You are on page 1of 4

Normalisasi

Keadilan

Penghormatan

Hak Asasi Kanak-Kanak


NORMALISASI
oPrinsip ini memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas
merasa kehadiran mereka hampir senormal mungkin.
oMemberi hak dan peluang kepada mereka yang berkeperluan khas
untuk menikmati peluang pendidikan dan kehidupan sesempurna
mungkin.
oPerkara yang perlu diberi perhatian ialah:
 Persekitaran sebenar kanak-kanak.
 Persamaan dan perbezaan dalam kalangan berbagai kumpulan
dalam masyarakat.
 Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan, keperluan,
kehendak, kekuatan dan ketidakupayaan kanak-kanak.
KEADILAN
oPrinsip keadilan berlandaskan ‘due process’ yang mengkehendaki
setiap tindakan memfokuskan kepada kebajikan kanak-kanak.
o‘Due process’ – satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam
membuat keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan
tanggungjawab dipikul bersama-sama oleh pihak professional dan ibu
bapa.
oContoh tindakan yang tidak adil ialah:
 Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara sistematik.
 Menempatkan murid secara sebarangan tanpa usaha untuk
membantu.
 Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.
PENGHORMATAN
oPrinsip penghormatan menjelaskan tentang hak seseorang untuk dilayan
sebagai manusia yang bermaruah.
oContoh tindakan yang salah ialah:
 Hukuman fizikal (tampar, ketuk-ketampi).
 Hukuman psikologi (menyindir, memarahi, memberi gelaran).
 Pengabaian (menyekat kanak-kanak daripada peluang untuk berjaya).
 Pemisahan (salah penempatan di kelas khas).
 Pengasingan (penggunaan ‘timeout’ secara tidak konsisten dan lama).
 Pengubatan (salah guna ubat kawalan).
 Hukuman kejam (sekatan, renjatan elektrik).

You might also like