You are on page 1of 48

MTE3112

Amalan Pentaksiran dalam


Matematik
Topik 1:
Pengujian dan Penilaian

IPGKTI/ KLL / 2011
Pengujian dan Penilaian
(A) Definisi

Pengujian
Pengukuran
Pentaksiran
Penilaian


Pengujian dan Penilaian
DEFINASI
Penilaian boleh dianggap sebagai proses
membuat pertimbangan atau keputusan
dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau
harga bagi sesuatu benda atau perkara.
Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan
penilaian sebagai proses delineating,
mencari dan memberikan maklumat yang
berguna dalam mempertimbangkan
alternatif-alternatif keputusan.
Penilaian & Pentaksiran
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian
ialah satu proses yang sistematik semasa
mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang
telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini
seterusnya membolehkan guru membuat
pertimbangan atau keputusan yang tepat
berhubung pengajaran dan pembelajaran.
Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran
yang hanya melibatkan ukuran dalam bentuk
nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-
aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil
program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik
darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru
berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai
pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh
mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar
melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah
menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan
keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan.
Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh
dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif
seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.
HAMZAH NUN @ IPGKTI
HAMZAH NUN @ IPGKTI
Kini istilah pentaksiran mula digunakan dalam penilaian
pencapaian. Popham (2000) menyatakan istilah-istilah
pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan secara silih
berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran
melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada
suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran, yang merupakan
sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang
pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan
Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk
skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk
memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk
mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
HAMZAH NUN @ IPGKTI
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas
berbanding pengujian. Pengukuran membawa
definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan
penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang
sebanyak mana individu/pelajar mempunyai
sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat
tertentu. Dalam erti kata lain pengukuran ialah
proses menentukan sejauh mana seseorang
individu memiliki ciri-ciri tertentu.
Pengukuran
HAMZAH NUN @ IPGKTI
Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran
berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu
untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut.
Contohnya, Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian
Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli
sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita
hanya mengukur pencapaian matematik tanpa
memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh.
Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap
prestasi/ciri tertentu seseorang individu/pelajar
mengikut alat yang digunakan.
HAMZAH NUN @ IPGKTI
Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan
pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis
seseorang pelajar boleh diukur melalui
pemerhatian/pencerapan, sementara pengetahuan
dan sikapnya boleh diukur melalui temu bual.
Justeru, kita boleh menganggapkan pengukuran
sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran
dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala
pengujian pula merupakan salah satu daripada
kaedah tersebut.
HAMZAH NUN @ IPGKTI
Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran
keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur
secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian
fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan
menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan
pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor
90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada
pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali
ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula
tidak juga boleh dianggap sebagai tidak
mempelajari/mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang
diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek
berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana
ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris.
HAMZAH NUN @ IPGKTI
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan
set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu
set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik
bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan
seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970),
Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang
individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
Pengujian
HAMZAH NUN @ IPGKTI
Contoh skala bernombor ialah angka 30/100
untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk
ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi
ujian pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran seperti Sains. Manakala contoh
sistem berkategori pula ialah ekstrovert
atau introvert bagi ujian personaliti, atau
rabun warna bagi ujian penglihatan.
HAMZAH NUN @ IPGKTI
Milagros 1981:menegaskan bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk
mendapatkan contohan perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid di dalam
keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperoleh daripadanya
akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan.
HAMZAH NUN @ IPGKTI
GLOSARI

Pengujian : Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian
pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk
menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran

Pengukuran: Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan
tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau
secara bertulis. Tujuan pengujian ialah
untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar, termasuk pencapaian
akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar

Penilaian: Proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan
dalam mentafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi
maklumat tentang pencapaian akademik,
kemahiran atau sikap.

Pentaksiran: Proses/prosedur yang sistematik bagi mendapatkan maklumat
dan membuat pertimbangan tentang hasil pembelajaran.
(B) Rekabentuk Pentaksiran

prinsip pembinaan item
taksonomi Bloom / Solo
huraian sukatan pelajaran
dan jadual spesifikasi ujian



Pengujian dan Penilaian
Rekabentuk Pentaksiran

Prinsip pembinaan item
Cth: Garis panduan bagi penulisan item aneka
pilihan yang berkualiti.


Pengujian dan Penilaian
Rekabentuk Pentaksiran

Taksonomi Bloom
(Blooms Taxonomy of Educational Objectives of Cognitive Domain, 1956)
Aras kemahiran Taksonomi Bloom
Pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian (#1)
Contoh-contoh soalan (#2) (#3)
Taksonomi Solo
(Structure Of Observed Learning Outcomes by Biggs and Collis, 1982)
Unistructural, multistructural, relational,
extenden abstract (#4)
Contoh-contoh soalan (#5) (#6)




Pengujian dan Penilaian
Aras Kemahiran Taksonomi Bloom @
Pengetahuan Uji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta tertentu,
makna, istilah, prinsip, hukum atau definisi yang telah
dipelajari.
Kefahaman Uji kebolehan dari segi kefahaman dan kemahiran,
termasuk kebolehan menerangkan fakta tertentu, konsep,
prinsip, hukum atau teori yang dipelajari.
Aplikasi Uji kebolehan menggunakan fakta, konsep, prinsip,
hukum, teori, pengetahuan atau kemahiran untuk
menyelesaikan masalah.
Analisis Uji kebolehan untuk membanding dan membeza,
menghubungkait atau memilih ciri-ciri atau sifat-sifat
konsep, pengetahuan atau kemahiran yang dipelajari.
Sintesis Uji kebolehan untuk menggabungkan atau mengintegrasi
ilmu pengetahuan atau kemahiran yang dipelajari untuk
menyelesaikan masalah
Penilaian Uji kebolehan untuk membukti, menilai, mengkritik,
menaakul (infer) atau merumuskan sesuatu pernyataan.
Aras Kemahiran Taksonomi Solo @
Unistructural (U) One aspect of the task is picked up or
understood and there is no relationship
sought among the various facts or ideas in
the given material

Multistructural
(M)
Two or more of the tasks are picked up and
understood serially, but are not interrelated.

Relational (R) Several aspects are integrated so that the
whole has a coherent structure and meaning

Extended (EA)
Abstract
That coherent whole is generalized to a
higher level of abstraction

Rekabentuk Pentaksiran
Huraian sukatan pelajaran dan jadual spesifikasi ujian
- Definisi Jadual Spesifikasi Ujian
Satu jadual yang mengandungi dua perkara iaitu topik-
topik matematik (paksi mencancang) dan aras
kemahiran (paksi mengufuk)
- Tujuan membentuk JSU:
Membantu guru untuk membina ujian yang baik dan
komprehensif.
Memastikan pelbagai topik/kemahiran dan aras
kemahiran diuji mengikut pemberatan yang sesuai.
Untuk mengelakkan aduan yang kerapkali dibuat
terhadap suatu ujian.
Ia digunakan untuk memastikan kesahan isikandungan
ujian dan mempertingkatkan kualiti ujian.

Pengujian dan Penilaian
(C)Pentaksiran berasaskan sekolah dan
bilik darjah

formatif dan sumatif
penilaian formal dan tak
formal
pentaksiran alternatif


Pengujian dan Penilaian



Pengujian dan Penilaian (C) P. Sek & BD - Formatif dan sumatif

Perkara
Penilaian Formatif Penilaian Sumatif
Pengertian Sesuatu jenis ujian formal atau tak
formal utk mengesan penguasaan &
kemajuan pelajaran dlm kelas
Sesuatu jenis ujian formal utk
mengesan pencapaian dlm sesuatu
tahap persekolahan
Tujuan Mengesan penguasaan & kemajuan
pelajar utk membaiki kelemahannya
dgn serta-merta
Mengesan pencapaian pelajar
berdasarkan beberapa unit
pembelajaran & pemeringkatkan gred
pelajar
Aktiviti Menjalankan ujian formal atau tak
formal semasa waktu pelajaran dgn
secara individu, secara kumpulan
atau secara kelas
Menjalankan ujian formal dalam
beberapa waktu pelajaran secara kelas
atau tingkatan
Masa Semasa mengajar sesuatu atau
beberapa kemahiran
Selepas mengajar beberapa unit
pembelajaran



Pengujian dan Penilaian (C) P. Sek & BD - Formatif dan sumatif
Perkara
Penilaian Formatif Penilaian Sumatif
Bentuk Tak formal (pemerhatian dan
soaljawab), atau formal (ujian
kertas-pensel dlm masa singkat)
Formal: Ujian kertas-pensel atau ujian lisan
dalam jangkaan masa yang sesuai.
Sasaran Secara individu, secara kumpulan
atau secara kelas
Secara kelas atau secara tingkatan
Liputan Meliputi sesuatu kemahiran (ujian
tak formal) atau beberapa
kemahiran (ujian formal)
Meliputi beberapa unit pelajaran atau
sesuatu tahap persekolahan
Rekod Tiada (bagi ujian tak formal), dan
penggunaan senarai semak/rekod
prestasi (bagi ujian formal)
Penggunaan rekod profil atau pensijilan
Tindak-
an
Membetulkan kelemahan dgn
serta merta atau menjalankan
aktiviti pemulihan / pengayaan
dlm kelas
-Menempatkan pelajar dlm kumpulan
/kelas yg sesuai
-Merancang & mengubahsuai pelajaran/
kurikulum
- Memberi sijil berdasarkan pencapaian
dlm peperiksaan
(C)Pentaksiran berasaskan sekolah dan
bilik darjah

Penilaian formal dan tak formal


Pengujian dan Penilaian
formal
Ujian kertas-
pensel
Ujian lisan
Tak formal
pemerhatian
soaljawab
(C)Pentaksiran berasaskan sekolah dan
bilik darjah

Pentaksiran Alternatif @@


Hancock
Suatu proses berterusan yang melibatkan
pelajar dan guru dalam membuat
penghakiman terhadap perkembangan
pelajar dengan menggunakan strategi yang
bukan konvensional. (1994, 1)




Pengujian dan Penilaian
(D) Pentafsiran pentaksiran

analisis dan pentafsiran item
indeks kesukaran dan
indeks diskriminasi
pemantauan
merekod kemajuan dan memantau
pencapaian murid


Pengujian dan Penilaian
(D) Pentafsiran Pentaksiran Analisis & pentafsiran item

Indeks kesukaran & Indeks diskriminasi
Indeks Kesukaran
- Indeks yang digunakan untuk menunjukkan item / soalan
sama ada terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah.
- Nilai indeks kesukaran = Bil. calon jawab betul
Jumlah calon cuba
(n besar) I. K = BT + BR
JT+R












Pengujian dan Penilaian
I. Kesukaran Pentafsiran item Keputusan
I.K < 0.3 Terlalu Sukar Ubahsuai
0.3 I. K. 0.8 Sederhana Terima
I. K. > 0.8 Terlalu Mudah Ubahsuai
(D) Pentafsiran Pentaksiran Analisis & pentafsiran item

Indeks kesukaran & Indeks diskriminasi
Indeks Diskriminasi
- Indeks yang digunakan untuk membezakan calon-calon
daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat.
I. D = BT - BR
JT+R












Pengujian dan Penilaian
Indeks Diskriminasi Pentafsiran item Keputusan
I.D > 0.4 Diskriminasi positif yg tinggi Amat sesuai diterima
0.2 I. D. 0.4

0 I. D. 0.2
Diskriminasi positif yg sederhana

Diskriminasi positif yg rendah
Ubahsuai item & cuba
sekali
Tulis item semula
I. D. < 0 Diskriminasi negatif, prestasi kump
rendah lebih baik dpd kump tinggi
Item buruk & harus
dibuang
(D) Pentafsiran Pentaksiran (#1)

- mencipta histogram
(data terkumpul, data selanjar)
- menentukan ukuran kecenderungan dan
serakan yang sesuai untuk mengintepret data
(Ukuran kecenderungan memusat
- min, mod, median
- Lengkung taburan pencong positif/negatif;
Ukuran serakan julat, varians, sisihan piawai)



Pengujian dan Penilaian
(D) Pentafsiran Pentaksiran

Pemantauan
-merekod kemajuan & memantau pencapaian
murid

Penyimpanan Rekod Prestasi dan Profil
(Rujuk Mok Soon Sang, m/s 258 262)


Pengujian dan Penilaian
(E) Pentadbiran pentaksiran

pentadbiran ujian
moderasi ujian dan
skema pemarkahan
penilaian laporan dan pelaporan
kebolehpercayaan dan
kesahan ujian
bank item

Pengujian dan Penilaian
(E) Pentadbiran Pentaksiran

Pentadbiran Ujian
Aspek-aspek pentadbiran pentaksiran
- Penyiapan fisikal
- Pengawalan Masa
- Penyediaan psikologi
- Moderasi Ujian
- Skema pemarkahan







Pengujian dan Penilaian
(E) Pentadbiran Pentaksiran

Pentadbiran Ujian

3 peringkat utama bagi pentadbiran pentaksiran
- Persediaan
- Pelaksanaan
- Moderasi








Pengujian dan Penilaian
(E) Pentadbiran Pentaksiran

Skema Pemarkahan
Cara membuat pemarkahan ujian
Skim Pemarkahan Ujian Subjektif
- tiga nilaitara utama:
kriteria kandungan* maklumat & pengetahuan
kriteria pengelolaan penggunaan bahasa &
kemahiran menghuraikan idea
kriteria proses - aspek ketepatan, munasabah,
kelengkapan, konsisten, keaslian,
daya cipta dalam teknik penulisan
Cara pemarkahan : cara Analitik
cara Holistik / Global

Pengujian dan Penilaian
(E) Pentadbiran Pentaksiran

Moderasi Ujian
Cara membuat moderasi ujian
Analisis Pencapaian
2 kategori utama :
Ujian rujukan Norma
Ujian rujukan Kriteria

Pengujian dan Penilaian
(E) Pentadbiran Pentaksiran

Penilaian Laporan & Pelaporan
Rekod Prestasi :
- digunakan utk merekod prestasi dlm setiap m/pel. berdasarkan
sesuatu senarai kemahiran
- menentukan siapa yg perlukan program pemulihan / pengayaan
Rekod Profil :
- digunakan utk markah & gred yg diperolehi oleh murid dlm ujian
penggal atau peperiksaan sekolah
- guru menentukan siapa yg perlukan pemulihan khas, merancang
pelajaran berdasarkan pencapaian murid, atau menempatkan
murid-murid semula dlm kumpulan yg sesuai.
Buku Kemajuan Murid
- sejenis rekod profil dlm btk risalah
- markah dan gred, kelakuan murid, kedatangan






Pengujian dan Penilaian
(E) Pentadbiran Pentaksiran

Kebolehpercayaan Ujian & Kesahan Ujian
Kesahan Ujian
Suatu ujian itu dikatakan sah jika ia mengukur semua yang hendak
diukur dan tidak lain daripada itu
(Yap Yee Keong, Wan Chwee Seng, Ismail Abu Bakar(1985) )
Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi
tujuannya
(Tan Hui Leng, Ee Ah Meng (!996))
Kesahan menunjukkan kepada setakat mana sesuatu ujian dapat
memenuhi tujuan menguji.
(Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989))
Kesahan dalam ujian adalah merujuk kepada kualiti ujian yang betul-
betul mengukur dan menilai dengan tepat sesuatu yang hendak
diukur.
Ianya dikatakan sah kerana ia dapat menjamin bahawa ujian itu
benar-benar menguji perkara-perkara yang harus diuji dan tidak lebih
dari itu.






Pengujian dan Penilaian
(E) Pentadbiran Pentaksiran

Kebolehpercayaan Ujian & Kesahan Ujian
Kebolehpercayaan Ujian
Satu lagi ciri penting dalam menentukan sama ada sesuatu ujian
itu baik atau tidak ialah keutuhannya. Jika ciri kesahan
menekankan apa yang hendak diukur, keutuhan pula
mementingkan ketepatan atau kejituan ukuran yang dibuat.
(Yap Yee Keong, Wan Chwee Seng, Ismail Abu Bakar(1985))
Kebolehpercayaan boleh merujuk kepada ciri skor berhubung
dengan ketepatan dan ketekalan skoran bagi menggambarkan
prestasi calon dalam perkara yang diuji.
(Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008))
Ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada
pencapaian calon adalah tekal apabila dia mengambil ujian itu
beberapa kali dalam satu jangka masa.
(Mok Soon Sang (2009))
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian yang dibuat
berulang kali.
(Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) dan Tan Hui Leng, Ee Ah Meng (!996))






Pengujian dan Penilaian
(E) Pentadbiran Pentaksiran
Perhubungan/perbezaan atr kesahan & kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan Ujian & Kesahan Ujian
1. Ujian yang sah & boleh dipercayai adalah
ujian yang hanya mengukur apa yang sebenar-
benarnya ingin diukur & setelah dilaksanakan
ujian itu beberapa kali, skor murid dlm ujian
tersebut adalah sama atau hampir sama dlm
setiap ujian.
Ujian ini merupakan ujian yg terbaik kerana
menepati dari aspek KESAHAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN



Pengujian dan Penilaian
Kebolehpercayaan Ujian & Kesahan Ujian
2. UJIAN YANG SAH TETAPI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI
ADALAH UJIAN YANG MENGUKUR APA YANG SEBENAR-BENARNYA
INGIN DIUKUR.
NAMUN, SETELAH DILAKSANAKAN UJIAN ITU BEBERAPA KALI, SKOR
MURID DALAM SETIAP UJIAN ITU AMAT BERBEZA.
HAL INI DIPENGARUHI OLEH FAKTOR EMOSI, TEMPAT UJIAN,
SUASANA PERSEKITARAN DAN SEBAGAINYA.
UJIAN INI MASIH MERUPAKAN UJIAN YANG BAIK DAN BOLEH
DIGUNA PAKAI.
GURU PERLU MEMASTIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADI
PUNCA BERLAKUNYA KETIDAK BOLEH PERCAYAAN UJIAN INI
DIKENALPASTI DAN DIATASI.



Pengujian dan Penilaian

(E) Pentadbiran Pentaksiran
Perhubungan/perbezaan atr kesahan & kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan Ujian & Kesahan Ujian
3. UJIAN YANG TIDAK SAH TETAPI BOLEH DIPERCAYAI
ADALAH UJIAN YANG TIDAK MENGUKUR APA YANG
SEPATUTNYA DIUKUR. NAMUN, SETELAH UJIAN ITU
DILAKSANAKAN BEBERAPA KALI, SKOR MURID DALAM SETIAP
UJIAN ADALAH TETAP ATAUPUN HAMPIR SAMA.
UJIAN INI MERUPAKAN UJIAN YANG TIDAK SAH DAN
TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN SKOR DAN
MAKLUM BALAS PEMBELAJARAN MURID KERANA IANYA
TIDAK MENGUKUR ASPEK YANG PERLU DIUKUR.






Pengujian dan Penilaian

(E) Pentadbiran Pentaksiran
Perhubungan/perbezaan atr kesahan & kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan Ujian & Kesahan Ujian
4. UJIAN YANG TIDAK SAH DAN TIDAK BOLEH DIPERCAYAI
ADALAH UJIAN YANG TIDAK MENGUKUR APA YANG HENDAK
DIUKUR DAN SKOR MURID DALAM UJIAN YANG DILAKUKAN
BERULANG KALI ADALAH TIDAK TEKAL.
UJIAN INI ADALAH UJIAN YANG TIDAK BOLEH DIGUNAPAKAI.
SKOR DARI UJIAN INI JUGA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK
MENDAPATKAN MAKLUM BALAS PEMBELAJARAN MURID
KERANA IANYA ADALAH TIDAK JITU DAN MURID TIDAK DIUJI
DENGAN PERKARA-PERKARA YANG DIPELAJARI.







Pengujian dan Penilaian

(E) Pentadbiran Pentaksiran
Perhubungan/perbezaan atr kesahan & kebolehpercayaan
(
E) Pentadbiran Pentaksiran

Perhubungan antara Kebolehpercayaan Ujian & Kesahan Ujian



Pengujian dan Penilaian
Kesahan Keboleh
percayaan
Pentafsiran Keputusan & Tindakan




X Ujian yg baik & boleh digunapakai
Kenalpasti faktor penyebab & atasinya
X



X

X

(E) Pentadbiran Pentaksiran

Kebolehpercayaan Ujian & Kesahan Ujian
Kebolehpercayaan Ujian
- Test-Retest Method
- Equivalent-Forms Method
- Kaedah Split-half
& Kuder-Richardson





Pengujian dan Penilaian
Split-Half Reliability
Step 1: Divide the test into equivalent halves.
Step 2: Compute a Pearson r between scores
on the two halves of the test.
Step 3: Adjust the half-test reliability using the
Spearman-Brown formula

Kaedah Split-half
Kaedah Split-half
(E) Pentadbiran Pentaksiran

Bank Item
Item paling sesuai dipilih untuk bank item
- Indeks Kesukaran
- Indeks Diskriminasi







Pengujian dan Penilaian

You might also like