You are on page 1of 5

Konsep Pentaksiran

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi
mendapat maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kobolehan dan penguasaan murid
terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan.Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) melibatkan
proses pengumpulan dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan
terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah penambahbaikkan PdP
tersebut. Secara umumnya, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang betul akan menunjukkan
penguasaan murid yang jelas terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam
kurikulum. Semua maklumat yang diperolehi dari pentaksiran bukanlah bertujuan unruk
perbandingan atau persaingan antara pelajar.
Guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
dengan menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran yang hendak
ditaksir, merancang dan membina instrumen pentaksiran melaksanakan pentaksiran, merokod
dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekod hasil pentaksiran,
menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susualan. Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) bertujuan menambahbaik pembelajaran murid .Secara umunnya , tujuan
ini boleh dikelompokkan kepada tiga ketegori pentaksiran formatif, iaitu.
Pentaksiran untuk pembelajaran (assessmen for learning), Pentaksiran sebagai pembelajaran
(assesment as learning), dan Pentaksiran tentang pembelajran (assesment of learning).

Pentaksiran untuk Pembelajaran (assessment for Learning)


Pentaksiran untuk Pembelajaran merupakan proses pembelajaran berterusan. Ini
melibatkan guru menguji pengetahuan, pemahaman dan kemahiran pelajar sebagai bukti
menerima maklum balas terhadap keberkesanan pengajaran guru bagi memambahbaik lagi
pembelajaran. Pentaksiran ini juga dikenali sebagai pentaksiran formatif dan berlaku
sepanjang tempoh proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kefahaman
pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran untuk Pembelajaran ialah proses mencari dan mentafsirkan bukti yang
digunakan oleh pelajar dan guru untuk membuat keputusan pada peringkat pelajar berada
dalam pembelajaran mereka dan menunjukkan langkah yang perlu diambil bagi
meningkatkan pembelajaran,.(Assesment Reform Group ,2002)

Dalam persoalan lisan bagi ‘Pentaksiran untuk pembelajaran’ adalah bertujuan untuk
membantu pembelajaran pelajar yang lebih baik. Terdapat dua jenis penyoalan lisan yang
perlu digunakan oleh guru,iaitu jenis tertutup dan jenis terbuka. Walau bagimanapun,guru
perlu memberi masa menunggu (waiting time) dalam tempoh 3 hingga 5 saat kepada pelajar
untuk menjawab soalan yang ditanya atau bertanya soalan seterusnya, terutama bagi soalan
terbuka.Persoalan lisan gagal mencungkil pembelajaran yang mendalam tetapi henya
sekatakat superficial. Penyolan lisan bagi pentaksian untuk pembelajarna guru mesti
menyedari bahawa pernyatan soalan oleh pelajar ialah normal dan bahagian yang penting
dalam kitaran pembelajaran.Guru mestilah memberi peluang dan menggalakkan pelajar
bertanya soalan:
*Mengembangkan pembelajaranya
*Mengenalpasti atau mengesahkan apa yang telah diketahuinya
*Mengenal pasti apa yang sepatutnya diketahui dengan lebih lanjut
*Membantu kemahiran pelajar membuat nota (pelajar tahu apa yang penting dan apa yang
tidak penting)
Oleh itu, guru mesti menyedari bahawa pernyataan soalan oleh pelajar ialah normal dan
bahagian yang penting dalam kitaran pembelajaran
Tujuan Pentaksiran untuk Pembelajaran./ Peranan Pendidikan dan Guru dalam
Pentaksrian untuk Pembelajaran
*Menolong pelajar untuk membuat refleksi dan belajar dengan lebih berkesan dan bukan
pencapaian markah serta gred secara murni dan mengimbangkan proses pengajran dan
pembelajaran mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan
pelajar.
*Melibatkan aktiviti pentaksiran secara formal dan tidak formal sebagai sebahagian daripda
proses pembelajaran dan maklum balas untuk perancangan pembelajaran akan datang dan
peluang pembelajaran bagi membantu pelajaran bergerak maju dalam pembelajaran.
*Merangkumi maklum balas yang efektif untuk memotivasikan pelajar supaya membuat
penambahbaikan.
*Meningkan kepercayaan bahawa semua pelajar dapat memperbaiki kebolehan diri.
*Menggalakkan pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebagaya sebagai rutin di dalam
kelas
*Memberi maklum balas kepada guru, pelajar dan ibubapa tentang prestasi pembelajaran.

Pentaksiran sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning)


Pelajar lebih berkebolehan untuk mengenal pasti kelemahan tugasan rakan-rakanya
berbanding kelemahan sendiri dan mereka lebih mudah bersoaljawab sesama mereka
berbanding dengan guru mereka. (Black dan Willian , 1998)
Pentaksiran sebagai Pembelajaran berlaku apabila pelajar membuat refleksi dan memantau
pencapaian mereka sendiri bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Proses ini
membentukkan dan menyokong metakongsi(iaitu berfikir atau mencari jawapan kepada
pemikiran sendiri) pelajar. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi tumpuan atau
memberi fokus terhadap peranan pelajar sebagai penghubang yang kritikal di antara
pentaksiran dan pembelajaran. Apabila pelajar bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran
dan berupaya menjadi pentaksir yang kritikal.Pentaksiran ini bertujuan untuk mengukuhkan
pembelajaran dalam kalangan pelajar melalui proses pentaksiran yang dilalui, terutamanya
dalam pentaksiran prestasi. Melalui pentaksiran kendiri dan rakan sebaya, pelajar
berpeluang untuk membuat refleksi tentang pembelajaran , mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan serta membuat penerokaan kendiri seterusnya.

Pentaksiran Kendiri
Pentaksiran kendiri berlaku apabila murid menilai kerja mereka sendiri berdasarkan eviden
dan kriteria yang jelas bagi tujuan meningkatkan prestasi masa hadapan.Pentaksiran kendiri
merupakan kaedah pentaksiran yang berkesan untuk menilai tahap pembelajaran akademik
murid pada akhir tempoh pengajaran.
Kaedah pentaksiran ini menggalakan pelajar untuk lebih melibatkan diri dan
bertanggungjawab dalam pembelajaran sendiri, dan memupuk minat mereka dalam
pembelajaran. Kaedah pentaksiran ini dapat membantu murid untuk memikir dan menilai
prestasi, tahap pengusaan, kemajuan, pencapaian, kekuatan dan kekurnagan diri sendiri
secara refleksi.

Pentaksiran Rakan Sebaya


Pentaksiran rakan sebaya memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dalam pasukan
atau kumpulan, berkomunikasi anatara satu sama lain dan melibatkan diri secara aktif dalam
proses pembelajaran dan melahirkan rasa kepunyaan terhadap proses pentaksiran
Dalma kaedah ini pelajar berpeluanagn membuat pentaksiran tyang sewajarnya terhadap
rakan sebaya. Di samping itu, ini membolehkan guru menilai murid dari segi kemahiran
berkemunikasi dan sosialasai semama mereka berinteraksi sesama rakan sebaya dalam kerja
berapsukan.

Oleh itu, bagi menggalakkan kedua-dua jenis pentaksiran ini, guru mestilah menerangkan
dengan jelas atau memberikan skema pentaksiran/kriteria pentaksiran kepada
pelajar.Kriteria ini penting bagi memberi panduan kepada pelajar untuk mencapai objektif
pembelajaran.

Tujuan Pentaksiran sebagai Pembelajaran/ Peranan Pendidikan dalam Pentaksiran sebagai


Pembelajaran
*Memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri bagi tujuan meningkatkan
prestasi masa hadapan
*Membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat dan memantau prestasi
mereka
*Menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan hasilan
kurikulum.
*Bekerjasama dengan pelajar untuk membentuk kriteria amalan baik dan jelas
*Berkongsi objektif pembelajaran antara guru dan pelajar untuk memebri pelajar gambaran
menyeluruh tentang apa yang sepatutnya diperlajari ketika itu. .Langkah ini dilakukan oleh
guru dan pelajar sama-sama berusaha untuk mencapai objektif pengajaran tersebut.
*Membimbing pelajar dalam membentuk maklum balas dalaman atau membina makanisme
pemantauan kendiri

Pentaksiran Tentang Pembelajaran


Pentaksiran tentang pembelajaran merupakan proses pemngumpulan maklumat (eviden
pembelajaran) untuk mengesan tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah pelajar
selesai mengiktui sesuatu unit pembelajaran atau program dalam tempoh, tajuk atau bidang
pembelajaran yang ditetapkan.lazimnya pentaksiran tersebut berlaku dalam bentuk ujian
sumatif. Pentaksiran tentang pembelajran dilaksanakan pada akhir pengajaran contohnya,
pada akhir semester. Pentaksiran tentang Pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan
tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi pelajar bagi penggal persekolahan atau
tahun tertentu.Pentaksiran tentang pembelajran wajib dikumpulkan dalam portfolio sebagai
bukti.Portforlio tersebut akan dibentang sebagai proses semakan dan pengesahan setersnya
disimpan di sekolah.Segalapencapaian murid dalam pembelajaran perlu dilapor secara
bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau
semuanya. Pelaporan tersebut boleh dibuat bentuk sijil, pernyataan keputusan , profile atau
testimony.

Tujuan Pentaksiran tentang pembelajran/Peranan Pendidik dalam Pentaksiran sebagai


Pembelajaran
Akauntabiliti atau kebertanggungjawab institusi pendidikan guru kepada masyarakat iaitu
pencapaian dan perkembangan pelajar perlu dilaporkan kepada ibubapa, masyarakat dan
pihak pentadbir.
Menentukan sama ada pembelajran disempurnakan untuk mengalih pelajar ke sesi
pengajaran. Ini digunakan untuk memberi gred kerja kursus atau untuk mencapaikan
penguasaan pelajar dalam hasil pembelajaran.
Menyediakan satu rumusan tindakan mengenai apa yang telah dipelajari.
Menentukan tanda aras mengenai apa yang pelajar boleh buat dan prestasi sekolah.
Menggalakkan intervensi selanjutnya
Penutup
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah komponen disediakan untuk memberi kefahaman dan
membantu pentadbir sekolah dan guru dalam melaksanakan pentaksiran bagi mendapat
maklum balas berkaitan perkembangan pembelajaran murid dan kerbekesaan
pedagogi.Pelaksanaan PBD memerlukan guru memahami Standard Pembelajaran Kandungan,
Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi di samping pelbagai kaedah pentaksiran.
Memalui panduan ini, guru diberi pendedahan tentang konsep, tujuan dan keperluan
melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta cara mengaplikasi di dalam bilik darjah.

Rujukan

Mohamad Azhar Mat Ali & Shahrir Jamaluddin. (2007). Amalan pentaksiran untuk
pembelajaran di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti
Malaya, 27 (1) 19-54.
 
BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN JPPDAN SENAT, KP MALAYSIA,
J USAHAWAN - ipgkpt.edu.my

BUKU PANDUAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH JPPDAN


SENAT, KP MALAYSIA, J USAHAWAN - ipgkpt.edu.my

You might also like