You are on page 1of 66

SHA 2083

UU PERBANKAN ISLAM DAN


TAKAFUL

TOPIK 2 :
KERANGKA SYARIAH
DALAM PERBANKAN ISLAM
DAN TAKAFUL
ISI KANDUNGAN

• Kerangka Syariah dalam Perbankan Islam


• dan Takaful
• 2.1 Komponen Syariah
• 2.2 Sumber-sumber perundangan Syariah .
• 2.3 Kerangka Urustadbir syariah dalam
• Perbankan Islam dan takaful
• 2.4 Pematuhan Syariah
• 2.5 Prinsip-prinsip syariah dalam sistem
• kewangan Islam

PENGENALAN
KONSEP SYARIAH
Definisi Syariah
• Dari segi bahasa di ambil daripada kalimah Bahasa Arab
 ‫رع‬++‫ش‬   )) yang bererti mencipta, menjelas dan menerang
jalan-jalan. Syariah dari sudut bahasa bererti jalan yang
lurus, tempat keluar sesuatu dan jalan ke tempat air minum
• ii. jalan menuju sumber air
• iii. jalan yang lurus
• iv. Tempat keluar sesuatu

Kaitan perkataan syariah dari segi bahasa menunjukkan


kepada kita bahawa kewujudan air adalah penghubung
kepada penerusan hayat manusia. Begitu juga jalan yang
lurus adalah sesuatu yang membawa manusia ke arah
kebaikan
• Syariah dari sudut Istilah
i. Adalah apa-apa yang disyariatkan Allah kepada
hamba-hamba-Nya dari keyakinan (aqidah), ibadah,
akhlak, muamalah, sistem kehidupan dengan dimensi
yang berbeda-beda untuk meraih keselamatan di dunia
dan akhirat.
ii. Menurut Al Qardhawi, syariah adalah hukum-hukum
Allah yang ditetapkan berdasarkan dalil-dalil Al-Qur’an
dan sunnah serta dalil-dalil yang berkaitan dengan
keduanya
Perbankan Islam dan takaful adalah sebahagian
daripada Sistem Kewangan Islam yang tidak lari
daripada mengamalkan prinsip-prinsip Muamalat Islam
yang menjadi komponen besar dalam Syariah Islamiyyah
SUMBER
PERUNDANGAN
SYARIAH
SUMBER –SUMBER
PERUNDANGAN ISLAM
SUMBER QAT’II – A Quran, Assunnah, Ijmak ,
dan Qias
SUMBER ZANNI – Istihsan, Masoleh
Mursalah, Sadd Dhara’i’, Uruf, Qaul Sahabi,
Syar’u Man Qablana, Istishab
PERANAN IJTIHAD
DAN MUJTAHID
DALAM KEWANGAN
ISLAM
PERBINCANGAN
  PENGENALAN

TAKRIF
MUJTAHID
IJTIHAD KONTEMPORARI
PENGENALAN
Ijtihad merupakan salah satu cara perolehan hukum Syarak
dan ia merupakan nadi kepada persoalan fiqh khususnya
PENGENALAN
persoalan yang tiada di dalam nas.
Ijtihad adalah elemen yang sangat penting dalam persoalan fiqh
kerana dari semasa ke semasa, persoalan berkaitan fiqh sentiasa
berkembang dengan pertambahan bilangan manusia ditambah pula
dengan kehidupan masyarakat yang semakin moden pada masa
kini.
Memandangkan asas kepada hukum fiqh juga merupakan alQuran
dan al-Sunnah, hukum yang terhasil daripada ijtihad ulama juga
dianggap sebagai hukum syariah kerana ijtihad tersebut dibuat
berpandukan sumber yang sama
Oleh sebab hukum-hukum syarak yang dinyatakan di dalam Al-
Quran dan Al-Sunnah secara jelas adalah terhad, ijtihad para
ulama amat penting dan diperlukan khususnya dalam konteks
mu‘amalat maliyyah (transaksi kewangan Islam).
 Instrumen kewangan Islam dibangunkan berasaskan
pemahaman dan pentafsiran terhadap sumber utama iaitu
PENGENALAN
al-Quran dan al-Sunnah. Pemahaman dan pentafsiran ini
dikenali sebagai proses ijtihad ulama fiqh.
Selain dua sumber utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah,
ijtihad atau interpretasi ulama fiqh terhadap isu-isu yang
timbul dalam kehidupan manusia berasaskan garis
panduan umum yang dinyatakan oleh kedua-dua sumber
utama tersebut, menjadi sumber hukum dalam syariah dan
ia diklasifikasikan sebagai sumber sokongan Syariah
Sumber sokongan ini antaranya ialah ijma, ‘qiyas,
maslahah, istihsan, istishab, sadd zari‘ah, ‘urf, maqasid
syar‘iyyah, siyasah syar‘iyyah, takwil, istiqra’, talfiq dan
lain- lain yang telah diterima pakai dalam perundangan
Islam.
Dalam konteks perbankan Islam dan takaful,
keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat
Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia, yang
dianggotai oleh mereka yang berkelayakan
dalam syariah, ekonomi, undang-undang dan
kewangan dianggap sebagai satu ijtihad secara
kolektif dan merupakan salah satu sumber
hukum yang menjadi panduan umum terhadap
status hukum Syarak bagi sesuatu transaksi
kewangan semasa
TAKRIF IJTIHAD
BAHASA :
a. Ijtihad berasal daripada kata ijtihada (‫د‬+‫جته‬+‫)ا‬, yang
bermaksud menggunakan tenaga sepenuhnya.
b. Bersungguh-sungguh dalam sesuatu perbuatan atau
pekerjaan.
c. Menggunakan segala kemampuan
d. Dari kata Bahasa Arab (jahd) tenaga atau keupayaan
mencurah tenaga/ bekerja keras dalam apa jua bidang
ISTILAH :
Ulamak Usul : Usaha oleh seseorang Mujtahid untuk
mengeluarkan hukum
Imam Ghazali: mengeluarkan seluruh keupayaan yang
ada bagi menuntut ilmu yang berkaitan dgn hukum
syarak
Menurut Abd Wahhab Khallaf (1995: 256):

a. Mencurahkan tenaga sepenuhnya dan sebanyak mana


untuk mendapatkan hukum syarak yang berbentuk amali
dengan cara istinbat daripada dalil-dalil dan sumber syarak.

b. Mencurahkan segala tenaga untuk mendapatkan hukum
syarak daripada sesuatu dalil yang terperinci atau tafsili dari
dalil-dalil syariat.

c. Usaha seseorang mujtahid dengan mengerah segala


kemampuan yang ada untuk memperolehi hukum syarak
yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf melalui cara yang
ditetapkan oleh syarak.
Di dalam kitab Al-Wajiz fil Usul Fiqh, ijtihad bermaksud
mengerahkan sepenuh usaha dan tenaga untuk mendapatkan
hukum syara
DALIL KEHARUSAN IJTIHAD
 (Surah Al-Hasyr ayat 2) Firman Allah yang bermaksud:
 Maksudnya: “ Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu)
wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.”
 Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Bukhari
dan Muslim:
“Apabila seseorang hakim menjatuhkan hukuman lalu ia berijtihad dan
didapati apa yang ia ijtihadkan itu benar, maka ia mendapatkan 2
pahala, sekiranya pula ia menjatuhkan hukuman dan berijtihad serta
salah maka ia mendapat satu pahala sahaja.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Hadith berkaitan Muaz bin Jabal
MUJTAHID
• Mujtahid adalah orang yang melakukan
ijtihad
• Syarat umum seorang Mujtahid mestilah
seorang Islam , baligh . beraqal dan adil
• Juga untuk menjadi seorang Mujtahid ,
disyaratkan mempunyai kesempurnaan llmu
SYARAT-SYARAT IJTIHAD/ MUJTAHID
• SYARAT-SYARAT ASAS IJTIHAD
• a. Mengetahui al-Quran al-Karim
• b. Mengetahui al-Sunnah.
•  c. Mengetahui perkara yang diijmakkan.
• d. Mengetahui ilmu Usul al-Fiqh.
• e. Menguasai bahasa Arab
• f. Mengetahui kaedah-kaedah am fiqh.
• g. Mengetahui matlamat syarak.(Maqasid syariyyah)
• h. Mengetahui masalah2 yang telah diijmakkan
• i. Kesediaan fitrah untuk berijtihad- dgn mempunyai
pemikiran fiqh serta pemahaman teliti, jiwa yang
bersih, otak yang cerdas, berpandangan jauh
• j.. Adil dan takwa
PEMBATALAN IJTIHAD
• Sesuatu ijtihad itu terbatal apabila mujtahid yang melakukan ijtihad
terhadap hukum dalam suatu permasalahan yang berlaku untuk
beramal dengannya, ternyata salah dalam ijtihad tersebut, maka
wajib mujtahid itu membatalkan hukum ijtihadnya itu dan melakukan
ijtihad yang lain dan mestilah berpegang dan beramal dengan ijtihad
baru tersebut. (Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin 1997 :
269)
• Sekiranya mujtahid tersebut seorang hakim dan telah memutuskan
dengan hukuman tertentu pada suatu permasalahan berdasarkan
ijtihadnya, maka tidak harus bagi hakim lain membatlkan ijtihad
tersebut kerana kaedah fiqh menyebut , “ijtihad tidak boleh
dibatalkan dengan ijtihad
• Sekiranya terdapat masalah lain yang sama dengan masalah yang
diputuskan berdasarkan ijtihad yang pertama, kemudian terdapat
pandangan baru mengenai permasalahan tersebut, maka hendaklah
mujtahid tersebut menghukum dengan ijtihad yang baru tersebut.
IJTIHAD SEMASA/KONTEMPORARI
 Ijtihad baru atau modern atau ijtihad dalam konteks semasa
 Dalam Bahasa Arab disebut al-ijtihad al-mu‟asir yang bermaksud
ijtihad pada zaman sekarang.
 Keperluan masyarakat Islam pada hukum Islam semasa sentiasa
wujud mengikut perubahan masa.
 Era pembangunan yang dialami oleh masyarakat Islam telah
menimbulkan pelbagai persoalan yang baru dalam kehidupan dan
persoalan ini perlu dijawab berasaskan kepada masyarakat yang ada
pada sekarang.
 Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kepada umat Islam
seluruhnya untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan baru
yang bersesuaian dengan keadaan setempat tanpa membelakangkan
asas-asas hukum-hukum fiqh sebagai kaedah pengistinbatan hukum
syarak.
KENAPA IJTIHAD
KONTEMPORARI DIBENARKAN
• Wahbah al-Zuhaili (2003), iaitu:
 i. Untuk menjaga keberkekalan syari‟at Islamiyyah dan
keanjalannya supaya sesuai untuk setiap zaman dan
tempat.
 ii. Untuk meraikan hajat dan maslahah.
 iii. Untuk menghilangkan kesempatan kepada undang-
undang ciptaan manusia semasa.
 iv. Untuk menyelaraskan antara nas dengan maslahah.
 v. Meraikan keadaan masa kini.
GARIS PANDUAN BERIJTIHAD
• YUSOF AL QARDHAWI:
• i. Tidak ada ijtihad tanpa kerahan tenaga/usaha .
Ini adalah kerana ulama telah jelas dalam
mendefinisikan ijtihad adalah mengeluarkan
usaha untuk mengistinbat hukum.
• ii. Tidak ada tempat untuk berijtihad dalam
persoalan qat‟iyyah (yang mempunyai dalil yang
qat‟i). Lapangan ijtihad adalah dalam hukum-
hukum yang mempunyai dalil yang zanni.
• iii. Tidak harus (dengan ijtihad) menjadikan
perkara yang zanni kepada qat‟i.
• iv. Menghubungkan antara fiqh dan hadis.
v. Berwaspada daripada membebankan.

vi. Meraikan perkara baru yang memberi manfaat.

vii. Tidak mengabaikan ruh (semangat) zaman dan


keperluannya.

viii. Berpindah kepada ijtihad jama‟i. Yang mana para


ilmuan saling bermesyuarat atas sesuatu masalah
yang timbul.

ix. Hendaklah melapangkan dada atas kesilapan


mujtahid. Tidak ada yang maksum selain daripada
para Nabi. Tidak harus untuk mengikat diri dengan
tidak menerima kesalahan para mujta
ISU-ISU KEWANGAN SEMASA
YANG MEMERLUKAN IJTIHAD
• Penggunaan kad kredit
• Isu Tawarruq Dalam Pembiayaan Tunai
• Isu ujrah (upah)
• Pelaburan emas
• Produk-produk perbankan , opsyen, bayaran
premium, bay’ al urbun, wakalah bil istithmar
KERANGKA URUSTADBIR
SYARIAH DALAM
PERBANKAN ISLAM DAN
TAKAFUL
KERANGKA KAWALSELIA SISTEM
KEWANGAN ISLAM

KERANGKA
KAWALSELIA
SISTEM
KEWANGAN ISLAM

KERANGKA
PERUNDANGAN KERANGKA URUSTADBIR
(LEGAL SYARIAH (SYARIAH
/INFRASTRUCTURES GOVERNANCE FRAMEWORK)
FRAMEWORKS)

MAJLIS
ENABLING LAWS ON PENASIHAT JAWATANKUAS
LAWS TRANSACTIONS SYARIAH(SAC) A SYARIAH(SC)
APA ITU URUSTADBIR SYARIAH ?
• Menurut Prinsip Panduan berkaitan Urustadbir Syariah Badan
Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB). Prinsip no. 10
menakrifkan urustadbir Syariah sebagai “A set of institutional
and organizational arrangements through which Islamic
financial institutions ensure that there is an effective
independent oversight of Syariah compliance over the issuance
of relevanct Shariah pronouncements, dissemination of
information and an internal Shariah compliance review.”
• Prinsip Syariah adalah asas bagi amalan kewangan Islam
melalui pematuhan prinsip, syarat dan prinsip yang disokong
oleh Syariah.
• Tadbir urus syariah dalam institusi kewangan Islam
termasuklah SPT merupakan bahagian utama bagi
memastikan seluruh operasi dan aktiviti kewangan Islam
adalah patuh syariah.
OBJEKTIF URUSTADBIR SYARIAH
Bertujuan untuk memastikan Pematuhan Syariah
dilaksanakan samada berkaitan produk atau operasi
pematuhan syariah di peringkat institusi yang menawarkan
produk dan perkhidmatan kewangan Islam. Peranan Bank
Negara Malaysia (BNM) amat penting dalam memastikan
sistem kewangan Islam secara keseluruhan beroperasi
mengikut prinsip Syariah.
Bertujuan untuk meraih kepercayaan dan keamanahan
pihak pemain dalam pasaran kewangan Islam. Pematuhan
komprehensif dengan prinsip Syariah akan membawa
keyakinan kepada masyarakat umum dan pasaran
kewangan mengenai kredibiliti operasi kewangan Islam
MODEL-MODEL URUSTADBIR
SYARIAH
BERPUSAT
(CENTRALIZED) LAISSEZ FAIRE HIBRID
• Tiada campurtangan
• Kerajaan • Institusi Kewangan
daripada kerajaan
campurtangan dalam berkaitan penasihatan akan memastikan
mewujudkan badan syariah sendiri pematuhan
penasihat syariah di • Diurus sendiri oleh Syariah dan
peringkat persekutuan badan pematuhan melaporkannya ke
• Di peringkat institusi syariah peringkat
Kewangan pematuhan • Contoh : Negara UK, persekutuan atau
syariah dipantau oleh Singapura, Qatar, badan
badan penasihat Turki, Jordan, perundangan
• Contoh Thailand, Japan, • Contoh : Negara
: Negara Hong Kong, German
Malaysia, Brunei, dan Perancis Pakistan, UAE
Indonesia, Iran dan
Sudan
STRUKTUR URUSTADBIR
SYARIAH BAGI KEWANGAN
ISLAM DI MALAYSIA
• 2 lapisan (TWO LAYER/TWO TIER)Badan Penasihatan
Syariah bagi memastikan pematuhan syariah dan
MAJL
harmonisasi keputusan syariah dapat dilaksanakan .
IS
PENA
SIHA
T
SYAR
JAWATANKUASA
IAH(S
SYARIAH(SC)
AC)
MAJLIS PENASIHAT SYARIAH (MPS)
• DEFINISI
 Seksyen 51 Akta Bank Negara 2009, Majlis Penasihat Shariah merupakan
pihak berkuasa bagi menentukan hukum Syarak bagi maksud perniagaan
kewangan Islam.
 Para fuqaha’ mengistilahkan Majlis Penasihat Shariah sebagai al-Raqabat al-
Syarciyyat
 Majlis Penasihat Shariah sebagai Jawatankuasa yang menjaga dan
memastikan aktiviti bank secara keseluruhannya agar berjalan berdasarkan
asas-asas Shariah, sama ada dalam bidang muamalat, perkhidmatan yang
ditawarkan dan hubungan dengan institut perbankan yang lain untuk
mendapatkan keuntungan dan pelaburan terbaik (Hammad, 2006)
 sebuah badan bebas yang dianggotai oleh para fuqaha’ yang berkepakaran
dalam bidang fiqh muamalat, serta diamanahkan untuk mengawasi,
menyelia dan memantau aktiviti-aktiviti Institusi Kewangan Islam untuk
memastikan pematuhan peruntukan dan prinsip undang-undang Shariah.
Keputusan dan pendapat yang dikeluarkan oleh majlis juga adalah
mengikut keperluan institusi perbankan.(Akram, 2010)
MAJLIS PENASIHAT SYARIAH (MPS ) BNM

•Majlis Penasihat Syariah (MPS) ini mula ditubuhkan pada bulan Mei 1997.
•Merupakan sebuah badan bebas yang terdiri daripada ahli-ahli pakar fiqh
perundangan Islam, para pakar ekonomi yang dituntut bagi mereka agar dapat
melaksanakan aktiviti kewangan Islam, memantau dan memberikan penyeliaan
dalam rangka mengenalpasti penerapan hukum-hukum dan kaedah-kaedah
syariat Islam serta fatwa dan keputusan-keputusannya diterapkan dalam institusi
kewangan tersebut.
•Secara dasarnya MPS mengeluarkan resolusi dan keputusan berkaitan
pematuhan syariah yang perlu dipatuhi dan dijadikan garis panduan untuk
memastikan pematuhan syariah dalam industri kewangan termasuklah SPT
•Badan ini turut diiktiraf sebagai rujukan utama di dalam kes-kes berkaitan
kewangan Islam di dalam negara.
•Ia dianggotai oleh pakar-pakar ekonomi yang juga turut pakar dalam bidang
syariah, mereka juga merupakan individu yang mempunyai pengalaman yang luas
dalam bidang perbankan, kewangan, ekonomi, undang-undang dan aplikasi
syariah.
•Anggota MPS yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat menteri
selepas rundingan dilakukan dengan BNM.
•  
• Terdapat pelbagai nama bagi badan fatwa dan pengawasan syariah
antaranya:
 Badan Pengawasan Syariah,
 Penasihat Syariah,
 Jawatankuasa Pengawasan Syariah,
 Pemantau Syariah,
 Jawatankuasa Agama,
 Majlis Perundangan Islam,
 Lembaga Perundangan Islam,
 Jawatankuasa Fatwa,
 Lembaga Fatwa dan Insitusi Fatwa.
• Pengwujudan MPS berdasarkan ;
Seksyen 51(1) Akta Bank Negara 2009 (CBMA),
• Perlantikan dan kelayakan
Seksyen 53(1) Akta Bank Negara 2009 –dilantik oleh
YDPA
• Fungsi
Seksyen 52(1) a Akta Bank Negara 2009
Seksyen 52(1) b Akta Bank Negara 2009
Seksyen 52(1) c Akta Bank Negara 2009
Seksyen 52(1) d Akta Bank Negara 2009
Seksyen 51 (1)
• Bank boleh menubuhkan suatu Majlis Penasihat Syariah mengenai Kewangan Islam
yang hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi penentuan hukum Syarak bagi
maksud perniagaan kewangan Islam.”
Seksyen 52 (1)
• Memperuntukkan tentang fungsi MPS seperti berikut:
• (a) Menentukan hukum Syarak mengenai apa-apa perkara kewangan dan
mengeluarkan keputusan apabila dirujuk kepadanya;
• (b) Menasihati Bank mengenai apa-apa isu Syariah yang berhubung dengan
perniagaan kewangan Islam, aktiviti atau transaksi Bank;
• (c) Memberi nasihat kepada mana-mana institusi kewangan Islam atau mana-mana
orang lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis.
Seksyen 55
• Memperuntukkan BNM dan institusi kewangan Islam hendaklah merujuk kepada
MPS mengenai apa-apa perkara yang berhubung dengan perniagaan kewangan
Islam bagi penentuan hukum Syarak dan memastikan operasi perniagaan
kewangan Islam tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak selaras dengan Syariah
PELANTIKAN ANGGOTA MAJLIS PENASIHAT SYARIAH

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri setelah berunding
dengan Bank, melantik daripada kalangan orang yang berkelayakan
dalam Shariah atau yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman
dalam Shariah dan dalam perbankan, kewangan, undang-undang atau
apa-apa disiplin yang berkaitan sebagai anggota Majlis Penasihat Shariah.
(2) Jika seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau
Mahkamah Persekutuan, atau seorang hakim Mahkamah Rayuan Shariah
mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan, hendak dilantik di bawah
subseksyen (1), pelantikan itu tidak boleh dibuat kecuali—
(a) dalam hal seorang hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau
Mahkamah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Bank dengan
Ketua Hakim Negara; dan
(b) dalam hal seorang hakim Mahkamah Rayuan Shariah mana-mana
Negeri atau Wilayah Persekutuan, selepas rundingan dibuat oleh Bank
dengan Ketua Hakim Syarie Negeri atau Wilayah Persekutuan masing-
masing, mengikut mana-mana yang berkenaan.
RUJUKAN DAN KONSULTASI KE MPS
• Akta Bank Negara 2009 melalui Seksyen 55, 56, 57 dan 58 memperuntukkan kuasa kepada MPS untuk
memberi nasihat berkaitan hal-hal kewangan Islam.
• Keterikatan keputusan yang dibuat oleh penimbang tara dan mahkamah adalah tertakluk kepada seksyen
56 dan 57 Akta Bank Negara Malaysia yang memperuntukkan:
56. (1) Jika dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam di
hadapan mana-mana mahkamah atau penimbang tara apa-apa persoalan berbangkit mengenai suatu
perkara Syariah, mahkamah atau penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah
— (a) mengambil kira mana-mana keputusan Majlis Penasihat Syariah yang telah disiarkan; atau (b)
merujukkan persoalan itu kepada Majlis Penasihat Syariah untuk keputusannya.
57. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah menurut suatu rujukan yang dibuat di
bawah Bahagian ini hendaklah mengikat institusi-institusi kewangan Islam di bawah seksyen 55 dan
mahkamah atau penimbang tara yang membuat rujukan di bawah seksyen 56.
• BNM perlu merujuk kepada MPS dalam 2 situasi ;
Berkaitan perniagaan kewangan Islam
Apabila menjalankan fungsi yang berkaitan perundangan bertulis atau penentuan hukum syarak
• Peruntukan diatas menetapkan secara mandatori kepada penimbang tara dan mahkamah , sekiranya
terdapat isu Syariah yang berbangkit, mereka hendaklah mengikut keputusan MPS ataupun merujuk
kepada MPS bagi keputusannya. Kesan rujukan kepada MPS membawa kepada seksyen 57 Akta Bank
Negara yang mana mahkamah terikat untuk mengikut keputusan MPS selepas dirujuk. Peruntukkan ini
hasil penambahbaikan kepada Akta 519. Sebelum pindaan, mahkamah mempunyai pilihan untuk merujuk
kepada MPS dan keputusan MPS tidak mengikat mahkamah tetapi selepas pindaan maka mahkamah
terikat kepada seksyen 57 seperti mana yang diperuntukkan dalam seksyen 56.
Seksyen 58
• Jika berlaku perbezaan keputusan di antara MPS dan badan atau jawatankuasa Syariah yang dibentuk di
Malaysia oleh sesuatu institusi kewangan Islam, keputusan MPS hendaklah dipakai.
FUNGSI DAN T/JAWAB MPS
Seksyen 52 Akta Bank Negara 2009,
1. menentukan hukum Syarak mengenai apa-apa perkara
kewangan dan mengeluarkan keputusan apabila
dirujukkan kepadanya;
2. menasihati Bank mengenai apa-apa isu Shariah yang
berhubung dengan perniagaan kewangan Islam yang
merangkumi aktiviti atau transaksi Bank;
3. menasihati mana-mana institusi kewangan Islam atau
mana-mana orang lain sebagaimana yang diperuntukkan
di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
4. apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diputuskan oleh
Bank.
PERINCIAN FUNGSI MPS
• Memberi nasihat tentang produk-produk perbankan Islam dan
Takaful.
 Majlis Penasihat Shariah akan mengkaji kesahihan instrumen konvensional yang
diamalkan oleh institusi perbankan dan takaful berdasarkan perspektif Shariah
 Kajian tertumpu pada struktur, mekanisme dan penggunaan instrumen tersebut
sama ada terdapat prinsip yang bercanggah dengan prinsip Shariah atau tidak.
• Memberi nasihat kepada Lembaga Pengarah Institusi-institusi
Kewangan
• Mengesahkan Manual Patuh Shariah
• Memberi nasihat dalam pengendalian takaful
JAWATANKUASA SYARIAH (SYARIAH
COMMITTEE)
• Jawatankuasa yang dilantik di peringkat institusi kewangan Islam
• Seksyen 3 (5) (b) Akta Bank Islam 1983 memperuntukkan bahawa antara
syarat yang diperlukan untuk penubuhan Bank Islam ialah mewujudkan
sebuah badan penasihat Syariah untuk menasihat Bank tentang
pengendalian perniagaan Bank bagi menjamin ianya tidak terlibat dalam
aktiviti-aktiviti yang tidak diluluskan oleh agama Islam.
• Perlantikan dibuat oleh Institusi Kewangan Islam (IFI’s)dengan kebenaran
dari BNM
• Tanggungjawab SC dinyatakan di bawah Kerangka Urustadbir Syariah 2010
• SC yang didapati tidak layak boleh ditamatkan oleh IFI’s. SC boleh meletak
jawatan dengan ;
 mengemukakan notis bertulis kepada BNM dalam tempoh 14 hari
 Menyatakan sebab perletakan jawatan
• Institusi kewangan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan
maklumat berkaitan pelaksanaan tanggungjawab ahli SC
KRITERIA SHARI’AH
 Pada masa kini, kebanyakan institusi kewangan Islam atau bank negara
memperuntukkan kriteria minimum bagi perlantikan penasihat Shariah
sebagaimana berikut:-
 Mempunyai ilmu yang diperlukan, kepakaran atau pengalaman dalam
Fiqh Muamalat atau Usul Al Fiqh, kadangkala pihak yang meluluskan
tidak mensyaratkan ‘paper’ qualification’, iaitu pendidikan secara formal
dalam Shari’ah;
 Ilmu yang cukup mengenai pengamalan semasa dalam kewangan dan
kewangan Islam; dan
 Individu yang mempunyai akhlak yang baik.
 Walaubagaimanapun, tiada mekanisme penyeliaan (monitoring) tertentu
yang diamalkan sekalipun ‘stricter screening’ dibuat dalam pemilihan
penasihat Shariah.
 Terdapat keperluan terhadap ‘monitoring mechanism’ seperti pada hari ini,
lebih ramai cendekiawan muda yang menyertai bidang ini, ramai
cendekiawan yang memegang jawatan penasihat Shariah untuk banyak
institusi dan lebih banyak peranan yang perlu dimainkan oleh penasihat
Shari’ah.
 Secara idealnya: Seorang Faqih atau Mujtahid
 Seorang penasihat Shari’ah mesti mempunyai kriteria berikut:
sambungan
1. Seorang yang mempunyai ilmu and kepakaran yang cukup dalam
fiqh mu’amalat dan usul fiqh
2. Kefahaman yang cukup tentang amalan semasa kewangan Islam
dan konvensional
3. Kefahaman mendalam tentang Maqasid Shari’ah
4. Kemampuan mengeluarkan hukum Syarak
5. Kefahaman mendalam tentang isu dan permasalahan yang
dikemukakan
6. Amanah dan dinamik
7. Seorang yang mempunyai reputasi dan akhlak yang baik.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SC
• SC diharap dapat mengambil bahagian secara aktif dalam
menyelesaikan isu2 syariah di IFI’s
• Antara tugas dan tanggungjawab SC;
 Bertanggungjawab serta akauntabiliti terhadap semua
keputusan , pandangan syariah yang dibuat
 Menasihati IFI’s bagi memastikan pematuhan syariah
 Mengendors polisi dan prosedur syariah
 Menentusah semua dokumentasi syariah
 Membantu pihak2 yang berkenaan berkaitan perkara syariah
juga menasihati ketika diperlukan
 Menasihati perkara yang perlukan rujukan SAC
 Menyediakan pendapat secara bertulis
• Ini bermaksud Jawatankuasa Syariah perlu mencadangkan pandangan
mereka secara terperinci berdasarkan rujukan dan proses ijtihad yang
dibuat di peringkat dalaman SPT itu sendiri untuk membantu Majlis
Penasihat Syariah BNM bagi membuat keputusan dan resolusi syariah
yang terbaik dan tepat dalam konteks permasalahan isu syariah tersebut.
• Jika sekiranya terdapat kemungkinan berlaku perbezaan keputusan atau
resolusi syariah, Seksyen 55, 56, 57, 58 ABN 2009 secara jelas menyebut
bahawa keputusan yang dibuat oleh MPS BNM akan terpakai .
• Walaubagaimanapun, resolusi dan keputusan Majlis Penasihat Syariah
BNM bukan merupakan fatwa dalam pentadbiran undang-undang Islam di
Malaysia.
• Keputusan dan pandangan yang dikeluarkan oleh MPS BNM tersebut
hanya boleh dianggap sebagai ijma’ berkaitan penentuan hukum dalam
kewangan Islam.
• Kedudukan keputusan Majlis Penasihat Syariah BNM diterima sebagai
pendapat pakar dalam pematuhan syariah kewangan Islam sepertimana
pemakaian seksyen 45 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) yang
membenarkan mahkamah menerima pakai pandangan pakar dalam
memutuskan sesuatu perkara
TADBIR URUS SYARIAH DALAM TAKAFUL

MPS mengeluarkan resolusi dan


Penasihat Syariah BNM adalah keputusan yang berkaitan syariah
badan yang mengawalselia yang perlu dipatuhi oleh Syarikat
pematuhan syariah di bawah Pengendali Takaful (SPT).
BNM.
Tadbir urus syariah berkaitan
dengan jawatankuasa syariah
MPS ini diberi mandat untuk dalaman yang menyamai MPS
menetukan perundangan tetapi di peringkat SPT sahaja
syariah dalam institusi serta tertakluk dengan resolusi
kewangan Islam Malaysia dan keputusan MPS.
termasuklah SPT.

Jawatankuasa Syariah juga perlu Jawatankuasa Syariah ini


memberi pandangan dan khidmat berperanan dalam
nasihat kepada pihak auditor dan pihak mengesahkan dan memperaki
perundangan sekiranya mereka dokumen-dokumen dalam
memerlukan pandangan dari perspektif operasi SPT seperti borang
patuh syariah. permohonan dan sebagainya.
Hubungan MPS dan Jawatankuasa Syariah SPT

MPS dan Jawatankuasa Syariah


Syarikat Pengendali Takaful
bekerjasama dalam memastikan 01
keharmonian resolusi syariah dalam
industri Takaful. Jawatankuasa Syariah SPT
boleh memberi pandangan
mereka kepada isu syariah yang
02 telah dirujuk dari MPS.
Peranan Jawatankuasa Syariah
ini membantu untuk menyelia
dan menasihati kewangan Islam
yang berkaitan Syariah. Jawatankuasa Syariah ini
03 bertanggungjawab dalam
pematuhan syariah di peringkat
Syarikat Pengendali Takaful
Dengan itu, Jawatankuasa
dalam memberi khidmat nasihat
Syariah SPT ini boleh
membantu MPS untuk membuat 04 kepada Lembaga Pengarah.
keputusan yang baik dan tepat 05
dalam menyelesaikan
permasalahan syariah.
KEDUDUKAN MPS DAN JAWATANKUASA SYARIAH SPT
DALAM IJTIHAD

• Resolusi, • Kerana, peranan • Sebarang


keputusan dan MPS dan perlakuan atau
pandangan yang jawatankuasa tindakan yang
dikeluarkan Syariah SPT melanggar
boleh dianggap yang resolusi,
sebagai ijma' bertanggugjawab keputusan dan
Hussien, berkaitan dalam pandangan MPS
hassan & Hassan penentuan menentukan dan jawatankuasa
menjelaskan hukum dalam hukum dan ijtihad Syariah SPT
bahawa resolusi kewangan Islam. mengenai dianggap tidak
dan keputusan permasalahan patuh syariah.
MPS dianggap kewangan Islam
sebagai ijtihad
secara kolektif.
• Resolusi dan
keputusan MPS • .
bukan merupakan
fatwa dalam
pertadbiran
undang-undang
Islam di Malaysia.
TADBIR URUS SYARIAH DALAM RANGKA
KERJA TADBIR URUS SYARIAH (SYARIAH
GOVERNANCE FRAMEWORK)
• SGF ini diperkenalkan melalui peruntukan Seksyen 59 ABN 2009
dan APKI 2013 yang telah dikuatkuasa pada 1hb Januari 2011
• Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah untuk Institusi Kewangan Islam
(Rangka Kerja) direka untuk memenuhi objektif berikut (SGF, 2011):
1. Menetapkan jangkaan BNM terhadap struktur, proses dan
perkiraan tadbir urus Syariah IFI untuk memastikan semua operasi
dan aktiviti perniagaannya sesuai dengan Syariah;
 2. Menyediakan panduan menyeluruh kepada lembaga,
Jawatankuasa Syariah dan pengurusan IFI dalam melaksanakan
tugasnya dalam perkara yang berkaitan dengan Syariah; dan
3. Menggariskan fungsi yang berkaitan dengan kajian Syariah, audit
Syariah, pengurusan risiko Syariah dan penyelidikan Syariah.
Rangka kerja tadbir urus syariah yang diamalkan oleh
institusi kewangan Islam di Malaysia diiktiraf antara yang
terbaik dan paling komprehensif di dunia.
Tanggungjawab dan akauntabiliti untuk memastikan
operasi dan aktiviti institusi kewangan Islam mematuhi
kehendak syarak bukan hanya terletak kepada
Jawatankuasa Penasihat Syariah semata-mata,
sebaliknya kepada semua pihak termasuklah pihak
pengurusan tertinggi dalam institusi tersebut.
Tanggungjawab dan akauntabiliti untuk memastikan
pematuhan syariah dikukuhkan dengan Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 yang merupakan satu lagi langkah
ke depan yang diambil BNM dalam memastikan industri
kewangan Islam benar-benar kukuh dan cermat dengan
aspek pematuhan syariah sebagai teras utama
PEMAKAIAN KERANGKA
URUSTADBIR SYARIAH 2010(SGF)
• Diaplikasi kepada semua Institusi Kewangan Islam
(IFI’s) di bawah kawalseliaan BNM iaitu;
 Institusi perbankan berlesen
 Institusi Kewangan yang menawarkan perkhidmatan
kewangan islam
 Institusi pembangunan Kewangan yang menjalankan
skim perbankan
PRINSIP-PRINSIP KERANGKA
URUSTADBIR SYARIAH
Keperluan umum Institusi Kewangan Islam mesti mencadangkan
struktur tadbir urus syariah yang mantap dan
tegas dengan memberi penekanan pada peranan
fungsi utama
Pengawasan, IFI akan melaksanakan kebertanggungjawaban dan
kebertanggungjawa tanggungjawab setiap pegawai utama (Lembaga
ban dan Pengarah, Jawatankuasa Syariah, Pengurusan) yang
tanggungjawab terlibat dalam pelaksanaan Kerangka Urustadbir
Syariah
Kebebasan(Indepen Kebebasan Jawatankuasa syariah harus dipatuhi
dence) setiap saat dalam menjalankan tugas mereka untuk
membuat keputusan yang objektif dan tepat
Kecekapan Mana-mana orang yang memikul tanggungjawab
dalam urustadbir syariah harus memiliki kecekapan
yang diperlukan dan terus meningkatkan
pengetahuannya
Kerahsiaan Maklumat dalaman dan hak istimewaaan yang
dan diperoleh dalam mengurustadbir syariah
ketekalan semasa menjalankan tugas mereka harus
dirahsiakan setiap masa
Etika profesionalisma , pertimbangan dan
ketekalan harus dijaga bagi memastikan
kepatuhan syariah

Pematuhan Pematuhan syariah yang mantap merangkumi


syariah dan dan penyelidikan syariahsemakan syariah, audit
Fungsi syariah, pengurusan risiko syariah
Penyelidikan
TADBIR URUS SYARIAH DALAM
APKI 2013
• Peruntukan berkaitan tadbir urus syariah dinyatakan
dalam Penggal 2 Bahagian IV APKI 2013
• Tadbir urus syariah ini mengkhususkan kepada tadbir
urus syariah yang melibatkan JKS di peringkat dalaman
Syarikat Pengendali Takaful(SPT)
• Tadbir urus yang lebih jelas dinyatakan di dalam APKI
2013 berbanding Akta Takaful 1984 dan Akta Bank
Negara 2009
• Istilah Jawatankuasa Syariah (JKS) disebut secara
langsung bermula dari Seksyen 30-36 APKI
• Sebelum APKI, aspek urustadbir syariah dalam
industry takaful hanya dijelaskan secara umum dalam
Seksyen 53A(1) AT 1984. Perundangan berkaitan hal
ini ditambahbaik dalam ABN 2009 melalui Seksyen 54
yang menjelaskan penubuhan urusetia Majlis
Penasihat Syariah namun masih tidak jelas berkaitan
fungsi urusetia secara khusus
• Di bawah APKI memperuntukkan arahan kepada
Institusi Kewangan islam untuk membuat permohonan
kepada BNM bagi menubuhkan JKS . Ini bertujuan
untuk membolehkan BNM mendapat maklumat secara
jelas dan terperinci mengenai setiap profil termasuklah
latarbelakang pendidilan, pengetahuan dan
pengalaman setiap ahli JKS dan seterusnya
memastikan pengawalan yang baik dilakukan oleh
ahli2 JKS yang dilantik oleh IKI
• Selaian itu, APKI 2013 juga turut memperincikan mengenai kriteria
pemilihan ahli JKS yang berkelayakan . Ini jelas menunjukkan
standard yang jelas dalam pemilihan ahli2 JKS iaitu berdasarkan
Sesyen 31 APKI dan perinciannya dalam Seksyen 29(2)(a) (ii)
APKI 2013
• Antara kriteria yang dikehendaki ialah setiap ahli yang dilantik
sebagai ahli JKS mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh
BNM iaitu ahli mestilah kompeten yang mampu memastikan dan
mengawalselia setiap produk dan perkhidmatan kewangan Islam
yang patuh syariah
• Seksyen 32 APKI menyatakan perincian berkaitan kewajipan dan
fungsi JKS sepertimana yang dtetapkan oleh BNM
• APKI juga bukan hanya memberi tanggungjawab tadbir urus
kepada JKS semata2 tetapi juga meliputi Lembaga Pengarahm
Pegawai2 Kanan dan kakitangan lain yang turut terlibat dalam IKI
sebagai satu system perlindungan dan pertahanan pematuhan
syariah dalam industry takaful. Namun , fungsi dan kewajipan
lembaga pengarah dan pegawai tidak dinyatakan terus dalam APKI
• Seksyen 33 dan 34 APKI seterusnya memperuntukkan
bahawa ahli JKS boleh berhenti atas sebab2 tertentu
berdasarkan peruntukan perundangan bagi memastikan ahli
JKS tersebut adalah orang yang benar2 layak
• Seksyen 35 selanjutnya memperuntukkan bahawa setiap IKI
perlu menyediakan maklumat yang berkaitan kepada JKS
untuk membolehkan JKS menjalankan tugas dan
tanggungjawab mereka berkaitan pematuhan syariah
• Segala maklumat yang berkaitan dengan operasi dan
urusniaga SPT perlu diberikan secara telus termasuklah
maklumat2 yang dianggap sulit. Maklumat yang mencukupi
dan telus berkaitan operasi dan urusniaga SPT ini penting
agar setiap operasi dan urusniaga SPT boleh dinilai dan
dipantau daripada aspek pematuhan syariah.
Walaubagaimanapun maklumat sulit tersebut tidak boleh
diberitahu kepada mana2 pihak yang tidak berkaitan
(Seksyen 36 APKI 2013)
• Bagi memastikan kecekapan ahli2 JKS dalam memantau pematuhan
syariah , ahli2 ini dilindungi oleh undang2 tertentu iaitu ahli2 JKS tidak
boleh diambil tindakan oleh mana2 institusi kewangan Islam
selagimana menjalankan tanggungjawab secara betul dalam
memastikan pematuhan syariah (Seksyen 36 APKI). Seksyen ini juga
memastikan perlindungan kepada ahli2 JKS daripada menanggung
sebarang tuntutan daripada pihak IKI selagimana tindakan dan
keputusan dilakukan dengan tujuan baik atau dengan “suci hati”. Aspek
kebebasan dan ‘independent’ JKS ini adalah salah satu elemen penting
yang disebut dalam IFSB berkaitan pematuhan syariah
• Rusni Hassan dan Safinar Salleh juga menambah bahawa JKS SPT
yang gagal dalam aspek urustadbir syariah tidak akan dikenakan
hukuman atau sebarang tindakan (tiada peruntukan disebut di bawah
APKI) sehinggalah BNM memutuskan suatu tindakan yang sewajarnya.
• Fasal peruntukan berkaitan urus tadbir syariah adalah merupakan ciri2
utama yang diperkenalkan oleh APKI bagi mengukuhkan bidangkuasa
BNM sebagai pengawalselia utama peranan JKS di peringkat dalaman
SPT
PEMATUHAN SYARIAH DALAM APKI

Pematuhan Seksyen Penerangan


Syariah
  S 28 Kewajipan berterusan Institusi Kewangan Islam untuk
  patuh Syariah selagi mana Institusi menjalankan
  perkhidmatan nya termasuklah mematuhi keputusan
MPS
S 28(1) Kepatuhan Syariah meliputi matlamat dan
pengendalian aktiviti dan hal ehwal Institusi tersebut
 

S 28(3) Sekiranya Institusi tidak patuh, inst. tersebut hendaklah


- Segera menaklumkan kepada BNM
- Segera menamatkan perniagaan
- Dalam tempoh 30 hari selepas menyedari
ketidakpatuhan kemukakan rancangan pembetulan
kepada BNM

S 29(1) BNM ada kuasa untuk tentukan standard kepatuhan


syariah dan inst wajib mematuhi standard tersebut.
 
Tadbir urus S 30 (1) Kewajipan setiap inst untuk tubuhkan
Syariah jawatankuasa Syariah yang akan
  menasihati inst tersebut agar sentiasa
patuh Syariah
 
  S 36 Keperluan pihak pent inst untuk memberi
  segala maklumat yang diperlukan oleh
jawatankuasa
 
  S 37 BNM ada kuasa untuk menghendaki
Audit sesebuah inst untuk melantik mana-mana
pematuhan orang yang memiliki kelulusn daripada BNM
syariah utk menjalankan audit pematuhan syariah di
inst
  S38 Auditor tidak akan bertanggugan terhadap
kemungkiran kewajipan kerahsiaan antara
auditor dan inst berkenaan dengan perkara
yang dilaporkan oleh auditor kepada BNM
PERBANDINGAN APKI2013. ABN 2009 DAN
AT 1984 BERKAITAN URUSTADBIR SYARIAH
Perkara APKI 2013 ABN 2009 AT 1984
Penubuhan Seksyen 7(2) Seksyen 51 -
MPS APKI
Tugas dan Seksyen 29 Seksyen 52 Seksyen 53A
peranan
MPS BNM

Perlantikan Seksyen 7(2) Seksyem 56,


Anggota 57 dan 58
MPS BNM ABN 2009
Penubuhan Jawatankuasa Seksyen 30 Menggunakan Seksyen 4(b) AT
Syariah (JKS) istilah urusetia 1984-
Majlis Penasihat menggunakan
Syariah- Seksyen istilah Badan
51 Penasihat Syariah

Perlantikan anggota JKS Seksyen 31 - -

Kewajipan JKS Seksyen 32 - -

Pemberhentian sebagai Seksyen 33 - -


anggota JKS

Notis pemberhentian Seksyen 34 - -


sebagai anggota

Maklumat untuk diberikan Seksyen 36 - -


kepada JKS
Hukuman ke Seksyen 28(5) Seksyen 59 Seksyen 11(1)
atas Seksyen 29(6) (a)
ketidakpatuhan

Pengurusan Seksyen 28 Seksyen 59


pematuhan
syariah
KEDUDUKAN MAJLIS PENASIHAT SHARIAH
DALAM KES-KES KEWANGAN ISLAM
 Keputusan yang dikeluarkan olehnya bukan sahaja mengikat
Institusi-Institusi Kewangan Islam, tetapi keputusan itu juga perlu
diambil kira oleh Mahkamah.
 Seksyen 56 Akta Bank Negara 2009, Majlis Penasihat Shariah
perlu dirujuk dalam sebarang penghakiman bagi kes-kes yang
berkaitan dengan Sistem Kewangan Islam.
 Bagaimanapun, sehingga tahun 2017, Mahkamah dilihat lebih cenderung
untuk membuat pentafsiran sendiri dan secara langsung mengetepikan
keputusan Majlis Penasihat Shariah atau tidak merujuk angsung dengan
MPS
MERUJUK KEPADA
NASIHAT MPS (Mahkamah TIDAK MERUJUK KEPADA
terikat ikut mps) NASIHAT MPS
• Lim Kok Hoe v Bank Islam • Koperasi Seri Kota Bukit
Malaysia Berhad (2009) 6 MLJ Cheraka Bhd (Third Party)
839 and Other Cases [2009] 1
CLJ 419 / [2008] 5 MLJ 631
• Mohd Alias Bin Ibrahim lwn RHB
Bank Bhd & Anor (2011) 3MLJ • Bank Islam Malaysia Berhad
26 lwn Rhea Zadani Corp Sdn.
Bhd (2012) MLJ 484
• Tan Sri Khalid Ibrahim Lwn Bank
Islam Malaysia Berhad (2012) 7 • MK Associates Lwn Bank
MLJ Islam Malaysia Berhad
(2015) MLJU 1954
• Malaysian Debt Ventures Berhad
lwn FLH ICT Services Sdn Bhd & • Bank Kerjasama Rakyat
Ors [2014] 1 LNS 1349 Malaysia Berhad lwn Today’s
Market (Ulu Tiram) Sdn Bhd
& Ors (2017) MLJU 756
KES –KES YANG MERUJUK MPS
TETAPI MAHKAMAH TIDAK TERIKAT
• 1. Amanah raya Capital Sdn Bhd lwn Hairuddin bin
Haji Tahir [2011] 1 LNS 1557
• 2. Bank Islam Malaysia Bhd lwn Lim Kok Hoe &
Anor [2009] 6 MLJ 839
• 3. Malayan Banking Bhd lwn Ya' kup bin Oje & Anor
[2007] 6 MLJ 389,
KESIMPULAN
• Kesimpulannya, sistem kewangan Islam di Malaysia bergerak
maju dan meningkat positif hingga menjadi model di mata dunia.
• Justeru, kerangka perundangan kewangan Islam perlu dimurnikan
hingga betul-betul di dalam lingkungan syariah dan bukannya
berkiblatkan perundangan sivil.
• Cadangan pindaan perlembagaan dan akta-akta tertentu perlu
diamati oleh pihak berwajib supaya sistem perbankan dan
kewangan Islam dapat beroperasi berlandaskan kehendak syariah
sepenuhnya, tanpa mencampuradukkan sistem perundangan
Islam dan Sivil seperti sekarang.
• Pindaan juga perlu dibuat bagi memastikan hanya hakim-hakim
yang mempunyai kepakaran dalam perundangan Islam yang
mengendalikan kes-kes sebegini.
SEKIAN,
WASSALAM

You might also like