You are on page 1of 12

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana berkesempatan untuk menyampaikan kata alu-aluan di

dalam kertas kerja yang telah saya ringkaskan dari buku Penjelasan Ciri-Ciri Utama Ajaran Sesat.

Buku kecil ini menjelaskan beberapa ciri dan faktor penting yang membawa kepada penyelewengan
akidah di dalam masyarakat Islam untuk dijadikan panduan kepada kita bersama. Perkara ini menjadi
lebih penting lagi kerana pada kebiasaannya ajaran sesat bergerak secara sulit dan disebarkan secara
bersembunyi dan kadangkala berselindung di sebalik tarikat yang asing kepada masyarakat Islam dengan
memutarbelitkan fakta-fakta yang sebenar.

Oleh yang demikian, ringkasan ini secara tidak langsung dapat mendedahkan penyelewengan yang
sering di bawa oleh guru-guru ajaran sesat seterusnya memberi panduan kepada masyarakat untuk
mempelajari ajaran Islam yang sebenar.

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi
ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s. aw di mana telah lahir beberapa orang
mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah SAW. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada
umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-
Aswad al-Anusi di Yaman.

Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke
semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau
masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua
agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada
ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup
membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.

Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama
usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17
di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini
dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga
meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh
negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya
bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di
Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari
masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan. Sehingga kini hampir
seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat, yang datang dari
berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret
pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus
hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat. Ada pula ajaran-ajaran di
mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan
pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan
kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di
negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan
segera.

Antara sebab-sebab berlakunya penyelewengan agama ini adalah antaranya terdapat individu yang
mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya. Selain itu
terdapat juga golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

Dalam rumusan ini saya juga memuatkan sedikit tentang cirri-ciri ajaran sesat antaranya mencemarkan
kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran
menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab
sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi. selain itu Mengubah prinsip-prinsip asas dalam
akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau
mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.

Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi,


sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.

Yang seterusna ialah Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad
sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
Ciri yang ke seterusnya ialah Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa
kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai, Mengubah konsep dosa dan
pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah,
Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib
seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat, Mendewa-dewakan
sesuatu selain Allah SWT. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa
atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam dan
Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

Dalam kajian saya, terdapat juga kesan buruk dalam pengamalan ajaran sesat ini. Contohnya Kesan
terhadap individu. akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan
ajaran sesat boleh merosakkan akidah. Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam. kesan
yang kedua ialah masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan
bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat.
kesan yang ketiga pula minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh
pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan
fanatic. Kesan yang keempat ialah kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa
kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

Selain itu, terdapat juga kesan terhadap masyarakat contohnya keruntuhan institusikekeluargaan.
Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan
akidah dan rasa curiga sesama mereka.

kesan yang kedua ialah perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan
dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling. Ini menjejaskan
perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;

manakala kesan yang ketiga ialah berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran
sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

Negara juga akan turut terkena biasannya juga. Contohnya negara akan mundur. Penglibatan dalam
ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan
menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu.
kesan yang kedua ialah negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan
dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya
negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.
Di sini saya juga turut muatkan beberapa contoh ajaran sesat:

Qadiani

1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.

2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah
Gusdapur, India.

3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.

4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949
Masihi.

5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:

(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan
mengikut kepercayaan Hindu) ;

(b) beriktikad bahawa Allah SWT. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang
bernama Al-Tazkirah;

(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;

(d) menghapuskan jihad;

(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah
Al-Qadr;

(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah SWT;

(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;

(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;

(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.

Bahai

1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.

3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi
yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.

4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.

5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.

6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:

(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah SWT. ;

(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;

(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa' (kekal) ;

(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;

(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;

(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;

(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;

(h) memansukhkan agama Islam;

(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;

(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali
sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima
kali; menghapuskan jihad.

Taslim

1. Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad
Matahari.

2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan
dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.
Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:

(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;

(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;

(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;

(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;

(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga, dan neraka;

(f) solat secara niat tanpa rukun qauli (perkataan) dan fikli (perbuatan) ;

(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum

Dalam masalah ini, terdapat beberapa langkah-langkah untuk menangani masalah ajaran sesat,
antaranya ialah melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat
ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak
formal. langkah yang kedua dengan menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa
didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah,
seminar, forum, dan simposium. seterusnya Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang
Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan
ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.

Program pemulihan akidah juga ialah salah satu cara untuk menangani masalah tersebut. Orang yang
terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat
beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan
Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

Dalam buku yang telah saya kaji ini telah menjelaskan tentang beberapa ciri-ciri ajaran sesat. Antaranya
ialah:

i. Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya

ii. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya

iii. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi

iv. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi

v. Mengaku memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah SAW

vi. Mempercayai semua ajaran adalah sama


vii. Mengaku dirinya sebagai wali

viii. Mempercayai Gurunya boleh memberi syafaat

ix. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk

i. Mempercayai orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila

diseru namanya.

Ada terdapat amalan tarikat yang mempercayai bahawa gurunya yang telah mati boleh memberi
pertolongan apabila diseru namanya.

1) Semua manusia dan makhluk yang hidup di atas muka bumi ini akan mati. Manusia yang mati itu tidak
akan dihidupkan kembali melainkan di hari Kiamat untuk menerima pembalasan. Dalam hal ini, Allah
telah menegaskan melalui firman-Nya:

ii. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.

Kebanyakkan ajaran sesat mensyaratkan pengikut-pengikutnya menyembunyikan ajaran yang dipelajari


dari diketahui oleh orang lain kecuali pengikut-pengikut sahaja.

1) Perkara tersebut amat berbeza sekali dengan kehendak Islam kerana Islam adalah satu agama yang
menghendaki umatnya menyeru untuk menyampaikan perkara kebaikan kepada manusia sejagat secara
terus terang dan tidak bersembunyi-sembunyi.

iii. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi

Ada guru ajaran sesat yang mengaku dirinya sebagai keturunan Yahudi dan mendakwa menerima wahyu
daripada Allah dan menganggap bahawa keturunan Yahudi paling agung di dunia ini.

1) Sikap mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum atau bangsa yang paling baik, yang perlu
diikuti adalah salah satu cirri kesesatan di dalam Islam. Ianya tanda-tanda sesat di dalam pegangan
agama Islam kerana al-Quran telah menerangkan sikap orang Yahudi di dalam surah al-Maidah : 82.

2) Allah SWT. telah menganggap orang Yahudi sebagai golongan yang sesat merupakan kaum yang
mempunyai akhlak yang buruk. Jadi sesiapa yang mengikuti jejak kaum Yahudi adalah digolongkan
serupa dengan mereka.

3) Sifat mereka disebutkan di dalam al-Quran sebagai kaum pandai membuat muslihat terhadap apa
yang dirasakan oleh menguntungkan mereka. Allah menyatakan kaum Yahudi adalah seloba-loba
manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) melebihi kaum kafir musyrik. Mereka suka kiranya boleh
hidup seribu tahun.
4) Kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengamalkan sihir dan menggunakannya dengan sewenang-
wenangnya.

5) Orang Yahudi masih berpegang dengan sikap mereka tidak menurut perintah Allah, tidak menerima
kerasulan dan ajaran daripada Nabi-nabi selepas Nabi Musa, iaitu Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW.
Meraka menganggap apa yang mereka pegang itulah sahaja yang benar. Lalu mereka putarbelitkan
kebenaran untuk mempertahankan pegangan mereka.

6) Allah menceritakan sikap mereka di dalam al-Quran sebagai kaum yang keras hati, lebih keras
daripada batu di dalam hal menerima kebenaran dan keimanan. Selepas itu mereka tutup hati mereka
daripada menerima Islam dan mengisytiharkan bahawa mereka adalah anak-anak Allah yang sangat
disayangi Allah. Bahkan mereka mendakwa bahawa syurga dan akhirat adalah hak istimewa mereka
sahaja. Pada hal mereka adalah sebagai orang yang tidak mempunyai agama selagi mereka tidak
beriman dengan Kitab Taurat yang membawa mereka percaya kepada Nabi Muhammad SAW. dan apa
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

7) Sikap mengagung-agungkan kaum Yahudi ini sebagai tanda-tanda terkeluar daripada ajaran Islam
kerana sikap ini adalah bertentangan dengan tuntutan al-Quran. Di dalam al-Quran Allah
memperingatkan orang Islam tentang sikap orang Yahudi terhadap agama lain. Mereka sentiasa
berusaha supaya orang Islam mengikuti jejak mereka.

iv. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi

Untuk menyakinkan pengikut, ada guru-guru ajaran sesat yang mendakwa menerima wahyu dan
mengaku sebagai Nabi.

1) Agama Islam telah menetapkan bahawa Allah SWT. telah mengutuskan seramai 25 orang Nabi dan
Rasul kepada umat manusia dan Nabi Muhammad SAW. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang
diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan syariatnya kepada umat manusia. Segala hukum-hukum dan
syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. merupakan syariat yang terakhir dan tidak ada lagi
wahyu yang diturunkan selepasnya.

2) Kalau ditinjau dalam sejarah Islam orang-orang yang mengaku mendakwa menjadi nabi sesudah Nabi
kita Muhammad SAW. adalah sangat ramai sehingga ke zaman kita hari ini. Pada permulaan wafatnya
Junjungan Besar Muhammad SAW. telah muncul tiga orang yang mendakwa dirinya menjadi Nabi, iaitu
Muhammad Kazab di Yamamah Al-Aswad Al Unusi di Negeri Yaman, dan Talhah Al Asadi dari Kabilah
Bani Asad.

3) Kesudahannya mereka ini telah mati terbunuh di tangan askar-askar pejuang Islam yang dipimpin
oleh Jeneral Khalid Ibni Walid, setelah beliau diutus khas oleh Khalifah Islam Syaidina Abu Bakar r. a.
untuk menghapuskan golongan yang mendakwa menjadi Nabi palsu itu. Pada tahun 11 Hijrah Talhah Al
Asadi telah bertaubat dan kembali kepada Islam di akhir hayatnya.
4) Mengikut iktikad dan fatwa ulama-ulama dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa hukuman
bagi orang-orang yang mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi sesudah Nabi Muhammad SAW.
adalah terkeluar daripada agama Islam. Oleh itu golongan-golongan yang mendakwa menjadi Nabi
selepas wafatnya junjungan Nabi Muhammad SAW. telah diperangi oleh sahabat-sahabat Rasulullah
SAW.

v. Mengakui Dirinya Memiliki Barang-barang Peninggalan Rasulullah SAW.

Ada setengah guru ajaran sesat yang mendakwa memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah SAW.
bertujuan untuk menyakinkan pengikut bahawa ajarannya itu benar daripada Rasulullah SAW.

1) Dakwaan ini bertujuan untuk menunjukkan kehebatan seseorang itu sahaja dan juga untuk
mempengaruhi orang lain dengan menggunakan nama Rasulullah SAW. Perlu diingat bahawa barang-
barang peninggalan Rasulullah SAW. tidak mempunyai apa-apa kelebihan pun malah ianya sama seperti
barang-barang lain.

2) Dakwaan ini menjadi lebih meragukan lagi jika seseorang yang mendakwa memiliki barang-barang
peninggalan Rasulullah SAW. itu tidak mempunyai hubungan langsung dengan Rasulullah SAW. yang
memberi peluang seseorang itu untuk menerima barang-barang peninggalan Rasulullah SAW. secara
langsung.

3) Taraf keistimewaan sahabat adalah kerana ilmu dengan dan amalannya sahaja. Oleh itu sesiapa
sahaja sama ada di zaman Rasulullah atau sekarang ini mempunyai keistimewaannya disebabkan oleh
ilmu dan amalannya sahaja bukannya berpandukan kepada jauh dan dekatnya seseorang itu dengan
Rasulullah SAW.

vi. Mempercayai Semua Ajaran Adalah Sama.

Untuk meyakinkan pengikut supaya mempelajari sesuatu ajaran salah, guru-guru ajaran salah
mengatakan bahawa semua ajaran adalah daripada Allah dan menuju ke syurga.

1) Setiap manusia normal mempunyai naluri yang baik dan sentiasa inginkan perkara-perkara yang baik
di dalam hidupnya. Naluri itu mengerakkan tabiat manusia kepada mencari jalan untuk hidup aman dan
damai. Atas keperluan itu menjadikan manusia secara langsung mempunyai fitrah (bakat) hidup
beragama. Dengan sebab itu apabila Allah mengarahkan manusia berpegang kepada agama Allah
sebagai landasan cara hidup yang selamat dan diredhaiNya diterima oleh manusia sehingga ke hari ini.
Walaupun begitu terdapat manusia yang tidak menerima hidayah (petunjuk) daripada Allah, mereka
terus mencari malah membentuk doktrin (prinsip) dan method (cara) tersendiri sebagai pegangan hidup
untuk memenuhi fitrah semula jadi itu. Masing-masing cuba mempertahankan keyakinan dan pegangan
mereka. Di dalam keadaan begitu ada pula golongan yang mempercayai semua agama adalah sama,
mereka percaya bahawa semua agama menuju ke syurga. Pendapat ini adalah penyelewengan terhadap
ajaran Islam juga merupakan salah satu ciri-ciri utama ajaran sesat.

viv. Meninggalkan Sembahyang Jumaat Kerana Bersuluk

Ada antara guru-guru ajaran sesat yang mengharuskan pengikut-pengikutnya meninggalkan


sembahyang Jumaat ketika bersuluk.

1) Mengharuskan kewajipan sembahyang Jumaat semasa bersuluk beerti mengharuskan sesuatu yang
diwajibkan oleh Allah SWT. Mengikut syarak, hokum sembahyang Jumaat adalah Fardhu Ain bagi setiap
yang mukallaf.

Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan kepada tiga bentuk utama
iaitu:

i. Bentuk Ajaran

Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur
ajaran sesat yang

menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.

ii. Bentuk Tarikat

Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur di kalangan
umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-ulama yang mana mereka ini
mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini
meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah,
Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan
mengikut ajaran tarikat ini.

Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang direka dengan tarikat asal
tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka dan konsep yang terdapat dalam
ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur ataupun bahan-bahan yang boleh membawa penyelewengan
akidah Islamiah dan boleh membawa pengikut-pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yang
sebenar.
iii. Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan amalan mistik dan kultus.

Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam di
negara ini kerana ianya bersifat:

a. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.

b. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.

c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan
sebagainya.

d. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan
daripada

mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan
sebagainya.

Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkan bahawa orang-orang
Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-pola kepercayaan tradisi mereka dengan
unsur-unsur agama Islam dan sekiranya pola-pola yang sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan
kepercayaan umat Islam pada hari ini, maka krisis akidah umat Islam makin meruncingkan.

penutup

Islam adalah satu-satunya agama yang lengkap lagi komprehensif (syumul) kerana ia diasaskan atas tiga
komponen utama iaitu akidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga komponen ini menjadi tonggak utama
kepada kekuatan, kesempurnaan dan keindahan Islam.

Rahsia kejituan Islam adalah berdasarkan kepada dua sumber utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Maka keselamatan umat Islam di dunia dan di akhirat adalah ditentukan kepada ukuran sejauh mana
seseorang itu berpegang teguh kepada kandungan Al-Quran dan As-Sunnah.

Masyarakat Islam telah dilanda oleh pelbagai kecelaruan dalam memahami tentang akidah Islam yang
sebenar. Kita merasa amat dukacita dalam suasana keghairahan umat Islam hendak mendekati dan
menghayati ajaran Islam ini, ada di kalangan umat Islam yang masih teraba-raba mencari kebenaran
tersebut. Natijahnya menyebabkan sebahagian umat Islam terjebak ke dalam fahaman dan ajaran sesat
yang ditaja oleh golongan-golongan tertentu yang mempunyai kepentingan hawa nafsu dan kebendaan.

You might also like