You are on page 1of 16

KONSEP DAN TUJUAN

EDUP 2122
PENTAKSIRAN DALAM Nama Pensyarah : LYDIA TEO
BILIK DARJAH Ahli Kumpulan :
Stanford Sibangan, Rachel Debeka C Madis, Valeska Nedra
binti Epin, Zainal Abidin bin Sahrudin, Simaa Shakirah binti
Sabudin, Shahriel Mohd Saifullah bin Pirman
KONSEP
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
KONSEP PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam


sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat
kurikulum yang dihasratkan.
KONSEP PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

● PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta


membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat
pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut.
● Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang
penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam
kurikulum.
● Maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk membantu pihak sekolah dan
ibu bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah menambah baik
penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
KONSEP PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Peranan Guru
● Menentukan objektif pembelajaran berdasarkan
Standard Pembelajaran yang hendak ditaksir
● Merancang dan membina instrumen pentaksiran
● Melaksanakan pentaksiran,
● Merekod hasil pentaksiran
● Menganalisis maklumat pentaksiran
● Melapor dan membuat tindakan susulan.
KONSEP PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Pentaksiran
untuk
01 Pembelajaran
Pentaksiran
sebagai Assessment for Learning
(Formatif)
pembelajaran

Assessment as Learning
(Formatif) Pentaksiran
03 tentang
02
Pembelajaran

Assessment of Learning
(Sumatif)
PENTAKSIRAN UNTUK PEMBELAJARAN

● Dirujuk sebagai pentaksiran formatif.


● Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini boleh digunakan
untuk merancang strategi atau langkah seterusnya dalam pengajaran ke
arah meningkatkan pembelajaran murid dan tahap penguasaan mereka.
● Contoh pentaksiran untuk pembelajaran ialah aktiviti soal-jawab yang
dijalankan oleh guru semasa sesuatu pengajaran dijalankan.
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN

● Pentaksiran sebagai pembelajaran berlaku apabila murid membuat refleksi dan


menilai perkembangan pembelajaran masing-masing.
● Pentaksiran sebagai pembelajaran terdiri daripada;
1. Pentaksiran kendiri
❏ Pentaksiran kendiri berlaku apabila murid menilai kerja mereka sendiri
berdasarkan bukti dan kriteria yang jelas bagi tujuan meningkatkan
prestasi masa hadapan.
❏ Pentaksiran kendiri merupakan kaedah pentaksiran yang berkesan untuk
menilai tahap pembelajaran akademik murid pada akhir tempoh
pengajaran.
PENTAKSIRAN SEBAGAI PEMBELAJARAN

2. Pentaksiran rakan sebaya


❏ Pentaksiran rakan sebaya memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam
pasukan atau kumpulan, berkomunikasi antara satu sama lain dan melibatkan
diri secara aktif dalam proses pembelajaran dengan bertanggungjawab.
❏ Kaedah ini dapat meningkatkan motivasi murid dalam proses pembelajaran dan
melahirkan rasa kepunyaan terhadap proses pentaksiran.
❏ Guru juga boleh menilai murid dari segi kemahiran berkomunikasi dan sosialisasi
semasa mereka berinteraksi sesama rakan sebaya dalam kerja berpasukan.
PENTAKSIRAN TENTANG PEMBELAJARAN

● Pentaksiran tentang pembelajaran berlaku pada akhir sesuatu tempoh,


tajuk atau bidang pembelajaran.
● Lazimnya pentaksiran tersebut berlaku dalam bentuk ujian sumatif.
● Pentaksiran tentang pembelajaran juga boleh berlaku dalam bentuk
pembentangan hasil projek.
● Maklumat dan data yang diperoleh dari ujian sumatif atau pentaksiran
tentang pembelajaran ini seharusnya ditangani secara positif dalam
proses pembelajaran murid.
TUJUAN PBD
• PBD bertujuan untuk menambah baik
pembelajaran murid melalui pentaksiran formaif
i) Pentaksiran Untuk Pembelajaran
(Assessment For Learning)
ii) Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
(Assessment As Learning)
• Boleh juga melihat pencapaian atau penguasaan
murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian
melalui pentaksiran sumatif dan membolehkan
murid, guru, ibu bapa serta pihak sekolah
mengetahui kualiti pembelajaran murid.
Pentaksiran ini dikenali sebagai Pentaksira Tentang
embelajaran (Assessment Of Learning)
1. Diagnosis
• Satu daripada tujuan pentaksiran ialah untuk
mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran
dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi
mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan.
Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk
meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya.
Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan
mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan
kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki
dan dipertingkatkan.

• Diagnosis terhadap pembelajaran murid pula diperlukan


bagi mengesan sejauhmana pembelajaran berlaku.
Sekiranya berkesan, kita boleh meneruskan strategi dan
gaya pembelajaran sedia ada. Sekiranya tidak berkesan,
kita perlu menganalisis dan mengenal pasti apakah
kelemahan yang berlaku supaya strategi dan gaya
pembelajaran murid boleh diubahsuai, diperbaiki dan
dipertingkatkan.
2.PENGREDAN

• Guru boleh mengred pencapaian murid kepada kategori


‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’, ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’
atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui pengredan murid,
kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan
tentang prestasi akademik murid khususnya berbanding
dengan prestasi murid lain.

• Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh


memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan
diri dalam proses pendidikan murid. Rangsangan luaran
seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan
kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan
murid khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang
kemajuan dan pembangunan murid di sekolah.
3.Pemilihan dan Penempatan

• Seringkali juga skor dan keputusan


ujian pentaksiran digunakan sebagai
asas bagi pemilihan dan penempatan
murid. Sebagai contoh murid yang
cemerlang dalam bidang sains
mengikuti kursus tumpuan bidang
tertentu di universiti.
4. Kaunseling
dan Bimbingan

• Keputusan dan skor ujian pentaksiran


boleh digunakan untuk membantu
murid supaya berdaya maju.
Berasaskan keputusan ujian, para
guru dan kaunselor boleh membantu
murid mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan masing-masing supaya
program dan tindakan intervensi
dilakukan bagi memperbaiki keadaan
murid.
5. Pelaporan Pencapaian
• Penyampaian maklumat pentaksiran tentang pencapaian dan
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai, dan
sikap.
• Sasaran:
Ibu bapa Murid Guru pentadbir

Memaklumkan kepada mereka tentang Mengetahui tahap kemajuan bagi setiap mata Membuat refleksi akan pencapaian muridnya Menentukan murid yang memerlukan sokongan
kemajuan anak mereka di dalam kelas dan pelajaran dan prestasi pengajaran dan batuan tambahan
pencapaian keseluruhan sepanjang tahun yang
diduduki.
Mengetahui kekuatan dna kelemahan anak Mengetahui setiap kelemahan dan kekuatan Memperoleh kerjasama daripada guru dan Membantu mereka mengkaji semula
mereka (susulan) bagi setiap kemahiran yang diajar murid bagi tingkatkan prestasi murid kelengkapan seperti peralatan yang diperlukan
untuk memastikan aktiviti PnP berjalan dengan
lancar

Meningkatkan penglibatan ibubapa terhadapa Mengambil langkah seterusnya untuk Menunaikan tanggungjawab yang dipelrukan Menentukan jenis kekangan yang menjejaskan
pembelajaran anak. mengatasi kelemahan, dapat meransang konsep oleh seorang pendidik pencapaian sekolah
kendiri serta dapat menglibatkan murid secara
langsung dalam pentaksiran kendiri
( tanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka)

You might also like