You are on page 1of 11

MABADI

HIFZ
AL-QURAN

A R I FA H N A B I H A H B I N T I Z U L K A F L I
Pada akhir topik pelajar dapat :
 Menjelaskan konsep hafazan al-Quran.
 Menghuraikan adab menghafaz al-Quran.
 Mengenalpasti faktor memudahkan dan mengekalkan
hafazan.
KONSEP HAFAZAN AL-QURAN
• Matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya
mengabdikan diri kepada Allah. S.W.T.
• Menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting di dalam mendalami
ilmu al-Quran.
• Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan.
• Menghafaz memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang
melakukannya.
• Sejarah pembelajaran al-Quran secara hafazan bermula sejak turunnya
ayat pertama dari al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.
ADAB MENGHAFAZ AL-QURAN
NIAT
• Menurut bahasa ialah qasad (tujuan hati) dan iradah (kehendak
hati).

• Maka dengan tujuan hati dan kehendaknya sendiri, terjadilah


sesuatu `amal atau pekerjaan.

• Ulama` fiqh mengertikan niat sebagai qasad mengerjakan suatu


bersamaan dengan melakukannya dan tempatnya di hati.
DOA HAFAZAN
‫اللهم نور بكتا بك بصري واشرح به صدري واستعمل به بدني واطلق به لساني وقوبه جناني واسرع به‬
.‫فهمي وقوبه عزمي بحولك وقوتك فإنه ال حوال وال قوة إال بك يا أرحم الراحمين‬

“Ya Allah, pancarkanlah cahaya KitabMu kepada pandanganku dan


lapangkanlah dengannya dadaku gunakanlah dengannya badanku
mudahkanlah sebutan lidahku dan kuatkanlah ingatanku dan
segerakanlah dengannya kefahamanku dan kuatkanlah dengannya
azamku dengan daya dan kekuatanMu,bahawasanya tiada daya dan
upaya melainkan dengan-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih. “
MOTIVASI DALAMAN
Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah ” •
“petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.

(Surah an-Nahl : 89)

Sabda Rasulullah S.A.W

‫خيركم من تعلم القرءان وعلمه‬

Maksudnya : Yang terbaik dari kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan
mengajarnya. (Bukhari dan Muslim)

“Ajarkan kepada anak-anak al-Quran, hadis-hadis, kisah orang-orang soleh, dan hukum-hukum
agama. (Imam al-Ghazali)
KETEKALAN RASM UTHMANI

• Ketekalan bermaksud kebolehpercayaan, keteguhan tentang rasm uthmani.


Oleh itu ketekalan bolehlah dikaitkan dengan kebolehpercayaan dengan al-
Quran rasm uthmani.

• Mushaf Uthmani ialah mushaf atau naskhah al Quran yang ditulis semula di
zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri.

• Oleh kerana usaha menulis mushaf ini dilakukan di zaman beliau maka
dipanggil Mushaf Uthmani iaitu disandarkan kepada nama beliau. Inilah
mushaf yang ada pada kita sekarang.
TAHSIN SEBUTAN
• Al-Quran adalah kitab Allah yang diturunkan di dalam bahasa arab yang
perlu kepada kita yang bukan berbangsa arab untuk mempelajari al-
Quran secara berguru.
• Hal ini kerana banyak sebutan yang dilafazkan di dalam bahasa arab
tidak didapati di dalam bahasa melayu dan sebutan melayu ada yang
tidak dilafazkan di dalam bahasa arab.
• Oleh yang demikian, kita perlu mengenali makhraj dan sifat-sifat huruf
untuk menentukan bacaan kita betul atau tidak.
WAKTU DAN TEMPAT MENGHAFAZ

• Pemilihan waktu menghafaz yang sesuai sangat perlu dititikberatkan

bagi seseorang penghafaz al-Qur’an.


• Antara waktu-waktu yang sesuai untuk menghafaz ayat-ayat suci al-
Qur’an adalah pada waktu-waktu yang tenang dan juga pada waktu
fikiran kosong.
• Waktu yang tenang dan fikiran kosong ini sangat membantu dalam
memudahkan hafazan seseorang penghafaz al-Qur’an kerana al-
Qur’an mudah diresapi oleh hati-hati yang tenang.
MEMILIH KAEDAH HAFAZAN

• Antara yang digariskan adalah teknik-teknik menghafaz pada peringkat sebelum,

semasa menghafaz dan selepas bagi mengekalkan hafazan.

• Bergantung kepada individu untuk mengamalkannya atau tidak, namun teknik-

teknik ini digariskan bagi membantu para penghafaz al-Qur’an yang

bertanggungjawab ke atas setiap hafazannya.


• Sebelum menghafaz, mestilah ditanamkan azam dan minat yang mendalam
untuk menghafaz
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like