You are on page 1of 9

PENGAJIAN AKIDAH DAN FIQH 1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 SUNNAH WAL JAMAAH 2-3

2.2 GOLONGAN WAHABI 3-4

3.0 METODOLOGI

3.1 AKIDAH ASYAIRAH DAN AL-MATURIDIAH 4

3.2 AKIDAH GOLONGAN WAHABI 5

4.0 CARA METODOLOGI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

MEMBENTENGI UMAT ISLAM DARIPADA PENGARUH

GOLONGAN WAHABI

4.1 ISU AKIDAH 5-6

4.2 ISU FIQH 7-8

5.0 PENUTUP 8

RUJUKAN 9
PENGAJIAN AKIDAH DAN FIQH 2

1.0 PENGENALAN
Keimanan merupakan aspek paling asas dan dasar bagi setiap umat Islam.
Pembinaan agama bermula daripada keyakinan kepada keimanan yang kukuh tanpa dapat
digoyah lagi. Apabila punahnya asas keimanan maka akan roboh bangunan agama secara
keseluruhan. Di dalam Islam, rukun Iman terbahagi kepada enam iaitu, beriman kepada Allah,
beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab, beriman kepada rasul, beriman kepada hari
kiamat dan beriman kepada qada’ dan qadar. Keenam-enam rukun iman ini saling berkait dan
melengkapi, penafian kepada salah satu daripadanya akan membatalkan keseluruhan rukun
tersebut.
Namun, kini ajaran sesat semakin berleluasa dalam kalangan umat Islam terutama di
Malaysia. Menurut Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2007), ajaran sesat bermaksud sebarang
ajaran atau amalan yang didukung oleh umat Islam dan juga orang bukan Islam yang
mendakwa ajaran dan amalan itu berdasarkan ajaran Islam, sedangkan pada hakikatnya
ajaran dan amalan itu bertentangan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah, bercanggah dengan
akidah Islam dan berlawanan pula dengan mazhab yang muktabar iaitu Ahli Sunnah wal
Jamaah.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan pegangan majoriti umat Islam di seluruh
dunia termasuk Malaysia. Malaysia adalah kalangan negara-negara Islam yang telah
menetapkan bahawa pegangan rasmi umat Islam di negara ini adalah berdasarkan pada
akidah dan fatwa-fatwa Ahli Sunnah wal Jamaah. Istilah Ahli Sunnah wal Jamaah berasal
daripada dua perkataan iaitu ‘Ahl Al-Sunnah’ dan Al-Jamaah’. Perkataan-perkataan tersebut
memberi maksud golongan yang mengikuti pegangan Nabi Muhammad s.a.w atau mengikuti
jalan hidup Baginda SAW dan jemaah para Sahabat terutamanya Khulafa’ Ar-Rasyidin yang
dididik oleh Baginda SAW. Ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah meliputi ajaran-ajaran Islam
mengenai akidah, syariah dan akhlak yang dibawa semenjak zaman Nabi s.a.w serta para
sahabat. Istilah Ahli Sunnah wal Jamaah dipetik dan dirumuskan oleh ulama berdasarkan
hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi
daripada Abdullah Bin Amr r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
PENGAJIAN AKIDAH DAN FIQH 3

Maksudnya: “Sesungguhnya telah berpecah Bani Israel kepada tujuh puluh dua kelompok.
Manakala umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga kelompok di mana kesemuanya
akan ke neraka kecuali satu kelompok. Mereka bertanya: ‘Siapakah mereka itu wahai
Rasulullah?’ Baginda SAW menjawab: ‘Mereka ialah golongan yang berpegang kepada
ajaranku dan para Sahabatku’.”

Berdasarkan riwayat hadis tersebut dan riwayat-riwayat lain yang sama erti
dengannya, para ulama telah membuat kesimpulan bahawa maksud mereka yang mengikut
sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan para Sahabat adalah golongan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah adalah satu pegangan yang berakar umbi daripada ajaran
yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Kemudian, akidah ini disusun
dengan lebih bersistem dan terperinci oleh ulama-ulama terkemudian terutamanya dua tokoh
utama imam Ahli Sunnah wal Jamaah iaitu, Imam Abu Al-Hassan Al-Ash’ari dan Imam Abu
Mansur Al-Maturidi. Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan ajaran yang betul, lurus,
selamat, jelas dan tiada kekeliruan padanya. Antara ciri utama pegangan akidah ini adalah
pertama, berpegang dan mentafsir hukum-hukam berdasarkan empat sumber utama iaitu al-
Quran, as-Sunnah, ijmak dan qias tanpa mengabaikan peranan atau kepentingan setiap satu
daripadanya.

2.2 GOLONGAN WAHABI


Nama Aliran Wahabi ini diambil dari nama pengasasnya, Muhammad bin Abdul
Wahab yang lahir di Najed tahun 1111 H/1699 M. Pada mulanya beliau adalah seorang
pedagang yang sering berpindah dari satu negara ke negara lain. Antara negara yang pernah
beliau singgah adalah Baghdad, Iran, India dan Syam. Kemudian pada tahun 1125 H/1713
M, beliau terpengaruh dengan seorang orientalis Inggeris bernama Mr. Hempher yang bekerja
sebagai mata-mata Inggris di Timur Tengah. Muhammad bin Abdul Wahab berasal dari
keluarga Sunni iaitu pengikut madzhab Hanbali. Ayahnya, Syaikh Abdul Wahab adalah
seorang sunni yang baik begitu juga guru-gurunya. Namun, sejak mula lagi ayah dan guru-
gurunya mempunyai firasat yang kurang baik mengenainya, bahawa dia akan sesat dan
menyebarkan kesesatan. Bahkan mereka menyuruh orang lain untuk berhati-hati terhadap
Muhammad bin Abdul Wahab. Ternyata tidak berselang lama firasat itu benar. Setelah hal itu
terbukti ayahnya pun menentang dan memberi peringatan khusus padanya. Bahkan abang
kandungnya juga, Sulaiman bin Abdul Wahab, ulama besar mazhab Hanbali. Di Malaysia, isu
wahabi telah lama bertapak di Semenanjung Tanah Melayu dengan kemunculan satu
golongan yang dikenali sebagai Kaum Muda pada awal abad ke-20 yang lalu. Gerakan ini
merupakan kesan daripada pembawaan beberapa orang pelajar Malaysia dan Indonesia yang
berkesempatan menuntut ilmu agama di Mekah, Mesir dan India. Pada waktu itu negeri
PENGAJIAN AKIDAH DAN FIQH 4

Mekah telah dipengaruhi oleh gerakan Wahhabi yang mendukung idea Ibnu Taimiyyah dan
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah, manakala di Mesir timbul gerakan Islah yang dipelopori oleh
Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha. Keadaan seperti ini juga berlaku di India dengan
berkembangnya ajaran Waliyyullah al-Dahlawi. Di Malaysia gerakan dakwah Salafiyyah yang
dibawa oleh Kaum Muda ini akhirnya lebih dikenali oleh masyarakat awam sebagai kumpulan
Wahabi. Kaum Muda tersebut amat sinonim dengan fahaman Wahabi memandangkan cara
pergerakan mereka yang agak agresif. Apatah lagi gelaran Wahabi merupakan panggilan
yang seringkali dicanang oleh musuh-musuh tradisi puak Wahabi seumpama kumpulan-
kumpulan tareqat dan golongan Asya'irah beraliran kesufian. Ini merupakan satu fakta yang
tidak boleh dipesongkan oleh mana-mana pihak. Pertentangan sememangnya pernah berlaku
antara Kaum Muda dan Kaum Tua satu masa dahulu, namun setelah beberapa lama isu ini
mendiamkan diri, ada pihak yang kembali memukul gendang menghingarkan suasana
mengajak masyarakat berbicara semula berkisar isu yang kian menyepi ini.

3.0 METODOLOGI
3.1 ASYAIRAH WA MATURIDIAH
Di antara asas yang membina metodologi Ahli Sunnah ialah, mendahulukan dan
mengutamakan nas al-Quran dan al- Sunnah mengatasi segala yang lain, mentafsir al-Quran
dengan al-Quran, mentafsir al-Quran dengan as-sunnah, mengutamakan pendapat dan kata-
kata para sahabat dan para tabi'in, ijma' ulama, meraikan kaedah-kaedah bahasa Arab dan
penggunaan uslubnya, melalukan al-Quran di atas makna atau maksud yang zahir yang tidak
boleh dipindahkan kepada yang lain melainkan dengan bukti dan dalil, mentaghlibkan sudut
al-Tanzih dan al-Taqdis ke atas ayat-ayat yang pada zahirnya menunjukkan penyerupaan dan
kesamaan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk.
Namun, dikatakan beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. pada bulan
Ramadhan seterusnya mendapat nasihat dari baginda untuk berpegang dengan hadis yang
diriwayatkan dari baginda s.a.w. Abu Hasan al-Asya’ri bermimpi mimpi yang sama hari
seterusnya dan akhirnya nekad untuk meninggalkan aliran Muktazilah yang dianutinya selama
ini. Beliau akhirnya mengisytiharkan dirinya keluar daripada aliran Muktazilah dan berjuang
untuk melawan fahaman Muktazilah yang ketika ini sangat giat menekan aliran ahl al-hadis.
Al-Asya'ri dalam pemikirannya menolak penggunaan akal yang berlebihan oleh Muktazilah.
Pemikiran al-Asya'ari bukanlah satu manhaj baru sepertimana yang didakwa oleh sesetengah
pihak. Beliau ketika itu menjadi lebih cenderung kepada aliran Imam Ahmad bin Hanbal yang
dikenali sebagai aliran ahl alhadis. Aliran ini merupakan pertentangan atau lawan kepada
aliran Muktazilah yang mana ianya dapat dilihat dalam kisah Imam Ahmad bin Hanbal dan
perjuangannya.
PENGAJIAN AKIDAH DAN FIQH 5

3.2 GOLONGAN WAHABI


Antara metodologi pemikiran fahaman yang dikatakan ekstrem ini ialah golongan
Wahabi ini ingin meneruskan fahaman memecahkan tauhid kepada tiga bahagian bagi
mengkafirkan umat Islam yang bertawasul dengan para anbiya, auliya dan solihin yang telah
meninggal dunia. Selain itu, golongan ini juga sering mengkafirkan fahaman-fahaman lain
meskipun disebabkan masalah furu’ iaitu isu kecil atau khilaf di dalam ilmu feqah. Sebagai
contoh mantan Mufti Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baz mendakwa amalan mengalunkan
takbir hari raya secara berlagu dan beralun adalah sesat lagi syirik. Padahal amalan ini
merupakan isu khilaf di dalam perbincangan para ulama dan tidak difatwakan sebagai haram
apatah lagi sehingga ke tahap sesat. Golongan yang membawa fahaman Wahhabi ini juga
terkenal dengan sikap mereka yang menolak segala jenis perbuatan yang berbentuk bid’ah
dengan mengatakan bahawa bid’ah adalah sesat dan syirik. Antara contoh amalan yang
ditentang keras oleh fahaman Wahabi ini ialah menyapu muka selepas solat, wirid, tahlil, doa
Qunut subuh, zikir berjemaah, Maulidur Rasul, Nifsu Sya’ban dan sebagainya. Selain itu,
pengikut fahaman Wahabi membahagikan Tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid
Uluhiyah, Tauhid Rububiyah, dan Tauhid Asma’ wa Sifat. Golongan musyrikin juga
mentauhidkan Allah s.w.t. tetapi menerusi jenis tauhid yang tidak memasukkan mereka ke
dalam agama Islam. Dengan merujuk kepada sebilangan ayat al-Quran, beliau menjelaskan
bahawa golongan musyrikin mentauhidkan rububiyyah Allah s.w.t. Mereka yakin bahawa yang
mencipta alam, menurunkan rezeki, menghidupkan, mematikan, mentadbir alam, memiliki
dan menguasai seluruh makhluk hanya Allah s.w.t. Walau bagaimanapun, dengan hanya
mentauhidkan Allah pada sifat-sifat rububiyyah, mereka masih dikira golongan musyrikin yang
kufur kepada Allah s.w.t. Ini kerana matlamat sebenar perutusan para rasul bukan menyeru
manusia kepada tauhid jenis ini, kerana ia telah sedia tersemat dalam fitrah semua manusia.
Matlamat utama perutusan para rasul adalah menyeru manusia melaksanakan tuntutan
tauhid ibadat yang sedia terkandung dalam kalimah tauhid. Kewajipan berikrar dengan
kalimah ini menuntut agar tidak melakukan ibadat kecuali kepada Allah s.w.t.. Ibadat menurut
tafsiran Muhammad adalah sebarang perbuatan yang disuruh oleh Allah s.w.t. sama ada
perbuatan hati, lidah dan anggota. Disimpulkan dengan maksud yang merujuk kepada
sebarang bentuk ketaatan kepada Allah sama ada dalam bentuk melaksanakan suruhan atau
meninggalkan larangan.

4.0 CARA METODOLOGI AHLI SUNNAH WALJAMAAH MEMBENTENGI UMAT


ISLAM DARIPADA PENGARUH GOLONGAN WAHABI
4.1 ISU AKIDAH
Antara isu yang dapat dibangkitkan di sini ialah, isu mengenai adakah Tuhan bersifat
sama dengan makhluk seperti dakwaan dalam ajaran sesat. Jawapan kepada soalan ini
PENGAJIAN AKIDAH DAN FIQH 6

sudah semestinya Allah tidak bersifat dengan sifat makhluk ciptaanNya. Sekiranya Allah
bersifat dengan sifat makhluk, makan Allah bukanlah Tuhan yang layak disembah dan dia
bukanlah tuhan bahkan makhluk seperti kita. Contohnya, mustahil seekor kucing menjadi
Tuhan kepada manusia sebab kedua-keduanya adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah,
maka samalah dengan Allah mana mungkin sebagai Tuhan sifatnya sama dengan makhluk.
Sekiranya kita berfikir dengan waras, mana mungkin Allah yang Maha Bijaksana, Maha Kuat,
Maha Gagah boleh bersifat dengan sifat makhluknya, sebabnya ialah Tuhan itu wajib berdiri
dengan ZatNya sendiri bukannya dengan sifat yang baharu seperti manusia, haiwan dan
pokok sebagaimana yang kita fahami sifat makhluk mestilah berkehendak kepada keperluan
asas seperti air, oksigen dan sebagainya untuk meneruskan kehidupan dan jika semua
keperluan ini tiada maka makhluk ini akan mata. Di dalam petikan surah Asyuura, ayat 11:

ْ ‫ْس َك ِمثْ ِل ِه ش‬
‫َيء‬ َ ‫لَي‬
Maksudnya: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan
pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Contoh yang jelas kita dapat fahami, seorang penjahit telah menghasilkan sehelai
baju, namun penjahit tersebut bukanlah sifatnya sama seperti baju. Oleh itu, Allah juga
sifatNya bukanlah menyerupai makhluk yang diciptakanNya. Dakwaan beberapa ajaran sesat
yang mengatakan pemimpin mereka merupakan jelmaan tuhan, bersatu dengan tuhan atau
pemimpin itu sudah dekat dengan tuhan ialah satu bentuk dakyah songsang yang seharusnya
kita hindari.

Isu seterusnya yang dapat dibangkitkan ialah adakah manusia mempunyai kunci
syurga Allah s.w.t terutama ketua pemimpin ajaran sesat. Umat Islam yang mengaku akan
memperhambakan diri kepada Allah, untuk mentaati perintah Allah seterusnya akan
menyembah tuhan yang selayaknya selain Allah serta tidak akan menyekutukannya dalam
apa jua bentuk syirik yang terkandung dalam rukun iman yang enam. Salah satunya adalah
umat Islam wajib mempercayai bahawa Allah s.w.t. mencipta syurga dan neraka, adanya hari
akhirat, yang berdosa akan diazab dan yang membuat kebaikan akan mendapat ganjaran dan
pahala. Pendek kata perkara ini termasuk dalam perkara yang disebut sebagai ‘ghaibiyyat’,
kerana perkara itu sengaja tidak diperlihatkan oleh oleh Allah s.w.t. kepada manusia dengan
mata kasar mereka, namun pada hakikatnya perkara-perkara ghaibiyyat ini ada dan wujud di
sekeliling manusia, sebagai contoh yang paling terdekat dengan manusia ialah roh manusia
itu sendiri, ianya wujud tapi kita tidak mengetahui bentuk paras rupanya, kita hanya
mengetahui di mana tempatnya, dalilnya adalah kalau tidak ada roh maka manusia akan
digelar sebagai mayat.
PENGAJIAN AKIDAH DAN FIQH 7

4.2 ISU FIQH


Isu yang dijadikan perbahasan antara golongan Wahabi dan fiqh Imam As-Syafie ialah
isu membaca yasin ketika malam jumaat. Golongan Wahabi mengatakan amalan tersebut
adalah amalan bid’ah. Namun, Surah Yasin adalah antara surah Makkiyyah dan mengandungi
sebanyak 83 ayat. Secara umum, surah ini membincangkan isu-isu berkaitan ayat Makkiyyah
seperti soal ketuhanan, balasan ke atas orang yang mendustakan agama dan soal hari
Kiamat. Selain itu, terdapat banyak hadis yang menjelaskan kelebihan serta surah ini,
kebanyakannya adalah hadis palsu yang direkacipta. Ada juga sebahagian hadis yang
bertaraf hadis dhaif. Dalam syariat Islam, kita dididik agar tidak terhad berpandukan kepada
hadis sohih semata-mata, tetapi kita dibenarkan merujuk hadis dhaif dengan syarat ianya
dirujuk sebagai hal berkaitan fadhilat akan sesuatu amalan dan bukan dijadikan sebagai hujah
dalam hal hukum-hakam. Antara hadis dhoif mengenai amalan ini adalah, yang bermaksud:
“Sesiapa yang selalu membaca Surah Yasin pada setiap malam lalu dia meninggal dunia,
maka dia dikira mati syahid.”
Walau bagaimanapun, tidak ada dalil yang menyebut waktu-waktu tertentu untuk membaca
Surah Yasin seperti malam Jumaat, ketika kematian mahupun ketika musim menghadapi
peperiksaan. Begitu juga tidak ada dalil yang melarang ia dibaca pada waktu-waktu tersebut.
Maka dalam hal ini, saya lebih cenderung untuk melihatnya ianya sebagai suatu amalan
ibadah yang baik kerana dalam majlis tersebut itu terhimpun palabagai amalan kebaikan
seperti memupuk budaya membaca Al-Quran paling tidak seminggu sekali, memupuk
semangat berukhuwah sesama muslim serta membudayakan melakukan amalan baik secara
berjemaah. Namun demikian, masyarakat kita juga perlu dididik supaya memahami bahawa
amalan ini bukanlah suatu amalan ibadah yang wajib dilakukan bermaksud apabila minggu
atau waktu khusus tersebut tidak dilakukan maka boleh membawa kepada dosa. Jika kesalah
fahaman ini yang berlaku dalam masyarakat kita maka ianya perlu kembali diperbetulkan
supaya tidak berlaku salah faham dalam menokok tambah perkara yang sedia ada dalam
syariat.
Isu yang seterusnya ialah bacaan tahlil untuk orang mati. Golongan Wahabi
mengatakan bahawa amalan tahlil ini hanyalah sia-sia dan tidak sampai kepada orang mati.
Secara umumnya, dapat kita katakan bahawa hukum membaca tahlil dan melakukan kenduri
arwah adalah harus. Ini berdasarkan perbahasan ulama-ulama di dalam penulisan-penulisan
mereka yang bersandarkan dari sumber-sumber hukum syarak. Setakat yang diketahui tiada
larangan yang jelas dari nas-nas syarak yang melarang amalan tersebut. Dalil-dalil larangan
yang didatangkan oleh golongan penentang amalan tersebut adalah tidak kukuh dan mereka
seolah-olah bersifat terburu-buru dalam mengeluarkan hukum kerana banyak kecacatan
terdapat dalam cara mereka mengeluarkan hukum.Meskipun pada asalnya adalah harus
kerana tiada nas yang sarih dan nyata dalam amalan tahlil dan kenduri arwah ini, tidak bererti
PENGAJIAN AKIDAH DAN FIQH 8

kita tidak mendapat apa-apa bila melakukannya kerana kandungan tahlil itu adalah himpunan
zikir dan juga doa untuk si mati yang merupakan tuntutan agama. Begitu juga dengan
melakukan kenduri arwah. Tiada salahnya memberi makan kepada orang lain. Ritual bacaan
tahlil pada hakikatnya adalah nama atau istilah untuk suatu acara berzikir dan berdoa atau
bermunajat bersama kepada Allah dengan membaca kalimah-kalimah toyyibah seperti
tahmid, takbir, tasbih, selawat, doa-doa dan lain-lain. Dan pada intinya ritual tersebut adalah
doa yang dilakukan sejumlah orang untuk mendoakan si mati kerana Allah memerintahkan
kita untuk berdoa kepadaNya seperti yang tersebut di dalam al-Quran:

ِ ‫ك َو لِ لْ ُم ْؤ ِم ن ِ ي َن َو الْ ُم ْؤ ِم ن َا‬
‫ت ۗ َو ا‬
ُ ‫َّللا‬ َ ِ ‫س ت َغْ فِ ْر لِ ذ َنْ ب‬ ‫ع ل َ ْم أ َن ا ه ُ ََّل إ ِ َٰل َ ه َ إ ِ اَّل ا‬
ْ ‫َّللا ُ َو ا‬ ْ ‫فَا‬
‫ي َ عْ ل َ مُ ُم ت َق َ ل ا ب َ كُ ْم َو َم ث ْ َو ا كُ ْم‬
Maksudnya: Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai
Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan
mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa
orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan
keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).

Dari ayat tersebut menerangkan bahawa orang-orang mukmin lelaki dan perempuan
mendapatkan manfaat dari istighfar orang mukmin lainnya untuknya.

5.0 PENUTUP
Kesimpuannya, aqidah secara umum ialah kepercayaan yang terikat kuat atau
tersimpul kukuh dalam jiwa. Ini tidak bererti bahawa setiap aqidah mempunyai nilai kekuatan
atau kekukuhan yang sama. Aqidahlah yang melahirkan segala nilai ketinggian, kebaikan dan
keindahan yang mutlak yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan manusia.
Keseluruhannya, penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa aqidah yang benar-benar
menepati dengan pengertian dan konsepnya yang sebenar ialah aqidah Islam yang
berteraskan kepada keimanan kepada Allah.

RUJUKAN
PENGAJIAN AKIDAH DAN FIQH 9

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2007). Ajaran Sesat: mengenali jalan yang terpesong. Batu
Caves, Selangor: Pustaka Islamika Sdn. Bhd.

Hamad al-Sinan, Fauzi al-Anjari (2010), Ahlu al-Sunnah al-Asya’irah Syahadah Ulama al-
Ummah wa Adillatuhum, Kuwait: Dar al-Dhiya.

Ku Muhammad Asmadi b. Ku Mohd Saad. (2010). 20 Hujjah Akidah ahli Sunnah Waljamaah
vs Akidah Sesat. Batu Caves, Selangor: Pustaka Al-Ehsan.

Mohd Aizam Mas'od. (2009). Isu Wahabiyyah: Menanganinya secara realiti. Jurnal
Penyelidikan Islam, 101-114.

Muhammad Fahmi Rusli. (2016). Irsyad Usul al-Fiqh siri ke-2: Kitab-kitab berkaitan ilmu usul
al-Fiqh. Kuala Lumpur: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

You might also like