You are on page 1of 11

SOALAN 1

Isu adalah sama ada En Hassim boleh membuat tuntutan ke atas En. Kamel bersabit dengan kemungkiran

kontrak.

Salah satu elemen penting dalam kontrak adalah penerimaan. Di bawah seksyen 7 dalam Akta Kontrak

1950, ia menyatakan bahawa untuk pernerimaan yang sah, ia haruslah mutlak dan tidak lagi bersyarat.

Seperti mana dalam kes The Ka Wah Bank Ltd v Nadinusa Sdn bhd [1988] 2 MLJ 350, mahkamah telah

menyatakan bahawa suatu penerimaan yang sah tidak haruslah mempunyai sebarang variasi terhadap

tawaran yang sedia ada. Selain itu, di bawah seksyen 5 dalam akta tersebut, ia menyatakan bahawa

tawaran boleh ditarik balik sebelum penerimaan telah dibuat. Di dalam kes Dickinson v Dodds (1876) 2

Ch D 463, mahkamah telah menyatakan bahawa tawaran boleh ditarik balik sebelum penerimaan dibuat

kerana pada masa itu, tiada kewujudan persefahaman (meeting of minds) antara parti-parti. Selain itu,

dalam kes Entores Ltd v Miles Far East Cooperation [1955] 2 QB 327 mahkamah menyatakan bahawa

apabila faks atau telefon digunakan, maka, penerimaan adalah dengan segera dan boleh dikatakan sebagai

penerimaan yang sah di bawah seksyen 4 akta kontrak,

Dalam kes ini. En Hassim telah memberi penerimaan terhadap tawaran Encik Kamel tetapi ia boleh dilihat

bahawa terdapat variasi terhadap tawaran yang diberikan oleh Encik Kamel apabila terdapatnya syarat

syarat yang lain. Oleh itu, ia boleh dikatakan bahawa En Hassim sebenarnya telah membuat satu (Counter

offer) terhadap tawaran En Kamel dan apa-apa penerimaan oleh En Hassim tidak boleh dikatakan sebagai

mutlak di bawah skesyen 7

Oleh itu, walaupun En Hassim telah memberi faks kepada En Kamel, ia boleh dikatakan bahawa En Kamel

masih boleh menjual kepada Syarikat JA kerana penerimaan En Hassim adalah tidak mutlak.

1
SOALAN 2

Pembentukan kontrak agensi boleh berlaku secara ratifikasi seperti mana yang diperuntukkan dalam

Seksyen 149 Akta Kontrak 1950, iaitu jika sesuatu tindakan dilaksanakan oleh ejen untuk pihak

prinsipal, dan prinsipal tidak mempunyai pengetahuan ataupun tidak membagi kebenaran kepada ejen

untuk melakukan perbuatan itu, jadi prinsipal boleh menentukan untuk menerima atau menafikan tindakan

ejen. Sekiranya prinsipal mengiktiraf tindakan itu sebagai sah, akibatnya ialah tindakan tersebut diambil

kira sebagai dilakukan dengan kebenaran dan kuasa prinsipal. Ratifikasi dapat dinyatakan dalam situasi-

situasi tersebut:

Perbuatan ejen berkaitan tidak sah atau bukan dalam kebolehannya ataupun orang yang seolah-olah

mengadandaikan diri sebagai ejen.

Ejen bertindak dengan nama prinsipal dan bukan atas nama sendirinya. Contohnya,Kes - Keighley

Maxted & Co v Durant [1901] AC 240 Seorang ejen Keighley, mendapatkan tepung atas namanya bagi

syarikat pada harga yang lagi mahal daripada harga yang sepatutnya diperuntukkan. Keighley menolak

pengiriman tepung dari Durant. Mahkamah memberi keputusan bahawa Keighley tidak terikat dengan

transaksi tersebut sebab ejen telah membuat pembelian atas namanya dan tanpa kebenaran Keighley.

Prinsipal mesti mempunyai kemampuan untuk memasuki kontrak apabila ejen melaksanakan urusan

bersama pihak ketiga dan juga sewaktu pengesahan dibuat. Contohnya, Kes – Kellner v Baxter [1866]

LR 2 CP 174 Mahkamah membuat keputusan bahawa Syarikat tidak mempunyai kuasa untuk memasuki

kontrak semasa ejen berurusan bersama pihak ketiga kerana syarikat prinsipal berada dalam proses

pembentukan.

Semasa pengesahan, prinsipal biasanya diberitahu tentang urusan yang akan perlu disahkan, selain kalau

prinsipal tidak mempedulikan tentang perkara yang perlu disahkan.Prinsipal perlu meratifikasikan seluruh

tindakan ejen.

2
Pengesahan tersebut tidak akan menimbulkan kerugian kepada pihak ketiga. Seksyen 153 menegaskan

bahawa perbuatan ejen yang ingin diratifikasikan mesti tidak menyebabkan kecederaan ataupun kerugian

kepada pihak lain.

Pengesahan perlu dilakukan dalam tempoh yang munasabah.

3
SOALAN 3

Isu dalam kes di atas adalah sama ada terdapatnya perjanjian antara En Zain dengan Puan Ros?

Secara umumnya, terdapat prasangka (presumption) bahawa hubungan antara keluarga ataupun hubungan

sosial, tidak akan adanya niat untuk memasuki satu perjanjian di bawah undang-undang. Di dalam kes

Balfour v Balfour [1919] 2 KB 571 , kes ini adalah berkaitan dengan seorang suami yang telah berjanji

dengan isterinya untuk memberi bantuan kewangan kepadanya setiap bulan, Namun begitu, suami itu

tidak berbuat demikian. Mahkamah memutuskan bahawa memandangkan hubungan antara mereka adalah

sebagai sepasang suami dan isteri, undang -undang menganggap bahawa mereka tidak mempunyai niat

untuk memasuki dalam satu perjanjian antara satu sama lain. Manakala, dalam kes Merritt v Merritt [1970]

EWCA Civ 6 , suami tersebut telah berjanji untuk memberi kewangan kepada isteri dan memberi rumah

kepada isterinya. Perjanjian ini telah ditandangani oleh kedua dua suami dan isteri. Oleh itu, mahkamah

memutuskan bahawa dalam kes ini, terdapatnya niat untuk memasuki dalam satu perjanjian.

Oleh itu, secara aplikasi kes di atas dalam senario ini, ia boleh dilihat bahawa perjanjian En Zain untuk

membawa Puan Ros untuk melawat Zubaidah di ireland adalah tidak dipatuhi oleh beliau. Namun begitu,

bersamaan dengan kes Balfour v Balfour, ia boleh dilihat bahawa hubungan antara Puan Ros dengan En

Zain masih sebagai sepasang suami isteri dan oleh itu ia boleh dikatakan bahawa mereka tiada niat untuk

berada dalam satu perjanjian.

Menurut kes Meritt, ia boleh dilihat bahawa Encik Zain dan Puan Ros telah memasuki dalam satu

perjanjian berkenaan dengan janji En Zain untuk membawa Puan Ros ke Ireland.

Secara kesimpulannya, walaupun terdapatnya perjanjian antara En Zain dan Puan Ros, ia boleh dilihat

bahawa kedua dua masih hidup dalam keserasian

4
SOALAN 9

(a)

Sebagai penjamin di bawah satu perjanjian sewa beli, penjamin mempunyai hak untuk menerima

sesalinan perjanjian sewa beli seperti mana dalam seksyen 5 di dalam Akta Sewa beli 1967. Hak

penjamin juga termasuk dilepaskan daripada liabiliti sebaik sahaja jumlah yang terhutang kepada

Syarikat kewangan telah dibayar penuh oleh peminjam tersebut. Salah satu tanggungjawab

penjamin adalah untuk membayar jumlah yang telah dijamin olehnya apabila peminjam tersebut

telah gagal membayar di bawah perjanjian sewa. Tanggungjawab penjamin hanyalah terhad

dengan penjanjian sewa beli yang telah ditandatangani oleh peminjam dan tidak termasuk dengan

perjanijan yang lain oleh peminjam. Tanggungjawab penjamin adalah dilanjutkan walaupun

pemilik sewa beli tersebut telah mengambil prosiding untuk memiliki (possess) sewa beli

tersebut.sepertimana dalam seksyen 21 akta tersebut.

(b)

Di bawah seksyen 16 dalam Akta Sewa Beli, ia menyatakan bahawa pemilik kenderaan tersebut

boleh memiliki (possess) kenderaan tersebut apabila terdapatnya perlanggaran kontrak di mana

terdapat kegagalan untuk membuat pembayaran selamat dua bulan berturut-turut. Oleh itu, ia

boleh dilihat bahawa MCF Finance boleh mengambil pemilikan kenderaan Ali semula kerana

terdapat kegagalan untuk membayar selama 2 bulan.

Di bawah seksyen 21(2) dalam Akta tersebut, ia menyatakan bahawa penjamin tersebut masih

mempunyai liabiliti untuk perlanggaran kontrak oleh peminjam walupun pemilik telah mengambil

pemilikan kenderaan. Oleh itu, walaupun MCF Finance Bhd oleh mengambil pemilikan kenderaan

Ali tersebut, Ahmad masih mempunyai liabliti untuk membayar bayaran yang tertunggak oleh Ali

dan liabiliti Ahmad hanya boleh dilepaskan apabila hutang kepada MCF Finance Bhd telah

diselesaikan.

5
Oleh itu, MCF Finance Bhd berhak untuk mengambil balik kenderaan Ali tersebut dan boleh

memberi notis kepada Ali dan Ahmad sebagai penjamin untuk mengambil balik tunggakan

tersebut.

6
SOALAN 20

En. Sidi telah memasuki perjanjian kontrak bertulis dengan En. Rosid iaitu seorang kontraktor binaan

untuk membina sebuah banglo di atas tanah di pinggir sungai milik En. Sidi. En. Sidi telah membayar

RM20,000 kepada En. Rosid bagi tujuan pembelian bahan binaan bagi tujuan pembinaan banglo tersebut.

Mereka merancang untuk memulakan pembinaan banglo tersebut pada awal tahun 2015. Namun demikian

pada akhir tahun 2014, banjir besar telah melanda dan lot tanah pinggir sungai tersebut telah terhakis oleh

arus banjir yang menyebabkan pembinaan banglo tidak dapat diteruskan. En. Sidi meminta En.Rosid

mengembalikan wang RM20,000 kerana pembinaan tidak dapat diteruskan. En.Rosid enggan

mengembalikan wang tersebut dengan alasan bahawa ianya adalah wang deposit yang hangus jika

perjanjian kontrak tidak dapat diteruskan. Nasihatkan En. Sidi mengenai kedudukan beliau disisi undang-

undang berkaitan hal ini. Sertakan kes-kes dan seksyen-seksyen yang berkaitan.

En. Sidi mempunyai hak untuk menuntut pengembalian wang RM20,000 dari En. Rosid di bawah undang-

undang kontrak. Meskipun pembinaan banglo tidak dapat diteruskan disebabkan oleh banjir, ini tidak

bermakna bahawa En. Rosid berhak untuk mengekalkan wang deposit tersebut tanpa alasan yang

munasabah.

Menurut Seksyen 75 Kontrak Akta Kontrak 1950, jika sesuatu perjanjian tidak dapat dilaksanakan

kerana sesuatu sebab yang tidak berada di bawah kawalan pihak-pihak yang terlibat, pihak-pihak tersebut

dibenarkan untuk membatalkan kontrak dan mengembalikan apa-apa faedah yang diperolehi di bawah

kontrak tersebut.

Dalam kes ini, banjir besar yang menyebabkan tanah terhakis adalah sesuatu kejadian yang tidak dapat

diramal atau dielakkan oleh En. Sidi atau En. Rosid. Oleh itu, En. Sidi berhak untuk membatalkan kontrak

dan menuntut pengembalian wang deposit yang telah dibayar kepada En. Rosid.

7
Menurut Seksyen 56 Akta Kontrak 1950 – Menjelaskan mengenai kes penamatan kontrak yang tidak

dapat dilaksanakan oleh sebab keadaan yang tidak dapat dielakkan. Contohnya dalam kes ini , banjir besar

yang melanda kawasan pembinaan yang dirancang adalah suatu keadaan yang tidak dapat dielakkan oleh

En.Sidi dan juga En.Rosdi.

Menurut Seksyen 57 Akta Kontrak 1950 – Menjelaskan mengenai kes penamatan kontrak oleh sebab

perubahan keadaan. Contohnya dalam kes ini, berlaku perubahan keadaan seperti banjir sebelum

bermulanya tempoh yang dirancang iaitu permbinaan dirancang pada awal tahun 2015 tetapi banjir

melanda pada akhir tahun 2014.

Menurut Seksyen 66 Akta kontrak 1950 – Menjelaskan mengenai pemulangan wang yang mungkin

diperlukan dalam kes-kes penamatan kontrak. Contohnya dalam kes ini En Rosid sewajarnya

memulangkan wang yang diterima daripada En Sidi sebanyak RM20,000 kerana kontrak telahpun

dibatalkan atau terbatal di atas sebab-sebab yang tidak dapat dikawal.

Menurut Seksyen 66A Akta Kontrak 1950 – Menjelaskan mengenai pemulangan wang yang dibayar

sebagai deposit atau wang muka dalam kes-kes penamatan kontrak. Contohnya dalam kes ini , sekiranya

En. Rosid enggan mengembalikan wang tersebut, En. Sidi boleh merujuk kepada mahkamah untuk

menyelesaikan pertikaian ini dan mendapatkan keputusan yang adil berdasarkan undang-undang kontrak

yang berkenaan.

Contoh Kes Berkaitan :

Satu kes yang mirip dengan situasi di atas adalah kes Tan Ah Seng & Anor v. Gan Ban Lee [2016] 1 MLJ

665, di mana tanah yang ditempah untuk pembinaan telah dinaikkan taraf untuk pembangunan kediaman

tetapi kemudiannya terjejas oleh kemarau yang teruk.

8
Dalam kes ini, tanah yang telah ditempah oleh pembeli untuk pembinaan rumah kediaman telah dinaikkan

taraf oleh pemaju untuk tujuan pembangunan. Namun, kemudian terjadi kemarau yang teruk yang

menyebabkan pembangunan rumah tersebut tidak dapat diteruskan.

Pembeli meminta pemaju untuk memulangkan wang yang telah dibayar sebagai deposit kerana

pembangunan tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Pemaju enggan mengembalikan

deposit tersebut dengan alasan bahawa ia adalah wang deposit yang hangus jika perjanjian kontrak tidak

dapat diteruskan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa pemaju adalah bertanggungjawab untuk memulangkan deposit

kepada pembeli kerana kegagalan untuk melaksanakan perjanjian kontrak disebabkan oleh faktor-faktor

yang di luar kawalan pihak pembeli. Mahkamah merujuk kepada prinsip dalam kes Hong Leong

Equipment Sdn Bhd v. Liew Fook Chuan [1995] 4 CLJ 381, di mana apabila suatu kontrak tidak dapat

dilaksanakan kerana sebab-sebab yang tidak berada di bawah kawalan pihak-pihak yang terlibat, pihak

yang tidak bertanggungjawab atas kegagalan tersebut adalah berhak untuk meminta pemulangan deposit

yang telah dibayar.

9
Rujukan

Kes
1. The Ka Wah Bank Ltd v Nadinusa Sdn bhd [1988] 2 MLJ 350

https://malaysianlitigator.com/2021/01/18/what-constitutes-a-binding-contract/

2. Dickinson v Dodds (1876) 2 Ch D 463 https://ipsaloquitur.com/contract-law/cases/dickinson-v-

dodds/

3. Entores Ltd v Miles Far East Cooperation [1955] 2 QB 327

https://www.oxbridgenotes.co.uk/law_cases/entores-v-miles-far-east-corp

4. Balfour v Balfour [1919] 2 KB 571

https://www.australiancontractlaw.info/cases/database/balfour-v-balfour

5. Merritt v Merritt [1970] EWCA Civ 6 https://ipsaloquitur.com/contract-law/cases/merritt-v-

merritt/

6. Portal e-Akta Malaysia: Federal Gazette Malaysia. (n.d.). e-Akta Malaysia. Retrieved from

[https://www.federalgazette.agc.gov.my/](https://www.federalgazette.agc.gov.my/)

7. Legal Research Board (LRB) Malaysia: Legal Research Board Malaysia. (n.d.). Retrieved from

[https://lrb.kehakiman.gov.my/](https://lrb.kehakiman.gov.my/)

8. Che Supian Mohamad Nor, JTW103/3 Undang-Undang Perniagaan [Module]. Universiti Sains

Malaysia.

https://pearl.usm.my/pjj2324/pluginfile.php/41138/mod_resource/content/1/Topik%2011%20JT

W103.pdf

10
Undang-undang

1. seksyen 4 dalam Akta Kontrak 1950

https://lom.agc.gov.my/ilims/upload/portal/akta/LOM/EN/Act%20136.pdf

2. seksyen 7 dalam Akta Kontrak 1950

https://lom.agc.gov.my/ilims/upload/portal/akta/LOM/EN/Act%20136.pdf

3. seksyen 5 di dalam Akta Sewa beli 1967

http://www.commonlii.org/my/legis/consol_act/ha19671978215/

4. seksyen 16 di dalam Akta Sewa beli 1967

http://www.commonlii.org/my/legis/consol_act/ha19671978215/

5. seksyen 21 (2) di dalam Akta Sewa beli 1967

http://www.commonlii.org/my/legis/consol_act/ha19671978215/

6. Malaysian Law Journal (MLJ): Malaysian Law Journal. (n.d.). Retrieved from

[https://www.mlj.com.my/](https://www.mlj.com.my/)

7. Current Law Journal (CLJ): Current Law Journal. (n.d.). Retrieved from

[https://www.cljlaw.com/](https://www.cljlaw.com/)

11

You might also like