You are on page 1of 38

KHIYAR JUAL BELI

Kuliah 6

Skop
a) Takrif khiyar
b) Jenis khiyar
c) Kontrak jual beli yang tiada khiyar

1. Definisi Khiyar jual beli


Definisi
Bahasa: dari kata nama terbitan

Yang bermaksud pilihan.
o

Istilah:
- Hak yang diberi kepada salah satu pihak
berkontrak (berjual beli) memilih sama ada
hendak meneruskan atau membatalkan kontrak
(jual beli). Dengan adanya khiyar, orang yang
berkontrak boleh membatalkan kontrak.
- Tujuannya adalah untuk memastikan ada
kerelaan pihak yang berkontrak.

1. Definisi Khiyar jual beli


Dengan adanya khiyar maka kontrak tidak lazim,
dan boleh dibatalkan oleh pihak yang mempunyai
hak khiyar tanpa perlu meminta persetujuan pihak
yang lain. Sah kontrak tapi tidak luzum. Adakah
boleh satu pihak lagi tidak ketahui mengenai
keputusan khiyar?
Jika tiada khiyar maka kontrak jual beli menjadi
lazim dan tidak boleh dibatalkan kecuali dengan
persetujuan kedua-dua pihak.
Khiyar hanya berlaku bagi kontrak yang boleh
difasakkan / dibatalkan
Tidak berlaku kepad kontrak yang tidak boleh
dibatalkan (seperti jual beli salam)

1. Definisi Khiyar jual beli


Bilakah masa hak khiyar wujud:
sebelum ijab qabul atau selepas ijab dan qabul ?
Hak khiyar wujud selepas ijab dan qabul. Sebab
itu dinamakan kontrak itu terbentuk, terlaksana
(pada pandangan sebahagian fuqaha) dan sah
tetapi belum luzum.
Sebelum ijab qabul hanya bertaraf janji sahaja.
Khiyar ada banyak jenis, berbeza mengikut
mazhab.

2. Jenis Khiyar Jual beli


o

Jenis Khiyar Jual beli

Banyak jenis khiyar tetapi yang biasa


diamalkan ialah:
i)
ii)
iii)
iv)
v)

Khiyar majlis
Khiyar tayin
Khiyar aib
Khiyar rukyah
Khiyar syarat

2.1 Khiyar Majlis


Definisi
Khiyar yang sabit ketika pihak sedang
dalam proses berkontrak kerana masih
berada dalam majlis aqad.
o

Keharusannya dinyatakan dalam hadis


Dua orang pembeli/penjual mempunyai
pilihan selagi belum berpisah
Khiyar majlis adalah milik penjual dan
pembeli

2.1. Khiyar Majlis


o

Pandangan ulama

1. Hanafi dan Maliki:


Khiyar majlis tidak sabit. Kerana bila telah ijab dan
qabul maka kontrak luzum. Tiada khiyar (walau
masih dalam majlis selepas ijab/qabul).
2. Syafie dan Hanbali
Khiyar majlis sabit. Selagi belum berpisah
khususnya ketika dalam perbincangan. Kedua-dua
pihak ada hak khiyar majlis, khiyar menarik balik
tawaran bagi penjual dan menolak tawaran bagi
pembeli selagi dalam majlis.

2.1. Khiyar Majlis


Maksud majlis:
Majlis adalah situasi/keadaan yang mana pihak
berkontrak dianggap masih berada dalam majlis
aqad/ belum berpisah.
Berpisah bermaksud: bercerai/ berpisah badan
keduanya.
o

Bagaimana kalau:
- Duduk dalam majlis dlm masa yang lama/
setahun.?
- Berjalan keduanya bersama dalam jarak yang
jauh ?
masih ada khiyar

2.1. Khiyar Majlis


Dianggap masih dalam majlis ditentukan
oleh uruf. Jika orang ramai mengatakan
sesuatu tindakan itu bermakna berpisah
maka tamatlah majlis aqad
Tamat khiyar majlis - Keadaan yang
dianggap telah tamat khiyar majlis:
i) Uruf menganggap telah berpisah
(seperti sudah sign perjanjian)
ii) Telah memilih untuk fasakh atau
menerima

2.2. Khiyar Takyin


Definisi
Identifikasi subjek kontrak
Hak untuk memilih subjek kontrak salah satu
daripada 3 barangan yang berlainan harga dan
sifat.
Hak ini sabit bagi pembeli sahaja, pembeli yang
ada khiyar takyin.
Hak sabit bagi kontrak pertukaran/ jual beli
Pensyariatan: Istihsan kerana keperluan
manusia, uruf, maslahah
o

Contoh: A membeli salah satu daripada 3 helai baju yang


dijual, (diberi pilihan) yang mana satu hendak diambilnya
dengan syarat pilihan (khiyar).

2.2. Khiyar Takyin


Pandangan Ulama
Ulama juga berbeza pandangan tentang
adanya khiyar takyin:
i) Syafie dan Hanbali: tidak ada khiyar
takyin kerana kontrak jual beli tidak boleh
dilakukan tanpa menentukan subjek
kontrak. Subjek kontrak diketahui masa
kontrak. Akad atas jual beli barang
tertentu.
ii) Hanafi : boleh berdasarkan ikhtisan dan
manusia memerlukannya.
o

2.2. Khiyar Takyin


Syarat (Mazhab Hanafi)
i) Benda tidak lebih daripada tiga jenis
ii) Penjual memberi persetujuan dengan
nyata mengenai khiyar tayin
iii) Setiap benda ada harganya/ berlainan
harga merujuk kepada barang qimi, tiada
persamaan dalam pasaran
iv) Ditentukan tempoh membuat pilihan
dan tidak lebih tiga hari.
o

2.2 Khiyar takyin


Kesan khiyar takyin:
i) Jika tidak bersyarat
Kontrak lazim, mesti beli salah satu barang.
Jika meninggal waris mewarisi.
ii) Jika bersyarat / (syarat pilihan).
Kontrak tak lazim dan tidak dipusakai
Contoh syarat: boleh tidak membeli manamana barang (sebab tidak berkenan
semuanya)

2.2 Khiyar takyin


Tamat khiyar takyin:
i) Telah membuat pilihan salah satu
barang. Seperti katanya: Aku pilih yang
ini.
ii) Barang rosak ketika berada dalam
kawalannya ketika membuat pilihan.

2.3 Khiyar aib


Definisi: Aib: kecacatan
Pilihan menerus atau membatalkan jual beli sebab
kecacatan subjek kontrak, iaitu barang dan harga
sedangkan kecacatan tidak diketahui semasa
kontrak dibuat.
Kecacatan pada barang atau kecacatan pada
barang tukaran (harga)
Kecacatan yang dimaksudkan: sebarang keadaaan
yang menyebabkan kurang nilai spt koyak, juling
mata, binatang agak liar, saiz kecil, telinga cacat,
duit palsu

2.3 Khiyar aib


Pensyariatan: berdasarkan hadis Rasulullah
yang melarang perbuatan menjual barang yang
cacat tanpa menjelaskan aib barang itu, dan
larangan perbuatan menyembunyikan kecacatan,
serta hadis mengesahkan ada hak khiyar selama
tiga hari
Hukum: Hukum jual beli barang yang cacat
adalah sabit milik pembeli ke atas barang yang
dijual itu, kerana jual beli tidak mengandungi
syarat.
Sabit syarat hanyalah dalam bentuk isyarat
sahaja, iaitu barang yang dijual hendaklah bebas
daripada kecacatan. Kontrak adalah tidak lazim

2.3 Khiyar aib


Syarat sabitan khiyar:
i) Kecacatan memang berlaku sebelum
terima.
ii) Tidak diketahui ada kecacatan semasa
kontrak dilakukan
iii) Semasa kontrak dibuat tidak
disyaratkan oleh penjual dia terlepas
daripada tanggungan kerosakan/ (lihat
dahulu subjek kontrak dengan teliti)
iv) Kecacatan kekal sebelum pembatalan

2.3 Khiyar aib


Syarat sabitan khiyar:
v)Barang yang dijual biasanya tak cacat
vi)Kecacatan tidak dapat dihilangkan
vii)Tiada syarat bahawa barang yang dijual
hendaklah tidak cacat
viii)Adanya kecacatan semasa di tangan
penjual (berdasarkan kebanyakan fuqaha
sahaja)

2.3 Khiyar aib


Hukum dalam khiyar aib
i) Bolehkah minta kurang harga jika nak
terus barang itu walau cacat
-Tidak boleh jika barang masih boleh
dipulangkan (Hanafi)
-Boleh jika barang tidak boleh dipulangkan.
Spt binatang telah mati, tanah menjadi
paya, paya menjadi bukit.

2.3 Khiyar aib


Cara membatalkan khiyar aib
Cukup dengan mengatakan Aku pulangkan
kembali. Tidak perlukan persetujuan
penjual atau qadi.
{Hanafi, Syafie dan Hanbali}
Sebab kontrak belum lazim

2.3 Khiyar aib


Tamat Khiyar aib
i) Bersetuju dengan kecacatan yang ada
ii) Menggugurkan khiyar aib seperti
katanya aku gugurkan khiyarku / aku
terima seadanya
iii) Berlaku kerosakan barang ditangan
orang yang ada hak khiyar.

2.3 Khiyar aib


Tamat Khiyar aib
iv) Berlaku perubahan/tambahan pada
subjek kontrak setelah diterima sama ada
tambahan itu secara terpisah ( binatang
beranak, berbuah) atau tidak secara
terpisah (kain dicelup warna, binatang
menjadi gemok)
Tidak boleh pulangkan kerana tidak lagi
yang asal. >>> perinciannya adalah

2.4 Khiyar Rukyah


Definisi:
- Hak melihat subjek kontrak
-Boleh membatalkan atau meneruskan
kontrak jual beli sebaik sahaja melihat
barang.
Pensyariatan: berdasarkan hadis
- Hak sabit pada pembeli jika ia belum
melihat subjek semasa kontrak dibuat.
Kalau pernah lihat hak khiyar rukyah
gugur.
Jumhur: ada khiyar rukyah
Shafie: tiada khiyar rukyah

2.4 Khiyar Rukyah


Waktu sabit hak khiyar:
- Sebaik sahaja melihat barang:
- Adakah pembeli ada hak fasakh sebelum
melihat barang?
Tidak kerana khiyar belum berlaku
Ada hak fasakh kerana kontrak tidak lazim,
tetapi tiada kaitan dengan khiyar ruyah.
Barkait dengan khiyar lain seperi khiayar
aib

2.4 Khiyar Rukyah


Syarat khiyar rukyah
Hendaklah barang yang dikontrakkan terdiri
daripada benda atau perkara yang boleh
ditetapkan atau ditentukan, iaitu ia berbentuk
ain, bukan perkara
Pembeli tidak melihat barang yang
dikontrakkan

- Dalam aqad yang boleh fasak bukan


nikah, tebus talak.
- Pilihan boleh dibuat setelah melihat
bendanya

2.4 Khiyar Rukyah


Cara melihat barang dalam khiyar rukyah
- Boleh semua/ seluruh atau sebahagian.
Bergantung jenis barang.
-rumah, tanah: tengok semua
bahagian
-Bijirin, kapas: boleh sebahagian,
jualbeli dengan contoh.
- Boleh mengguna apa-apa pancaindera.
Melihat, merasa bagi makanan,
mencium bagi wangian

2.4 Khiyar Rukyah


Cara melihat barang dalam khiyar rukyah
- Boleh mewakilkan kepada orang lain
sama ada bagi orang buta atau celik. Pakar.

Tempoh khiyar rukyah:


Sepanjang masa sehingga ada tanda
tamat khiyar rukyah. Selagi belum
melihat dan belum gugur hak khiyar.
-

2.4 Khiyar Rukyah


Tamat /gugur hak khiyar rukyah
- Ada tanda menunjukkan kerelaan sama
ada perkataan atau tindakan (menyewa,
mengguna)
-Belaku kerosakan pada barang sebelum
dikembalikan/ (ditangan pembeli).
-Berlaku penambahan pada barang yang
dikontrakkan. Telah beranak, telah dicat.
-Kematian pemilik khiyar

2.5 Khiyar Syarat


Definisi:
Syarat: Mensyaratkan, memastikan,
menjanjikan.
Istilah: Pilihan untuk meneruskan atau
membatalkan kontrak jualbeli dalam waktu
yang ditentukan, dan jika setelah melewati
waktu itu maka jual beli sah dan lazim.

2.5 Khiyar Syarat


Khiyar syarat tak boleh: jual beli sarf,
wakalah, pinjaman, wadiah, wasiat, nikah,
cerai.
Contoh syarat yang dibenarkan:
Saya beli barang ini tapi beri saya pilihan 3
hari
Saya jual barang kepada awak dan awak
boleh membuat pilihan dalam 3 hari.
{Ada masa bertenang}

2.5 Khiyar Syarat


Tempoh:
Jumhur selain Maliki: masa mesti diketahui.
Kalau tak, tak sah khiyar. Tidak lebih 3 hari.
Maliki: boleh khiyar yang mutlak tanpa
batas.
Kadar masa:
- Tidak lebih 3 hari
- Mengikut persetujuan pihak berkontrak
- Bergantung kepada jenis barang.
Sayuran, binatang, tanah.

2.5 Khiyar Syarat


Ada khiyar syarat yang merosakkan jualbeli
dan
membatalkan kontrak jual beli
Contoh:
- Aku beli dengan syarat ada khiyar yang
berkekalan/ bila-bila masa.
Syafie/Hanbali: Kontrak batal

2.5 Khiyar Syarat


Tempoh khiyar:
- Abu Hanifah dan Syafie: Kurang tiga hari. Kalau
lebih kontrak batal.
- Malik: boleh mengikut keperluan jenis barang,
mengikut persetujuan.
Kambing mengeluarkan susu ? Cukup 3 hari
Anjing terlatih ? Berminggu, uji pergi berburu
Rumah/bangunan ? Berbulan tunggu ribut
{Batalkan dengan sebab dan boleh juga tanpa
sebab}

2.5 Khiyar Syarat


Kesan khiyar syarat:
Kontrak tidal luzum (sehingga tamat tempoh
khiyar)
Pembatalan sah jika:
Malik: boleh mengikut keperluan jenis barang,
mengikut persetujuan.

2.5 Khiyar Syarat


Tamat khiyar syarat :
- Kontrak telah lulus/ fasak
- Tamat tempoh khiyar
- Kerosakan barang ditangan pihak yang
memilih
- Berlaku penambahan: jadi gemuk,
berbuah, celup.
- Meninggal dunia orang yang ada hak
khiyar

2.5 Kontrak jualbeli tidak ada


khiyar
i) Jual Salam
ii) Sarf
Perhatian:
Apakah perbezaan antara syarat kontrak,
kontrak bersyarat dan khiyar syarat.

TERIMA KASIH

You might also like