You are on page 1of 5

TOPIK 2

KELAYAKAN MENJADI
HAKIM/QADHI
Hasil Pembelajaran
Di akhir perbincangan topik ini, pelajar boleh:

1) Menghuraikan syarat kelayakan qadhi/hakim yang


disepakati ulama’.

2) Menghuraikan syarat kelayakan qadhi/hakim yang tidak


disepakati ulama’.

3) Menjelaskan hukum pelantikan wanita sebagai qadhi/hakim


menurut Islam.
PENGENALAN

• Qadhi atau hakim merupakan satu jawatan yang


signifikan dalam sesebuah negara.

• Ia menggalas bebanan dan tanggungjawab


memastikan sesuatu keadilan terlaksana.

• Islam telah menggariskan syarat-syarat yang


terperinci dan ketat bagi seseorang yang ingin
dilantik menjadi hakim.

• Antaranya adalah syarat lelaki mengikut


pandangan majoriti ulama dan hanya sebilangan
Hakim / Qadhi
kecil ulama sahaja tidak mensyaratkan lelaki
bagi menjawat jawatan tersebut.
• Mensabitkan diri dalam urusan kehakiman adalah perkara yang
sangat berbahaya untuk dipikul jika seseorang mukmin itu tidak
mampu bersikap adil. Manakala mengetahui selok-beloknya pula
adalah digalakkan.
• Seorang mukmin yang cintakan agamanya dan memastikan
keselamatan dirinya hendaklah memelihara dirinya jika terbabit
dalam tugas kehakiman dan menjauhi jika tidak terdaya memikul
tanggungjawab itu.
• Nabi s.a.w bersabda (bermaksud) :
“Barangsiapa yang menjadi Qadhi / Hakim, maka sebenarnya dia
telah disembelih tanpa pisau.”
• Jelaslah bahawa jawatan hakim merupakan satu jawatan
yang mencabar serta mempunyai kedudukan tinggi dan
mulia.

• Memandangkan keadaan ini, Islam telah menggariskan


panduan, syarat kelayakan dan perlantikan yang amat teliti.
Tujuan jawatan ini diwujudkan ialah untuk menegakkan
keadilan dan menghapuskan kezaliman.

You might also like