You are on page 1of 16

UNDANG-UNDANG

KOMERSIL (Tugasan berkumpulan: 17 Julai 2018; Selasa)

Ahli-ahli kumpulan:

Nama-nama No matrik
1) Nur Amirah Amalina Bt Asmat 15BI01120
2) Shahira Aqilah Bt Zakaria 15BI01122
3) Jah Adibah Bt Jamain 15BI01135
4) Faiza Adlina Bt Khadzali 15BI01137
Soalan 1)
Terangkan rukun ‘nemo dat quod non habet’.
• Estoppel.
Perkataan ini adalah datang daripada perkataan stop, dan digunakan oleh
mahkamah untuk menghalang (stop) seseorang daripada menafikan kebenaran
sesuatu keadaan yang diwujudkan olehnya atau dibenarkan diwujudkan olehnya.

• Jualan oleh Ejen Dagangan.


Jika seseorang ejen dagangan memegang barangan itu, atau dokumen hak milik
terhadapa barangan itu dengan persetujuan atau kebenaran tuan punya, maka
jualan barangan itu oleh ejen dagangan kepada pembeli yang beriktikad yang baik
dan tanpa mengetahui bahawa ejen itu tidak berhak menjual atau menyerahkan
hak milik yang sah kepada pembeli itu.

• Jualan oleh seorang pemilik sepunya.


Jika sesuatu barangan dimiliki oleh beberapa orang secara milikan sepunya, dan
jika seorang daripada mereka memegang barangan itu dengan kebenaran pemilik-
pemilik sepunya yang lain, dan jika orang yang memegang barangan itu menjual
kepada pihak yang ketiga, maka pihak ketiga itu, jika dia membeli dengan iktikad
baik dan tanpa mengetahui si penjual tidak mempunyai hak untuk menjual, akan
mendapatkan hak milik sah.
• Jualan oleh pemilik hak milik boleh batal.

Penjual yang mempunyai hak milik boleh batal boleh menyerahkan hak milik sah
kepada pembeli selagi hak milik penjual tidak dibatalkan.

• Jualan oleh penjual masih dengan pegangan.

Apabila berlaku jual beli antara penjual dan pembeli, barangan yang dijual itu
tidak akan dihantar secara serta merta kepada pembeli. Walaupun pemilikan
terhadap barangan itu sudah berpindah kepada pembeli, barangan itu masih
dipegang oleh penjual sementara menanti untuk dihantar serah kepada pembeli.
Maka, jika barangan itu masih di dalam pegangan penjual, kemudian penjual
menjualnya kepada pihak ketiga yang membelinya dengan iktikad baik dan tanpa
mengetahui bahawa barangan itu telahpun dijual terlebih dahulu kepada orang
lain, si penjual boleh menyerah hak milik yang sah kepada si pembeli baru itu.
• Jualan oleh pembeli yang memegang barangan atau
dokumen hak milik barangan.

Apabila jualan beli telah disempurnakan di antara penjual dan


pembeli dan sebelum pemilikan berpindah kepada pembeli,
penjual membenarkan pembeli memegang barangan itu atau
dokumen hak milik terhadap barangan itu. jika pembeli itu
kemudian menjual barangan itu kepada pihak ketiga, yang
membeli dengan iktikad yang baik tanpa mengetahui tanpa
mengetahui sebarang lien atau apa jua hak penjual yang asal
terhadap barangan itu, maka pihak ketiga itu berhak menerima
hak milik yang sah.
Soalan 2)
Kes yang menyokong rukun nemo dat iaitu Lim Chui Lai lwn Zeno
Ltd [1964] 30 MLJ 314.

• Mengenai kes ini, ia adalah berkenaan tentang


pemindahan hak milik dalam barangan oleh penjual
bukan pemilik dan pengecualiannya.
• Menurut Seksyen 27 Akta Jualan Barangan 1957, secara
amnya, apabila seseorang pembeli membeli barangan
daripada seorang penjual yang bukan pemilik sebenar,
pembeli tidak boleh memperolehi hak yang lebih baik
daripada hak yang ada pada penjual tersebut.
• Kaedah am ini menegaskan kedudukan common law
yang terkandung dalam maxim: nemo dat quod non
habet yang membawa erti, tiada siapa yang boleh
memberi hak yang lebih baik daripada apa yang dia
sendiri miliki.
• Hal ini terbukti menurut kes Lim Chui Lai lwn Zeno Ltd [1964] 30
MLJ 314.

• Fakta kes: Seorang kontraktor telah ditugaskan membina


pembentungan bagi pihak berkuasa Petaling Jaya. Untuk tujuan
tersebut, kontraktor itu telah mendapatkan bekalan bahan-bahan
pembinaan daripada Zeno Ltd. Walau bagaimanapun, disebabkan
oleh masalah tertentu, pihak berkuasa kemudiannya telah
membatalkan kontrak dengan kontraktor tersebut. Dengan
pembatalan ini, Zeno Ltd menuntut daripada pihak berkuasa
bahawa barang-barang yang ada di tempat pembinaan adalah
kepunyaan mereka. Apabila Zeno Ltd cuba menjual barang-barang
itu, didapati barang-barang tersebut telah dijual oleh kontraktor
berkenaan kepada Lim Chui Lai. Lim Chui Lai merayu dalam
tuntutan hak milik ke atas barangan tersebut.

• Keputusan Mahkamah: Kontraktor tersebut hanyalah penerima /


baili dan bukannya pemilik barangan itu semasa menjualnya kepada
Lim Chui Lai. Oleh kerana dia tidak mempunyai hak ke atas
barangan / kuasa untuk menjual barangan itu, maka dia tidak boleh
memindah milik apa-apa hak kepada Lim Chui.
Soalan 3)
Pengecualian rukun nemo dat iaitu Estopel (Seksyen 27 Akta
Jualan Barangan).
• Melalui peruntukan Seksyen 27 akta jualan barangan
menerangkan hanya yang ada hak milik ke atas barang itu
sahaja yang paling baik untuk memindah milikan barang
tersebut kepada orang lain. Begitu juga ,pembeli barang
dari penjual yang bukan pemunya sebenar maka pembeli
tidak dapat mendapat hak milik yang baik ke atas barangan
tersebut.

• Secara rasional, ianya adalah bertujuan untuk melindungi


pemilik sebenar terhadap barangannya. Dengan itu apabila
sesuatu barangan dicuri dan kemudian dijual, hak milik
tetap dianggap masih dimiliki oleh tuanpunya barang itu.

• Pengecualian rukun nemo dat ini boleh dilihat melalui


Seksyen 27, 28 , 29, 30 (1) , & 30 (2) Akta Jualan Barangan.
• Di sini adalah keadaan-keadaan di mana jualan
barang oleh bukan pemilik adalah sah:

Jualan Oleh Pemilik Jualan Oleh Ejen


Estoppel
Sepunya Dagangan

Jualan Hak Milik Boleh Jualan Oleh Pembeli


Batal Sekiranya Berlaku Yang Memegang
Jualan Oleh Penjual
Fraud, Salah Nyata, Barangan Atau
Masih Dalam Pegangan
Paksaan Dan Pengaruh Dokumen Hak Milik
Tak Berpatutan. Barangan
• Estoppel atau persekatan ialah pemilik
sebenar melalui perbuatan atau kata-katanya
memyebabkan pembeli percaya bahawa
penjual mempunyai kuasa untuk menjual
barang. Selain itu, pemilik sebenar adalah
dihalang dari menafikan bahawa penjual itu
tiada kuasa untuk menjual barang tersebut.
Kes yang berkait ialah kes Syarikat Batu Sinar
Bhd & Ors lawan UMBC Finance Bhd & Ors.
Soalan 4) 1)
Perbandingan di antara ketiga-tiga kes berikut:
i. Moorgate Mercantile Co. Ltd lwn Twitchings [1977] AC 890
ii. Syarikat Batu Sinar Sdn Bhd & lain-lain lwn Peh Swee Chin [1990] 3 MLJ 468
iii. N.Z.Securities & Finance Ltd lwn Wrightcars Ltd [1925] 1 NZLR 77

i. Moorgate Mercantile Co. Ltd lwn Twitchings [1977] AC 890


• Fakta kes: McLorg mendapat kereta daripada Moorgate melalui
sewa beli. Kemudian, McLorg menjual kereta itu kepada
Twitchings. HPIL (Hire Purchase Information Ltd) memberitahu
Twitchings bahawa tidak ada sebarang sewa beli terhadap kereta
itu. Twitchings kemudian menjual kereta itu. Moorgate menuntut
gantirugi terhadap Twitchings. Twitchings mendakwa Moorgate
dihalang daripada menafikan McLorg sebagai tuan punya kereta
itu.
• Keputusan Mahkamah: Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif
tidak boleh dihalang daripada menafikan McLorg bukan pemilik
yang sah, atas kegagalan Plaintif mendaftarkan sewa beli itu
kepada HPIL bukanlah suatu salah laku.
ii. Syarikat Batu Sinar Sdn Bhd & lain-lain lwn Peh Swee Chin [1990] 3 MLJ 468

• Fakta kes: Plaintif kedua telah membeli sebuah traktor dan memajakkan
traktor itu kepada Plaintif pertama, nama syarikat pajakan sebagai pemilik
kedua dan Plaintif pertama sebagai pemilik ketiga. Tanpa pengetahuan
pihak-pihak Plaintif, traktor itu telah pun dijual oleh penjual kepada
sebuah syarikat kewangan iaitu Defendan. Defendan kemudian menyewa
traktor itu kepada Defendan kedua melalui sewa beli. Apabila Defendan
kedua gagal membayar ansuran yang ditetapkan, Defendan pertama
memiliki kembali traktor itu. Defendan pertama menuntut hak milik
terhadap traktor itu melalui sepucuk surat yang dihantar kepada penjual
untuk didaftarkan dengan RIMW. Kad pendaftaran itu kemudian
ditinggalkan dalam pegangan penjual.

• Keputusan Mahkamah: Seksyen 27 Akta Jualan Barangan memang tepat


terpakai di dalam kes ini disebabkan kegagalan dan kecuaian UMBC iaitu
Defendan pertama mendaftarkan tuntutan hak milik mereka terhadap
traktor itu telah memberi gambaran bahawa traktor itu bebas daripada
sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak dan dengan demikian UMBC
iaitu Defendan pertama dilarang daripada menafikan penjual itu berhak
menjual jentolak itu kepada orang lain.
iii. N.Z.Securities & Finance Ltd lwn Wrightcars Ltd [1925] 1 NZLR 77

• Fakta kes: A bersetuju untuk menjual kereta kepada B dan


B telah diberi milik kereta apabila A telah meneriman
serahan cek sebagai bayaran. Mereka bersetuju hak milik
kereta tidak boleh dipindah milik sehingga harga telah
diterima. B kemudiannya menjual kereta berkenaan kepada
C dan mengambil ia kembali sebagai cagaran. Akan tetapi,
sebelum jualan kepada C muktamad, C telah menelefon
pejabat A. A menganggap B tidak amanah dan merampas
kembali kereta berkenaan. C menyaman A bagi penukaran
yang menurut kepada Seksyen 27 New Zealandequivalent.

• Keputusan Mahkamah: Mahkamah memutuskan bahawa


A dihalang daripada menafikan hak pihak B untuk menjual
kepada pihak C.
• Perbandingan antara ketiga-tiga kes ini ialah, kes yang
pertama; iaitu kes Moorgate Mercantile adalah
Moorgate tidak boleh dihalang daripada menafikan
haknya terhadap kenderaan yang merupakan miliknya.

• Kemudian bagi kes yang kedua iaitu kes Syarikat Batu


Sinar Sdn Bhd, UMBC tidak boleh menghalang hak
penjual untuk menjual traktor kepada Syarikat Batu
Sinar kerana traktor itu telah memberi gambaran
bahawa traktor itu bebas daripada sebarang tuntutan
oleh mana-mana pihak.

• Kes yang terakhir iaitu kes N.Z.Securities menunjukkan


bahawa A tidak boleh menghalang pihak B daripada
menjual kepada C iaitu pihak yang ketiga di mana B
telah pun memiliki kenderaan berkenaan.
Soalan 4) 2)
Terangkan bila pemindahan risiko terhadap sesuatu barang itu
berlaku?

• Berkenaan dengan pemindahan risiko, menurut Seksyen 26 Akta Jualan

Barangan 1957; Melainkan sebaliknya dipersetujui, risiko terhadap

barangan masih terletak pada penjual selagi hak milik dalam barangan

itu tidak berpindah kepada pembeli. Apabila hak milik berpindah, risiko

juga berpindah kepada pembeli tidak kira sama ada hantar serahan

telah dilakukan ataupun tidak. Jika hantar serahan lewat disebabkan

oleh salah laku penjual / pembeli, maka risikonya terletak pada pihak

yang melakukan salah laku tersebut dan dia dikehendaki menanggung

kerugian yang berlaku akibat salah lakunya itu.


• Contoh situasi: A bersetuju membeli sebuah motosikal terpakai daripada
B pada harga RM3,000. A meminta supaya B menggantikan terlebih
dahulu kedua-dua tayar motosikal berkenaan. Apabila kedua-dua tayar
tersebut telah diganti, B memberitahu A mengenainya. Kedua-dua pihak
bersetuju hantar serahan akan dibuat pada hari Selasa. Walau
bagaimanapun, pada hari Rabu, motosikal itu masih tidak dihantar serah
kepada A. Sementara itu, bengkel B telah dicerobohi pencuri dan
motosikal A telah dibawa lari oleh pencuri berkenaan. Apabila tayar
diganti dan A diberitahu mengenainya, hak milik dan risiko berpindah
kepada A berdasarkan S.21. Kecurian motosikal berkenaan berpunca
daripada kelewatan menghantar serah oleh B. Mengikut S.26, risiko dan
kerugian ke atas motosikal itu ditanggung oleh B.
• Kita boleh lihat dalam kes Demby Hamilton & Co Ltd lwn Barden. Penjual bersetuju menjual

30 tan jus epal yang mana hantar serahan dibuat pada setiap minggu. Hantar serahan

dijangka selesai pada Februari 1946 tetapi pada Disember 1945, pembeli telah meminta

penjual menangguhkan hantar serahan. Penjual patuh dan kemudiannya menghantar semula

pada Januari dan April 1946. Selepas itu pembeli tidak dapat menerima hantar serahan lagi

sehinggalah November 1946 yang mana baki jus yang ada tidak lagi berada dalam keadaan

baik.

• Keputusan Mahkamah: Kerugian yang dialami adalah berpunca daripada pihak pembeli.

Hantar serahan lewat disebabkan kesalahan pembeli mengarahkan penangguhan tersebut.

Justeru, risiko terletak pada pembeli dan pembeli dikehendaki menanggung kerugian

berkenaan.

• Dalam urus niaga “untuk dijual / dikembalikan,” risiko berada pada penjual sehinggalah hak

milik dalam barangan berpindah kepada pembeli melainkan jika kerosakan / kemusnahan

barangan itu disebabkan oleh kecuaian pihak pembeli.

You might also like