You are on page 1of 39

Pengenalan

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen


daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal
kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS
juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi
pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian
dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS
pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid,
pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.
Objektif
Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat:
1)
2)
3)
4)
5)
6)

Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.


Menghayati kerjaya seorang guru.
Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah.
Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid.
Memahami pengurusan dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan

sekolah.
7) Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran
pembelajaran dan budaya sekolah.
8) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis
dan analitikal.
9) Membina sikap positif terhadap profesion keguruan.
10) Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru.
11) Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa
sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

2.0

Pernyataan Profesional / Kontrak Aktiviti

2.1

Pernyataan PBS

Pernyataan Profesional merujuk kepada aktiviti yang ditetapkan sendiri dan


setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh guru pelatih pada
peringkat akhir. Tujuannya adalah menyatakan fokus aktiviti yang hendak
dilaksanakan dengan jelas, membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan
aktiviti yang difokuskan dengan sistematik, membolehkan guru pelatih mengukur dan
menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan serta akhirnya menjadi
asas dan panduan kepada guru pelatih untuk membuat tindakan susulan /
penambahbaikan.
i.

Sebelum PBS:
Mengenalpastikan fokus utama aktiviti
Tujuan aktiviti
Merancang strategi pelaksanaan
Instrumen penilaian kendiri

ii.

Semasa PBS:
Melaksanakan aktiviti / strategi yang dirancang
Mengumpul data
Merekod data dan maklumat

iii.

Selepas PBS:
Menganalisis data
Menilai
Melapor

Penilaian Kendiri akan dibuat pada akhir pernyataan profesional

2.2

Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus

2.2.1

Sebelum Program PBS


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi

pelajar PISMP Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi peluang

kepada guru pelatih untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan
dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen,
refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah.
Tugasan PBS ini dijalankan di sekolah rendah yang telah dipilih oleh guru
pelatih masing-masing. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari maklumat
berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut di samping
membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan bahanbahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan
menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk
melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir.
Setelah meneliti tugasan yang diberikan, fokus utama yang dikenalpasti adalah
Tugasan yang diberikan oleh IPGM misalnya aktiviti refleksi, kolaborasi, pemerhatian
dan laporan yang perlu dilaksanakan dan disediakan selepas PBS, selaras dengan
huraian tugasan dalam Garis Panduan PBS. Kedua ialah Tugasan Pengajian
Profesional yang mengenai soalan tugasan tentang kemahiran mengajar dan strategi
pengajaran dan interaksi diri sendiri dengan komuniti sekolah semasa menjalani
PBS, rekodkan dapatan diri sendiri tentang cara melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral di dalam sesebuah kelas.
Saya telah memilih sekolah saya di Pulau Pinang iaitu Sekolah Jenis
Kebangsaan (C) Sin Kang. Sebab saya memilih sekolah ini ialah sekolah ini dekat
dengan rumah saya dan senang untuk tujuan ulang alik. Masa persekolahan di SJK
(C) Sin Kang ialah hari Isnin sampai hari Jumaat. Sebelum memulakan PBS di
sekolah tersebut, saya telah mendapatkan maklumat sekolah dan memahami masa
untuk menghadiri sekolah terlebih dahulu Saya telah melawat ke sekolah saya pada
21 September 2015 supaya lebih memahami operasi sekolah ini. Setiap
pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan yang rapi agar tugasan dapat
disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Pada dasarnya, saya telah menyediakan
draf awal untuk setiap perkara yang akan dilakukan sebelum memulakan program
PBS.

2.2.2

Semasa Program PBS


Semasa menjalankan PBS selama seminggu ini, saya telah melaksanakan

beberapa aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak
tugasan yang telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan

komuniti di sekolah sepanjang program PBS ini. Jadual berikut adalah tindakan yang
telah lakukan sepanjang tempoh PBS di SJK (C) Sin Kang pada 28 September 2015
hingga 2 Oktober 2015.
Bil.
1.

Tarikh
28/9/2015

Tindakan
- Melaporkan diri.
- Mengenali Guru Besar, Encik Chew Poh Sung, Penolong Kanan
Pentadbiran, Encik Chian Soo Peng dan guru-guru.
- Penolong Kanan Pentadbiran telah menyediakan tempat kepada
kami iaitu di bilik mesyuarat. Kami juga dapat mengenali 2 lagi
guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang yang ingin
menjalankan PBS juga.
- Melihat murid-murid menjalankan aktiviti pembacaan pagi.
- Menyertai Perhimpunan mingguan pada pukul 7:30am.
- Menyambut hari jadi bulanan murid-murid. Murid-murid yang
dilahirkan pada bulan September.
- Mendapat kebenaran daripada guru panitia Pendidikan Moral
Pn. Choong Seow Yen dan menyusun masa untuk masuk kelas
guru Pendidikan Moral bagi melihat cara pengajaraan dan
pembelajaran mereka.
- Melawat sekeliling sekolah seperti kantin sekolah, gelanggang
bola keranjang, kebun sekolah, padang sekolah dan pusat sumber
sekolah.
- Mengambil sebahagian gambar persekitaran sekolah.
- Memerhatian guru-guru dan murid-murid menjalankan raptai
untuk Sambutan Hari Kanak-kanak.
- Menemu bual guru panitia Pendidikan Moral Pn. Choong Seow
Yen untuk menyelesaikan tugasan Pendidikan Moral.
- Mencari bahan-bahan rujukan di Bahagian Porfolio Sekolah dan
meminjam takwim sekolah.
- Mendapat maklumat umum sekolah melalui pemerhatian,
menjalankan temu bual dengan Penolong Kanan Pentadbiran,
penyelia petang dan kakitangan sekolah serta mengambil gambar

2.

29/9/2015

dengan mereka.
- Melaporkan diri
- Memindah ke pusat sumber kerana bilik mesyuarat ingin
digunakan untuk jamuan.
- Melihat murid-murid menjalankan kelas Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan.
- Menyaksikan manifesto murid cemerlang dan raptai untuk
menyanyikan lagu Sambutan Hari Kanak-kanak.
- Meminjam buku teks dan mengambil gambar sebagai Bahan
Bantu Mengajar dan lampiran tugasan.
- Menyelesaikan borang rekod kolaborasi bagi Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, Penyelia Petang dan kakitangan sekolah
3.

30/9/2015

yang telah menjalankan sesi temu bual.


- Melaporkan diri dan meminjam kunci pusat sumber sekolah
untuk buka pintu.
- Hari ini, sekolah mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak dan
kami telah dijemput untuk menyertai aktiviti ini.
- Membantu pekerja sekolah menyusun kerusi di dewan sekolah.
- Membantu guru-guru menyediakan makanan di bilik rehat guru.
- Membantu guru menghidang makanan di bilik mesyuarat untuk
PIBG dan PIBG Lembaga.
- Mengambil bahagian dalam sesi pertama Sambutan Hari Kanakkanak yang meliputi aktiviti Majlis Penyampaian Anugerah dan
penyampaian hadiah kepada semua murid.
- Menyertai Majlis Perasmian Pembukaan kebun sekolah.
- Makan tengah hari bersama-sama dengan guru-guru.
- Menyertai sesi kedua Sambutan Kanak-kanak.
- Menyaksi murid-murid membuat persembahan dan program
istimewa iaitu magic show.
- Membimbing murid-murid menyimpan kerusi dan mengekalkan
disiplin semasa murid-murid beratur untuk mendapatkan pop corn.

4.

1/10/2015

- Membantu guru mengagihkan ice-cream kepada murid-murid.


- Melaporkan diri
- Kami memindah balik ke bilik mesyuarat.
- Menjalankan temu bual dengan Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal murid Puan Yeoh Mong.
- Memerhati Puan Loh Nam Hong mengajar kelas 5K Pendidikan
Moral pada pukul 9:40 hingga 10:10am.
- Meminjam Buku Rekod Mengajar dan Buku Teks dan meminta
keizinan untuk mengambil gambar sebagai bukti untuk tugasan
saya.
- Menjalankan temu bual dengan Puan Loh Nam Hong.

- Menonton uji bakat tentang Persembahan Talent.


- Diminta oleh guru untuk memikir bagi memperbaiki lagu yang
dipersembahkan oleh murid yang telah dipilih dalam uji bakat
Persembahan Talent.
- Saya telah mencadangkan guru boleh menyanyi sambil menari.
Saya telah mencari video tentang tarian untuk lagu itu dan
5.

2/10/2015

menyalin dalam pendrive guru.


- Melaporkan diri.
- Menjalankan temu bual dengan Guru Besar, Encik Chew Poh
Sung dan mengambil gambar.
- Menyelesaikan borang rekod kolaborasi bagi Guru Besar.
- Menemu bual Penolong Kanan Ko-kurikulum Encik Goh Seah
Chuan

dan

meminta

tandatangan

Guru

Penolong

Kanan

Pentadbiran dan Guru Besar pada borang rekod kolaborasi.


- Dijemput untuk melihat ceramah perlanjutan pembelajaran bagi
murid-murid tahun 6. Ceramah itu diberi oleh wakil sekolah
Menengah Chung Ling Swasta.
- Menjumpa guru Pendidikan Moral Puan Tan Siew Choo yang
akan kami perhatikan P&P beliau selepas itu untuk memastikan
waktu, masa dan kelas (tempat) menjalankan P&P.
- Menyelesaikan borang rekod kolaborasi bagi Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum,
Penyelia Petang, Puan Loh Nam Hong dan mentor kami Puan
Choong Seow Yen.
- Mengambil gambar dengan mentor kami Puan Choong Seow
Yen.
- Memerhati guru Pendidikan Moral Puan Tan Siew Choo
mengajar subjek Moral di kelas 3H.
- Meminjam Buku Rekod Mengajar dan Buku Teks dan meminta
keizinan untuk mengambil gambar sebagai bukti untuk tugasan
saya.
- Menyaksikan majlis mengundi pilihan raya murid cemerlang dan
mengambil gambar.
- Menjumpa guru Penolong Kanan HEM Guru Penolong Kanan
Ko-kurikulum, Penyelia Petang, Puan Loh Nam Hong dan mentor
kami Puan Choong Seow Yen untuk menandatang borang rekod
kolaborasi yang disiapkan.

- Mendapatkan tandatangan Guru Besar untuk pengesahan


kehadiran

sepanjang

PBS

dan

mendapat

Penilaian

Perkembangan Pelajar.
- Mengambil gambar dengan Penolong Kanan HEM Puan Yeah
Mong dan Penolong Kanan Ko-kurikulum Encik Goh Seah Chuan.
- Mengembalikan bahan-bahan yang dipinjam daripada sekolah
dan mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas
kerjasama yang diberikan.

2.2.3

Selepas Program PBS


Selepas

menjalani

program

PBS,

saya

telah

mengumpul

dan

mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa


menjalani program PBS ini. Saya turut mendapati beberapa ilmu pengetahuan yang
berguna dan boleh saya gunakannya di masa hadapan kelak. Saya telah
mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh
digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana
pihak. Selain itu, saya juga mendapat sesuatu pengalaman tentang cara mengawal
dan mengajar kelas melalui permerhatian guru-guru mengajar di dalam kelas. Saya
telah menyesuaikan diri dalam suasana alam persekitaran ini sepanjang program
PBS ini. Sebagai guru pelatih, pengalaman menjalani tugasan ini tidak mungkin
dilupakan. Satu minggu saya berada di sini telah saya dapati bahawa perasaan yang
dialami tidaklah sama seperti semasa menjadi murid sekolah dahulu. Melalui
persekitaran sekolah, saya dapat melihat tingkah laku pelajar dan guru yang
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, saya telah
berbincang dengan ahli kumpulan saya untuk mengumpulkan semua data dan
maklumat yang didapati dan mengisikan borang-borang PBS seperti borang
kolaborasi, borang amalan refleksi dan sebagainya. Selain itu, kami juga menyusun
dan mengemaskinikan maklumat dan menaip tugasan kami.
3.0

Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan

3.1

Pemerhatian
Dalam menjalankan tugasan PBS ini, beberapa kaedah yang saya gunakan

untuk mengumpul data dan salah satunya adalah melalui pemerhatian. Apa yang
saya dapat melalui pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di
sekolah ini. Secara keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah

sangat sempurna dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik


terhadap murid-murid di sini. Padang di Sekolah Tai Tong ini sangat unik kerana rupa
bentuknya adalah segi tiga. Pusat sumber di sekolah ini mempunyai suasana sangat
selesa dan menyenang hati. Guru-guru atau murid-murid dapat mengurangkan
tekanan di sana. Di kantin sekolah juga mempunyai sesuatu yang baru dan unik iaitu
pembayaran murid-murid dibuat dengan menggunakan mesin.
Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Maklumat yang
dikemaskinikan akan dilekat di papan kenyata setiap kelas atau dinding yang mudah
dinampak oleh guru-guru dan murid-murid. Saya juga mendapati bahawa kertaskertas berilmiah akan dilekatkan di mana-mana tempat. Sekolah ini telah
diperluaskan dan diperbarukan. Sekolah ini sangat besar dan mempunyai bilik dan
makmal yang saya tidak pernah jumpa semasa saya bersekolah di sekolah rendah
seperti Bilik ICT dan Bilik Alat Bantu Mengajar. Bukan itu sahaja, saya turut
memerhatikan tiga orang guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dalam kelas. Saya perhatikan guru-guru di sekolah ini mengajar dengan
penuh dedikasi. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi
segala input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses P&P
berjalan.
3.2

Senarai Semak
Senarai semak merupakan yang sangat penting dalam menjalankan kajian

atau tugasan. Senarai semak bermula dengan pernyataan professional dan


pengumpulan data tentang pengalaman baharu, refleksi dan laporan akhir. Data-data
yang diperolehi haruslah dicatat pada senarai semak. Untuk mendapatkan segala
maklumat yang diperlukan, sesi soal selidik dan temu bual terhadap warga-warga
sekolah telah dijalankan selain membuat pemerhatian di sekeliling sekolah.
3.3

Temu Bual
Saya juga menggunakan kaedah temu bual dalam menjalankan tugasan ini.

Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti Guru Besar, Penolong
Kanan HEM sekolah, Penolong Kanan Kokurikulum sekolah, guru-guru, kakitangan
sekolah, kerani dan murid-murid tentang prasarana sekolah ini dan pengalaman di
sekolah ini dengan mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama
yang diberikan oleh mereka sangat baik dan saya telah mendapat jawapan yang
sangat memuaskan berhubung tugasan saya. Melalui jawapan yang diberi oleh
kakitangan, pandangan mereka terhadap sekolah ini adalah sangat baik dan

memuaskan. Bagi guru-guru, walaupun mereka pernah menghadapi sedikit masalah


dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi mereka sangat suka kepada
sekolah ini. Hal ini telah menunjukkan suasana persekitaran yang baik telah diberi
terhadap sekolah tersebut oleh mereka dan layanan yang diberi oleh Guru Besar
adalah sangat baik dan mesra. Kerjasmaa antara pihak sekolah dengan PIBG juga
sangat baik melalui temu bual dengan Penolong Kanan Kokurikulum.
3.4

Soal Selidik
Selain ketiga-tiga kaedah di atas yang digunakan, kaedah soal selidik juga

telah saya gunakan dalam proses PBS ini. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan
maklumat tambahan mengenai sekolah tersebut. Soal selidik telah dibuat dengan
beberapa pelajar dan guru supaya dapat mengukuhkan maklumat yang telah
didapati melalui kaedah di atas selain daripada soal selidik. Pelajar-pelajar yang
disoal memberi jawapan yang hampir sama iaitu mereka amat suka terhadap
suasana pembelajaran di sekolah ini. Mereka telah dapat menyesuaikan diri dalam
suasana sekolah ini dan berasa menarik hati mengenai sekolah yang mereka
sedang berada. Manakala guru-guru juga menggunakan teknik yang hampir sama
semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
4.0

Kolaborasi
Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama

Guru Besar, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, beberapa orang
guru, kakitangan sekolah, kerani dan murid-murid ke dalam borang kolaborasi yang
disediakan berserta tandatangan pengesahan. Borang kolaborasi ini adalah penting
untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan di samping meningkatkan
kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga meningkatkan keyakinan diri
ketika berinteraksi. Borang-borang kolaborasi telah disediakan dan diisikan sebagai
rujukan dan buktian.

5.0

4.1

Perbincangan dengan Pengurusan Sekolah

4.2

Perbincangan dengan Guru-guru

4.3

Perbincangan dengan Kakitangan Sekolah

4.4

Interaksi dengan Murid

Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui Beberapa Kaedah

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib


bagi pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Program ini dilaksanakan bagi setiap semester sehingga semester empat bagi
pelajar-pelajar IPG. Program PBS ini bertujuan untuk memberi kefahaman awal
kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru.
Program ini memberi peluang kepada semua guru pelatih untuk memahami
sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui
pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti
sekolah.

Melalui PBS, guru pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan

pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan
amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani
program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana
murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah
tersebut.
Pernyataan professional/ kontrak tugasan merujuk kepada harapan/ tugasan
yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus
tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi
mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur
dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.
5.1

Pemerhatian
Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman

tentang suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Dalam pada itu, saya dapat
membandingkan bahawa pengurusan yang lebih sempurna membawa kepada
kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan yang lemah atau pasif. Ini
dapat dilihat berdasarkan kepada pengurusan sekolah yang terdahulu yang mana
proses perkembangan dalam beberapa aspek agak lambat berbanding pengurusan
yang ada sekarang.
Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati
dengan disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar di SJK (C) Tai Tong yang telah
dibudayakan sejak beberapa tahun yang lalu.

Hanya sebahagian pelajar

terutamanya pelajar yang berperingkat tinggi seperti pelajar tahun 4 yang kurang
sopan dari segi pertuturan. Menurut pemerhatian saya, murid-murid tahun yang lebih
tinggi sangat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Selain itu, keputusan mereka juga
bagus. Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar di sekolah tersebut menunjukkan

kerjasama dan sikap yang hormat yang tinggi kerana perkara ini amat ditekankan
oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, pelajar akan mengucap selamat kepada guru
ketika menjumpa dan bersalam terhadap guru-guru di samping kakitangan dan
pekerja sekolah juga. Pelajar di sekolah ini tidak berpandangan rendah terhadap
pekerja, pencuci dan penjaga di sekolah itu. Sekolah ini juga terdapat murid-murid
yang bermasalah fizikal. Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar normal juga akan
memberikan bantuan dan sikap hormat terhadap mereka. Anugerah Pelajar
Cemerlang juga diadakan sebulan sekali semasa perhimpunan untuk menggalakkan
murid-murid mengawal disiplin diri dari segi tugasan, perlakuan dan pengurusan diri
sendiri. Hal ini telah menjadikan satu budaya yang perlu diteruskan untuk
membentuk modal insan yang cemerlang dan gemilang.
Dari segi kemudahan sekolah ini, saya berasa sangat memuaskan terhadap
sekolah ini. Sekolah ini terdapat gelanggang badminton, bola tampar, bola tampar
dan bola keranjang untuk murid-murid menjalankan aktiviti sukan. Sekolah ini
mempunyai satu padang yang unik iaitu berbentuk segi tiga. Selain itu, teknologi
yang digunakan dalam sekolah ini juga cukup canggih kerana terdapat Smartboard,
Projector dan lif di sekolah tersebut cumanya ada sedikit kurang daripada
bilangannya. Hal ini telah mendorong kepada pelbagai pelaksanaan aktiviti yang
melibatkan peningkatan kepada reputasi sekolah dan seterusnya mendapat
penghargaan daripada Jabatan Pelajaran Daerah. Hal ini telah menjadi satu
dorongan kepada saya untuk menempuh alam perguruan kelak jika saya
ditempatkan di sebuah sekolah yang sedemikian. Kantin di sekolah Tai Tong ini juga
amat bersih dan makanannya sangat sedap dan berbagai-bagai. Makanan yang
dijual juga lebih berkhasiat dan sihat seperti nasi, sayur-sayuran, mi dan roti dan
tidak menjual banyak keropok atau makanan ringan yang kurang sihat. Pusat
sumber di sekolah ini juga sangat unik kerana mempunyai suasana yang tenang bagi
setiap murid dan guru mengurangkan tekanan yang dikumpul pada hari yang biasa.
Secara kesimpulannya, saya amat memuaskan terhadap kemudahan di sekolah ini.
5.2

Senarai Semak

Borang senarai semak tentang prasarana sekolah SJK (C) Tai Tong telah disediakan
dan ditandakan. Selain itu, gambar-gambar telah diambil dan dipilih untuk dijadikan
sebagai bukti dan rujukan.

Kantin sekolah

Pejabat guru sekolah

Perpustakaan di sekolah

Padang Sekolah

Tandas sekolah

Kelas murid-murid

Makmal komputer

Depan sekolah

Pejabat Guru Besar

Bilik Muzik

Bilik Mesyuarat Sekolah

Bilik BBM Sekolah

Tempat letak kereta

Bilik SAL Sekolah

Koperasi Sekolah

Lif Sekolas

5.2

Temu Bual
Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi.

Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang
kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak
perkara dan maklumat yang diperolehi. Saya telah menemubual beberapa pihak
seperti Guru Beasr, GPK HEM, GPK Kokurikulum, guru panitia Muzik, kakitangan
sekolah dan murid.

Pada mulanya saya agak malu untuk menemu bual pihak

berkenaan memandangkan ia adalah persekitaran yang baru, tetapi saya juga


mencuba menempuhinya.
Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan
Pengalaman Berasaskan Sekolah

ini.

Antara yang telah saya perolehi adalah

peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi,


rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses
perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas
atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu, soalan-soalan
yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Hal
ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan. Antara
soalan yang ditanyakan ialah cara guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran,
apakah masalah yang dihadapi oleh guru semasa mengajar dalam kelas atau dalam
sekolah ini, cara guru untuk menyelesaikan masalah tersebut dan pengalaman yang
pernah dilalui oleh guru.
5.3

Soal Selidik
Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui bahawa cara

guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga dapat
mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas menjalankan soal
selidik. Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai murni di kalangan
murid-murid.
Definisi nilai-nilai murni adalah sifat yang baik yang terdapat dalam
seseorang. Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormatmenghormati, keberanian, rasional, kejujuran, semangat bermasyarakat, berdikari,
kesyukuran, baik hati, berhemah tinggi, berpendirian teguh, disiplin, kasih sayang, setia
kawan dan sebagainya. Terdapat murid-murid yang rajin membantu guru di sekolah
tersebut. Bukan itu sahaja, saya telah memperoleh maklumat tambahan ini dengan
bertanyakan serba sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden.

5.4

Pengalaman Di Sekolah

5.4.1

Profil Sekolah
Profil Sekolah adalah maklumat umum tentang sekolah yang telah dipilih

untuk menjalankan program PBS. Borang Maklumat Umum Sekolah telah disediakan
dan diisikan sebagai rujukan. Rujuk Borang Maklumat Umum Sekolah di muka surat
seterusnya.
Nama Sekolah:

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tai Tong,

Alamat Sekolah:

Taman Kempas, 08000 Sungai Petani, Kedah.

No. Telefon:

04-4314151

E-mail:

http://www.sptaitong.edu.my/

Gred Sekolah:

A ( Luar Bandar)

Sesi Sekolah:

Pagi sahaja

Bilangan Kelas:

18

Bilangan Guru:

36

Guru Besar:

Pn. Teoh Sew Kim

GPK Pentadbiran:

GPK HEM:

Pn. Hang Siew Choong

GPK Kokurikulum:

Pn. Tan Peik Ley

Penyelia Petang:

5.4.2

Sejarah dan Perkembangan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tai Tong


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tai Tong merupakan tempat memupuk bakat

pada tahun 1938. Sekolah Tai Tong telah ditubuhkan pada tahun 1931, Pada masa
itu, sekolah ini terletak di dalam Heights Park dan hanya mempunyai 10 lebih orang
murid sahaja. Pada tahun 1938, sekolah berpindah ke atas sebuah rumah papan di
tepi jalan untuk memupuk murid-murid berbakat.
Sehingga tahun 1942, bilangan pelajar menambah kepada 26 orang.
Bertepatan dengan Peperangan Dunia ke-2, sekolah ini hanya untuk mengajar
Bahasa Jepun. Selepas kembali ke keamanan, Sekolah dikembalikan pada akhir
tahun 1945. Guru Besar pada waktu itu bertanggungjawab mengajar 20 lebih orang
murid.
Guru Besar pertama mendirikan semula sekolah selepas mendapat keizinan
daripada Lembaga sekolah kerana pada masa itu, sekolah tersebut terlalu kecil dan
kelihatan miskin, suasana sekolah juga kurang kondusif. Penubuhan semula ini
adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan dan suasana yang kondusif kepada
murid-murid.
Pada tahun 1955, sekolah baru telah disiap diri. Murid-murid pada masa itu
juga mempunyai prestasi yang cemerlang dalam pertandingan aktiviti kokurikulum
antaranya ialah mendapat Naib Johan dalam pertandingan syarahan dan
pertandingan nyanyian.
Pada tahun 1987, Encik Tan bertugas sebagai Guru Besar di SJK (C) Tai
Tong. Di bawah kepimpinan yang bijak oleh Guru Besar pada masa itu, bilangan
murid telah menambah dari 82 orang pada tahun 1989 sehingga 115 orang pada
tahun 1992. Beliau bukan sahaja memartabatkan prestasi akademik murid-murid
bahkan

berusaha memperbaikkan

peranti perkakasan sekolah. Beliau juga

mendapat kebenaran daripada Lembaga Sekolah dan PIBG untuk memperluaskan


dan menambahbaikkan ruang di hadapan kelas supaya murid-murid mempunyai
ruang yang lebih besar untuk menjalankan aktiviti sukan. Untuk memperluaskan
sekolah , pihak sekolah dan Lembaga sekolah serta PIBG bekerjasama untuk
mengutip wang melalui penganjuran pelbagai aktiviti.
Disebabkan perkembangan pesat di persekitaran sekolah dan kawasan
perumahan baru diperkembangkan telah menyebabkan penambahan dalam
bilangan pelajar. Bilangan orang pelajar mempunyai 136 pada tahun 1994 dan

didapati bahawa ruang sekolah tidak cukup besar untuk menampung bilangan muridmurid. Oleh itu, pengerusi Lembaga Sekolah membuat keputusan untuk menambah
2 buah kelas. Pada tahun 1995, pihak sekolah menganjurkan Jualan Karnival untuk
mengumpul wang pembangunan sekolah. Aktiviti ini disokong oleh ramai orang dan
berjaya mengumpul sebanyak RM 18819.50.
Di bawah kebijakan Guru Besar pada masa itu, keputusan UPSR memecah
rekod dan mencapai kemuncak setiap tahun. Selain itu, sekolah ini juga berjaya
dipilih sebagai model kelas bagi tahun 1 atau 2 dan nama sekolah turut dinaiki. Hal
ini menyebabkan bilangan pelajar telah melebihi 200 orang pada tahun 1996. Pada
tahun 28 hb September 1997, sekolah ini telah membuat pemohonan untuk
memindah dan membangun semula di Taman Kempas. Pemohonan diterima dan
dibenarkan pada tahun 19 hb April 1999.
Sekolah baru telah disiap diri sebelum buka sekolah pada tahun 2001. 4 hb
Januari 2001, semua guru dan murid dapat memindah ke persekitaran yang baru
dan selesa untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
sebuah lif juga dibina lagi menyempurnakan kemudahan-kemudahan sekolah ini.
Terdapat sebuah sekolah yang mewah, tambahan lagi mempunyai prestasi yang
tinggi dari segi akademik dan aktiviti kokurikulum, bilangan murid bertambah kira-kira
100 orang setiap tahun dan akhirnya telah mencapai 600 orang pada tahun 2006.
Dengan ini, sekolah sekali lagi menghadapi masalah kekurangan kelas untuk muridmurid.
Pada tahun 2006 bulan 4, satu blok yang mempunyai 4 tingkat telah dibina.
Kini, kemudahan-kemudahan sekolah sangat baik dan sempurna dan satu dewan
besar juga dibina untuk murid-murid mengadakan pelbagai aktiviti.

Visi Sekolah
PendidikanBerkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera

Misi Sekolah
Menlestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi
individu bagi memenuhi aspirasi negara

Motto Sekolah

Jujur
Sederhana
Rajin
Berani

Slogan Sekolah
TAI TONG NO. 1

Lagu sekolah





Lencana sekolah

Piagam sekolah
Kami guru-guru SJK (C) Tai Tong
Mengakui bahawa
Sekolah ini adalah sebuah sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi. Muridmurid sekolah ini juga berpotensi dalam semua bidang.
Kami berjanji dan berazam:
Berusaha sedaya upaya, berganding bahu, berinisiatif dan berpenyayang supaya
mempertingkatkan prestasi akademik, disiplin dan nilai moral murid-murid sekolah
ini.
Kami bertekad untuk mencapai:
Matlamat falsafah Pendidikan Negara dan Matlamat Wawasan 2020.

5.4.3

Carta Organisasi Sekolah SJK (C) Tai Tong

5.4.4

Carta Organisasi Hal Ehwal Murid Sekolah SJK (C) Tai Tong

5.4.10 Tempat Menurunkan dan Mengambil murid Sekolah SJK (C) Tai Tong

5.4.11 Pelan Penyusunan Waktu Perhimpunan Sekolah SJK (C) Tai Tong

5.4.12 Peraturan Sekolah SJK (C) Tai Tong

5.4.13 Peraturan Semasa Kecemasan Sekolah SJK (C) Tai Tong

5.5

Pengalaman di Bilik Darjah

Kali ini ialah kali ketiga saya menjalani program PBS dan sekolah yang saya
pilih pada kali ini ialah SJK (C) Tai Tong yang terdapat di Sungai Petani, Kedah.
Namun,

saya

telah

diberi

peluang untuk memerhati

seorang guru yang

berpengalaman tinggi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik


darjah semasa menjalankan PBS untuk mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman tambahan. Dengan memanfaatkan kesempatan yang ada, saya
mengambil peluang ini untuk mengalami suasana di dalam kelas dengan berinteraksi
dengan pelajar-pelajar semasa guru sedang membuat persediaan. Saya telah
mendapat keizinan daripada guru yang ingin saya memerhati tersebut lebih awal
bahawa saya berharap dapat masuk kelas beliau semasa beliau belajar.
Guru pertama yang saya memerhatikan ialah Puan Wang Chai Hoon pada
hari Selasa (10 Mac 2015). Aspek pertama ialah teknik penyoalan guru. Puan Wang
Chai Hoon akan mengajar kelas 3M tentang Bahasa Cina. Beliau akan mengajar
satu petikan yang mengenai "Kapal Air" pada waktu ini. Kelas beliau dijalankan pada
pukul 8:40 hingga 9:10 pagi. Sebelum Puan Wang Chai Hoon menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran hari ini, beliau akan menyoal beberapa soalan tentang
pengetahuan dan kemahiran yang murid-murid sedia ada untuk menilai tahap muridmurid dapat mamstikan langkah pertama yang hendak dijalankan adalah sesuai
dengan pemahaman murid-murid. Puan Wang Chai Hoon akan menyoal mereka
kosa kata dahulu yang berkaitan dengan petikan. Beliau juga akan memberi sedikit
panduan supaya murid-murid dapat membuat perkaitan antara kosa kata dengan
sesuatu yang mereka tahui supaya dapat menggalakkan murid-murid menjawab.
Aspek kedua ialah mengenai cara guru memberikan penerangan. Apabila
murid-murid menanya soalan yang kurang fahami, Puan Wang Chai Hoon akan
menyampaikan penerangan dengan lembut dan sabar. Beliau juga akan memastikan
murid-murid semua faham sebelum meneruskan pengajarannya. Semasa beliau
mengajar kosa kata yang murid-murid tidak memahami, beliau akan memberi
penerangan

dengan

jelas

berserta

dengan

gambar-gambar.

Ketiga

ialah

penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Puan Wang
Chai Hoon telah menyediakan bahan bantu mengajar iaitu kad perkataan, buku teks
dan buku latihan untuk mengajar. Disebabkan sekolah ini menduduki di Luar Bandar,
bukan semuanya kelas mempunyai Smartboard, visualizer dan projector. Jadi, kelas
ini tidak terdapat bahan teknologi yang tinggi. Respon yang diberikan oleh Puan
Wang Chai Hoon terhadap hasil kerja murid adalah sesuai. Jika murid-murid
memberikan hasil kerja yang baik atau memberikan respon secara aktif, beliau akan
memuji murid tersebut supaya tingkah laku murid tersebut dapat diteruskan.

Sebaliknya, jika murid-murid menjawap salah, beliau tidak akan memarahinya tetapi
menggalakkannya dengan memberi panduan kepadanya. Akan tetapi, jika muridmurid membuat bising atau main-main dalam menjawap soalan, beliau akan
memberi teguran terhadap mereka.
Aspek seterusnya berkaitan dengan penggunaan papan tulis, papan
kenyataan dan persekitaran pembelajaran. Disebabkan kelas ini tidak ada projector
dan smartboard, Puan Wang Chai Hoon menggunakan papan tulis untuk
menyampaikan maklumat yang ingin diajar. Kadangkala, maklumat dalam papan
kenyataan juga digunakan jika ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
beliau. Persekitaran pembelajaran adalah sangat seronok sebab beliau seorang
yang ceria dan berjenaka. Beliau ada berinteraksi dengan murid-murid dan kaedah
yang digunakan oleh beliau adalah berpusat kepada murid. Pelaksanaan aktiviti juga
merupakan salah satu aspek dalam pemerhatian tersebut. Puan Wang Chai Hoon
melaksanakan aktiviti secara kelas dan juga secara kumpulan. Beliau tidak
melaksanakan aktiviti secara individu sebab beliau berasa agak tidak sesuai bagi
kelas murid-murid tahap rendah. Tambahan pula, aktiviti secara kumpulan dapat
meningkatkan keyakinan terhadap murid yang lebih lemah.
Hubungan mata ke mata (Eye-contact) dan intonasi suara guru juga amat
penting semasa seseorang guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Puan Wang Chai Hoon akan memandang semua orang murid sama ada depan
belakang atau tepi semasa beliau mengajar. Apabila ada murid menanya beliau
soalan, beliau akan memandang murid itu dan mendengar dengan teliti. Manakala
beliau bukan sahaja melihat murid itu sahaja tetapi juga akan memandang terhadap
semua murid semasa beliau menjawab soalan yang ditanya oleh seseorang murid.
Intonasi suara Puan Tan Lay Kuan adalah sangat jelas dan kuat supaya semua
murid dapat didengar dan boleh menumpukan perhatian. Kadangkala suara intonasi
beliau akan menaikkan untuk mengingatkan murid-murid yang tidak fokus kepada
beliau.
Lain-lain kemahiran yang dapat dikenal pasti dalam kelas Puan Wang Chai
Hoon

ialah

kemahiran

berkomunikasi.

Sepanjang

proses

pengajaran

dan

pembelajaran ini, beliau akan selalu berkomunikasi dengan murid-murid yang kurang
bercakap

supaya

dapat

memastikan murid-murid

tersebut

dapat

mengikut

pengajaran beliau. Puan Wang Chai Hoon juga ada membuat perancangan sebelum
memulakan pengajaran dan pembelajaannya. Selain itu, Beliau juga berpengalaman
dalam mengurus kelas dan keadaan kelas itu dapat dikawal dengan baik dan tidak

akan terlalu bising. Puan Wang Chai Hoon juga pandai dalam teknik mengajar.
Beliau akan mengikut langkah demi langkah untuk mengajar murid-murid sehingga
murid-murid dapat memahami dan menguasai keseluruhan petikan yang diajar. Puan
Wang Chai Hoon juga ada berusaha untuk menyelesaikan masalah yang menimbul
ketika beliau sedang mengajar.
Seterusnya, beliau akan memudahcarakan pengajaran beliau. Contohnya,
beliau akan menggunakan perkataan yang lebih senang untuk menjelaskan sesuatu
perkataan supaya murid-murid mudah memahami perkataan tersebut. Puan Wang
Chai Hoon juga ada berusaha untuk menyelesaikan masalah yang menimbul ketika
beliau sedang mengajar. Contohnya, Apabila murid-murid tidak mahu bercakap,
beliau akan menyuruh murid-murid berdiri dan sesiapa yang mencuba menjawap
akan dapat menduduk balik.

6.0

Refleksi
Refleksi dalam PBS membolehkan saya dibimbing untuk menaakul, memilih

strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Saya telah
menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Jenis
Kebangsaan (C) Tai Tong dari 8 Mac 2015 hingga 12 Mac 2015. Semasa berada di
dalam sekolah, saya telah mengumpulkan maklumat-maklumat tentang sekolah ini
serta program dan aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh pihak sekolah dengan
menggunakan pelbagai kaedah. Pada pendapat saya, amalan sekolah ini adalah
sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak, dari aspek fizikal, kognitif, soial
dan rohani.
Dari segi pendidikan, guru telah menggunakan pelbagai bahan bantu
mengajar elektronik yang menarik seperti CD, radio, televisyen, projector dan
Smartboard, visualiser dan sebagainya untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Satu kelemahan di
sini ialah bukan semuanya kelas ada teknologi yang canggih ini disebabkan sekolah
ini berada di luar bandar. Bahan bantu balajar bukan elektronik seperti kad gambar,
kad perkataan, buku latihan, kamus, dan juga telah disediakan di dalam setiap kelas
supaya pelajar dapat merujuk apabila diperlukan. Setiap kelas juga disediakan
dengan sudut bacaan dan bahan pembelajaran telah dipaparkan di papan kenyata
kelas. Dengan ini, pelajar dapatah mengisikan masa lapang mereka dengan
membaca. Semua ini dapatlah membantu pelajar untuk memperkembangkan
pembelajaran mereka dengan kadar yang lebih cepat. Di sekolah ini juga terdapat
satu bilik BBM yang amat membantu guru-guru untuk menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti kokurikulum di sekolah ini akan sangat ditumpukan. Melalui aktiviti
kokurikulum, murid dapat belajar berkerjasama antara satu sama yang lain dan
bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Murid-murid juga diminta untuk mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan, seperti menepati masa dan memakai pakaian yang
seragam. Secara tidak langsung, disiplin murid-murid akan dipupuk. Aktiviti
kokurikulum juga dapat meningkatkan kecerdasan fizikal murid dan menambahkan
ilmu pengetahuan murid melalui aktiviti dan program yang telah dijalankan. Justeru,
bolehlah disimpulkan bahawa aktiviti kokurikulum boleh membantu perkembangan
sosioemosi, kognitif, rohani dan juga fizikal murid. Murid-murid di sekolah ini sangat
aktif dalam melibatkan diri dalam pertandingan seperti koir, pertandingan robotik,
tarian dan sebagainya. Selain itu, aktiviti sukandan permainan juga diambil beratkan

seperti bola keranjang dan bola tampar pernah menghantar wakil untuk mengambil
bahagian dalam pertandingan.
Di samping itu, terdapat juga program dan aktiviti yang akan dijalankan di
dalam sekolah ini. Salah satu program yang bermakna telah dijalankan sampai
sekarang ialah "Program Anugerah Pelajar Cemerlang". Program ini ialah guru akan
mencalonkan murid yang dianggap cemerlang kepada GPK HEM dan bilangan guru
mencalon akan menentukan bintang yang didapati oleh pelajar tersebut. Pelajar
yang mendapati 3 bintang ke atas dapat menerima ganjaran seperti memakai tali
leher satu bulan sebagai bukti pelajar itu ialah anugerah pelajar cemerlang pada
bulan ini. Program ini dapat menggalakkan pelajar untuk membentuk insan yang baik
dari segi JERIS. Selain itu, "Program 100% kehadiran dalam 1 Bulan" juga diadakan
di sekolah ini. Program ini juga merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah
murid poteng sekolah. Selain itu, markah kehadiran dikira mengikut kelas, markah itu
juga akan ditolak jika tidak memakai kad pintar pelajar selain daripada tidak hadir
sekolah. Di sekolah ini, murid-murid akan membeli makanan dengan menggunakan
kad pintar pelajar untuk membuat bayaran. Kad pintar ini dapat membantu ibu bapa
mengawal perbelanjaan murid-murid.
Sepanjang seminggu PBS ini, saya telah memerhatikan beberapa orang guru
menjalankan P&P di dalam kelas dan telah mendapat banyak pengetahuan tentang
pelbagai cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di sini saya
telah mendapati banyak pengalaman yang bernilai dan dapat membolehkan saya
membuat persediaan untuk meneruskan perjalanan guru pada masa depan.
SJK(C) Tai Tong merupakan sekolah yang cemerlang dan kemudahan
sekolah ini adalah sangat baik dan sempurna terutamanya mempunyai lif untuk
mengurangkan beban guru atau murid-murid yang bermasalah fizikal. Sekolah ini
telah mewujudkan keadaan yang kondusif untuk murid-murid belajar dengan
gembira. Selain itu, kemudahan yang berteknologi tinggi di dalam kelas untuk
memudahkan pengajaran dan pembelajaran serta menarik hati murid-murid untuk
belajar tetapi satu kelemahannya telah diwujud iaitu bukannya semua kelas
mempunyai teknologi yang tinggi ini. Para guru dan juga pihak sekolah telah
berusaha untuk mengajurkan pelbagai aktiviti dan program yang menarik serta
berfaedah supaya perkembangan kanak-kanak adalah sempurna dari aspek JERIS.
Oleh itu, amalan di dalam sekolah adalah bersesuaian dengan tahap perkembangan
fizikal, kognitif, sosioemosi dan rohani kanak-kanak.

Melalui refleksi, saya dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap


tugasan yang dilaksanakan. Selain itu, saya juga dapat menjadikan refleksi sebagai
asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara
berterusan. Di samping itu, saya akan mampu memperkembangkan keupayaan celik
akal bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.
Secara langsung juga, refleksi dapat meningkatkan kualiti insan guru yang
mempunyai ilmu professional keguruan yang tinggi.
Saya juga diminta untuk menulis amalan refleksi. Pada pendapat saya, saya
berasa amalan refleksi ini boleh menjadi panduan profesional saya pada masa yang
akan datang. Saya berasa saya telah membuat persediaan untuk menjadikan diri
sendiri sebagai seorang guru berazam semakin ditingkatkan selepas melalui
program PBS ini yang telah saya lalui ini. Saya juga dapat berasa kualiti saya diri
sendiri sebagai seorang guru telah menjadi lebih berkualiti secara tidak langsung.
Merujuk kepada amalan refleksi di lampiran 6.

7.0 Laporan AKHIR


Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang wajib
dilakukan selama seminggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia
ini. PBS ini dijalankan selama empat fasa bermula pada semester satu hingga
semester empat sebelum praktikum pada semester lima. Guru pelatih dikehendaki
menjalankan PBS di sekolah-sekolah yang mereka pilih iaitu sekolah kerajaan dalam
Negara. Sekarang, PBS merupakan pengalaman yang ketiga bagi saya selaku
pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 3 unit Muzik.
PBS ini meminta untuk saya ke sekolah bagi menjalankan tugasan yang diberikan
iaitu untuk memeriksa beberapa orang guru dalam cara mereka menjalankan
pengajaran dan pembelajaran.
Sekolah yang menjadi pilihan saya untuk melaksanakan PBS ialah Sekolah
Jenis Kebangsaan (Cina) Tai Tong di Sungai Petani, Kedah. Tujuan utama saya
untuk ke sekolah itu adalah ingin mengetahui dan memahami secara lebih
mendalam lagi tentang pengurusan sekolah tersebut terutamanya memahami
persekitaran sekolah yang berada di luar bandar. Dalam membuat refleksi kendiri,
sepanjang saya berada di sekolah, saya telah banyak mempelajari banyak perkara
baru berkenaan suasana dan reality sebenar keadaan seorang guru menghadapi
karenah murid-murid serta keadaan semasa mengajar serta suasana dan iklim kelas
itu sendiri. Semasa melaksanakan PBS, saya mendapati bahawa diri sendiri telah
berlaku perubahan dalam menyediakan keperluan untuk menjadi seorang guru
antaranya dari aspek penampilan, pengaulan, komunikasi dan pengurusan sama ada
dengan pihak sekolah, para guru dan murid-murid di mana sebelum ini saya agak
pendiam dan kurang berinteraksi dengan orang yang saya tidak kenali. Namun
sepanjang menjalankan PBS ini, banyak mengubah diri saya ke arah yang lebih
positif demi bergelar seorang guru. Program Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS)
ini telah memberikan peluang kepada saya untuk mendapat pengalaman yang
berharga.
Melalui PBS, saya juga dapat memupuk keyakinan diri saya dalam
melakukan sesuatu perkara. Ia mengajar saya untuk lebih berketrampilan dan
berkeupayaan untuk bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling terutamanya
ketika berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai pelbagai perangai.

Sebagai contohnya, Saya telah memerhati beberapa orang guru menjalankan


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang bernama Puan Wang Chai Hoon,
dan Cik Chin Pao Chu untuk mengajar Bahasa Cina di kelas 3M dan 4K masingmasing. Peluang ini sangat berharga dan bernilai kerana dapat mengetahui bahawa
pelbagai teknik dan pendekatan yang telah digunakan oleh guru-guru untuk
menjalankan pengajaran dan pembelajaran serta cara dan teknik untuk mengawal
murid-murid di dalam kelas. Saya juga dapat menyedari bahawa cabaran besar yang
dialami oleh guru-guru dan bagaimanakah mereka mengawal emosi mereka melalui
pengalaman yang ada dalam diri mereka. Guru juga telah memberi pandangan
beliau kepada saya tentang sebab beliau mengunakan kaedah tersebut dan juga
menerima pandangan daripada saya untuk mendapat pengetahuan baru munkin dari
segi teknik menggunakan Power Point sebab guru-guru yang berada di generasi
dulu agak kurang berkemahiran dalam penggunaan ICT atau teknologi terkini.
PBS juga menambahkan semangat saya untuk menimba ilmu pengetahuan.
PBS juga banyak mengajar saya tentang menyedari keperluan orang lain
terutamanya murid-murid untuk mereka membangunkan dan meningkatkan potensi
diri sendiri. Melalui PBS juga, saya dapat memupuk kepercayaan di antara satu
sama lain, rasa hormat dalam kalangan para guru, staf sekolah dan murid-murid
serta berkongsi pemikiran untuk mencapai kesefahaman. Malah saya juga dapat
menyesuaikan diri dengan idea-idea, pendekatan dan maklumat yang baru diterima.
Teknologi yang digunakan dalam kelas sekolah ini sangat maju seperti
projector, Smartboard, tempat pengawalan komputer dan visualiser tetapi tidak
semestinya setiap kelas mempunyai alat teknologi yang tinggi ini. Guru tersebut akan
meletakkan nota beliau di bawah visualiser lalu skan dan cetak di Smartboard. Guru
telah menunjukkan notanya dengan cara ini sambil mengajar. Bahan dan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid-murid ialah
smartboard serta visualiser. Melalui pemerhatian saya, murid-murid di kelas itu
sangat mahir dalam penggunaan bahan teknologi yang dinyatakan di atas kerana
mereka telah diberi peluang untuk menggunakan sumber dan bahan pembelajaran
ini. Lagipun, mereka sangat minat dalam ICT yang terdapat dalam kelas mereka dan
selalu meminta untuk menolong guru membuka Smartboard dan visualiser.
Di samping itu juga, dilihat dari segi kesedaran emosi, semasa menjalankan
PBS ini banyak mengajar saya untuk berubah ke arah pemikiran dan pengurusan
emosi yang lebih positif dan dengan lebih baik. Demikian kerana, sebelum ini saya
seorang yang agak sensitif dan mudah terasa, namun semasa menjalankan PBS ini

saya akan mengubah menjadi lebih bijak dalam menguruskan emosi agar tidak
terlalu stress dan tidak memberi tekanan kepada perasaan apabila mempunyai
masalah yang mendatang. Bahkan itu juga, PBS ini telah mengajar saya bahawa
tidak mencapur adukan masalah yang dihadapi di luar bilik darjah apabila mengajar
di dalam kelas. Oleh itu, saya mestilah bijak mengawai emosi dengan baik. Kawalan
emosi sangat penting kerana emosi merupakan segala tunjang perbuatan yang bakal
kita lakukan. Emosi yang negative membawa keburukan kepada diri kita.
Sekolah merupakan tempat di mana kanak-kanak belajar dan menutut ilmu
dan dipimpin untuk menjadi insan berguna dan juga menepati ciri-ciri yang
dikehendaki kerajaan seperti melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS yang
termasuk di atas tanggungjawab dan peranan guru. Tidak dapat disangkal lagi guru
ialah golongan yang sangat penting di sekolah kerana merekalah satu-satunya
tenaga pengajar yang diperakui di sekolah untuk mengajar. Saya juga menjalankan
aktiviti temu bual dengan Guru Besar sekolah, GPK HEM, GPK Kokurikulum, guruguru, kakitangan sekolah dan murid-murid untuk memahami aktiviti seharian yang
dibuat oleh mereka. Mereka telah memberi banyak pendapat mereka tentang
pengalaman di sekolah ini dan melalui pemerhatian, saya juga memahami bahawa
kaedah-kaedah guru-guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran serta cara
untuk mengatasi masalah yang dihadapi semasa mengajar di dalam kelas. Saya
juga mendapati bahawa murid-murid yang belajar di sini juga berasa amat gembira
dan berpuas hati.
Selain itu, saya dan kawan-kawan saya telah membantu guru-guru untuk
mengurus latihan rumah sukan bagi murid-murid tahun 5 dan 6. Tujuan latihan ini
adalah untuk memilih murid-murid wakil warna pasukan masing-masing. Murid-murid
sangat agresif dalam menyertai semua bahagian sukan yang ditentukan kecuali
beberapa orang murid-murid yang kurang memberi kerjasama kepada guru-guru
dengan mencari dna memberi banyak alasan untuk ponteng latihan rumah sukan ini.
Kami membantu guru-guru untuk merekod nama murid-murid yang telah dipilih dan
mengembalikan senarai nama itu untuk guru-guru membuat pemeriksa sekali lagi.
Latihan pada hari itu dijalankan dengan lancar walaupun kekurangan guru untuk
mengurus latihan rumah sukan ini.
Semasa di sekolah juga, mentor telah mengajar saya tentang tanggungjawab
untuk mendidik anak bangsa tidak mengira kaum dan agama. Bahkan juga, bagi
kami mereka semuanya sama sahaja yang perlu dididik dan dibimbing oleh guru.
Saya berasa sangat bersyukur dan penuh tanggungjawab kerana menjadi insan

terpilih untuk menjadi seorang guru kerana profesion ini membolehkan saya
mendidik anak bangsa, tenaga-tenaga tempatan untuk masa hadapan yang dapat
memberi sumbangan kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Selain itu, sebagai guru pelatih sudah tentu pengalaman ke sekolah ini
terutamanya PBS pada kali ini banyak memberi manfaat dan pengalaman yang
berharga kepada saya. Salah satu antaranya ialah saya dapat merasa sendiri
suasana sebenar ketika berada di sekolah. Saya juga pernah menjadi murid-murid
sekolah dan menjejaskan kaki ke sekolah dahulu tetapi perasaan ketika menjejakkan
kaki ke sekolah di mana saya bertindak sebagai bakal guru betul-betul berlainan dan
berbeza. Oleh itu, PBS ini dapat membantu saya menyesuaikan diri supaya tidak
mengalami kejutan persekitaran ketika memulakan kerjaya sebagai seorang guru
selepas tamat belajar satu hari nanti. Ketika berada di sekolah tersebut, saya diajar
cara bagaimana hendak menjadi seorang guru.
Kedua ialah cara menguruskan tugas di sekolah nanti jika dilantik dengan
pelbagai jawatan seperti Penolong Kanan, Ketua Panitia, Setiausaha Mesyuarat,
Bendahari dan sebagainya. Apa yang paling penting ialah, kami juga diajar serba
sedikit mengenai kemahiran komunikasi dan bagaimana hendak berinteraksi bukan
sahaja dengan murid ketika mengajar, malah dengan guru-guru lain, staf-staf
sekolah, Guru Besar, ibu bapa dan orang ramai di mana seorang guru merupakan
insan yang selalu berada di sekeliling masyarakat. Bukan itu sahaja, kemahiran
berinteraksi dengan baik ini dapat saya aplikasikan semasa menjalankan sesi temu
buah bersama guru-guru untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
tugasan.
Ketika melakukan tugasan PBS, saya dikehendaki mengumpul data di
sekolah, jadi secara tidak langsung tugasan ini telah melatih saya cara
mengumpulkan data di sekolah seperti maklumat pengurusan dan organisasi
sekolah, prasarana sekolah, murai sekolah, kata-kata hikmah, nilai-nilai murni, rukun
negara, falsafah pendidikan kebangsaan, bilik darjah, maklumat kurikulum dan
kokurikulum, sukatan pelajaran dan banyak lagi. Pengetahuan ini amat penting bagi
saya sebagai seorang guru yang perlu mengetahui hal-hal mengenai pentadbiran
dan pengurusan sekolah. Oleh itu, dengan pengalaman yang saya dapat semasa
PBS dapat membantu saya apabila di sekolah nanti.
Akhir sekali, melalui PBS ini juga saya dapat belajar tentang kepentingan
mendokumentasikan PBS ini secara bertulis supaya dapat membantu saya dalam
sesi refleksi bersama Guru Besar dan Penolong Kanan serta penting sekali refleksi

keseluruhan ketika bersama mentor di pusat pengajian. Pendokumentasian penting


untuk rekod dan bukti ketika pihak Jabatan Pelajaran dating memantau program
PISMP ini. Selama saya berada di sekolah ini, saya berasa amat gembira dan
berpuas hati kerana saya telah mendapati banyak pengalaman dan pengetahuan di
sini. Saya amat bersyukur dapat berkomunikasi dengan berkesan sama ada dengan
Guru Besar, guru-guru, kakitangan sekolah, murid-murid dan mana-mana pihak yang
saya telah jumpai di sekolah ini.
Keseluruhannya, PBS ini telah membina sikap positif serta menanam
perasaan cinta dalam diri saya terhadap profesion keguruan yang mulia ini. Saya
berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalankan PBS ini
walaupun hanya selama seminggu. Terasa amat sayang dan berat dihati untuk
meninggalkan sekolah tersebut kerana warga sekolah itu sangat mengalu-alukan
kedatangan guru-guru pelatih ke sekolah ini dengan baik sekali. Akhir kata, segala
pengetahuan dan pengalaman yang ditimba akan terpaku dalam sanubari dan di
dalam hati akan saya gunakan sebaik mungkin apabila mengajar kelak.

8.0

Lampiran

Maklumat Umum tentang sekolah

Peraturan Sekolah

Prasarana sekolah

Teknologi sekolah

You might also like