You are on page 1of 8

Topik 7

Equitable Assignment Dan Estoppel


1. Equitable Assignment Dan Estoppel
1.2.1 Maksud Equitable Assignment
1.2.2 Sifat dan ciri-ciri Equitable
Assignment
1.2.3 Equitable Assignment yang sah
1.2.4 Equitable Assignment yang terbatal

1.3 Estoppel
1.3.1 Jenis estoppel
1.3.2 Estoppel by representation
1.3.3 Promissory estoppels
Equitable Assignment
- Serahanhak ialah pemindahan hak dalam tindakan (chose in action) daripada
penyerahhak (Assignor) kepada pemegang serahanhak (Assignee)

For equitable assignment, no particular form is required. Intention is importance. The


words must show that the assignee is to have benefit of the chose in action. The
assignment must be address to the assignee (Halsbury's Law of England). Once there
is a clear intention on the part of assignee that the assignee should get the benefit of the
debtor by conveyance such intention to assignee, an equitable assignment is created.

Apakah maksud pemindahan hak dalam tindakan (chose in action)?

Kes : Torkington v Magee


“A chose in action is no legal expression used to describe all personal right and property that
could be claim by action not by taking physical possession”

chose in action – perkara yang mana seseorang tidak dapat penikmatan sekarang tetapi hanya
mempunyai hak untuk mendapatkannya dengan tindakan. Ia adalah hak unuk mendapat
semula sesuatu yang hanya boleh dikuatkuasakan melalui tindakan undang-undang.

Latar belakang Serahanhak (assignment) / penyerahanhak harta yang belum dikenal pasti

A (DEBTOR) B (CREDITOR)
ASSIGNOR)

C (PIHAK KE 3)
ASSIGNEE

Di bawah Common Law – seseorang tidak boleh menyerahhak dalam tindakan kepada orang
lain. Kalau ianya hendak dilakukan mestilah mendapat persetujuan daripada penghutang.

Jika B pindahhak kepada C, C hanya boleh menuntut daripada A dengan


persetujuan B

Di bawah Ekuiti - seseorang boleh menyerahhak dalam tindakan kepada orang lain tanpa
mendapat persetujuan daripada penghutang.

Jika B pindahhak kepada C, C boleh menuntut daripada A tanpa persetujuan B


- Seksyen 4(3) Akta Undang-undang Sivil 1956 terdapat 3 syarat sebelum suatu
serahanhak boleh dibuat:-

a. Serahanhak mestilah mutlak


b. Mesti dibuat secara bertulis, ditandatangani oleh penyerahhak
c. Notis hendaklah diberi kepada penghutang dan balasan tidak perlu untuk
mengesahkan haknya dibawah peserahanhak itu

- Serahanhak dibawah ekuiti memerlukan :


a. Niat untuk menyerahhak
b. Tindakan serahanhak

Kes: Khaw Poh Chuan v Ng Gaik Peng

- Dalam tahun 1943, seorang yang bernama Encik Yap Cheng (‘si mati’) telah meninggal
tak berwasiat, meninggalkan suatu estet yang terdiri daripada, empat bidang tanah, dua
balu dan anak mereka, dan kesemua mereka mempunyai kepentingan benefisial dalam
estet itu.
- Apabila seorang daripada dua orang balu tersebut yang telah dilantik sebagai pentadbir
estet itu meninggal dunia (ibu penyerahhak’), salah seorang daripada anak telah dilantik
sebagai pentadbir de bonis non.
- Terdapat dua perjanjian yang telah dibuat dalam tahun 1964 dan tahun 1965 dimana
penyerahhak tersebut telah menyerahhak kesemua kepentingan benefisialnya dalam
estet-estet itu kepada perayu. Perayu kemudiannya memasukkan suatu kaveat terhadap
empat bidang tanah itu.
- Dalam tahun 1973, apabila penyerahhak dan pentadbir bersama gagal mentadbir dan
membahagi harta, suatu tindakan pentadbiran telah dimulakan terhadap mereka oleh
beberapa benefisiari di bawah estet itu.
- pentadbir telah mengemukakan satu perjanjian penyelesaian keluarga dimana
kewujudan dan kepentingan perayu tidak disebut dalam penyelesaian dan tidak juga
didedahkan dalam tindakan pentadbiran. Selepas itu, suatu perintah persetujuan seperti
dikehendaki telah diberikan menurut peruntukan perjanjian penyelesaian tersebut.
- Penyerahhak tersebut kemudiannya telah membuat tawaran untuk membuat
penyelesaian dengan perayu melalui bayaran balik wang dan pampasan kewangan
tetapi telah menolak tawaran itu dan enggan menarik balik kaveatnya.
- Perayu memulakan tindakan untuk suatu deklarasi bahawa perjanjian penyelesaian
tersebut adalah terbatal, dan memohon untuk berbagai relief daripada mahkamah.

Mahkamah putuskan: Atas suatu pentafsiran yang betul terhadap perjanjian-perjanjian


tersebut, kepentingan benefisial penyerahhak tersebut dalam estet kedua-dua si mati
dan ibunya telah dipindahmilik tanpa syarat kepada pemegang serahhak.
- Penyerahhakan adalah mutlak dan tidak bersyarat. Oleh kerana ianya mutlak dan juga
bertulis dan notis penyerahan hak telah diberikan kepada penghutang-penghutang, s
4(3) Akta tersebut telah dipatuhi.
- Perayu mempunyai kausa tindakan dalam pemfailan tindakan itu dan pada masa
tindakan difailkan, pentadbiran estet itu adalah sempurna kerana estet itu telah
dibahagikan menurut perjanjian penyelesaian tersebut.

Kes: Malaysian International Merchant Bankers v Malaysia Airline System Bhd

- Kontrak diwujudkan diantara MAS dan Bahagia Trading (BT) untuk pembekalan kad
perakam waktu dengan nilai kontrak sebanyak RM60,000
- BT telah menyerahhak hak mereka secara mutlak kepada MIMB, segala hutang yang
mana mereka sepatut terima daripada MAS telah diserahhak kepada MIMB
- Ini bermakna segala hutang MAS kepada BT telah dipindahkan kepada MIMB
- MIMB telah memberi satu surat ikatan penyerahanhak kepada MAS dan telah
ditandatangani oleh MAS tetapi tidak ditandatangani oleh BT
- Isu: Samada wujud satu penyerahanhak disisi ekuiti?

Mahkamah : satu penyerahanhak statutori tidak wujud kerana satu notis statutori tidak
diberikan tetapi wujud satu penyerahanhak disisi ekuiti atas sebab:-

1. Niat yang jelas untuk menyerahhak itu kepada pihak ketiga


BT telah menunjukkan niat yang jelas bahawa MIMB diberi hak mendapat faedah
atau kepentingan dibawah kontrak dengan MAS

2. Perbuatan penyerahan telah dilakukan (in action)

Oleh kerana MAS telah tahu tentang niat BT, jadi sebagai penghutang, MAS
bertangungjawab membayar wang tersebut kepada MIMB walaupun jumlah itu telah
dibayar kepada BT.

Kes: Public Finance Bhd v Scotch Leasing Bhd

- Terdapat serahan buku hutang (book debt) dimana PFB adalah Assignee dan SL adalah
Assignor. SL menyerahkan 21 buku hutang dibawah 21 perjanjian kepada PFB untuk
suatu pinjaman
- Mahkamah memutuskan oleh kerana serahan buku hutang tidak diubahsuai oleh statut
maka hutang itu akan hanya boleh diserahhak menerusi penyerahanhak.
- Walaupun dibawah Common law hak kontrak seperti hutang tidak boleh diserahhak
tanpa persetujuan kedua pihak tetapi ekuiti membenarkan dimana penyerahanhak
jumlah hutang boleh dibuat kepada orang lain yang tidak ada ikatan tanpa izin
penghutang
Doktrin Estoppel
- Estoppel dibawah Common Law ialah apabila seseorang menegaskan perihal
kewujudan sesuatu keadaan tertentu, dia kemudiannya tidak boleh menafikan
sebaliknya keadaan yang sebelumnya telah ditegaskan
- Ekuiti telah memperluaskan lagi penggunaan doktrin ini dimana estoppel wujud apabila
pernyataan melalui perkataan atau kelakuan yang dibuat oleh seseorang hingga
menyebabkan seseorang lain bertindak atas pernyataan itu. Orang yang membuat
pernyataan kemudiannya tidak boleh mengambil tindakan terhadap orang yang
melakukan
- Doktrin estoppel terpakai dalam dua bentuk:

i. Promissory Estoppel
ii. Proprietary Estoppel

Promissory Estoppel
Prinsip asas: Seseorang yang membuat satu kenyataan yang tidak meragukan samada melalui
perkataan atau perbuatan atau mendiamkan diri tentang kewujudan suatu fakta dan telah
menyebabkan satu pihak mengambil tindakan yang mendatangkan kerugian kerana menaruh
kepercayaan kepada kenyataan itu, pihak yang membuat kenyataan itu tidak akan dibenarkan
membuat sesuatu yang tidak seimbang dengan apa yang dia sendiri telah perkatakannya

Elemen dalam Promissory Estoppel ialah:

1. Orang yang membuat kenyataan tahu bahawa pihak yang mendengar akan bertindak
atas kenyataannya itu;
2. Tindakan pihak satu lagi dipengaruhi oleh kenyataan/galakan tersebut dan alami
kerugian

Kes: Foran v Wright

- Kontrak jual tanah dan terdapat syarat khas dalam kontrak dimana penjual perlu
dapatkan pendaftaran haklalulalang sebelum tarikh penyempurnaan
- Pada 20/6,peguam penjual memberitahu peguam pembeli bahawa penjual tidak dapat
menyelesaikan perkara tersebut pada 22/6 kerana hak lalulalang belum didaftarkan
- Pada 24/6,pembeli memberi notis batalkan kontrak dan meminta pemulangan deposit
- Mahkamah putuskan walaupun pembeli bersedia dan ingin melaksanakan kontrak tetapi
penjual telah memberitahu yang mereka tidak dapat menyelesaikan perkara mendaftar
haklalulang, maka penjual diestopp daripada membuat tuntutan.
Kes: Pickard v Sears

- Seorang tuanpunya artikel yang berdiam diri semasa berurusan mengenainya dikira
sebagai secara tersirat dia menyatakan bahawa dia bukan lagi pemilik artikel itu
- Maka dia diestopp daripada menuntut artikel tersebut sebagai haknya

Kes: Scarf v Jardine

- Perkongsian dibubarkan, seorang rakankongsi bersara dan seorang yang lain


meneruskan perniagaannya dengan rakankongsi yang baru dibawah perniagaan yang
sama
- Seorang pelanggan lama menghantar barang ke firma baru tanpa mengetahui
pembubaran tersebut
- Selepas menerima notis, dia menuntut daripada firma baru dan membawa tindakan
terhadap pekongsi terdahulu untuk dapatkan harga barangan
- Mahkamah putuskan tanggungan pekongsi terdahulu tidak secara bersama dengan ahli
firma yang baru. Pelanggan boleh atas opsyennya menuntut rakankongsi terdahulu atau
ahli firma baru tetapi setelah memilih untuk mendakwa firma baru dia tidak boleh
selepas itu menuntut rakankongsi terdahulu

Kes: Central London property Trust v High TreesHouse

- Pada 1937, Pf telah memajakkan sebuah apartment kepada Df untuk 99 tahun dengan
bayaran secara tahunan sebanyak $2500
- Perang Dunia II telah berlaku dalam tahun 1940an, Df telah gagal mencari sub penyewa
dan oleh itu telah gagal membayar sewa pajakan tersebut
- Pf bersetuju mengurangkan jumlah sewa kepada $1250
- Apabila perang berakhir pada 1945 dan apratment tersebut dbuka untuk sewaan, Pf
meminta bayaran penuh
- Mahkamah putuskan yang Pf diestopp daripada meminta bayaran penuh dari tahun
1940-1945 kerana dia berniat supaya Df bertindak atas janjinya.

Prinsip:

1. Ada pernyataan/kepastian/perjanjian telah dibuat


2. Pihak yang lain telah bertindak atas kenyataan itu dan oleh itu mengubah pendiriannya
3. tindakan itu mendatangkan kerugian
4. pihakyang membuat pernyataan tidak boleh menafikan pernyataannya
Proprietary Estoppel
`

Prinsip asas: Ia juga dikenali sebagai doktrin estoppel melalui penggalakan atau persetujuan.
Seseorang yang membelanjakan wang untuk membaiki harta yang dimiliki oleh seorang yang
lain dan tidak menuntut pembayaran balik atau kepentingan atas harta tersebut dikatakan
mempunyai hak berkekalan

Elemen dalam Proprietary Estoppel ialah:

1. Wujud kerugian
2. Kepercayaan dan harapan
3. Penggalakan (encouragement)

Kes: Dillwyn v Llewelyn [1862]

- Bapa meggalakkan anaknya mendirikan sebuah rumah atas tanahnya


- Anaktelah mebelanjakan 14,000 pound untuk membina rumah atas tanah itu dengan
pengetahuan bapanya
- Apabila bapanya meninggal dunia, dia menuntut yang dia mempunyai hak ekuiti atas
tanah tersebut
- Mahkamah putuskan bahawa anak berhak atas tanah tersebut

Kes: Cheng Hang Guan v Perumahan Farlim

- Keluarga Pf telah menduduki sebidang tanah untuk beberapa dekad (>100 tahun)
- Mereka membelanjakan wang atas tanah tersebut kerana bergantung kepadakeyakiajn
yang diberi oleh pemeganag amanah (Khoo) iaitu selagi Pf membayar sewa tanah dia
boleh tinggal di situ selama mana yang Pf mahukan
- Pf membelankan wang membaiki rumah dan membuat sistem “sprinkler” di atas tanah
paya sehingga menjadi tanah yang subur untuk pertanian
- Pemegang amanah (Khoo) kemudian teah memasuki joint venture dengan Df untuk
memajukan tanah dan memberi notiskeluar kepada Pf
- Mahkamah putuskan yang Pf boleh membangkitkan estoppel atas perjanjian yang diberi
kepada mereka dan juga kerana mereka telah membelanjakan sejumlah wang yang
banyak
- Orang yang menuntut estoppel mestilah bertindak suatu yang memudaratkan dirinya
dengan kepercayaan bahawa dia akan mendapat kepentingan dan ekuiti akan bertindak
atas hati nurani tuanpunya tanah tersebut

Kes: Inwards v Baker

- Bapa memujuk anak supaya membina sebuah banglo atas tanahnya atas kepercayaan
bahawa tanah akan diberi kepadanya dan dibenarkan tinggal seumur hidup
- Kos rumah ialah 300 pound dan anak memebelankan 150pound dan baki oleh si bapa
- Anak menduduki banglo itu secara kekal
- Bapa telah meninggal dunia dan tanpa ada apa-apa perjanjain yang sah dilakukan
antara mereka
- Dalam wasiat bapa menyebeut tanah diberimilik kepada pemegang amanah untuk
faedah orang lain selain anaknya
- Anak merayu ke mahkamah untuk hakmilik rumah tersebut
- Mahkamah putuskan yang anak beraahk atas rumah dan tanah itu
- “seseorang yang telah membelanjakan wang atas tanah pihak lain dengan harapan dan
penggalakan tuanpunya tanah itu,maka satu ekuiti telah tercipta dan anak ada
kepentingan atas tanah itu

Kes: Ramsden v Dyson

- Apabila seseorang melalui perjanjian lisan dengan tuan tanah untuk mewujudkan
sesuatu kepentingan atau penggalakan oleh tuan tanah, bahawa dia akan diberi
kepertingan dengan mengambil posesi tanah tersebut dengan kebenaran tuan tanah
dan dia telah mebelanjakan wang untuk tanah tersebut, maka mahkamah akan
memaksa tuan tanah memberi kesan kepada perjanjian itu

You might also like