You are on page 1of 18

1

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
 Pada amnya, suatu kontrak ejensi akan memberikan kuasa
kepada ejen untuk melaksanakan perniagaan ejensi bagi
pihak prinsipal.

 Kuasa yang dimiliki oleh ejen ini akan menjadi asas kepada
semua perbuatan dan tindakan ejen dalam menjalankan
tugasnya terhadap prinsipal.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 2


 Semua perbuatan dan tindakan ejen akan mengikat prinsipal
jika ia dilakukan dalam bidang kuasa ejen.

 Sekiranya ejen melakukan sesuatu di luar kuasanya, maka


tindakan tersebut tidak akan mengikat prinsipal atau prinsipal
tidak akan bertanggungjawab ke atasnya, kecuali jika
prinsipal telah menerima atau mengesahkan perbuatan ejen
itu.

 Seksyen 141 Akta Kontrak:


› Kuasa ejen meliputi semua perbuatan yang sah yang perlu
untuk melaksanakan tugasnya kepada prinsipal.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 3


 Misalan (b):
› A telah melantik B menguruskan perniagaannya untuk membuat
kapal. B boleh membeli kayu balak dan bahan-bahan lain, dan
mengupah pekerja-pekerja untuk tujuan menguruskan
perniagaan itu.

 Seksyen 139 Akta Kontrak:


› Kuasa ejen boleh wujud dalam bentuk nyata atau tersirat.

 Seksyen 140 Akta Kontrak:


› Suatu kuasa dikatakan nyata apabila diberi oleh kata-kata lisan
atau bertulis. Suatu kuasa tersirat adalah kesimpulan yang
diambil mengikut keadaan sesuatu kes seperti kata-kata atau
dokumen bertulis selain daripada kontrak ejensi atau perjalanan
biasa urusan suatu perniagaan ejen itu.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 4


 Kuasa sebenar ialah kuasa ejen yang diarahkan secara
nyata oleh prinsipal sama ada melalui tutur kata atau
dokumen bertulis.

 Kuasa jenis ini selalunya dinyatakan dalam kontrak ejensi.

 Ia dituliskan secara jelas dalam perjanjian atau diberikan


secara lisan oleh prinsipal kepada ejen.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 5


 Pada prinsipnya, prinsipal bertanggungan bagi semua
perbuatan ejen yang tergolong di bawah kuasa sebenar.

 Contoh:

 Prinsipal mengarahkan ejen menjual rumah prinsipal pada harga


RM100,000. Kuasa sebenar ejen ialah menjual rumah itu dengan
harga yang ditetapkan.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 6


 Kuasa sebenar juga boleh disiratkan daripada keadaan-
keadaan berikut:

i. Kuasa nyata yang diberikan termasuk semua kuasa yang


patut atau mustahak untuk melaksanakan tugas ejensinya.

 Contoh: Prinsipal melantik ejen untuk menjual keretanya, dan


menyerahkan kereta tersebut untuk disimpan oleh ejen. Kuasa
nyata boleh disiratkan bahawa mana-mana pembeli boleh
memandu-uji kereta tersebut sebelum membuat keputusan untuk
membelinya atau tidak.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 7


ii. Berpandukan kepada keadaan-keadaan kes tertentu.

› Contoh: Prinsipal melantik ejen untuk membuka kilang kain di


Melaka dengan kos sebanyak RM250,000. Kuasa nyata ejen
yang boleh disiratkan ialah ejen boleh membeli mana-mana
kilang kain yang sedia wujud di Melaka pada harga yang kurang
atau bersamaan dengan RM250,000.

iii. Kelaziman atau adat resam perniagaan

› Contoh: Bank yang ingin melelong suatu hartanah telah


melantik pelelong bagi tugas itu. Kuasa nyata pelelong yang
boleh disiratkan ialah pelelong lazimnya berhak mengeluarkan
notis lelong di dalam surat khabar., menampalkan notis atau
iklan lelong di pejabat tanah dan balai raya serta menghubungi
pembeli-pembeli yang berminat.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 8


iv. Situasi atau kelakuan pihak-pihak

 Contoh: Prinsipal mengupah ejen mengecat rumahnya dengan


warna putih. Oleh kerana tidak cukup cat putih, ejen menggunakan
cat warna kuning air dan prinsipal tidak mempertikaikan warna cat
tersebut tersebut apabila kerja mengecat selesai dibuat. Kuasa
nyata ejen boleh disiratkan daripada perbuatan prinsipal yang
menyetujui tindakan ejen menukar warna cat tersebut.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 9


 Kuasa zahir ditakrifkan sebagai kuasa yang tidak diberikan
secara nyata oleh prinsipal kepada ejen tetapi undang-
undang menganggap bahawa ejen mempunyai kuasa
tersebut.

 Kuasa jenis ini diandaikan oleh pihak ketiga yang berurusan


dengan ejen tersebut sebagai dimiliki oleh ejen itu,
sungguhpun pada hakikatnya ejen tidak mempunyai kuasa
itu.

 Pada prinsipnya, prinsipal bertanggungan bagi semua


perbuatan ejen yang tergolong dibawah kuasa zahir.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 10


› Contoh: Hamid adalah pengarah urusan syarikat Hulahoop.
Lembaga pengarah syarikat telah menghadkan urusan yang
boleh dibuat oleh Hamid setakat RM2.5 juta sahaja. Hamid
kemudian telah membuat pesanan barang berharga RM3 juta
daripada Syarikat Crackers. Syarikat Crackers yang berurusan
dengan Hamid tidak mengetahui tentang sekatan atau had
kuasa Hamid dan adalah munasabah bagi Syarikat Crackers
mengandaikan Hamid sebagai pengarah urusan mempunyai
kuasa pembelian sejumlah itu. Maka, perbuatan Hamid
tergolong di bawah kuasa zahir.

 Panaroma Development (Guilford) Ltd Fidelic Furnishing


Fabric Ltd.
› B ialah setiausaha di syarikat D. Sebagai setiausaha syarikat, ia
menyewa kereta-kereta mewah daripada P. B tidak mempunyai
kuasa sebenar untuk menyewa kereta-kereta tersebut.
› Mahkamah: B mempunyai kuasa zahir untuk bertindak bagi
pihak syarikat dalam hal-hal pentadbiran dan oleh itu, D adalah
bertanggungan terhadap P bagi tunggakan sewa.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 11


 Kuasa zahir boleh wujud dalam 2 keadaan, iaitu:

i. Apabila prinsipal, melalui kata-kata atau perbuatannya


membiarkan pihak ketiga percaya ejennya mempunyai
kuasa untuk membuat sesuatu kontrak bagi pihaknya.

 Seksyen 190 Akta Kontrak:


› Prinsipal adalah terikat dan bertanggungjawab ke atas tindakan
ejen yang dilakukan bagi pihaknya dalam bidang kuasa zahir.
Perbuatan atau kata-kata prinsipal yang menjadikan pihak
ketiga percaya itulah yang membentuk kuasa zahir kepada
ejen.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 12


ii. Seseorang ejen itu pernah mempunyai kuasa di masa lalu
untuk melakukan sesuatu perbuatan bagi pihak prinsipal,
tetapi kuasa itu ditamatkan oleh prinsipal tanpa
pengetahuan pihak ketiga.

 Graphic Lines Pte Ltd lwn Chai Chee Mein &YL (1987)
› Butterworth’s Digest, seorang penolong pengarah kelab malam
yang dikongsi oleh beberapa orang pekongsi termasuk D, telah
melekatkan iklan untuk kelab mereka dengan P atas arahan
pengarah urusan iaitu salah seorang pekongsi kelab malam itu.
› Mahkamah: D terikat dengan perbuatan penolong pengarah
tersebut, kerana ia dikatakan mempunyai kuasa zahir untuk
melakukan tindakan itu setelah mendapat arahan daripada
pengarah urusan yang mempunyai kuasa nyata untuk memberi
arahan sedemikian kepadanya.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 13


 Kesan suatu kontrak yang dilakukan oleh ejen adalah
bergantung kepada keadaan-keadaan bagaimana kontrak
tersebut dibuat dan sama ada ejen mendedahkan atau
menyembunyikan fakta ejensinya kepada pihak ketiga.

 Terdapat 3 keadaan bagaimana kontrak dibuat antara ejen


dan pihak ketiga, iaitu:
1. Ejen berkontrak sebagai ejen kepada prinsipal yang
dinamakan.
2. Ejen memberitahu kewujudan prinsipal tetapi tidak menamakan
prinsipal.
3. Ejen berkontrak bagi pihak prinsipal yang tidak diberitahu
kewujudannya.
UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 14
1. Ejen berkontrak sebagai ejen kepada prinsipal yang
dinamakan.

 Prinsipal yang dinamakan bermaksud prinsipal yang


namanya telah diedarkan kepada pihak ketiga oleh ejen.

 Pihak ketiga tahu bahawa ejen sedang berkontrak sebagai


ejen kepada prinsipal.

 Dalam keadaan ini, ejen tidak akan menanggung apa-apa


tanggungan dan tidak mempunyai apa-apa hak dalam
kontrak itu.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 15


2. Ejen memberitahu kewujudan prinsipal tetapi tidak
menamakan prinsipal.

 Prinsipal yang diberitahu bermaksud prinsipal yang


kewujudannya diberitahu kepada pihak ketiga oleh ejen,
tetapi pengenalannya tidak diketahui.

 Pihak ketiga tahu bahawa ejen sedang berkontrak sebagai


ejen tetapi tidak tahu identiti dan nama prinsipal.

 Dalam keadaan ini, ejen tidak bertanggungan secara


peribadi.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 16


 Universal Steam Navigation Co. Ltd lwn James McElvie &
Co. (1923)
› Satu penyewaan kapal (charterparty) telah dimasuki oleh X
(ejen tuan punya kapal) dan J.M. & Co. (penyewa) dan
perjanjian itu telah ditandatangani untuk dan bagi pihak J.M. &
Co. (ejen). X tahu semasa penyewaan kapal dibuat, J.M. & Co.
bertindak sebagai ejen kepada prinsipal, tetapi nama prinsipal
tidak diberitahu. Apabila berlaku pecah kontrak, tuan punya
kapal menuntut ganti rugi terhadap J.M. & Co., tetapi mereka
enggan membayar.
› Mahkmah: J.M. & Co. tidak bertanggungjawab untuk membayar
ganti rugi tersebut kerana mereka bertindak sebagai ejen dalam
perjanjian itu.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 17


3. Ejen berkontrak bagi pihak prinsipal yang tidak
diberitahu kewujudannya.

 Dalam keadaan ini, ejen tidak mengemukakan nama


prinsipal atau kewujudannya.

 Ejen berkontrak seolah-olah dia adalah prinsipal.

 Dalam keadaan ini, pihak ketiga boleh mengenakan


tanggungan terhadap ejen atau prinsipal atau kedua-duanya
sekali.

 Misalan Seksyen 186 Akta Kontrak:


› A mengikat kontrak dengan B untuk menjual 100 bendela
kapas. A kemudian mendapati bahawa B adalah ejen kepada C.
A boleh mendakwa B atau C atau kedua-duanya tentang harga
kapas yang dipertikaikan itu.

UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (DIPLOMA) 18

You might also like