You are on page 1of 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA HBQE3103 PENGAJARAN ILMU TARANNUM AL QURAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

LAMPIRAN SOALAN

Falsafah Tarannum

Susunan Tarannum yang popular di Malaysia

Kesimpulan

12

RUJUKAN

13

(a) Jelakan falsafah Tarannum dalam bacaan Al Quran

Tarannum merupakan satu kaedah yang menggunakan daya kemerduan dan kelunakan pada suara pembaca ayat-ayat suci Al Quran. Ia boleh dikatakan sebagai satu kesenian yang agung dalam Islam kerana mengalunkan ayat-ayat Al Quran dengan cara yang lunak dan mendamaikan adalah amat dituntut dalam Islam jika dibandingkan dengan pengalunan muzik-muzik yang berada di persekitaran kita. Alllah telah menjelaskan bahawa Al Quran perlu dibaca bukan sahaja dengan baik dan indah bahkan dengan tajwid dan hak huruf yang betul. Allah S.W.T telah berfirman merujuk kepada kewajipan membaca dengan tertib dan baik


Dan bacalah Al Quran dengan bacaan yang bertartil ( bertajwid ) Dari segi bahasa, tarannum ialah lagu. Manakala istilahnya pula adalah ilmu atau cara dan kaedah suara yang dialun dan dibunyikan menerusi nada, rentak, dan irama yang tertentu untuk menambahkan kemerduan dan kelunakan serta keindahan seni bunyi sesuatu bacaan dalam Al Quran. Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah RA bahawa sabda Rasulullah, adapun yang diizinkan oleh Allah akan sesuatu perkara dan diakui perintah itu oleh Nabi SAW ialah melagukan bacaan Al Quran. Falsafah Tarannum dengan mnggunakan lagu-lagu tertentu dalam pembacaan Al Quran dan dialunkan oleh lelaki mahupun wanita dengan tingkatan suara yang berbeza. Walau bagaimana pun, ula berbeza pendapat mengenai hukum bertarannum Al Quran. Jika diperhatikan dalam kitab-kitab yang merujuk tentang tarannum, dua golongan ulama fiqh telah mengeluarkan fatwa dan pandangan masing-masing iaitu golongan Mazhab Maliki dan Hanbali serta golongan Mazhab Syafie dan Hanafi.

Jadual di bawah merujuk kepada perbezaan pendapat kedua-dua golongan ini beserta dengan hujah mereka.

Mazhab Maliki dan Hanbali

Mazhab Syafie dan Hanafi

Pendapat

mereka

diperkuatkan

lagi Pendapat mereka diperkuatkan lagi dengan

dengan pendapat yang telah dikeluarkan pendapat yang telah dikeluarkan oleh oleh beberapa orang sahabat dan Tabien beberapa orang sahabat dan Tabien seperti seperti Anas bin Malik, Said bin Saiin Umar Al Khattab, Ibnu Abbas, Ibnu Bakr Al Arabi. Musayyib, Said bin Jubayr, Hassan Al Masud, Abu Jaafar At Tabari, dan Abu Basri dan Ibnu Sirin.

Dalil Naqli Hadis riwayat At Tabrani

Dalil Naqli Hadis riwayat Imam Nasaie

:
Bersabda Rasulullah : Mereka menjadikan Al Quran itu sebagai serulijg nyanyian di mana mereka mengutamakan seseorang yang mampu melagukan Al Quran sekalipun ianya seorang yang kurang dalam pengetahuan agama.

:
Bersabda Rasulullah : Adapun yang diizinkan Allah akan sesuatu perkara dan diakui perintah itu oleh Nabi SAW ialah melunakkan suara dengan melagukan bacaan Al Quran dan menjaharkannya (jelas)

Dalil Aqli dalam memahami intipati Al Quran Tarannum mencacatkan keaslian

Dalil Aqli Tarannum adalah seni yang mengajak kepada kekhusyukan dan penghayatan Al Quran Tarannum menarik minat masyarakat untuk mendekati Al Quran.

Tarannum mendatangkan kelekaan -

lafaz Al Quran seperti memanjang dan menambah huruf

Jelas menunjukkan bahawa percanggahan yang berlaku hanyalah pada hujah sahaja akan tetapi dari segi hukumnya harus atau sunat, kedua-dua golongan ini masih dalam pendadpat yang sama. Pertikaian hanya berlaku dari sudut teknik dan sifat-sifat lagu tarannum tersebut. pertikaian juga berlaku dari sutu penafsiran dalil naqli dengan hala tuju yang sama iaitu menjaga keluhuran dan kesucian Al Quran. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang dihuraikan, jelas bahawa tarannumk amat disokong oleh para ulama kerana tujuannya yang memperelokkan bacaan Al Quran di samping manyampaikan alunan bacaan yang baik kepada pendengar. Kesimpulannya, amalan seni membaca Al Quran mengikut kaedah dan alunan suara yang lunak adalah harus dengan syarat tidak melanggar hukum tajwidnya. Bahkan seni tarannum mendapat sokongan para ulama dan ia amat digalakkan kerana terdapat dalildalil Al Quran dan Sunnah yang menyokong pendapat mereka kerana ia mampu menarik minat masyarakat mendekati Al Quran dan mukjizatnya. Dalam usaha kita untuk menggalakkan pengajaran tarannum ini, pendekatan dan kaedah yang sesuai perlu diambil untuk memurnikan seni ini. salah satu cara adalah dengan menubuhkan kurikulum bacaan Al Quran yang berdasarkan dalil-dalil Al Quran dan Sunnah seperti Kurikulum Tahsinul Quran, Kurikulum tarannum, Kurikulum Tajwid dan Kurikulum Tartil. Justeru itu, kita mesti berusaha meningkatkan kesenian Islam ini agar tidak luput ditelan zaman. Selagi mana Al Quran dijaga sehingga ke hari Kiamat selama itulah kita memurnikan bacaan tarannum ini. Negara kita merupaka salah sebuah negara yang mengeluarkan ramai pakar-pakar tarannuam yang selalu memenangi pertandinmgan Tilawah Anatarabangsa saban tahun seperti Pn. Hajah Rahmas. Datuk Hassan dan ramai lagi.

Susunan Jenis-jenis Tarannum

Tarannum adalah perkataan yang digunakan di Nusantara bagi menunjukkan alunan bacaan AlQuran. Islam di Nusantara pada kurun awal Hijrah telah membuatkan masyarakat Melayu di sana menghayati Al Quran melebihi sewgala-galanya, dan jelas penguasaan tarannum sememanganya sebati dengan Melayu dan penguasaan masyarakat nusantara seperti Malaysia dan Indonesia dalam pertandingan Tilawah Al Quran yang diadakan. Qari dan qariah di Malaysia bijak menyusun jebis-jenis lagu yang terdapat dalam ilmu tarannum dengan tujuan agar alunannya lebih sistematik dan ia amat popular di kalangan masyarakat negara kita. Jadual di bawah menunjukkan susunan tarannum yang diguna pakai secara meluas di Malaysia.

Bil 1 2 3 4 5

Jenis Tarannum Bayyati Soba Hijaz Nahawand dan Rast Bayyati Hijaz Nahawand Rast dan Sikah Jiharkah Bayyati Soba Nahawand Rast dan Sikah Bayyati Iraqi Hijaz Sikah dan Rast 50%

Catatan Qari dan

qariah kedua-dua

mengamalkan bahagian ini. Bayyati Snahawand Rast Sikah dan 30% Qari dan

qariah

mengamalkan bahagian ini. 15% Qari dan qariah mengamalkan bahagian ini. 5% Qari dan qariah mengamalkan bahagian ini.

Mari kita lihat pecahan jenis-jenis bacaan tarannum yang popular di Malaysia

Tarannum Bayyati

Dari segi bahasa ia diambil dari kata dasar yang membawa maksud rumah. Manakal istilahnya pula bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan maqamat yang dipopularkan oleh pembaca dari Tanah Arab khususnya Mesir. Seni bayyati bermula dengan penghantaran pelajar-pelajar Tanah Melayu sekitar 1940-an ke Univeersiti Al Azhar Mesir yang telah membawa seni tarannum bersama mereka apabila kembali selepas menamatkan pelajaran sehingga tarannum bayati menjadi tarannum paling popular digunakan di Malaysia sejak dari dahulu lagi. Sifat-sifat tarannum bayyati adalah Mempunyai kelembutan di samping ketegasan Mempunyai unsur keharmonian dan ketenangan Sesuai sebagai tarannum pembuka dan penutup

Tarannum Bayyati berperanan dalam bacaan seoerti Memantapkan persembahan bacaan Memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf Al Quran Menjadi pngukur kepada tarannum yang akan dipersembahkan sesudahnya

Tarannum Iraqi Dari segi istilah, tarannum iraqi membawa maksudnama khusu bagi alunan maqamat yang dipopularkan oleh pembaca dari negara Iraq mengikut suasana kebudayaan bangsa tersebut yang mempunyai persamaan dengan budaya pembaca dari Hijaz dan diubah suai oleh pembaca dari Mesir dengan pengekalan nama Iraqi tersebut. Antara sifat tarannum Iraqi Menunjukkan permohonan, penceritaan dan dialog. Mempunyai kesederhanaan dan ketenangan Mempunyai kelembutan yang meresap ke jiwa.

Tarannum Iraqi berperanan dalam bacaan seperti memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf Al Quran 8

menenangkan ketegangan persembahan dan melahirkan ketenangan jiwa

Tarannum Nahawand Nahawand merupakan sebuah kawasan atau tempat yang terletak di daerah Hamadan, Iran. Dan istilah nahawand ini adalah nama khusus bagi maqamat yang digunapakai di tempat tersebut mengikut sosiobudaya dan caranya tersendiri. Menjalani berbagai perubahan dan pengubahsuaian, tarannum ini terdapat beberapa sifat yang perlu diketahui iaitu Mempunyai gerak ringan dan berkesan Mempunyai kelembutan dan kesopanan Mempunyai kehalusan seni yang mempersonakan

Manakala tarannum Nahawad ini berperanan dalam melembutkan bacaan Al Quran disamping menenangkan jiwa pembaca dan pendengar Al Quran.

Tarannum Rast Dari sudut bahasa, Rast bermaksut benar-benar lurus. Jenis bacaan rast merupakan maqamat dalam seni lagu timur dan paling uatama dalam dunia seni lagu timur bahkan ia sinonim sebagai imej kepada seni lagu itmur. Asala bacaan rast ini adalah negara Iran dalam kelompok bangsa Kurdish dan telah berlaku banyak pengubahsuaian pada lagu ini mengikut peredaran zaman.

Sifat tarannum rast adalah Gerakan sebutan yang lincah dan halus cergas 9

Sesuai dengan semua bentuk ayat dalam Al Quran sa,ada berbantuk sedih, marah. Gembira, larangan dan sebagainya. Lembut dalam ketegasan

Tarannum rast juga mempunyai peranannya yang tersendiri iaitu Pemberi tenaga dan semangat pada bacaan dan persembahan Menarik kepuasan kepada pendengar Mendatangkan tenaga pada gerakan tarannum yang berikutnya.

Tarannum Soba Seperti tarannum-tarannum yang lain, Soba juga merupakan jenis alunan yang berasal dari Orang Arab. Di Tanah Melayu, alunan Soba mula kedengaran selepas berlakunya perang Dunia Kedua. Mempunyai sifat-sifat tersendiri, soba merupakan salah satu tarannum yang paling popular di Malaysia. Antara sifatnya adalah Bacaan mendayu yang lembut dan meresap ke jiwa Kesesuaian dengan tingkatan suara jawab dan qarar Biasanya menceritakan tentang kesediahn, rayuan dan hal ehwal Kiamat.

Peranan tarannum Soba pula amat besar atas sebab tertentu antaranya Mendatangkan keinsafan dan kekhusyukan kepada para pendengar Mengurangkan ketegangan serta memberikan ketengan dalam persembahan

Tarannum Hijaz

10

Tarannum Hijaz sinonim dengan tanah hijaz di Arab Saudi dan ia dipelopori oleh Orang Arab yang membacanya mengikut suanan kawasan padang pasir yang panas dan tandus. Di Tanah Melayu, alunan Hijaz dimulakan oleh tokoh tarannum seperti Allahyarham Masom Pergau dari kelantan, Ismail Hasyim dari Kedah dan lain-lain. Tarannum hijaz juga popular di Malaysia dan Indonesia kerana faktor kelantangan dan suara tinggi yang dimiliki oleh masyarakatnya kerana sifatnya yang berikut ; Mempunyai gerak yang agal lambat tapi tegas dan berkesan Gerak tegas dan lancar yang mampu menghidupkannya Sesuai ketiak ayat berbentuk perintah tegahan dan suruhan, peringatan, kemarahan dan azab Allah Mampu menghidup suara pembaca.

Antara peranan yang diajalankan oleh tarannum Hijaz adalah memberi tenaga pada tarannum yang akan dibaca selepasnya menjadikan persembahan lebih lancar dan fasih memberi kepuasan dan kekhusyukan kepada pendengar. Menyampaikan mesej ayat yang dibaca secara tegas dan berkesan. Memberi semangat dalam persembahan bacaan Al Quran.

Tarannum Sikah Tarannum sikah merupakan tarannum yang berasal dari negrara Iran. Apabila berlaku pengubahsuaian, ia telah dipopularkan di seluruh dunia mengikut bacaan lahjah Arab Hijazi bermula kurun ke-7 hingga kurun ke-19 masihi. Sikah misri merupakan sikah yang lembut sopan dan popular masa kini.

Sifat-sifat pada tarannum sikah addalah seperti berikut : mempunyai gerakan lembut dan ringan serta meyakinkan 11

kelembutan tarannumnya menusuk jiwa sesuai dibaca dengan semua tingkatan menunjukkan kepada ayat yang bercerita tentang rayuan, memohon, merintih dan sebagainya.

Tarannum sikah berperanan yang sama dengan tarannum-tarannukm yang lain walaupun ia jaeang digunakan. Antara peranan yang dibawa oleh tarannum ini aialah Memberi ketenangan dengan bacaan yang lembut dalam persembahan Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar Membawa perasaan khusyuk dan keinsafan Menambah seni bacaaan dalam Al Quran

Tarannum Jiharkah Jiharkah juga merupakan tarannum yang berasal dari negara Iran dan turut melalui fasa pengubahsuaian mengikut qari-qari dari hijaz dan Mesir.pengaruh jiharkah amat luas di Malaysia sehingga alunannya diadaptasikan dalam alunan takbir Hari Raya. Walaubagaimanapun, jiharkah merupakan tarannum yang jarang-jarang digunakan dalam susunan tarannum popular di negara ini. Sifat-sifat jiharkah ruhaniah dan aqidah dapat kita perhatikan di bawah ini Mempunyai gerakan ringan yang berkesan Mempunyai kelembutan yang menusuk jiwa Mempunyai unsur kesederhanaan, ketenangan dan keharmonian Mempunyai ayat-ayat yang menunjukkan rayuan, meohon, merintih yang mendayu-dayu.

Semua tarannum mempunyai peranan seperti yang telah lalu begitu juga dengan tarannum jiharkah yang berperanan Memberi ketenangan dan mengurangkan ketegangan pada bacaan 12

Melembutkan bacaan dalam persembahan Memberi keinsafan dan perasaan khusyuk kepada pendengar Mampu membuai perasaan rintihan, rayuan dan harapan.

Kesimpulan Merujuk kepada perbahasan yang terdapat dalam kerja kursus ini, kita dapat bahawa kurikulum tarannum amat penting dalam menjaga kesian Islam ini. Tarannum kini bukan sahaj diajarkan di Maahad Tahfiz bahkan Kemesterian Pelajaran sudah mula mengorak langkah melanjutkan kurikulum tarannum ini di sekolah menengah agar pelajar-pelajar dapat memahami kesenian dalam bacaan Al Quran di samping menambah bakat-bakat baru yang akan menggalas tugas dalam pertandinganpertandingan yuang dijalankan. Terbitan Akademi Al Quran sebuah rancangan realiti mungkin menjadi isu akantetapi hasilnya amat lumayan kerana beberapa orang pelatihnya telah berjaya di peringkat negeri dan antarabangsa dan ia amat berbaloi kerana bakat perlu dicungkil dan rancanga tersebut merupakan platform terbaik kepada masyarakat yang ingin memurnikan lagi seni tarannum ini.

Rujukan

13

Al Quran Mushaf Rasm Uthmani (1999) Damsyik, Cetakan Darul Makrifah

Hj. Norakyairee Mohd Raus & Dr. Adnan Mohd Yusoff (2009) HBQE3103 Pengajaran Ilmu Tarannum Al Quran Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM.Selangor, Meteor Doc sdn. Bhd.

Nik Jaafar bin Nik Ismail (1998) Qawaid tarannum.Kuala Lumpur, Darul Fikr

Muhd Ali bin Abu Bakar (1997) Seni Lagu Al Quran di Malaysia. Kuala Lumpur, Darul Fikr

14

You might also like