You are on page 1of 2

PEMERHATIAN

Antara kaedah dalam pengumpulan data yang saya laksanakan semasa PBS ialah melalui kaedah pemerhatian. Melalui kaedah ini, terdapat banyak maklumat dan dapatan yang saya perolehi. Saya juga telah memfokuskan beberapa aspek dalam pemerhatian saya iaitu semasa proses pengajaran pembelajaran dalam kelas, suasana di kantin, pengurusan kokurikulum dan semasa peperiksaan. Semasa melakukan pemerhatian dalam aktiviti pengajaran pembelajaran dalam kelas, saya dapati bahawa guru yang mengajar ketika itu banyak menggunakan bahan bantu mengajar termasuklah gambar-gambar, kad-kad perkataan, dan melalui kaedah menyanyi. Dalam pemerhatian saya, melalui kaedah yang guru ini cuba lakukan adalah sangat berkesan kerana saya melihat murid-murid sangat tertarik dengan alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru tersebut. Guru itu juga mampu mengawal suasana pembelajaran dengan baik di mana secara keseluruhannya saya lihat murid-murid dapat mengikuti pembelajaran dengan berkesan. Selain itu, dalam pemerhatian saya semasa rehat di kantin, saya dapati kebanyakan murid-murid tidak beratur ketika membeli makanan dan keadaan sangat sesak. Selain itu juga, pengawas untuk menjaga barisan murid-murid semasa membeli juga tidak kelihatan. Di sini saya boleh simpulkan bahawa masalah kesesakan semasa membeli makanan ini adalah berpunca daripada tiada pengawasan oleh pihak pengawas sekolah untuk membentukkan barisan murid-murid semasa membeli makanan. Hal ini patut diusulkan oleh pihak sekolah supaya melantik beberapa pengawas untuk menjalankan pengawasan di kantin. Di samping itu, hasil pemerhatian saya terhadap pengurusan kokurikulum khususnya semasa subjek pendidikan jasmani, saya dapati bahawa pelaksanaan kokurikulum di sekolah ini sangat berkesan yang mana semasa aktiviti pendidikan jasmani dijalankan, apa yang saya lihat adalah penglibatan semua murid sangat memuaskan kerana kesemua murid telah mengikuti aktiviti tersebut dengan

pemerhatian daripada guru pembimbing. Tetapi terdapat sedikit kekurangan dalam aktiviti tersebut apabila terdapat segelintir murid-murid tidak memakai pakaian yang sesuai iaitu dengan menggunakan seluar sekolah semasa melakukan aktiviti pendidikan jasmani. Saya harap perkara sebegini harus dititikberatkan oleh pihak sekolah dalam membentuk murid-murid yang berdisiplin. Mengikut pemerhatian semasa ujian peperiksaan pula, daripada pemerhatian yang saya jalankan, saya dapati bahawa prasarana yang disediakan oleh pihak sekolah sangat memuaskan apabila pihak sekolah menyediakan segala keperluan seperti meja,kerusi, kertas soalan, jawapan dan banyak lagi. Selain itu juga, terdapat juga beberapa kelemahan dalam ujian ini seperti kurangnya pengawasan daripada pihak guru menyebabkan saya terlihat terdapat beberapa murid yang cuba meniru antara satu sama lain. Perkara ini harus dibendung dan harus diambil berat oleh pihak guru kerana ujian yang dijalankan itu adalah untuk mengukur tahap pencapaian murid masingmasing bukannya pencapaian murid yang lain. Kesimpulannya, kaedah pemerhatian ini sangat membantu saya dalam mengumpul segala data-data dan dapatan yang saya hendaki untuk dimasukkan dalam tugasan PBS ini.

You might also like