You are on page 1of 118

Siri Rujukan Cepat Tarbiyah

(Mengenal Alam Malaikat,


Hari Akhirat & Takdir)

Diringkas & disaring daripada


Kitab Tauhid az-Zindani
AKIDAH
Siri #5
Penyusun: EbookTarbiyah.Com
AKAD PEMBELIAN
1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK
INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN
ISI KANDUNGAN EBOOK.

2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK


INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN:

RM4.50 SAHAJA KEPADA


AKAUN MAYBANK 164799081505
(AZRAAI BIN AHMAD)
ebooktarbiyah@gmail.com

Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website


EbookTarbiyah.Com

3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK


INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA.

4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI


SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG
KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN
BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH.

5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI,


AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD
PEMBELIAN INI.

SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. 

Tarbiyah Made Easy!! 2


KATA PENGANTAR

‫ﺑﺴﻢ اﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬


Segala pujian untuk Allah Taala, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam semoga dicurahkan ke atas penghulu
para Nabi dan Rasul; Nabi Muhammad SAW, juga ke atas
ahli keluarga dan para Sahabat baginda sekalian.

Kami bersyukur kepada Allah Taala, kerana atas kurnia-Nya


jua ebook “Iman kepada Perkara Ghaib: Mengenal Alam
Malaikat, Hari Akhirat & Takdir” ini berpeluang untuk
dizahirkan dihadapan pembaca.

Untuk makluman anda, ebook ini merupakan Siri Kelima


daripada beberapa lagi siri ringkasan terhadap Kitab Tauhid
az-Zindani.

Kitab Tauhid Az-Zindani

Kitab Tauhid yang ditulis oleh Syeikh


Abdul Majid az-Zindani ini memang
sesuai dijadikan bahan asas dalam
memahami ilmu tauhid (merangkumi
akidah dan Rukun Iman) di tahap
pemulaan Tarbiyah Islamiyah

Tarbiyah Made Easy!! 3


Kitab Tauhid az-Zindani dibahagikan kepada 3 jilid:

• Jilid 1 terdapat 16 Fasal


• Jilid 2 terdapat 17 Fasal
• Jilid 3 terdapat 14 Fasal

Pendekatan Kitab ini.

Syeikh Abdul Majid menggunakan beberapa pendekatan


dalam mengarang Kitab ini:

• Berinteraksi dengan pembaca secara soal jawab


dalam membahaskan topik-topiknya.

• Soalan-soalan dijawab dengan ringkas, menggunakan


contoh-contoh berupa analogi, mengajak berfikir
dan merenung penciptaan alam dan diri manusia
(dalil ‘aqli), serta dilandasi dalil-dalil Al-Quran dan
As-Sunnah (dalil naqli).

• Melebihkan takwin (pembentukan) daripada taalim


(pengajaran). Ini dilihat apabila fakta-fakta tidak
terus diberikan, sebaliknya pembaca dibimbing
untuk memahami kaedah-kaedah ke arah
kesimpulan tersebut.

Contoh; Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’ was


Shifaat Allah SWT, dibentuk melalui jalan berfikir
tentang penciptaan alam dan diri manusia. Setelah
itu, barulah disimpulkan dengan ayat-ayat Al-Quran
atau Hadis.

Tarbiyah Made Easy!! 4


Ini selari dengan firman Allah SWT:

ÇÆ ÅÄÃÂÁ À
Ò Ñ Ð Ï Î Í Ì ËÊ É È
ÔÓ
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda
kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam
yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka
sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka
bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata
kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup
(bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan
menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
(Fushilat 41: 53)

Kenapa Ebook ini Ditulis?

Kami tidak berniat untuk menggantikan Kitab Tauhid


yang asal. Sudah tentu membaca buku asal tidak sama
dengan membaca ringkasan.

Konsep ebook ini ialah Rujukan Cepat Tarbiyah. Seperti


di sekolah-sekolah, kita ada buku teks dan buku rujukan
tambahan. Maka, ebook ini bolehlah dianggap sebagai
rujukan tambahan bagi buku-buku Tarbiyah sedia ada.

Tarbiyah Made Easy!! 5


Konsep Istimewa Ebook Ini

Berikut adalah konsep-konsep istimewa ebook ini:

• Ebook. Membuatkan ia sesuai dibaca samada di


komputer atau gajet-gajet elektronik yang sesuai. Ini
memudahkan proses ulangkaji dan penyampaian pada
bila-bila masa sahaja.

• Download dulu, bayar kemudian. Konsep ini mungkin


agak baru bagi anda. Namun, kami memperkenalkan
konsep ini agar pembaca berpuas hati dengan
kandungan ebook ini sebelum dibeli. Setelah berpuas
hati, barulah anda membuat pembayaran.

• Meletakkan Tema. Dalam buku asal, tidak dijelaskan


tema bagi fasal-fasalnya. Sehingga mungkin agak sukar
untuk menentukan tema bagi setiap fasal. Oleh itu,
kami cuba menyusun dan menghimpun semula fasal-
fasal tersebut mengikut tema tertentu, walaupun
daripada Jilid yang berbeza. Contoh tema: Ilmu
Tauhid, Ma’rifatullah dll.

• Menggabungkan fasal-fasal yang hampir sama topik


perbahasannya. Di dalam Kitab Tauhid, terdapat
pengulangan topik yang sama dalam beberapa fasal.
Maka, kami gabungkan fasal-fasal tersebut dalam satu
tajuk sahaja. Contoh; fasal “Bagaimana Kita Mengenal
Allah” digabungkan dengan fasal “Makhluk Allah:
Cerminan Kekuasaan dan Sifat-sifatNya.”

Tarbiyah Made Easy!! 6


• Objektif Khusus. Diawal setiap tema, dijelaskan
objektif-objektif khusus (biasanya aspek kognitif) bagi
setiap tajuk.

• Diskusi Tarbawi & Dakwi. Di akhir setiap tajuk, kami


letakkan soalan-soalan diskusi. Diskusi ini sedikit
sebanyak dirangka untuk mencapai objektif-objektif
daripada aspek afektif dan psikomotor.

• Berwarna. Ebook ini menggunakan beberapa warna


untuk membezakan di antara tajuk besar, tajuk kecil,
soalan, ayat Al-Quran dan hadis, maksud ayat, dan
sebagainya.

• Bergambar. Antara kelebihan Kitab Tauhid az-Zindani


adalah banyaknya contoh, analogi dan tadabbur alam.
Oleh itu, kami cuba membantu penghayatan anda
dengan gambar-gambar yang sesuai.

Begitulah konsep yang kami gariskan dalam


menghasilkan ebook di tangan anda ini. Percubaan ini
sudah pasti jauh daripada kesempurnaan. Oleh itu, kami
mengalu-alukan sebarang kritikan dan saranan yang
membina daripada pembaca.

Semoga Allah redha. Wallahua’lam.

EbookTarbiyah.Com
Januari 2015

Tarbiyah Made Easy!! 7


ISI KANDUNGAN
Akad Pembelian (#2)
Kata Pengantar (#3)

Isi Kandungan (#8)

IMAN KEPADA MALAIKAT: (#9)


1. Beriman kepada Malaikat (#10)

IMAN KEPADA HARI AKHIRAT: (#26)


1. Beriman kepada Hari Akhirat (#28)
2. Kematian (#40)
3. Kehidupan Alam Barzakh (#53)
4. Hari Kebangkitan (#67)

IMAN KEPADA TAKDIR (#103)


1. Beriman kepada Takdir (#104)

Sekian (#116)
Akad Pembelian (#117)

p/s: # ialah mukasurat

Tarbiyah Made Easy!! 8


IMAN KEPADA MALAIKAT
TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS:

1. BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat:

i. Menjelaskan hakikat penciptaan malaikat.


ii. Menyebutkan beberapa tugasan para malaikat.
iii. Mengeluarkan dalil kewajipan beriman kepada
malaikat.
iv. Menyenaraikan beberapa kepentingan beriman
kepada para malaikat bagi seorang muslim.

Tarbiyah Made Easy!! 9


“BERIMAN KEPADA MALAIKAT”

TOPIK PERBAHASAN

MULA TAMAT

4. KEPENTINGAN
1. PENCIPTAAN
BERIMAN KEPADA
MALAIKAT
MALAIKAT

3. KEWAJIPAN
2. TUGAS-TUGAS
BERIMAN KEPADA
MALAIKAT
MALAIKAT

*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani;


Jilid 1: Fasal Lima Belas (15); Jilid 2: Fasal Kedua (2)

Tarbiyah Made Easy!! 10


1. PENCIPTAAN MALAIKAT

Soalan: Siapakah itu Malaikat?

Tidak Makan &


Makhluk Nurani Tidak Berjantina
Minum

Tidak Tidur atau Berada di Alam


Rasa Letih yang Lain

• Malaikat adalah makhluk nurani (diciptakan Allah SWT


daripada cahaya).

Sabda Rasulullah SAW:

‫ﺖ اﻟ َْﻤ َﻼ ﺋِ َﻜﺔُ ِﻣ ْﻦ ﻧٌـ ْﻮٍر‬


ِ ‫ُﺧ ِﻠ َﻘ‬
“Diciptakan malaikat daripada cahaya.”

(Riwayat Muslim)

• Malaikat tidak makan dan minum.

Al-Quran menceritakan tentang kisah tetamu Nabi


Ibrahim AS yang terdiri daripada malaikat utusan Allah
SWT untuk menghancurkan kaum Nabi Luth AS dalam
(Adz-Dzariyat 51: 24-28)

Tarbiyah Made Easy!! 11


Firman Allah SWT:

°¯ ®¬«ª©
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad)
perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan?

¼ » º ¹ ¸ ¶µ ´ ³ ² ±
Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi
salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu,”
Dia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu, “(Sambil
berkata di dalam hati): mereka ini orang-orang yang
tidak dikenal.
ÃÂÁÀ¿ ¾½
Kemudian dia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta
dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang
dipanggang).
É ÈÇÆÅÄ
Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata:
“Silalah makan”.

Õ Ô Ó Ò ÑÐ Ï Î ÍÌ Ë Ê
(Setelah dilihatnya mereka tidak menjamah makanan
itu), maka dia merasa takut dari keadaan mereka.
(Melihat kecemasannya), mereka berkata: “Janganlah
engkau takut (wahai Ibrahim)”. Lalu mereka
memberikan berita gembira kepadanya, bahawa dia
akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.

Tarbiyah Made Easy!! 12


• Malaikat tidak berjantina.

Orang musyrik Arab Jahiliyah menganggap bahawa


malaikat adalah anak perempuan Allah, maka Dia
menjelaskan kebohongan mereka itu dalam firman-Nya:

¨ §¦ ¥ ¤ £ ¢ ¡ ‫ﮯ‬
¯ ® ¬ « ª©
Dan mereka pula mensifatkan malaikat - yang juga
menjadi hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu -
jenis perempuan. Adakah mereka menyaksikan kejadian
malaikat itu? Akan dituliskan kata-kata mereka (yang
dusta itu), dan mereka akan ditanya kelak (serta akan
menerima balasannya)
(Az-Zukhruf 43: 19)

• Mereka tidak tidur dan tidak merasa letih dengan


tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Firman Allah SWT:

{ z y x w vu t sr q
m~}|
Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi
adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-
malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri
dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan
tidak pula mereka merasa penat dan letih.

Tarbiyah Made Easy!! 13


¦¥¤ £¢¡
Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak
berhenti-henti.
(Al-Anbiya’ 21: 19-20)

• Mereka berada di alam lain, hidup tanpa bergantung


kepada makhluk lain, serta berbeza fizikal dan
jasadnya daripada manusia.

Tarbiyah Made Easy!! 14


2. TUGAS-TUGAS MALAIKAT
Soalan: Apakah tugas-tugas para Malaikat?

Bertasbih,
Mengurus Hal Jibril: Ketua
Beribadah &
Ehwal Alam ikut Malaikat &
Tunduk Patuh
Kehendak Allah Penyampai Wahyu
kepada Allah

Menjaga,
Mengawasi & Pelbagai Tugasan
Mencabut Nyawa
Mencatat Amal Lain
Manusia

• Mereka mengurus hal ehwal alam ini mengikut


kehendak dan kemahuan Allah SWT.

Allah menugaskan mereka untuk melaksanakan segala


perintah-Nya. Mereka tidak akan melakukan apa-apa
tanpa perintah-Nya.

Firman Allah SWT:


;:98
...Bahkan (malaikat yang dikatakan menjadi anak Allah
itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan.

BA@ ?>=<
Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan
mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkanNya.

(Al-Anbiya’ 21: 26-27)

Tarbiyah Made Easy!! 15


• Di antara tugas mereka adalah sentiasa bertasbih,
beribadah dan tunduk patuh kepada Allah SWT.

Perkara ini merupakan sifat asli mereka, seperti yang


digambarkan oleh firman Allah SWT sebelum ini.

Rujuk (Al-Anbiya’ 21: 19-20)

• Di kalangan mereka terdapat Jibril, yang menjadi


pemimpin di kalangan para malaikat dan
bertanggungjawab menyampaikan wahyu kepada Nabi
dan Rasul AS, serta petunjuk lainnya seperti yang
berlaku kepada Maryam.

Firman Allah SWT:


m lkj i
Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah
(yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,

tsrqpon
Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi, di sisi Allah
yang mempunyai Arasy,
xwv u
Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi
dipercayai.
(At-Takwir 81: 19-21)

Tarbiyah Made Easy!! 16


Firman Allah SWT:

LKJI HGFEDC
M
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-
Quran ini perihal Maryam, tatkala dia memencilkan diri
dari keluarganya disebuah tempat di sebelah timur.

UT S R QPON
YX WV
Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi
dirinya dari mereka (untuk beribadah); maka Kami
hantarkan kepadanya: Ruh dari Kami (malaikat Jibril),
lalu dia menyamar diri kepadanya sebagai seorang
lelaki, yang sempurna bentuk kejadiannya.

(Maryam 19: 16-17)

• Ada pula malaikat yang ditugaskan mengawasi dan


mencatat amal perbuatan manusia. Firman Allah SWT:

U T SRQPO
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang
menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka
adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi
ditugaskan menulis (amal-amal kamu).

(Al-Infithar 82: 10-11)

Tarbiyah Made Easy!! 17


Firman Allah SWT:

9 8 7 654 3 21
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan
menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan
dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah
kanannya, dan yang satu lagi disebelah kirinya.

BA@? >=<;:
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya
(atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di
sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia
(menerima dan menulisnya).
(Qaaf 50: 17-18)

• Ada pula malaikat yang diserahkan urusan mencabut


nyawa.

Firman Allah SWT:

×ÖÕÔÓÒÑÐ ÏÎ
ÙØ
Katakanlah: “Nyawa kamu akan diambil oleh Malakul-
Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis
ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan
kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

(As-Sajdah 32: 11)

Tarbiyah Made Easy!! 18


• Juga terdapat malaikat-malaikat lain dengan pelbagai
tugasan. Antaranya adalah seperti yang diceritakan di
dalam firman Allah SWT ini:

` _ ^ ] \ [ Z YX W V
Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal
segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu
dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat
yang mengawal itu.
(Al-Haqqah 69: 17)

Tarbiyah Made Easy!! 19


3. KEWAJIPAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT

• Dalam Al-Quran, kita telah diberitahu tentang


kewujudan para malaikat oleh Allah SWT.

• Oleh itu, hukum beriman kepada mereka adalah wajib


dan menjadi salah salah satu daripada Rukun Iman.

Firman Allah SWT:

p on m l k j i h g
zyxwvu tsrq
¤ £ ¢ ¡‫{| } ~ ﮯ‬
¦¥
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan
kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang
beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan
Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-
RasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan
antara seorang dengan yang lain dari Rasul-RasulNya”.
Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami taat.
(Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan Kami, dan
kepadaMu jualah tempat kembali”.

(Al-Baqarah 2: 285)

Tarbiyah Made Easy!! 20


4. KEPENTINGAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Luaskan
pengetahuan Ingatkan bahawa
Salah satu dari
tentang Sistem Pelaku Maksiat
Rukun Iman
yang ditetapkan hanyalah Minoriti
Allah

Menjaga Diri
Yakin Pertolongan
daripada
Allah melalui
melakukan
para Malaikat
Maksiat

• Berikut adalah kepentingan dan hikmah kita diwajibkan


beriman kepada malaikat:

i. Beriman dan meyakini kewujudan malaikat adalah


salah satu daripada Rukun Iman. Iman kita tidak
akan sempurna tanpa keimanan kepada malaikat.

Allah SWT yang memberitahu kita tentang mereka,


dan kita wajib beriman dengan setiap sesuatu yang
diberitakan oleh-Nya.

ii. Beriman kepada malaikat meluaskan pengetahuan


manusia berkenaan sistem yang telah Allah tetapkan
untuk alam ini.

Orang beriman akan mempunyai pengetahuan dan


kefahaman yang benar terhadap hakikat alam ghaib,
kerana diberitakan melalui ajaran yang sumbernya
daripada Allah SWT, Tuhan sekalian alam ini.

Tarbiyah Made Easy!! 21


iii. Beriman dan menyakini kewujudan malaikat dan
makhluk-makhluk lain yang taat kepada Allah SWT
mengingatkan kita bahawa pelaku maksiat kepada-
Nya di alam ini hanyalah golongan minoriti.

Jumlah mereka sangat sedikit berbanding jumlah


para malaikat dan makhluk lain yang taat kepada
Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

“Langit telah bersuara dan ia memang berhak untuk


bersuara, tidak ada di dalamnya ruang tapak kaki
melainkan ada malaikat yang ruku’ atau sujud.”

Kemudian baginda membaca:

_^]\ [ ZY
(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka
dengan berkata): “Dan tiada sesiapapun dari
kalangan kami melainkan ada baginya darjat
kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan
tugasnya);
cba`
“Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris
(menjunjung perintah dan beribadat),

g fed
“Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa
bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat
kekurangan).”
(As-Saaffat 37: 164-166)

Tarbiyah Made Easy!! 22


iv. Allah SWT mengutuskan malaikat untuk menolong
orang-orang beriman. Maka, dengan beriman
kepada malaikat, akan sentiasa yakin dengan
pertolongan-Nya kepada kita melalui para malaikat.

Firman Allah SWT:

a`_^]\[ZY
ih g fed cb
qponml kj
(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada
malaikat: “Sesungguhnya Aku menyertai kamu
(memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati)
orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati
orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh
itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan tetaklah
tiap-tiap anggota mereka”

(Al-Anfal 8: 12)

v. Beriman kepada para malaikat yang menulis segala


amalan kita menjadikan kita sentiasa berhati-hati
daripada melakukan kemungkaran kerana sedar ia
akan dicatat dalam kitab amalan kita.

Sebaliknya, kita akan sentiasa berusaha untuk


melakukan segala amalan kebaikan supaya amalan
kita dicatat oleh malaikat.

Tarbiyah Made Easy!! 23


Firman Allah SWT:

X W V UT S R Q P O N
ZY
Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak
mendengar yang mereka sembunyikan (di dalam
hati) dan apa yang mereka perkatakan (dengan
berbisik) sesama sendiri? (Bukan sebagaimana yang
mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami
(malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis
segala yang mereka lakukan.
(Az-Zukhruf 43: 80)

Rasulullah SAW bersabda:


“Sesungguhnya terdapat seseorang (malaikat)
bersama kamu yang tidak akan meninggalkan kamu
kecuali ketika kamu berada di dalam tandas dan
ketika kamu berjimak, maka bersifat malulah serta
muliakanlah mereka.”

Wallahu a’lam

Tarbiyah Made Easy!! 24


DISKUSI TARBAWI & DAKWI

i. Malaikat merupakan makhluk yang suci dan sentiasa


taat kepada Allah SWT, namun manusia beriman lebih
mulia daripada mereka. Mengapa?

(Ketaatan malaikat adalah semulajadi, mereka


tinggalkan maksiat tanpa perlukan kesungguhan
kerana tiada nafsu syahwat. Mereka tiada pilihan.
Sedangkan manusia terpaksa berjuang melawan hawa
nafsu, memerangi bisikan syaitan dan menanggung
kesusahan demi mentaati Allah. Jadi, orang beriman
layak mendapatkan kemuliaan berbanding malaikat)

ii. Apakah kesan beriman kepada malaikat yang


mencatat setiap amalan kita?

(Melahirkan rasa malu untuk bermaksiat kepada Allah


SWT ketika berseorangan; Istiqamah melaksanakan
amal walau tiada orang lain melihatnya; Sabar dan
bermujahadah menghadapi kesusahan dalam mentaati
Allah dan menjauhi maksiat)

Tarbiyah Made Easy!! 25


IMAN KEPADA HARI AKHIRAT

TAJUK-TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS:

1. BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat:

i. Menjelaskan dua bahagian kehidupan manusia,


iaitu di Darul ‘Amal dan Darul Jaza’
ii. Memberikan dalil logik kewujudan Hari Akhirat bagi
menjawab persoalan orang yang tidak percaya.

2. KEMATIAN

Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat:

i. Menjelaskan perbezaan di antara kehidupan dengan


kematian.
ii. Menerangkan keadaan manusia beriman dan tidak
beriman ketika menghadapi kematian berdasarkan
dalil-dalil naqli
iii. Menyatakan kepentingan bersiap-sedia untuk
menghadapi kematian

Tarbiyah Made Easy!! 26


3. KEHIDUPAN ALAM BARZAKH

Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat:

i. Menerangkan maksud Alam Barzakh.


ii. Menjelaskan keadaan manusia di alam kubur
berdasarkan iman dan amal mereka.
iii. Menyenaraikan beberapa tempat tinggal ruh
selepas hisab di dalam kubur.
iv. Menyatakan perbezaan di antara alam kehidupan
dengan alam barzakh.

4. HARI KEBANGKITAN

Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat:

i. Menerangkan maksud Hari Kebangkitan.


ii. Menjelaskan suasana kebinasaan dunia dan
beberapa peristiwa di awal Hari Kebangkitan.
iii. Memberikan dalil naqli dan aqli tentang
penyempurnaan kebangkitan semula manusia di
Hari Kebangkitan.
iv. Menjelaskan peristiwa-peristiwa seterusnya yang
bakal dilalui manusia di Hari Kebangkitan yang
menentukan kesudahan terakhir mereka.

Tarbiyah Made Easy!! 27


“BERIMAN KEPADA HARI
AKHIRAT”

TOPIK PERBAHASAN

MULA TAMAT

2. HARI AKHIRAT
1. DUA BAHAGIAN
MENUNJUKKAN
KEHIDUPAN MANUSIA
KEADILAN ILAHI

*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani;


Jilid 1: Fasal Tiga Belas (13)

Tarbiyah Made Easy!! 28


1. DUA BAHAGIAN KEHIDUPAN MANUSIA

• Kehidupan manusia terbahagi kepada dua bahagian,


iaitu:

KEHIDUPAN
MANUSIA

KEHIDUPAN KEHIDUPAN KEKAL


SEMENTARA DI ABADI DI DARUL
DARUL ‘AMAL JAZA’

Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan Darul Amal itu?

• Darul ‘Amal (Negeri Beramal) ialah bumi


yang kita hidup di atasnya pada ketika ini
untuk tempoh yang sementara. Iaitu
tempoh masa yang diberikan kepada kita
untuk melakukan amal yang kita
kehendaki.

• Kita hidup di atasnya untuk tempoh masa


yang telah ditetapkan Allah SWT,
sepertimana kehidupan umat terdahulu
sebelum kita.

Tarbiyah Made Easy!! 29


Firman Allah SWT:

Ø × ÖÕ Ô ÓÒ ÑÐÏÎ
ä ã â á à ß Þ ÝÜ Û Ú Ù
î í ì ë ê éè ç æ å
(Dan sebagai bukti): tidakkah orang-orang (yang tidak
mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu
mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang
kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu
lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa
kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi
oleh sesuatupun samada di langit atau di bumi;
sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha
Kuasa.

)('&%$#"!
3 21 0 / . - , + *
;:9 87654
Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta
terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang
mereka telah kerjakan, tentulah Dia tidak membiarkan
tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan
tetapi (Dia tidak bertindak dengan serta merta bahkan)
Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa
yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka
(maka Allah akan membalas masing-masing dengan
adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat
keadaan hamba-hambaNya.
(Faathir 35: 44-45)
Tarbiyah Made Easy!! 30
• Tempoh ini semakin hari semakin
berkurangan, dan kita semakin
menghampiri Darul Jaza’ (Negeri
Pembalasan). Apabila tempoh ini
akhirnya tamat, kita merasakan
bahawa kehidupan yang telah
berlalu seolah-olah tidak lebih
daripada sesaat sahaja.

Firman Allah SWT:

BA@? >=< ;:9


N M L K J I H G F E DC
Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada
hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai
seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan
sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan
berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah
orang-orang yang telah mendustakan hari menemui
Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak
mendapat pertunjuk (ke jalan mencari untung semasa
hidup di dunia).
(Yunus 10: 45)

Tarbiyah Made Easy!! 31


Soalan: Apakah pula yang dimaksudkan dengan Darul Jaza’?

• Darul Jaza’ ialah negeri Akhirat, iaitu tempat manusia


mendapat balasan bagi semua amalannya di Darul
‘Amal (dunia ini).

• Sementara itu, kematian pula adalah titik perpindahan


daripada Darul ‘Amal ke Darul Jaza’.

Darul
Darul ‘Amal Kematian
Jaza’

Firman Allah SWT:

RQPONMLK JI
Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang - balasan
apa yang telah dikerjakannya, dan Allah lebih
mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan.

\ [ Z YX W V U T S
edcba`_^]
nm l k j i h g f
w vutsrqpo

Tarbiyah Made Easy!! 32


Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka
Jahannam dengan berpasuk-pasuk, sehingga apabila
mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya
dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka:
“Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari
kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada
kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan
kamu akan pertemuan hari kamu ini?” Mereka
menjawab: “Ya, telah datang, tetapi telah ditetapkan
hukuman azab atas orang-orang yang kafir.”

¡ ‫ { | }~ ﮯ‬z y x
£¢
(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: “Masukilah
pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan
tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk
tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah
neraka Jahannam.

® ¬ «ª © ¨ § ¦ ¥ ¤
µ ´ ³ ² ± ° ¯
»º¹¸¶
Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka
akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasuk
sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu -
pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya meng-

Tarbiyah Made Easy!! 33


alu-alukan mereka dengan kata-kata: “Salam sejahtera
kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah
masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal
kekal di dalamnya”, (mereka pun masuk)

ÃÂÁÀ¿¾½¼
Í Ì Ë Ê ÉÈ Ç Æ Å Ä
Serta mereka berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah
yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang
menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan
sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari
Syurga ini di mana sahaja kami sukai; maka pemberian
yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-
orang yang beramal”.

('&%$#"!
3 2 1 0 / . - , + *)
Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat
beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji
Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan
(masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan)
mengucapkan: “Segala puji memelihara dan
mentadbirkan seluruh alam.”
(Az-Zumar 39: 70-75)

Tarbiyah Made Easy!! 34


2. HARI AKHIRAT MENUNJUKKAN KEADILAN ILAHI

Kita beriman kepada Hari Akhirat kerana yakin dengan


setiap perkara yang diberitakan oleh para Rasul AS yang
benar, melalui ajaran daripada Allah SWT, Pencipta
manusia, dunia, syurga dan neraka.

Soalan:
Namun, bagaimana pula jika kita ingin menyakinkan
seseorang mengenai kewujudan Hari Akhirat secara logik
akal? Apakah hujah kita kepadanya?

• Dalam diri manusia, terdapat perasaan cintakan


keadilan. Perasaan inilah yang menjadikan manusia
membenci kezaliman dan mencintai keadilan. Pencipta
perasaan ini ialah Allah SWT.

Sebuah demo di UK,


membantah
keganasan Israel
terhadap penduduk
Palestin.

• Tidak syak lagi bahawa Pencipta tentulah lebih


sempurna dan mulia daripada makhluk-Nya, maka
keadilan Allah SWT tentu lebih sempurna daripada
keadilan makhluk-Nya yang bergelar manusia.

Tarbiyah Made Easy!! 35


• Jika keadilan manusia tidak dapat menerima tindakan
menyamakan antara:

 penzalim dengan yang dizalimi


 pembunuh dengan yang dibunuh
 orang yang taat dengan orang yang bermaksiat

Pasti keadilan Allah SWT lebih-lebih lagi tidak dapat


menerimanya!

Firman Allah SWT:

+ * ) (' & % $ # " !


3 2 1 0 / . -,
Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta
segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan
yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang
demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir,
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu
dari azab neraka.

;:9 87654
A @?> =<
Patutkah Kami jadikan orang-orang yang beriman dan
beramal soleh itu sama seperti orang-orang yang
melakukan kerosakan di muka bumi? Atau patutkah
Kami jadikan orang-orang yang bertakwa sama
seperti orang-orang yang berdosa?
(Saad 38: 27-28)
Tarbiyah Made Easy!! 36
• Kita mendapati di dunia ini, tidak berlaku keadilan dan
kesaksamaan yang sempurna, atau balasan yang
setimpal bagi seluruh manusia.

• Oleh demikian, kita meyakini bahawa hitungan amalan


tidak akan disempurnakan di dunia, sebaliknya akan
ditangguhkan ke Hari Perhitungan di akhirat kelak,
seperti yang telah diceritakan oleh para Rasul AS.

Wallahu a’lam

Tarbiyah Made Easy!! 37


DISKUSI TARBAWI & DAKWI

i. Mengapakah beriman kepada Hari Akhirat boleh


dianggap sebagai elemen terpenting selepas beriman
kepada Allah SWT? Sehingga ia dijadikan tema asasi
dalam ayat-ayat Makkiyah selepas tauhidullah.

(Iman kepada Allah merealisasikan ma’rifah terhadap


asal penciptaan alam; manakala iman kepada Hari
Akhirat pula akan merealisasikan ma’rifah terhadap
tempat kembali yang menjadi destinasi setiap yang
wujud. Melalui kedua-dua ma’rifah ini, manusia dapat
menentukan hala tuju, matlamat hidup dan
mengambil langkah yang benar untuk sampai kepada
matlamat dan tujuan)

ii. Hari Akhirat disebutkan dengan pelbagai nama di


dalam Al-Quran. Nyatakan nama-nama tersebut.

 Yaumul Ba’ath – Hari Kebangkitan;


 Yaumul Qiyamah – Hari Kiamat;
 As-Saa’ah – Saat Penentuan;
 Yaumud Deen – Hari Pembalasan;
 Yaumul Hisab – Hari Perhitungan;
 Yaumul Fath – Hari Pembuka Bicara;
 Yaumut Talaaq – Hari Pertemuan;
 Yaumul Jam’u – Hari Pehimpunan;
 Yaumut Taghabun – Hari Kerugian;
 Yaumul Khulud – Hari Kekal Abadi;
 Yaumul Khuruj – Hari Keluar dari Kubur;
 Yaumul Hasrah – Hari Penyesalan;

Tarbiyah Made Easy!! 38


 Yaumut Tanaad – Hari Panggil Memanggil;
 Al-Aazifah – Hari Saat Semakin Hampir;
 At-Thoommah – Hari Bencana;
 As-Shookhah – Hari Pekikan;
 Al-Haaqqah – Hari Terbukti Kebenaran kerana pada
hari itu jelaslah hakikat setiap perkara;
 Al-Ghasiyah – Hari yang Meliputi Keadaan Huru-
haranya;
 Al-Waqi’ah – Hari yang Benar-benar Berlaku

Tarbiyah Made Easy!! 39


“KEMATIAN”

TOPIK PERBAHASAN

MULA

1. KEMATIAN &
TAMAT
KEHIDUPAN

2. KEADAAN
3. PERSIAPAN
MANUSIA KETIKA
MENUJU KEMATIAN
NYAWA DICABUT

*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani;


Jilid 2: Fasal Lima Belas (15)

Tarbiyah Made Easy!! 40


1. KEMATIAN & KEHIDUPAN
Soalan: Apakah yang membezakan antara kehidupan
dengan kematian?

• Terdapat perbezaan yang besar di antara kematian


dengan kehidupan.

• Orang yang masih hidup


bernafas, makan & minum,
mendengar, mampu berfikir,
berperasaan, membesar &
meningkat usia, berkahwin,
berzuriat dan sebagainya.

Sedangkan orang mati tidak


lagi sedemikian…

• Semua benda bernyawa bencikan kematian, tetapi


mereka tetap akan mati.

• Ini kerana soal kematian dan kehidupan bukanlah di


bawah kuasa mereka, sebaliknya adalah milik mutlak
Allah SWT, Tuhan Yang Memiliki setiap sesuatu lagi Yang
Mengurus segala makhluk-Nya mengikut apa yang
dikehendaki-Nya.

Firman Allah SWT:

à  Á À ¿¾ ½ ¼» º ¹ ¸
ÅÄ
Tarbiyah Made Easy!! 41
Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan
bumi; Dia menghidupkan dan mematikan; dan Dia
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-Hadid 57: 2)

a `_ ^ ] \ [ Z Y X
cb
Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan; dan
Dialah yang menentukan pertukaran malam dan siang.
Maka tidakkah kamu mahu berfikir?

(Al-Mukminun 23: 80)

• Kematian merupakan titik perpindahan daripada Darul


‘Amal ke Darul Jaza’. Di sanalah setiap manusia diberi
balasan bagi amalan yang dilakukannya semasa hidup di
dunia.

Darul
Darul ‘Amal Kematian
Jaza’

Firman Allah SWT:

v u t s rq p o n
‫ { | } ~ ﮯ‬z y xw
© ¨ § ¦ ¥ ¤ £ ¢¡
Tarbiyah Made Easy!! 42
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan
disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka
sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa)
kehidupan di dunia ini (meliputi segala
kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain
hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya.
(Ali Imran 3: 185)

Tarbiyah Made Easy!! 43


Soalan: Mampukah manusia lari daripada kematian?

• Setiap hari kita melihat manusia menemui kematian.


Semua orang tidak terkecuali menghadapinya, biar
seorang Raja, Pemimpin, pakar Sains, orang kaya,
orang miskin dan sebagainya.

• Oleh demikian, tidak syaklah bahawa kematian itu


merupakan suatu kepastian, walaupun manusia enggan
mengingatinya dan cuba membutakan mata terhadap
realiti ini.

Firman Allah SWT:

¶µ ´ ³ ² ± ° ¯ ® ¬
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan
kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam
benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh…

(An-Nisa’ 4: 78)

Tarbiyah Made Easy!! 44


¾ ½ ¼» º ¹ ¸ ¶ µ ´ ³
ÇÆÅÄÃÂÁÀ¿
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang
kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan
menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan
kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan
yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang
kamu telah lakukan (serta membalasnya)”.

(Al-Jum’ah 62: 8)
• Ketetapan ajal, hidup dan mati tidak berada di tangan
manusia. Sebaliknya, Allah SWT yang berkuasa
menentukannya, kerana Dia-lah Yang Menjadikan dan
Yang Menghidupkan manusia pada awalnya.

Firman Allah SWT:

y xw v u t s r qp o n
{z
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah
ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak
dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan
tidak dapat pula mereka didahulukan.

(Al-A’raf 7: 34)

Tarbiyah Made Easy!! 45


• Kehidupan kita telah ditetapkan, diketahui dan
ditentukan berdasarkan ilmu Allah SWT. Setiap orang
mempunyai ajal yang ditetapkan. Apabila tiba ajalnya,
tidak akan dapat ditangguh-tangguh lagi.

• Berapa ramai manusia yang kelihatannya sihat


sejahtera, namun tiba-tiba meninggal dunia. Kadang-
kadang disebabkan kejadian yang ringan sahaja.

Firman Allah SWT:

¡ ‫ {| } ~ ﮯ‬z y x w v u
(Maka segeralah beribadat dan bertakwa) kerana
sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah,
apabila sampai masanya, tidak dapat di tangguhkan;
kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu
segera beriman)”
(Nuh 71: 4)

• Begitulah sebaliknya, berapa ramai orang yang ditimpa


penyakit berbahaya atau terdedah kepada kecederaan
parah atau dijangkiti wabak pembunuh, tetapi akhirnya
sembuh serta dapat meneruskan kehidupan.

Firman Allah SWT:

lk j i h g f e d c b
Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan
mati melainkan dengan izin Allah, iaitu satu ketetapan
(ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan
oleh Allah).
(Ali Imran 3: 145)
Tarbiyah Made Easy!! 46
2. KEADAAN MANUSIA KETIKA NYAWA DICABUT
Soalan: Bagaimanakah keadaan manusia ketika dicabut
nyawanya?

• Rasulullah SAW telah menceritakan keadaan orang


beriman dan orang kafir ketika nyawa mereka dicabut.

Sabda baginda:

“Orang yang beriman apabila tiba masa ajal mautnya,


pembawa berita gembira daripada Allah datang
menemuinya. Lalu tidak ada sesuatu perkara yang
disukainya melainkan bertemu Allah Taala. Oleh itu,
Allah Taala amat suka bertemu dengannya.

Manakala orang yang melakukan maksiat atau kafir,


apabila tiba ajal mautnya, berita buruk atau keburukan
yang akan dihadapinya datang menemuinya. Lalu dia
tidak suka bertemu Allah, dan Allah juga tidak suka
bertemu dengannya.”

• Malaikat rahmat akan turun menemui orang mukmin


ketika ajalnya tiba untuk menenangkannya dan
menyampaikan berita gembira tentang keredhaan Allah
dan berita bahawa Allah telah membuka pintu syurga
untuknya.

• Lalu gembiralah dia melihat kenikmatan dan


keharumannya, dengan itu dadanya menjadi lapang dan
bergembira untuk bertemu Tuhannya.

Tarbiyah Made Easy!! 47


Firman Allah SWT:

)('&%$#" !
0/.-,+*
43 21
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan
keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah
Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan
yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka
dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):
“Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian
yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu
berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa
kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan
kepada kamu.

= <; : 9 8 7 6 5
FEDCB A@?>
“Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan
dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh -
pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu,
serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang
kamu cita-citakan mendapatnya.
(Fussilat 41: 30-31)

Tarbiyah Made Easy!! 48


• Manakala orang kafir pula, mereka akan diazab dengan
kematian mereka, dan mereka merasa benci untuk
bertemu Allah SWT.

Firman Allah SWT:

¨ § ¦¥ ¤ £ ¢ ¡ ‫ﮯ‬
¯®¬«ª©
Dan (ingatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai
orang yang memandang), ketika malaikat mengambil
nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan
belakang mereka (sambil berkata): “Rasalah kamu
azab seksa neraka yang membakar”.

¹¸¶µ´³²± °
º
(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa
yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri,
kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku
zalim kepada hamba-hambaNya.
(Al-Anfal 8: 50-51)

Tarbiyah Made Easy!! 49


3. PERSIAPAN MENUJU KEMATIAN
Ada orang yang berkata, “Aku masih muda, enjoylah dulu
puas-puas. Nanti dah tua, aku bertaubatlah.”

Soalan: Apa pandangan anda terhadap orang sebegini?

• Adakah orang ini telah membuat perjanjian dengan


kematian, supaya ia hanya datang selepas dia
bertaubat? Ataupun dia telah dijamin oleh Allah SWT
bahawa dia masih hidup keesokan harinya selepas dia
bermaksiat?

Firman Allah SWT:

Ó Ò Ñ Ð ÏÎ Í Ì Ë Ê É
Û Ú Ù Ø × ÖÕ Ô
Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa
yang akan diusahakannya esok (samada baik atau
jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui
di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi
pengetahuanNya.
(Luqman 31: 34)

• Begitulah, kematian berada di bawah kekuasaan Allah


SWT. Tiada sesiapapun yang mengetahui bilakah saat
kematiannya akan tiba. Oleh itu, orang yang bijak
hendaklah bersegera beramal soleh, sebelum kematian
menjemputnya.
Wallahu a’lam

Tarbiyah Made Easy!! 50


DISKUSI TARBAWI & DAKWI
i. Apakah antara doa yang boleh dijadikan amalan
seorang muslim dalam menghadapi kematian?
Mengapa kita perlu berdoa sedemikian?

Doa Nabi Yusuf AS:

‫ﻴﻦ‬ ِ ِ‫ﺼﺎﻟ‬
‫ﺤ‬ ‫ﱠ‬ ‫ﺎﻟ‬ ِ ‫ﺗَـﻮﻓﱠﻨِﻲ ﻣﺴ ِﻠﻤﺎ وأَﻟ‬
ِ‫ْﺤ ْﻘﻨِﻲ ﺑ‬
َ َ ً ُْ َ
“Wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan
gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.”
(Yusuf 12: 101)

Doa tukang sihir Fir’an yang telah bertaubat:

‫ﻴﻦ‬‫ﻤ‬ِ ِ‫غ َﻋﻠَْﻴـﻨَﺎ ﺻ ْﺒـﺮا وﺗَـﻮﻓﱠـﻨَﺎ ﻣﺴﻠ‬


ْ ‫َرﺑﱠـﻨَﺎ أَﻓْ ِﺮ‬
َ ُْ ََ ًَ
“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami
dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri
(kepada-Mu).”
(Al-A’raaf 7: 126)

Doa agar terhindar daripada cara kematian yang


mengerikan serta diselamatkan daripada godaan
syaitan ketika sakaratul maut:

‫ َواﻟﺘ َـ‬،‫ﻚ ِﻣ ْﻦ اﻟ َْﻬ َﺮِم‬


،‫ َواﻟْﻐَ ﱢﻢ‬،‫ َواﻟ َْﻬ ْﺪِم‬،‫ﱠﺮدﱢي‬ َ ِ‫اﻟﻠﱠ ُﻬ ﱠﻢ إِﻧﱢﻲ أَﻋُﻮذُ ﺑ‬
‫ﺸ ْﻴﻄَﺎ ُن ِﻋ ْﻨ َﺪ‬
‫ﻚ أَ ْن ﻳَـﺘَ َﺨﺒﱠﻄَﻨِﻲ اﻟ ﱠ‬
َ ِ‫ َوأَﻋُﻮذُ ﺑ‬.‫ َواﻟْﻐَ َﺮ ِق‬،‫ْﺤ ِﺮ ِﻳﻖ‬
َ ‫َواﻟ‬
‫ﻚ أَ ْن‬ َ ِ‫ َوأَﻋُﻮذُ ﺑ‬.‫ﻚ ُﻣ ْﺪﺑًِﺮا‬ َ ِ‫ َوأَ ْن أُﻗْـﺘَ َﻞ ﻓِﻲ َﺳﺒِﻴﻠ‬.‫ت‬ ِ ‫اﻟْﻤﻮ‬
َْ
.‫ﻮت ﻟَ ِﺪﻳﻐًﺎ‬
َ ‫أ َُﻣ‬
Tarbiyah Made Easy!! 51
“Ya Allah, sunguh aku berlindung kepada-Mu daripada
nyayuk, terjatuh dari ketinggian, keruntuhan
bangunan, kedukaan, kebakaran, dan tenggelam. Aku
berlindung kepada-Mu dari penyesatan syaitan saat
kematian, terbunuh dalam keadaan murtad dan aku
berlindung kepada-Mu daripada mati kerana tersengat
binatang berbisa.”
(HR. Al-Nasai dan Abu Dawud)

ii. Berikan tugasan kepada mutarabbi agar menulis


artikel atau memberikan tazkirah tentang:

 Mengingati Kematian (Dzikrul Maut)


 Adab-adab Menziarahi Kubur

Tarbiyah Made Easy!! 52


“KEHIDUPAN ALAM BARZAKH”

TOPIK PERBAHASAN

MULA TAMAT

4. BEZA ALAM
1. ALAM BARZAKH BARZAKH DENGAN
ALAM KEHIDUPAN

3. TEMPAT TINGGAL
2. KEADAAN DI
RUH SELEPAS HISAB
ALAM KUBUR
DI KUBUR

*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani;


Jilid 2: Fasal Enam Belas (16)

Tarbiyah Made Easy!! 53


1. ALAM BARZAKH
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan Alam Barzakh?
• Al-Barzakh dari segi bahasa bermaksud al-Hajiz, iaitu
sekatan atau pembatas di antara dua perkara.

• Kehidupan Barzakh ialah kehidupan yang akan kita


alami (selepas kematian) sehinggalah berlaku Kiamat,
di mana Allah SWT akan membangkitkan semua
manusia untuk menghadapi perhitungan amalan.

Firman Allah SWT:

¡ ‫{|}~ ﮯ‬z yx
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila
sampai ajal maut kepada salah seorang di antara
mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku,
kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)

¯® ¬ « ª ©¨ §¦ ¥ ¤ £ ¢
¶µ ´ ³ ² ±°
“Supaya aku mengerjakan amal-amal soleh dalam
perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak,
Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu
hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang
mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam
barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga
hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

(Al-Mukminun 23: 99-100)

Tarbiyah Made Easy!! 54


2. KEADAAN DI ALAM KUBUR

Soalan: Apakah yang berlaku di alam kubur?

• Alam kubur dikira sebahagian daripada kehidupan alam


Barzakh.

• Segala amalan yang dilakukan oleh manusia


dibentangkan terus untuk dihisab selepas kematiannya.
Namun, hitungan amal yang sempurna akan berlaku
pada Hari Kiamat.

Soalan: Bagaimana pula keadaan orang yang tidak ditanam


dalam kubur?

• Dengan kekuasaan Allah SWT, dia tetap akan melalui


segala yang dilalui oleh mereka yang ditanam dalam
kubur walaupun badan mereka telah berkecai, berada
dalam perut binatang, berada dalam bentuk debu atau
sebagainya.

• Allah SWT menguasai segala ehwal kubur sepertimana


Dia menguasai dan menjadikan makhluk-Nya daripada
tiada.

Tarbiyah Made Easy!! 55


Firman Allah SWT:
d c b a`
Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa
besar kekufurannya?
ihgfe
(Tidakkah dia memikirkan) dari apakah dia diciptakan
oleh Allah?
nmlkj
(Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan
keadaannya dengan persediaan untuk
bertanggungjawab;
rqp o
Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan
kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu
yang dia pilih);
v uts
Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya dia
dikuburkan;
{ zyxw
Kemudian apabila Allah kehendaki, dibangkitkan (hidup
semula).
(‘Abasa 80: 17-22)

Tarbiyah Made Easy!! 56


• Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kita
keadaan yang ditempuh oleh si mati di dalam
kuburnya. Sabda baginda:

Sesungguhnya apabila si mati


diletakkan di dalam
kuburnya, dia mendengar
bunyi tapak kaki orang ramai
ketika mereka meninggalkan
perkuburan.

Jika dia seorang yang beriman:

Solat akan berada di sisi kepalanya, puasa di sebelah


kanannya, zakat di sebelah kirinya dan amal soleh yang
lain seperti sedekah, doa, perkara ma’ruf dan berbuat
baik kepada manusia berada di sisi kedua kakinya.

Kemudian dia didatangi malaikat dari arah kepalanya.


Lalu solat berkata: “Tiada pintu dari arah ini.”

Kemudian dia didatangi dari sebelah kanannya, lalu


puasa berkata: “Tiada pintu dari arah ini.”

Kemudian dia didatangi dari sebelah kirinya, lalu zakat


berkata: “Tiada pintu masuk di sini.”

Kemudian dia didatangi dari arah kedua kakinya, lalu


amal soleh yang lain seperti sedekah, perkara ma’ruf
dan berbuat baik pada manusia berkata: “Tiada pintu
dari arah ini.”

Tarbiyah Made Easy!! 57


Lalu dikatakan padanya: “Adakah kamu melihat orang
yang berada di hadapan kamu ini? Apa pendapat kamu
mengenainya dan apakah yang kamu saksikan ke
atasnya?”

Dia berkata: “Biarkan aku, aku ingin solat.” Lalu


mereka menjawab: “Sesungguhnya kamu akan
melakukannya.”

Jawablah soalan kami, “Apakah pandangan kamu


mengenai lelaki yang berada di hadapan kamu, apakah
pendapat kamu? Apakah penyaksian kamu ke atasnya?”

Dia menjawab: “Muhammad. Aku bersaksi bahawa dia


adalah Rasulullah SAW dan dia membawa kebenaran
daripada Allah.” Lalu dikatakan padanya: “Di atas
perkara tersebut kamu hidup, mati dan dibangkitkan,
InSyaaAllah.”

Kemudian dibuka kepadanya salah satu pintu syurga.


Lalu dikata kepadanya: “Ini adalah tempat tinggalmu
dan tempat yang Allah janjikan untukmu.”

Maka bertambah suka hati dan gembiralah dia.

Kemudian dibuka kepadanya satu pintu neraka lalu


dikata kepadanya: “Ini adalah tempat tinggalmu dan
tempat yang dijanjikan oleh Allah kepada kamu
sekiranya kamu derhaka kepada-Nya.”

Maka bertambahlah rasa suka dan gembira.

Tarbiyah Made Easy!! 58


Kemudian kuburnya diperluaskan sebanyak 70 hasta.

Dia disinari cahaya di dalamnya dan jasadnya


dikembalikan sepertimana pada permulaannya. Lalu
dijadikan hembusan nyawanya dalam angin-angin sepoi
bahasa. la adalah burung yang bergantung pada pokok
syurga.

Demikianlah firman Allah SWT:

DCBA@?>=
HG F E
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang
beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam
kehidupan dunia dan akhirat…
(Ibrahim 14: 27)

Sesungguhnya orang kafir apabila didatangi malaikat


dari arah kepalanya, tidak ada sesuatu di sisinya.

Kemudian didatangi dari sebelah kanannya, tidak ada


sesuatu di sisinya.

Kemudian didatangi dari sebelah kirinya, tidak ada


sesuatu di sisinya.

Kemudian didatangi dari arah dua kakinya, tidak ada


sesuatu di sisinya.

Tarbiyah Made Easy!! 59


Dikatakan kepadanya: “Duduklah kamu.” Lalu dia
duduk dalam keadaan ketakutan.

Lalu dikatakan kepadanya: “Apakah kamu melihat


lelaki ini yang berada di hadapan kamu? Apakah
pendapat kamu tentangnya dan apakah penyaksian
kamu ke atasnya?”

Lalu dia berkata: “Lelaki mana?” Dia tidak mengenali


namanya. Dikatakan kepadanya: “Muhammad.”
Kemudian dia berkata: “Aku tidak tahu! Aku tidak
tahu!”

Dalam satu riwayat dikatakan kepadanya: “Kamu tidak


tahu dan tidak dengar. Kamu mendengar manusia
menyebut sesuatu lalu kamu menyebut apa yang
disebut oleh mereka.”

Lalu dikatakan kepadanya: “Di atas perkara tersebut


kamu hidup, mati dan dibangkitkan, InsyaAllah.”

Kemudian dibuka kepadanya salah satu pintu neraka,


dan dikatakan kepadanya: “Inilah neraka tempat
tinggalmu dan apa yang dijanjikan Allah kepada
kamu.”

Lalu bertambahlah penyesalan dan kebinasaan.


Kemudian dibuka kepadanya salah satu pintu syurga…

Tarbiyah Made Easy!! 60


Beliau (perawi) berkata:

Lalu dikatakan kepadanya: “Ini adalah tempat tinggal


kamu dan apa yang dijanjikan Allah kepada kamu jika
kamu taat dan patuh kepada-Nya.”

Lalu bertambahlah penyesalan dan kebinasaan.

Selepas itu disempitkan kubur sehingga berselisih


tulang rusuknya. Itulah kehidupan sempit yang
disebutkan oleh Allah:

ÍÌË ÊÉÈ Ç ÆÅ
Ð ÏÎ
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan
pertunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya
kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia
pada hari kiamat dalam keadaan buta.”
(Thaha 20: 124)

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abi Hatim)

• Bagi para Syuhada’ pula, Allah SWT berfirman:

o n m lk j i h g f e d
rqp

Tarbiyah Made Easy!! 61


Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang
yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu
mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup
(secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan
mendapat rezeki;

{zyxwvu t s
¦ ¥ ¤£¢ ¡ ‫| } ~ ﮯ‬
§
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah
(balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada
mereka bergembira dengan berita baik mengenai
(saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang
berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum
(mati dan belum) sampai kepada mereka, iaitu (bahawa
tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang
tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak
akan berdukacita.
(Ali Imran 3: 169-170)

• Para syuhada’ hidup di dalam syurga dan mendapat


rezeki daripada Tuhan mereka. Sekalipun jasad mereka
telah binasa, tetapi ruh mereka hidup seperti ruh
semua orang yang beriman.

• Mereka terus hidup dan mendapat rezeki yang baik


daripada Allah kerana jihad mereka di jalan-Nya.

Tarbiyah Made Easy!! 62


3. TEMPAT TINGGAL RUH SELEPAS HISAB DI KUBUR

Soalan: Di manakah tempat tinggal ruh selepas dihisab


dalam kubur?

• Berdasarkan perkhabaran daripada Rasulullah SAW:

 Terdapat ruh yang ditempatkan di tempat yang


paling tinggi iaitu ruh para Nabi AS.

 Ada juga ruh yang berada di dalam kantung burung


hijau yang terbang di dalam syurga mengikut
kemahuannya. Iaitu ruh para syuhada’.

 Terdapat juga ruh yang ditahan di pintu syurga,


seperti ruh para syuhada’ yang belum menjelaskan
hutangnya.

 Terdapat juga ruh yang pintu syurga menjadi


tempat penempatannya, seperti ruh sebahagian
para syuhada’.

 Ada juga ruh yang terkurung di bumi.

 Ada juga ruh yang bersama tiupan angin di tempat


yang paling tinggi, seperti ruh orang soleh.

 Terdapat juga ruh yang berada di tempat


pembakaran penzina lelaki dan perempuan.

 Dan ruh yang berenang di dalam sungai darah dan


disumbat dengan batu.
Tarbiyah Made Easy!! 63
4. BEZA ALAM BARZAKH DENGAN ALAM KEHIDUPAN

Soalan: Adakah kehidupan di Alam Barzakh berbeza dengan


kehidupan di dunia?

• Perbezaannya amat ketara, malah sangat berbeza jika


dibandingkan di antara kehidupan di alam rahim ibu
dengan kehidupan di dunia.

Ibarat seperti kehidupan dunia ini diceritakan kepada


bayi di dalam perut, pasti dia akan kehairanan dan
mungkin langsung tidak mempercayainya.

Dua dunia berbeza, alam rahim dan alam dunia

• Walaupun demikian, orang-orang beriman tetap


mempercayai semua perkara ini kerana ia telah
diberitakan oleh Nabi Muhammad SAW, utusan Allah
SWT yang benar lagi dipercayai.

Tarbiyah Made Easy!! 64


• Berkenaan azab kubur, kita tidak mengetahuinya
kerana alam dunia dan alam kubur itu berbeza.

• Di antara kedua alam ini terdapat penghalang, yang


hanya dapat ditembusi dengan kematian.

Ibarat bayi dalam perut ibu, walaupun dia ada bersama


kita di dunia, namun di antara kita dan bayi tersebut
ada penghalang yang hanya ditembusi dengan
kelahiran.

Wallahu a’lam.

Tarbiyah Made Easy!! 65


DISKUSI TARBAWI & DAKWI
i. Apakah isu-isu akidah yang mengancam umat Islam
sekitar kematian dan kehidupan alam barzakh.

(Meminta hajat kepada kubur-kubur keramat;


meminta bantuan daripada si mati; membuat ritual-
ritual ibadat di kuburan; membina bangunan di atas
kuburan; tidak mempercayai wujudnya azab kubur)

ii. Minta mutarabbi menulis artikel atau memberikan


tazkirah tentang “Perkara yang dapat meringankan
seksa kubur” berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW.

(Contoh: Pelihara solat 5 waktu, membaca surah al-


Mulk pada malam hari, mati syahid, mati pada malam
atau siang hari Jumaat, mati disebabkan sakit dalam
perut, tidak ditangisi mayat seperti perlakuan di
zaman Jahiliyah, sentiasa bersedekah,
menyempurnakan basuhan wudhu’, menolong orang
yang teraniya, sentiasa berlindung dengan Allah
daripada azab kubur)

Tarbiyah Made Easy!! 66


“HARI KEBANGKITAN”

TOPIK PERBAHASAN

MULA TAMAT

1. MAKSUD HARI 4. KEADAAN HARI


KEBANGKITAN KEBANGKITAN

3.
2. BERMULANYA PENYEMPURNAAN
KEBANGKITAN KEBANGKITAN
MANUSIA

*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani;


Jilid 1: Fasal 14; Jilid 2: Fasal 17

Tarbiyah Made Easy!! 67


1. MAKSUD HARI KEBANGKITAN

Soalan: Apakah itu Hari Kebangkitan?

• Hari Kebangkitan adalah


permulaan Hari Kiamat.
Pada hari tersebut, ruh
dan jasad manusia akan
dikembalikan sepertimana
di dunia untuk diadili.

• Hal ini telah diberitakan oleh para Rasul AS yang


diutuskan kepada umat manusia.

Firman Allah SWT:

VUTS RQPON
^ ] \ [ Z YX W
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya)
pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang
beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang
yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada
bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk
berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah
mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisa’ 4: 165)

Tarbiyah Made Easy!! 68


• Pada hari itu, orang-orang
kafir yang dahulu menyangka
mereka bebas melakukan
apa sahaja di dunia ini,
kerana merasa terlepas
daripada sebarang hukuman,
pasti akan menerima
pembalasannya.

Firman Allah SWT:

¹¸¶µ´³²±
Á À¿ ¾ ½ ¼ » º
ÄÃÂ
Patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan
menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka
seperti orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dengan menyamakan keadaan (mereka semua) semasa
mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh
apa yang mereka hukumkan itu.

Ì ËÊ ÉÈÇÆÅ
ÒÑÐÏÎÍ
Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi
dengan cara yang sungguh layak dan berhikmah (untuk
membuktikan keesaanNya dan keadilanNya), dan
supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang….

Tarbiyah Made Easy!! 69


…mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang
mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

(Al-Jatsiyah 45: 21-22)

• Orang kafir berpendapat bahawa mustahil manusia


dapat dihidupkan kembali, sedangkan mayat telah
reput dan menjadi tanah.

• Allah SWT telah menyanggah pendapat tersebut di


dalam firman-Nya:

n m l k j ih g f e d
po
Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan
kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan dia pula
lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia
bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-
tulang yang telah hancur seperti debu?”

{ z y x wv u t s r q
|
Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan
dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya
pada awal mula wujudnya; dan Dia Maha Mengetahui
akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang
diciptakanNya);

Tarbiyah Made Easy!! 70


§ ¦¥¤ £ ¢ ¡‫}~ﮯ‬
©¨
“Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari
pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu,
maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-
pohon itu”.

³²± ° ¯ ®¬ «ª
» º ¹ ¸ ¶ µ´
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan
yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian
besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia
sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya!
Diakui dan dipercayai berkuasa, Dan Dialah Pencipta
yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha
Mengetahui.

ÆÅ ÄÃÂÁÀ¿ ¾½ ¼
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia
menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman
kepada (hakikat) benda itu: “Jadilah engkau”, Maka ia
terus menjadi.

ÏÎ ÍÌ ËÊ ÉÈÇ
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap:
Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai
tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.
(Yaasin 36: 78-83)
Tarbiyah Made Easy!! 71
Firman Allah SWT lagi:

FE D C B A @ ? > =
O N ML K J I H G
QP
Dan Dia-lah yang memulakan kejadian sekalian
makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup
semula sesudah mereka mati), sedang pelaksanaan
yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan
bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di
bumi, dan Dia-lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.
(Ar-Rum 30: 27)

Allah SWT telah ciptakan


alam semesta yang hebat
ini daripada tiada kepada
ada. Jadi, pasti tidak
mustahil bagi-Nya untuk
membangkitkan manusia
setelah kematian!

Tarbiyah Made Easy!! 72


2. BERMULANYA HARI KEBANGKITAN
Soalan: Bagaimanakah kebangkitan ini bermula?

• Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran yang


menunjukkan kepada kita tentang kebinasaan yang
berlaku pada Hari Kiamat:

Firman Allah SWT:

wvu t
Sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu
tetap berlaku.

{zyx
Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang
lenyap;

‫|}~ ﮯ‬
Dan apabila langit terbelah;

¡¢ £¤
Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;

¨ § ¦¥
Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk
dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya,

Tarbiyah Made Easy!! 73


¬ « ª©
(Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara
yang besar) itu ditangguhkan?

°¯®
(Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.

¶ µ´³²±
Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui kedahsyatan
hari pemutusan hukum itu?

»º ¹¸
Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang
mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!

(Al-Mursalat 77: 7-15)

Firman Allah SWT lagi:

g fe d c b
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu
masa yang ditentukan,

ml kjih
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup)
serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);

Tarbiyah Made Easy!! 74


srqpon
Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga
tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka
luas,

xwv u t
Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan
ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata
seperti riak sinaran panas di padang pasir.

(An-Naba’ 78: 17-20)

Gambaran daripada imaginasi manusia tentang


kemusnahan dunia di Hari Kiamat.

Tarbiyah Made Easy!! 75


Firman Allah SWT:

`_^ ]
Apabila berlaku hari kiamat itu,

d cba
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan
kejadiannya.

g fe
Kejadian hari Kiamat itu merendahkan (golongan yang
ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

lkjih
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan
sesungguh-sungguh goncangan.

ponm
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-
leburnya,

tsrq
Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

(An-Waqi’ah 56: 1-6)

Tarbiyah Made Easy!! 76


Firman Allah SWT:

y x wv u t s r q
|{z
(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain,
demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar
berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha
Kuasa.
(Ibrahim 14: 48)

Soalan:
Apakah yang dimaksudkan tiupan sangkakala (as-Sur) itu?

Gambar Hiasan

• As-Sur ialah tanduk binatang yang mempunyai ruang.


Apabila ditiup menggunakannya, suara yang kuat akan
keluar daripadanya. Tiupan ini dinamakan tiupan
sangkakala.

Tarbiyah Made Easy!! 77


Firman Allah SWT:

*)('&%$#"!
7 6 5 4 3 2 1 0 /. - , +
8
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada
waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit
dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang
dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian
ditiup sangkakala sekali lagi; maka dengan serta merta
mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-
masing).
(Az-Zumar 39: 68)

• Daripada ayat ini, kita mengetahui bahawa akan berlaku


dua tiupan sangkakala. Di mana tiupan pertama,
kebinasaan menyeluruh akan berlaku, seperti firman
Allah SWT:

DC B A@?>
Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup
Sangkakala dengan sekali tiup

KJIHGFE
Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari
tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali
hancur,

Tarbiyah Made Easy!! 78


ONML
Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat,

U TSRQP
Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu
reput (dan runtuh)
(Al-Haqqah 69: 13-16)
Keadaan manusia pada ketika itu adalah sebagaimana
firman Allah SWT:

) ( ' & %$ # " !


+*
Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu!
Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara
yang amat besar.

2 10/.-,
: 9876543
B A@?>=<;
Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang
mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan
anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang
mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya;
dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal
mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah
amatlah berat, mengerikan.
(Al-Hajj 22: 1-2)

Tarbiyah Made Easy!! 79


• Setelah itu, ditiup sangkakala buat kali kedua dan umat
manusia dibangkitkan semula untuk menerima
kesudahan masing-masing.

Firman Allah SWT lagi:

{ z yx w v u t s
¢ ¡ ‫| }~ﮯ‬
Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang
menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari
menurutnya dan diam khusyuklah segala suara kepada
Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga
engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat
perlahan.

¯ ®¬« ª©¨ §¦¥¤£


°
Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada
sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh
Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, dan kepada
orang yang diredhai perkataannya.

(Thaha 20: 108-109)

Tarbiyah Made Easy!! 80


Juga seperti dalam firman Allah SWT:

¸¶ µ´³²±°¯®
¹
Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala
(menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila
berlaku yang demikian) maka semuanya segera
bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk)
mengadap Tuhannya.

Å Ä Ã Â ÁÀ¿ ¾ ½ ¼ » º
ÈÇÆ
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan
hidup semula berkata: “Aduhai celakanya kami!
Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur
tempat tidur kami?” (Lalu dikatakan kepada mereka):
“Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha
Pemurah, dan benarlah berita yang disampaikan oleh
Rasul-rasul”

ÑÐÏÎÍ Ì ËÊÉ
ÓÒ
Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja,
maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke
tempat perbicaraan Kami, semua dibawa hadir (untuk
menerima balasan).

Tarbiyah Made Easy!! 81


ÜÛÚÙØ× ÖÕÔ
ßÞÝ
Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan
dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas
melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.

(Yaasin 36: 51-54)

• Selepas manusia dibangkitkan oleh Allah, mereka akan


menuju ke Padang Mahsyar (tempat perhimpunan).

Firman Allah SWT:

U T S R QP O N
Dan lagi (apabila sampai saat yang ditentukan) ditiuplah
sangkakala (untuk menghidupkan semula makhluk-
makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya
amaran yang telah diberikan.

\[ZY X WV
Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang
Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang satu menjadi)
pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi; -

gfedcba`_^ ]
ih

Tarbiyah Made Easy!! 82


(Serta dikatakan kepadanya); “Demi sesungguhnya,
Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai
tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan
kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu
pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan
jelasnya perkara-perkara hari akhirat)”.

(Qaaf 50: 20-22)

Gambar Hiasan

Tarbiyah Made Easy!! 83


3. PENYEMPURNAAN KEBANGKITAN MANUSIA
Soalan: Bagaimana kebangkitan manusia disempurnakan?
• Kita mengetahui bahawa Allah SWT mencipta pada
permulaannya, dan kita juga akan mengetahui
bagaimana berlaku kebangkitan kali kedua.

Firman Allah SWT:

@ ? >= < ; : 9 8
K J I H GF E DC B A
(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti
menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana Kami
mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi
wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh
Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

(Al-Anbiya’ 21: 104)

• Allah SWT menciptakan


kita daripada tiga bahagian
utama; iaitu ruh, jasad &
tulang ‘ajbuzzanabi (tulang
kecil di bahagian bawah
tulang belakang) yang
diwarisi daripada moyang
kita Nabi Adam AS.

Tarbiyah Made Easy!! 84


• Walaupun tulang ini amat kecil, namun semua baka
manusia di dunia ini telah terkumpul dalam tulang
belakang Nabi Adam AS.

• Pakar perubatan berpendapat, sekiranya kita kumpulkan


bahagian yang membawa ciri-ciri genetik dalam baka
manusia, ia hanya dapat dikumpulkan dalam sebiji al-
kistiban (iaitu sarung kecil yang tukang jahit letakkan
pada hujung jarinya agar tidak tercucuk jarum).

• Ketika mati, ruh kembali kepada Penciptanya dan jasad


kembali menjadi tanah. Manakala tulang ‘ajbuzzanabi ni
tetap tidak hancur.

Rasulullah SAW menerangkan hal ini dalam sabdanya:

“Semua anak Adam dimakan bumi, kecuali tulang


‘ajbuzzanabi, daripadanya manusia diciptakan dan
dibentuk.”

Lalu baginda ditanya: “Apakah itu ‘ajbuzzanabi wahai


Rasulullah?” Jawabnya: “Ia seperti biji benih sawi,
daripadanya kamu akan dibangkitkan.”

(HR Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud dan An-Nasaie)

Tarbiyah Made Easy!! 85


Soalan: Mengapakah bumi tidak mampu menghancurkan
tulang ‘ajbuzzanabi tersebut?

• Sudah menjadi sunnatullah pada biji benih yang


menyimpan baka tumbuhan di dalamnya itu terpelihara
daripada kerosakan.

• Lihatlah biji buah-buahan yang kita makan dan masuk


ke dalam perut serta usus kita, namun akan keluar
semula dalam keadaan asal tanpa mengalami sebarang
kerosakan.

• Begitu juga kita dapati tanah yang dipenuhi tumbuhan


dan pokok, apabila ditimpa kemarau panjang, tumbuh-
tumbuhan itu akan kering, daun-daunnya berguguran ke
bumi dan akhirnya mati.

• Namun, begitu apabila hujan turun dari langit, tanah


tersebut akan kembali subur dan ditumbuhi untuk kali
kedua dan wujudlah kehidupan di atasnya.

Tarbiyah Made Easy!! 86


• Demikian jugalah Allah SWT memelihara tulang
‘ajbuzzanabi yang kita dicipta daripadanya, dan akan
dijadikan semula daripadanya.

• Ia tidak akan dirosakkan oleh sesuatu dan tidak akan


menjadi lapuk, sehinggalah tiba masanya kita akan
dibangkitkan.

Firman Allah SWT:

EDCB A@?>=
L K J IH G F
Dia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang
mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu
yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah
matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan
(hidup semula dari kubur).

(Ar-Rom 30: 19)


Rasulullah SAW bersabda:

“Kemudian air hujan turun dari langit, lalu mereka


tumbuh sebagaimana sayur-sayuran tumbuh. Tubuh
manusia semuanya telah hancur kecuali satu tulang,
iaitu ‘ajbuzzanabi yang daripadanya semua makhluk
akan dibangkitkan pada hari kiamat.”

(HR Bukhari, Muslim, Malik, Abu Daud & An-Nasaie)

Tarbiyah Made Easy!! 87


• Oleh itu, sepertimana Allah SWT memelihara benih
tumbuhan untuk tumbuh bagi kali kedua, Dia juga
memelihara ‘benih manusia’ untuk dibangkitkan bagi
kali kedua.

Tunas yang tumbuh daripada anak benih dari


celah-celah rekahan tanah yang kontang.

• Apabila jasad dijadikan semula pada Hari Kiamat, ruh


akan dikembalikan semula kepadanya.

Firman Allah SWT:

8 76543210
Maka dengan serta merta mereka bangun berdiri
menunggu (kesudahan masing-masing).

(Az-Zumar 39: 68)

Tarbiyah Made Easy!! 88


Abu Razzin al-Aqili RA bertanya kepada Rasulullah
SAW, beliau berkata:

Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah


Allah SWT membangkitkan kembali makhluk-Nya dan
apakah tanda perkara tersebut pada ciptaan-Nya?”

Baginda menjawab: “Pernahkah kamu melalui satu


lembah kaummu yang kering kontang, kemudian
kamu melalui (sekali lagi) tempat itu dipenuhi oleh
tumbuhan hijau?”

Aku berkata: “Ya.”

Baginda bersabda: “Itulah tanda kebangkitan semula


pada makhluk ciptaan-Nya. Begitulah Allah SWT akan
menghidupkan benda yang mati.”

Tarbiyah Made Easy!! 89


4. KEADAAN HARI KEBANGKITAN

Soalan: Apakah yang berlaku selepas manusia


dikumpulkan di Padang Mahsyar?

PEMBENTANGAN BUKU CATATAN AMALAN

NERACA TIMBANGAN (AL-MIZAN)

KOLAM AIR (AL-HAUDH)

TITIAN (AS-SIRATH)

SYURGA

NERAKA

Tarbiyah Made Easy!! 90


• Pembentangan Buku Catatan Amalan

 Selepas semua manusia


dihimpunkan di Padang
Mahsyar pada Hari
Kiamat, segala amalan
yang tercatit dalam buku
catatan amalan akan
dibentangkan.
Gambar Hiasan
Firman Allah SWT:

TSR QP ON
\[Z YXWVU
g fe d c b a` _ ^ ]
kji h
Dan “Kitab-kitab Amal” juga tetap akan
dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-
orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa
yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan
berkata: “Aduhai celakanya kami, mengapa kitab
ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan
yang kecil atau yang besar, melainkan semua
dihitungnya,” Dan mereka dapati segala yang
mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya)
dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada
seseorangpun.
(Al-Kahfi 18: 49)

Tarbiyah Made Easy!! 91


 Lidah, tangan, kaki dan kulit pula akan menjadi
saksi ke atas kita dan melaporkan segala perbuatan
kita di dunia ini.

Firman Allah SWT:

ÔÓÒ ÑÐÏÎÍ
ÙØ ×ÖÕ
Sehingga apabila mereka sampai ke neraka (maka)
pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit
badan mereka menjadi saksi terhadap mereka,
mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

) ( ' &% $ # " !


2 10/.- ,+ *
43
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah
mereka kepada kulit-kulit badan mereka: “Mengapa
kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit-kulit
badan mereka menjawab: Allah - yang berkuasa
menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata -
telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan
Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan
kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima
balasan).
(Fussilat 41: 20-21)

Tarbiyah Made Easy!! 92


• Neraca Timbangan (al-Mizan)

 Allah SWT menyediakan


neraca timbangan yang adil
pada hari Kiamat untuk
menimbang segala amalan
baik dan buruk manusia.

Gambar Hiasan

Firman Allah SWT:

A@?> =< ;:
J I H G F E D CB
P O N M LK
Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca
timbangan yang adil, untuk (menimbang amal
makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak
ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika
(amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya
Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan
dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.

(Al-Anbiya’ 21: 47)

Tarbiyah Made Easy!! 93


Firman Allah SWT lagi:

ÉÈÇÆÅÄÃ
Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya,
maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.

ÐÏÎÍÌË Ê
ÔÓ ÒÑ
Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya,
maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya
sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahannam.

(Al-Mukminun 23: 102-103)

• Kolam Air (al-Haudh)

 Setiap Nabi mempunyai kolam air di akhirat kelak.


Air dari kolam itu diminum oleh Nabi tersebut serta
umatnya selepas berhimpun di Padang Mahsyar.

 Begitu juga Nabi Muhammad SAW, baginda


mempunyai kolam yang airnya lebih putih daripada
susu, lebih enak daripada madu dan lebih wangi
daripada kasturi.

 Sesiapa yang meminum seteguk airnya, tidak akan


dahaga selepas itu selama-lamanya.

Tarbiyah Made Easy!! 94


Gambar Hiasan

• Titian (as-Sirath)

 Titian yang dimaksudkan ini ialah suatu jalan yang


berada di atas neraka Jahannam. Ia menjadi laluan
orang yang terdahulu dan terkemudian selepas
mereka beredar dari tempat perhimpunan.

 Para ahli syurga akan melalui titian tersebut


menuju ke syurga, manakala ahli-ahli nereka pula
akan jatuh ke dalamnya.

Gambar Hiasan

Tarbiyah Made Easy!! 95


Firman Allah SWT:

j i h g f e dc b a `
Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan
akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah
satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah
ditetapkan oleh Tuhanmu.

sr q p o nmlk
Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang
bertakwa, dan Kami akan biarkan orang-orang yang
zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya)
tinggal bertelut di dalam neraka itu.

(Maryam 19: 71-72)

• Syurga

 Syurga adalah perhentian


terakhir bagi orang-orang
beriman.

 Ia menjadi aspirasi setiap


orang beriman kerana di
sanalah mereka akan
memperoleh balasan
keimanannya yang benar
dan amalnya yang soleh. Gambar Hiasan

Tarbiyah Made Easy!! 96


Firman Allah SWT:

('&%$#"!
2 1 0 / . -, + * )
?> = < ;: 9 8 7 6 5 43
H G F E DC B A @
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka
beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu
pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu,
mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada
kami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang
sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan
disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-
pasangan / isteri-isteri yang sentiasa bersih suci,
sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-
lamanya.
(Al-Baqarah 2: 25)

Tarbiyah Made Easy!! 97


• Neraka

 Sekiranya Allah SWT


membari balasan nikmat
kepada mereka yang
melakukan kebaikan
dengan dimasukkan ke
dalam syurga, Dia juga
akan memberi balasan
nereka kepada mereka
yang melakukan dosa-dosa
besar dan kejahatan. Gambar Hiasan

Firman Allah SWT:


ONMLK
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal
baiknya,
R QP
Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”.

WVUTS
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa
dia “Haawiyah” itu?
ZYX
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.

(Al-Qaari’ah 101: 8-11)

Tarbiyah Made Easy!! 98


Firman Allah SWT lagi:

ÉÈÇÆÅÄÃ
Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya,
maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.

ÑÐÏÎÍÌË Ê
ÔÓ Ò
Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya,
maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya
sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahannam

Û ÚÙØ ×ÖÕ
Api neraka itu membakar muka mereka, dan
tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh
cacat.

)('&% $#"!
(sambil dikatakan kepada mereka): “Bukankah ayat-
ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu
terus-menerus mendustakannya?”

210/.-,+ *
Mereka menjawab: “Wahai Tuhan kami, kami telah
dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan
dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.

Tarbiyah Made Easy!! 99


:987654 3
“Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini
(serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau
kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat),
maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim.

@? > =<;
(Allah) berfirman: “Diamlah kamu dengan kehinaan di
dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata
(memohon sesuatupun) kepadaKu!

JIH GFEDC BA
ONMLK
“Sesungguhnya ada sepuak dari hamba-hambaKu (di
dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata:
“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, oleh itu
ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada
kami, serta berilah rahmat kepada kami, dan
sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi
rahmat”.

VUTSRQ P
XW
“Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga
ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan
kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula
sentiasa tertawakan mereka.

Tarbiyah Made Easy!! 100


a`_^]\[ZY
“Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini
(dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran
mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang
yang berjaya”.

ihgfed c b
Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu):
“Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?”

rqpo nmlkj
Mereka menjawab: “Kami tinggal (di dunia) selama
sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah
kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan
menghitung (umur)”.

} | { z y xw v u t s
Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di dunia)
melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu
mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).

(Al-Mukminun 23: 102-114)

Wallahu a’lam.

Tarbiyah Made Easy!! 101


DISKUSI TARBAWI & DAKWI
i. Apakah sikap kita setelah mengetahui bahawa
anggota badan kita semuanya akan memberi
kesaksian atas setiap amalan kita di hadapan Allah
SWT di akhirat kelak?

(Sentiasa bersyukur dengan nikmat anggota badan


yang diberikan Allah serta memperbanyakkan amalan
kebaikan dengannya. Sedaya upaya menahan diri
daripada menggunakan anggota badan untuk
bermaksiat kepada Allah. Jika terlanjur segera
bertaubat dan memohon keampunan dari-Nya)

ii. Apakah yang anda faham tentang konsep Syafaat?

(Syafaat bermaksud permintaan kepada Allah SWT


agar diberikan kebaikan kepada manusia di Hari
Akhirat kelak. Syafaat yang paling besar adalah milik
Nabi Muhammad SAW iaitu baginda akan memohon
agar makhluk segera dibicarakan dan diberi balasan
untuk menamatkan kedahsyatan Hari Perhimpunan.
Terdapat juga syafaat-syafaat lain, tetapi hanya
setelah diizinkan oleh Allah SWT [Al-Baqarah:255]
oleh orang-orang yang diredhai-Nya [Al-Anbiya’:28])

Tarbiyah Made Easy!! 102


IMAN KEPADA TAKDIR
TAJUK & OBJEKTIF KHUSUS:

1. BERIMAN KEPADA TAKDIR

Selepas berbincang tajuk ini, mutarabbi dapat:

i. Menerangkan maksud takdir (Qadar)


ii. Menyatakan pendirian tehadap takdir baik dan
buruk yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
iii. Menjelaskan beberapa hikmah penetapkan takdir
baik dan buruk
iv. Menjelaskan kesan-kesan beriman kepada takdir
dalam kehidupan seseorang.

Tarbiyah Made Easy!! 103


“BERIMAN KEPADA TAKDIR”

TOPIK PERBAHASAN

MULA TAMAT

4. KESAN BERIMAN
1. MAKSUD TAKDIR
KEPADA TAKDIR

2. PENDIRIAN 3. HIKMAH
ORANG BERIMAN PENENTUAN DALAM
TERHADAP TAKDIR TAKDIR BURUK

*Tajuk ini disaring daripada Kitab Tauhid az-Zindani;


Jilid 1: Fasal 16; Jilid 2: Fasal 3

Tarbiyah Made Easy!! 104


1. MAKSUD TAKDIR
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan takdir?

• Takdir (qadar) adalah ketetapan tertentu yang


ditetapkan oleh Allah SWT kepada sesuatu perkara.

• Ketetapan tersebut terlaksana berdasarkan peraturan


yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk perjalanan
alam ini.

Firman Allah SWT:


srqpo
Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha
Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan)

wv ut
Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta
menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan
yang sesuai dengan keadaannya;

{ z yx
Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-
makhlukNya) serta memberikan hidayah pertunjuk (ke
jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);

(Al-A’la 87: 1-3)

Tarbiyah Made Easy!! 105


Firman Allah SWT:
à  Á À¿¾
Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu
menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan
ketentuan takdir yang sempurna.
(Al-Furqan 25: 2)

Firman Allah SWT:


Z YXWV
Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya
dengan kadar yang tertentu.
(Ar-Ra’d 13: 8)

Tarbiyah Made Easy!! 106


2. PENDIRIAN ORANG BERIMAN TERHADAP TAKDIR

Soalan: Apakah pendirian orang beriman terhadap takdir?

• Kita beriman serta percaya bahawa takdir baik dan


buruk datang daripada Allah SWT.

• Ini kerana, kita mengetahui bahawa yang menetapkan


segala takdir bagi semua makhluk adalah Allah Yang
Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui dan Yang Amat
Mendalam Pengetahuan-Nya.

• Takdir baik dimaksudkan dengan semua perkara yang


memberi manfaat kepada kita seperti makanan,
minuman, ubatan, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

• Manakala takdir buruk adalah setiap perkara yang


memberi mudarat kepada kita seperti lapar, dahaga,
sakit, kejahilan dan sebagainya.

• Kejahilan manusia untuk mengetahui hikmah Allah


dalam penentuan takdir adalah berpunca daripada ilmu
manusia yang cetek dan sedikit.

• Walaubagaimanapun, setiap hari ilmu pengetahuan


manusia mengenai hikmah yang bijaksana tersebut akan
semakin bertambah.

Tarbiyah Made Easy!! 107


3. HIKMAH DALAM PENENTUAN TAKDIR BURUK

Soalan: Adakah terdapat hikmah dalam penentuan takdir


yang buruk?

• Untuk memahami perkara ini, mari kita melihat analogi


di bawah:

Analogi 1:

Kerajaan menggaji para kakitangannya untuk meletak


dan menguatkuasakan peraturan tertentu yang
berfaedah kepada rakyat.

Dalam masa yang sama, hukuman bagi kesalahan juga


ditetapkan dan dilaksanakan. Hukuman bagi kesalahan
ini kelihatannya buruk, tetapi sebenarnya ia mempunyai
hikmah yang tidak diketahui ramai.

Hukuman kelihatan buruk, tapi


ada kebaikan di sebaliknya

Tarbiyah Made Easy!! 108


Analogi 2:

Ketika seorang jahil melihat doktor membedah perut


pesakit, dia mungkin menganggap doktor tersebut
musuh pesakit itu yang cuba menzaliminya.

Namun kontra daripada itu, doktor tersebut membedah


perut pesakit itu demi menyembuhkan penyakitnya.

 Sekiranya manusia tidak ditakdirkan lapar, dia tidak


akan berusaha untuk mendapatkan makan.

 Sekiranya manusia tidak ditakdirkan sakit, tiada


siapa yang merasai nikmatnya kesihatan.

 Sekiranya tidak ditakdirkan kematian, dunia ini


penuh dengan manusia daripada zaman dahulu
hingga sekarang.

Tarbiyah Made Easy!! 109


• Allah SWT telah menganugerahkan:

i. Pendengaran, penglihatan dan akal kepada manusia


ii. Serta menurunkan sebuah kitab yang menjadi
petunjuk kepada kebaikan.

• Semua ini, sepatutnya digunakan oleh manusia untuk


mengenali takdir yang baik dan memanfaatkannya.

Kemudian mengenali juga takdir buruk, lalu


menjauhinya. Manusia wajib memanfaatkan takdir baik
dan menjauhi takdir buruk.

• Manusia juga wajib menolak takdir buruk dengan takdir


baik, seperti:

i. Menolak takdir lapar dengan takdir makan


ii. Menolak takdir sakit dengan takdir berubat dll.

• Inilah perintah Allah SWT kepada kita dalam kitab-Nya.


Sesiapa yang menyalahi petunjuk Tuhannya dan tidak
memanfaatkan takdir Allah yang baik, tidak mengambil
faedah dengan pendengaran, penglihatan dan akalnya,
maka dia adalah musuh dirinya sendiri.

Tarbiyah Made Easy!! 110


4. KESAN BERIMAN KEPADA TAKDIR
Soalan: Apakah kesan beriman kepada takdir dalam
kehidupan seseorang?
• Di antara kesan keimanan manusia kepada takdir ialah:

i. Orang yang beriman bahawa Allah SWT telah


menjadikan alam ini dengan takdir (ketetapan)
tertentu, dia akan:

 berusaha untuk mengenali takdir dan


ketentuan Tuhan yang bermanfaat untuk
dimanfaatkannya.

 bekerja mengikut tuntutan takdir ini dalam


membangun, mengimarah serta mengeluarkan
hasil-hasil bumi dan mempergunakan semua
ciptaan yang bermanfaat lagi baik yang
dikurniakan Allah di alam ini.

ii. Orang yang beriman kepada takdir, mengetahui


bahawa setiap yang wujud di alam ini berfungsi
menurut hikmah Allah Yang Maha Tinggi.

 Apabila ditimpa perkara buruk, dia tidak akan


gelisah.

 Apabila mendapat kejayaan dan kemenangan,


dia tidak akan bongkak.

Tarbiyah Made Easy!! 111


Firman Allah SWT:

ª©¨§¦¥¤£¢ ¡‫ﮯ‬
¶ µ ´ ³ ² ±° ¯ ® ¬ «
¸
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang
ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri
kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Lauh
Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya
mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi
Allah.

À ¿ ¾ ½ ¼ » º ¹
É È Ç Æ Å Ä Ã ÂÁ
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak
bersedih hati akan apa yang telah luput daripada
kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong
dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu.
Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap
orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

(Al-Hadid 57: 22-23)

iii. Kita tidak takut kepada sesiapapun. Kita berani


kerana mengetahui bahawa tidak ada apa-apa yang
akan berlaku kecuali jika ia telah ditetapkan dan
ditakdirkan oleh Allah.

Tarbiyah Made Easy!! 112


iv. Apabila berpegang kepada takdir yang bersebab,
kita menyedari bahawa semua perkara akan
berbalik kepada Yang Maha Pencipta. Semua
perkara berlaku dengan kehendak-Nya.

 Berapa ramai manusia yang merancang sesuatu


perkara, tetapi mendapati hasilnya tidak
seperti yang dirancang.

 Berapa ramai pula manusia yang bencikan


sesuatu dan berusaha menghapuskannya,
sedangkan terdapat banyak kebaikan dalam
perkara tersebut.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sungguh ajaib seorang mukmin itu, kerana semua


urusannya mengandungi kebaikan. Semua ini tidak
pernah dimiliki seseorang, kecuali orang mukmin.
Apabila diuji dengan kenikmatan, dia bersyukur.
Maka, inilah kebaikan baginya. Dan apabila dia
diuji dengan kesusahan, dia bersabar. Maka, inilah
kebaikan baginya.”
(Riyawat Muslim)

Dengan keimanan sebegini, in Shaa Allah seseorang


itu akan mendapat kebahagiaan diri dan
ketenangan hati.

Tarbiyah Made Easy!! 113


Firman Allah SWT:
4321
Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa
tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan
baiknya!

:987 6 5
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan
engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang
diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!

> = <;
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-
hambaKu yang berbahagia

A@ ?
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!

(Al-Fajr 89: 27-30)

Wallahu a’lam

Tarbiyah Made Easy!! 114


DISKUSI TARBAWI & DAKWI

i. Senaraikan antara sifat-sifat Allah SWT yang jika


difahami memudahkan kefahaman terhadap Takdir.

 Allah adalah Pemilik segala kerajaan langit dan


bumi, Dia mentadbir dengan kebijaksanaan dan
kehendak-Nya.
 Allah Maha Berkuasa melakukan sesuatu secara
mutlak. Dia mencipta dan memilih ketentuan
makhluk-Nya seperti yang Dia kehendaki.
 Allah Maha Mengetahui setiap tindak tanduk
makhluk-Nya sejak azali lagi. Dia mengetahui apa
yang akan dilakukan oleh setiap hamba-Nya. Apa
yang berlaku adalah takdir Allah berdasarkan ilmu-
Nya yang tidak terbatas.

ii. Nyatakan aliran yang salah dalam memahami takdir


Allah SWT

 Mazhab Jabariah – manusia sentiasa dalam


keadaan terpaksa tanpa pilihan. Ibarat kapas yang
ditiup angin ke merata-rata tempat, ke kanan dan
ke kiri.

 Mazhab Muktazilah – manusia diberikan kebebasan


memilih secara mutlak tanpa sebarang ikatan.
Mereka melakukan tindakan berdasarkan kehendak
dan keinginannya sepenuhnya.

Tarbiyah Made Easy!! 115


SEKIAN
Nantikan siri keenam ebook ini yang bakal
membicarakan pula perihal Tauhidullah dan Kufur.

Terima kasih.

EbookTarbiyah.Com
“Tarbiyah Made Easy!!”

Tarbiyah Made Easy!! 116


AKAD PEMBELIAN
1. TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MEMUAT TURUN EBOOK
INI. KAMI MENJEMPUT ANDA MELIHAT KESELURUHAN
ISI KANDUNGAN EBOOK.

2. JIKA ANDA BERPUAS HATI DAN INGIN MEMILIKI EBOOK


INI SECARA HALAL, SILA BUAT PEMBAYARAN:

RM4.50 SAHAJA KEPADA


AKAUN MAYBANK 164799081505
(AZRAAI BIN AHMAD)
ebooktarbiyah@gmail.com

Bagi pembayaran melalui PayPal, sila ke website


EbookTarbiyah.Com

3. JIKA TIDAK BERMINAT MEMILIKINYA, SILA PADAM EBOOK


INI DARIPADA KOMPUTER / GAJET ANDA.

4. PEMBELI DIBENARKAN MENCETAK EBOOK INI BAGI


SALINAN SENDIRI. NAMUN. UNTUK SEBARANG
KEGUNAAN KOMERSIL, HENDAKLAH MENDAPAT IZIN
BERTULIS DARIPADA PIHAK EBOOK TARBIYAH.

5. JIKA EBOOK INI DICOPY DARIPADA RAKAN PEMBELI,


AKAD YANG TERTAKLUK ADALAH SAMA DENGAN AKAD
PEMBELIAN INI.

SEKIAN, SEMOGA BERMANFAAT. 

Tarbiyah Made Easy!! 117


Tarbiyah Made Easy!! 118

You might also like