You are on page 1of 6

3)

HARMONI

Adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang berbunyi
serentak. Ini melibatkan kauter melodi yang terlibat daripada dua lapisan suara, dalam bentuk
kaunter melodi, kord, dron dan ostinato. Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan
beberapa segmen muzik. Segmen muzik ini boleh terdiri daripada motif, frasa dan seksyen.
Segmen-segmen muzik ini boleh diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah
karya muzik.
Nyanyian
Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanakkanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar.
Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Suara
dijadikan satu alat muzik semula jadi dimana kanak-kanak dapat menggunakan dibahagikan
kepada beberapa di bawah. Ia kebiasaannya dicipta bagi memnuhi tema-tema tertentu dalam
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran
nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak adalahseperti permaian jari, lagu
beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsure nasihat, lagu ucapan dan lagu serantau.
Pelbagai muzik vocal boleh dilakukan iaitu nyanyian secara solo ataupun secara
berkumpulan ataupun nyanyi dua lapisan suara. Nyanyian dapat memberi respon kepada
pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vocal seperti konsep muzik iaitu
berbentuk irama, melodi, bentuk dan ekspresi. Ia juga berfungsi sebagai muzik iaitu
perayaan, tarian serta upacara dan digunakan sebagai teknik persembahan.
Bidang Nyanyian
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,
pendengaran, sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vocal
diadakan bagi seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan
kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensemble.penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk
melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat
Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidng ialah melodi dan irama.
Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti Mari menyanyi tiga bntuk nyanyian
iaitu dengan menyanyikan lagu yang digemari iaitu lagu beraksi dan lagu berentak

tradisional, lagu pusingan dan lagu suara lapisan, menyanyi secara spontan dan hafalan, serta
menyanyi secara dengan menggunakan skor muzik.
Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah menyanyi secara muzikal. Menyanyi
secara muzikal adalah seperti menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan member
penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama dan menyanyi pebagai jenis lagu
dengan member tumpuan kepada pic, tempo, corak irama, melodi dan ekspresi mengikut mud
dan dinamik.
Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah penekanan teknik dan cara menyanyi
iaitu dengan membuat latihan vocal dengan member tumpuan kepada skel dan warna ton. Di
sini juga kanak-kanak dapat membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk
kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada pernafasan, pengeluaran suara,
artikulasi, sebutan dan postur.
Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah meneroka dan mengenal muzik
nyanyian. Dengan adanya kegiatan ini kanak-kanak dapat melatih mendegar dan menyanyi
dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. Kanak-kanak juga dapat
membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik
seperti cara nyanyiannya. Kanak-kanak dapat mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan
nyanyian dari aspek seperti lirik, melodi, cara menyanyi dan cara persembahan. Kanak-kanak
juga dapat mendengar secara bebas dan berpandukan dengan member perhatian kepada
konsep muzik dan jenis muzik vokal berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup,
alam sekitar, lagenda dan tokoh. Selain itu juga, kanak-kanak dapat member respon mengikut
lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. mereka juga dapat mendengar dan mengenali
pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari Negara lain.
Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Bahasa
Melalui nyanyian juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.
Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan
membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di
persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan
aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui

aktiviti menyanyi secara Mari menyanyi, menyanyi secara muzikal dan penekanan teknik dan
cara menyanyi.
Melalui aktiviti nyanyian dijalankan guru dapat menggalakkan kanak-kanak
melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain. Oleh itu,
secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui nyanyian
ini juga kanak-kanak akan ekspresi perasaan mereka samada suka, gembira, sedih dan
sebagainya. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa
soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang
mereka lakukan.
Aktiviti nyanyian juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak.
Sewaktu menyanyi, kanak-kanak dapat meniru perwatakan ahli perwatakan orang-orang di
sekeliling mereka seperti keluarga, doktor, anggota polis, guru, peniaga, binatang atau haiwan
sebagainya seperti yang terkandung di dalam lirik lagu tersebut. Aktiviti yang baik ini perlu
dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek
perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan.
Selain itu, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanakkanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat
memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati
dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang
melalui sebutan semasa menyanyi.
Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau
dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung
sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya dan kaki bertemu
kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti
mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat
gembira. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik
lagu itu. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan
secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah.

Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi
yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya
bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu berantai
membolehkan

kanak-kanak

menghafal,

menghasilkan

mempelbagaikan

dan

memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu,
mudah, dan mereka cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini,
kanak-kanak guru dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh
permainan lagu berantai ialah seperti:
Malam yang sepi pi pi
Pak Mat jual topi pipi
Topinya koyak yakyak
Pak Mat jual tempoyak yakyak
Tempoyaknya basi sisi
Pak Mat jual nasi si si
Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Sosial
Aktiviti nyanyi juga dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak.
Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil.
Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik
perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan
memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan
kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah
berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan semasa aktiviti nyanyian dijalankan.
Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah laku
yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker
(1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara
efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti menyanyi ini menggalakkan


kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial
mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan
mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul
adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.
Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Emosi
Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di
peringkat prasekolah. Dengan aktiviti menyanyi yang dijalankan semasa berada di sekolah.
Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman
Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah
mengemukakan teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang
emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia.
Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai
perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa
badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan
ekspresi wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan
dan pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta ada
kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya
digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan.
Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya
taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang
dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga,
emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia
secara keseluruhannya.
Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya
seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya
menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di
peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan seperti aktiviti menyanyi
dijalankan. Ini adalah kerana nyanyian juga dapat membantu memberikan kepuasan dan
ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan
berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan
perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktivitimenyanyi. Ini kerana aktiviti ini
memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan
kebolehan
Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar
aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara
semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok
melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi
kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian
berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain.
Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui
ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh
mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.

You might also like