You are on page 1of 8

Pentaksiran dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pengertian dan Konsep Pentaksiran


Pengujian
Pengujian

merupakan

proses

mengaturkan

satu

siri

tugasan

untuk

diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar


dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian adalah alat ukur. bagi
mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi
satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus
bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka
dalam

kursus

berkenaan.

Tahap

penguasaan

pelajar

biasanya

dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk


mendapatkan

bukti

empirik

bagi

tujuan

penilaian

pengajaran

dan

pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang


bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya
dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh
dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan
menjalankan pengujian yang berkualiti.

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran


Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh
digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru menambah baik
pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis
pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi
pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.

a. Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang
dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran
diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya
berkesan, guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah
pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh menganalisis dan
mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru
boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.

b. Pengredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred
pencapaian pelajar kepada kategori lulus atau gagal, lemah, sederhana
atau cemerlang atau gred A, B C, D atau E. Melalui pengredan pelajar,
kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi
akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.
Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan
peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan
pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan
dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar
khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan
pembangunan pelajar di sekolah.

c. Pemilihan dan Penempatan


Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi
pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang
dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih untuk mewakili sekolah.
Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk
mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu.

d. Kaunseling dan Bimbingan

Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya
berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh
membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing
supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan
pelajar. Keputusan ujian juga membantu para guru dan kaunselor untuk
memberi khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi
bidang kerjaya yang diminati.

Pengukuran
Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur
menggunakan

instrumen

sebelum

ukuran

itu

dapat

dinilai

atau

diinterpretasikan.
Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti:
Markah mentah
Peratus markah mentah
Persentil

(peratusan

kedudukan

seseorang

berbanding

kedudukan orang lain)


Agregat
Pangkat atau band
Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen
atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa
digunakan ialah:
Ujian
Soal selidik
Kuiz
Senarai semak
Tanpa instrumen, pengukuran boleh dibuat dengan cara anggaran, tafsiran,
agakan, taakulan dan pemerhatian. Walau bagaimanapun, ukuran yang
diperoleh tanpa menggunakan instrumen tentunya kurang tepat dan kurang
boleh dipercayai kerana seringkali berubah-ubah. Contohnya, dapatkah kita
mengira berat murid tanpa menggunakan penimbang?

Penilaian

Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif


bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan
menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif
pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum.
Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru
berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.

Tujuan Penilaian
i.

Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia

ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar.


ii.

Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah

dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.


iii.

Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya

atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.


iv.

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah

dalam pencapaian mereka.


v.

Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah

pengajaran mereka.
vi.

Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka

dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Jenis-Jenis Penilaian
Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat
berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif,
sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran
juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti
disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar.
Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu
penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa
dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.

a. Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh
pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi
memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka
diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif
sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan
pelajar dapat dikesan.
Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk
mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif
juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan
penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis
kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif
amat sesuai dirumuskan sebagai menguasai atau tidak menguasai
sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

b.

Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar


dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir
sesi

kursus.

Contoh

penilaian

sumatif

ialah

ujian

akhir

semester.

Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari


penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan
pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan
pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan
pemilihan dan penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang lebih tinggi.

Perkaitan antara Pengukuran, Pengujian dan Penilaian


PENGUJIAN

PENGUKURAN
/
PENTAKSIRAN
Proses
menentukan
peringkat
pencapaian dan
kedudukan
pelajar

PENILAIAN

DEFINISI

Alat pengukuran
perubahan
sesuatu aspek
tingkah laku.

Proses
menentukan
perubahan
tingkahlaku dan
membuat
pertimbangan
nilai.
Memberi
maklumat
tentang
pencapaian
objektif
pembelajaran,
kaedah
mengajar dan
kurikulum.
Jadual.
Gred
berdasarkan
teknik
perangkaan.

TUJUAN/KEGUNAAN

Menentukan
pencapaian
sesuatu
pembelajaran.

Untuk membuat
pengelasan
bagi
pencapaian dan
kedudukan
dalam
pembelajaran.

BENTUK

Pemerhatian.
Ujian lisan.
Bertulis.

Set ujian
bertulis dengan
markah dan
gred.

CARA/PROSES

Persediaan
Ujian.
Pntadbiran
Pemeriksaan..

Proses
pengujian.
Merekod
markah/gred.

Proses
pengukuran.
Proses
penganalisisan.
Proses
interprestasi.
Melapor.
Tindakan.

MASA

Selepas
pembelajaran.

Selepas
pembelajaran.

LIPUTAN

Terhad pada
sesuatu
kemahiran atau
pembelajaran.

Sesuatu
peringkat
pembelajaran.

Sebelum,
semasa, selepas
pembelajaran.
Dari sesuatu
pembelajaran
tertentu ke
seluruh
kurikulum.

KEPUTUSAN

Menunjukkan
prestasi sesuatu
kemahiran atau
penguasaan
pembelajaran
yang spesifik.

Menunjukkan
pencapaian
secara relatif.

Menunjukkan
pencapaian
keseluruhan
tetapi tidak
semestinya
membayangkan
kebaikan
seorang individu.

You might also like