You are on page 1of 8

TUGASAN INDIVIDU

DIPLOMA PERAKAUNAN

SEMESTER 2

UNDANG-UNDANG KOMERSIAL

(DBE 2133)

NAMA NUR AFIQAH ELYANA BINTI MD YUNUS


KELAS 1 DBE 2
NO. ANGKA GILIRAN JKV0623BE032
NO. KAD PENGENALAN 050120-01-0496
NAMA PENSYARAH PUAN NUR SHAZLINA BINTI SAAT
SOALAN 1

Proses Sebelum Penarikan Berdasarkan Akta Sewa Beli 1967

Jika penyewa telah memungkiri kontrak yang telah dibuat di antara penyewa dan
pemilik, undang-undang telah memperuntukkan bahawa pemilik boleh menarik balik barang-
barang yang berada di dalam tangan penyewa.

Seksyen 16 ASB 1967 telah memperuntukkan bahawa pemilik tidak mempunyai


kuasa untuk mengambil semula barang-barang yang terkandung dalam perjanjian sewa beli
yang timbul akibat kemungkiran perjanjian berhubung dengan pembayaran ansuran. Roslan
telah gagal untuk menjelaskan ansuran bulanan selama dua bulan berturut-turut dan tempoh
pembayaran telah tamat tempoh.

Maka, menurut seksyen 16(1) Akta Sewa Beli 1967, hak pemilikan kembali hanya
boleh dikuatkuasakan oleh pemilik jika penyewa gagal membayar ansuran penuh sebanyak
dua kali berturut-turut dan ansuran terakhir dan setelah suatu notis bertulis, seperti yang
diperuntukkan dalam Jadual Keempat diberi kepada penyewa dan setelah tamat tempoh yang
diberikan oleh notis itu, yakni tempoh telah tamat iaitu melebihi 21 hari. Oleh itu, Easy
Finance Berhad berhak menarik balik kereta Roslan kerana telah melanggar kontrak
perjanjian. Selain itu, Easy Finance Berhad perlu meyakinkan bahawa pinjaman yang perlu
dibayar oleh Roslan mesti lebih banyak daripada 1/3 harga pembelian barangan. Sebelum
berlakunya proses penarikan kereta, Easy Finance Berhad perlu menyerahkan kepada Roslan
suatu notis bertulis untuk menyatakan Hasrat penarikan kereta itu.

Berdasarkan seksyen 43 Akta Sewa Beli, Easy Finance Berhad boleh menghantar
notis ini dengan menghantar kepadanya sendiri atau dengan mengepos secara berdaftar yang
di alamatkan kepada tempat tinggal Roslan mahupun termpat perniagaan yang terakhir
diketahui. Dalam tempoh 14 hari selepas perjanjian sewa beli itu dibuat, Easy Finance
Berhad dikehendaki sekali lagi untuk menghantar notis kepada Roslan dan penjaminnya
seperti yang terkandung dalam Seksyen 5(1) Akta Sewa Beli 1957.

2
Proses Selepas Penarikan Berdasarkan Akta Sewa Beli 1967

Apabila pemilikan kembali dilakukan, dalam masa 21 hari selepasnya, Easy Finance
Berhad hendaklah memberikan notis seperti dalam Jadual Kelima kepada Roslan dan setiap
penjaminnya. Jika Roslan tidak hadir semasa tindakan pengambilan balik itu berlaku,
perakuan hendaklah diposkan kepadanya berdasarkan Seksyen 16(4).

Menurut Seksyen 16(5) pula, dokumen perakuan hendaklah mengandungi perihal


ringkas mengenai kereta itu, masa tarikh dan tempat ia boleh berlaku. Seksyen 17
mengatakan bahawa pemilik iaitu Easy Finance Berhad, yang telah menguatkuasakan hak
pemilikan kembali tidak boleh menjual atau melupuskan barangan tersebut iaitu merujuk
kepada keret, sebelum tamat tempoh 21 hari bermula dari tarikh notis bertulis yang
dikehendaki oleh Jadual Kelima, kecuali apabila pemilik, Easy Finance Berhad telah
mendapat kebenaran bertulis dari pihak penyewa, Roslan.

3
SOALAN 2

Hak-hak Encik Sam selaku penyewa setelah kenderaan dirampas berdasarkan


Seksyen 18(1) Akta Sewa Beli 1967 ialah apabila pemunya mengambil milikan terhadap
mana-mana barang yang terkandung dalam suatu perjanjian sewabeli, maka penyewaa
mempunyai hak-hak berikut :

i. Penyewa boleh dalam masa 21 hari selepas penyerahan notis oleh pemilik
kepadanya, menyerahkan noti bertulis yang ditandatangani oleh penyewa atau
ejennya kepada pemunya :
 Mengkehendaki pemunya untuk menghantar semula kepada penyewa barang-
barang yang telah diambil semula milikan
ATAU
 Mengkehendaki pemunya untuk menjual barang-barang kepada mana-mana orang
yang diperkenalkan oleh penyewa yang bersedia untuk membeli barang-barang
dengan harga tunai suatu harga yang tidak kurang dari nilai barang-barang yang
dianggarkan seperti yang dinyatakan dalam noti terdahulu

ii. Penyewa juga boleh mendapatkan kembali dari pemunya :


 Sekiranya harga barang pada masa pemilik mengambil milikan adalah kurang
daripada harga bersih yang perlu dibayar tetapi harga nilai itu di bawah perjanjian
melebihi amaun bersih kena dibayar tolak (-) perbezaan jumlah tersebut dan amaun
bersih yang kena dibayar,
ATAU
 Harga barang pada masa pemunya mengambil milikan adalah sama atau melebihi
harga bersih yang perlu dibayar toloak (-) jumlah nilai dan jumlah yang dibayar
oleh penyewa, kurang daripada amaun bersih yang kena dibayar.

4
SOALAN 3
Dengan merujuk kepada kes yang berkaitan, secara amnya, ketersediaan nama
syarikat adalah tertakluk kepada seksyen 26 Akta Syarikat 2016. Nama itu adalah tersedia
jika nama itu bukan :

i. Tidak wajar atau tidak boleh diterima


ii. Sama dengan nama entiti perniagaan sedia ada di bawah daftar yang disimpan
menurut undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia
iii. Sama dengan nama yang dirizabkan di bawah Akta Syarikat 2016
iv. Suatu nama yang Menteri telah mengarahkan Pendaftar supaya tidak menerima
untuk pendaftaran.

Seperti dalam contoh kes Const vs Harris. Lord Eldon berkata bahawa "Dalam
semua perkongsian, sama ada ia dinyatakan dalam surat ikatan atau tidak, rakan
kongsi terikat untuk menjadi benar dan setia antara satu sama lain". Setiap rakan
kongsi mesti bertindak demi kepentingan perkongsian dan bukan untuk dirinya
sendiri. Dia mesti melayan rakan kongsinya dengan penuh adil dan saksama.

Di dalam Seksyen 24(5) telah memperuntukkan bahawa setiap rakan kongsi


boleh mengambil bahagian dalam perniagaan dan kerana ini adalah konsep
perkongsian yang paling penting, tiada siapa boleh menerima perjanjian yang
mengecualikan ini. Di dalam Seksyen 24(8) juga, telah menyatakan bahawa semua
keputusan mesti diambil oleh suara majoriti rakan kongsi, tetapi sebulat suara
diperlukan untuk mengubah sifat perniagaan. Adalah sangat penting bahawa semua
rakan kongsi telah memahami sepenuhnya sifat tugas mereka sebagai rakan kongsi,
baik yang tersirat oleh undang-undang mahupun yang dipersetujui oleh rakan
kongsi. Akhirnya, perjanjian itu perlu menetapkan sekatan bagi kegagalan untuk
memenuhinya.

5
SOALAN 4

Definisi pemerbadanan syarikat

Pemerbadanan syarikat merujuk kepada penubuhan sebuah Sdn Bhd sebagai entiti
undang-undang tersendiri, membezakan aset dan pendapatan syarikat dari pemilik dan
pemegang sahamnya. Setiap syarikat, tanpa mengira saiznya, akan dimiliki oleh pemegang
saham dan diuruskan oleh pengarah. Ini agak berbeza dibandingkan dengan Enterprise atau
milikan tunggal di mana perniagaan lazimnya diruruskan oleh pemilik bersorangan.

Malaysia membenarkan pembentukan syarikat melalui penggunaan frasa-frasa seperti:

 Inc.

 Limited (Ltd.)

 Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.), dan

 Berhad

Kesan pemerbadanan

i. Wujudnya entiti yang terpisah daripada diri pemilik (Entiti Berasingan)


 Menurut seksyen 20(A) Akta Syarikat 2016, syarikat yang diperbadankan
hendaklah mempunyai keperibadian sah yang berasingan daripada keperibadian
anggotanya.
 Syarikat adalah satu entiti yang terpisah daripada ahli-ahlinya, dengan identiti, hak,
kuasa dan tanggungjawab sendiri.
 Prisip entiti berasingan ini dapat dirujuk dalam kes Salomon lwn A.Salomon & Co.
Ltd dan Lee lwn Lee’s Air Farming Ltd.

6
ii. Kuasa sebuah pemerbadanan
 Syarikat yang telah diperbadankan mempunyai hak, kuasa dan tanggungan sendiri
serta menjadi entiti undang-undang
 Seksyen 21 Akta Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa syarikat dapat
melaksanakan semua fungsi undang-undang termasuklah :
o Kemampuan untuk mendakwa dan didakwa
o Keupayaan untuk memperoleh, memiliki, mengembangkan atau
melupuskan harta
o Kemampuan untuk melakukan sebarang tindakan atau transaksi
 Seksyen 35(2)(A)(B) Akta Syarikat 2016 pula memperuntukkan bahawa jika
sekiranya perlembagaan telah menetapkan objek-objek syarikat, maka syarikat
dilarang sekali menjalankan perniagaan atau aktiviti yang tidak ada dalam projek
tersebut
 Syarikat mesti mempunyai kapasiti dan keupayaan penuh dalam mencapai tujuan
mempunyai kuasa yang tidak terhad tersebut, kecuali jika perlembagaan
memperuntukkan sebaliknya

iii. Boleh hidup selama-lamanya dan berkekalan (Kesinambungan Hayat)


 Syarikat boleh wujud selama-lamanya selagi ia tidak dibubarkan dan akan terus
beroperasi walaupun berlaku perubahan ahli
 Pengekalan syarikat berakhir apabila ia dibubarkan di bawah akta syarikat

iv. Harta syarikat bukan milik anggotanya (Memiliki harta)


 Harta milik syarikat
 Wang yang dibayar anggota untuk membeli saham adalah milik syarikat
 Syarikat berkuasa memiliki hartanya sendiri melalui hasil daripada penggunaan
modal pemegang saham
 Harta boleh dipindah milik daripada syarikat kepada individu dengan prosedur
tertentu

7
SUMBER RUJUKAN

SUMBER INTERNET

SOALAN 1

 Undang-undang sewa beli diperoleh daripada :


https://www.scribd.com/document/458964254/UNDANG2-SEWA-BELI

SOALAN 2

 Hak-hak penyewa setelah barang dirampas diperoleh daripada :


https://www.jbg.gov.my/images/doc/risalah/booklet-akta-sewa-beli%20.pdf

SOALAN 3

 Kes Const VS Harris diperoleh daripada :


o https://vlex.co.uk/vid/const-v-harris-805238313
o https://www.lawteacher.net/free-law-essays/business-law/the-legal-definition-
law-essays.php#:~:text=In%20Const%20v%20Harris%20%5B22,partnership
%20and%20not%20for%20himself

SOALAN 4

 Definisi pemerbadanan syarikat diperoleh daripada :


https://mishu.my/ms/blog/penubuhan-perniagaan/pemerbadanan-sdn-bhd/
#:~:text=Pemerbadanan%20syarikat%20merujuk%20kepada%20penubuhan,saham
%20dan%20diuruskan%20oleh%20pengarah.

SUMBER RUJUKAN BUKU

SOALAN 1 DAN SOALAN 2

 Nota kuliah 4

SOALAN 3 DAN SOALAN 4

 Nota kuliah 5

You might also like