You are on page 1of 20

DIPLOMA ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

MEI / 2021

ADSF1103

PENGENALAN ILMU USUL FIQH

NO. MATRIKULASI : 790301025666001


NO. KAD PENGENALAN : 790301025666
NO. TELEFON : 019-4637621
E-MEL : azanoh@oum.edu

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA,


SUNGAI PETANI
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


1 PENGENALAN 1
2 SUMBER-SUMBER DALIL YANG TIDAK DISEPAKATI
- ISTIHSAN 2
- AL-MASALIH AL-MURSALAH 4
- AL-ISTISHAB 5
- SADD AL-ZARA’I 6
- QAULU AL-SAHABI 7
- ‘AMALU AHLI AL-MADINAH 8
- SYAR’U MAN QABLANA 9
- AL-‘URF WA AL-‘ADAH 10

3 KEDUDUKAN ISTIHSAN DALAM MU’AMALAT HARTA 11


4 KEDUDUKAN MASLAHAH DALAM PELAKSANAAN IBADAH 12-13
SEWAKTU PANDEMIK COVID 19
5 SADD AL-ZARAIE UNTUK MENGEKANG KESAN NEGATIF 14-15
6 KESIMPULAN 16
7 RUJUKAN 17
PENGENALAN

Islam adalah agama yang syumul dan lengkap serta sesuai untuk sepanjang zaman.
Para ulama’ sentiasa berjuang dalam memastikan ajaran-ajaran Islam yang diamalkan dapat
diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain tanpa ada keraguannya. Mereka telah
bertungkus-lumus mengumpul serta menyusun ilmu-ilmu syariah seperti ilmu Usul Fiqh
untuk dijadikan panduan dan pegangan kepada para ulama’ dalam ijtihad dan fatwa.
Sumber-sumber perundangan Islam yang menjadi tempat pengambilan hukum syarak
pada asasnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumber-sumber yang disepakati
dan sumber-sumber yang tidak disepakati. Sumber yang disepakati atau dipersetujui oleh
semua ulama’ tanpa dipertikaikan.
Selain daripada al-Quran , al-Sunnah , al-Ijmak dan al-Qias , terdapat beberapa dalil
lain yang tidak disepakati oleh para ulama’. Maksud tidak disepakati di sini ialah tidak semua
ulama’ menerima autoritinya atau kehujahannya. Namun begitu , dalil-dalil ini diakui
mempunyai peranan yang besar dalam pembentukan hukum-hukum syara’ yang sering
digunakan oleh para ulama’ terkemuka dalam ijtihad mereka.
Dalil-dalil yang tidak disepakati yang digunapakai dalam proses pengambilan hukum
tersebut ialah al-Istihsan, al-Masalihul Mursalah , al-Istishab, Sadd al-Zarai’, Qaulu al-
Sahabi, ’Amalu ahlil Madinah, Syar’u Man Qablana dan ’Uruf dan Adat.Sebagai muslim kita
perlu mengambil tahu bagaimana kaedah sesuatu hukum digunakan bagi memastikan cara
mengeluarkan hukum-hukum tersebut dibuat oleh ahli-ahli mujtahid yang berkelayakan. Ini
kerana setiap hukum yang dikeluarkan perlukan kepada kaedah yang tepat dalam memastikan
pelaksanaan dalam kehiduan seharian berjalan lancar tanpa ada syak wasangka dan ragu-ragu
terhadap apa yang difatwakan.(Muhammad Bin Ariffin, 2017)
Di Malaysia , pihak yang berperanan dalam mengeluarkan hukum-hukum baru adalah
Majlis Fatwa yang diketuai oleh mufti dan jawatankuasa yang terlibat dalam mengendalikan
proses pengeluaran hukum yang tidak ada yang berlaku dalam realiti semasa.Mereka yang
dilantik ini mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing tertakluk kepada kriteria-
kriteria yang ditetapkan oleh pihak kerajaan .Setiap hukum yang difatwakan adalah
berdasarkan kajian dan kaedah-kaedah tertentu dalam memastikan pelaksanaannya terus
berjalan tanpa dipersoalkan kesahihan hukum tersebut.
Sebagai muslim kita perlulah sentiasa berminat dalam mempelajari ilmu-ilmu yang
berkaitan dengan pengambilan hukum sebagai hujah kepada golongan-golongan yang boleh
merosakkan agama dengan ideologi yang tidak masuk akal yang boeh merosakkan agama itu
sendiri.
1
DALIL-DALIL HUKUM YANG TIDAK DISEPAKATI

Dalil-dalil yang tidak disepakati yang digunapakai dalam proses pengambilan hukum
tersebut ialah al-Istihsan, al-Masalihul Mursalah , al-Istishab, Sadd al-Zarai’, Qaulu al-
Sahabi, ’Amalu ahlil Madinah, Syar’u Man Qablana dan ’Uruf dan Adat.

1- AL-ISTIHSAN

Al-Istihsan- dari sesi bahasa ialah menganggap sesuatu sebagai baik. Dari segi istilah
pula bermaksud menggunakan qias yang tidak nyata dengan meninggalkan qias yang nyata
atau mengecualikan sesuatu perkara dari dalil atau kaedah umum berdasarkan dalil-dalil yang
tertentu.

- Berdasarkan takrif di atas , al-Istihsan boleh dibahagikan kepada dua.

1- Menggunakan qias yang tidak nyata (khafiy) dengan meninggalkan qias yang
nyata(jali).
Contohnya : Sisa minuman burung pemangsa seperti helang dianggap suci dengan
mengqiaskan kepada lebihan minuman manusia kerana persamaan kedua-duanya
dari segi dagingnya yang tidak halal dimakan. Ia dinamakan qias tidak nyata
kerana persamaan kedua-duanya tidak nyata.Jika digunakan qias yang nyata iaitu
dengan mengqiaskan kepada sisa minuman binatang buas seperti harimau dan
singa, hukumnya adalah tidak suci.(Muhammad Bin Ariffin, 2017)

2- Mengecualikan sesuatu dari dalil atau kaedah umum.


Contohnya : Berdasarkan dalil atau kaedah umum yang tidak mengharuskan
menjual sesuatu yang belum ada , jual beli salam dan tempahan dikira tidak harus.
Namun berdasarkan kepada nas dan ijmak, kedua-dua muamalah tersebut
diharuskan. Pengecualian ini dinamakan sebagai al-Istihsan .

2
KEAUTORITIAN AL-ISTIHSAN

Pandangan ulama’ tentang keautoritian al-Istihsan boleh dibahagikan kepada


berikut:
1- Para ulama’ mazhab Hanafi ,sebahagian ulama’ mazhab Maliki dan Hanbali
menerimanya. Mereka berhujah mengikut prinsip kemudahan yang memang
telah diakui oleh syarak.
2- Al-Imam Syafie dan beberapa ulama’ lain menolaknya . Mereka berhujah
bahawa menggunakan al-Isthsan bererti membuka ruang kepada manusia
untuk menentukan hukum mengikut hawa nafsu mereka sendiri.

3
2-AL-MASALIH AL-MURSALAH

Al-Masalih al-Mursalah juga dikenali sebagai al-Istislah . Dari segi bahasa al-Masalih
bermaksud dilepaskan. Manakala dari segi istilah pula bermaksud menentukan hukum
sesuatu berdasarkan kepada kemaslahatan tertentu yang tiada ketentuan nas mahupun al-
Ijmak yang menerima atau menolaknya.

Pembahagian al-Masalih al-Mursalah

Para ulama’ membahagikan kemaslahatan manusia kepada tiga tahap mengikut keutamaan :

1- Keperluan yang mendesak (al- Dhururiyyat) iaitu keperluan-keprluan utama yang


bergantung kehidupn manusia kepadanya.
2- Keperluan yang biasa (al-Hajiyyat) iaitu keperluan-keperluan yang diperlukan oleh
manusia untuk mengelakkan dari kesukaran.
3- Keperluan untuk kesempurnaa (al-Kamaliyyat) iaitu keperluan-keperluan yang
menentukan keselesaan kepada kehidupan manusia itu sendiri..

Dalam menggunakan dalil al-Masalih al-Mursalah , mujtahid hendaklah mengambil


kira ketiga-tiga jenis maslahah mengikut keutamaan.

KEAUTORITIAN AL-MASALIH AL-MURSALAH

Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa al-Masalih Al-Mursalah tidak


menjadi hujah dalam perkara-perkara ibadah kerana ketentuannya semata-mata
berdasarkan wahyu. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat dalam perkara-
perkara selain ibadah seperti muamalah. Pandangan mereka boleh dibahagikan seperti
berikut:
1- Jumhur Ulama terutamanya mazhab Maliki menerimanya sebagai hujah kerana
hukum-hukum yang berdasarkan kepada nas,ijmak dan al-qias semuanya
mengandungi kemaslahatan.
2- Sebahagian ulama’ menolaknya dengan alasan ia akan membuka ruang kepada
sesetengah manusia untuk menentukan hukum mengikut hawa nafsu.

4
3 AL-ISTISHAB

Al-Istishab dari bahasa bermaksud minta bersama-sama atau bersahabat.Manakala


dari segi istilah pula bermaksud menggunakan sesuatu hukum yang tsabit melalui dalil pada
masa lalu sehingga ada dalil lain yang mengubahnya.
Sabda Rasulullah S.A.W daripada Anas bin Malik , Rasulullah S.A.W bersabda: Jihad
berterusan sejak aku diuttuskan oleh Allah S.W.T sehingga umatku yang terakhir membunuh
dajjal. (Hadis Riwayat : Abu Dawud)

Hadis ini menunjukkan bahawa jihad adalah wajib. Hukum wajib ini berkekalan hingga hari
kiamat. Jika tiada dalil-dalil lain yang mengubahnya, ianya kekal dalam keadaan hukumnya
yang asal.

KEAUTORITIAN AL-ISTISHAB

Secara umumnya , jumhur ulama’ telah menerima al-Istishab sebagai dalil hukum
syarak. Antaranya para ulama’ mazhab Hanafi, Maliki , Syafie dan Hanbali. Penerimaan ini
memandangkan jika sesuatu hukum tidak dianggap berkekalan walaupun tiada dalil lain yang
mengubahnya , ia akan menyebabkan syariat tidak akan kekal kerana secara keseluruhannya
hukum-hukumnya sentiasa terdedah kepada perubahan dan penasakhan. Namun begitu
sebahagian ulama’ menolak penggunaan al-Istishab . Antara mereka ialah sebahagian ulama’
generasi awal mazhab Hanafi dan kebanyakannya ulama’ kalam.

5
4-SADD AL-ZARA’I
Dari sudut bahasa sadd al-zara’i bermaksud menutup jalan-jalan kejahatan. Manakala
dari sudut istilah pula bermaksud menghalang perkara-perkara harus yang boleh membawa
kepada perkara-perkara yang haram.

Jenis-jenis al-Zara’i

Al-Zara’i terbahagi kepada :


1- Sesuatu yang pasti membawa kepada keburukan seperti membuang bahan toksik ke
sungai.
2- Sesuatu yang besar kemungkinan membawa kepada keburukan seperti menjual
anggur kepada pembuat arak.
3- Sesuatu yang berkemungkinan membawa kepada keburukan seperti menjual barang
secara bertangguh kerana boleh mendorong kepada riba.
4- Sesuatu yang jarang membawa kepada keburukan seperti menggali lubang ditempat-
tempat yang jarang dilalui oleh manusia.

KEAUTORITIAN SADD AL-ZARA’I

Para ulama’ bersepakat mengnharuskan perkara-perkara yang jarang membawa


kepada keburukan kerana ianya memberi manfaat kepada semua manusia lebih baik dari
kemudaratan. Para ulama’ juga bersepakat menerima sadd al-zara’i dalam mengharamkan
perkara-perkara yang pasti atau lebih baik mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.
Namun para ulama’ berbeza pendapat dalam penggunaan sadd al-zara’i bagi perkara-perkara
yang berkemungkinan boleh membawa kepada keburukan seperti jual beli secara bertangguh.
Para ulama’ mazhab Hanafi dan Syafie pula menolak sadd al-zara’i dan mereka
menghukumkan sah jual beli tersebut.

6
5- QAULU AL-SAHABI

Qaulu al-Sahabi bermaksud pandangan sahabat Rasulullah S.A.W . Sahabat menurut


istilah usul fiqh ialah orang yang pernah bertemu dengan Rasulullah S.A.W dalam keadaan
beriman serta berdampingan dengan baginda untuk jangka masa yang lama. Dari segi istilah
pula , qaulu dengan Rasulullah S.A.W dalam keadaan beriman serta berdampingan
dengannya untuk jangka masa yang lama.

KEAUTORITIAN QAULU AL-SAHABI

Para ulama’ bersepakat menerima qaulu al-Sahabi dalam perkara-perkara berikut:-


1- Jika ia melibatkan perkara-perkara yang tidak boleh diijtihadkan atau disandarkan
kepada nabi Muhammad S.A.W. Qaulu al-Sahabi dalam bentuk ini dikategorikan
sebagai hadis.
2- Jika ia berlaku dalam dalam bentuk persepakatan semua sahabat, ia dikira sebagai
ijmak.
Selain dari dua perkara di atas , para ulama’ berbeza pandangan tentang penerimaannya
sebagai dalil hukum syarak. Al-Imam Maliki, Syafie dan Ahmad bin Hanbal
menerimanya sebagai dalil, sementara para ulama’ As-‘Ariah menolaknya.

7
6- ‘AMALU AHLI AL-MADINAH

Maksud amalu ahli al-Madinah ialah perkataan atau perbuatan yang disepakati oleh
penduduk al-Madinah dalam lingkungan tiga kurun hijriah yang pertama.

KEAUTORITIAN ‘AMALU AHLI AL-MADINAH

Kebanyakan para ulama’ tidak menerima ‘amalu ahli al-madinah sebagai dalil kerana
persepakatan mereka hanya berlaku dikalangan manusia biasa yang tidak mustahil melakukan
kesilapan.. Persepakatan dalam bentuk al-Ijmak oleh seluruh mujtahidin sahaja dikira sebagai
dalil yang terhindar dari kesilapan.
Namun al-Imam Malik menganggapnya sebagai dalil hukum syara’. Bahkan beliau
mendahulukan penggunaannya bervanding al-Qias , hadis Ahad dan Qaulu al-Sahabi. Beliau
berhujah dengan kelebihan al-Madinah sebagai tempat yang mulia dan menyimpan khazanah
wahyu serta kenabian yang tiada tempat lain.
Oleh yang demikian , al-Imam Malik telah menyatakan dalam kitab Muwatta’ bahawa
makmum tidak perlu membaca surah al-Fatihah dalam solat jahriyyah. Kenyataan beliau ini
berdasarkan amalan penduduk al-Madinah yang tidak membaca surah al-Fatihah dalam solat
jahriyyah. Sementara imam al-Syafie pula menyatakan makmum wajib membaca al-Fatihah
walaupun dalam solat jahriyyah.

8
7- SYAR’U MAN QABLANA

Syar’u man qablana bermaksud syariat rasul-rasul terdahulu yang terdapat dalam al-
Quran atau al-Sunnah , tetapi tiada arahan supaya kita mengikuti atau menghindarinya.

KEAUTORITIAN SYAR’U MAN QABLANA

Para ulama’ bersepakat mengatakan hendak lah menerima dan mengikutinya syariat
rasul-rasul yang terdahulu yang terdapat dalam arahan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Ianya
akan terbatal dengan sendiri sekiranya terdapat dalil yang menunjukkan berlakunya
pemansuhan.
Ulama’ juga berbeza pendapat berkenaan jika tiada dalil yang menunjukkan ia
diterima atau dinasakhkan .Jumhur ulama’ dari mazhab Hanafi dan sebahagian ulama’ dari
mazhab Maliki dan Hanbali menerima sebagai sumber dalil hukum syarak.
Apabila diteliti syariat rasul-rasul yang terdahulu yang dikekalkan hukumnya telah
mengalami proses penyaringan samada dalam bentuk persyaratan atau peraturan-peraturan
yang baru.Contohnya poligami yang pada asalnya menjadi amalan dalam masyarakat arab
diteruskan dengan meletakkan had maksima empat orang isteri sahaja. Selain itu, suami
dikenakan syarat supaya berlaku adil terhadap isteri-isterinya dari segi pemberian nafkah dan
giliran.(Muhammad bin Ariffin, 2017)

9
8- AL-‘URF WA AL-‘ADAH

Al-‘Urf mempunyai maksud yang sama dengan al-‘Adah. Menurut istilah ilmu usul
fiqh a-‘Urf dan al-‘Adah adalah perkataan atau perbuatan yang menjadi kebiasaan
sekumpulan manusia dan diterima baik oleh akal yang sejahtera.
Sebagai contohnya: perkataan “daging” kebiasaanya tidak digunakan pada ikan.
Terdapar contoh yang lain iaitu perbuatan memakai kasut dalam rumah bagi masyarakat
Melayu dianggap tidak sopan. Oleh yang demikian , tetamu yang datang dikehendaki
menanggalkan kasut apabila hendak masuk ke dalam rumah.

KEAUTORITIAN AL-‘URF WA AL-‘ADAH

‘Urf dan ‘Adah diiktiraf oleh kebanyakan ulama’ sebagai salah satu sumber hukum
terutama ulama’ mazhab Hanafi dan Maliki. Pengaplikasian ‘Urf dan ‘Adah diterima dalam
menjadi rujukan sesuatu hukum syarak seperti yang terdapat dalam pengkaedahan qawaid
fiqhiyyah yang utama iaitu “ al-‘Adatu Muhkamatun”.
Penerimaan tersebut hanya berkisar tentang al-‘Urf yang sahih sahaja tanpa ada
percanggahan dengan dalil-dalil nas yang utama. Sekiranya terdapat percanggahan , ulama’
menolaknya.
Contoh ‘Urf yang sahih seperti cara merisik dan meminang yang diamalkan oleh
masayarakat melayu dalam memilih calon isteri.

10
KEDUDUKAN ISTIHSAN DALAM MUAMALAT HARTA

Istihsan ialah meninggalkan hukum yang bersifat umum untuk berpegang dengan
hukum pengecualian kerana ada dalil lain yang memperkuatkannya.
Al-Istihsan- dari sesi bahasa ialah menganggap sesuatu sebagai baik. Dari segi istilah
pula bermaksud menggunakan qias yang tidak nyata dengan meninggalkan qias yang nyata
atau mengecualikan sesuatu perkara dari dalil atau kaedah umum berdasarkan dalil-dalil yang
tertentu.

Pandangan ulama’ tentang keautoritian al-Istihsan boleh dibahagikan kepada berikut:

1- Para ulama’ mazhab Hanafi ,sebahagian ulama’ mazhab Maliki dan Hanbali
menerimanya. Mereka berhujah mengikut prinsip kemudahan yang memang telah diakui oleh
syarak.
2- Al-Imam Syafie dan beberapa ulama’ lain menolaknya . Mereka berhujah bahawa
menggunakan al-Isthsan bererti membuka ruang kepada manusia untuk menentukan hukum
mengikut hawa nafsu mereka sendiri.

Antara hujah yang dapat dijadikan panduan adalah :

1- Mengecualikan masalah cabang daripada hukum asal iaitu keharusan akad jual beli
barangan secara tempahan. Ia bermaksud membeli sesuatu barang yangn tiada ain
atau fizikal . Mengikut hukum asal, jual beli barangan secara temphan ini adalah tidak
dibenarkan oleh syarak. Ulama’ telah membuat pengecualian daripada hukum asal
dengan mengharuskan jual beli secara tempahan.
2- Istihsan berdasarkan ‘Urf, contoh mewakafkan benda bergerak seperti buku-buku, al-
Quran seperti yang dikemukakan oleh Abdul Karim Zaidan , wakaf hanya dibolehkan
kepada harta yang bersifat kekal dan berupa benda tidak bergerak seperti tanah.(Syafi
Is Marliah,2017)

Sebagaimana yang diketahui bahawa penggunaan al-Istihsan sebagai sumber hukum


adalah untuk mengelak kesukaran yang akan berlaku jika hukum-hukum tersebut dikekalkan
menurut qias jali atau kaedah umum. Oleh yang demikian, penggunaan al-Istihsan dalam
kedua masalah tersebut dapat menghindarkan dari kesukaran.

11
KEDUDUKAN MASLAHAH DALAM PELAKSANAAN IBADAH SEWAKTU
PANDEMIK COVID 19

Maslahah bermaksud menentukan hukum sesuatu berdasarkan kepada kemaslahatan


tertentu yang tiada ketentuan nas mahupun al-Ijma’ yang menerimanya atau menolaknya.
Para ulama’ telah membahagikan maslahah kepada tiga bahagian:
a) Al-Dhururiyyah iaitu keperluan-keperluan utama yang manusai bergantung hidup
dengannya,
b) Al-Hajiyyah iaitu keperluan-keperluan yang diperlukan manusia untuk mengelakkan
dari kesusahan dan kesukaran.
c) Al-Kamaliyyah iaitu keperluan-keperluan yang membawa kepada keselesaan dalam
kehidupan manusia.

Menurut Muhammad Fahmi Rusli (2020)” dalam berhadapan dengan penyakit-penyakit


berjangkit seperti taun atau penyakit-penyakit yang lain, Islam amat menitik beratkan soal
pencegahan dan mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu.

Menurut Luqman Tarmizi (2020) “prinsip utama Maqasid Syariah adalah untuk memelihara
lima perkara; iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Mengambil kira
ruang yang terbatas, kami bataskan perbahasan kepada memelihara agama dan nyawa:

Hifzuddin  ditakrifkan sebagai satu kaedah umum yang merangkumi penetapan hukum-
hakam agama dalam kehidupan manusia, dan segala usaha menyangkal segala perkara yang
bertentangan dengan agama Allah SWT. Hifzuddin dianggap sebagai dharuriyyat yang paling
penting .Pelbagai pendapat yang kita dengar apabila kita terpaksa menangguhkan solat
jumaat dan solat jemaah akibat daripada penutupan masjid disebabkan pandemik Covid 19.
Di Malaysia , pihak yang terlibat telah mengambil pendekatan untuk menutup masjid bagi
menjaga nyawa serta mengehadkan jumlah Jemaah serta meletakkan syarat mematuhi sop
serta had umur yang golongan yang berisiko. Pelbagai pihak telah menolak dakwaan bahawa
penangguhan solat Jumaat dan solat berjemaah sebagai sebagai hifzunnafs 
berbanding hifzuddin.

Dr. Syeikh Ahmad bin ‘Abd al-Salam al-Raisouni – ketua Kesatuan Ulama Muslimin
Sedunia – telah menolak dakwaan bahawa penangguhan solat Jumaat dan solat berjemaah
sebagai mendahulukan hifz al-nafs berbanding hifz al-din.Menurut beliau, tujuan asal
(maqasid asliy) kepada hifz al-din ialah pelaksanaan solat itu sendiri yang berada pada
12
kedudukan dharuriy yang tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa jua keadaan. Adapun
solat Jumaat, ia merupakan satu kefardhuan bagi setiap lelaki mukallaf yang bermuqim,
namun ia berada pada kedudukan hajiyyat atau tahsiniyyat, bukannya dharuriyyat.Manakala
solat berjemaah – tanpa menafikan keutamaan dan kepentingannya – ia hanya merupakan
sekadar pelengkap (mukammil) kepada konsep hifz al-din. Maka selagi mana kita masih
mengerjakan solat, maka hifz al-din itu tetap terlaksana dan berdiri teguh, meskipun solat
Jumaat dan solat berjemaah di masjid ditangguhkan seketika.Adapun wabak Covid-19 yang
kita hadapi sekarang merupakan satu ancaman yang boleh membawa kepada maut, maka
sebarang polisi dan tindakan bagi menjauhi wabak ini merupakan pemeliharaan hakiki
terhadap nyawa itu sendiri, bukan sekadar pelengkap kepada konsep hifz al-nafs.(Luqman
Tarmizi, 2020)

13
SADD AL-ZARAIE UNTUK MENGEKANG KESAN NEGATIF

Dari sudut bahasa sadd al-zara’i bermaksud menutup jalan-jalan kejahatan. Manakala
dari sudut istilah pula bermaksud menghalang perkara-perkara harus yang boleh membawa
kepada perkara-perkara yang haram.
Sebagai yang difahami sadd al-zara’i merupakan sumber yang bertujuan untuk
menghalang sesuatu yang boleh membawa keburukan. Pada dasarnya, tidak ada dalil yangn
jelas berkenaan kehujahan sadd az-zara’I menurut nas mahupun ijmak dalam penggunaannya
sebagai sumber hukum.
Terdapat kaedah syarak yang menggunakan iaitu “menolak kerosakan lebih utama
daripada kemaslahatan”. Kaedah tersebut mengatakan bahawa segala perbuatan dan
perkataan yang dilakukan oleh mukallaf yang dilarang oleh syarak. Kadang kala secara tidak
langsung membawa kepada kerosakan tanpa disedari olehnya.
Namun terdapat juga kerosakan yang terjadi bukan disebabkan dirinya, tetapi punca
kerosakan kepada sesuatu yang lain yang sampai kepada kerosakan tersebut seperti perbuatan
khalwat yang menjadi punca kepada perzinaan.

Antara cara menghindarkan diri dari perkara negatif:-

1- Menjaga diri daripada terjebak dengan perkara-perkara negatif dengan mempelajari


ilmu-ilmu agama sebagai benteng kepada perkara yang tidak baik serta menjaga
pergaulan di antara rakan-rakan.
2- Memilih dengan siapa yang kita jadikan rakan bagi membantu menjauhkan diri
daripada perkara-perkara yang dilarang serta rakan yang dapat membantu membawa
kepada kebaikan.

Akan tetapi penggunaanya lebih banyak kepada jalan yang membawa kepada kerosakan.
Oleh itu sad al-zarai’e adalah menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada kerosakan
ataupun keburukan.

Contoh-contoh kesan negatif Sadd al-Zaraaie’:

 Pengharaman berkhalwat dengan ajnabi untuk mengelakkan berzina.

14
 Larangan untuk seorang lelaki meminang pinangan orang lain. Untuk mengelakkan
permusuhan dan kebencian.
 Larangan untuk melakukan ihtikar (monopoli). Kerana ia merupakan satu jalan untuk
menyempitkan urusan manusia dalam makanan asasi mereka.

15
KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan yang dilakukan , boleh disimpulkan bahawa setiap hukum


yang diturunkan oleh Allah kepada hambanya adalah berdasarkan perintah dan larangan yang
tertakluk kepada nas-nas samada nas yang disepakati dan tidak disepakati yang digunapakai
dalam pengeluaran sumber hukum syarak.
Hukum boleh berubah mengikut keadaan , suasana dan zaman. Ia bergantung kepada
realiti semasa yang biasanya mengikut keperluan semasa. Syariat Islam bersifat thabat pada
perkara-perkara usul dan bersifat murunah pada perkara-perkara furu’ yang melibatkan
persoalan-persoalan semasa.
Dengan kemajuan teknologi yang mendepani hidup manusia pada masa kini, semakin
banyak perkara baru yang timbul melibatkan masalah hukum yang tidak pernah muncul pada
zaman ulama’ yang terdahulu dan tidak ditemui jawapan hukum terhadap permasalahan itu
dan dalam penetapan hukum tersebut.
Berdasarkan sejarah perkembagan hukum Islam, seseorang pengkaji akan mendapati
pelbagai hukum fiqh yang diijtihadkan oleh seseorang ulama’ berdasarkan faktor semasa
yang berlaku pada zamannya. Imam-imam mujtahid pada sesuatu zaman atau tempat
mempunyai ijtihad yang berbeza dengan apa yang diputuskan oleh mujtahid dan fuqaha’
selepasnya atau di tempat lain.
Disebabkan terdapatnya faktor perubahan sosial , terdapat hukum yang diputuskan
pada zaman silam tidak lagi praktikal untuk diaplikasikan pada zaman sekarang. Oleh itu
Islam menyediakan penyelesaian terbaik dengan mewujudkan hukum-hukum yang terbaik
berdasarkan kaedah dan cara terbaik dalam perlaksanaannya. Pelaksanaan ibadah semasa,
berdasarkan hukum semasa yang lebih mudah dan dapat difahami oleh masyarakat Islam
dalam melaksanakan ibadah tanpa ada keraguan.
Oleh yang demikian, kita sebagai masyarakat perlulah lebih memahami kaedah
semasa agar pelaksanaan dalam kehidupan seharian lebih sempurna. Pihak yang berwajib
seperti Majlis Fatwa Kebangsaan telah memainkan peranan dalam memastikan setiap
pelaksanaan ibadah yang dilakukan berlandaskan kepada kaedah syarak yang menjaga
kemaslahatan umat manusia sejagat.

(2903 patah kata)

16
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Mohamad Bin Ariffin,Mohd Zaini Bin Yahya, Afandi Bin Sahi, (2017), Pendidikan Syariah

Islamiah Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka

Syafi Is Marliah, Anita Ayu Rahmawati, (2017), Kedudukan Istihsan dan Istishab, Universiti

Sunan Giri Sumatera

Muhammad Fahmi Rusli, (2016), Irsyad Usul al-Fiqh siri ke-3: Sumber-sumber Hukum

Dalam Ilmu Usul al-Fiqh, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Luqman Tarmizi , (2019), Irsyad Usul Fiqh siri ke-38:Fathu Al-Zara’ie : Membuka Pintu

Ke arah Maslahah , Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Dr. Saadan Man, ( ), Fiqh Semasa : Konsep dan Aplikasinya, Jabatan Fiqh Dan Usul,

Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya

Bakhtiar Hasan (2015), Penolakan Imam Syafi’i Terhadap Istihsan Sebagai Salah Satu

Methode Istinbath Hukum Islam, Fakultas Syariah IAIN Sulthan Thaha Saifuddin

Jambi

Aris , (2013), Pemikiran Imam Syafi’I Tentang Kedudukan Maslahah Mursalah Sebagai
Sumber Hukum, Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) Parepare
Hifdhotul Munawaroh , (2018), Sadd al- Dzari’at dan Aplikasinya pada Permasalahan Fiqih
Kontemporer
http://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/84
http://digilib.uinsby.ac.id/11232/5/bab%202.pdf

17
18

You might also like