You are on page 1of 14

MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama
sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling
mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia
yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan
India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik
peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan
tersendiri.Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu
merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk
kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan
kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada
asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an,
dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang
Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan


Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi
yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa
lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak
bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur
kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan
bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.
LEMANG

Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya
terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan
makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak
1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar
dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara
memasak kaum asli di Malaysia.
TAPAI

Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai
iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan
dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak
dapat menandingi tapai pulut.Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu
rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-
tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan
dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun
tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan
tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan
rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus
dengan daun pisang.

Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar
dan ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu
akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan
air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan
sebagai ubat tradisional.Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang
apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu
tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang
berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna
merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda
yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai
menjadi masam.Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya
adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis
biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan
sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan
dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.

BELACAN

Belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada


udang kecil @ geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau
yang agak kuat tetapi sedap dan di gemari ramai. Terdapat sesetengah orang
yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan
baunya.Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua peringkat usia dan bangsa
di Malaysia,malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara komersial dan
besar-besaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja.Belacan kini
digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa juga.Proses
pembuatannya agak mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan
mutu dan kualiti belacan agar tahan lama.

RENDANG

Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah satu makanan khas
dari budaya Minangkabau, dan sering di sajikan pada acara-acara dan upacara
untuk menghormati tamu. Makanan yg satu ini juga populer di Malaysia dan
Singapura, rendang disiapkan secara tradisional oleh masyarakat Melayu pada
acara-acara pesta. Walaupun kadang-kadang rendang digambarkan sebagai
seperti kari, dan nama yang kadang-kadang diterapkan untuk kari daging
hidangan di Malaysia, asli rendang tidak seperti kari.Rendang dibuat dari daging
sapi (atau kadang-kadang ayam, daging domba, kerbau, bebek, atau sayuran
seperti nangka atau singkong) santan dan rempah-rempah di masak beberapa
jam dengan api kecil, memungkinkan agar daging bisa menyerap bumbu2nya dan
daging menjadi empuk. Memasak dengan proses perubahan dari air ke goreng
sebagai cair evaporates. . Rempah-rempah yang dapat mencakup jahe, galangal,
daun kunyit, lemon grass dan cabai. Ada dua jenis rendang: kering dan basah.
Rendang kering dapat disimpan untuk 3-4 bulan, Rendang basah, juga dikenal
sebagai kalio.

PUTU PIRING

Putu piring banyak dijual di pasar malam. Ia merupakan sejenis kuih yang
diperbuat daripada tepung ubi, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Ia
dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih
sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas
kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda (nyiur kulit
hidup).Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna
kuning.
BOTOK-BOTOK

Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang
hanya boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya
berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa
potong ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu
digunakan untuk masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya
yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis
daun pokok bunga puding.
CENCALOK

Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan


tradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya,
malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi
santapan lazim masyarakat Malaysia. Salah satu makanan yang menjadi
kegemaran masyarakat Melayu Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis
lauk dalam hidangan makanan nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang
lebih dikenali sebagai udang geragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan
air dan akan dicampurkan dengan sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi
sudah menjadi sebati, seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu
pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat dengan menggunakan kain
bersih untuk diperam dan disimpan selama 3 hari. Untuk menyedapkan rasanya
lagi bolehlah dimasukkan sedikit air didih nasi. Untuk menyedapkan lagi apabila
dimakan dengan nasi, hendaklah dicampurkan dengan lada basah dan bawang
besar yang dihiris kemudian diperahkan dengan limau nipis atau limau kasturi
atau juga dicampurkan sedikit lada basah dan sehiris halia kemudian digoreng
dengan telur.
DODOL-DODOL

Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang


manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat
dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk
membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu
tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka
yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan


kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.Untuk membuatnya,
bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar
atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar.
Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan
hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah
sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang
dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana
sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2
jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat
sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung
udara yang banyak.Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung
dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan
diangkat.Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang
besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah
berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah
dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada
hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

OTAK-OTAK

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan.


Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua
jenis otak-otak di Malaysia iaitu Otak-otak Terengganu dan Otak-otak Johor.
Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya
boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai spring roll. Kebiasaan
otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk
dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus
dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur
biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.
SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH JAYA

22100 SETIU,TERENGGANU

You might also like