You are on page 1of 15

TOPIK 1:

KONSEP ASAS PENTAKSIRAN


BILIK DARJAH
1.1 Konsep Asas Pengujian
Definisi Pengujian :

Pengujian merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai


yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau prosedur yang
bersistem bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan
seseorang individu atau murid (Azizi, 2008).

Manakala menurut Siti Rahayah (2003) pengujian adalah proses


pengukuran pencapaian penguasaan pelajar dalam suatu disiplin
di dalam kelas dengan menggunakan ujian.

Guru dikehendaki menyediakan


- PMR
- SPM
- STPM
- STAM
Tujuan pengujian:

a) Menentukan perubahan tingkah laku pelajar.


b) Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.
c) Mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh pelajar.
d) Maklum balas kepada guru dari segi kekuatan dan
kelemahan pengajarannya.
e) Maklum balas kepada pelajar dari segi kekuatan dan
kelemahan pembelajarannya.
f) Untuk hasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat
penilaian terhadap pdp.
Pelaksanaan pengujian:

Pelaksanaan ujian terbahagi kepada dua iaitu

1. ujian berbahasa

Contoh ujian berbahasa adalah ujian


kertas dan pensel (ujian bertulis) dan ujian
lisan.

2. ujian bukan berbahasa.

Ujian bukan berbahasa contohnya adalah


ujian prestasi yang lebih tertumpu kepada
kemahiran psikomotor.
1.2 Konsep Asas Pengukuran
Definisi: Pengukuran:

Alat pengukuran yang digunakan oleh guru mungkin


terdiri daripada:

1. ujian,
2. skala kadar (rating scales).
3. senarai semak.

Contoh bagi pengukuran adalah skor atau markah 85 daripada


100 markah bagi sesuatu ujian.
Tujuan Pengukuran:

a. Mengesan hasil-hasil pembelajaran dan j


jenis-jenis kemahiran yang diperoleh.
b. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh pelajar.
c. Membandingkan pencapaian dan kedudukan
di antara pelajar dalam mata pelajaran yang
tertentu ataupun keseluruhan pencapaian
akademiknya.
d. Mendapat maklumat untuk membuat
pengelasan dan menempatkan pelajar dalam
jurusan kurikulum yang sesuai.
e. Mendapat maklumat untuk rekod prestasi
dan rekod profil sebagai maklum balas
kepada pelajar dan ibu bapa.
1.4 Konsep Asas Penilaian
Definisi Penilaian:

Gay (1985) dalam Bhasah (2009), penilaian adalah satu proses


yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan
itu telah dicapai. Seterusnya membolehkan guru membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung
pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan


sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar.
Definisi Penilaian:

Suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur


itu boleh diterima atau tidak. Ia melibatkan
1. pengenalpastian,
2. pemerolehan
3. pentafsiran maklumat yang berguna bagi
pertimbangan pilihan-pilihan keputusan
berasaskan kepada sesuatu objektif
pendidikan.

Penilaian merupakan satu aspek penting dan sangat mustahak


dalam pendidikan.
Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk:

a. Kualitatif

Menggunakan maklumat kualitatif yang


mengandungi pernyataan deskriptif bertujuan untuk
menghuraikan dengan lebih lanjut, jelas atau
membuat analisis terhadap sesuatu isu
(Bhasah,2009).

Data kualitatif diperoleh daripada rekod peristiwa dan


rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu.
Contoh:
Muhammad Haziq seorang pelajar yang
pintar dan cerdas.
Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk:

Kuantitatif

Data kuantitatif meliputi nilai berangka atau markah


seperti Nurul Izzah mempunyai darjah kecerdasan 120.

Ringkasnya penilaian merupakan satu aspek


proses pembelajaran yang penting kerana ia
menggalakkan murid menbaiki pencapaiannya,
membantu guru membuat taksiran tentang
pembelajaran murid-murid, dan menggalakkan guru
membuat taksiran tentang kesan pengajaran
mereka.
Tujuan Penilaian:
• Mengumpul maklumat pencapaian pelajar, membuat
analisis dan mengambil tindakan yang selanjutnya.
• Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar serta
merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan.
• Membuat pertimbangan dan penghakiman terhadap
kualiti, keberkesanan atau nilai sesuatu aktiviti
pendidikan.
• Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang
ditetapkan untuk pengajaran dan pembelajaran pada
masa akan datang.
• Membantu guru mengetahui tahap pencapaian
sesuatu objektif pengajaran, keadaan ini
memudahkan guru membuat keputusan.
1.4 Konsep Asas Pentaksiran.

- Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses


pembelajaran, oleh itu pentaksiran dan penilaian
merupakan satu proses berterusan yang digabungkan ke
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- Pentaksiran bukan sahaja melibatkan pentadbiran,


pemarkahan dan penggredan sesuatu ujian tetapi
mencakupi pengutipan segala bentuk maklumat yang
membantu pemahaman mengenai pelajar dan
pemantauan pengajaran.
Ciri-ciri pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses mengumpul data


bertujuan membuat keputusan tentang individu atau
kumpulan.

Ujian merupakan sebahagian daripada pentaksiran.

Semasa membuat pentaksiran ke atas pelajar, guru


sebenarnya mengukur tahap kecekapan untuk
menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu
dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan
pembelajaran telah dapat diwujudkan.
Tujuan Pentaksiran

• Membolehkan sistem persekolahan, sekolah-


sekolah, guru dan pelajar meningkatkan dan
memberikan piawaian yang lebih bermakna.

• Memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada


pengajaran dan pembelajaran dalam menepati
piawaian yang ditetapkan.

• Memberi sijil kepada pelajar yang menunjukkan


kecekapan dalam sesuatu bidang pembelajaran dan
guru menentukan tahap pencapaian pelajar
berbanding dengan kriteria yang telah ditetapkan.
• Mengunakan maklum balas dari hasil pentaksiran untuk
pendidik dan pelajar memahami dan memberi tumpuan bagi
meningkatkan aspek berkaitan pengajaran dan pembelajaran
mereka. Contohnya, mencari punca kelemahan dan
membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi atau
memperbaiki kaeah pengajaran.

• Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih


baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna
dan sistem persekolahan yang lebih berkesan. Contohnya,
apabila pelajar dapat melaksanakan tugasan dengan
cemerlang, mereka diberikan pengiktirafan di atas
pencapaian mereka.

You might also like