You are on page 1of 5

SMK SERTING HILIR KOMPLEKS, 72120 BANDAR SERI JEMPOL,

NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
BUFFET ”MARI MAKAN-MAKAN”

ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN VOKASIONAL MENENGAH ATAS
(PVMA)

1
SMK SERTING HILIR KOMPLEKS, 72120 BDR SERI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
KERTAS KONSEP BUFFET ”MARI MAKAN-MAKAN”

1.0 TAJUK
Bufett ”Mari Makan-makan”.

2.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dihasilkan adalah untuk melaksanakan Penilaian Prestasi murid-murid tingkatan 5UITM bagi mata
pelajaran HT-012-2:2012 Food Preparation and Production. Penilaian Prestasi (peperiksaan amali) bagi murid-murid PVMA
merupakan salah satu aspek terpenting bagi melatih murid-murid untuk mendapatkan kelulusan Sijil SKM. Peruntukan markah
lulus sebanyak 60% telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi amali tersebut. Justeru kertas kerja
ini dibuat bagi memastikan perjalanan Penilaian Prestasi dapat dilaksanakan dengan baik.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memastikan silibus matapelajaran dapat dilaksanakan dalam tempoh pembelajaran.
3.2 Membiayai kos pembelian bahan amali untuk Penilaian Prestasi C09 Catering Set-Up Activities di bawah tajuk
“Laksanakan Perkhidmatan Katering” supaya murid dapat melaksanakan :
3.2.1 Susun atur perkhidmatan katering
3.2.2 Susun atur bahan peragaan dan peralatan menghidang perkhidmatan bufet.
3.2.3 Amal keselamatan dalam melaksanakan perkhidmatan catering
3.2.4 Susun atur perkhidmatan katering mengikut borang pesanan bankuet dan manual bankuet
3.2.5 Susun atur bahan peragaan dan peralatan menghidang perkhidmatan gerai
3.2.6 Amal keselamatan dalam melaksanakan perkhidmatan katering.
3.3 Melaksanakan latihan bagi mengaplikasi dan meningkatkan kemahiran.
3.4 Memenuhi kehendak dan keperluan kertas Penilaian Prestasi Catering Set-Up Activities (HT-012-2:2012-
C09/PA(1/1))
3.5 Membentuk disiplin murid yang berketrampilan dalam bidang hospitaliti.

4.0 KUMPULAN SASAR

TINGKATAN LELAKI PEREMPUAN

5 UITM 7 9

5.0 CADANGAN PELAKSANAAN :


Tarikh : 18 Oktober 2018
Hari : Khamis
Masa : 10.00 pagi – 1.00 ptg
Tempat : Kafetaria MPV

2
6.0 KAEDAH PELAKSANAAN
6.1 Membuka tempahan awal kepada guru-guru dan kakitangan sekolah untuk Buffet “Mari Makan-makan”,
seminggu sebelum Penilaian dilaksanakan. Anggaran harga tempahan ialah rm7/pax.
6.2 Membuat pesanan bahan mentah bagi latihan amali mengikut prosedur kewangan, anggaran kos adalah
untuk 30 pax.
6.3 Menyusun atur kafe MPV untuk melaksana dan menghidang perkhidmatan Katering dan buffet.
6.4 Melaksanakan Penilaian Prestasi secara individu dan kerjasama berpasukan.
6.5 Membersih dan mengemas semula tempat menghidang dan bekerja.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS (RM)


1 Penilaian Prestasi
a. Set Nasi Ayam 350.00
b. Makaroni bakar 250.00
c. Sagu Gula Melaka 150.00
d. Japanese Crispy Creampuff, Kuih cara Berlauk 250.00
e. Air Punch Buah-buahan, Air Kopi 100.00
f. Kek Black Forest 200.00
g. Buah Tembikai 50.00
h. Bahan hiasan kafe 110.00
i. Bahan mengepek 100.00
JUMLAH RM1560.00

8.0 SUMBER KEWANGAN


Per Capita Grant MPV 2018 berjumlah RM1560.00

9.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Pn Zainab Binti Samsuddin (Pengetua SMK Serting Hilir Kompleks)
Timbalan Pengerusi : En. Ibrahim Bin Isa (GPK Pentadbiran SMK Serting Hilir Kompleks )
Naib Pengerusi 1 : Pn Anis Suraza Binti Sued (GPK HEM SMK Serting Hilir Kompleks)
Naib Pengerusi 2 : En. Yussaini Bin Noran (GPK Kokurikulum SMK Serting Hilir Kompleks )
Penyelaras Program : Pn Siti Salina Binti Sanusi (Ketua Bidang Teknik & Vokasional)
Ketua Panitia PVMA : Pn Noor Azlina Binti Mohamad
Guru PVMA : Pn Siti Haniza Binti Mohamed

3
10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar kertas kerja ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan demi pembangunan kemahiran anak didik
sekolah ini yang bakal menjadi tenaga kerja bidang hospitaliti suatu hari nanti.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(SITI HANIZA BINTI MOHAMED) (SITI SALINA BINTI SANUSI)


Pegawai Penilai PVMA, Penyelaras PVMA,
SMK Serting Hilir Kompleks SMK Serting Hilir Kompleks

4
Norzaharah bt Ab Hamid
Ketua Panitia PVMA Penyediaan Makanan
SMK Panchor, Jln Kuala Pilah
70400 Seremban
....................................................................................................................................................................................................
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor
Jln Kuala Pilah
70400 Seremban 7 Jun 2018

Melalui,

Pengetua
SMK Panchor
Jln Kuala Pilah
70400 Seremban

Tuan,

PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN KEPADA MURID-MURID PVMA PENYEDIAAN MAKANAN BAGI


MENGHADAPI PEPERIKSAAN PPT KHAS SKM TAHAP 2

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa bekas murid PVMA yang tamat persekolahan pada tahun 2017 akan menduduki
peperiksaan PPT Khas SKM Tahap 2. Butiran peperiksaan adalah seperti berikut:

Tarikh : 6 – 9 Ogos 2018 (Isnin - Khamis)


Tempat : Bengkel PVMA SMK Panchor
Calon : 19 orang bekas murid 5 PVMA SMK Panchor

3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menyumbangkan RM1500 agar peperiksaan
ini dapat berjalan dengan lancar. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja untuk pertimbangan pihak tuan.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang benar,

(NORZAHARAH BT AB HAMID)
Ketua Panitia PVMA SMK Panchor

You might also like