.
- Kontrak paksaan (apabila hilang
paksaan).

TERIMA KASIH

You might also like