You are on page 1of 9

TANGGUNGJAWAB

PRINSIPAL TERHADAP EJEN

1 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
PENGENALAN
 Tanggungjawab prinsipal terhadap ejen boleh ditentukan
secara bebas oleh kedua-dua belah pihak dalam kontrak
ejensi.

 Sekiranya tiada peruntukan nyata berkaitan dengannya


dipersetujui, maka peruntukan Seksyen-seksyen 175 hingga
178 Akta Kontrak adalah terpakai.

2 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
(DIPLOMA)
TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL TERHADAP
EJEN

1. Membayar komisen atau ganjaran-ganjaran lain seperti yang


telah dipersetujui, melainkan jika hubungan ejensi itu adalah
secara percuma.

2. Tidak akan menyekat atau menghalang ejen dengan sengaja


daripada mendapat komisen.

3. Melepaskan tanggungan ejen bagi tindakan-tindakan yang


dilakukan dalam menjalankan tugasnya.

3 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
(DIPLOMA)
1. Membayar komisen atau ganjaran-ganjaran lain seperti
yang telah dipersetujui

 Pada amnya, jumalah komisen dan cara pembayaran komisen


itu dibuat akan dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak ejensi.

 Biasanya bayaran upah atau komisen hanya akan dibuat oleh


prinsipal kepada ejen apabila ejen selesai melaksanakan
semua kerja yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

 Bayaran tersebut mesti dijelaskan kepada ejen walaupun


kontrak itu mungkin gagal disebabkan oleh prinsipal atau
pihak ketiga.

 Upah akan dibayar atas kerja yang selesai dilakukan oleh


ejen, bukan atas kejayaan sesuatu kontrak atau matlamat
kerja yang dilaksanakan oleh ejen.

4 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
(DIPLOMA)
 Seksyen 172 Akta Kontrak:
 Jika tiada kontrak yang khas, bayaran bagi pelaksanaan tindakan
oleh ejen akan dibayar oleh prinsipal apabila tindakan itu selesai
disempurnakan.
 Ejen juga berhak menahan wang yang diterima hasil daripada
jualan barang-barang w/pun bukan kesemua barang tersebut telah
terjual atau jualan barang itu belum selesai.

 Sekiranya tidak ada apa-apa jumlah yang dipersetujui, maka


ejen berhak untuk mendapatkan ganjaran yang munasabah
berdasarkan quantum meruit.

 Namun, ejen akan hilang hak untuk mendapatkan ganjaran


sekiranya ia menyalahi salah laku dalam kontrak ejensi yang
boleh membawa kerugian kepada prinsipal.

5 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
(DIPLOMA)
2. Tidak akan menyekat atau menghalang ejen dengan
sengaja daripada mendapat komisen.

 Apabila prinsipal melantik seorang ejen untuk mewakilinya,


maka prinsipal tidak boleh lagi mengupah orang lain di
tengah-tengah perundingan, semata-mata untuk menarik balik
komisen yang dijanjikan kepada ejen asal itu.

6 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
(DIPLOMA)
3. Melepaskan tanggungan ejen bagi tindakan-tindakan
yang dilakukan dalam menjalankan tugasnya.

 Seksyen 175 Akta Kontrak:


 Prinsipal adalah terikat untuk menanggung rugi akibat semua
tindakan menurut undang-undang yang dilakukan oleh ejen dalam
menjalankan tugas ejensinya.

 Misalan (a):
 A telah mengarahkan B untuk mengikat kontrak dengan C untuk
menyerahkan barang tertentu kepada C. A tidak menghantar
barang itu kepada B, dan ini bermakna barang tersebut tidak
dapat diserahkan oleh B kepada C. C telah menyaman B kerana
mungkir kontrak. A telah memberi kuasa kepada B untuk
menentang guaman itu. B membela guaman itu dan terpaksa
membayar ganti rugi dan kos serta perbelanjaan lain. A boleh
dikenakan tanggungan kepada B atas ganti rugi, kos dan
perbelanjaan yang dialaminya.
7 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
(DIPLOMA)
 Hak ejen untuk dilepaskan tanggungan dan tanggungjawab
prinsipal untuk menerima tanggungan berlaku apabila:

a) Ejen mengalami kerugian, tanggungan atau perbelanjaan


dalam masa menjalankan tugasnya.

 Tindakan ejen yang layak ditanggung oleh prinsipal mestilah


suatu perbuatan yang sah disisi undang-undang dan
dilakukan dalam kuasanya sama ada secara nyata atau
tersirat.

 Misalan (b):
 Di atas permintaan A (ejen asal), B (subejen) telah menjual
barang-barang kepunyaan C, yang mana A tidak mempunyai hak
untuk menjualnya. B tidak tahu hal ini dan menyerahkan hasil
jualan kepada A. C, pemilik sebenar mendakwa B untuk
mendapatkan kembali nilai barang-barang itu dan kos. A akan
dikenakan tanggungan rugi kepada B atas apa yang B terpaksa
bayar kepada C.
8 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
(DIPLOMA)
b) Ejen menyebabkan bencana kepada pihak ketiga semasa
menjalankan tugas ejensinya.

c) Ejen mengalami sebarang bencana atau kesulitan atau


menyebabkan ejen berhak menuntut komisen atau ganjaran,
wang yang dibayar kepada prinsipal dan kerugian yang
dialami ejen dalam menjalankan tugasnya.

 Contoh:
 A telah mengupah B memasang batu-bata untuk membina sebuah
rumah. B telah memasang kerangka besi sendiri. Disebabkan
kerangka besi tersebut dipasang tanpa kemahiran, akibatnya B
tercedera. A mestilah membayar pampasan kepada B.

9 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN
(DIPLOMA)

You might also like