You are on page 1of 19

APLIKASI

KONSTRUKTIVISME DALAM
PENGAJARAN AL-QURAN
DISEDIAKAN OLEH : SITI NUR AISYAH BINTI ABDUL RAHIM
NUR NADHIRAH BINTI ZAHARI

NUR SYAHIRAH BINTI MOHAMAD


WISAM HUSNAA BINTI AHMAD NAZORI
DEFINISI KONSTRUKTIVISME

• Menurut Noriati Ab. Rashid et.al (2017), konstruktivisme ialah teori pembelajaran
yang melihat murid sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima
pengetahuan.
• Murid membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara
mengaitkannnya dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada masing-masing,
bukannya menerima pengetahuan yang disampaikan secara bulat-bulat.
• Secara ringkasnya, konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu
sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan pengetahuan atau pengalaman
sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman baharu.
TEORI KONSTRUKTIVISME JEAN PIAGET(1896-1980)

• Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara


berperingkat.

• Maklumat baharu diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses
adaptasi. Proses adaptasi merujuk kepda proses menyesuaikan dan menerima maklumat
baharu untuk mendapatkan keseimbangan antara pembelajaran dengan persekitaran.
PROSES ADAPTASI DALAM PENGAJARAN AL-QURAN

Piaget membahagikan adaptasi kepada dua proses iaitu :

Asimilasi
• Apabila maklumat baharu mempunyai
ciri-ciri persamaan maklumat sedia ada,
maklumat tersebut akan diserap dengan Akomodasi
mudah.
• Contohnya, dalam pengajaran surah al-asr, • Apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan
murid telahpun mengetahui maksud masa. dengan maklumat sedia ada, maklumat tersebut sukar untuk
Oleh itu, pengetahuan akan mudah diserap. Jadi murid perlu membuat perbincangan sehingga maklmat
baharu dapat diserap masuk.
diserap masuk
• Contohnya, dalam pengajaran surah al fatihah agak sukar untuk
mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada murid, jadi guru
boleh membuat perbincangan yang mendalam sehingga murid
dapat memproses maklumat tersebut.
PRINSIP – PRINSIP KONSTRUKTIVISME

Menekankan prinsip pembelajaran berpusatkan murid

Murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri. Murid


membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka

Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan.


Pembelajaran baharu bergantung kepada pemahaman atau
pengetahuan sedia ada

Pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain. interaksi


sosial membantu dan menyokong pembelajaran. Guru dan rakan
berperanan sebagai fasilitator pembelajaran (scaffolding)
APLIKASI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN
AL-QURAN
• Semasa pengajaran kefahaman Al- Quran, guru boleh :
1) Menggalakkan murid bertanya dan memberi jawapan yang munasabah bagi soalan ‘Mengapa’, dan
‘Bagaimana’ yang ditimbulkan murid.
- Guru boleh memberi ganjaran kepada murid yang bertanyakan soalan dan juga kepada murid
yang menjawab soalan guru.
- Dalam hal ini, guru tidak perlu menerangkan sendiri 100% tentang sesuatu surah yang dipelajari.
Hal ini supaya dapat merangsang murid untuk berfikir sendiri dan bertanya kepada guru.
- Sebagai contoh, dalam pengajaran sejarah penurunan al-quran (tahun 4), guru boleh menceritakan
secara ringkas dahulu agar murid mula berfikir mengapa Al-Quran diturunkan secara
berperingkat dan bukannya sekaligus.
APLIKASI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN
AL-QURAN
2) Meminta murid membuat jangkaan terhadap apa yang akan berlaku apabila mengajar sesuatu
ayat kefahaman Al- Quran.
- Guru boleh membimbing murid untuk membuat jangkaan dengan menggalakkan murid
memberi jawapan atau menyambung ayat guru.
- Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan murid menyambung ayat guru seperti “ Kita perlu
beriman kepada Allah supaya….” dan meminta murid menyambung ayat tersebut supaya
melatih murid membuat jangkaan terhahap pembelajaran.
- Contoh lain, dalam pengajaran Surah Al-Fatihah, guru boleh meminta murid meneka atau
memberitahu apa yang akan berlaku sekiranya murid tidak menghayati dan memahami surah
Al-Fatihah
APLIKASI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN
AL-QURAN
3) Menggunakan analogi (persamaan dalam sesuatu perkara) untuk membantu murid
mengaitkan konsep dan idea baharu kepada pengetahuan sedia ada mereka.
- Guru boleh menggunakan contoh-contoh yang dekat dengan murid untuk membuat
persamaan supaya murid lebih faham sesuatu konsep ayat Al-Quran itu.
- Sebagai contoh, untuk memahamkan murid tentang surah Al- Maun yang menceritakan
tentang pendusta akhirat. Guru boleh membuat persamaan dengan memberi contoh-
contoh atau kisah-kisah orang yang riak, yang memakan harta anak yatim dan lain-lain
yang berkaitan dengan maksud surah tersebut.
APLIKASI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN
AL-QURAN
4) Guru perlu sertakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk membantu murid membuat
rumusan tentang sesuatu surah
- Bahan bantu mengajar membantu murid mengembangkan lagi daya kognitif dan pembinaan idea
murid
- Guru juga boleh menayangkan atau menggunakan media untuk merangsang daya kognitif murid
dengan membuat rumusan berdasarkan video yang ditayangkan
- Sebagai contoh, guru boleh membawa jam atau jadual waktu harian untuk mengajar surah al-asr
supaya murid faham dan membuat rumusan tentang intipati surah tersebut
APLIKASI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN
AL-QURAN
• Beri penjelasan yang sesuai dengan aras kognitif murid
- Guru haruslah menggunakan ayat yang tida terlalu kompleks agar murid mudah berfikir untuk
memahamkan sesuatu maksud.
- Pengajaran Al-Quran ini memerlukan pehamaman yang mendalam, jadi guru haruslah memilih
kaedah penjelasan yang sesuai agar selari dengan aras kognitif murid.
- Contohnya, untuk mengajar sejarah penurunan Al-Quran, guru haruslah menggunakan kaedah
bercerita supaya dapat memberi penjelasan yang sesuai dengan kognitif murid. Sekiranya guru
menerangkan berdasarkan fakta semata-mata, murid akan sukar untuk menginterpretasikan
pembelajaran.
APLIKASI KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN
AL-QURAN
• Meminta murid membuat refleksi dan mengaitkan isi pelajaran yang telah diisi.
- Pada setiap akhir pembelajaran, guru boleh meminta murid membuat rumusan tentang
topik yang dipelajarinya supaya dapat menguji tahap pembinaan pengetahuan murid
- Guru boleh meminta murid memberikan refleksi secara lisan ataupun dalam bentuk peta
i-think supaya mereka dapat mengeluarkan segala idea mereka berkaitan dengan topik
pelajaran.
- Contohnya, guru boleh meminta murid memberikan rumusan dari pemahaman sesuatu
surah dan memintanya mengaitkan dalam kehidupan seharian.
KEKUATAN & KELEMAHAN KONSTRUKTIVISM

- Amat sesuai untuk mengajar - Tidak sesuai dalam mengajar


pemahaman Al-Quran tilawah dan hafazan Al-Quran
- Membantu murid untuk - Pemahaman yang berbeza
berfikir secara kritis dan atau interpretasi konsep yang
mendalam salah.
- Berpusatkan kepada murid, - Guru akan menghadapi
jadi murid akan lebih mudah masalah sekiranya murid
memahami sesuatu konsep bertanyakan terlalu banyak
soalan, ini akan melembatkan
proses PdPc.
DAPATAN KAJIAN LEPAS TENTANG KAEDAH
KONSTRUKTIVISME 1
DAPATAN KAJIAN LEPAS TENTANG KAEDAH
KONSTRUKTIVISME 1
RUJUKAN

BUKU
N. A. Che Juhairi, Learning Tajweed for Children Using Scaffolding Approach Universiti Teknologi
MARA, May, 2008.
Noriati Ab Rashid. Bong Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan Pembelajaran.
Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Pejabat Pendidikan Daerah Muar (2015). Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21
(Guidelines for Implementing PAK21). Pejabat Pendidikan Daerah Muar.
RUJUKAN

INTERNET
Erizar. (t.t). The Introduction Of Constructivist Approach In Islamic Education Classroom. Diakses pada
15 Mac 2019 daripada file:///C:/Users/pc/Downloads/12-25-15-1-10-20180123.pdf
Nurarina Mohd Said. (2012). Al-Quran Recitation (Tajweed Simulation). Diakses pada 15 Mac 2019
daripada http://utpedia.utp.edu.my/6320/1/Nurarina_Final%20Dissertation_12808.pdf.
JURNAL
Gilakjani,A. P., Lai, M. L., & Ismail, H. N. (2013).Teachers’ Use of Technology and Constructivism.
IJMECS, 5(4), 49-63.
Mohd Zin, A. A. (1995). Masalah Matapelajaran Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah
Menengah Kerajaan di Kuala Lumpur (Problems on Islamic Education Subject in
Government Secondary Schools in Kuala Lumpur). Jurnal Pendidikan Islam (Islamic
Education Journal), 7(2).
Tengku Sarina Aini Tengku Kassim, Fatimah Sahidah Abd. Rajak, Yusmini Md Yusoff, Madiha
Baharuddin. (2017). Pendekatan Konstruktivisme di Malaysia dan Brunei
Darussalam: Satu Tinjauan Awal Terhadap Pengalaman Guru Pendidikan Islam.
Journal of Islamic Educational Research (JIER), e-ISSN: 0128-2069, Volume 2, Issue
1, June 2017.

You might also like