You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN
Al-Quran adalah kitab suci al-Quran yang diturunkan kepada umat Islam
melalui perantaraan wahyu Allah S.W.T. kepada Muhammad bin Abdullah yang
pada saat itu turut dingkat menjadi rasul terakhir kepada umat manusia sehingga
tiba hari kiamat. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab kepada umat Islam sejagat
untuk beramal dengan al-Quran.
Kita dituntut untuk mengamalkan al-Quran dalam kehidupan kita bukan
sekadar untuk membuktikan kehambaan kita kepada Allah, bahkan Allah
memberikan ganjaran pula. Antara yang paling jelas adalah firman Allah s.w.t
dalam surah al-Ahzab :


Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah kepada (dengan
menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya,dan bertasbihlah
kepada-Nya diwaktu pagi dan petang.
Terdapat banyak cara untuk kita menghayati

al-Quran. Selain tarannum,

tadarus, dan mendalami terjemahan, hafazan juga merupakan cabang cara untuk
menghayati kitab suci ini.

2.0 BIODATA HAFIZ AL-QURAN :


Hafiz al-Quran yang menghafal keseluruhan 30 juzuk al-Quran ialah rakan saya
sendiri ketika menuntut di SMKA Kedah beberapa tahun lalu. Beliau ialah saudara
Muhammad Adzrall Adznan Bin Mohd Ayub. Adzrall yang berusia 22 tahun telah
dilahirkan oleh Puan Nor Afiza di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan kini menetap di
Bandar Tasik Mutiara, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak yang kedua daripada
1

tiga adik-beradik. Hobi beliau salah satunya ialah membaca buku-buku ilmiah pada
masa lapang serta menyertai diskusi-diskusi buku yang diadakan di kawasan sekitar
Selangor ketika masih menuntut di Darul Quran Kuala Kubu dahulu.
Beliau pernah menuntut di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1, Madrasah
Islamiyah Masjid Negeri Sabah, SMKA Inanam (2007-2009), SMKA Kedah
(2010-2011), Darul Quran Kuala Kubu (2012-15) dan kini beliau sedang menuntut di
Shoubra Mesir.
Beliau pernah mendapat tempat keempat dalam satu acara Majlis
Musabaqah Darul Quran dan juga mempunyai tauliah mengajar al-Quran di negeri
Kedah.
Antara guru-guru al-Quran Adzrall ialah Ustaz Agus, Ustaz Hafizi, Ustaz
Afandi, Ustaz Khairul Afandi, Syeikh Wan Ismail, Ustaz Ibrahim, Syeikh Qudri, Ustaz
Khairi, dan Syeikh Hassan Rejab.
Adzrall mula menceburi dalam bidang hafazan al-Quran pada tahun 2008
ketika berusia 14 tahun dengan niat mahu mencuba untuk turut mengikuti jejak
langkah para huffaz yang lain. Beliau juga termotivasi dengan kelebihan-kelebihan
yang telah disebutkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Tempoh yang diambil oleh beliau untuk menghabiskan hafazan adalah
selama tiga tahun bagi keseluruhan 30 juzuk. Kebiasaannya beliau menghafal satu
muka surat al-Quran selama satu jam.

Antara cabaran yang dihadapi oleh Adzrall sendiri sama juga seperti mana
yang dihadapi oleh para huffaz yang lain, iaitu antaranya keliru dengan ayat-ayat
yang hampir sama bunyinya, berasa penat dan jemu terutamanya apabila ayat yang
dihafal hilang dari ingatan atau sukar untuk menghafal ayat-ayat yang tertentu.
Setelah menghafal al-Quran atau apa-apa surah yang ada di dalamnya,
adalah satu kewajipan bagi para penghafal untuk menjaga hafalannya daripada
luput dari ingatan. Kebiasaannya orang yang menghafal sesuatu surah dan tidak
lagi mengulang-ulang semula bacaannya selepas mereka menghafalnya, akibatnya
hafalannya akan dilupakan atau terlupa.
2

Cara mengulang hafalan atau disbut sebagai murajaah adalah berbeza-beza


mengikut individu dan kemampuan mereka. Ada yang mampu untuk mengulang
sebanyak 5 juzuk sehari, 10 juzuk dan 15 juzuk. Kebiasaan dan amalan saudara
Adzrall ialah mengulang hafalan sebanyak 1 juzuk dalam sehari bagi menjaga
hafalannya.
Seterusnya akan diperincikan panduan menghafal al-Quran serta adab-adab
hamlah al-Quran.

3.0 PANDUAN MENGHAFAZ AL-QURAN :


3.1 Mengikhlaskan niat kerana Allah s.w.t.
Perkara yang paling penting adalah mengikhlaskan niat. Satu kerugian yang amat
besar bagi seorang yang bersusah-payah bersungguh-sungguh menghafal al-Quran,
akan tetapi niatnya bukan kerana Allah s.w.t. Orang berbuat demikian hanya akan
mendapatkan lelah tanpa mendapat pahala sedikit pun. Sabda baginda s.a.w :

Maksudnya : Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niatnya.

Dan

sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan.
Sesiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan
Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa
yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana
wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan beroleh apa) yang dia niatkan.
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)

Sebaliknya sekiranya kita niatkan hanya kerana Allah, Allah akan menolong
serta mempermudah langkah dalam menghafaz al-Quran. Jika niat kita ikhlas
kerana Allah, nescaya Allah akan membantu kita ketika terasa malas atau bosan. Ini
adalah kerana salah satu halangan terbesar bagi penghafal al-Quran adalah rasa
bosan, lebih-lebih lagi bagi orang yang baru berjinak-jinak untuk menghafal
al-Quran. Oleh itu, ikhlasnya niat merupakan satu perkara wajib ada dalam diri para
penghafal al-Quran.
3.2 Berdoa kepada Allah
Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Pada setiap amalan, kita diajarkan untuk
selalu mengawalinya dengan berdoa.

Betapa banyaknya doa-doa yang telah

diajarkan dalam Islam bagi mempermudahkan proses menghafal dan mengingat


al-Quran dan ilmi-ilmu lain.
Begitu juga dalam menghafal al-Quran, perbanyakkan doa agar dimudahkan
dalam menghafal al-Quran, kerana doa merupakan bukti tawakkal dan ikhtiar kita
kepada Allah s.w.t. Kita berdoa juga adalah kerana kita meminta sendiri kepada
Allah, pemilik kalam yang mulia supaya diberikan anugerah dan keizinan untuk
menghafal dan menjaga ayatnya dalam ingatan kita.

3.3 Meninggalkan maksiat


Telah berkata Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya al-Daa' wa
al-Dawaa', perbuatan maksiat adalah salah satu penyebab datangnya azab kepada
pelakunya bukan sahaja di akhirat kelak, tetapi sejak mereka melakukannya lagi.
Antara azab yang Allah berikan kepada pelaku maksiat sebaik sahaja mereka
melakukan larangan Allah, mereka akan diselubungi oleh perasaan bersalah dan
menyesal dan kemudiannya ialah ingatan mereka menjadi lemah.
4

Perkara ini juga disebut oleh Ibnu Masud r.a, " Aku menyangka seorang lelaki
lupa terhadap ilmunya kerana satu dosa yang dia lakukan".

Juga diceritakan daripada riwayat seorang ulama yang bernama Ali Bin
Khusyram rahimahullah di dalam Siyarul A'lamin Nubala' yang dibawakan oleh
pengarang sebuah risalah yang bertajuk Ya Thalibal Ilmi, " Aku melihat Waki' bin alJarrah yang tidak ada padanya kitab, tetapi dia menghafal apa yang kami tidak hafal.
Maka aku berasa hairan melihatkan perkara itu dan aku bertanya, "Wahai Waki',
engkau sesungguhnya tidak membawa sebuah kitab pun, tidak menulis walaupun
setitik tulisan tetapi engkau menghafal lebih banyak daripada kami. Maka Waki'
membalas, " Wahai Ali, mahukah engkau aku tunjukkan ubat bagi penyakit lupa
yang aku amalkan selama ini? ". Aku pun menjawab, "Demi Allah, ya aku ingin
tahu."

Waki' pun berkata, " Demi Allah, aku tidak nampak perkara yang lebih

bermanfaat bagi menjaga hafalan daripada meninggalkan maksiat."


Apa yang dapat disimpulkan daripada salah satu panduan para ulama
mengenai cara menjaga hafalan ialah meninggalkan perbuatan yang dilarang oleh
Allah s.w.t dan rasulNya. Perkara yang perlu difikirkan oleh penghafal al-Quran dan
penuntut ilmu ialah, bagaimana

Allah mahu memberikan cahaya daripada

KalamNya sekiranya hati seseorang itu penuh dengan kegelapan kemaksiatan?


Maka jawapannya sudah tentu kita perlu mengikuti perintah Allah dengan menjauhi
laranganNya kerana Dialah yang akan memberikan kita kemampuan untuk
menghafal al-Quran.

3.4 Mendirikan Solat Sunat


Setelah niat kita ikhlas karena mengharap redha dan pahala Allah, hendaknya kita
melakukan solat hajat sebelum mula menghafal al-Quran.

Mohonlah agar

dipermudahkan dalam menghafal al-Quran. Ini adalah kerana pemilik al-Quran ialah
Allah, maka kita memohon kepada pemiliknya agar diberi kemudahan.
Untuk solat hajat sendiri tidak ada ketentuan waktu kecuali waktu-waktu yang
diharamkan untuk solat. Anjuran untuk mengerjakan solat hajat ini merujuk pada
hadith yang diriwayatkan Hudzaifah al-Yamani r.a, beliau berkata:
5



Maksudnya

Adalah

Rasulullah

apabila

ditimpa

suatu

masalah

baginda

mengerjakan solat.
3.5 Tetapkan Target Hafalan
Biasanya, pada pertengahan tempoh menghafal, akan berlaku beberapa cabaran
seperti susah mengingat atau hafalan yang sudah dihafal terlupa lagi. Kalau sudah
seperti ini biasanya semangat seseorang itu akan berkurang kerana kita berasa
bahawa menghafal al-Quran ini merupakan suatu perbuatan yang sukar.
Bagi mengelakkan agar seseorang penghafal tidak patah semangat, dia
harus menetapkan target dalam menghafal. Target ini sangat berguna ketika kita
sedang malas menghafal.

Kita akan ingat bahawa impian kita untuk menjadi

penghafal al-Quran, sehingga semangat kita akan kembali berkobar. Kita tidak perlu
berlebih-lebih dalam menentukan target hafalan, usahakan yang sesuai dengan
kemampuan kita.
3.6 Memperdengarkan Hafalan / Tasmik
Untuk mengelakkan bacaan yang salah, halaman yang sudah dihafal hendaklah
diperdengarkan kepada orang lain, agar mereka boleh memperbetulkan bacaan kita
yang salah.
Ketika kita menghafal, terkadang terjadi kesalahan baca tanpa disedari. Oleh
itu, dengan mentasmik hafalan kita akan perbetulkan jika terdapat kesalahan dalam
bacaan kita sehinggakan kesalahan tersebut tidak terbawa-bawa dalam hafalan kita
nanti.

Sebaiknya al-Quran dihafal dan ditasmik dengan bimbingan dengan guru

yang mahir dalam bidang ini.

3.7 Memilih Waktu Yang Baik

Waktu yang tepat untuk menghafal juga sangat perlu penting dalam menghafal dan
bergantung kepada individu masing-masing. Waktu yang tepat bagi seorang pelajar
belum tentu tepat bagi seorang penulis, begitu juga waktu yang tepat bagi penulis
belum tentu tepat bagi seorang ibu di rumah.
Antara waktu-waktu yang terbaik bagi menghafal mengikut saranan para
ulama ialah pada waktu sahur atau akhir malam, selepas solat subuh, antara
maghrib dan isyak, sepanjang bulan Ramadhan, selepas melakukan solat malam
dan berdoa.
3.8 Tempat yang sesuai
Menurut Sahibul al-Samahah Dr. Zulkifli al-Bakri di dalam bukunya Kuasa Hafazan,
antara tempat-tempat yang digalakkan dan sesuai untuk menghafal ialah masjid,
tempat yang sunyi dan jauh daripada gangguan-gangguan dan jauh daripada tempat
yang lagha seperti di hadapan televisyen atau kawasan pembinaan.

4.0 ADAB-ADAB HAMLAH AL-QURAN :


1- Hendaklah yang membaca al-Quran berniat ikhlas, mengharapkan redha Allah,
bukan berniat ingin cari dunia atau cari pujian.
2- Disunatkan membaca al-Quran dalam keadaan mulut yang bersih. Bau mulut
tersebut boleh dibersihkan dengan siwak atau lain-lain yang sesuai.
3- Disunatkan membaca al-Quran dalam keadaan suci. Namun jika membacanya
dalam keadaan berhadas dibolehkan berdasarkan kesepakatan para ulama.
7

Catatan: Ini berkaitan dengan masalah membaca, namun untuk menyentuh


al-Quran dipersyaratkan harus suci. Dalilnya diambil daripada hadith nabi
Muhammad s.a.w :






















- -

Dari Abu Bakr bin Muhammad bin Amr bin Hazm dari ayahnya dari datuknya,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah menulis surat untuk penduduk Yaman yang
isinya, Tidak boleh menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci.
(Hadith Riwayat Daruqutni)
4- Mengambil tempat yang bersih untuk membaca al-Quran. Oleh itu, para ulama
sangat menggalakkan supaya membaca al-Quran di masjid. Di samping masjid
adalah tempat yang bersih dan dimuliakan, dalam masa yang sama juga mendapat
meraih fadilat iktikaf.
Imam

Nawawi rahimahullah menyatakan

di

dalam

kitabnya

al-Tibyan,

Hendaklah setiap orang yang duduk di masjid berniat iktikaf baik untuk waktu yang
lama atau hanya sekejap. Bahkan sepatutnya sejak masuk masjid tersebut sudah
berniat untuk iktikaf. Adab seperti ini sudah sepatutnya diperhatikan dan disebarkan,
apatah lagi pada anak-anak dan orang awam (yang belum faham). Kerana
mengamalkan perkara ini sudah semakin jarang-jarang dapat dilihat.
5- Menghadap kiblat ketika membaca al-Quran. Duduk pada waktu itu dalam
keadaan penuh ketenangan.
6- Memulai bacaan dengan membaca taawudzPerintah untuk membaca taawudz di
sini disebutkan dalam ayat,

Maksudnya : Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta


perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. (QS. An-Nahl: 98)
7- Membaca basmalah pada setiap awal surah selain surahal-Taubah.
8- Hendaknya ketika membaca al-Quran dalam keadaan khusyuk dan berusaha
untuk mentadabbur setiap ayat yang dibaca.
Perintah untuk mentadabburi al-Quran disebutkan dalam ayat,







Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran ataukah hati mereka
terkunci? (Surah Muhammad: 24)


Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah
supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran
orang-orang yang mempunyai pikiran. (Surah Sad: 29)
Imam Nawawi rahimahullah menyatakan, Hadith yang menyebutkan tentang
perintah untuk tadabbur sangat banyak. Perkataan ulama salaf pun amat banyak
tentang anjuran tersebut. Ada cerita bahwa sekelompok ulama salaf yang hanya
membaca satu ayat yang terus diulang-ulang dan direnungkan di waktu malam
hingga datang Subuh.

Bahkan ada yang membaca al-Quran kerana begitu

mentadabburinya hingga pengsan. Lebih dari itu, ada antara ulama yang sampai
meninggal dunia ketika mentadabburi al-Quran.
Diceritakan oleh Imam Nawawi, dari Bahz bin Hakim, bahwasanya Zararah
bin Aufa, seorang ulama terkemuka di kalangan tabiin, ia pernah menjadi imam
untuk mereka ketika solat Shubuh. Zararah membaca surat hingga sampai pada
ayat,


( 8)


(9)










9

Apabila ditiup sangkakala, maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang
sulit. (Surah al-Mudathir: 8-9).
Ketika itu Zararah tersungkur lantas meninggal dunia. Bahz menyatakan
bahwa ia menjadi di antara orang yang memikul jenazahnya.

5.0 PENUTUP
Al-Quran merupakan kalam Allah s.w.t yang mulia dan juga merupakan mukjizat
yang diberikan oleh nabi Muhammad s.a.w dan diwariskan kepada umat akhir
zaman. Salah satu mukjizatnya ialah tidak ada sesiapa pun yang dapat mengubah
ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Quran walaupun begitu banyak kandungannya
yang mana boleh dikatakan agak mustahil orang lain akan ketahui yang isinya telah
diubah.
Walaupun telah beberapa kali musuh umat Islam telah melakukan cubaan
untuk mengubah atau menokok tambah kandungan al-Quran atau mencuba
mengarang dan mengubah ayat-ayat untuk menandingi keindahan al-Quran, tetap
juga tidak berjaya. Begitulah benarnya janji Allah yang akan menjaga kalamNya
daripada diubah-ubah mengikut hawa nafsu oleh mereka yang memusuhi Islam.
Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Hijr ayat 9 :

Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang


memelihara dan menjaganya.
Dalam menghafal al-Quran tentu kita akan menemui pelbagai rintangan
kadang-kadang malas, mungkin juga sukar menghafal ayat-ayat tertentu, jemu dan
lain-lain lagi. Pada dasarnya menghafal al-Quran itu mudah sebagaimana firman
Allah :



10

Maksudnya : Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk pelajaran,


maka adakah orang yang mengambil pelajaran.
Disisi lain hafal al-Quran adalah suatu kedudukan yang tinggi segaimana
yang dijelaskan dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w, dan kedudukan yang tinggi
tentu harus dicapai dengan penuh kesungguhan.
Setelah beberapa perkara yang telah dibincangkan mengenai panduan
menghafal al-Quran dan adab-adab menghafalnya, adalah sangat penting untuk kita
sebagai umat Islam untuk menjaga adab-adab hamlah al-Quran serta berusaha
untuk menjadi salah seorang yang kesucian al-Quran yang mulia.

Semoga

ayat-ayat al-Quran dapat dijadikan sebahagian daripada diri kita dengan


pengamalan kandungannya agar syiar Islam dapat dijulang tinggi di muka bumi ini.

11

You might also like