You are on page 1of 5

TOPIK 1 : PENGENALAN USUL FIQH

PENGERTIAN ILMU USUL FIQH

Suatu ilmu membicarakan kaedah yang dijadikan perantaraan untuk istinbatkan


hukum syarak yang praktikal dari dalil tafsili

PERBEZAAN ANTARA ILMU USUL FIQH DENGAN ILMU FIQH


USUL FIQH FIQH
Kaedah yang digunakan bagi Hukum-hukum syarak yang berbentuk
mengeluarkan hukum syarak berbentuk amali yang diambil daripada dalil-dalil
amali dari dalil tafsili tafsili
Perbincangan mengenai dalil syarak Perbincangan mengenai dalil syarak
yang berbentuk ijmali yang berbentuk tafsili
Digunakan untuk istinbat hukum syarak Hasil istinbat hukum
Digunakan oleh mujtahid Digunakan oleh mukallaf

FAEDAH MEMPELAJARI ILMU USUL FIQH

1. Mengetahui cara mujtahid mengistinbat hukum syarak menggunakan usul fiqh


2. Mengeluarkan hukum baru yang sentiasa berubah mengikut zaman dan keperluan
masyarakat
3. Mengetahui asas-asas bagi hukum syarak dan hikmahnya
4. Mengetahui cara mengeluarkan hukum daripada dalil sehingga dapat menentukan
perbuatan mukallaf
KAEDAH PENDEKATAN PENYUSUNAN ILMU USUL FIQH

ULAMA KALAM
1. Meninggalkan kaedah yang bertentangan dengan dalil tanpa mengira keselarasan
kaedah mereka dengan masalah fiqh yang diambil daripada imam mereka

2. Ulama kalam dan pengikut as-Syafie tidak menyatakan tentang masalah fiqh dalam
kitab usul fiqh mereka kecuali untuk memberikan penjelasan

3. Mengemaskini kaedah yang dikukuhkan dengan dalil mantiq atau logik akal

ULAMA HANAFI
1. Menetapkan kaedah usul fiqh dengan berpandukan masalah fiqh yang
diriwayatkan Imam Hanafi dan sahabatnya

2. Ulama Hanafiah menyusun kitab Usul Fiqh berdasarkan zann yang dipegang oleh
imam mazhab mereka di dalam ijtihad tentang suatu masalah fiqh

3. Suatu kaedah usul fiqh disesuaikan dengan masalah (furu) fiqh yang terlibat ;
jika tidak meliputi kesemua masalah fiqh, kaedah itu akan diubahsuai sehingga
selaras dengan masalah fiqh tersebut

ULAMA MUTAAKHIRIN
1. Menggabungkan kaedah penyusunan ilmu usul fiqh oleh Ulama Kalam dan Ulama
Hanafi

2. Menetapkan kaedah usul dan membawa dalil serta mencantumkan kaedah usul
kepada masalah fiqh
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN USUL FIQH

PADA ZAMAN RASULULLAH SAW


1. Wahyu ialah sumber perundangan Islam pada zaman Rasulullah SAW

2. Sahabat tidak perlu berijtihad mengeluarkan hukum daripada Al Quran kerana


mudah mendapatkannnya daripada Rasulullah SAW

3. Sahabat yang berada di tempat yang jauh terpaksa berijtihad sendiri bagi masalah
fiqh yang tidak ada dalam Quran dan Sunnah. Contohnya, Muaz bin Jabal.

PADA ZAMAN SAHABAT RA


1. Sahabat sudah mula mengistinbat hukum namun keperluan kepada dokumentasi
kaedah usul masih tidak mendesak.

2. Umat Islam boleh merujuk kepada para Sahabat berkenaan permasalahan fiqh. Ini
kerana mereka berupaya mengistinbatkan hukum terus dari Al-Quran dan As-Sunnah

3. Antara faktornya ialah :


- Penguasaan bahasa Arab yang baik
- Mempunyai pengetahuan tentang nuzul ayat dan sebab sebuah hadis diucapkan
- Mereka merupakan para perawi hadis
- Jiwa yang jernih, fikiran yang tajam, akal yang cerdas

4. Sahabat mengeluarkan hukum dengan merujuk kepada Quran Sunnah. Sekiranya


tiada sebarang ketetapan hukum, mereka akan berijtihad dengan menggunakan
Qiyas.
PADA ZAMAN TABIIN
1. Empayar kerajaan Islam sudah meluas dan berkembang ke pelosok dunia
termasuklah negara bukan Arab dan penduduknya telah memeluk Islam.

2. Timbul masalah untuk memahami gaya bahasa Arab dan timbul kesalahan dalam
memahami uslub Al-Quran dan Sunnah serta kesamaran memahami makna-makna
keduanya.

3. Jarak masa yang lama antara tabi’ tabi’in dengan zaman Rasulullah SAW
menyebabkan mujtahid sukar mengetahui tujuan syariat, illah dan hikmah lalu
ditafsir mengikut kehendak sendiri

4. Penyusunan dan penulisan ilmu Usul Fiqh dipelopori oleh Imam Muhammad bin
Idris al-Syafie. Beliau menyusun kitab yang bernama Ar-Risalah

5. Oleh kerana Ar-Risalah merupakan kitab pertama Usul Fiqh, Imam Syafie diiktiraf
sebagai pengasas ilmu usul fiqh

PENGASAS ILMU USUL FIQH ( ‫) واﺿﻊ أﺻول اﻟﻔﻘﮫ‬


Imam Muhammad bin Idris as-Syafie : pengarang kitab Ar-Risalah

FAKTOR PENDORONG IMAM SYAFIE MENYUSUN ILMU USUL FIQH


1. Perluasan kekuasaan dan wilayah Islam
2. Penguasaan bahasa arab yang lemah disebabkan percampuran dengan orang
bukan arab
3. Menjadi rujukan dan panduan kepada ulama seterusnya
SKOP PERBAHASAN ILMU USUL FIQH ( ‫) ﻣوﺿوع أﺻول اﻟﻔﻘﮫ‬
1. Dalil-dalil syarak
2. Dilalah
3. Taarud Tarjih
4. Ijtihad Mujtahid
5. Hukum-hukum kulli

PERBAHASAN ILMU USUL FIQH


1. Analisis cara istinbat hukum
2. Bahas kaedah hukum syarak yang umum
3. Istinbat hukum dari dalil dan nas dan beramal dengannya

PEMBAHAGIAN KANDUNGAN HUKUM FIQH


1. Ibadah
2. Muamalat :
- Berkaitan kekeluargaan
- Berkaitan pemakanan
- Berkaitan harta
- Berkaitan sistem pemerintahan negara

You might also like