You are on page 1of 4

Pendahuluan.

Isu penyelewengan akidah.

Akidah sememangnya menjadi tunjang kekuatan keimanan seorang muslim di dunia


ini.tanpa asas akidah yang kukuh keimanan seseorang itu boleh tergugat dengan pelbagai
anasir-anasir luar khususnya di akhir zaman ini.Akidah yang sejahtera itu bukan sahaja ialah
akidah yang mentauhidkan Allah dan mengakui bahawa nabi Muhammad itu pesuruhnya
akan tetapi seseorang individu muslim itu perlulah sedia menyerahkan jiwa dan raganya
untuk mengabdikan diri kepadanya yang maha esa dan mendokong sepenuhnya ajaran
yang dibawa oleh junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.Hal ini bertepatan dengan
firman Allah taala di dalam surah Al-An’am ayat ke-162 yang bermaksud “sesungguhnya
solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan sekalian alam”.

isu penyelewengan akidah ini sebenarnya bukanlah suatu isu yang baru di dalam dunia
islam ini,akan tetapi ianyan telah berlaku sejak daripada zaman khulafa’ ar-rasyidin lagi.
Sejarah isu penyelewengan akidah telah bermula ketika zaman saidina Ali r.a. yang mana
ketika itu berlaku pertikaian antara dua kabilah iaitu golongan yang melampau terhadap
saidina Ali yang diketuai oleh Abdullah bin saba’ dan satu lagi golongan yang memerangi
Saidina Ali iaitu kaum khawarij.Perikaian antara dua kabilah ini telah mengundang fitnah
terhadap agama dan telah melahirkan pelbagai pemahaman yang lain pula. Seterusnya,
fitnah ini semakin berkembang dari hari ke hari sejajar dengan perkembangan hidup
manusia.Pemahaman terhadap akidah yang benar sudah kurang mendapatkan perhatian
dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini lalu menyebabkan diri mereka mudah
mempercayai dan mengikuti sesuatu perkara yang tiada asasnya di dalam agama.

Penyelewengan pemikiran semasa.

Selaras dengan perkembangan ilmu,budaya dan teknologi pada hari ini,pelbagai anasir
luar yang telah Berjaya memasuki minda masyarakat sehingga menggugat keimanan
kita.Antara pahaman yang menyeleweng yang telah wujud di dalam islam pada hari ini ialah
pahaman syiah.Pahaman syiah secara ringkasnya ialah kaum yang beri’tiqad bahawa
saidina Ali K.W. adalah orang yang berhak menjadi pengganti nabi,kerana nabi berwasiat
bahawa penggantinya sesudah wafat ialah saidina Ali K.W.Oleh hal yang demikian golongan
ini telah mengkafirkan saidina Abu Bakar,Umar dan Usman kerana dianggap telah
meerampas kekuasaan daaripada saidina Ali.Selain itu,mereka juga mempercayai bahawa
adanya rukun imam ke-7 iaitu percaya kepada imam.Imam pada pandangan kaum syiah
ialah sama tarafnya dengan kedudukan para nabi dan para imam mereka masih mendapat
wahyu walaupun bukan daripada Jibril dan ianya perlu ditaati.
Sebenarnya pemahaman syiah ini merupakan satu agenda seorang yahudi yang
bernama Abdullah bin Saba’ untuk memecahbelahkan islam sejak dari zaman khulafa’ ar-
rasyidin lagi.Dia merupakan seorang yahudi dari Yaman yang berpura-pura memeluk islam
lalu menyebarkan pelbagai agenda yang sesat bagi memecahbelahkan islam.Fahaman ini
menjadi suatu isu yang masih aktif di negara kita hingga ke hari ini.Seperti baru-baru ini
Jabatab Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan serbuan ke atas markaz syiah di
sekitar Gombak pada hari Assyura’ yang lalu.

Selain syiah,pahaman muktazilah juga sebenarnya telah banyak berkembang di dalam


masyarakat kita pada hari ini.Golongan Muktazilah ini ialah golongan yang mana
menggunakan akal fikiran mereka sebagai kayu ukur dalam sesuatau perkara bukannya al-
quran dan hadis.Sebagai contoh mereka tidak percaya akan peristiwa isra’ dan mi’raj yang
berlaku kepada baginda nabi S.A.W. dan juga mereka tidak mempercayai bahawa adanya
seksa kubur dan hari akhirat kerana bagi mereka mustahil bagi seseorang yang telah mati
untuk dibangkitkan semula.

Fahaman muktazilah ini sebenarnya telah menjadi musuh utama dalam dunia islam sejak
dari zaman Bani Umaiyah lagi.Hal ini dapat dibuktikan pada zaman umaiyah kerana Khalifah
Yazid bin Walid (125-126H) ,pada zaman abbasiyah Ma’mun bin Harun ar Rasyid (198-
218H), Al Mu’tashim bin Harun ar Rasyid (218-227H),Al Watsiq bin al Mu’tashim (227-232
H) mereka telah mengganut fahaman ini.Sehingga dikatakan jikalau Imam Abu Hassan Al-
Asya’ari dan Abu Mansur Al-Maturidi tidak menetapkan kembali fahaman ahlul sunnah wal
jamaah di dalam dunia islam ini maka besar kemungkinan ramai orang islam akan
menganut fahaman muktazilah ini.Walaupun mejoriti masyarakat kita jarang mendengar
tentang fahaman ini,tetapi ramai antara mereka yang sebenarnya telah menganut fahaman
ini secara tidak langsung kerana fitrahnya manusia itu selalu melihat sesuatu perkara
melalui akal fikiran,tambahan pula mereka tidak mempunyai pegangan agama yang kuat
lalu menyebabkan mereka menganut secara tidak sedar telah menganut fahaman ini.

Fahaman yang terakhir ialah fahaman wahabi.Pembangun fahaman ini ialah Muhammad
bin Abdul Wahab.Fahaman wahabi ini ialah satu fahaman yang suka membid’ahkan
golongan yang melakukan sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh baginda nabi
S.A.W.Mereka selalu berhujah dengan hadis nabi yang bermaksud “barabg siapa yang
membuat perkara yang baharu di dalam urusan kami ini (urusan agama) ynag tidak ada
asalnya,maka perkara tersebut tertolak.”(HR.Bukhari no. 2697 dan Muslim no.1718). Melalui
hadis ini mereka selalu berhujah bahawa apa sahaja perkara yang tidak pernah dibuat oleh
nabi seperti bermaulid,berwirid selepas solat,membaca Yaasin pada malam Jumaat dan
sebagainya telah dihukumkan sesat.
Sedangkan jikalau kita melihat pandangan daripada Imam Al-Ghazali sendiri ada
menyatakan bahawa di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin bahawa bidah itu terbahagi kepada
dua iaitu bidah hasanah dan bidah dholalah.Bidah hasanah ialah perkara baharu yang
muncul di dalam agama tetapi dibolehkan untuk diamalkan kerana ianya membawa
kebaikan contohnya seperti bermaulid nabi manakala bidah dholalah itu yang perkara
baharu yang ditolak di dalam agama.Fahaman wahabi ini banyak ditemukan di serata dunia
islam termasuklah di masjidil haram dan masjid Nabawi.Di dalam konteks negara kita pula
negeri Perlis telah mengamalkan fahaman ini mengikut fahaman mufti perlis iaitu,Dr Asri
Zainul Abidin.Akan tetapi fahaman yang diamalkan di perlis tidaklah seteruk fahaman
wahabi di timur tengah tetapi hanya tertumpu di dalam sesetengah aspek ibadat sahaja.

Peranan dan Tanggungjawab individu muslim dalam mempertahankan akidah islam.

Setelah mengetahui akan pelbagai fahaman-fahaman ini yang menyesatkan ini,maka


telah menjadi suatu tanggungjawab kepada kita untuk mempersiapkan diri kita dengan
pelbagai ilmu khususnya ilmu agama bagi mengukuhkan keimanan kita bagi dapat
mematahkan hujah-hujah musuh-musuh islam yang berniat untuk menjatuhkan agama Allah
yang suci ini.Selain itu,kita juga mempunyai peranan masing-masing dalam
mempertahankan agama yang hak ini jikalau ianya dihina atau dipermalukan janganlah kita
takut untuk ke hadapan kerana pertolongan Allah itu selalu ada Bersama
kita.Seterusnya,bagi seorang pemimpin,suami,guru dan sebagainya mereka ini
bertanggungjawab ke atas tanggunggan mereka sendiri.Oleh itu jalankanlah amanah yang
diberikan dengan sentiasa memelihara dan mendidik pemikiran tanggunggannya supaya
tidak mudah terpengaruh dengan fitnah-fitnah keimanan di akhir zaman ini.

Kesimpulan.

Sebagai kesimpulannya,pada zaman sekarang isu penyelewengan akidah ini bukan


sahaja telah memasuki minda orang yang jahil sahaja akan tetapi di kalangan cendiakawan
juga telah terpengaruh.Oleh itu,penting untuk kita menghiasi diri kita dengan pelbagai ilmu
bukan sahaja ilmu agama tetapi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran lain supaya islam itu
tidak dianggap sebagai agama yang jumud sedangkan ianya bersifat sangat syumul meliputi
seluruh aspek kehidupan kita.Barulah kita mempunyai satu jati diri yang kuat bukan sahaja
untuk diri sendiri tetapi ketika berhadapan dengan pelbagai isu penyelewengan akidah yang
wujud pada hari ini.
Rujukan.

1.K.H. Sirajuddin Abbas (1978),I’itiqad Ahlisunnah Wal-Jamaah,Pustaka Aman Press


SDN.BHD.,77-102,157-168,292-300.

2.Imam Al-Ghazali (abad ke-11),Ihya’ Ulumuddin,jilid 1,adabul akli,276.

3.Imam Bukhari ( ),Sahih Bukhari,jilid ,no 2697.

4.Imam Muslim ( ),Sahih Muslim,jilid ,no1718.

5.Daeratul Ma’rif al Islamiyah,Orentalisten,cetakan As-Sya’ab,3 jilid, Kaherah 1969 M.

6.Aqidatul Islamiyah,Sayid Sabiq,1 jilid,cetakan Darul Kutub,Kaherah 1964 M/1383 H.

You might also like