You are on page 1of 23

PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-HADITH DI NUSANTARA

(QURANIC AND HADITH STUDIES IN MALAY ARCHIPELAGO)


(IQGU 6330)

TAJUK TUGASAN :
TAQRIB AL-MAZAHIB : ANALISIS TERHADAP PENDEKATAN
MUFASSIR

NAMA

: NIK MOHD FAHMI BIN NIK HARUN

AMINARRASHED
NO. MATRIKS

: IGB 140069

NO. I/C

: 880318-11-5085

NO. H/P

: 019-2624299

PENSYARAH

: PROF. MADYA DR. MUSTAFFA BIN ABDULLAH

TAQRIB AL-MAZAHIB : ANALISIS TERHADAP PENDEKATAN


MUFASSIR
Nik Mohd Fahmi Bin Nik Harun Aminarrashed

Abstrak :
Isu Taqrib al-Mazahib sinonim dengan kepelbagaian
pandangan yang terdapat dalam dunia Islam sejak dari
berkembangnya mazhab-mazhab sehingga kini. Sejarah
telah menyaksikan pengikut-pengikut mazhab yang fanatik
terhadap pandangan mazhab mereka telah menimbulkan
masalah yang menyebabkan sukar untuk berlakunya
persefahaman antara mazhab. Apa yang diharapkan oleh
dunia Islam ialah menyatukan mazhab-mazhab yang
berbeza pandangan agar dunia melihat bagaimana Islam
telah dapat menyatukan umatnya walaupun berbeza
dalam
pandangan
masing-masing.
Justeru,
tujuan
penulisan makalah ini adalah untuk menganalisis
pendekatan para mufassir terhadap Taqrib al-Mazahib.
Dengan kata lain, makalah ini bertujuan untuk melihat
bagaimana sikap para pentafsir apabila berhadapan
dengan masalah kepelbagaian pandangan. Perbincangan
ini akan memfokuskan mufassir di alam Nusantara iaitu
Hamka, Ahmad Sonhadji dan Muhammad Quraish Shihab.
Pandangan mereka telah dianalisis dengan menggunakan
firman Allah yang berkaitan dengan isu peranan wanita
dalam pekerjaan dan kemasyarakatan, isu ruyah (melihat)
Allah dan isu menyentuh mushaf al-Quran bagi orang yang
berhadas dan membawa al-Quran ketika bermusafir ke
negeri musuh. Isu-isu tersebut dilihat kepada dua dimensi
iaitu perbezaan antara mazhab fiqh dan perbezaan antara
mazhab akidah. Dapatan yang diperolehi ialah ketiga-tiga
mufassir telah menggunakan pendekatan yang hampir
2

sama iaitu apabila mereka berhadapan dengan perbezaan


antara mazhab fiqh, maka mereka hanya menyatakan
pendapat masing-masing dengan hujah ilmiah dan tidak
mengkritik golongan lain yang berbeza pendapat. Namun
apabila mereka berhadapan dengan perbezaan antara
mazhab akidah seperti Mutazilah, Khawarij dan Murjiah,
maka mereka dengan kerasnya menolak pendapat
tersebut dan mentarjihkan pendapat Ahlu Sunnah Wal
Jamaah.
Kata kunci : Taqrib al-Mazahib, perbezaan pendapat,
pendekatan mufassir, mazhab fiqh, mazhab akidah

Pendahuluan
Perkataan taqrib al-mazahib adalah merujuk kepada penyatuan
mazhab-mazhab Islam yang terdapat di dunia Islam. Masalah yang
sering menimpa umat Islam sejak dulu hingga sekarang adalah
perbezaan

aliran

mazhab-mazhab

Islam

yang

menjadi

faktor

perbalahan bagi sebahagian penganut ajaran mazhab. Fenomena ini


selalunya terjadi antara pihak mazhab fiqh seperti pengikut mazhab
Ahmad, Syafii, Hanafi dan Maliki. Selain itu, ada juga kalangan
mazhab yang bercanggahan pendapat antara mazhab akidah yang
melibatkan

mazhab

Ahlu

Sunnah

Wal

Jamaah

dengan

mazhab

Mutazilah, Khawarij dan Murjiah. Begitu juga percanggahan pendapat


melibatkan aliran mazhab akidah Salaf dan aliran mazhab Khalaf.
Fanatik adalah punca kepada perbalahan tersebut. Jika semua itu
ditangani

dengan

penuh

hikmah

dan

bersandarkan

adab-adab

berkhilaf, pastinya mereka mampu berlapang dada dalam perkaraperkara khilafiyyah. Oleh kerana itu al-Imam al-Shaukani (m. 1250)
menentang fanatik mazhab yang berlaku dalam kalangan umat Islam.
Beliau mengulas dalam tafsirnya Fath al-Qadir ketika mentafsirkan
surah al-Araf ayat 143 :
3

Namun keyakinan yang dianuti oleh mazhab yang tumbuh


bersama perkembangan manusia yang diketahui dari
nenek moyang mereka, tanpa memperhatikan apa yang
dituntut oleh syariat, telah mewujudkan fanatisme. Orang
yang

fanatik

itu,

walaupun

akalnya

normal,

tapi

penglihatannya buta dan telinganya tuli dari mendengar


kebenaran,
menduga

sehingga
dirinya

menolak

menolak

kebenaran.

kebatilan

dan

Dan

ia

menerima

kebenaran.1
Walaubagaimanapun, dalam isu perbezaan mazhab akidah yang
melibatkan golongan Ahli Sunnah dengan Muktazilah atau apa sahaja
aliran mazhab akidah yang terkeluar daripada mazhab Ahlu Sunnah
Wah Jamaah, tidak memerlukan kepada perbincangan adab berkhilaf
dan berlapang dada, kerana masalah tersebut adalah perkara yang
perlu kepada pentafsiran al-Quran yang benar di sisi Nabi Muhammad
s.a.w. dan para sahabat. Jika tafsiran tersebut lari dari landasan yang
telah digariskan oleh Rasulullah dan Sahabat, maka ianya perlu ditolak
tanpa ada tolak ansur disebabkan ianya berkait dengan akidah umat
Islam keseluruhannya.
Justeru, tujuan penulisan ini dilaksanakan adalah untuk membuat
suatu analisis tentang bagaimana pendekatan para mufassir terhadap
taqrib al-mazahib. Dengan kata lain, apakah sikap yang ditunjukkan
oleh tokoh-tokoh tafsir apabila mereka berhadapan dengan ayat-ayat
yang berkaitan dengan kepelbagaian sudut pentafsiran dalam mazhabmazhab Islam. Sudah pasti banyak ayat-ayat al-Quran yang menjadi
perbahasan para ulama kerana al-Quran adalah sumber utama hukum
yang diambil untuk beristinbat dan mengeluarkan garis panduan hidup
umat ini.
1 Al-Shaukani, Muhammad ibn Ali Muhammad (2007). Tafsir Fath al-Qadir,
Tahqiq dan takhrij Sayyid Ibrahim, Kairo-Mesir: Dar al-Hadis. Jld. 2. h. 277.
4

Mufassir adalah merujuk kepada para tokoh sarjana tafsir yang begitu
ramai dalam sejarah tafsir di dunia Islam. Namun artikel ini ingin
mengfokuskan kepada kitab-kitab tafsir di alam sekitar nusantara.
Karya tafsir di Nusantara juga dihasilkan dengan kualiti yang tinggi dan
mempunyai belasan jilid. Ini menunjukkan para ulama yang lahir dari
Nusantara juga terdiri daripada tokoh-tokoh tafsir yang tidak kurang
hebatnya.
Antara rujukan yang akan digunakan dalam penulisan ini ialah Tafsir alAzhar yang dikarang oleh Prof. Dr. Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim
Amarullah. Beliau digelar dengan gelaran Hamka iaitu singkatan
daripada nama penuhnya. Beliau adalah seorang ulama yang berasal
daripada Sumatera Barat, Indonesia.2 Karya tafsir beliau, Tafsir al-Azhar
adalah tafsir lengkap 30 juzu yang besar sumbangannya di Nusantara
dan mempunyai 8 jilid yang diterbitkan oleh Pustaka Panjimas, Jakarta.
Rujukan yang kedua ialah Tafsir al-Misbah yang dihasilkan oleh Prof. Dr.
Muhammad

Quraish

Shihab.

Beliau

berasal

daripada

Rappang,

Sulawesi Selatan, Indonesia. Beliau adalah pensyarah di Fakultas


Ushuluddin di IAIN Jakarta. Tafsir al-Misbah yang dikarang oleh beliau
adalah bercorakkan tafsir al-Adabi al-IjtimaI. Tafsir tersebut lengkap 30
juzu dan mempunyai 15 jilid dan ditulis dalam bahasa Indonesia.3
Manakala rujukan ketiga adalah Tafsir Abr al-Athir yang dihasilkan oleh
Ahmad Sonhadji. Nama sebenar beliau ialah Ahmad Sonhadji bin
Muhammad Milatu. Beliau berasal daripada Jawa Tengah, Republik
2 Siti Lestari (2010). Pemikiran Hamka Tentang Pendidik Dalam Pendidikan
Islam. Dicapai 20 Mei 2015,
http://library.walisongo.ac.id/digilib/files/disk1/123/jtptiain-gdl-sitilestar-61131-skripsi-p.pdf
3 ___________(t.t). Biografi M. Quraish Shihab dan Kitab Tafsir al-Misbah.
Dicapai 20 Mei 2015, http://digilib.uinsby.ac.id/7245/3/bab%202.pdf
5

Indonesia, namun kini beliau adalah rakyat Singapura. Tafsir Abr alAthir adalah tafsir yang dihasilkan lengkap 30 juzu bermula dengan
program kuliah tafsir di Radio Singapura, kemudia dibukukan menjadi
tafsir yang lengkap.4

Ayat-ayat

al-Quran

Yang

Digunakan

Oleh

Mufassir

Untuk

Menerapkan Elemen Taqrib al-Mazahib


Apabila memperkatakan tentang taqrib al-mazahib, maka artikel ini
akan

membawakan

perbahasan-perbahasan

mufassir

tentang

pandangan mereka dalam sesuatu isu yang timbul berasaskan firman


Allah. Namun, perbahasan yang dibawa oleh mufassir sangat banyak
dan tidak mampu untuk dimuatkan di sini. Oleh kerana itu, beberapa
isu yang dibahaskan mengenai firman Allah akan ditonjolkan dalam
penulisan ini.
Skop yang dibahaskan di bawah adalah berkisar tentang tiga perkara
iaitu, isu tentang masalah peranan wanita dalam pekerjaan dan
kemasyarakatan, isu tentang masalah Ruyah (melihat) Allah dan isu
tentang masalah menyentuh mushaf al-Quran bagi orang yang
berhadas dan membawa al-Quran ketika bermusafir ke negeri musuh.
Firman Allah yang menjadi titik tolak kepada permulaan dalam
perbahasan ini adalah seperti berikut :
Pertama


4 Iskandar Zulkarnain (2007). Tafsir Al-Quran Abrar Al-Athir Oleh Ahmad
Sonhadji Mohammad. Dicapai 20 Mei 2015,
http://disertasi.blogspot.com/2007/08/disertasi-ilmiah-12-tafsir-abr-alathir.html
6


Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah
kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang
jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah
zakat dan taatilah Allah dan rasulnya, sesungguhnya Allah
bermaksud menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait
dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (Al-Ahzab
33 : 33)

Kedua


Dia tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata, sedang Dia
dapat melihat segala yang kelihatan dan Dialah amat halus
lagi amat mendalam pengetahuan-Nya. (al-Anam 6 : 103)



Wajah-wajah (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.
Kepada tuhannya lah mereka itu melihat. (al-Qiyamah 75 :
22-23)

Ketiga
7


Tidaklah dapat menyentuhnya, kecuali orang-orang yang
telah disucikan. (al-Waqiah 56 : 79)
Signifikan ketiga-tiga isu yang dibawa dalam perbahasan ini ialah
kerana secara keseluruhannya, ia mempunyai pelbagai sudut untuk
dilihat. Sudut yang pertama ialah bagaimana sikap mufassir terhadap
isu kepelbagaian fiqh dalam mazhab-mazhab Islam. Sudut kedua ialah
bagaimana sikap mufassir terhadap ayat-ayat akidah yang melibatkan
perbezaan pendapat di kalangan mazhab akidah seperti muktazilah
dan sebagainya.
Kedua-dua sudut ini mempunyai kepentingan untuk dilihat. Hal ini
kerana perbezaan mazhab antara kepelbagaian akidah dan perbezaan
mazhab antara kepelbagaian fiqh adalah suatu yang perlu dihukum
dengan neraca yang berbeza. Menurut Ahlu Sunnah Wal Jamaah,
mazhab fiqh adalah sesuatu yang diiktiraf kepelbagaiannya dan boleh
diamalkan oleh segenap umat Islam. Namun mazhab akidah adalah
sesuatu yang perlu berlandaskan pentafsiran yang benar dan adil oleh
para mufassir.

Isu-isu Yang Dibangkitkan Dalam Perbahasan Taqrib al-Mazahib


Isu Pertama : Peranan wanita dalam pekerjaan dan kemasyarakatan.
Isu ini adalah bertitik tolak daripada kepelbagaian pendapat ulama
tentang keharusan wanita bekerja di luar rumah berdasarkan pada
firman Allah :


Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah
kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang
jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah
zakat dan taatilah Allah dan rasulnya, sesungguhnya Allah
bermaksud menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait
dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (Al-Ahzab
33 : 33)
Hamka tidak mentafsirkan ayat ini sebagai dalil untuk menyatakan
tiada keizinan bagi wanita untuk keluar rumah walaupun sebahagian
mufassir yang lain berpendapat sebaliknya. Sebagaimana yang telah
diulas oleh Abdul Manan Syafii (2012), Hamka mentafsirkan bahawa
bagi isteri, rumah suaminya adalah tempat tinggal yang tenteram dan
aman bagi mereka. Hamka sama sekali tidak menyebutkan bahawa
dengan ayat ini wanita muslimah tidak diizinkan atau dibatasi keluar
rumah, sebagai yang difahami oleh sebahagian mufassir.
Namun Hamka berpendapat bahawa wanita boleh bekerja di luar
rumah dalam segala bidang kemasyarakatan. Pendapat Hamka ini
adalah berdasarkan tafsiran ayat berikut :

Hendaklah
mengajak

ada

antara

kepada

kamu

kebaikan,

satu

golongan

yang

berbuat

yang

menyuruh

maruf dan melarang perbuatan mungkar. Dan mereka itu


ialah orang-orang yang beroleh kemenangan.
(Ali

Imran

104)
Kata Hamka dalam tafsirnya,
Dawah kepada kalangan umat islam sendiri, supaya
mereka memegang agama dengan betul dan beragama
dengan kesadaran dan pemeluk agama itu ada dalam
segala

bidang

perniagaan,

kemasyarakatan,

pekerjaan

dalam

tangan,

pertanian,

perburuhan

dan

kepegawaian. Dipertimbangkan juga tingkat kecerdasan, di


kampung atau di kota, laki-laki perempuan, tua ataupun
muda,

orang

yang

pendidikannya

lebih

cerdas

dengan

atau

orang

yang

yang

tinggi
rendah

kecerdasannya.5
Kenyataan

Hamka

di

atas

adalah

suatu

bukti

bahawa

beliau

berpendapat bahawa tidak ada larangan kepada wanita dalam


peranannya terhadap perkerjaan di luar rumah. Demikianlah yang
disebutkan oleh Abdul Manan Syafii (2012), dengan pernyataan
Hamka

di

atas

wanita

tidak

ada

larangan

untuk

mengambil

peranannya dalam semua sisi kehidupan, baik secara perorangan atau


secara berkelompok, di dalam mahupun di luar rumah, hal itu
tergantung kepada kemampuannya masing-masing.6

5 Hamka, Abdul Malik Abdul Karim Amrullah. (1983). Tafsir Al-Azhar. Pustaka
Nasional PTE LTD Singapura. Juzu 4, h. 866
10

Namun demikian banyak pendapat yang tidak membolehkan wanita


bekerja di luar rumah dengan mengacu pada firman Allah :


Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah
kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang
jahiliyah yang dahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah
zakat dan taatilah Allah dan rasulnya, sesungguhnya Allah
bermaksud menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait
dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (Al-Ahzab
33 : 33)
Quraish Shihab dalam karyanya Konsep Wanita Menurut al-Quran,
Hadis dan Sumber-sumber Ajaran Islam berpendapat bahawa :
Tempat wanita adalah di rumah, tidak dibebaskan mereka
dari pekerjaan di luar rumah kecuali agar mereka selalu
berada di rumah dengan tenang dan hormat agar mereka
dapat melaksanakan kewajipan rumahtangga. Adapun
kalau ada hajat keperluannya untuk keluar, maka boleh
saja mereka keluar dengan syarat mereka memperhatikan
segi kesucian diri dan memelihara kehormatannya.7
6 Abdul Manan SyafiI (2012). Islah Wanita Di Indonesia ; Kajian Pemikiran
Hamka Dalam Tafsir al-Azhar dan Quraish Shihab Dalam Tafsir al-Misbah, Tesis
Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. h. 133.
7 Ibid. h. 135
11

Manakala

dalam

tafsirnya,

Quraish

Shihab

dengan

menukilkan

pendapat Muhammad Quthub dalam bukunya Marakah al-Taqalid


bahawa, Ayat itu bukan bererti bahawa wanita tidak boleh bekerja (ke
luar rumah) kerana islam tidak melarang perempuan bekerja (di luar
rumah). Hanya saja islam tidak senang

dan tidak mendorong hal

tersebut. Islam membenarkan mereka bekerja sebagai darurat dan


tidak menjadikannya sebagai dasar.8
Selain itu, Quraish Shihab juga menukilkan pandangan Said Hawa,
Yang dimaksudkan dengan kebutuhan seperti mengunjungi orang tua
dan belajar yang sifatnya fardhu ain atau kifayah dan bekerja untuk
memenuhi kebutuhan hidup kerana tidak ada orang yang dapat
menaggungnya.9
Antara bukti yang telah dibawa oleh Quraish Shihab ialah
kebolehan perempuan bekerja di luar rumah di masa Nabi
SAW dan para sahabat seperti Ummu Salamah (istri Nabi),
Shafiyah, Laila al-Ghaffariyah, Ummu Sinan, al-Aslamiyah,
dan lain-lain yang tercatat sebagai tokoh-tokoh yang
terlibat

dalam

peperangan.

Di

samping

itu,

para

perempuan pada masa Nabi SAW dan para sahabat aktif


pula dalam berbagai bidang pekerjaan. Ada yang bekerja
sebagai perias pengantin seperti Ummu Salim binti Huyay
(Istri Nabi Muhammad SAW) serta ada juga yang menjadi
perawat,

bidan

dan

sebagainya.

Dalam

bidang

perdagangan, kata Quraish Shihab, nama istri Nabi yang


pertama,

Khadijah

binti

Khuwailid,

tercatat

sebagai

seorang perempuan yang sangat sukses. Raithah, istri


sahabat Nabi bernama Abdullah bin Masud, juga sangat
8 Ibid. h. 135
9 Ibid. h. 135
12

aktif bekerja kerana suami dan anaknya ketika itu tidak


mampu mencukupi kebutuhan hidup keluarga ini. Demikian
juga

Syifa, adalah seorang perempuan yang

menulis

ditugaskan

oleh

khalifah

Umar

r.a.

pandai
sebagai

petugas yang menangani pasar kota Madinah.10

Isu Kedua : Ruyah (Melihat) Allah


Ahmad Sonhadji telah membawa perbahasan tentang Ruyah Allah
dalam tafsirnya melalui ayat al-Quran :


Dia tidak dapat dilihat oleh penglihatan mata, sedang Dia
dapat melihat segala yang kelihatan dan Dialah amat halus
lagi amat mendalam pengetahuan-Nya. (al-Anam 6 : 103)
Ayat ini ditafsirkan oleh Ahmad Sonhadji dengan menjelaskan bahawa
Allah tidak dapat dikesan oleh penglihatan mata, sebaliknya Dia dapat
mengesan penglihatan mata. Dan dia bersifat lemah lembut lagi pula
amat mengetahui.11
Kemudian beliau menjelaskan bahawa ada beberapa golongan atau
puak Ahli Bidah yang telah memahami ayat ini hanya berpegang
dengan zahirnya sahaja seperti puak Khawarij, Mutazilah, dan
sebahagian puak Murjiah. Mereka berpendapat bahawasanya Allah
10 Ibid. h. 136
11 Norlaila binti Sulaiman (2010). Isu-isu Akidah Terpilih Dalam Tafsir Abr alAthir Karya Ahmad Sonhadji. Disertasi Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan
Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur. h. 161.
13

tidak dapat dilihat oleh seorang pun dari makhluk-Nya, dan peluang
melihatnya itu adalah mustahil pada akal. Selanjutnya Ahmad Sonhadji
berpendapat bahawa orang-orang mumin dapat melihat tuhan mereka
pada hari kiamat dan dan juga di alam syurga. Dan melihatnya
bukanlah mustahil pada akal. Ini jelas dengan dalil daripada nas alQuran dan al-Hadith dan Ijma al-Sahabah serta orang-orang yang
selepas mereka daripada ulama salaf.12
Untuk mengukuhkan pendapat beliau, Ahmad Sonhadji membawakan
firman Allah, kemudian beliau memberikan keterangan :


Wajah-wajah (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.
Kepada tuhannya lah mereka itu melihat. (al-Qiyamah 75 :
22-23)
Orang mukmin yang ikhlas, semasa berlaku hari kiamat
mukanya berseri-seri memancarkan kesannya nikmat dan
kegembiraan, dapat melihat tuhannya terang-terangan
tanpa dilindungi tabir terangnya seperti melihat bulan di
malam purnama berdasarkan hadith sahih diriwayatkan
oleh al-Bukhari, ertinya : Sesungguhnya kamu bakal
melihat tuhan kamu berterang-terangan.13
Terdapat firman Allah yang menafikan kemampuan manusia melihat
Allah sebagaimana yang telah berlaku dalam peristiwa Nabi Musa a.s.
yang ingin melihat Allah. Dalam hal ini Ahmad Sonhadji berpendapat
bahawa manusia tidak dapat melihat tuhan semasa di dunia ini,
12 Ibid. h. 162.
13 Ibid
14

namun di akhirat, orang beriman akan dapat melihat Allah. 14 Firman


Allah yang menafikan kemampuan manusia melihat Allah di dunia ialah
:


Setelah Tuhannya tajalla (menzahirkan kebesaran-Nya)
kepada

gunung

itu,

(maka)

Tajalli-Nya

menjadikan

gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh


pengsan. (al-Araf 7 : 143)
Manakala Hamka dalam tafsirnya telah mentafsirkan Surah al-Qiyamah
ayat

22,

dengan

panjang

lebar

dan

memasukkan

perbahasan

penolakan Muktazilah terhadap masalah melihat Tuhan di akhirat. Kata


Hamka :
Masalah akan melihat wajah tuhan di hari kiamat ini jadi
perdebatan sengit di antara Ahlu Sunnah dengan kaum
Mutazilah. Karena kaum Mutazilah yang terkenal terlalu
mengemukakan akal (ratio) mengatakan tidak mungkin
kita manusia sebagai makhluk akan dapat melihat wajah
Tuhan. Sebab itu maka segala keterangan mengenai
melihat wajah Allah itu, oleh kaum Mutazilah selalu
ditawilkan, atau dicari arti yang lain, yang cocok dengan
faham mereka.15
Seterusnya Hamka mengukuhkan pendapat Ahlu Sunnah dengan
menukilkan pendapat Sayyid Quthub dalam Tafsir Fi Zhilal al-Quran
14 Ibid
15 Hamka, AbdulMalik AbdulKarim Amrullah (1985). Tafsir al-Azhar Juzu 29.
Pustaka Panjimas, Jakarta. h. 244
15

mengenai masalah ini dengan panjang lebar. Namun diringkaskan di


sini dengan persoalan yang dibawa oleh Sayyid Quthub :
Bagaimanakah wajah ketika itu? Bagaimana? Padahal yang
akan dilihatnya tidak lagi keindahan alam ciptaan Allah,
melainkan keindahan zat Allah itu sendiri?
Ketahuilah bahawa tempat yang semulia itu, pertama
sekali

ialah

memerlukan

pertolongan

Allah

sendiri.

Kemudian itu, yang kedua, ialah Allah jua yang akan


memberikan
menguasai

keteguhan
dirinya

di

sehingga

kala

kejadian

insan
itu,

sanggup
menikmati

kebahagiaan, yang tidak diliputi oleh khayalan manusia


dan tidak tergambarkan hakikatnya oleh apa yang dapat
dicapai oleh fikiran insani.16
Beliau menyambung petikan Sayyid Quthub lagi :
Bagaimana caranya melihat itu? Dengan apa melihat
Allah? Dengan perantaraan apa dan anggota yang mana?
Pertanyaan itu tidak akan timbul pada orang yang hatinya
telah dipenuhi oleh janji yang benar, janji dari Allah sendiri,
yang dijelaskan dari wahyu al-Quran, diterima penuh oleh
hati orang yang beriman. Belum terjadi, namun hati yang
beriman sudah merasakan sinar dari bahagia itu. Dia
menunggu, dia ingin dan dia rindu buat merasakan itu!17

Isu Ketiga : Masalah menyentuh mushaf al-Quran bagi orang yang


berhadas dan membawa al-Quran ketika bermusafir ke negeri musuh.
16 Ibid. h. 245
17 Ibid. h. 246
16

Berdasarkan firman Allah :



Tidaklah dapat menyentuhnya, kecuali orang-orang yang telah
disucikan.

(al-Waqiah 56 : 79)

Hamka berpendapat bahawa harus menyentuh atau memegang


mushaf dalam keadaan berhadath dan harus membawa al-Quran
ketika bermusafir ke negeri musuh. Pendapat Hamka ini adalah dengan
hujah bahawa hadith yang menyatakan tidak harus bagi mereka yang
tidak suci menyentuh al-Quran adalah tidak sahih sanadnya. Kata
Hamka :
Maka datanglah suatu hadis yang dirawikan oleh Imam
Malik

di

dalam

kitab

al-Muwaththa,

bahawa

Nabi

Muhammad s.a.w. bersabda :







Bermaksud : Tidaklah menyentuh akan al-Quran itu
kecuali orang yang suci.
Tetapi sanad, (sandaran) dari hadis yang menyatakan
tidaklah patut menyentuh akan al-Quran kecuali orang
yang suci, yang dengan hadis ini diambil dalil untuk
menyuruh

berwudhu

baru

menyentuh

al-Quran,

pengarang tafsir al-Quran yang terkenal, yaitu Ibnu Katsir


menegaskan bahawa sanad hadis itu masih meminta
peninjauan yang saksama (fiihi nazar). Dengan kata
demikian dapatlah kita fahamkan bahawa dia tidaklah
dengan teguh dapat dipegang untuk dijadikan hujjah untuk
mewajibkan jika hendak menyentuh al-Quran hendaklah

17

menyentuh terlebih dahulu. Meskipun kita merasakan juga


lebih baik jika berwudhu, tetapi bukan wajib.

18

Manakala hadith yang menyatakan larangan membawa al-Quran ke


negeri musuh adalah hadith sahih riwayat al-Bukhari. Namun Hamka
berpendapat bahawa hadih tersebut tidak boleh diamalkan pada
zaman sekarang kerana di negeri-negeri bukan Islam pada saat ini
sudah mempunyai umat islam yang ramai bahkan masjid-masjid di
negeri mereka tersergam indah. Hamka mendatangkan hadith tersebut
kemudian mengatakan :




Daripada Abdullah bin Umar (radhiallahu anhu) : Telah
melarang

Rasulullah

s.a.w.

bawa

musafir

seseorang

dengan al-Quran ke negeri musuh. (Riwayat Bukhari dan


Muslim)
Bahkan hadis melarang membawa mushaf al-Quran ke
negeri musuh yang sahih, riwayat Bukhari dan Muslim, di
zaman

kita

sekarang

ini

susah

juga

mempertanggungjawabkannya. Dalam hubungan dunia


sebagai sekarang, sukarlah melarang membawa al-Quran
ke negeri musuh. Apatah lagi di negeri-negeri yang disebut
negeri musuh itu di zaman sekarang telah pula banyak
orang islam. Di sana berdiri masjid-masjid yang besar
sebagai di London, di Australia dan di kota-kota besar
Amerika.

Dengan

beribu-ribu

maaf

kita

mengatakan

18 Hamka, Abdul Malik Abdul Karim Amrullah. (1983). Tafsir Al-Azhar. Pustaka
Nasional PTE LTD Singapura. Juzu 4, h. 7147
18

bahawa jika Rasulullah s.a.w. misalnya hidup di waktu


sekarang besar kemungkinan akan beliau izinkan bahkan
beliau anjurkan membawa al-Quran ke negeri-negeri itu
yang meskipun negeri itu masih tetap negeri musuh,
namun di sana sudah ada pemeluk agama Islam yang
tulus ikhlas. Ketika penulis tafsir ini datang ke London pada
bulan Mei 1966, pada hari Ahad, penulis dapati lebih 100
orang Islam kulit putih sembahyang berjamaah Zuhur di
tanah lapang Hyde Park yang terkenal.19

Analisis Pendekatan Mufassir Terhadap Taqrib al-Mazahib


Berdasarkan isu-isu yang telah dibincangkan di atas, dapat diketahui
bahawa ketiga-tiga mufassir di atas telah menggunakan pendekatan
seperti berikut :
Pertama : Analisis Pendekatan Hamka
Melalui isu peranan wanita dalam pekerjaan dan kemasyarakatan,
Hamka

telah

menggunakan

pendekatan

dengan

mentarjihkan

pendapat beliau dengan mengemukakan hujah-hujah yang tersendiri.


Beliau berpendapat bahawa wanita boleh bekerja dengan apa sahaja
bidang

pekerjaan

serta

kemasyarakatan.

Walaupun

terdapat

perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini, namun


Hamka telah menunjukkan sikap yang berhikmah kerana beliau
berhujah
pandangan

dengan
yang

penuh
tidak

ilmiah
selari

tanpa

mengkritik

mana-mana

dengan

pandangan

beliau.

Ini

menunjukkan bahawa beliau tidak secara membabi buta untuk


mentarjih sesuatu pandangan, bahkan dengan hujah dan hikmah yang
benar.
19 Ibid. h. 7148
19

Dalam

isu

Ruyah

(melihat)

Allah,

Hamka

telah

menggunakan

pendekatan menolak pandangan Mutazilah yang berpendapat bahawa


manusia tidak mampu melihat Allah. Hamka berpendapat bahawa
orang beriman akan dapat melihat Allah di akhirat kelak berdasarkan
janji Allah yang termaktub dalam al-Quran. Justeru dalam hal ini
Hamka berkeras dengan pendapat beliau dan tidak bertolak ansur
dalam masalah akidah. Sememangnya hal ini tidak sepatutnya
dikompromi oleh mereka yang berpegang dengan landasan yang benar
kerana Mutazilah terkenal sebagai golongan yang terkeluar daripada
Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
Manakala isu menyentuh mushaf al-Quran bagi orang yang berhadath
dan membawa al-Quran ketika bermusafir ke negeri musuh, Hamka
berpendapat bahawa boleh menyentuh al-Quran bagi orang yang
berhadath dan membawa al-Quran ketika bermusafir ke negeri musuh.
Hal ini terdapat perbezaan pendapat dan perbincangan yang luas di
kalangan ulama, namun Hamka mengambil pendekatan berhemah
dengan tidak mengkritik mana-mana pendapat ulama yang berbeza
pandangan dengan beliau. Ini menunjukkan bahawa beliau berlapang
dada dengan wujudnya pendapat-pendapat yang lain. Bukan seperti
penganut mazhab-mazhab fiqh yang fanatik dan mengkritik pendapat
yang tidak sehaluan dengan pendapat mereka.
Kedua : Analisis Pendekatan Muhammad Quraish Shihab
Melalui isu peranan wanita dalam pekerjaan dan kemasyarakatan,
Quraish Shihab menggunakan pendekatan mentarjihkan pendapatnya
dengan hujah yang adil. Walaupun terdapat kepelbagaian pendapat
ulama dalam masalah ini, namun Quraish Shihab tidak menghina
pendapat tersebut. Beliau hanya mengemukakan hujah-hujah para
sahabiah

dan

isteri

nabi

juga

bekerja

dan

bermasyarakat.

Ini

menunjukkan bahawa sikap Quraish Shihab dalam mentafsirkan Surah


20

al-Ahzab ayat 33, sama sebagaimana sikap Hamka iaitu mentarjihkan


pandangan dengan hujah-hujah yang penuh ilmiah.
Ketiga : Analisis Pendekatan Ahmad Sonhadji
Melalui isu Ruyah (melihat) Allah, Ahmad Sonhadji menggunakan
pendekatan mengkritik pandangan aliran mazhab Mutazilah, Khawarij
dan sebahagian Murjiah. Beliau menggelarkan golongan ini sebagai
Ahlu Bidah. Ahmad Sonhadji bersikap menolak pandangan mazhab
mereka dengan mengatakan bahawa mereka menggunakan akal untuk
memahami masalah ini. Justeru, sikap beliau terhadap mazhabmazhab tersebut adalah keras dan tidak ada tolak ansur kerana
masalah yang dibincangkan adalah masalah yang melibatkan akidah.
Perbezaan akidah yang terkeluar daripada Ahlu Sunnah semestinya
tidak boleh diberi ruang oleh para ulama untuk bertolak ansur dalam
isu seumpama ini.

Kesimpulan
Dalam memahami pendekatan mufassir terhadap taqrib al-mazahib,
tiga orang mufassir yang telah dikemukakan di atas mempunyai
pendekatan yang berbeza untuk mentafsir dan menghuraikan isu-isu di
atas. Sikap para mufassir yang ditunjukkan perlulah dipuji dan
dicontohi oleh masyarakat di dunia Islam. Mereka menggunakan
pendekatan yang benar dalam menjawab sesuautu isu. Ada yang
bersikap menyampaikan pandangan dengan hujah dan nas, ada yang
bersikap menolak dengan keras pendapat yang berbeza pandangan.
Namun, masalah perbezaan fiqh dijawab dengan pendapat mereka
tanpa mengkritik pendapat yang lain. Inilah sikap hormat menghormati
antara para ulama tafsir. Manakala perbezaan dari sudut akidah pula
dijawab dengan keras terhadap mazhab-mazhab yang keluar daripada
21

Ahlu Sunnah Wal Jamaah seperti Mutazilah, Khawarij dan Murjiah. Ini
juga ada sikap yang sewajarnya ditunjukkan oleh para mufassir.
Walaupun taqrib al-mazahib tidak berlaku antara mazhab-mazhab
sunni dan yang terkeluar daripada sunni, namun isu perbezaan akidah
tidak boleh dikompromi oleh para sarjana.
Justeru, masyarakat perlulah mengambil iktibar daripada sikap dan
pendekatan yang telah ditunjukkan oleh para mufassir apabila
berhadapan dengan masalah-masalah yang telah dibincangkan di atas.
Sikap berlapang dada dan terbuka kepada perbezaan fiqh dan sikap
keras terhadap perbezaan akidah adalah suatu yang adil dan perlu
dicontohi oleh golongan masyarakat. Semua ini adalah contoh teladan
yang baik buat mereka yang inginkan neraca yang adil dalam menilai
sesuatu isu. Mereka yang fanatik perlu melihat bahawa para mufassir
telah bersikap dengan sikap yang adil, bukannya bersikap dengan
membuta tuli untuk berhadapan dengan sesuatu isu.

Bibliografi dan Rujukan


1. Abdul Manan SyafiI (2012). Islah Wanita Di Indonesia ; Kajian
Pemikiran Hamka Dalam Tafsir al-Azhar dan Quraish Shihab
Dalam Tafsir al-Misbah, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan alQuran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

22

2. Al-Shaukani, Muhammad ibn Ali Muhammad (2007). Tafsir Fath


al-Qadir, Tahqiq dan takhrij Sayyid Ibrahim, Kairo-Mesir: Dar alHadis.
3. Hamka, Abdul Malik Abdul Karim Amrullah. (1983). Tafsir AlAzhar. Pustaka Nasional PTE LTD Singapura.
4. Hamka, AbdulMalik AbdulKarim Amrullah (1985). Tafsir al-Azhar
Juzu 29. Pustaka Panjimas, Jakarta.
5. Norlaila binti Sulaiman (2010). Isu-isu Akidah Terpilih Dalam
Tafsir Abr al-Athir Karya Ahmad Sonhadji. Disertasi Ijazah Sarjana
Usuluddin,

Jabatan

Akidah

dan

Pemikiran

Islam,

Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


6. ___________(t.t). Biografi M. Quraish Shihab dan Kitab Tafsir alMisbah.

Dicapai

20

Mei

2015.

http://digilib.uinsby.ac.id/7245/3/bab%202.pdf
7. Iskandar Zulkarnain (2007). Tafsir Al-Quran Abrar Al-Athir Oleh
Ahmad

Sonhadji

Mohammad.

Dicapai

20

Mei

2015.

http://disertasi.blogspot.com/2007/08/disertasi-ilmiah-12-tafsirabr-al-athir.html
8. Siti Lestari (2010). Pemikiran Hamka Tentang Pendidik Dalam

Pendidikan

Islam

Dicapai

20

Mei

2015.

http://library.walisongo.ac.id/digilib/files/disk1/123/jtptiain-gdlsitilestar-6113-1-skripsi-p.pdf

23

You might also like