You are on page 1of 1

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI

KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) FASA V


PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
BAGI TAHUN 2016
Pada 6 April 2016, tiga unit dari kursus PISMP Sem 5, iaitu unit Sains, unit
Muzik, dan unit Pengajian Cina telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Sekolah
Kebangsaan (SK) Penjom. Kami sebagai guru pelatih PISMP Sem 5 perlu mengelola
dan menguruskan lawatan tersebut bagi menjayakan kursus BIG fasa kelima. Kami
mempunyai jawatankuasa dan tugas masing-masing. Saya, Yeoh Yan Pei telah dilantik
sebagai AJK Aktiviti sepanjang pelaksanaan aktiviti ini.
Sebelum BIG Fasa 5 ini dijalankan, kami telah mengadakan mesyuarat untuk
membincang tugas masing-masing. AJK Aktiviti telah diberi tugas untuk memahami
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Lawatan Penanda Aras ke Sekolah
Kebangsaan (SK) Penjom seperti masa dan tempat aktiviti dijalankan. Pengerusi kami,
Tan See Chiong memaparkan tentatif jadual aktiviti lawatan tersebut secara online
selepas berbincang dengan pihak sekolah.
Walaupun pengaturan tentatif jadual aktiviti mempunyai sedikit perbezaan
dengan aktiviti yang diadakan di sekolah tersebut, namun segala aktiviti dapat
dijalankan dengan lancar dan masa bersurai dijangka lebih awal daripada yang
ditetapkan sebelum ini atas kerjasama pihak sekolah dan semua guru perlatih Unit
Pendidikan Muzik, Sains dan Pengajian Cina.
Dalam proses ini, saya dapati saya boleh menyerap pengalaman yang banyak
tentang pengaturan tentatif jadual aktiviti. Di samping itu, saya juga bersyukur bahawa
pemberian kerjasama daripada pihak sekolah dan semua guru pelatih yang terlibat.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,

_Yeoh Yan Pei_


(YEOH YAN PEI)
AJK Aktiviti,
Kursus Bina Insan Guru Fasa Lima, 2016

You might also like