You are on page 1of 17

MAKANAN DAN PEMAKANAN

(BUDAYA MELAYU)

RAISA + ELISHA + WILBURT + FIRDAUS +SUN AH


JENIS MAKANAN
NASI LEMAK
• Merupakan makanan kegemaran bagi
orang Melayu terutamanya sebagai
sarapan pagi.
• Merujuk kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa, bagi
menambah rasa lemaknya.
• Kadangkala daun pandan dimasukkan
semasa nasi lemak dimasak untuk
menambahkan aromanya.
• Kaum melayu makan nasi lemak dengan
telur kukus, timun, ikan bilis goreng dan
sambal.
• Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan
bersama nasi lemak seperti ayam, daging,
sotong, udang, limpa dan hati lembu.
JENIS MAKANAN
LEMANG
• Sejenis makanan tradisional yang disukai
orang ramai.
• Hanya terdapat ketika Hari Raya.
• Lemang telah direkodkan sebagai
hidangan istimewa sejak 1864.
• Dihidangkan bersama rendang atau
serunding.
• Lemang diperbuat daripada beras pulut
dan santan.
• Nasi di dalam buluh dibakar dengan daun
pisang.
• Kaedah memasak yang menggunakan
buluh ialah cara memasak kaum asli di
Malaysia.
JENIS MAKANAN
TAPAI
• Sejenis penganan yang dibuat daripada
pulut.
• Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan
tapai pulut.
• Biasanya tapai pulut lebih popular jika
dibandingkan dengan tapai ubi.
• Tapai pulut rasanya lebih sedap dan sebab
itulah tapai ubi tidak dapat menandingi
tapai pulut.
• Pada zaman ini, daun tapai semakin sukar
didapati dan kebanyakan tapai dibungkus
dengan menggunakan daun pisang.
• Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai
yang dibungkus dengan daun tapai dan
tapai yang dibungkus dengan daun pisang.
JENIS MAKANAN
BELACAN
• Sejenis bahan perisa masakan yang
diperbuat daripada udang kecil atau geragau
yang dimampatkan dan tahan lama.
• Mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap
dan digemari ramai.
• Terdapat sesetengah orang yang gemar
membakarnya sedikit sebelum digunakan
kerana ini membangkitkan baunya.
• Tetapi belacan kini telah di terima oleh
semua peringkat usia dan bangsa di
Malaysia, malah pengeluar belacan yang
mengeluarkan secara komersial dan besar-
besaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa
melayu sahaja.
• Belacan kini digunakan dalam pelbagai
resepi masakan pelbagai bangsa juga.
JENIS MAKANAN
DODOL-DODOL
• Sejenis makanan yang boleh
dikategorikan dalam kumpulan
makanan yang manis (atau
manisan/penganan).
• Sangat terkenal di Melaka.
• Membuat dodol boleh
dikatakan amat rumit. Ramai
orang selalu mencuba untuk
membuatnya. Tetapi tidak
semua yang akan menghasilkan
dodol yang bermutu tinggi.
JENIS MAKANAN
OTAK-OTAK
• Sejenis makanan tradisional di
perkampungan nelayan.
• Kebiasaannya dimakan sebagai makanan
ringan di jamuan petang.
• Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia
iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-
otak Johor.”
• Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun
kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya
boleh dibungkus dengan kulit popia dan
dikenali sebagai ‘spring roll’.
• Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi
ikan laut.
• Otak-otak yang dibungkus dengan daun
kelapa atau daun nipah perlu dibakar di
atas dapur arang atau dapur biasa.
KAEDAH MAKANAN
Terdapat pelbagai jenis kaedah masakan yang didapati iaitu:
• Menggoreng (fry): Kangkung belacan, Patai, Keropk lekor
• Merebus (boil): Mi rebus
• Memutar (spin): Biskut badam
• Membakar (grill): Roti bakar, Ikan bakar
• Merendidih (simmer): Ikan asam pedas, Rendang
• Mengukus (steam): Kuih lapis, pulut kuning
• Memanggang (grill): Satay
• Mengenjut: Kuih bahulu
• Menggril (grill): Pulut panggang
• Menggaul dan Meramas (mixing and squeezing): Biskut
kacang, Tart nanas
CARA MAKAN
Orang Melayu suka makan bersama keluarga ataupun dengan rakan-rakan.
Pada masa dahulu, kebanyakkan orang Melayu duduk makan di lantai. Ini
dianggap satu cara yang tertib. Orang Melayu makan dengan
menggunakan jari tangan, sudah tentu tangan kanan. Makan dengan
menggunakan tangan kiri dianggap tidak sopan. Sebelum makan, mereka
akan mencuci tangan dengan air di dalam sebuah mangkuk.

Selalunya, jikalau makan dengan keluarga, ketua keluarga iaitu seorang


bapa akan memulakan makan dengan doa ringkas dan kemudian
mengajak semua ahli keluarganya makan bersama. Ketika makan, anak-
anak kecil tidak digalakkan berbual-bual. Anak-anak lelaki tidak digalakkan
bertukar tempat makan, ini kerana untuk mengelakkan mereka dari
bertukar-tukar pasangan hidup. Sikap-sikap ini sangat penting untuk
generasi yang akan datang di masa hadapan. Saya sangat harap bahawa
sikap-sikap ini akan diturunkan kepada generasi yang baharu.
KENAPA MENGGUNA TANGAN?
Kisah budaya cara orang Melayu makan bertalian dengan kisah Tengku Kudin,
seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor, pada akhir abad ke-19.
Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang
berkhidmat di Selangor pada masa itu dan cerita ini juga terdapat dalam
sebuah buku yang ditulis oleh Emilly Innes, bertajuk “Chersonese – The
Guilding Off”.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident untuk
menghadiri jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku


Kudin tiba-tiba bangun dan menuju ke arah paip air untuk membasuh
tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain yang menggunakan sudu dan garfu,
beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya!
KENAPA MENGGUNA TANGAN?

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita


Inggeris yang duduk di sisinya. Tertarik dengan perlakuan Tengku
Kudin itu, wanita tersebut turut bertanya,

“Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan


sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan?”

Tengku Kudin pula menjawab dengan selamba dan lantang


supaya dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

“Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-


kurangnya ada tiga sebab:
KENAPA MENGGUNA TANGAN?

PERTAMA: Saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu
sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu
dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup
bersih.

KEDUA: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya
hanya saya seorang sahaja yang menggunakannya – tidak pernah
dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang
pernah menggunakannya.

KETIGA: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak


pernah jatuh dalam longkang!!”
KHASIAT PEMAKANAN
• Terdapat peratusan yang tinggi dalam lemak
trepu
• Terdapat sesetengah makanan yang sangat
bergula
• Terdapat sesetengah makanan yang sangat
berlemak
• Terdapat sesetengah makanan yang sangat
berminyak
• Terdapat sesetengah hidangan yang seimbang
PANTANG LARANG
 Makan mencangkung payah dapat rezeki.
 Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
 Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
 Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
 Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
 Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
 Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
 Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
 Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
 Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
 Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
 Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
 Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
 Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
ADAT & TATATERTIB
• Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan rumah menghidangkan
makanan atau minuman, adalah tidak manis kita menolaknya. Jika kenyang
sekalipun kita hendaklah menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.
 Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu
kemudian baru diikuti oleh orang muda.
 Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
 Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu, kemudian barulah
diikuti dengan orang muda.
 Ambilah makanan yang berhampiran dengan anda. Jangan mengangkat
makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdckatan
dengan makanan itu.
 Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan
kanan kecuali jika tangan kanan kotor.
 Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau
senduk tidak kotor. Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan
berbunyi ketika menyenduk.
ADAT & TATATERTIB
• Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh
dengan makanan. Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang
kurang menyenangkan.
• Jangan menghirup minuman atau mengunyah makanan secara berbunyi.
• Ketika orang lain sedang makan janganlah menghcmbus hingus, berkahak atau
berludah.
• Jangan makan sampai terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau
mengalas perut sahaja.
• Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan
meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-cloknya tunggu dan pastikan
semua orang sudah selesai makan barulah bangun.
• Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua
orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih
menikmati hidangan.
• Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Waktu
Maghrib adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu
menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu
keseorangan.
ADAB DAN KEBAIKAN
ADAB
• Dimulakan dengan bacaan Bismillah
• Makan dengan menggunakan tangan kanan
• Ketika makan seelok-eloknya ambilah makanan yang berhampiran dan
tidak sama sekali digalakkan menjangkau makanan yang sukar dicapai dan
perlu meminta bantuan orang yang berdekatan.
• Makan dengan menggunakan hunjung jari.
• Perempuan akan duduk bersimpuh ketika makan di atas tikar.
• Lelaki biasanya duduk bersila ketika makan di atas tikar.

KEBAIKAN
• Boleh memastikan bahawa individu boleh makan secara kemas dan sopan
• Tidak akan mengganggu selera makan orang lain.

You might also like