You are on page 1of 27

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN (PEMERHATIAN)

Instrumen pengumpulan data berhubung tugasan telah saya laksanakan berdasarkan pemerhatian dan juga temu bual. Saya telah menjalani pengalaman

berasaskan sekolah di SK Pekan Ranau, sabah. Saya telah membuat pemerhatian mengenai pengurusan sekolah. Pengurusan di SK Pekan Ranau, berjalan dengan

lancer dan semua staf di sekolah itu menjalankan tugas mereka dengan baik. Sekolah tersebut mementingkan prestasi yang baik untuk menaikkan nama sekolah. Guru

Besar di sekolah itu, iaitu Encik Mostajah begitu tegas menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru besar. Beliau memandang serius tentang peningkatan prestasi sekolah tersebut.

Selain itu juga, saya dapati walaupun sekolah ini merupakan sekolah yang tertua di daerah Ranau, prasarana dan kemudahan yang ada tetap mencukupi. Terdapat perpustakaan di sekolah itu yang memudahkan murid-murid untuk memupuk budaya membaca. Selain tersedianya perpustakaan, program semai juga diadakan pada setiap pagi sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya saya mendapati di sekolah ini juga mengamalkan program tasmik iaitu dengan membaca surah atau Al-Quran pada sesi tengahari. Program ini amat baik dan sesuai untuk dijalankan.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU

SENARAI SEMAK

Di dalam kertas tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diberikan oleh pensyarah terdapat senarai semak yang mengandungi beberapa aspek yang perlu dititikberatkan semasa saya menjalani PBS. Senarai semak ini memberikan sedikit sebanyak penjelasan dan panduan kepada saya mengenai perkara-perkara yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Melalui senarai semak yang telah diberikan ole pensyarah saya telah membuat senarai semak saya sendiri mengikut jadual aktiviti yang telah saya buat sebelum melakukan PBS. Senarai semak ini penting bagi memastikan tiada perkara penting tertinggal untuk dimuatkan dalam portfolio nanti. Sedikit kecuaian akan menjejaskan hasil tugasan yang bakal disiapkan dan kemungkinan tugasan tidak tersusun dengan baik. 1. saya memberi tumpuan pada senarai semak penyediaan portfolio untuk menyemak maklumat yang sudah dicari dengan tajuk yang hendak dicari sepanjang PBS. 2. senarai semak menjadi satu panduan kepada saya untuk memulakan portfolio. 3. bagi senarai semak prasarana, gambar yang diambil adalah mengikut apa yang telah disenaraikan dan juga ada gambar tambahan. 4. Pembahagian tajuk juga dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan. 5. Senarai semak amat berguna kerana ia merupakan skop kajian yang hendak dibuat serta dapat merancang apa yang hendak dibuat dan dapat membahagikan kerja mengikut kriteria. 6. Turut bertindak sebagai lampiran untuk tugas semakan.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU

TEMU BUAL

Temubual yang dibuat amat penting bagi mendapatkan ilmu dan pengetahuan baru bagi meyiapkan tugasan yang hendak dibuat. Temubual dilaksanakan mengikut kehendak soalan yang telah diberikan. Semasa saya menjalankan PBS saya telah menjalankan sesi temu bual bersama Guru Besar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Kanan Kokurikulum mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah. Saya juga telah melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan para guru bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai beberapa

perkara yang berkaitan dengan murid-murid dan keperluan mereka dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu, saya juga bertanya mengenai teknik pengajaran berkesan yang boleh dilakukan semasa sedang melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut subjek-subjek tertentu. Tambahan lagi, saya turut melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan pihak pengurusan kantin berkaitan dengan penetapan harga makanan dan juga carta aliran kendiri kantin sekolah. Ini kerana pihak pengurusan kantin akan membuat laporan harian pemeriksaan kendiri kantin. Terdapat beberapa kriteria yang diambil kira dalam laporan ini. Saya turut menemuramah pihak pengurusan kantin mengenai RMT. Malah,saya telah menemu bual beberapa staf sokongan sekolah mengenai kepentingan tugas mereka kepada sistem pengurusan sekolah tersebut. Namun, terdapat tambahan kepada apa yang telah disenaraikan.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU Berikut adalah perancangan temubual yang hendak dilakukan dan dengan siapa temubual hendak dijalankan. 1. Guru Besar 2. Guru Penolong Kanan 1 3. Guru Penolong Hal Ehwal Murid 4. Guru Penyelaras Kokurikulum 5. Guru Panitia 6. Kakitangan Sekolah 7. Murid-murid

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU

LAPORAN TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVINGHURST YANG TELAH DIAPLIKASIKAN DISEKOLAH UNTUK TUGAS-TUGAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PADA PERINGKAT UMUR 6 HINGGA 12 TAHUN.

PENGENALAN

Robert Havighurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Beliau berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya menurut beliau lagi faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang individu.

Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugastugas yang selanjutnya. Beliau telah membahagikan tugas perkembangan kepada tiga peringkat iaitu :

1. Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun) 2. Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun ) 3. Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN

i) Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)

Kebanyakkan kanak-kanak mula berjalan di antara umur 9-15 bulan. Pada peringkat ini, semua urat dan otot di kaki dan badan mula berkembang ke tahap yang mampu mencapai tugas perkembangan ini. Kanak-kanak akan mula berlari dan melompat selepas pandai berjalan. Sistem penghadaman kanak-kanak beransur-ansur bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. Seterusnya organ-organ menguyahnya akan berkembang sehingga dapat mengunyah makanan pejal apabila umurnya mencapai 2 tahun. Kanak-kanak mula menyebut dan berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk bercakap. Pertuturan menjadi cara mereka meluahkan perasaan mereka sama ada suka atau tidak terhadap sesuatu.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU Latihan membuang air kecil dan besar pada masa dan tempat yang sesuai adalah latihan yang pertama yang diterima oleh kanak-kanak. Kesan latihan ini mungkin berterusan dan mungkin mempengaruhi waktu kanak-kanak tersebut pada kemudian hari. Kanak-kanak juga sedar sejak awal lagi tentang perbezaan jantina manusia. Sejak awal lagi kanak-kanak diajar bertingkah laku sebagai seorang lelaki dan perempuan serta menjaga pergaulan mereka. Kemudian ia juga mengetahui perbezaan struktur tubuh lelaki dan perempuan.

Selain itu pada peringkat ini kanak-kanak juga telah bersedia untuk belajar dengan memberi fokus kepada tanda-tanda yang mewakili huruf dan perkataan. Kesediaan membaca juga dapat diasuh melalui pengalaman langsung kanak-kanak. Ketika kanak-kanak berumur 6 tahun, Kanak-kanak belajar juga sudah pandai untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa. Mereka juga sedia mendengar pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.

ii) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak dapat menguasai beberapa kemahiran fizikal dalam permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot kanak-kanak mula berkembang. Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya memainkan yang amat penting terhadap kanak-kanak. Jadi kana-kanak haruslah diasuh dengan didikan sempurna untuk membina sikap diri yang baik. Kanak-kanak mula belajar bertolak-ansur dengan rakan sebaya dalam kehidupan sosial mereka. Pertumbuhan ini juga akan menyebabkan kanak-kanak berasa jauh dari keluarga dan akan pergi kepada rakan sebaya. Kanak-kanak juga harus belajar peranan jantina mereka. Dalam hal ini mereka dibantu oleh pengaruh ibu

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU bapa, adik beradik serta saudara mara . di sekolah pula guru berperanan memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid. Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahirankemahiran asas iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M). Kanak-kanak juga mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep hidup serta moral. Selain itu, mereka mula memahami dan belajar membentuk sikap yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan pada setiap individu.

iii) Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )

Pada peringkat ini, golongan remaja akan mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan suara. Kanak-kanak perempuan akan berkelakuan sebagai orang perempuan dan lelaki akan berkelakuan orang lelaki. Mereka harus memahami bagaimana untuk bergaul dan bersosial bersama kawan-kawan yang berlainan jantina. Remaja juga belajar membentuk emosi daripada ibu bapa iaitu belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Selain itu, remaja harus bersedia memilih satu pekerjaan yang sesuai untuk masa depannya. Remaja juga sedang mempelajari peranan dan tanggungjawab yang sewajarnya dalam kehidupan mereka pada dewasa kelak.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU IMPLIKASI TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST DALAM PROSES PEMBELAJARAN KANAK-KANAK.

Implikasi melalui teori tugasan perkembangan Robert Havighurst yang dapat dilaksanakan dalam proses pembelajaran murid-murid adalah guru-guru memerhatikan keupayaan kanak-kanak dan menggolongkan mereka menurut kebolehan masingmasing. Maksudnya di sini, kanak-kanak yang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Terdapat kanak-kanak yang dapat menyerap dengan cepat input-input yang diberikan oleh guru dan ada juga murid-murid yang lambat menerima. Oleh yang demikian, guru perlulah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap perkembangan masing-masing. Selain itu, guru perlu bijak dalam memilih aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan pengalaman murid-murid tersebut agar P&P yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan menarik minat murid. Sementara itu, pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan untuk membentuk kemahiran fizikal murid-murid seperti padang permainan serta peralatan sukan yang lengkap untuk membentuk murid mencapai tahap tugas perkembangan yang digariskan oleh Robert. Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid perlu membina sikap terhadap diri yang sempurna seperti sikap terhadap penjagaan diri yang selamat dan bersih serta perasaan yang normal. Jadi guru perlulah memahami fungsi sosiometri di dalam bilik darjah supaya murid-murid dapat membina sikap kendiri yang positif. Maksudnya, keadaan bilik darjah yang bersih dan ceria akan membangkitkan minat murid untuk terus belajar dan tidak mudah berasa bosan semasa P&P dilaksanakan. Guru juga perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran serta aktiviti di dalam kelas untuk merangsangkan pemikiran murid dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan menarik. Selain itu, keadaan penjagaan diri murid-murid tersebut juga perlu dititikberatkan oleh guru agar suasana pembelajaran di kelas berada dalam keadaan selesa.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU Selain itu, kanak-kanak mulai belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya semasa berada pada peringkat umur 6 12 tahun. Mereka mula membina jalinan persahabatan dalam membentuk kelompok sosial mereka. Kanak-kanak juga dikatakan akan semakin menjauh dari keluarga dan akan semakin rapat bersama rakan sebaya. Implikasi daripada tugas perkembangan adalah guru berperanan penting dalam menerangkan konsep fungsi dan peranan rakan sebaya dalam kehidupan kanak-kanak tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan kanak-kanak dapat bergaul dengan baik antara rakan sebaya dan memastikan agar rakan yang dipilih itu membawa ke arah kebaikan ataupun kebururukan murid tersebut. Rakan sebaya yang berperangai buruk akan mempengaruhi hidup murid-murid yang lain. Jika guru tidak mencegah dari awal maka murid tersebut akan terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang dibawa oleh rakannya itu.

Tugas perkembangan memastikan supaya kanak-kanak mempunyai kemahiran asas 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Implikasinya, guru perlu bersedia dengan banyak ilmu pengetahuan untuk melahirkan suasana kelas yang menyeronokkan. Guru perlu banyak melatih murid dengan kemahiran-kemahiran asas agar murid tersebut cekap dalam semua aspek. Guru perlulah sentiasa memberi motivasi dan galakan kepada murid-murid agar sentiasa memperbaiki kelemahan masing-masing. Kemudahan dan alat bantu mengajar yang lengkap dapat

menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan selain dari kemahiran guru ketika di dalam kelas. Guru perlu memberi bimbingan dan nasihat yang baik untuk mencapai tingkah laku murid-murid yang baik. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan contoh teladan yang baik semasa proses P&P berjalan. Nilai-nilai murni ini akan mudah diterima oleh kanak-kanak kerana mereka senang dibentuk. Mereka juga mudah mengikut perbuatan yang dilakukan oleh kita. Jadi guru perlulah perperangai baik untuk dijadikan contoh teladan kepada murid-murid. Selain itu guru juga perlulah menyediakan persekitaran

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU pembelajaran yang menarik minat murid agar mereka sentiasa positif dan dapat membezakan perbuatan baik dan buruk.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU LAPORAN TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVINGHURST YANG TELAH DIAPLIKASIKAN DISEKOLAH UNTUK TUGAS-TUGAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PADA PERINGKAT UMUR 6 HINGGA 12 TAHUN.

Tugasan ini mengkehendaki saya untuk membuat pemerhatian sama ada teori Robert Havinghurst diterapkan dalam aktiviti di sekolah sama ada aktiviti kurikulum atau kokurikulum. Pemerhatian saya di sekolah tersebut semasa program Pengalaman Berasaskan Sekolah mendapati bahawa teori Robert Havinghurst diaplikasikan dan diterapkan dalam semua aktiviti. Melalui aspek kurikulum, dapat dilihat melalui sukatan pelajaran serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran manakala melalui aktiviti kokurikulum melalui unit beruniform, persatuan dan permainan. Pelbagai aktiviti dirancang bagi membolehkan kanak-kanak mendapat semua tugas perkembangan kanak-kanak daripada umur enam hingga dua belas

tahun. Semua tugas tersebut menjadi asas dalam membentuk sifat dan sikap mereka menjadi manusia yang boleh member sumbangan kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Setiap tugas tersebut perlu diterapkan oleh guru sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Ini bagi memastikan murid yang dibentuk adalah seimbang dari semua aspek kehidupan iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU

1.

Membentuk kemahiran fizikal untuk permainan

Mata pelajaran yang saya pilih untuk menjadi kajian saya berdasarkan teori Robert Havinghurst adalah Pendidikan Jasmani. Saya memilih subjek ini kerana terdapat pelbagai aktiviti fizikal untuk permainan yang boleh dijalankan dalam subjek Pendidikan Jasmani.

Gambar murid-murid sedang melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani di Padang

Ada

pelbagai

kemahiran

pergerakan

yang

diajar

oleh

guru

semasa

matapelajaran Pendidikan jasmani dijalankan. Dalam aspek kokurikulum pula, aspek membentuk kemahiran fizikal untuk permainan banyak diaplikasikan. Permainan misalnya iaitu ping pong, guru menjalankan latihan pada setiap kali perjumpaan bagi memastikan murid-murid benar-benar menguasai setiap kemahiran dalam permainan ping pong. Manakala untuk persatuan, saya memerhatikan bahawa persatuan sains hanya menerapkan serba sedikit sahaja teori Robert Havinghurst kerana ilmu sains amat sukar untuk membentuk kemahiran fizikal untuk permainan. Unit beruniform

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU PBSM yang saya perhatikan pula melalui laporan PBSM, ada diadakan aktiviti persembahan oleh murid-murid. Selain itu, ada diadakan juga permainan dalaman dan kawad kaki seperti biasa. 2. Membentuk konsep kendiri

Konsep kendiri bermaksud murid-murid mempunyai satu usaha secara sendiri tanpa bantuan dalam melakukan sesuatu. Melalui mata pelajaran Bahasa Melayu, terdapat kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid iaitu, mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Semua ini terkandung dalam sukatan pelajaran bahasa melayu sekolah rendah. Aspek kokurikulum iaitu permainan iaitu ping pong guru kadang kala membiarkan murid-murid mencari lawan sendiri ketika perlawanan bagi keselesaan mereka sendiri. Selain itu, guru juga menyuruh murid-murid mengendalikan perlawanan antara mereka sendiri. Melalui persatuan sains, guru penasihat ada menjalankan aktiviti pertandingan sketsa sains. Murid-murid diberi kebebasan untuk melakonkan satu sketsa yang bertemakan sains. Sketsa yang dibuat ini memerlukan murid-murid berbincang bersama ahli kumpulan masingmasing cara persembahan sketsa mereka. Unit beruniform pula, aspek ini dapat dilihat melalui salah satu aktiviti iaitu latihan pertolongan cemas. Murid-murid dilatih untuk menguasai konsep dan cara-cara untuk menyelamatkan mangsa dalam pelbagai keadaan. Kemudian, guru menguji pelajar dengan menyuruh pelajar melakukan demonstrasi.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU

3.

Membentuk kemahiran sosial untuk berkawan dengan rakan sebaya

Selain aspek akademik, aspek yang lain iaitu sosial mestilah diseimbangkan supaya dapat melahirkan individu yang sempurna dan baik. Melalui sukatan pelajaran bahasa Melayu, aspek kemahiran sosial dibentuk melalui salah satu objektif iaitu berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Ini akan menjadikan murid-murid saling berkomunikasi antara satu sama lain seterusnya mewujudkan hubungan sosial antara mereka.

Melalui kokurikulum pula, banyak diterapkan seperti dalam permainan ping pong iaitu guru mengadakan perlawanan antara pelajar dan guru. Hubungan rapat terbina apabila mereka bertanding antara murid dan guru. Seterusnya melalui persatuan sains, mereka dikehendaki melaksanakan eksperimen secara kumpulan.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU

4.

Memperolehi kemahiran membaca, menulis dan mengira

Membaca, menulis dan mengira merupakan kemahiran asas yang mesti dikuasai oleh setiap murid di sekolah. Kemahiran tersebut membantu pelajar untuk menguasai semua mata pelajaran. Tiga kemahiran asas ini sangat dititiberatkan dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu seperti yang terkandung dalam objektif dan kemahiran bahasa sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Kemahiran membaca dan menulis diterapkan dalam kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh murid.

Persatuan sains juga menerapkan aspek membaca, menulis dan mengira ini kerana banyak aktiviti seperti eksperimen yang dijalankan memerlukan muridmurid mengaplikasikan kemahiran ini. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran tersebut adalah pertandingan sketsa dan menganalisis eksperimen yang dijalankan.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU

5.

Menguasai konsep-konsep moral, nilai dan kemahiran hidup

Dalam aspek kurikulum aspek ini diterapkan melalui pengisian kurikulum. Terdapat tiga cabang dalam pengisian kurikulum iaitu ilmu, nilai dan kewarganegaraan. Ini dapat melahirkan diri murid yang berilmu, mempunyai tahap nilai murni yang tinggi serta mempunyai jati diri yang tinggi. Aspek yang diterapkan ini adalah aspek yang merentas kurikulum dan diaplikasikan dalam semua mata pelajaran di sekolah. Dalam permainan ping pong yang saya perhatikan, wujud penerapan konsep nilai dan moral kerana murid-murid diwajibkan mematuhi peraturan pertandingan yang dilaksanakan. Sikap sabar juga banyak diterapkan apabila mereka dilatih dan bertanding antara satu sama lain. Persatuan sains dan unit beruniform pula ada menerapkan aspek ini melalui aktiviti yang dilaksanakan selama ini. Melalui pelantikan jawatan dalam organisasi persatuan itu sendiri telah menerapkan nilai seperti amanah dan tanggungjawab untuk melaksanakan tugas. Murid-murid didedahkan dengan peranan mereka untuk menjalankan tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin. Unit beruniform yang mengadakan aktiviti perkehmahan dapat menerapkan pelbagai aspek kemahiran hidup dalam diri pelajar juga. Aspek kemahiran hidup banyak diajar dalam mata pelajaran kemahiran hidup serta persatuan Kemahiran Hidup. Murid-murid didedahkan dengan pelbagai

kemahiran seperti pertukangan pertanian dan lain-lain.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU

6.

Membentuk sifat kebebasan peribadi

Sifat kebebasan peribadi bermaksud sesuatu yang dilakukan oleh individu tanpa terikat dengan mana-mana sekatan atau halangan. Murid-murid yang suka

berimaginasi perlu diberi kebebasan supaya minda mereka berkembang tetapi mestilah dengan bimbingan guru. Dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah terdapat satu objektif yang menjurus ke aspek ini iaitu mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul. Penulisan kreatif adalah berdasarkan individu dan berbeza antara satu sama lain. Ini selaras dengan aspek membentuk sifat kebebasan peribadi. Mereka menghasilkan karya mereka sendiri berdasarkan idea masing-masing. Aktiviti unit berunifrom yang dapat dikaitkan dengan aspek sifat kebebasan peribadi adalah murid-murid digalakkan membuat sesuatu aktiviti

berdasarkan minat masing-masing seperti memasak, kawad kaki dan lain-lain. Aktiviti yang dibuat berdasarkan minat membolehkan mereka berasa puas dengan hasil kerja yang dibuat. Murid-murid dapat mengenal pasti minat dan kecenderungan mereka ke arah mana apabila melaksanakan sesuatu aktiviti.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU

7.

Belajar berdikari

Sikap berdikari hendaklah diterapkan dalam diri murid-murid supaya mereka dapat menempuh halangan dan cabaran apabila mereka dewasa kelak. Dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu sendiri ada diterapkan kemahiran bernilai tambah belajar cara belajar dan ini menunjukkan bahawa murid-murid digalakkan mempelajari sesuatu ilmu secara kendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Sudut bacaan dan papan kenyataan yang sedia ada dalam kelas juga mengkehendaki murid-murid mencari maklumat sendiri tanpa disuruh atau dibimbing oleh guru. Mereka juga menghias kelas dengan sentiasa mengikut jadual bertugas harian yang telah disediakan oleh guru kelas . Mereka juga bersaing antara kelas bagi menunjukkan kelas tercantik bagi mendapat penghargaan daripada Guru Besar. Unit beruniform pula menerapkan aspek berdikari melalui aktiviti perkhemahan kerana mereka tidak dibantu oleh ibu bapa dan hanya dibimbing oleh para guru. Guru hanya sebagai pembimbing dan murid-murid diminta melaksanakan semua aktiviti berdasarkan diri mereka sendiri dan tidak meminta bantuan daripada orang lain. Selain itu, murid-murid didedahkan secara perlahan-lahan dalam

menguruskan sesuatu seperti perhimpunan sekolah. Pengawas diberi kepercayaan untuk mengendalikan perhimpunan dan pelajar biasa menjadi pengacara dan pembaca doa. Ini memupuk sikap berdikar dan berani dalam diri mereka secara beransur-ansur.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU

8.

Belajar membezakan peranan lelaki dan perempuan

Pelajar lelaki berbeza dengan pelajar perempuan. Perbezaan yang biasa kita lihat adalah daripada segi pemakaian iaitu pelajar perempuan berbaju kurung manakala pelajar lelaki berbaju kemeja, berseluar dan bertali leher. Selain itu, sifat fizikal antara pelajar lelaki dan perempuan juga menjadi perbezaan utama antara mereka. Peranan utama guru dalam kelas adalah membahagikan kedudukan pelajar mengikut jantina masing-masing. Mereka tidak duduk secara bercampur. Melalui subjek Pendidikan Jasmani, pelajar diasingkan mengikut jantina bagi memudahkan guru mengajar. Langkah ini dilihat sebagai berkesan kerana guru dapat melaksanakan aktiviti mengikut kemampuan pelajar.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU KESIMPULAN Secara kesimpulannya, dapat saya simpulkan bahawa Teori Robert Havinghurst yang dilaksanakan di sekolah dapat membantu perkembangan murid-murid di sekolah tersebut. Melalui kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah tersebut dapat membantu murid-murid membentuk kemahiran fizikal untuk permainan, membentuk konsep kendiri, membentuk kemahiran social berkawan dengan rakan sebaya, memperolehi kemahiran membaca, menulis, dan mengira, menguasai konsepkonsep moral dan nilai dan kemahiran hidup, membentuk sifat kebebasan peribadi, belajar berdikari serta murid dapat belajar membezakan peranan lelaki dan perempuan. Pelbagai kemahiran pergerakan diajar oleh guru agar murid-murid dapat membentuk kemahiran fizikal yang mantap. Guru memikul tanggungjawab untuk

mengajar murid-murid aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran fizikal mereka. Dalam matapelajaran bahasa, murid-murid perlu menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran membaca, menulis dan bertutur. Oleh hal yang demikian guru perlu membentuk murid-murid agar mempunyai konsep kendiri yang mantap. Selain aspek akademik, aspek yang lain iaitu sosial mestilah diseimbangkan supaya dapat melahirkan individu yang sempurna dan baik. aspek kemahiran sosial dibentuk melalui salah satu objektif iaitu berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara. Ini akan menjadikan murid-murid saling berkomunikasi antara satu sama lain seterusnya mewujudkan hubungan sosial antara mereka. Membaca, menulis dan mengira merupakan kemahiran asas yang mesti dikuasai oleh setiap murid di sekolah. Kemahiran tersebut membantu pelajar untuk menguasai semua mata pelajaran. Tiga kemahiran asas ini sangat dititiberatkan dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu seperti yang terkandung dalam objektif dan kemahiran bahasa sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Kemahiran membaca dan menulis diterapkan dalam kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh murid.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU PERSEKITARAN DAN IKLIM DALAM BILIK DARJAH

1. Lukiskan pelan bilik darjah tempat anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Papan tulis
P I N T U P I N T U

Meja Guru

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

BAHASA MELAYU

SAINS

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU

2. Huraikan

bagaimana

bahan

dan

sumber

pengajaran

pembelajaran

dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

Pelan bilik darjah dalam gambar di atas merupakan tempat saya membantu seorang guru untuk melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas tahun 5.

Berdasarkan pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan semasa di dalam kelas tersebut, bahan dari sumber yang digunakan adalah set-set latihan kerja. Pada pemerhatian saya, murid-murid dalam kelas itu masih lemah dalam matapelajaran matematik walaupun sudah melangkah ke tahun 5.

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran, guru matematik biasanya akan mengarahkan semua murid untuk berdiri dan menyoal sifir. Murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat akan Kaedah ini amat berkesan kerana murid-murid akan

dibenarkan duduk.

berusaha untuk menjawab dengan betul agar dibenarkan duduk.

Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah terbahagi kepada dua iaitu bahan bercetak dan bahan tidak bercetak. Bagi bahan-bahan bercetak contohnya ialah buku-buku bacaan,

bahan-bahan yang ditampalkan di papan kenyataan dan terdapat juga maklumat-maklumat yang boleh diperolehi oleh murid melalui ruang bahasa yang disediakan di dalam kelas.

Bahan-bahan tidak bercetak adalah seperti, CD ROM. Dalam CD yang ada itu terdapat latihan-latihan dan nota yang digunakan oleh murid untuk menjawab soalan. Bahan bercetak seperti helaian kertas-kertas yang

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU bercetak digunakan oleh murid untuk membuat latihan. Helaian-helaian kertas yang bercetak digunakan secara berkesan oleh murid. Latihan ini biasanya akan diberikan oleh guru pada akhir pembelajaran untuk menilai sama ada murid faham atau tidak isi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

Terdapat juga lampiran nota yang ditampal di sudut bacaan. Lampiran nota tersebut ditampal di belakang kelas. Lampiran nota ini akan Kaedah ini akan

memudahkan murid merujuk sesuatu yang tidak difahami.

membentuk sikap berdikari dan konsep kendiri dalam diri murid-murid tersebut.

Selain itu terdapat juga penggunaan buku teks dan buku aktiviti yang digunakan oleh guru untuk mengajar. Penggunaan buku teks dan buku aktiviti tersebut menyenangkan guru mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah disediakan. Murid-murid juga terus membuat latihan yang telah

disediakan dalam buku aktiviti tersebut setelah guru selesai mengajar.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU

3. Manakah bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid? Mengapa?

Terdapat banyak bahan yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Pada pandangan saya, bahan

dan sumber yang paling diminati dan mudah untuk digunakan oleh murid ialah lembaran dan latihan yang diberikan pada akhir pembelajaran sesuatu topik. Hal ini adaah kerana murid-murid akan dapat menilai diri sendiri sama ada mereka faham atau tidak terhadap apa yang diajar oleh guru. Setelah saya membuat pemerhatian di dalam kelas itu, murid-murid lebih senang menjawab latihan yang diberikan dalam bentuk lembaran kerja.

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, guru akan memberi latihan yang mesti disiapkan oleh murid dalam masa yang diberikan. Melalui latihan ini guru akan dapat menilai sama ada murid faham atau tidak dengan isi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah latihan berbentuk lembaran kerja ini

sangat berkesan kerana soaln-soalan yang diberikan adalah mudah dan semua jawapan adalah berdasarkan apa yang telah di ajar oleh guru.

Oleh itu, murid yang mengambil perhatian sepenuhnya semasa guru mnegajar akan dapat menjawab dengan baik manakala murid yang tidak mengambil perhatian akan mengalami kesukaran untuk menjawab.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU

4. Sejauh mana murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran?

Guru memainkan peranan yang penting dalam memberi galakan kepada murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru bagi memberi

galakan kepada murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah tersebut ialah guru menggunakan kaedah ganjaran kepada murid-murid. Guru akan memberi ganjaran yang berbentuk gula-gula dan coklat untuk memberi galakan kepada murid-murid untuk aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran. Daripada pemerhatian saya, murid-murid

begitu bersemangat untuk menjawab apabila diberikan ganjaran. Dan muridmurid lain juga akan berasa tidak puas hati jika tidak mendapat ganjaran dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab dengan baik sehinga mendapatkan ganjaran.

Selain itu juga, murid-murid akan begitu bersemangat jika guru menyediakan aktiviti yang seronok untuk dilakukan oleh murid. Oleh hal yang demikian, guru perlulah sentiasa kreatif untuk mencipta aktiviti yang menarik agar murid-murid dapat memberikan komitmen yang baik dalam melaksanakan sesuatu aktiviti itu. Guru juga perlu melihat kehendak murid-

murid dan mengambil kira kesukaan mereka.

Melalui pemerhatian yang saya lakukan, saya dapati bahawa murid-murid begitu bersemangat dalam setiap aktiviti yang telah disediakan oleh guru. Komitmen yang diberikan oleh murid amat baik dan murid-murid begitu

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH SEMESTER 1 SK PEKAN RANAU bersemangat. Guru juga berjaya mengawal disiplin murid-murid dengan baik. Penglibatan murid-murid dalam kelas tersebut begitu baik dalam menjalankan sesuatu aktiviti.

5. Kenal

pasti

bagaimana

murid-murid dibahagikan

dalam

kumpulan-

kumpulan tertentu.

Semasa menajalani aktiviti yang berkumpulan, murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pembahagian akan dilakukan secara adil. Adil bermaksud setiap kumpulan mempunyai murid yang pandai, sederhana pandai dan murid yang lemah. yang berbeza-beza. Setiap murid mempunyai potensi

Oleh hal yang demikian kumpulan akan dibahagikan di mana setiap kumpulan akan mempunyai murid yang pandai,sederhana dan murid yang lemah. Hal ini akan membolehkan aktiviti dijalankan dengan lancar. Murid yang pandai akan uba untuk membantu murid yang lemah. Secara tidak langsug

sikap bantu-membantu dan bekerjasama akan dapat dipupuk dalam kalangan murid-murid. Dengan cara ini, murid yang lemah tidak akan ketinggalan di belakang.

Setiap ahli kumpulan akan bertukar. Bukan ahli yang sama sahaja. Murid akan saling bertukar-tukar agar dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang pelbagai. Secara tidak langsung, murid-murid tersebut akan mengenali setiap rakan sekelasnya dengan lebih rapat lagi. Murid-murid dapat mengikis perasaan malu dalam diri masing-masing. Keyakinan murid-murid juga akan bertambah baik.

You might also like