You are on page 1of 564

Interaksi 1: Konsep Pentaksiran ,Pengujian dan

Penilaian
Pendahuluan:
Projek perealisasian item didefinisikan sebagai
suatu siri aktiviti yang terancang untuk guru
supaya berpengetahuan, berkemahiran dan
bersahsiah tinggi dalam kerja-kerja pembinaan
item selaras dengan prinsip dan prosedur
pentaksiaran yang ditetapkan. Ia membolehkan
guru mengetahui dan memahami konsep
kesahan dan kebolehpercayaan, konstruk yang
ditafsir, prinsip pembinaan item dan prinsip
penilaian item. Kemahiran menulis item yang
menepati ciri item yang berkualiti,
mengklasifikasikan item mengikut konstruk,
konteks dan aras kesukaran serta mampu
menilai item berdasarkan system 9 poin.
Konsep Pentaksiran:
Pentaksiaran ialah terjemahan perkataan
Inggeris assessment yang berasal daripada
perkataan Latin assidere yang membawa
maksud duduk di sisi.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran
merupakan satu aktiviti yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menginterpretasi maklumat
tentang hasil pembelajaran seorang pelajar yang
bagi tujuan tertentu.
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi
seseorang dalam pembelajaran, aktiviti
dijalankan semasa, aktiviti dijalankan secara
berterusan (sumatif) dan aktiviti yang bertujuan
untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.
(formatif).
Pentaksiran merupakan sesuatu proses yang
meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan
tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi
seseorang individu.
Pentafsiran juga merupakan satu proses
mendapatkan gambaran tentang prestasi
seseorang dalam pembelajaran, aktiviti yang
dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran
Dalam satu sistem peperiksaan kita membuat
penilaian berdasarkan skor atau skor-skor yang
diperolehi daripada pelbagai proses pentaksiran
dan pengukuran.

Tujuan Pentaksiran:
Tujuan pentaksiaran adalah untuk menolong
guru mendapatkan gambaran tentang prestasi
murid-murid dalam pembelajaran. Seterusnya
menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
Melalui pentaksiran guru boleh mendapatkan
maklumat secara berterusan tentang pengajaran
dan pembelajaran seterusnya boleh
memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
Selain itu membolehkan guru merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik yang bersesuaian dengan tahap
keupayaan murid. .
Selepas membuat pentaksiran guru dapat
merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan
susul yang berkesan. Ini membolehkan guru
memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
Rukun Pentaksiran:
Rukun pentaksiran meliputi Instrumen iaitu
soalan soalan yang dibuat oleh pemeriksa.
Sebelum kita mengadakan pentaksiran (calon).
Guru mesti fokuskan kumpulan yang ditaksir.
Respon atau jawapan secara lisan atau tulisan
daripada murid-murid. Selain itu kumpulan
yang menaksir iaitu pemeriksa yang
memberikan pentaksiran, Ia terdiri daripada
maklumat, penghakiman, produk dan proses
Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik,
bukti dan prestasi. Evidens yang
menggambarkan prestasi calon/pelajar dalam
sesuatu perkara yang ditaksir. Respon atau
jawapan (lisan atau tulisan) .Maklumat juga
dikumpul melalui perlakuan dan artifak.
Penghakiman melibatkan hal-hal seperti
pertimbangan dan pencapaian aspek
pendidikan. Penghakiman membuat keputusan
tentang kedudukan sesuatu kes/isu/kualiti
Contohnya:
Ya/tidak, Betul/salah
Produk melibatkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai.Perkara yang dihasratkan dalam
pendidikan seperti adab, kemahiran dan
pengetahuan.
Proses melibatkan operasi, dapatan dan
hasil.Contoh: Satu susunan langkah/ tindakan/
operasi yang bertertib dan terarah yang
digunakan untuk mendapatkan hasil yang
dikehendaki. Dilaksanakan mengikut langkah-
langkah: Contohnya: Langkah 1 ----langkah 2----
--langkah 3------- Hasil
4 Ciri-ciri Penting Dalam Pentaksiran
Ciri-ciri pentaksiran yang baik ialah
keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsiran
dan kekomprehensifan. Ciri ini perlu
dipertimbangkan bagi memastikan sesuatu
instrument pentaksiran baik dan berkualiti.
Keobjektifan merujuk ketepatan pemeriksa
memberikan skor calon. Ini membolehkan guru
menyediakan skema penskoran yang objektif
dan markah atau diselaraskan. Ia juga bertujuan
untuk memastikan pemeriksaan mempunyai
kefahaman dan kemahiran yang selaras antara
satu sama lain.Seterusnya boleh mengurangkan
perselisihan pemberian markah/skor di
kalangan pemeriksa. Cara ini mengurangkan
perselisihan pemberian markah/skor dalam
kalangan pemeriksa/pentaksir..
Kebolehtadbiran bermaksud sejauh mana
kelicinan kerja-kerja pentaksiran atau susulan
dapat dijalankan dengan mudah dalam proses
pengujian dan pentaksiran yang dilaksanakan
sama ada secara berpusat atau pentaksitan
berasaskan sekolah.
Kemudahtafsiran merujuk kepada sejauh mana
skor itu dapat memberikan maklumat dan
tentang pencapaian calon berdasarkan skor yang
diperolehi.
Kekomprehensifan merujuk sejauh mana
sesuatu ujian itu mengandungi semua objektif
yang penting.Oleh kerana itu, semakin banyak
bilangan item, semakin baik dan taburan
perwakilan adalah lebih menyeluruh.
Teori Penrtaksiran:
Praktis mestilah terbimbing oleh teori .Teori
memberikan jawapan kepada kita tentang
mengapakah kita melakukan sesuatu dalam
praktis?
Melalui kajian didapati teori tanpa praktis, tiada
apa-apa yang terhasil. Umpama politik tanpa
negara, agama dan pengamal.
Jika praktis tanpa teori, boleh diumpama kita
berjalan dalam megelapan. Kita menjadi sesak
dalam perjalanan, mungkin tidak sampai tujuan
atau sampai ke tujuan lain. Oleh demikian, teori
dan praktis itu tidak boleh dipisahkan.
Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk ----
SKOR.
Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk
memastikan keadilan kepada calon serta
mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran
dan sistem pendidikan kebangsaan
Skor adalah sesuatu pentaksiran boleh
mempunyai darjah kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi atau sebaliknya.
Kesahan skor mesti relevan dan mewakili atau
cakupan. Foktor yang menentukan kesahan
skor. Pertama mesti relevan .Relevan iaitu item
yang ditulis bagi sesuatu instrument pentaksiran
mestilah menepati.
Kedua mesti dapat mewakili/cakupan sesuatu
yang ditaksir. Item dalam instrumen mestilah
cakupan. Contohnya, cakupan kurikulum, terdiri
daripada kepelbagaian item, .aras kesukaran
yang dihasratkan, kepelbagaian menyoal.
Kebolehpercayaan skor mesti tepat dan tekal.
Kebolehpercayaan Instrumen ialah memberi
skor yang konsisten. Foktor mempengaruhi
kebolehpercayaan skor ialah arahan ujian tidak
jelas, tempoh masa melaksanakan ujian tidak
sesuai, pentadbiran yang tidak standard dan
sebagainya.
Konstruk ialah perkara yang cuba
dibangunkan/diperkembang dalan diri murid-
murid melalui pengajaran sesuatu mata
pelajaran atau kurikulum. Konstruk dikenal
pasti daripada sukatan pelajaran.
Tujuan konstruk dalah untuk menguji
pengetahuan dan kemahiran mentafsir,
mengaplikasi serta menganalisis.
Kategori Konstruk terdiri daripada 3 bahagian:
Pengetahuan tentang konsep, fakta,
prinsip.Kemahiran intelektual, amali,
menghitung, menyelesaikan masalah,
menganalisis dan Nilai bertanggungjawab, teliti,
tekun, menghargai dan sebagainya.
Aras Kesukaran:
Instrumen pentaksiran yang baik mengandungi
ketiga-tiga aras kesukaran, iaitu aras rendah,
sederhana dan tinggi. Aras rendah ialah item
yang mampu dijawab oleh calon berkebolehan
rendah, sederhana dan tinggi .Aras sederhana
ialah item yang mampu dijawab oleh calon
berkebolehan sederhana dan tinggi manakala
aras tinggi ialah item yang mampu dijawab oleh
calon berkebolehan tinggi sahaja.
Kaedah Pentaksiran
Kaedah Pentaksiran boleh dilaksanakan kepada
3 cara:
a.Pemerhatian
b. Lisan
c. Penulisan
Cara-cara membuat pentaksiran melalui
pemerhatian, lisan dan penulisan adalah
melalui:


1. Pemerhatian melalui sikap, amali, pelakuan
atau amalan, kemahiran
bersosial, kemahiran belajar, kemahiran reka
cipta, hasil kerja murid
seperti lukisan, buku skrap dan lain-lain.
2 .Lisan melalui cara soal jawab, perbincangan
dalam
kumpulan, syarahan, perbahasan,bacaan kuat,
bercerita ,temu bual,deklamasi
sajak/puisi/pantun dan sebagainya.
3. Penulisan melalui aktivirti menyemak dan
memeriksa tugasan hasil kerja
murid-murid. Contohnya: soalan dalam bentuk
subjektif, soalan dalam
bentuk objektif dan sebagainya.

Pengujian
Menurut Tuckman (1975) ujian ialah satu jenis
atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya
digunakan untuk mengetahui tentang seseorang.
Manakala Gagne (1970) pula mendefinisikan
bahawa ianya adalah cara yang sistematik untuk
mengukur tingkah laku seseorang individu
(perkaitan dengan pembelajaran)

Konsep Pengujian:
Pengujian ialah suatu cara sistematik untuk
mengukur perubahan tingkah laku individu
(pelajar).Bahan ukur merupakan bentuk soalan
yang kebolehpercayaan. Ia bertujuan
prengujian/mengesan kemajuan/pencapaian
/penguasaan pelajar terhadap suatu bidang
pelajaran.
Alat pengukuran dari segi kognitif, psikomotor
dan afektif murid-murid. Melalui proses
pengumpulan maklumat, membuat analisis,,
selepas peperiksaan dan pentaksiran guru mesti
buat tindakan selanjutnya.
Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu
sistem/proses yang meliputi aktiviti-aktiviti
mengumpul maklumat tentang strategi dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
membuat analisis dan keputusan dengan tujuan
mengambil tindakan yang sewajarnya yang
dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Secara simpulannya pengujian ialah satu teknik
untuk mendapatkan maklumat satu alat yang
dapat mencapaian tujuan si pengguna.
Mengukur perubahan tingkah laku seseorang
individu supaya dapat menempatkan pelajar
dalam kumpulan belajar yang sesuai. Biasanya
dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian
bertulis, ujian lisan. Ia dilaksanakan selepas
satu/beberapa topik pelajar diajar.
Konsep Penilaian
Menurut Stufflebeam et.al.(1971)menyatakan
penilaian sebagai the proses of
delineating,obtaining and providing useful
information for judging decision alternatives.
Menurut Terry D. TenBrink (1974) pula
menyatakan bahawa penilaian adalah suatu
proses mendapatkan maklumat yang akan
digunakan untuk membuat pertimbangan yang
seterusnya digunakan dalam membuat
keputusan.
Penilaian merupakan satu proses pengumpulan
maklumat, Proses membuat analisis supaya
dapat memberi maklumat tentang pencapaian
objektif pelajaran, kaedah mengajar seseorang
guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Ia
boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas
satu sesi pengajaran guru. Ia membolehkan guru
membuat tiidakan selanjutnya selepas sesuatu
penilaian.

Prosedur melaksanakan penilaian:
Terutamanyanya guru mesti membuat
persediaan ujian seperti menyediakan item
ujian. Melaksanakan pentadbiran ujian
termasuk lokasi. Pemeriksaan dan pengukuran
ujian. Kemudian guru membuat
analisis.Akhirnya membuat tindakan susulan.
Tujuan Penilaian
Sistem penilaian merupakan sistem yang
penting dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan menggunakan sistem
penilaian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran ialah:
Membolehkan guru mengetahui keupayaan,
kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia
ada pada murid-murid dalam perkara-perkara
yang hendak diajar. Mengumpul maklumat
tentang pencapaian murid-murid selepas aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat
membuat pentafsiran dan mengambil tindakan
yang sewajarnya. Menentukan kekuatan dan
kelemahan murid-murid dalam pelajaran
sesuatu kemahiran supaya merancang aktiviti
pengayaan dan pemulihan.
Selain itu, tujuan mengadakan penilaian boleh
menolong guru mengetahuai sejauh manakah
pelajar mereka telah dapat menguasai
pembelajaran yang telah disampaikan.Ini
membolehkan guru merancang strategi
pengajaran yang lebih berkesan. Membolehkan
guru menilai bahan-bahan dan teknik serta
kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan
penilaian, guru dapat mempertingkatkan
pegajaran mereka dari semasa ke semasa.
Tujuan penilaian juga boleh memberi peluang
kepada murid-murid untuk mengetahui
kelemahan kelemahan mereka dalam
kemahiran atau bidang tertentu dan boleh
segera memperbaikinya. Membolegkan guru
menentukan pencapaian objektif pelajaran yang
ditetapkan untuk merancang aktiviti pengajaran
dan pemnbelajaran pada masa akan datang.
Membandingkan pencapaian seseorang pelajar
dengan kawan sekelas atau dengan peringkat
kelas yang sama di sekolah.Membandingkan
pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek
dengan bidang lain. Tujuan untuk meneliti
maklumat tersebut dapat digunakan untuk
pemulihan dan keperluan lain.
Merekod keputusan-keputusan penilaian dalam
Rekod Prestasi dan Rekod Profil untuk dirujuk
oleh pihak-pihak yang berkenaan.Membuat
jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar
terhadap pembelajaran. Guru dapat meyalurkan
pelajar ke jurusan-jurusan tertentu mengikut
kebolehan mereka.Seperti jurusan sanis, sastera,
teknikal.
Penilaian
Di bawah program KBSR dan KBSM, terdapat 3
jenis penilaian, iaitu penilaian mengesan
penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan
penilaian mengesan pencapaian.
1. Penilaian mengesan penguasaan dijalankan
semasa guru mengajar
dalam kelas. Bertujuan untuk mengesan
kelemahan penguasaan matematik yang sedang
diajar. Cara penilaian ini tidak formal kerana ia
dibetulkan dengan serta-merta.
2. Penilaian Mengesan Kemajuan dijalankan
selepas mengajar beberapa
kemahiran dalam sesuatu topik telah selesai
diajar. Tujuan selepas mengajar beberapa
kemahiran dalam sesuatu topik telah selesai
diajar. Cara boleh dijalankan dengan cara formal
atau tidak formal.Melalui pemerhatian,latihan
congak, soaljawab secara lisan ,memeriksa hasil
kerja murid atau ujian kertas-pensel.
3. Penilaian Mengesan Pencapaian dijalankan
selepas mengajar beberapa
Topic atau tempoh satu penggal.Bertujuan
menentukan kedudukan murid-murid dalam
kumpulan masing-masing. Dilaksanakan secara
formal.Keputusan direkodkan dalam suatu
borang yang dinamakan Rekod Profil dengan
markah dan gred serta catatan untuk tindakan
yang sewajarnya.
Pada amnya, ketiga-tiga aktiviti penilaian yang
dihuraikan di atas boleh digolongkan kepada 2
jenis, iaitu penilaian formatif yang digunakan
untuk mengesan penguasaan dan kemajuan dan
penialan sumatif yang digunakan untuk
mengesan pencapaian.


Interaksi 2: Taksonomi Bloom dan Domain
Krathwohl
Taksonomi ialah kajian tentang
prinsip,peraturan dan amalan dalam pengelasan
organisma berdasarkan persamaan dan
perbezaan sifat organisma itu. Menurut Kamus
Dewan Edisi Ke-4(2005). Ia diperkenalkan oleh
Benjamin S. Bloom (1956)
Ia merupakan suatu nilai berdasarkan kognitif
/mentalo.Ia juga merangkumi aspek
pengetahuan,fakta dan teori. Ia boleh membina
pemikiran untuk pemahaman dan menjadi lebih
kreatif dalam suatu pembelajaran.
Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan:
1. Domain kognitif
2. Domain Afektif
3. Domain Psikomotor
Domain Kognitif
Domain Kognitif perkembangan pemikiran
murid-murid. Ia melibatkan perilaku-perilaku
yang menekankan aspek intelektual seperti
pengetahuan, pengertian dan keterampilan
berfikir. Domain kognitif membincangkan
pengingatan semula atau pengecaman
pengetahuan dan perkembangan kebolehan
intelek dan kemahiran.
Objektif kognitif
Objektif kognitif berubah-ubah daripada
mengingati kembali dengan mudah bahan-
bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada
menggabung serta mensintesiskan idea dan
bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif. Ia
merupakan domain yang utama berkaitan
dengan kebanyakkan perkembangan pengujian
masa kini.
Bloom membahagikan domain kognitif kepada
enam tahap.
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian

Aras Pengetahuan:
Mengingat kembali fakta asas istilah, erti,
hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang
telah dipelajari tanpa perubahan. Mengetahui
objektif pembelajaran. Terdiri daripada suatu
penyataan yang ringkas,tepat dan tidak
memerlukan contoh. Perkataan yang biasa
digunakan dalam soalan berperingkat
pengetahuan ialah namakan, berikan,
nyatakan,labelkan,terangkan, senaraikan, siapa,
apa, bila, mana dan sebagainya.
Ciri-ciri aras pengetahuan
Mengingat pengetahuan yang diminta. Sama
dengan pengajaran guru atau tidak memerlukan
murid-murid mengubah pengetahuan dalam
bentuk baru. Jawapan dapat ditentukan dengan
mudah sama ada betul atau salah.
Aras Pemahaman:
Menguji kebolehan calon menterjemah,
memahami,dan mengintepretasikan fakta asas,
konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
Keupayaan murid-murid memberi
penguraian,atau makna kepada sesuatu perkara.
Kebolehan mengubah kefahaman pada daripada
satu bentuk kepada satu bentuk yang lain.Boleh
menyatakan idea utama dalam ayat sendiri.
Menterjemahkan isi kepada huraian. Perkataan
yang biasanya digunakan dalam soalan
berperingkat kefahaman ini ialah terangkan,
huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan,
tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
.
Kefahaman boleh dibahagikan kepada aspek
berikut:
Aspek Penterjemahan (menterjemah) iaitu
menterjemahkan maklumat dari satu bahasa ke
bahasa lain dengan tidak mengubah makna asal.
Contohnya menterjemah satu bahasa ke bahasa
lain. Menukar bentuk simbol kepada bentuk
verbal atau sebaliknya.membaca skor muzik.
Aspek Menafsir (interpretasi) ialah idea/mesej
yang disampaikan dalam bentuk tersurat atau
tersirat.Setelah difahami,maksudnya
disampaikan semula dalam perkataan pelajar itu
sendiri.Misalnya murid dapat mentafsir data
dalam bentuk carta kepada bentuk
tulisan/huraian . Contohnya mengolah,
menyusun, meringkas sesuatu pernyataan
,peristiwa atau konsep menggunakan bahasa
tanpa mengubah makna dan tujuan
asal.menerang.

Aspek Ekstrapolasi iaitu membuat
telahan/inferens tentang apa yang berlaku pada
masa hadapan berdasarkan maklumat yang
diberi/diterima. Perkataan yang biasa
digunakan ialah huraikan,
jelaskan,terangkan,tukarkan,mengapakah,bezak
an,bandingkan,nyatakan dalam perkataan anda
sendiri,kelaskan,bahagikan,tafsirkan,asingkan
Ciri-ciri soalan berasaskan pemahaman:
Memerlukan penggunaan proses mental berkait
dengan kefahaman,misalnya
terjemahan,tafsiran dan
ekstrapolasi.Penggunaan/maklumat asas telah
diajar/diberi kepada pelajar. Memerlukan bahan
atau alat komunikasi untuk diterjemah,ditafsir
atau diekstrapolasikan. Pelajar menyatakan
kefahaman mereka dalam ayat atau perkataan
mereka sendiri.
Aras Aplikasi:
Peringkat ini menguji kebolehan calon
menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan
kemahiran yang telah dipelajari untuk
menyelesaikan masalah. Murid-murid
berkebolehan menggunakan maklumat dalam
situasi baru. Menekankan penggunaan kaedah,
prinsip dan hukum teori. Proses pembelajaran
dari bahan mujarat/abstrak. Perkataan yang
biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan,
meramal,mengendalikan,carikan, kirakan,
gunakan, huraikan dan sebagainya. Perkataan
yang biasa digunakan ialah bagaimana,
selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan
dan sebagainya.

Ciri ciri soalan berasaskan aplikasi:
Menggunakan proses mental aplikasi.
Melibatkan 3 frasa iaitu, prinsip, Menyelesaikan
masalah,dalam situasi baru. Hendaklah
berkaitan dengan masalah dalam situasi baru
yang tidak sama dengan masalah yang
dibancangkan dalam bilik darjah. Contohnya
mengaitkan peristiwa masa kini dengan
peristiwa masa lalu. Menyelesaikan masalah
matematik dengan menggunakan rumus yang
bersesuaian.
Aras Analisis:
Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat
perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor
perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
Kebolehan memecahkan sesuatu yang kompleks
kepada yang kecil.Membahagikan
pembelajaran.Menaakul sebab dan meleraikan
komunikasi.Menilai kerelevanan data(topik)
Perkataan yang biasa digunakan ialah
bandingkan, bezakan, menganalisis,
mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan
dan sebagainya.. Contohnya mengarap
pernyataan yang tidak dinyatakan secara
eksplisit berdasarkan sesuatu maklumat.
Aras Sintasis
Peringkat ini menguji kebolehan calon
menggabungkan, mengintegrasikan atau
mencantumkan fakta / idea-idea serta mentafsir
dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui
prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang
biasa digunakan ialah rumuskan, membuat
keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan,
ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan,
gabungkan dan sebagainya. Contohnya
mencipta lagu, membuat candangan tentang
prosedur untuk menguji hipotesis, mereka
bentuk bangunan berdasarkan spesifikasi yang
ditetapkan , membina hipotesis berdasarkan
data atau pemerhatian yang ada.
Penilaian
Penilaian adalah cara menguji kebolehan calon,
membuktikan, menilai, mengesahkan,
mengritik, memberi pendapat mengenai sesuatu
penyataan. Tujuannya adalah untuk membuat
penilaian dan pertimbangan berdasarkan
kriteria tertentu. Menguji kebolehan,
membuktikan,mengkritik .Membuat penilaian
dan pertimbangan berdasarkan kriteria.
Perkataan . Contohynya, mengenalpasti
ketepatan,kecukup-cukup dan kerelevanan data.
mengenalpasti sama ada data,metodologi dan
perbincangan menyokong suatu dapatan atau
kesimpulan yang dibuat.
Domain Afektif (krathwohl)

Domain Afektif melibatkan perkembangan sikap
dan nilai murid-murid. Ia melibatkan perilaku-
perilaku yang menekankan aspek perasaan
emosi seperti minat,sikap, apresiasi dan cara
penyesuaian diri.
Diasaskan oleh, David R. Krathwohl. Domain
Afektif melibatkan aspek-aspek , kerohanian dan
penekan kepada pertumbuhan dan
perkembangan sikap , perasaan, emosi dan nilai
murid-murid ..Guru harus berkebolehan
menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan
satu suasana pembelajaran yang baik.
Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan
dengan adanya murid yang dapat membentuk
sikap positif.
Krathwahl, Bloom ,Masia(1964) telah
mengklasifikasikan domain afektif ini kepada 4
kategori: Ia boleh dikelaskan mengikut
peringkat penghayatan yang paling rendah
kepada yang paling tinggi .

1.Peringkat penerimaan,
2.Peringkat memberi gerak balas
3.Peringkat penilaian
4. Peringkat mengorganisasi.

1. PENERIMAAN
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk
memberi perhatian. Tindakan pelajar
mencerminkan satu kesedaran atau perhatian
terhadap ransangan dan peristiwa atau
persekitaran yang berhubung dengan domain
afektif.Konteks pengajaran menekankan kepada
kebolehan mendengar, menanyakan soalan,
mengenal bahagian-bahagian ayat dan
menjawab dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras
ini :
Kesedaran .Pelajar dikatakan sedar dengan
objek atau peristiwa jika berlaku semasa
kehadiran mereka.
Kesudian untuk menerima. Pelajar sudi
menerima sesuatu pengajaran harus
disampaikan di dalam satu suasana atau
keadaan yang bermakna dan menarik.
Perhatian yang terkawal atau terpilih .Pelajar
membezakan keseluruhan keadaan kepada 2
bahagian atau kepada bahagian-bahagian
komponen dan kemudian memilih satu daripda
aspek tertentu dan terus memberi perhatian
GERAK BALAS
Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu
dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras
ini, murid-murid bersedia dan rela untuk
membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu
objek atau situasi.

MENILAI
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan
atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan
sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan
cenderung menjadi konsisten walaupun dalam
keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh
dipratikkan.

ORGANISASI
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem
nilai. Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai
digunakan.Pelajar terpaksa membina beberapa
hubungan dan keutamaan di antara nilai-
nilainya
Bidang ini melibatkan aspek-aspek kerohanian
dan penekan kepada pertumbuhan dan
perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai
yang wujud pada diri seseorang terutamanya
murid-murid. Jika proses pembelajaran
berasaskan domain afektif ialah murid-murid
menerima input yang berupa nilai-nilai murni
dan pengembangan dari segi perasaan,
emosi,sikap serta elemen kerohanian lain yang
menjadi sebahagian daripada pertumbuhan diri
seseorang murid.
Bidang ini disusun oleh David R. Krathwohl,
Benjamin S. Bloom dan Bertram. Masia telah
mengklasifikasikan domain afektif ini kepada 4
peringkat. Ia boleh dikelaskan mengikut
peringkat penghayatan yang paling rendah
kepada yang paling tinggi .
Perwatakan
Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari
dengan nilai yang dipegang.Perubahan tingkah
laku selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran.Objektif am: Mengekalkan nilai-
nilai dalam pengajaran dan pembelajran..
Objektif khusus: Disiplin dalam mengekalkan
nilai.
Relevan
Tidak membiarkan murid untuk meneriam ilmu
sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai
nilai. Meningatkan murid untuk bertindak balas
terhadappembelajaran dengan
menilai,merancang dan membuka minda murid
mereka cenderung dalam sesuatu bidang.
Mencari cara pengajaran yang merangsang
minat pembelajaran murid.
Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada
sesuatu topik yang tidak berkait dengan minat
murid.Tidak membiarkan murid untuk
meneriam ilmu sekadar dari segi luaran yang
tidak mempunyai nilai.
Meningatkan murid untuk bertindak balas
terhadappembelajaran dengan
menilai,merancang dan membuka minda murid
mereka cenderung dalam sesuatu bidang.
Mencari cara pengajaran yang merangsang
minat pembelajaran murid. Pengajaran yang
tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang
tidak berkait dengan minat murid.

Domain Psikomotor
Domain Psikomotor pula melibatkan
perkembangan kemahiran fizikal murid-murid.
Ia berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal.
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan
penilaian terhadap penyelesaian, gagasan,
metadologi dan sebagainya dengan
menggunakan criteria yang sesuai atau standard
yang ada untuk memastikan nilai efektif atau
manfaatnya.Domain Psikomotor mengenai
perilaku-perilaku yang menekankan aspek
keterampilan motor seperti tulisan tangan,
berenang, dan mengoperasi mesin.
Taksomoni Simpson membahagikan aspek
psikomotor kepada lima peringkat iaitu
:pengamatan,persediaan,pergerakan
terkawal,mekanisme dan pergerakan khusus
Taksonomi Jewett mengemukakan Domain
Psikomotor kepada 3 peringkat iaitu pergerakan
asas, pergerakan khusus dan pengerakan kreatif.
Secara rumusannya, Domain Psikomotor
dibahagikan kepada 5 peringkat iaitu
pergerakan kebiasaan,asa kemahiran,
pemgembangan kemahiran, pelarasan dan
penyelesaian kemahiran serta kesempurnaan
dan pergerakan kemahiran.
Interaksi 3: Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)
Jaduan Spesifikasi Ujian
Definisi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU ) ialah
rancangan persediaan item atau sesuatu ujian.
Ia juga dikenali sebagai Teks Blue Print dan
Teks Specification. Ia juga merupakan jadual
yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan,
pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks,
pemberatan tiap konteks dan pemberatan
taburan aras kesukaran soalan.




Jadual Spesifikasi Ujian diwujudkan bertujuan
untuk menghasilkan soalan yang berkualiti iaitu
tidak membantuk soalan secara spontan atau
soalan tidak tahu aras. Soalan yang dihasilkan
tidak mempunyai kesahan atau tiada keutuhan.

Ciri-ciri Jaduan Spesifikasi Ujian ;
Kandungan ujian yang berupa topik-topik
pelajaran. Aras soalan yang mengikut aras
taksonomi objektif pendidikan Merupakan
matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi
melintang- aras kemahiran dan menegak-
kandungan.Bilangan item dinyatakan dalam
JSU mengikut aras kemahiran yang
ditetapkan.Mengandungi aras kemahiran
mengikut lama masa mengajar dan kepentingan
kemahiran.Kepayahan item dalam lingkungan
20% - 80%.Bentuk ujian sama ada berbentuk
objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-
lain.jaran.
Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian;
JSU yang dibina dengan baik akan membantu
penggubal kertas ujian dan pembina
item/soalan ujian. Jadual Spesifikasi Ujian
dirancangkan untuk mengelakkan sesuatu ujian
dibina secara sembarangan. Melalui jadual
Spesifikasi Ujian dapat menjamin kesahan isi
kandungan sesuatu ujian. Selain itu juga dapat
menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan
aras-aras kemahiran.
Boleh memudahkan guru menentukan
pertimbangan antara topik-topik dengan aras-
aras kemahiran yang diuji. Kertas ujian dapat
digubal secara sistematik. Kesahan dari segi
persempelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
Selain itu juga memberi panduan untuk
membentuk format ujian.Memberi panduan
untuk membentuk soalan. Menstabilkan taraf
serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
Mengambil kira bilangan masa yang
diperuntukkan untuk sesuatu
topik.Membolehkan perbandingan dibuat antara
satu ujian dengan ujian yang lain.Taburan
soalan mengikut tajuk adalah seimbang.Ujian
meliputi keseluruhan sukatan pelajaran.

Langkah-Langkah Pembinaan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU)

Berpandukan langkah-langkah pembinaan JSU
kita haruslah memilih isi kandungan dalam
jadual terlebih dahulu sebelum menyenaraikan
isi kandungan dalam jadual.Ini membolehkan
kita menentukan aras kemahiran dan kesukaran
, kemudian menyusunnya secara mengufuk
dalam JSU.Melalui maklumat yang diperolehi
kita boleh menentukan bilangan item
berdasarkan isi dan aras kemahiran, kemudian
menulis bilangan soalan dalam petak berkenaan
sebelum menyemak bilangan soalan dengan
menjumlahkan semua soalan dalam setiap baris
secara tegak dan mengufuk.
Indeks Kesukaran;
Di dalam indeks kesukaran kita haruslah
menentukan soalan item sama ada sukar,
sederhana atau terlalu mudah.Manakala di
dalam proses membuat nilai pengiraan haruslah
merujuk kepada;
IK=B .
J
Yang membawa maksud:
B :bil calon menjawab dengan betul.Manakala
J:Merujuk kepada bilangan calon menduduki
peperiksaan
Jika calon ramai:
Manakala bagi calon yang ramai proses
membuat nilai pengiraan haruslah merujuk
kepada;
Ik=BT+Br
J
Yang membawa maksud:
BT=jumlah pelajar menjawab betul dalam
kumpulan tinggi.
Br=jumlah pelajar menjawab betul dalam
kumpulan
rendah.
J=jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan.
Langkah-langkah membina JSU
Kertas Bahasa Malaysia Pemahaman untuk
tahap 2
Langkah 1:Senaraikan system bahasa dan
prosa/puisi yang hendak dinilai.
Contohnya;
a)sistem bahasa, pengetahuan 30 soalan.
b)Konsas prosa, kemahiran 4 soalan dan nilai
murni 1 soalan.
c)Konsas puisi,kemahiran 4 soalan dan nilai
murni 1 soalan.
Jumlahnya pengetahuan 30 soalan + kemahiran
8 soalan+nilai murni 2 soalan.
Semuanya 40 soalan.
Langkah 2: Tentukan soalan yang akan dibina
itu
a. soalan objektif (30 soalan)
b. konsas prosa atau konsas puisi(10 soalan) (2
petikan)
c. 2.5 markah bagi 1 item
d. masa:50 minit
d.. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
= Jumlah masa X Jumlah soalan
Jumlah Masa keseluruhan
Langkah 3: Tentukan model aras kesukaran
item
Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif
pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain Kognitif
6. Penilaian
5. Sintesis
4. Analisis
3. Penggunaan
2. Kefahaman
1. Pengetahuan
Langkah 4: Pilih jenis ujian yang akan diuji.
Contohnya:
Ujian objektif , Ujian struktur, Ujian esei, dan
lain-lain.
Langkah 5:
Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
(objektif, struktur, esei dll). Penentuan aras
kesukaran soalan (soalan mudah soalan
sukar). Pemarkahan bagi setiap soalan yang
akan diuji.
Langkah 6
Nyatakan mata pelajaran dan tingkatan. Guru
membina soalan mengikut susunan nombor
soalan mengikut tajuk
Dalam penilaian, JPU berperanan penting.
Orang-orang yang berkaitan dengan ujian
seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa
berhak dalam erti kata sebenarnya menolak
sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya.
Justeru, data yang tercetus daripada ujian yang
sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan
pemilihan, pengkelasan atau bimbingan. Gubal
ujian.
JPU memberi gambaran kasar tentang perkara
yang hendak diuji yang seterusnya menentukan
syarat JPU:Terurtamanya ujian tidak dibina
sembarangan. Menimbulkan kepentingan topik
dan aras kemahiran yang diuji.Selain itu JPU
juga memberi panduan dan penentu kepada
penggubalan ujian.Guru juga dapat memastikan
kesesuaian taburan soalan mengikut aras
kemahiran
Secara rumusannya dalam pembinaan JSU kita
mesti mengkaji sukatan pelajaran,menganalisis
objektif pengajaran, menentukan jenis soalan
dan menentukan bilangan soalan.
Interaksi 4: Soalan Objektif dan Soalan Subjektif
Bentuk-bentuk Ujian
A.Ujian Objektif
B. Ujian Subjektif
.
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar
menulis atau memilih satu jawapan yang betul
atau yang paling baik. Pemeriksaan yang
berlainan akan memberi markah yang sama
apabila memeriksa kertas yang sama.Dibentuk
daripada beberapa item objektif yang boleh
diperiksa tindakan balas yang sepura.
Ujian objektif merupakan ujian yang pendek
yang melibatkan proses menandakan,
membulatkan, menggariskan, mengisi tempat-
tempat kosong dan lain-lain gerak balas
ringkas.
Ciri-ciri Ujian Objektif
Antaranya ia memerlukan pengambil ujian
membuat pilihan atau menentukan jawapan-
jawapan yang telah disediakan.Dalam ujian jenis
ini, banyak masa ditumpukan kepada membaca
dan berfikir ini membuktikan bahawa kualiti
ujian jenis ini juga bergantung kepada
kemahiran dan kebolehan penubuhan bahan
ujian.Disamping itu ujian ini dengan tepatnya
menerangkan tugas-tugas yang diharapkan
daripada pelajar-pelajar yang boleh menjadi
asas nilaian pencapaian kemahiran bahasa
pelajar itu.Keadilan sepenuhnya dalam
permarkahan. Kesimpulannya ia haruslah
dibuat dengan padat dan ringkas.

Kebaikan Ujian Objektif:
I..Mempunyai ojektif ujian tugas calon dan asas
penilaian yang jelas dan tepat.
II.Tidak menggalakan penipuan.
III.Boleh di skor dengan tepat.
IV.Pemeriksaan boleh dipercayai
Kelemahan Ujian Objektif :
I..Kecendurungkan pelajar untuk meneka.
II.Tidak dapat mengukur keaslian

Antara item ujian ini termasuklah item jawapan
pendek, item jenis padanan, item jenis aneka
pilihan dan kloz.
Item objektif dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
1.Item Respons Bebas
a)memerlukan calon meneliti soalan dan
menuliskan jawapan sendiri pada
ruang yang disediakan.
b)Biasanya jawapan ditulis di hujung
soalan/dalam kotak yang disediakan.

i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan kanak-kanak? (
dewasa)
b) Apakah makna simpulan bahasa makan
angin? (bersiar-siar)

ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
a) Kawasan kampung itu semakin
______________ dengan wujudnya pusat
pelancongan.
b) Mangsa ragut itu__________kejadian yang
berlaku kepada pihak polis.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis
Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih
jawapan betul atau paling tepat. Jawapan
mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
Item-item itu ialah format salah-betul, padanan,
dan aneka pilihan.
Item Salah - Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu
item yang mengandungi penyataan yang perlu
ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu:
betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru
menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS)
pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada
soalan.
Item ini juga terdiri daripada 3 bahagian,iaitu
stimulus(rangsangan )jika ada, penyataan dan
jawapan pilihan yang berbentuk betul atau
salah.
Prinsip Pembinaan Item Salah-Betul
1. Arahan hendaklah jelas.
2. Penyataan hendaklah ditulis secara padat.
3. Jelas dan tidak berbunga-bunga supaya
pelajar tidak membuang masa untuk
mamahaminya.
4. Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat
secara rawak , iaitu tidak mengikuti system
tertentu untuk mengelak daripada pelajar
meneka jawapan.
5. Aras kesukarean setiap soalan perlu
setara(seperti panjang dan maksud penyataan)
supaya setiap soalan mempunyai aras yang
sama.
6. Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada
penyataanyang jelas betul atau yang jelas salah.
7. Elakkan daripada memberi penyataan yang
betul lebih panjang daripada yang salah, untuk
mengelakkan daripada pelajar meneka jawapan.
8. Elakkan daripada menggunakan perkataan
selalu atau :tidak pernah dalam pernyataan
untuk mengelakkan daripada pelajar meneka
jawapan.
9. Sediakan bilangan pernyataan yang betul
hampir sama dengan bilangan pernayaan yang
salah untuk mengelakkan daripada pelajar
menera jawapan.



Contoh Item Dua Pilihan:
A. Tandakan sama ada Betul atau Salah ejaan
bagi perkataan berikut:
a) Pahang terletak di Malaysia Timur?
betul( ) salah( )

b) Ikan paus ialah satu jenis amfibia.
betul( ) salah( )

B. Nyatakan Ya atau Tidak pada pasangan
antonim yang dinyatakan.

Bulatkan jawapan pada bahagian Ya ( ) atau
Tidak ( )pada pasangan antonim yang
dinyatakan.
1. pantas antonim lambat. ( Ya /, Tidak)
2. haus antonim dahaga. ( Ya /, Tidak)
3. bijak antonim cerdik. ( Ya /, Tidak)

Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya
mengandungi dua kumpulan objek/ perkara
yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih
jawapannya dengan memadankan objek/
perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan
objek/atau panduan di sebelah kanan.
Padankan suku kata supaya menjadi perkataan
yang betul.
1. ba ma

2. ro ti

3. li ju
Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan
item jawapan tetap kerana diberikan tindak
balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah
seperti yang berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan.
b. Pokok soalan berbentuk ayat atau tidak
lengkap.
c. Jenis Jawapan Terbaik.
d. Analogi.
e. Antomin
f. Jenis Negatif.
g. Mengisi tempat Kosong.
h. Item Jenis Cantuman.
i. Teknik Kloz.
a.contoh item aneka pilihan berbentuk soalan
1. Yang manakah di antara penyataan-penyataan
berikut adalah SALAH?
A. Semua benda hidup bergerak.
B. Semua benda hidup berenang.
C. Semua benda hidup bernafas.
D. Semua benda hidup berkumuh.
b. contoh item pokok soalan berbentuk ayat
tidak lengkap.
1. Pasangan yang semuanya kata majmuk ialah
A. guru besar, hitam manis
B. acap kali, bijak pandai
C. buah tangan, budak nakal
D. rumah batu, rumah tangga
c. Jenis jawapan terbaik
Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang
diberikan.
1. Khalid telah diminta oleh rakan-rakannya
menyanyi untuk mereka.
A. Khalid dan rakan-rakannya telah menyanyi
untuk mereka.
B. Rakan-rakan mereka meminta kawan-kawan
Khalid menyanyikannya.
C. Khalid telah meminta rakan-rakannya
menyanyi untuk mereka.
D. Rakan-rakan Khalid ntelah memintanya
menyanyi untuk mereka.


d . Analogi
hitam : putih
Pilih pasangan perkataan yang mempunyai
kaitan dengan pasangan perkataan di atas. .
A. kain : merah
B. merah: tua
C. merah: hujau
D. merah : jambu

e. Antomin
Arahan: Tiap-tiap jawapan dimulakan dengan
perkataan berhuruf besar dan diikuti oleh empat
perkataan. Pilih perkataan yang berlawanan
dengan perkataan berhuruf besar.
PEMARAH
I. Penyebar
II. Pengampun
III. Pendamai
IV. Peramah
A. I dan II sahaja
B. I dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja
f.Jenis Negatif
Tumpuan pelajar dipusatkan untuk mencari
fakta yang salah. Pokok soalan sering
mengandungi perkataan kecuali , bukan,
tidak betul dan lain-lain.
Contoh:
1. Berikut ialah contoh perkataan berganda yang
mempunyai maksud jamak kecuali
A. kuat-kuat
B. kuih-muih
C. bukit-bukau
D. kanak-kanak
g.Mengisi tempat kosong
1. Buku latihan itu telah siap _________ oleh
Cikgu Malik.
A. menyemak C . penyemak
B. semakan D. disemak
h.Item Jenis Cantuman
1. contoh A: Cantuman jenis sesuai/tidak sesuai
i. Pilih perkataan berikut yang memperlihatkan
makna yang ada kaitan dengan perkataan
pandai
I. cermat
II. pintar
III. cerdik
IV.cergas
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. III dan Iv sahaja

Contoh B: Jenis cantumam aneka pelengkap
yang mempunyai urutan /sekuen.
1. Pilih urutan yang betul:
I. Kasut Amin kotor.
II. Amin menjemur kasut.
III. Amin membasuh kasut.
IV. Kasut Amin bersih.
V. Amin menyapukan kapur pada kasut.
A. I, II, III, IV dan V
B. I, III, II, V dan IV
C. II ,III, I , IV dan V.
D. III. II, I, V dan IV
i.Teknik Kloz
Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat
bagi menguji kefahaman bacaan boleh
digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah
. Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur
tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran
dan pemarkahan, ini semua tidak sukar
dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh
guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz
pelajar diminta mengisi tempat kosong yang
telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji
dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya,
pelajar diminta melihat dan membaca keratan
itu secara keseluruhannya. Kemudian,
berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu
keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi
tempat yang dikosongkan dengan perkataan
yang paling sesuai menurut makna keseluruhan
teks.
Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan
berikut dengan perkataan-perkataan yang sesuai
berdasarkan senarai.
(Rohani , sayang, sedap , 31 , dewasa , rajin,
baik, pandai )
Nama ibu saya _________.Ibu saya berumur
_________ tahun. Ibu saya seorang yang
_________. Ibu ____________ membuat
kerja rumah. Dia juga pandai memasak.
Masakan ibu sangat ________.
Ibu __________ akan saya. Dia berpesan
supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk
menjadi orang yang _________.Saya akan
membalas jasa ibu apabila saya _________.

B. Ujian Subjektif
Selalunya ujian subjektif dibuat dalam bentuk
esei dan murid-murid diminta membuat huraian
yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan
yang diberi.Ujian subjektif memberi peluang
kepada murid-murid terhadap gerak
balas(jawapan)mereka sendiri.Selalunya ujian
ini meminta calon membuktikan kefahaman
terhadap soalan yang dijawab.

Ciri-ciri Ujian Subjektif
Pengambil ujian terpaksa merancang dan
seterusnya menghasilkan jawapan dengan
menggunakan kebolehan bahasanya sendiri.
Dalam ujian subjektif, pelajar menumpukan
banyak masa berfikir dan menulis.
Kualiti bentuk ujian jenis subjektif bergantung
kepada kemahiran pemarkahan
jawapan.Menjelaskan tugas-tugas yang
diharapkan daripada pelajar yang boleh menjadi
asas pencapaian kemahiran bahasa mereka.
Ia merupakan satu pernyataan bersifat
pertanyaan dalam instrument pentaksiran untuk
menguji pengetahuan,pengalaman ,kemahiran
serta tahap kebolehan kognitif calon melalui
respon secara tulisan.

Jenis-jenis Ujian Subjektif
a. Item Jenis Struktur
b. Item Jenis Esei

Kebaikan Ujian Subjetif
I.Boleh dibina dengan mudah dan bilangan yang
sedikit.
II.Mengurangkan tekaan jawapan.
III.Potensi mengukur keaslian

Kelemahan Ujian Subjetif
I.Nilai potensi diagnostik yang rendah.
II.Pemeriksaan kurang dipercayai.
III.Tidak boleh diskor dengan mesin dan
memerlukan orang yang terlatih

Item Jenis Struktur:
1. Item-item yang disusun dan diatur secara
sistematik serta berkembang untuk menjadi
rangka kepada satu persoalan yang lebih
besar/berkaitan dengan satu-satu tema.
2. Terbuka daripada satu/dua bahagian ,iaitu
jawapan yang mengandungi beberapa patah
perkataan dan bahan-bahan yang disertakan
pada soalan.
3. Memberi panduan ,bimbingan kerangka,
rangsangan dan bahan asas kepada pelajar
untuk memulakan jawapan.
4. Memberi tanda isyarat yang tetap bagi tindak
balas tarhadap soalan berdasarkan petunjuk
markah dan ruang jawapan yang disediakan.
5. Beberapa item pendek boleh dihubungkan
menjadi set item-item yang dibentuk dengan
menggunakan rangsangan yang sama.
6.Item struktur sebenarnya mengandungi isi
dan bentuk jawapan seseorang
calon.
7.Soalan struktur mengehadkan isi dan bentuk
jawapan seseorang calon.
8 Jawapan yang diperlukan adalah pendek,iaitu
satu atau dua ayat sahaja.
Contoh:
1. Nyatakan dua jenis kuih tradisional .
a.________________________________
___________________________
b.________________________________
___________________________
Item Jenis Esei:
1. Item yang memberi peluang kepada pelajar
melakukan gerak balas dalam tulisan dengan
menggunakan perkataan sendiri.
2. Gerak balas tersebut memerlukan jawapan
yang meluas dan bebas dari segi mengumpul
fakta, menulis fakta ,mengatur idea dan
mengembleng idea-idea secara logik hingga
menghasilkan jawapan yang asli.
3. Boleh mengukur peringkat kognitif yang
tinggi.
4. Item ini memberi peluang kepada calon
membuktikan tindak balas yang lebih kompleks.
5. Tindak balas yang diberikan itu bersifat
subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau
merit.
6. Kebolehpercayaan pemarkahannya adalah
rendah.
7. Dua jenis iaitu:
a. Item Tindak Balas Terhad(TBT)
b. Item Tindak Balas Lanjutan(TBL)
Oleh kerana kedua-dua jenis soalan jenis soalan
subjektif mempunyai bentuk yang berlainan
,maka cara menggubalnya pun berlainan.
Contoh:
1. Iris adalah bahagian mata yang berwarna.
Jelaskan bagaimanakah iris membantu kita
untuk melihat.
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_____
Contoh:
Cinta Akan Negara
Cogan kata di atas menunjukkan bahawa betapa
pentingnya cintai negara. Bincangkan cara cara
untuk menanam sikap cinta akan negara dalam
kalangan pelajar.


B. Ujian Subjektif
Selalunya ujian subjektif dibuat dalam bentuk
esei dan murid-murid diminta membuat huraian
yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan
yang diberi.Ujian subjektif memberi peluang
kepada murid-murid terhadap gerak
balas(jawapan)mereka sendiri.Selalunya ujian
ini meminta calon membuktikan kefahaman
terhadap soalan yang dijawab.

Ciri-ciri Ujian Subjektif
Pengambil ujian terpaksa merancang dan
seterusnya menghasilkan jawapan dengan
menggunakan kebolehan bahasanya sendiri.
Dalam ujian subjektif, pelajar menumpukan
banyak masa berfikir dan menulis.
Kualiti bentuk ujian jenis subjektif bergantung
kepada kemahiran pemarkahan
jawapan.Menjelaskan tugas-tugas yang
diharapkan daripada pelajar yang boleh menjadi
asas pencapaian kemahiran bahasa mereka.
Jenis-jenis Ujian Subjektif
a)Jenis gerak balas terhad
b)Jenis gerak balas lanjutan

Kebaikan Ujian Subjetif:
I.Boleh dibina dengan mudah dan bilangan yang
sedikit.
II.Mengurangkan tekaan jawapan.
III.Potensi mengukur keaslian
Kelemahan Ujian Subjetif:
I.Nilai potensi diagnostik yang rendah.
II.Pemeriksaan kurang dipercayai.
III.Tidak boleh diskor dengan mesin dan
memerlukan orang yang terlatih

Soalan Subjektif
Satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam
instrument pentaksiran untuk menguji
pengetahuan,pengalaman ,kemahiran serta
tahap kebolehan kognitif calon melalui respon
secara tulisan.
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa
pecahan seperti berikut:-
Item Jenis Struktur atau Item Jenis Esei
Item Jenis Struktur:
1..Item-item yang disusun dan diatur secara
sistematik serta berkembang untuk menjadi
rangka kepada satu persoalan yang lebih
besar/berkaitan dengan satu-satu tema.
2.Terbuka daripada satu/dua bahagian ,iaitu
jawapan yang mengandungi beberapa patah
perkataan dan bahan-bahan yang disertakan
pada soalan.
3.Memberi panduan ,bimbingan kerangka,
rangsangan dan bahan asas kepada pelajar
untuk memulakan jawapan.
4.Memberi tanda isyarat yang tetap bagi
bertindak balas tarhadap soalan berdasarkan
petunjuk markah dan ruang jawapan yang
disediakan.
5.Beberapa item pendek boleh dihubungkan
menjadi set item-item yang dibentuk dengan
menggunakan rangsangan yang sama.
6.Item struktur sebenarnya mengandungi isi
dan bentuk jawapan seseorang calon.
7.Soalan struktur mengehadkan isi danbentuk
jawapan seseorang calon.
8. Jawapan yang diperlukan adalah pendek,iaitu
satu atau dua ayat sahaja.
Contoh:
1.Nyatakan dua jenis kuih tradisional .
a.________________________________
___________________________
b.________________________________
___________________________
Item Jenis Esei:
1.Item yang memberi peluang kepada pelajar
melakukan gerak balas dalam tulisan dengan
menggunakan perkataan sendiri.
2.Gerak balas tersebut memerlukan jawapan
yang meluas dan bebas dari segi mengumpul
fakta, menulis fakta ,mengatur idea dan
mengembleng idea-idea secara logic hingga
menghasilkan jawapan yang asli.
3.Boleh mengukur peringkat kognitif yang
tinggi.
4.Item ini memeberi peluang kepada calon
membuktikan tindak balas yang lebih kompleks.
5.Tindak balas yang diberikan itu bersifat
subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau
merit.
6.Kebolehpercayaan pemerkahannya adalah
rendah.
7.Dua jenis iaitu:
c. Item Tindak Balas Terhad(TBT)
d. Item Tindak Balas Lanjutan(TBL)
Oleh kerana kedua-dua jenis soalan jenis soalan
subjektif mempunyai bentuk yang berlainan
,maka cara menggubalnya pun berlainan.

Contoh:
1.Iris adalah bahagian mata yang berwarna.
Jelaskan bagaimanakah iris membentu kita
untuk melihat.
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_______________________________

Contoh:
Cinta Akan Negara
Cogan kata di atas menunjukkan bahawa betapa
pentingnya cintai negara. Bincangkan cara cara
untuk menanam sikap cinta akan negara dalam
kalangan pelajar.
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_____

Interaksi 5: Jenis-jenis Ujian Bahasa:
a.Ujian Formatif
b.Ujian Sematif
c.Ujian kefasihan
d.Ujian kemajuan
e.Ujian Bakat
f. Ujian Pencapaian
a)Ujian Formatif
Ujian formatif adalah Pencapaian bahan atau
alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran
bahasa yang diajar. Biasanya ujian ini dijalankan
berasakan sesuatu kemahiran atau
subkemahiran ataupun sesuatu aspek bahasa
yang telah diajar dalam jangka masa yang
pendek seperti mingguan atau bulanan. Ini
bertujuan untuk menguji kemajuan murid
dalam penguasaan sesuatu subkamahiran
bahasa.
Prosedur Ujian Formatif
Berlandaskan produser ujian formatif guru
haruslah menentukan tajuk pengajaran terlebih
dahulu untuk menentukan aspek penguasaan
dalam menghubungkait elemen-elemen dalam
tajuk sebelum membina soalan ujian untuk
menentukan tahap pembelajaran pelajar
seterusnya guru dapat mencadangkan tindakan
susulan.

b)Ujian Sumatif
Ujian Sumatif ialah proses yang melibatkan
bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji
pencapaian murid dalam beberapa aspek
kemahiran dari segi bahasa atau beberapa unit
pembelajaran yang telah diajar secara jangka
masa yang panjang,umpamanya dalam tempoh
satu penggal, tengah tahun dan segenap satu
tahun persekolahan. Skop pengajaran dan
pembelajaran yang berbentuk ujian sumatif itu
berasaskan dan dibina secara luas dan
melibatkan kesemua kemahiran aspek bahasa
ini bertujuan untuk mengesan pencapaian
murid dalam kelas atau membuat perbandingan
pencapaian murid-murid di antara kelas. Ia
dijalankan secara formal dalam bentuk
peperiksaan pada pertengahan dan akhir tahun
persekolahan.Manakala Kemahiran bahasa yang
diuji adalah banyak dan meyeluruh seperti lisan,
bacaan dan penulisan.Disamping itu juga ia
meliputi peperiksaan awam seperti UPSR,PKBS,
PMR, SPM dan STPM. Keputusan peperiksaan
awam ini akan digunakan untuk menggredkan
pelajar-pelajar mengikut peringkat pencapaian
dalam sutu tahap persekolahan serta
menentukan taraf pensijilan.
Prosuder Ujian Sumatif
Manakala bagi prosuder ujian sumatif pula guru
dikehendaki untuk membentuk satu jadual
penentu ujian.Disamping itu guru dikehendaki
untuk membina soalan serta mengumpul soalan
secara sistematik.Ini bertujuan untuk menguji
soalan melalui kajian rintis.Kemudian
menyiapkan skema pemarkahan.
Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian
Sumatif ialah segi fungsi, masa, penekanan, sifat
,kesukaran alat dan jenis ujian.
Ujian formatif
1. Fungsi sebagai maklum balas kepada pelajar
dan guru tentang kemajuan dan
kelemahan.
2. Masa dilaksanakan pada sepanjang
pengajaran.
3 .Penekanan kepada kognitif,psikomotor dan
afektif .
4 .Sifat ujian ini adalah terhad kepada tugasan.
5 .Aras kesukarannya berubah-ubah.
6. Alat ujian merupakan alat yang dibentuk
khas.
7. Jenis ujian adalah rujukan kriteria.
Ujian Sumatif:
1. Fungsi memberi pensijilan dan penggredan.
2. Masa dilaksanakan pada akhir unit atau
kursus.
3. Penekanan kepada kognitif sahaja..
4. Sifat ujian ini adalah beraneka jenis..
5 .Aras kesukarannya daripada senang kepada
susah.
6. Alat ujian merupakan peperiksaan akhit
tahun.
7. Jenis ujian ialah rujukan normal.

Ujian Kefasihan
Ujian ini bertujuan untuk menentukan setakat
mana seseorang itu mengetahui dan menguasai
sesuatu bahasa secara keseluruhan.Ujian ini
dijalankan dengan kaedah tidak berdasarkan
sesuatu kandungan atau isi pelajaran, sebaliknya
ia menilai kebolehan umum seseorang terhadap
bahasa yang dipelajari.Secara umum, ia
digunakan untuk menempatkan seseorang
dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai
dengan pengetahuan dan kebolehan
mereka.(sama ada mereka masuk dalam
kumpulan peringkat awal, peringkat
pertengahan ,peringkat tinggi dan
sebagainya.)Inipula bertujuan mengukur dan
menilai setakat mana pelajar pelajar telah
menguasai bahan atau perkara-perkara yang
diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.Ujian ini
berasaskan rancangan pelajaran yang telah
diikuti oleh pelajar. Hasil daripada kemajuan
membolehkan guru mengetahui dengan lebih
jelas tentang kemajuan setiap pelajar dan juga
kemajuan darjahnya secara keseluruhnya.
Ujian kefasihan dinilai dari segi:
1. Sebutan/ucapan---Pemyebutan dan
pengucapan dengan betul dan terang.
2. Kadar kelajuan---Kadar kelajuan bacaan
sesuai dengan bahan yang dibaca.
3. Intonasi/nada---Intonasi dan nada yang
betul.
4. Ungkapan---Pemilihan ungkapan yang betul.
5. Mimik muka---Mimik muka yang jelas sesuai
untuk membayangkan sesuatu maksud dengan
jelas.
6. Posisi badan ---posisi badan yang betul.
7. Kedudukan buku---kedudukan buku yang
betul.
8. Pergerakan mata---mata pembacayang lemah
akan berhenti untuk penyerapkan perkataan.
9. Fasih ---pembaca yang fasih boleh mengenal
pasti struktur ayat-ayat dan mampu
memecahkan ayat yang panjang menjadi
bahagian-bahagian kecil.
10. Perbuatan menunjuk ---Perbuatan
menunjuk ketika membaca boleh
mengganggukan kefasihan.

Ujian Kemajuan:
Setiap ujian kemajuan yang digunakan di dalam
bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah
dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
Setiap ujian kemajuan harus berasakan objektif
pengajaran,program pembelajaran yang telah
diikuti oleh pelajar dan pengetahuan yang ingin
diuji. Selain itu ia juga berasaskan rancangan
pelajaran yang telah diikuti oleh pelajar.
Ujian Kemajuan bertujuan mengukur dan
bernilai setakat mana pelajar pelajar telah
menguasai bahan atau perkara-perkara yang
diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
Hasil daripada kemajuan membolehkan guru
mengetahui dengan lebih jelas tentang
kemajuan setiap pelajar dan juga kemajuan
darjahnya secara keseluruhnya.

Uji Bakat
Uji bakat dijalankan bertujuan mengesan bakat
seseorang dalam menguasai bahasa asing sama
ada khusus pada satu-satu bahasa atau secara
keseluruhan.D isamping itu ujian ini adalah
khusus untuk menelaah dan mencungkil potensi
seseorang pelajar dalam pelajaran atau
kemahiran bahasa asing yang akan dipelajari.Uji
bakat ini selalunya melibatkan data data
bahasa yang artificial mengandungi pelbagai
unsur bahasa seperti fonetif,tatabahasa,
perbendaharaan kata dan sebagainya.Oleh itu
calon diminta melakukan pelbagai aktiviti
bahasa.Manakala hasil ujian direkod dan
dianalisis untuk membantu guru memahami
masalah pelajar dan mengenalpasti pelajar yang
berbakat untuk mempelajari sesuatu bahasa
dengan cepat
Ujian Kemajuan ini terbahagi kepada 2
kumpulan:

a)Uji Bakat
Uji bakat ini lebih kepada bidang mekanikal
seperti Minnesota apatial Relation
Test,Minnesota paper From.

b)Ujian menentukan sesuatu keperluan
Ujian ini amat sesuai dijalankan dalam bidang
bahasa.

Manakala tiap-tiap ujian yang digunakan bagi
meramalkan sesuatu itu dapat diterima sebagai
ujian bakat.Lazimnya, ujian bakat merupakan
satu ujian yang khusus untuk menelaah prestasi
seseorang pelajar dalam pelajaran atau
kemahiran bahasa asing yang akan dipelajari.
Kemahiran berbahasa yang diuji dalam ujian
bakat,iaitu kemahiran mendengar,
bertutur,membaca dan menulis. Menjadi
perkara utama dalam pendidikan bahasa.
Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian atau Achievement Teks
bertujuan untuk menentukan setakat manakah
pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau
isi pelajaran yang telah diajar kepada
mereka.Bagi soalan-soalan yang dikemukakan
mestilah berkaitan dengan isi pelajaran yang
telah diajar sahaja.Ujian pencapaian ini boleh
dijalankan pada akhir kursus ataupun setelah
tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau
mengikut penggal atau semester
persekolahan.Oleh yang demikian ujian ini
berbeza daripada ujian kemajuan. Ujian
pencapaian secara lebih menyeluruh ,seperti
ujian atau peperiksaan akhir tahun dan penggal..
Ujian pencapaian dijalankan secara lebih
menyeluruh ,seperti ujian atau peperiksaan
akhir tahun dan penggal persekolahan ,UPSR,
PMR dan SPM.Ujian ini merupakan peperiksaan
untuk menentukan penempatan jenis sekolah
dan jurusan pelajar. Pembentukan ujian itu
berasaskan sukatan pelajaran rasmi yang telah
ditetapkan oleh kerajaan.


Penilaian Kemahiran Bahasa - INTERAKSI MINGGU 9
KAEDAH PENILAIAN BAHASA (KEMAHIRAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR, MEMBACA
DAN MENULIS)
PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

A) Penilaian Kemahiran Lisan
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran
asas iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur.
Kemahiran mendengar
=Kemahiran paling asas
=Berlaku pada peringkat penerimaan
=Murid yg telah menguasai kemahiran ini
mampu bertutur, memahami, dan mentafsir
apa yg didengar.
Kemahiran bertutur
=Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2
artikulasi
=Peringkat penglahiran
=Perlu ditiru & diajuk
=Model bahasa lemah hasil ajukan yg
lemah, tp model bahasa baik tidak
semestinya menjamin ajukan yg baik.

Tujuan kemahiran lisan :
1. Menyebut perkataan / ayat dgn betul
2. Melatih murid mendengar & memahami
pertuturan org lain.
3. Untuk berinteraksi dgn org lain
(menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
4. Melatih murid agar berkeyakinan & percaya
kpd diri (berani bercakap, menyatakan
perasaan dan kehendak)
5. Membolehkan murid bertutur menggunakan
ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, &
perbendaharaan kata yg luas.
Kemahiran-kemahiran yang boleh
1. Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg
betul
2. Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg
betul.
3. Mendengar dgn baik, memahami perkara yg
didengar, & menghormati pertuturan org
lain.
4. Bercerita & membuat laporan menggunakan
bahasa yg menarik & betul.
5. Berkebolehan memberi arahan dgn
berkesan.
6. Mengunakan bahasa yg baik mengikut
situasi.
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti
seperti yang berikut:
1. bacaan kuat
2. syarahan
3. perbahasan
4. bercerita
5. perbincangan
6. hafazan
7. temu bual
8. soal jawab
9. nyanyian
10. deklamasi sajak
11. mendengar dan memberi respon secara
lisan
Penilaian lisan membolehkan guru :
1. mengesan kemajuan dan pencapaian murid
dalam kemahiran mendengar dan bertutur
secara gramatis.
2. mendapat maklumat serta-merta tentang
pengetahuan dan kefahaman murid.
3. mengesan kebolehan murid dalam
kemahiran membaca dan menghafaz.
4. mengesan kelancaran dalam sebutan.
5. mengesan amalan dan sikap murid secara
serta merta.
Instrumen penilaian lisan boleh
dipelbagaikan merangkumi soalan dan
aktiviti yang memerlukan respon murid
dalam bentuk lisan.
Cth : PLBS
menyediakan instrumen
1. soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan
rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
2. aktiviti/bahan boleh merangsang murid
mengeluarkan idea.
3. pelbagai bentuk soalan seperti soalan
bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
4. aras kesukaran perlu sesuai dengan
kebolehan murid.


Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan
maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek yang boleh dinilai ialah :
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap


C ) Penilaian kemahiran membaca
penggunaan bahasa yang tepat.
kelancaran berbahasa yang baik.
penggunaan intonasi yang betul.
sebutan dan jeda yang tepat.
B) PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS


Penilaian secara penulisan melibatkan
aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan
dan hasil penulisan murid seperti
Karangan
Laporan projek/kerja kursus/folio
Latihan dan ujian bertulis
Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf
atau carta.
Instrument penilaian menulis. Digunakan
untuk mengesan kemahiran bahasa dan
perkembangan intelek murid yang meliputi
kemahiran seperti yang berikut :
Kemahiran menulis
Menyusun idea
Penggunaan tanda baca
Perbendaharaan kata
Mengaplikasi
Mentafsir Menilai
Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-
soalan yang sahih, perkara berikut perlu
diambil kira :
Soalan menepati kemahiran yang hendak
diuji
Bahasa yang digunakan jelas dan mudah
difahami
Bilangan soalan sesuai dengan masa
yang diperuntukkan.
Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
Skema pemarkahan disediakan
Bentuk item
1. Bentuk Item Objektif
2. Bentuk Item Subjektif
Mengesan serta merta
-Tujuan mengesan penguasaan hasil
pembelajaran dgn serta-merta semasa
pengajaran harian
-Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan
serta kemahiran berbahasa melalui hasil kerja
murid.
-Bagaimana ? (Dirancang jika perlu, individu @
kumpulan, tiada instrumen khusus )
-Merekod & Melapor : (Perlu direkod dan
dilaporkan jika perlu )
-Tindakan Susulan : (Perlu tindakan serta-merta
seperti; bimbingan, teguran, nasihat dan pujian)
mengesan kemajuan
-Tujuan mengesan kekuatan dan kelemahan
selepas beberapa pembelajaran
-Bagaimana? (Perlu dirancang, individu @
kumpulan, gunakan instrumen seperti -lembaran
kerja dan ujian bertulis )
-Merekod & Melapor (perlu direkod dan
dilaporkan jika perlu

-Tindakan Susulan (Perlu tindakan susulan )
-Contoh : menilai laporan bertulis dan menilai
murid melalui ujian: objektif @ subjektif
mengesan pencapaian

-Tujuan mengesan pencapaian selepas
beberapa pembelajaran
-Bagaimana? (Perlu dirancang, secara individu,
gunakan ujian bertulis)
-Contoh : Melalui ujian bertulis seperti ujian
objektif dan subjektif
-Tindakan susulan (Harus diambil jika perlu )
-Merekod & melapor (Perlu direkod dan dilapor
)
Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau
carta.

Kemahiran yang diukur dalam kemahiran
menulis ialah :
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan




Interaksi 6: Kaedah Penilaian Bahasa
Kaedah Penilaian Bahasa
Kaedah penilaian bahasa merupakan salah satu
cara penilaian yang perlu mengambil kira
keperluan individu dan kepelbagaian
cara(multiple ways of delivery)supaya pelbagai
kecerdasan pelajar diambil kira.Manakala
implikasi penilaian terhadap pengajaran dan
pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti
pendidikan dapat dipertingkatkan.Disamping
itu juga pelajar yang menunjukkan prestasi
cemerlang akan dibimbing,diberi ruang dan
peluang untuk memperkembangkan
potensinya.Disamping itu bagi pelajar yang
lemah pula akan dibimbing dalam program
pemulihan supaya dapat memperbaiki
prestasinya.
Pengenalan Tentang Portfolio:
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh
guru untuk mengumpul dan merekod bukti
pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang
dipersetujui bersama.
Ciri-ciri Portfolio:
Ciri-ciri khusus yang terkandung dalam
portfolio berbentuk dokumentasi berstruktur
yang memerlukan perancangan,pelaksanaan
dan penilaian yang teliti.Sehubungan itu proses
pembelajaran melalui portfolio dijalankan
secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman
dan mendokumentasikan pemikiran secara
kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan
fakta awal hingga akhir.Terdapat fleksibiti
dalam portfolio melalui negotiatedkontrak
seperti masa,strategi atau bentuk.Kaedah
Sambungan penilaian aktiviti bahasa...
Pantun
Sajak
Ceramah
Syarahan
Pantun
satu bentuk puisi lisan yasng bersifat peribumi.
rangkap-rangkap pantun yang mudah, ringkas
dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik, uji
menguji di kalangan masyarakat.
seperti perumpamaan, bidalan, dan rumus-rumus
bahasa tersirat.
terdapat pantun 2 baris, 4 baris dan 8 baris.
ciri-ciri pantun:
bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan.
bahasa bebas dari pantang larang.
mudah dicipta dan lebih akrab dengan
masyarakat bawahan.
unsur-unsur persekitaran menjadi ilham.
Sajak
satu bentuk puisi lisan moden yang lebih bebas
bentuknya dari puisi tradisional seperti pantun
dan syair.
rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk
hasilkan sajak.
penggunaan kata dna ungkapan saling berkait
dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
Ceramah
pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan
oleh orang yang pakar.
penerangan dan penjelasan tentang perkara yang
menjadi perbincangan umum, topik disampaikan
penceramah kepada penonton.
biasanya diadakan di majlis atau perhimpunan.
jenis-jenis ceramah :
1. ceramah agama
2. ceramah pendidikan
3. ceramah kesihatan
4. ceramah kesedaran dan sebagainya
Syarahan
syarahan mempunyai kata aluan,pendahuluan,
kata penghadapan, isi dan penutup.
penerangan dan penjelasan tentang tajuk
syarahan perlu disampaikan secara teratur,
mantap dan berkesan.
isi syarahan perlu berdasarkan fakta yang tepat
dan contoh-contoh yang relevan. isi utama perlu
disokong oleh isi sampingan.
sebagai langkah awal, sediakan satu rangka
penulisan untuk dijadikan panduan semasa
aktiviti syarahan.
Posted by NURUL HIDAYU SUHAILIat 8:47 PM1
comment:
Interaksi Minggu 10

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

Menilai dengan menggunakan instrumen :
1. Forum
2. Debat
3. Pidato
Forum
satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa
ahli panel untuk mencanai fikiran dan
mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk,
di mana ia dijalankan secara formal.
teknik berforum merupakan salah satu aktiviti
lisan yang sesuai, pelajar akan berkongsi
pengetahuan dan pengalaman secara langsung
untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan
idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan
rasional.
tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah,
menarik dan mencabar selaras dengan
kemahiran, pencapaian serta peringkat umur
pelajar.
soalan daripada penonton boleh diajukan kepada
para panel untuk mendapatkan ulasan
selanjutnya.
Debat
pengucapan sama ada menyokong atau
membangkang sesuatu pendirian dengan alasan
yang logik dan idea yang tersusun.
terdapat dua pihak yang akan mengutarakan
pendapat masing-masing sama ada pihak
pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan
pihak kedua membangkang tajuk itu.
huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan
kepada fakta.
setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan
fakta yang diutarakan.
pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan
dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan
fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli
setelah selesai.
masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan
ditetapkan.
Pidato
huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-
prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
interaksi satu hala di mana pemidato
membentangkan hujah-hujahnya di depan
penonton.
pidato bukan membaca tetapi menerangkan,
memberi interpretasi dan menghuraikan idea-
idea untuk menguatkan fakta yang
diketengahkan.
hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih
kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang
diberikan.

Posted by NURUL HIDAYU SUHAILIat 8:20 PMNo
comments:
Interaksi Minggu 9

Kaedah Penilaian Kemahiran Bahasa

Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan makl
umat hasilinteraksi antara :
1. pelajar dengan pendidik
2. pelajar dengan pelajar
3. pelajar dengan bahan pembelajaran
Aspek-aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah :
1. kefahaman konsep
2. pengetahuan fakta
3. pemikiran peringkat tinggi
4. kecekapan mendengar
5. penggunaan bahasa yang tepat
6. kecekapan matematik
7. gaya persembahan/kelancaran bahasa
8. pertuturan dan sikap
Penilaian Kemahiran Menulis
Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
karangan
laporan projek/kerja kursus/folio
latihan dan ujian bertulis
huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta
Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis
ialah :
1. kemahiran menulis
2. menyusun idea
3. perbendaharaan kata
4. mengaplikasi
5. mentafsir
6. menilai
7. mempertahan/menyokong hujah
8. menyebar idea/buat rumusan/cadangan

Posted by NURUL HIDAYU SUHAILIat 8:10 PMNo
comments:
Interaksi Minggu 7

KAEDAH PENILAIAN BAHASA
1. penilaian melalui kontrak pembelajaran
2. penilaian melalui soal jawab
Penilaian melalui kontrak pembelajaran
kontrak pembelajaran - aktiviti seorang guru
menetapkan sesuatu peraturan atau syarat
perjanjian kepada muridnya.
guru akan meminta muridnya untuk melakukan
sesuatu pekerjaan , contohnya membuat kerja
rumah atau latihan semasa di rumah.
jika murid itu dapat membuat latihan itu, guru
akan memberikan hadiah atau ganjaran hasil
daripada kerja murid tersebut.
jika tidak dapat, guru boleh mengambil tindakan
seperti hukuman atau denda yang berpatutan.
tujuannya untuk mengelakkan murid itu daripada
membuat kesalahan yang serupa pada masa
akan datang.
secara tidak langsung, berlakulah perjanjian
pembelajaran dalam masa yang ditetapkan.
Penilaian melalui soal jawab
guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui
soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
guru dapat mengetahui kelemhan setiap murid
dalam sesuatu topik yang diajarkan.
guru dapat mencari penyelesaian terhadap
kelemahan yang dialami oleh murid.
jika ada di antara murid yang tidak faham
tentang topik yang diajar, proses pembelajaran
akan diulang semula. guru akan mengajar murid
yang lemah itu dengan menggunakan kaedah
yang lebih mudah lagi.
tujuannya supaya murid itu memahami serta
mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.
Posted by NURUL HIDAYU SUHAILIat 7:50 PMNo
comments:
Interaksi minggu 6

Penilaian Melalui Portfolio
Terdapat 3 peringkat dalam menilai portfolio:
1. penilaian awal
2. penilaian merentasi tugas bertulis mengikut
kriteria dengan skala
contoh :
sangat tinggi (5)
tinggi (4)
sederhana (3)
rendah (2)
sangat rendah (1)
3. senarai ciri-ciri paling penting
4. penentuan gred
kaedah penilaian bahasa
-penilaian berbentuk lebih terbuka
- tugasan portfolio dapat dipantau
- penilaian dijalankan secara berterusan
jenis-jenis portfolio yang boleh dibina :
1. portfolio kerja harian
2. portfolio hasil terbaik
3. portfolio dokumen
kegunaan portfolio
1. membolehkan guru menggunakan bukti portfolio
bersama rekod anekdot.
2. mengawal dan memantau perkembangan pelajar.
3. mempelbagaikan bukti penilaian.
4. membolehkan penilaian dalam bidang afektif
tentang usaha dan aplikasi.
bagaimana portfolio dinilai
1. berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran
yang berterusan.
2. fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan
dan kefahaman.
3. peta perkembangan pelajar digunakan bagi
memberi gambaran perkembangan yang lebih
menyeluruh.
kriteria penilaian
1. struktur dan organisasi
2. strategi pengurusan
3. variasi isi yang sesuai
4. struktur ayat dan gaya bahasa
5. senaraikan ciri.
6. mengambil kira markah yang diberikan
7. skala berkadar atau berkala
Posted by NURUL HIDAYU SUHAILIat 7:22 PMNo
comments:
MO N D A Y , F E B R U A R Y 9 , 2 0 0 9
ISL-INTERAKSI 5
JENIS PENILAIAN BAHASA

UJIAN FORMATIF
merupakan penilaian yang dibuat secara berterusan-
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Contoh: soal jawab, latihan yang diberikan guru dan
ujian mingguan.

TUJUAN
Mengesan masalah yang dihadapi pelajar dalam
pembelajaran.
Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengenal pasti kelemahan penyampaian pengajaran.
Pelajar mengetahui kelemahan mereka.
Guru dan pelajar dapat mengubah kaedah p&p-
tingkatkan pencapaian dalam peperiksaan.

PROSEDUR UJIAN FORMATIF
Menentukan tajuk pengajaran
Guru tentukan tajuk-tajuk pengajaran yang perlu
dihabiskan dalam satu tahun.
Susun tajuk pengajaran mengikut peringkat
kesukaran.
Bagi tajuk yang luas, pecahkan kepada tajuk-tajuk
kecil.
Sebelum beralih ke tajuk lain, guru perlu adakan
ujian formatif-nilai penguasaan pelajar bagi tajuk yg
telah diajar.

Menentukan aspek dan tahap penguasaan
Guru tentukan aspek-aspek tertentu bagi setiap
tajuk pengajaran yang perlu dikuasai pelajar.
Kemudian,guru perlu tentukan tahap penguasaan
pelajar terhadap aspek tersebut.
Misalnya, apabila 80%-90% pelajar sudah dapat
menguasai sesuatu tajuk, ini bermakna mereka sudah
menguasai tajuk itu.

Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk
Guru perlu susun elemen-elemen yang terdapat
dalam setiap tajuk pengajaran pada peringkat
perlakuan berdasarkan taksonomi objektif
pengajaran.
Guru seterusnya mengaitkan semua elemen
tersebut agar ia saling bertautan dan tidak berpisah.

Membina soalan ujian
Setiap elemen tadi harus diuji kepada setiap pelajar
sekurang-kurangnya 1 soalan.
Soalan ujian yg sesuai perlu dibina utk ukur
penguasaan pelajar terhadap elemen ini.

Mencadangkan tindakan susulan
Selepas ujian dibuat, tindakan susulan perlu dibuat
berdasarkan keputusan ujian ini.
Jika pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk
sebagai tindakan susulan, guru perlu ulang semula
atau ubah pendekatan pengajaran

UJIAN SUMATIF
v Penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir
penggal atau akhir tahun).
v Bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar
pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun serta
keberkesanan sesuatu kurikulum.
Contoh :- Penilaian akhir tahun, peperiksaan
percubaan UPSR dan PMR



TUJUAN
Memberikan gred kepada pelajar membuat
perbandingan pencapaian di kalangan pelajar.

Sebagai petunjuk sama ada pelajar berjaya
mengikuti sesuatu mata pelajaran baru atau tidak.

LANGKAH LANGKAH PELAKSANAAN
Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap
tentang tajuk pengajaran,objektif pengajaran dan
bilangan pengajaran
Memastikan keesahan ujian dari segi cakupan
sukatan pelajaran dan objektif pengajaran yang ingin
disampaikan

2. Membina Soalan
Soalan dibina berdasarkan kepada JSU dan haruslah
menguji objektif pengajaran yang telah ditetapkan
Kertas soalan perlu mengandungi arahan yang jelas
tentang bilangan soalan yang perlu dijawab

3. Mengumpulan Soalan Secara Sistematik
Soalan perlu dikumpul mengikut bentuknya seperti
soalan objektif diasingkan daripada soalan mengisi
tempat kosong.
Soalan ini juga disusun mengikut tajuk atau
kesukarannya

4. Menguji Soalan Melalui Kajian Rintis
Mengkaji kesesuaian soalan kepada sampel pelajar
dan membaiki soalan-soalan bagi memastikan ujian
mempunyai keesahan yang tinggi.
Aras kesukaran dan daya diskriminasi soalan perlu
juga dikira

Menyiapkan Skema Pemarkahan
Skema ini terdiri daripada jawapan kepada soalan
ujian dan markahnya.
Menjadi panduan semasa memeriksa jawapan
Menyelaras pemarkahan supaya tidak berlaku
ketidakadilan dalam pemberian markah


UJIAN BAKAT
Ujian yang digunakan untuk membuat telahan
tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki oleh
pelajar.

Terbahagi kepada 2 kumpulan;
i. Ujian bakat yang berasaskan kepada kajian besar-
besaran
ii. Ujian bakat yang berasaskan kepada keperluan
tertentu

UJIAN PENCAPAIAN
Ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur
sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk
yang diajar oleh guru, yang meliputi pengetahuan,
pengalaman dan aplikasi.
Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan
tajuk baru
Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar bagi
tajuk yang diuji

Tujuan
Memberikan maklumat asas untuk membuat
telahan tentang prestasi masa depan seseorang
pelajar dalam sesuatu bidang.
Memilih calon yang sesuai dengan tugas tertentu,
kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa
dan sebagainya.
Mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu
mengikut kebolehannya


Terbahagi kepada 2 jenis iaitu ujian rujukan norma
dan ujian kriteria
Ujian Rujukan Norma membandingkan pencapaian
pelajar dengan pelajar lain ( UPSR).
Ujian Rujukan Kriteria membandingkan
pencapaian pelajar dengan beberapa kriteria tertentu
seperti kemahiran menyelesaikan masalah matematik
bagi tajuk pecahan


Bincangkan aspek-aspek penting dalam
penilaian pencapaian tersebut: (a) penilaian
pertuturan; (b) penilaian membaca; (c)
penilaian mengira; dan (d) penilaian menulis.

Meninjau apa yang sedia ada di Malaysia
tentang penilaian pencapaian (penilaian
pertuturan; penilaian membaca; penilaian
mengira; dan penilaian menulis) di sekolah
rendah. Kemukakan contoh-contoh
instrumen/ujian yang digunakan untuk
menjalankan penilaian pertuturan dan
penilaian membaca.

1.0 Pengenalan
Setiap orang mempunyai kelebihan dan
kekurangan yang tersendiri. Kita boleh di uji
dengan pelbagai ujian pencapaian bagi menguji
seseorang itu sama ada secara norma atau
penilaian criteria. Dengan adanya penilaian atau
ujian itu kita dapat mengenal pasti tahap
pencapaian seseorang itu. Mengetahui
kelemhan yang ada pada seseorang itu.
Penilaian adalah satu proses mengumpul
maklumat mengenai pelajar dan mentaksir
maksud maklumat untuk penilaian tahap
pendidikan. Bagi semua murid terutamanya
bagi murid dengan keperluan khas, kepentingan
penilaian formatif adalah dengan menyediakan
soalan yang teliti oleh guru bagi memastikan
pembelajaran berlaku.

Penilaian pencapaian ialah proses
mengumpul maklumat atau data tentang
pencapaian murid-murid di sekolah. Penilaian
pencapaian dapat memberi gambaran tentang
pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran
yang di uji. Menilai kecekapan dan kemahiran
melalui membuat pemerhatian dan ujian bertulis
bagi mengesan tahap pencapaian murid-murid
yang berumur tujuh tahun ke atas. Ujian atau
penilaian pencapaian ini melibatkan mata
pelajaran bahasa seperti membaca dan menulis
serta matematik. Penilaian pencapaian adalah
ujian atau siri ujian yang di bina untuk
mendapatkan maklumat tentang perkembangan
kemajuan yang dikuasai oleh seseorang individu
di sekolah. Penilaian pencapaian adalah
kemajuan murid-murid boleh melengkapkan
maklumat bagaimana menyesuaikan program
pendidikan yang perlu.

Penilaian pencapaian adalah struktur
rancangan yang dapat membantu guru untuk
mengendalikan bagaimana ingin mengajar.
(Naomi Zigmond, Ada Vallecorsa & Rita
Silverman, 1983). Untuk membuat rancangan
penilaian pencapaian seseorang guru perlu
menyediakan kemudahan untuk pelajar, ujian
pengetahuan yang lengkap, pemilihan teknik
suara dan tenaga pengajar untuk setiap pelajar.

2.0 Tujuan penilaian pencapaian
Penilaian pencapaian adalah sangat
penting dalam apa jua dalam system
pendidikan. Terdapat tujuan penilaian ini di
lakukan kepada murid-murid. Tujuan yang
pertama ialah memberi peluang kepada pelajar
menilai kadar dan tahap kemajuan yang telah di
capai bagi sesuatu kemahiran yang melibatkan
akademik yang telah di pelajari. Penilaian
pencapaian ini adalah untuk memperolehi
maklumat mengenai sama ada pelajar boleh
dapat memberi maklumat tentang pengajaran
guru, sama ada pengajaran guru berkesan atau
pun tidak.

Menilai dan mengenal pasti murid yang
tidak dapat menguasai kemahiran 3M
(membaca, menulis, mengira). Ini memberi
peluang kepada guru-guru untuk membuat
tindakan susulan apabila kelemahan murid yang
di nilai telah di ketahui.

Malah ujian pencapaian untuk
menginklusifkan murid-murid khas selepas ujian
di jalankan data-data yang telah di kenalpasti
bagi menentukan sama ada murid-murid ini
sesuai untuk di tempatkan di kelas inklusif,
intergrasi atau sebaliknya. Bagi murid dengan
keperluan khas, penilaian pencapaian penting
bagi membantu memastikan keperluan mereka
di penuhi. Dua aspek penting bagi penilaian
pencapaian adalah penilaian dan proses ujian
ini adalah untuk memantau kemajuan murid.
Yang kedua ialah cara bagaimana sekolah dan
perkhidmatan lain melalui kontium murid dengan
keperluan khas, penilaian wajib.

Guru mungkin dapat menilai dalam empat
kategori iaitu
1. Tahap satu ialah berdasarkan 3M (membaca,
menulis dan mengira).
2. Tahap kedua ialah UPSR (Ujian Penilaian
Sekolah Rendah)
3. PMR (Penilaian Menengah Rendah)
4. SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)
5. STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia)

Penilaian pencapaian mungkin dapat
embantu mengenal pasti bantuan dan khidmat
sokongan akademik yang di perlukan oleh
murid. Program pendidikan bagi murid dengan
keperluan khas seiring dengan rancangan
pendidikan individu, iaitu suatu rancangan
program penilaian pencapaian berterusan bagi
perancangan pendidikan khas. Namun terdapat
undang-undang telah menetapkan setiap murid
khas perlu mempunyai program pendidikan
individu yang bertulis, terancang dan teratur,
yang merangkumi penilaian murid, matlamat
jangka panjang, objektif jangka pendek, strategi
yang digunakan dan jangka masa. (Jamila
K.A,2006).

Penilaian pencapaian juga salah satu
komponen rancangan pendidikan individu (RPI),
objektif dapat di nilai sama ada setiap hari,
setiap minggu, setiap bulan ataupun pada tarikh
tertentu. Frekuensi bagi penilaian pencapaian
bergantung pada sifat dan bentuk objektif itu.





3.0 Pembahagian Penilaian Pencapaian
Terdapat dua jenis penilaian
pencapaian yang dijalankan di Malaysia iaitu
rujukan norma dan juga rujukan formatif.
Terdapat perbezaan-perbezaan dan juga
kepentingan-kepentingan tertentu dalam kedua-
dua jenis penilaian ini.

3.1 Rujukan Norma
Rujukan norma merupakan ujian
yang dilakukan untuk membandingkan
keputusan yang diperoleh secara perbandingan
antara individu mahupun antara kelopok kecil
seperti kelas ataupun kelompok besar seperti
sekolah sekolah dalam kawasan tertentu dan
juga sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Secara umumnya, calon-calon yang
menduduki ujian ini majoritinya terdiri daripada
pelajar yang tidak mempunyai ketidakupayaan.
Hal ini kerana, keyakinan orang-orang
disekeliling terhadap pelajar yang mempunyai
keperluan khas masih rendah. Mereka juga
sering memandang rendah kepada kebolehan-
kebolehan pelajar istimewa ini.

Contoh-contoh ujian norma yang jelas
dapat kita lihat ialah peperiksaan besar di
negara ini iaitu UPSR, PMR, SPM dan juga
STPM. Selain itu, ujian-ujian yang dibina oleh
Pejabat Pendidikan Negeri untuk penyediaan
peperiksaan pertengahan tahun dan
peperiksaan akhir tahun juga dikenali sebagai
ujian rujukan norma.

Setiap pencapaian pelajar akan di
analisa dan direkod untuk mendapatkan
peratusan keseluruhan kelas ataupun sekolah.
Keputusan ini akan dihantar dibahagian
pentadbiran sama ada pentadbiran sekolah
untuk menganalisa pencapaian kelas mahupun
pentadbiran pendidikan daerah atau negeri
untuk menganalisa prestasi sekolah itu.


3.2 Rujukan Kriteria
Berbeza dengan rujukan norma,
rujukan kriteria lebih bersifat ujian yang
dijalankan terhadap seseorang individu untuk
menilai tahap pemahamannya berdasarkan
dengan apa yang telah diajar mengikut
kurikulum yang telah ditetapkan oleh
kementerian. Ianya juga kadang-kala lebih
bersifat santai dan tidak formal.

Ujian ini tidak sama sekali
membandingkan pencapaian antara individu.
Kebanyakan bentuk ujian ini dijalankan ke atas
pelajar yang berkeperluan khas. Hal ini adalah
disebabkan perkembangan mereka tidak sama
seperti pelajar-pelajar yang tidak mempunyai
keperluan khas.

Secara kebiasaannya, guru-guru
menetapkan beberapa kriteria untuk menguji
pelajar dan segala bentuk kriteria-kriteria yang
diwujudkan adalah berdasarkan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) yang dijalankan untuk
setiap pelajar-pelajar dalam pendidikan khas.
Tanpa RPI, adalah sukar untuk guru membina
ujian dan meletakkan kriteria-kriteria tertentu
untuk menguji tahap pemahaman pelajarnya.

Pengukuran kepada setiap keputusan
dalam ujian pencapaian adalah penting supaya
guru dapat mengenalpasti teknik-teknik
pengajaran yang salah jika pelajar tidak dapat
memenuhi kriteria minimum yang diperuntukkan
untuk lulus ataupun memberi panduan kepada
guru bagaimana mahu membina RPI yang baru
dan meningkatkan potensi pelajar jika pelajar itu
lulus dalam setiap kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan oleh guru.

Dalam menilai pencapaian pelajar,
tokoh-tokoh terkemuka telah membina beberapa
instrumen penilaian. Antaranya ialah, Peabody
Picture Vocabulary Test (PPVT), (Dunn, 1959)
iaitu pentadbiran ujian individu dalam
penggunaan tatabahasa bahasa reseptif yang
digunakan secara meluas dalam pendidikan
khas, KeyMath Diagnostic Test of Arimethic
(Connolly, Natchman & Pritchett, 1971) iaitu
semakan komprehensif dalam asas matematik,
New Sucher-Allred Reading Placement
Inventory (Sucher & Allred, 1981) iaitu untuk
menilai bacaan (lisan), kemahiran mendengar
dan pemahaman membaca.

Selain itu terdapat juga contoh-contoh
instrument lain yang digunakan oleh tokoh-tokoh
luar negara seperti The Kaufman Test of
Education Achievement, Stanford Diagnostic
Mathematic Test(4
th
ed),(Beatty et al., 1995),
Woodcock Reading Mastery Test-Revised
(WRMT-R) (Woodcock,1998) dan banyak lagi

Walaupun terdapat pelbagai bentuk
binaan-binaan instrument yang diciptakan oleh
tokoh-tokoh terkemuka, guru-guru di Malaysia
masih boleh membina ujian pencapaian sendiri
untuk para pelajar mereka. Kita dapat lihat
bahawa kebanyakan instrument yang di bina di
perkenalkan oleh tokoh-tokoh dari luar yang
tidak tinggal di Malaysia. Berkemungkinan ujian
binaan ini tidak seratus peratus sesuai untuk
pelajar-pelajar Malaysia disebabkan oleh faktor
budaya pendidikan yang berbeza.


4.0 Aspek-aspek Penilaian Pencapaian Dalam
Pendidikan Khas bagi Permasalahan
Pembelajaran

4.1 Penilaian Bacaan
Penilaian membaca amat penting bagi
pelajar untuk memantapkan akademik
mereka.hal ini kerana, melalui pembacaan,
pemahaman mereka akan meningkat. Menurut
National Reading Panel (2000) melalui tulisan
Cathleen G. Spinelli (2002), lebih kurang satu
juta kanak-kanak-lebih daripada 17.5 peratus
pelajar diseluruh negara mempunyai masalah
membaca semasa tiga tahun pertama
persekolahan iaitu waktu yang sangat penting
dalam pendidikan.

Memetik kata-kata (National Institute for
Child Health & Human Development, 1999;
National Research Council,1998), In addition to
these staggering statistic, studies indicate that
75 to 88 percent of students who were struggling
readers in third grade continue to have reading
difficulties throuhgout high school and their
adult lives.

Hal ini menampakkan kepada kita
bertapa pentingnya aspek membaca dalam
pendidikan. Di Malaysia, terdapat beberapa
elemen penting yang diberi perhatian dalam
penilaian pencapaian yang dilakukan. Antaranya
ialah mengenal abjad, memahami hubungan
huruf dengan bunyi, memahami perkataan atau
ayat yang dibaca, dan kelancaran pelajar dalam
membaca.

4.1.1 Mengenal abjad (Huruf Besar/Huruf Kecil).
Kebiasaannya, amat sukar bagi pelajar
berkeperluan khas untuk menenal abjad
malahan mereka sering gagal untuk mengaitkan
persamaan antara huruf besar dan huruf kecil.
Bagi mereka huruf besar dan huruf kecil tiada
perkaitan disebabkan oleh bentuk dan saiz tidak
sama.
Dalam penilaian yang dilakukan, guru
akan meminta pelajar menyebut abjad yang
ditunjukkan secara tersusun berdasarkan kad
abjad. Setiap kesalahan pelajar mereka akan
direkodkan.














a b c d e f g h i
j k l m n o p q r

s t u v w x y z



A B C D E F G H I
K L M N O P Q R S
T U V W X Y Z



Guru akan menilai pelajar dengan
menggunakan huruf kecil kemudian apabila
pelajar dikatakan lulus dalam mengenal huruf
kecil, guru akan menilai pelajar tersebut dengan
huruf besar pula.
Kemudian guru akan menggunakan
ujian dengan meminta murid menyatakan nama
huruf yang di tunjukkan oleh kad abjad secara
rawak







Apabila murid berjaya mengenal abjad,
ujian dengan menggunakan kad-kad abjad
bergambar dilakukan. Setiap keputusan


G a h K U l d y P
m O r V s K i z w
T E q c F j N X


pencapaian direkodkan untuk dianalisa pada
penilaian seterusnya.

4.1.2 Mengenal Huruf dengan Bunyi
Setiap pelajar mesti diuji kefahaman
mereka tentang huruf iaitu dengan melihat
samada mereka mampu untuk mengenal huruf
dengan bunyi mahupun tidak. Penilaian ini amat
perlu untuk menilai sejauh mana kefahaman
mereka mengenai kaitan antara huruf dengan
bunyi apabila selesainya sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P).

Antara aktiviti yang boleh digunakan
untuk penilaian ialah guru mnenunjukkan kad
bergambar dan meyebut nama objek
tersebut. Pelajar pula diminta untuk meneka
huruf apakah bermula dengan bunyi tersebut.

Sebagai contoh, apabila guru menyebut
menunjukkan gambara ikan dan menyebut ikan
maka pelajar harus menunjukkan jawapannya
ialah i bukannya e.

Jika guru mengemukakan 10 soalan dan
pelajar hanya mampu menjawab kurang
daripada 3 soalan maka, pencapaian pelajar ini
masih lemah dalam mengaitkan hubungan atara
huruf dengan bunyi.

4.1.3 Memahami Perkataan atau Ayat yang
dibaca.
Kebanyakan kanak-kanak berkeperluan
khas boleh menyebut dan membaca ayat
mahupun perkataan seperti kanak-kanak normal
namun, mereka tidak memahami mahupun
mengerti apakah maksud ayat atau perkataan
yang disebut.

Sebagai contoh, apabila guru menulis
perkataan ibu, individu A yang berusia 12 tahun
mampu untuk menyebut ibu namun apabila guru
bertanya siapakah nama ibu kamu? dia
menidakkan dengan mengatakan saya tiada ibu
tapi saya ada emak. Individu ini tidak faham
bahawa ibu dan emak adalah sama ertinya iaitu
seorang perempuan yang melahirkannya ke
dunia ini.

Selain itu, kefahaman ini juga diuji
dengan guru menyebut perkataan-perkataan
yang diuji dan pelajar diminta untuk
menunjukkan gambar bersesuaian dengan
perkataan yang disebut oleh guru.
Contoh:

i) itik
ii) ayam
iii) buku
iv) pen



Berdasarkan soalan di atas, pelajar
pelu menunjukkan gambar yang dimaksudkan
dengan perkataan yang dinyatakan oleh guru.
Jika pelajar itu mampu untuk menunjukkan
kesemua gambar berdasarkan perkataan yang
disebut dengan betul, pelajar itu memahami
perkataan yang dinyatakan dengan baik.

4.1.4 Kelancaran Membaca
Menurut pengkaji, kelancaran
membaca ialah kebolehan untuk membaca teks
secara tepat dan pantas, secara kritikal
membina penghubung dalam pengesanan ayat
dalam pemahaman pembacaan (Hamilton &
Shinn, 2003; Richek et al.,2002).

Oleh yang demikian, penilaian dapat
dilakukan oleh guru dengan membina petikan-
petikan ringkas dan pelajar diminta untuk
membaca petikan tersebut. Catatan dan
pemerhatian perlu di catat oleh guru untuk
mengenal pasti kesalahan pelajar serta masa
yang diambil untuk menghabiskan petikan yang
diberikan. Masa yang panjang dan kuantiti
kesalahan yang banyak pada perkataan
menunjukkan pelajar ini bermasalah dalam
fonologi.
Sebagai contoh:-
Amir ada
kucing
Kucing
Amir nama Comel
Comel
suka makan ikan

Pelajar itu menghadapi masalah kelancaran
jika tergagap-gagap dalam sebutan dan
mengambil masa yang lama untuk
menghabiskan tiga petikan di atas. Pelajar ini
akan disyaki menghadapi masalah dalam
pertuturan jika banyak berlaku kesilapan
sebutan seperti menyebut ucing untuk kucing,
akan untuk makan.

4.2 Penilaian lisan atau pertuturan
Apabila guru menjalankan penilaian
membaca, secara tidak lansung, pelajar juga
turut di uji dalam pencapaian pertuturan. Hal ini
kerana apabila membaca, pelajar secara tidak
lansung akan menyebut perkataan yang dibaca.
Perkataan yang keluar dari mulut itu
menyebabkan pelajar itu bertutur.
Menurut Cathleen G. Spinelli (2002),
kebiasaannya pernilaian pertuturan yang
dijalankan mampu untuk mengesan
ketidakupayaan pertuturan dalam diri pelajar
yang diuji seperti ketidakupayaan artikulasi,
ketidakupayaan suara mahupun ketidakupayaan
kefasihan.

Selain itu pertuturan itu juga boleh
dimulakan dengan penggunaan huruf vokal,
teknik penceritaan dan soalan kepada pelajar,
dan juga penggunaan ajukan untuk perkataan
kv, kvkv, kvk, dan seterusnya.

4.2.1 Pengenalan vokal dengan bunyi
Vokal yang digunakan ialah a, e, i, o,
u. guru akan menyebut bunyi vokal ini dan
pelajar akan mengajuk bunyi yang di keluarkan
oleh guru. Bagi pelajar yang berkeperluan khas,
mereka kadang-kala mempunyai masalah dalam
mengajuk bunyi ini lebib-lebih lagi bagi mereka
yang menghadapi masalah pertuturan. Oleh itu,
guru dapat mengesan pelajar ini daripada
penilaian yang dilakukan.

4.2.1 Pengajaran sebutan kv, kvkv, kvk, kvk+kvk
dan seterusnya.
Dalam pengajaran, pelajar akan diajar
dengan nama-nama huruf dan bunyi-bunyi pada
setiap huruf terlebih dahulu. Apabila pelajar
mampu menguasai huruf dan bunyi, pengenalan
ejaan di ajar.

Secara tidak langsung, pelajar dilatih
dengan pertuturan untuk menyebut perkataan
yang dieja. Peringkat sebutan bermula dengan
kv. Contohnya, ba, bi, bu, be, be, bo, ca,
ci,cu, ce, ce, co.

Kemudian peringkat sebutan ini di tambah
menjadi kvkv dan contohnya seperti
kuku, buku, susu, dan gula.
Kemahiran pelajar dalam sebutan dinilai
ketika pelajar menyebut contoh yang diberikan
oleh guru.
4.2.2 Teknik Penceritaan.
Guru juga mempunyai inisiatif untuk
melakukan penilaian dalam bentuk story telling
competition yang disertainoleh setiap
pelajar. Dalam pertandingan ini guru boleh
menilai tahap pertuturan pelajar dan
permasalahan pelajar dalam pertuturan.

Malahan, apabila guru menggunakan teknik
penilaian formatif dan tidak formalini, pelajar
lebih berkeyakinan kerana pemikiran mereka
bebas daripada dihantui dengan pemeriksaan.
Guru juga dapat bersoal jawab dengan pelajar
sehingga mendorong mereka untuk berkata-
kata.

Pemerhatian dalam penilaian ini dicatatkan
untuk merekodkan tahap pertuturan mahupun
kepincangan pertuturan pelajar.

4.3 Penilaian Menulis
Penulisan ialah satu penilaian yang
komplek dan memerlukan kemahiran bentuk
bahasa, kebolehan untuk menggabungkan
beberapa perkataan dan kemahiran
individu. Pelajar mampu untuk memahami dan
setiap perkataan dan senaraikan mengikut
bahasa pertuturan semasa menulis. Mereka
mesti menggunakan kemahiran idea untuk
menulis perkataan mereka tidak boleh
menyenaraikan apa yang di fikirkan semasa
menulis.

Kebolehan pelajar menulis mungkin
penilaian secara tidak rasmi dengan
mengumpul dan menganalisis contoh kerja
penulisan. Contoh analisis penulisan ialah
mengeja, pembubuhan tanda bacaan, betulkan
tatabahasa, perbendaraan kata, dan lain-lain. (
Terry Overton,2003).

Walau bagaimana pun, tulisan yang
buruk sering di kaitkan dengan kerja yang baik
dan tidak bermutu dan seterusnya memberi
kesan kepada konsep kendiri seseorang murid.
Misalnya murid yang mengalami disleksia bukan
sahaja menghadapi masalah membaca, bahkan
juga masalah menulis. Murid perlu di bimbing
bagi membuat perubahan pada gaya tulisanya.
Apabila tulisan baik, konsep kendirinya juga
tinggi dan membantunya menangani kerja-kerja,
sekolah yang lain dengan lebih yakin. Guru
mengenal pasti aspek kelemahan dalam tulisan
murid dan merancang satu program individu
khusus untuk murid itu. Guru dapat memberikan
saranan bagi membaiki tulisan dan murid itu
perlu memberi tumpuan dan membuat latihan.
Latihan dan usaha setiap hari dan menulis
berdasarkan pembetulan yang sudah dipelajari
itu untuk kerja sekolahnya.

Walau bagaimana pun di dalam
penilaian penulisan ini terdapat beberapa bidang
kemahiran yang di kaji iaitu
1) Kebolehan mengeja mengikut ejaan
2) Kebolehan membentuk abjad
3) Kebolehan meniru dengan betul
4) Kebolehan menempatkan huruf di atas garisan.

4.3.1 Kebolehan mengeja mengikut sebutan
Pelajar yang di nilai di dapati
menghadapi masalah dalam mengeja mengikut
sebutan. Apabila di nilai hasil ejaan murid pada
ujian di dapati terdapat beberapa perkataan
yang di eja tidak mengikut ejaan yang betul.
Terdapat penggantian iaitu meletakkan suku
kata yang lain dalam perkataan semasa guru
menyebut. Contoh
Match di tulis mach
Nation di tulis nashun
Namun dalam mengeja ini juga terdapat
perkataan yang tertinggal atau suku kata
semasa menyebut. Contoh
Grateful di tulis graful
Temperature di tulis tempature
Terdapat penambahan huruf atau suku kata ke
dalam perkataan asal. Contoh
Purchase di tulis purchasing
Importance di tulis importantance
Urutan (sequencing) iaitu Memasukkan huruf
atau suku kata ke tempat yang salah. Contoh
Animal di tulis aminal
Elephant di tulis efelant
(Terry Overton,2003).

Kebanyakan mereka membuat
kesilapan dalam mengeja dan membaca yang
tidak jauh bezanya dengan kesilapan yang di
buat oleh kanak-kanak disleksia. Antara
symptom disleksia yang dapat di perhatikan di
peringkat prasekolah mereka
mencampuradukkan bunyi suku kata dalam
perkataan panjang contoh hostipal apabila
ingin menyebut hospital. (Sheila Devaraj dan
Samsilah Roslan,2006).

4.3.1 Kebolehan membentuk abjad
Penilaian di buat ke atas pelajar ialah
penulisan dalam membentuk abjad. Penilaian di
buat di dapati tulisan murid pada ujian terdapat
beberapa huruf yang di tulis tidak seperti yang di
kehendaki seperti huruf a, p , l , k dan
beberapa huruf lain. Manakala nombor pula
ialah 5 , 4 , 9. Mereka di katakan menghadapi
masalah mengkoordinasi motor halus serta
visual motor dan visual spatial iaitu masalah
penggunaan huruf besar dan menjarakkan
perkataan. Penilaian juga melihat penambahan
huruf yang salah serta kesalahan huruf secara
fonologi.

4.3.2 Kebolehan meniru dengan betul
Penilaian yang ketiga ialah penilaian
keboelehan meniru dengan betul. Kebolehan
pelajar meniru adalah tinggi. Mereka dapat
meniru dan penguasaan pelajar adalah baik.
Mereka dapat meniru huruf yang di lukis oleh
guru. Misalnya sama ada huruf atau nombor.
Mereka dapat meniru.



4.3.3 Kebolehan menempatkan huruf di atas
garisan
Kebolehan palajar menempatkan huruf
di atas garisan masih rendah. Kelihatan
masalah yang ketara dalam menempatkan huruf
di atas garisan yang tersedia. Terdapat juga
msalah dalam menentukan ruang antara
perkataan serta kekeliruan antara huruf besar
dan huruf kecil. (Sheila Devaraj dan Samsilah
Roslan,2006). Guru hendaklah melatih murid-
murid menulis di dalam garisan. Supaya mereka
dapat membiasakan diri. Latihan yang di berikan
hendaklah bermula yang senang kepada susah.

4.3.4 Bilangan penulisan (kuantiti)
Penilaian terhadap bilangan yang dapat
di tulis dalam masa yang di tetapkan.
Pemerhatian dilihat berapa banyakah perkataan
atau huruf yang dapat di buat. Guru membuat
penilaian sama ada kanak-kanak dapat menulis
dengan banyak atau sedikit mengikuti masa
yang di ambil.

4.4 Penilaian Matematik
Matematik adalah suatu subjek yang
bersifat bersiri di mana ia berasaskan
pengetahuan terdahulu. Oleh itu, pada peringkat
awal pembelajaran matematik, seorang kanak-
kanak perlu memahami nombor-
nombor. Sebagaimana pelajaran membaca dan
mengeja, suatu pendekatan pelbagai deria
diperlukan. Ibu bapa dan guru perlu melibatkan
kanak-kanak itu dalam pelbagai aktiviti yang
mengandungi pengiraan seperti menyusun
pinggan di atas meja, mengambil sudu dalam
jumlah yang betul untuk pinggan di atas meja.
Ataupun mengambil barang dalam kuantiti
tertentu. (Sheila Devaraj dan Samsilah
Roslan,2006).

Guru mungkin menggunakan kurikulum
untuk mengukur semua tahap matematik.
Penilaian mengukur atau menggabungkan
dengan kedua-dua analisis tugas dan analisis
kesalahan. Teknik menanya kepada pelajar
untuk menghasilkan atau menggambarkan
kiraan original untuk mendapat konsep nilai
matematik. Misalnya guru menanya pelajar
mengenai mengabungkan dua jawapan untuk
melihat perbezaan dan bagaimana
menyelesaikan masalah dan menerangkan
langkah seleaikan.(Terry Overton,2003).

Pengajaran matematik di tadika di
perkenalkan bukan bertujuan untuk kanak-kanak
menghafal nombor tetapi memahami nilai atau
makna pada nombor. Guru boleh menggunakan
jam, kelender, wang, permainan dan lain-lain.
(Azizah Lebai Nordin, 1999). Di peringkat
prasekolah kanak-kanak diajar terus di peringkat
simbolik tanpa memberi mereka ruang dan
peluang betul-betul memahami dan menguasai
apa yang dimaksukan oleh sesuatu nombor
ataupun symbol. Dalam penilaian matematik ini
terdapat beberapa item soalan telah di kenal
pasti sebagai kandungan ujian yang di gunakan
iaitu konsep pra nombor, konsep nombor,
mengenal nombor dan angka, operasi tambah
dan operasi tolak.

4.4.1 Konsep Pra nombor
Kemahiran pra nombor ini
mengandungi beberapa bahagian iaitu
pengelasan, perbandingan, penyusunan
(seriasi), pemadanan, konsep banyak, kurang,
sama banyak. Penilaian di buat dengan
meminta kanak-kanak perhatikan sifat-sifat dan
objek. Kemudian bandingan sifat tersebut. Di
samping itu soalan diberikan kepada murid.

4.4.1 Konsep nombor
Konsep nombor ialah konsep
membilang secara lisan dan membilang objek.
Misalnya secara hafalan. Murid akan membilang
1,2,3,4,5 dan seterusnya. Manakala terdapat
kanak-kanak yang terdapat kanak-kanak yang
tidak tahu membilang ikut susunan 1,2,5,6, dan
seterusnya. Ini kerana nombor tidak memberi
makna kepada mereka. Konsep nombor
diabstrakkan atau di simpulkan oleh pemikiran
seseorang daripada kumpulan atau kumpulan
benda yang dilihat. (Amin Senin, 1993:40).
Mereka tidak memberi gambaran mental yang
berkaitan nombor dengan kuantiti. Mereka juga
tidak dapat menstrukturkan kognitif serta
menghadapi masalah dalam bidang kefahaman
iaitu masalah kurang ingatan khususnya mereka
tidak dapat ingat maklumat.

4.4.2 Mengenal nombor dan angka
Penilaian meminta pelajar mengenal
nombor dan angka. Nombor akan di tetapkan
misalnya 1 hingga 10. Kemudian guru meminta
pelajar menyatakan nombor yang terdapat di
dalam soalan jika penilaian di buat secara
bertulis. Penilaian secara lisan juga turut di buat.
Terdapat juga pelajar yang tidak dapat
mengenal nombor dan angka selepas di buat
penilaian. Mereka di katakan lemah dan
menghadapi masalah dalam memahami konsep
matematik iaitu operasi tambah, tolak, dan
angka. Pelajar ini lemah dalam kemahiran
pengiraan yang melibatkan kognitif. (Amin
Senin, 1993:39).

4.4.3 Operasi tambah dan tolak
Penilaian operasi tambah misalnya
guru boleh membuat penilaian melalui ujian
bertulis atau lisan. Guru menetapkan masa dan
jumlah soalan operasi tambah meminta kanak-
kanak buat. Pelajar sukar untuk membuat
operasi tambah. Jika guru tidak menunjukkan
bahan atau symbol mengatakan objek tersebut
mewakili nombor yang ingin di tambah. Apabila
seseorang kanak-kanak sudah menguasai yang
dua mewakili dua benda, maka symbol dua
dapat di perkenalkan seterusnya konsep dalam
matematik perlu di bina. Penilaian di buat dan di
mulai dengan bahan konkrit iaitu perkara
sebenar yang ada di sekeliling. (Sheila Devaraj
dan Samsilah Roslan,2006)

Dalam penilaian operasi tolak pelajar di
nilai dengan menggunakan operasi tolak satu
dan dua digit. Pelajar akan menghadapi
masalah self-regulation iaitu keupayaan untuk
menyelesaikan masalah tolak.
Dalam kedua-dua operasi tambah dan
tolak ini, boleh di lakukan menggunakan ujian
rancangan pendidikan individu (RPI), objektif
dapat di nilai sama ada setiap hari, setiap
minggu, setiap bulan ataupun pada tarikh
tertentu.

4.4.4 Mengira wang
Proses penilaian matematik seterusnya
ialah mengira wang. Proses ini penting untuk
mengesan sama ada kanak-kanak mampu atau
tidak mengira wang dan menyimpan wang.
System wang ini adalah dalam urusan jual beli.
Pemerhatikan tahap mereka mengira wang.
(Naomi Zigmond, Ada Vallecorsa & Rita
Silverman, 1983).

5.0 Kesimpulan
Penilaian pencapaian amat penting pada
pelajar yang menganjak usia tujuh tahun dan
keatas. Melalui penilaian, kita sebagai seorang
guru dapat mengesan kebolehan pelajar
berkeperluan khas untuk di inklusifkan dalam
kelas biasa.

Walaupun mereka dilihat tidak seperti
kanak-kanak yang normal seusia dengan
mereka, namun, itu tudak bermakna peluang
mereka untuk berjaya tertutup. Malah, pada hari
ini, kita sudah acapkali dihidangkan dengan
kejayaan orang kurang upaya (OKU) dalam
pekerjaan mahupun pendidikan.

Jika pelajar pendidikan khas yang dikesan
mempunyai kebolehan untuk menimba ilmu
seperti pelajar normal, mereka juga mampu
berjaya seperti kanak-kanak lain.

Oleh itu, sebagai seorang guru pendidikan
khas kita mesti mengorbankan sedikit masa,
tenaga dan idea untuk membantu golongan ini
mengecapi kejayaan. Pengajaran dan penilaian
yang bermutu mampu untuk mengubah nasib
mereka untuk menjadi lebih baik pada masa
akan datang.




6.0 Tinjauan tentang penilaian pencapaian iaitu
penilaian bacaan, penilaian lisan dan
pertuturan, penilaian matematik dan
penilaian menulis di sekolah rendah di
Malaysia
Instrumen penilaian pencapaian adalah
berdasarkan kurikulum pendidikan khas.
Kemahiran-kemahiran disusun mengikut hieraki
iaitu bermula dari peringkat rendah hingga ke
peringkat tinggi. Selepas pengajaran di jalankan
adalah penting bagi guru pemilihan khas menilai
prestasi yang dicapai oleh murid-murid.
Penilaian pencapaian hendaklah berdasarkan
mutu kerja dan tahap perkembangan kemahiran
murid. Rekod prestasi kemajuan setiap individu
murid penting untuk menentukan adanya proses
pemulihan yang lengkap dan baik. Pencapaian
murid hendaklah di rekodkan berterusan sejajar
dengan pengajarandan pembelajaran serta
penilaian. Kandungan dalam rekod haruslah
mempunyai corak yang tersendiri selari dengan
perkembangan kemajuan murid dalam satu-satu
mata penilaian iaitu
a) Objektif ujian
b) Jadual penentuan ujian
c) Bentuk soalan (bertulis, lisan dan amali)
d) Pemilihan item
e) Penapisan dan pengeditan item
f) Pentadbiran ujian
g) Pemeriksaan jawapan
h) Penganalisa keputusan
i) Rekod prestasi

Tindakan susulan
Muird-murid yang telah mengikuti kelas
pemulihan khas dan berjaya mengatasi maslah
dalam mana-mana kemahiran adalah layak di
kembalikan ke kelas biasa. Walau pun demikian
guru pemulihan khas dan guru kelas biasa akan
sentiasa mengikuti perkembangan murid
tersebut dengan memberi bantuan agar tidak
terus terbiar dan boleh mengikuti pembelajaran
di kelas biasa. Keberkesanan tindakan susulan
dapat di capai melalui beberapa pendekatan
antaranya ialah
1) maklumat pencapaian murid di serahkan
kepada guru kelas.
2) Pemerhatian khusus di lakukan oleh guru
darjah, guru mata pelajaran dan guru pemulihan
khas.
3) Kerjasama antara guru kelas dan guru
pemulihan khas.

Namun setiap set kemahiran haruslah
berdasarkan kurikulum pendidikan khas. Set
kemahiran ini di bina berasaskan masalah lazim
terhadap penguasaan kemahiarn-kemahiran
asas mata pelajaran Bahasa Melayu kurikulum
bersepadu sekolah rendah bagi tahun satu.
Keamhairan-kemahiran yang tersenarai adalah
turutan kemahiran-kemahiran asas daripada
yang mudah kepada yang lebih sukar
berasaskan tiga peringkat domain kognitif,
pengetahuan, pemahaman dan penggunaan.

Sabagai panduan, kemahiran bahasa
melayu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
senarai kemahiran, aktiviti pem belajaran dan
senarai Contoh Bantu Mengajar yang berkaitan.
Guru boleh mempelbagaikan bentuk alat
bantuan mengajar dengan merujuk kepada set-
set Bantu mengajar yang di bekalkan ke
sekolah-sekolah oleh kementerian pendidikan
melalui pelbagai projek yang di usahakan oleh
institut-institut pendidikan seperti Projek InSpire,
Projek BAKA dan Projek BUDI. Guru hendakalh
mengenal pasti bahn-bahan yang boleh di
gunakan bagi aktiviti-aktiviti pembalajaran
mengikut kemahiran-kemahiran yang tersenarai.

Kandungan
Set kemahiran bagi aktiviti pemulihan mata
pelajaran bahasa melayu ini mengandungi 33
kemahiran asas, iaitu:



Huruf
1. Nama huruf kecil
2. Nama huruf besar
3. Fonik kosonan
4. Vokal
Suku kata
1. KV
2. KVK
3. KV melibatkan diftong (ng) dan digraph (ny)
4. KVK melibatkan digraph
Perkataan
1. V+ KV
2. KV+KV dengan digraph
3. KV+KV dengan diftong
4. KVK
5. V+KVK
6. V+KVKK
7. KV+KVK/KVK+KV
8. KV+KVKK
9. KV + KVK/KVK + KV dengan diftong dan
digraph
10. KVK + KVK
11. KVK + KVK
12. KVK +KVK dengan digraph
13. vokal berganding
14. KV + KV +KV
15. KV + KV +KKV
16. KV + KV +KVV
17. KV +KV +KKVV
18. KVK +KV+KVK
19. KV +KV +KVKK
20. KV+KVK +KVKK
21. KVK +KV + KVKK
22. KVKK +KV +KVK
23. KV +KVKK +KVK

Ayat atau perenggan
24. Ayat
25. bacaan dan pemahaman

Penggunaan
Seorang murid yang mengikuti program
pemulihan khas tidak semestinya perlu
mengikuti setiap kemahiran yang tersenarai dari
kemahiran 1 sehingga kemahiran 33. kemahiran
yang perlu dipelajari oelh seseorang murid
hendaklah berdasarkan keputusan dan analisis
ujian Diagnostik. Pengajaran secara kumpulan
boleh dilakukan sekiranya di dapati sekumpulan
murid mengalami kesukaran menguasai
kemahiran yang sama. Setelah murid mengikuti
aktiviti pembelajaran pada sesuatu peringkat
kemahiran yang tersenarai pencapaian mereka
boleh diuji dengan menggunakan item-item ujian
pencapaian yang sesuai


Ujian Berbentuk Esei

Ujian esei dapat dibahagikan kepada dua bentuk
iaitu, bentuk esei yang mempunyai jawapan terhad
atau tidak terhad. Telah dikatakan di atas bahawa
objektif membawa dua makna, iaitu: perkara yang
diuji dan pemarkahan yang tidak terpengaruh oleh
pilihan atau fikiran pemarkah. Ujian berbentuk esei
juga boleh diberi markah secara objektif, tetapi
biasanya agak sukar dan pemarkah cenderung
untuk menjadi subjektif, cuma pemarkahannya saja
yang kadang-kadang sukar dibuat secara objektif
iaitu menjadi subjektif. Cara pemarkahan pertama
yang boleh digunakan oleh guru di sekolah ialah
cara pandangan sepintas lalu. Cara yang kedua yang
lebih saintifik ialah cara analitis.

10.6.1 Cara Pandangan Sepintas Lalu

Cara ini dilakukan dengan membaca esei tersebut
dan memberi gred nilainya menurut beberapa
kategori seperti cemerlang (A), baik (B), sederhana
(C), lemah (D) dan gagal (G). Gred diberi semata-
mata kepada esei itu berasaskan pandangan saja.
Kesukaran dihadapi oleh guru terutama, mereka
yang baru mengajar kerana, tidak ada ukuran
daripada pengalaman untuk memastikan gred yang
ingin diberi itu tepat. Lagipun pandangan dan rasa
penilai berbeza dari semasa ke semasa yang lain.
Cara ini agak popular diamalkan oleh guru bahasa
Malaysia di peringkat sekolah menengah, untuk
memeriksa esei ialah secara rambang. Satu norma
baku ditentukan berdasarkan prestasi pelajar yang
menghasilkan esei berkenaan. Biasanya pemberian
markah mengikut cara ini eloklah dilakukan oleh
seorang pemeriksa saja supaya markah yang
diberinya itu konsisten dan tidak wujud perbezaan
dengan penilai lain. Tajuk esei yang sama harus
disemak pada waktu yang sama, agar pandangannya
seragam dan munasabah. Guru memberi markah
dengan cara sekaligus. Cara ini tidak menggunakan
skema pemarkahan.

10.6.2 Cara Analitis

Cara ini mengambil beberapa ciri esei berkenaan
sebagai asas untuk diberi markah. Untuk
memudahkan guru yang memeriksa esei tersebut,
biasanya satu skema pemarkahan disediakan. Akan
tetapi, skema pemarkahan tersebut hanya
merupakan satu panduan, seorang pemeriksa masih
perlu bersikap rasional dan terbuka semasa
mempertimbangkan isi dan hujah yang di luar
skema pemarkahan. Perkara seperti ejaan,
penggunaan aspek bahasa, keaslian esei haruslah
diberi kewajaran di dalam skema pemarkahannya.
Sebaik-baiknya seorang pemeriksa harus
mempertimbangkan lima komponen am sesuatu
penulisan seperti di bawah (D.P. Harris, 1969).

1. Skema Pemarkahan

Penilaian guru ke atas karangan bahasa Malaysia
mestilah berpandukan kepada satu skema tertentu.
Skema pemarkahan mengandungi kriteria tertentu
sebagai kayu ukur untuk menilai serta menentukan
mutu sesuatu aspek atau demensi penulisan dan
seterusnya menilai seluruh karangan itu. Skema
pemarkahan hendaklah dibina berdasarkan tujuan-
tujuan penulisan seperti yang dinyatakan dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia untuk Tingkatan
I-III Atau Tingkatan IV-V atau Tingkatan VI.
Sebagai contoh; karangan bahasa Malaysia seorang
pelajar menengah atas (Tingkatan IV-V)patutlah
dinilai daripada ada tiga segi kebolehan, iaitu:

(1) isi
(2) penyusuan, dan
(3) bahasa

Dari segi isi, guru hendaklah menaksir perkaitan
dan kerelevanan isi dan bahan dengan tajuk
karangan. Dari segi penyusunan, guru hendaklah
menilai kebolehan pelajar untuk menyusun dan
menstruktur isi dan bahan di dalam satu
keseluruhan yang wajar dan menarik. Manakala dari
segi bahasa pula, guru hendaklah menggunakan
gaya yang menarik.

2. Darjat Pemarkahan Menurut Koh Boh Boon
(1981)

Pemarkahan boleh terdiri daripada tiga darjat iaitu
cemerlang, sederhana dan lemah. Dari segi isi,
kriteria bagi darjat masing-masing adalah
disenaraikan di bawah:

Cemerlang : Idea pokok dibincang secara jelas, dan
disokong dengan jelas
dan disertakan dengan butir-butir yang konkrit dan
bersangkutan.

Sederhana : Idea pokok dibincang tetapi terlalu
ringkas dan am.
Perbincangan disokong dengan butir-butir konkrit
tetapi kadang
kala butir-butir itu diulang, dan tidak berkait atau
tidak lengkap.

Lemah : Idea pokok kurang jelas, keliru, atau tidak
disokong dengan
butir- butir konkrit dan tidak berhubungan.

Syarat-syarat dari segi penyusunan adalah seperti
berikut:

Cemerlang : Tema dikembangkan dengan teratur
selangkah demi selangkah;
perenggan-perenggannya adalah bersepadu, dan
satu perenggan beralih ke perenggan yang lain
dengan licin. Perenggan berkenaan dikembangkan
secara menarik dan seimbang dengan penekanan
yang wajar.

Sederhana : Pelan tema kadang kala tidak teratur,
diperkembangkan secara
tidak seimbang atau memberi penegasan yang tidak
sesuai; perenggan berkaitan tetapi peralihan dari
satu perenggan ke satu perenggan lain kadang kala
tidak licin dan membosankan.
Lemah : Tema tidak dikembangkan atau
dikembangkan dengan tidak
konsisten, tidak kena-mengena dan diulangi;
perenggan-perenggan tidak bertalian dan peralihan
dari satu perenggan ke satu perenggan lain adalah
tidak jelas dan tidak berkesan.

Dari segi bahasa, kriteria-kriteria berikut patutlah
digunakan:

Cemerlang : Ayat-ayat dibina dengan baik:
bersepadu, berkesan dan
menggunakan berbagai ragam. Perkataan-perkataan
dipilih dan digunakan dengan sangat berkesan:
menarik, tepat dan penuh dengan bunga bahasa.
Penggunaan tatabahasa, tanda bacaan dan ejaan
yang baku.
Sederhana : Ayat-ayat digunakan secara betul tetapi
tidak bersifat luar biasa
dan juga kadang kala bersifat seragam saja.
Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan secara
sesuai: jelas dan kadang kala berbunga. Kadang kala
terdapat penyelewengan dari tatabahasa, tanda baca
dan ejaan baku.

Lemah : Ayat-ayat tidak bersepadu, tidak berlainan,
keliru, tidak
sempurna dan membosankan. Perkataan-perkataan
dipilih dan digunakan dengan tidak munasabah:
kabur, tidak berbunga bahasa atau kurang baku.
Penglahiran idea-idea terhalang kerana sering
terdapat penyimpangan daripada tatabahasa, tanda
baca dan ejaan yang baku.

Dengan itu, Koh telah membina satu skema
pemarkahan untuk menilai karangan bahasa
Malaysia Tingkatan IV dan V. Setiap aspek
penulisan, iaitu isi, penyusunan dan bahasa diberi
markah antara satu hingga sepuluh. Kerangkanya
adalah seperti berikut:

Darjat Gred Markah Markah
Pecahan Keseluruhan


1. KONSEP DAN PELAKSANAAN PENILAIAN
KENDALIAN BERASASKAN SEKOLAH
DISEDIAKAN OLEH: ATHIRAH HASDZAHAR
NUR SYAZWANI AHMAD NORSAHIFAH
ABDULLAH
2. KONSEP PENILAIAN KENDALIAN
BERASASKAN SEKOLAH (PKS) Penilaian
yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah.
Memastikan perkembangan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Bersifat formatif iaitu mengutamakan
kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke
satu peringkat.
3. Guru dapat membuat diagnostik bagi
mengesan perkembangan murid dari semasa ke
semasa. Ini memberi peluang kepada guru
untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki
kelemahan murid serta-merta supaya
kelemahan tersebut tidak terhimpun. Guru
dapat mengenal pasti kelemahan dan
memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi
murid.
4. berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian formatif memberi
maklum balas tentang sejauh mana sesuatu
hasil pembelajaran telah dikuasai. guru dapat
mengetahuiPenilaian di sekolah tentang
kelemahan dan kekuatan serta potensi
seseorang murid dan mengambil tindakan
susulan. pada akhir semester atau tahun.
Penilaian sumatif membezakan pencapaian
seorang murid dengan murid lain dan seringkali
digunakan untuk membuat pemilihan.
5. PKS dilaksanakan untuk mendapatkan
gambaran tentang kemajuan pembelajaran
murid dan memberi maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran guru.
6. Melalui PKS, guru dapat : mengesan
perkembangan murid secara menyeluruh.
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid
dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke
semasa. mengetahui keberkesanan
pengajarannya. merancang dan mengubahsuai
pengajarannya. menjalankan tindakan susulan
yang sesuai dengan serta-merta.
7. Berasaskan Kriteria menilai penguasaan murid
berdasarkan hasil Menekankan pembelajaran
yang telah Perkembangan Formatif ditentukan
Individu dijalankan berterusan berdasarkan
kemampuan mengesan perkembangan,
individu dan bukan untuk kemajuan dan
pencapaian perbandingan antara murid individu
Mengesan Perkembangan Dikendalikan oleh
CIRI-CIRI Pembelajaran Secara guru UTAMA
Menyeluruh- menilai muridnya sendiri PKS
intelek rohani emosi jasmani
8. Menggalakkan Penilaian Membolehkan
Tindakan Kendiri Susulan melatih murid
menilai mengatasi kelemahan kemajuan
sendiri secara pembelajaran berterusan
mempertingkatkan kekuatan guru mendapat
maklumat pembelajaran tambahan Bersistem
merancangPelbagai kaedah menentukan
instrumen pemerhatian CIRI-CIRI melaksana
lisan UTAMA menganalisis penulisan PKS
merekod melapor tindakan susulan
9. ASPEK YANG DINILAI MELALUI PKS
Pengetahuan dan Kesihatan dan kecergasan
Kemahiran berbahasa kemahiran berfikir -sihat,
aktif, cergas, menjaga - Membaca dan menulis -
berfikir secara logik kebersihan diri -bertutur-
memberi definisi dan fakta -melibatkan diri
dalam aktiviti Kemahiran amali dan Kemahiran
mengira Kemahiran belajar kemahiran kinestatik
-mencongak dan -mencari maklumat daripada -
mengambil wuduk dan solat menyelesaikan
masalah pelbagai sumber -bersukan, bergerak
secara aktif Perlakuan dan amalan nilai
Kemahiran manipulatif Daya kreatif murni -
mengguna radas sains -mereka cipta -
membantu-mengguna alatan tangan -melukis -
berdikari-bertanggungjawab
10. PELAKSANAAN PENILAIANKENDALIAN
SEKOLAH (PKS)Pelaksanaan PKS yang
sistematik perlumengikut langkah-langkah yang
berikut:
11. MEMBINA MERANCANG MELAKSANAK
INSTRUMEN Menentukan hasil AN PENILAIAN
Membuat Jadual pembelajaran dan
Pemerhatian/ Penentuan instrumen Membina
penilaian lisan/penulisan soalan/instrumen
MELAPOR MENGANALISIS MEREKOD (jika
perlu) MAKLUMAT TIDA PENGUASAAN K
PERKARA Tindakan Susulan YANG
Pemulihan DIAJAR Y Y A A Tindakan Susulan
TERUSKAN PELAJARAN Pengukuhan BARU
Pengayaan
12. MERANCANG Dalam pelaksanaan PKS,
guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang
hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen
penilaian yang perlu digunakan.
13. PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN
Penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
boleh membantu guru membina soalan
mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan.
Dengan bantuan JPU guru dapat merangkakan
tajuk/kemahiran yang hendak diuji dan
peringkatnya dalam taksonomi kognitif Bloom.
Bilangan serta peratus soalan untuk setiap
peringkat kognitif juga ditunjukkan dalam jadual
penentuan ini. Untuk sesuatu tajuk dan
peringkat taksonomi, hasil pembelajaran murid
dicatatkan secara spesifik.
14. CONTOHJADUAL PENENTUAN UJIAN
(JPU)
15. Penentuan hasil pembelajaran ataupun
aras-aras kemahiran bergantung kepada:
Mata pelajaran Tajuk-tajuk yang dinilai
Peringkat kebolehan murid yang dinilai
Wajaran aras kesukaran (Mudah, sederhana,
sukar)
16. MELAKSANAKAN PENILAIAN Hasil
pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh
dinilai dengan menggunakan kaedah:
Pemerhatian Lisan Penulisan Pemilihan
kaedah penilaian bergantung kepada: Hasil
pembelajaran yang hendak dinilai.
Kesesuaian dengan perkara yang hendak
dinilai.
17. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan
untuk : Mengesan serta-merta - Mengesan
penguasaan hasilpembelajaran dengan serta-
merta dalampengajaran harian. - Tidak
memerlukan instrumen yangkhusus Mengesan
kemajuan - Mengesan kekuatan dan kelemahan
selepas beberapa pembelajaran - Perlu
dirancang secara individu atau kumpulan -
Menggunakan instrumen tertentu seperti senarai
semak, lembaran kerja, ujian bertulis
18. Mengesan pencapaian - Mengesan
pencapaian selepas beberapa pembelajaran
atau pada akhir program - Perlu dirancang
secara individu - Dijalankan dengan
menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian
bertulis dan ujian lisan
19. PENILAIAN SECARA PEMERHATIAN
Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang
sukar dikesan melalui kaedah lisan dan
penulisan seperti: Sikap Perlakuan/amalan
Amali Kemahiran manipulatif Kemahiran
bersosial Kemahiran belajar Kemahiran
kinestetik Kemahiran literasi komputer
Kemahiran mereka cipta
20. Maklumat daripada pemerhatian boleh
membantu guru melengkapkan gambaran
mengenai keputusan penilaian yang diperoleh
melalui kaedah lisan dan penulisan. Instrumen
penilaian pemerhatian meliputi senarai semak
dan skala kadar.
21. PENILAIAN SECARA LISAN Digunakan
untuk mengumpul maklumat semasa berlaku
interaksi antara:- Murid dengan guru- Murid
dengan murid- Murid dengan bahan
pembelajaran
22. Antara Aspek Yang Boleh Dinilai Secara
Lisan Ialah:- Kefahaman konsep- Pengetahuan
fakta- Kecekapan mendengar- Penggunaan
bahasa yang tepat- Kefasihan menghafaz-
Sebutan dalam berbahasa- Kecekapan
mencongak- Gaya persembahan- Pertuturan
dan sikap
23. Kemahiran Lisan Boleh Dinilai Melalui
Aktiviti Seperti Yang Berikut:- Bacaan kuat-
Syarahan- Perbahasan- Bercerita-
Perbincangan- Hafazan
24. Penilaian Lisan Membolehkan Guru :-
Mengesan kemajuan dan pencapaian
muriddalam kemahiran mendengar dan
bertutursecara gramatis.- Mendapat maklumat
serta-merta tentang pengetahuan dan
kefahaman murid.- Mengesan kebolehan murid
dalam kemahiran membaca dan menghafaz.-
Mengesan kelancaran dalam sebutan.-
Mengesan amalan dan sikap murid secara serta
merta.
25. Instrumen Penilaian Lisan Instrumen
penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi
soalan dan aktiviti yang memerlukan respon
murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan
instrumen guru perlu pastikan:- Soalan,
pernyataan, ilustrasi dan bahanrangsangan
perlu jelas dan mudah difahami.- Aktiviti/bahan
boleh merangsang muridmengeluarkan idea.
26. - Pelbagai bentuk soalan seperti soalan
bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.- Aras kesukaran
perlu sesuai dengankebolehan murid.
27. PENILAIAN SECARA PENULISAN
Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa
tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang
berikut:- karangan- laporan projek/kerja
kursus/folio- latihan dan ujian bertulis- huraian
atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta
28. Instrumen Penilaian Penulisan Mengesan
kemahiran bahasa dan perkembangan intelek
murid yang meliputi kemahiran seperti yang
berikut:- kemahiran menulis- menyusun idea-
penggunaan tanda baca- perbendaharaan kata-
mengaplikasi- mentafsir- menilai
29. Dalam menyediakan soalan-soalan yang
sahih, perkara berikut mestilah diambil kira:-
soalan menepati kemahiran yang akan diuji-
bahasa yang digunakan jelas dan mudah
difahami- bilangan soalan sesuai dengan masa
yang diperuntukkan- aras kesukaran soalan
dipelbagaikan- skema pemarkahan disediakan
Soalan yang digunakan dalam penilaian
penulisan yang biasa dijalankan:- soalan
subjektif- soalan objektif
30. Guru perlu mempelbagaikan soalan yang
merangkumi soalan kognitif peringkat rendah
dan peringkat tinggi. Soalan peringkat rendah
dan bertumpu dapat mengesan penguasaan
pengetahuan asas murid. Soalan peringkat
tinggi yang bercapah boleh merangsang murid
untuk memperkembang apa yang telah
dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.
31. MEREKOD Aktiviti mencatat maklumat
secara bersistem berkaitan dengan
perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid. Maklumat dalam rekod
perlu dikemas kini untuk memudahkan guru
membuat rujukan tentang pembelajaran murid.
Perlu dianalisis dan ditafsir untuk tindakan
susulan dan pelaporan.
32. Merekod boleh dibuat dalam bentuk yang
berikut:- membuat pernyataan- menanda
dengan menggunakan simbol- memberi markah-
memberi gred Rekod boleh dibuat dalam
dokumen seperti yang berikut:- buku rekod
mengajar- buku latihan mengajar- laporan
kemajuan murid- buku catatan guru- senarai
semak- rekod prestasi- rekod profil Aktiviti
merekod dilakukan dari semasa ke semasa
supaya maklumat menyeluruh tentang
penguasaan pembelajaran murid terkumpul dan
mudah dirujuk apabila diperlukan.
33. LAPORAN BERTULIS : pernyataan Buku
laporan kemajuan murid Rekod profil
Laporan ringkas oleh guru m/pelajaran BENTUK
PELAPORANmarkah gred -lisan dan pelaporan
Pernyataan dan gred
34. Guru boleh TINDAKAN mengenalpasti
SUSULAN murid yang belum menguasai
pengukuhan Aktiviti pemulihan
Pengayaan(menjalankanaktiviti yg lebih
mencabar
35. BENTUK TINDAKAN SUSULAN Tindakan
susulan serta merta -guru menegur dengan
serta merta kesilapan sebutan murid Tindakan
susulan terancang Penilaian Berbentuk URK -
murid mahir:diberi -Ujian Rujukan Kriteria
pengukuhan & Mengetahui sejauh mana
pengayaan murid menguasai topik -murid lemah
: diberi merujuk kepada SP dan pemulihan HSP
36. SEKIAN,TERIMA KASIH..~
Tuesday, 27 November 2012
PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH
(PBS)
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
(SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang
diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK
merupakan transformasi daripada sistem yang
menumpukan kepada ujian pencapaian dan
peperiksaan(berorientasi peperiksaan) kepada sistem
yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan
satu set indikator untuk menilai potensi
murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji
penguasaan dan pencapaian.

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat
mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil
pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu
berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010
telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai
sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui
penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat
Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah
akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan
dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.


1 APAKAH PBS?

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif
(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi
pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif
(pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif
(pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:
Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh
guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan
ialah lembaran kerja,pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan
ujian.

Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh
guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat
sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan
pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan
marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain
yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk
mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran
berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti
murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

2. APAKAH OBJEKTIF PBS?

Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:
mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu
memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu
membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu

Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara
mencapai taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.
.
3 SUBJEK APAKAH YANG DINILAI MELALUI PBS?

Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS.

4 BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PBS?

Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan Dokumen
Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu
disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard
Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.

Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif
semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran
atau pun di akhir tahun.

Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran
yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui
pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja
rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid
mereka.

5 APAKAH KELEBIHAN PBS?

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan
Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia
merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan
boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard
prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam
dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan
murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang
kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada
pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang
murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa
mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

6 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND?

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor
mentah seperti 81% atau pun gred A,B,C,D.

BAND STANDARD
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
2 Tahu dan Faham
1 Tahu

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di Band 1
mampu mengenal angka 1,2,3 ....

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan faham
nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.

Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi
mudah tambah, tolak, darab dan bahagi.

Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek
tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau
melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan
operasi tolak dengan mendahulukan rumah sa.

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru,
dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi
matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji
telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?

Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan
inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan
menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi
contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam masalah seperti
membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50%
dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti
pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.

PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan
kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah
menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid.

Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya
kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap
pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat
dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau
terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang
diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS
bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan
individu.

7 ADAKAH PBS AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU?

Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS
memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.

Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk
memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor
perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila diperlukan.


8 BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI?

Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui
penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai
bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
a. Pementoran
b. Penyelarasan
c. Pemantauan
d. Pengesanan

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan boleh
dilaksanakan secara formal dan tidak formal.

Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi
yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah dan boleh
dipercayai.

Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis
panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan
mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang dilantik di
peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan KPM
terlibat dalam proses ini.

Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen
pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan
kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan pegawai
KPM.

Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang,
Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian
Pelajaran Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan baik seperti dirancang. Setiap
individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan
adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti
hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.


9 ADAKAH PBS SATU KONSEP BARU?

PBS bukan konsep baru. Soalan, kuiz, latihan dalam kelas, kerja rumah dan projek adalah
kaedah yang sering diguna pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan murid dalam setiap
kemahiran yang diajar.


10 PENUTUP

Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi
muridbagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan
yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran
menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR
dan PMR bukan lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid
menguasai pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih
cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal
dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan
dan kokurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang
murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang .

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu
pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran
dan pembelajaran.



LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN
Posted by KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA at 09:39


anda apa itu KSSR?
TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan
sekolah rendah akan diperkenalkan dan
dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem
persekolahan di negara ini pada tahun hadapan
bermula dengan murid tahun satu di semua
sekolah rendah. Melalui trasformasi kurikulum,
Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan
dikenali sebagai Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak
semula bagi memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran
dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan
modul yang akan menggantikan buku teks oleh
itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk
KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan
penguasaan murid-murid sekolah
rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan
menjadi lebih menarik dan interaktif di mana
ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut
serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-
guru untuk mengajar dalam subjek Matematik
dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Mengapa Transformasi?
Transformasi kurikulum persekolahan
merupakan usaha menyusun semula
dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi
memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
relevan dengan keperluan semasa
bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam
proses transformasi kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat
penanda arasan dengan kurikulum negara maju
bagi memastikan kurikulum persekolahan
kebangsaan setanding dengan pendidikan
global.



Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan
Khas
KURIKULUM Pendidikan Khas yang melibatkan
tiga cabang utama iaitu Masalah Pembelajaran,
Masalah Penglihatan dan Masalah
Pendengaran turut digubal berdasarkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Terdapat pengubahsuaian dan
penambahan kepada beberapa mata pelajaran
bagi menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih teratur dan menepati
keperluan murid-murid berkeperluan khas
ini. Bagi Pendidikan Khas Masalah Penglihatan,
mata pelajaran yang ditambah ialah Kemahiran
Asas Individu Masalah Penglihatan manakala
dua mata pelajaran yang diubahsuai adalah
Pendidikan Jasmani Suaian dan Dunia Seni
Visual Suaian. Masalah Pendengaran pula
dilengkapkan dengan penambahan mata
pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi selain
mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris dan Pendidikan Islam yang
diubahsuai. Sementara bagi Masalah
Pembelajaran, kesemua mata pelajarannya
dibuahsuai termasuklah:
Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan
Diri, Pengurusan Tingkah Laku, Kemahiran
Manipulatif)
Asas 3M (Membaca, Menulis, mengira)
melibatkan komponen bahasa Malaysia, bahasa
Inggeris dan Matematik
Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni
Visual, Seni Muzik)
Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
Pendidikan Jasmani.
Pengubahsuaian dan penambahan ini dilakukan
bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan
pembelajaran muril-murid kurang upaya supaya
mereka tidak ketinggalan dalam arus perubahan
pendidikan dan transformasi yang dilakukan
oleh kerajaan. Penambahan mata pelajaran
baru diwujudkan bertujuan untuk memberi
pendedahan awal mengenai kemahiran asas
yang amat diperlukan oleh murid-murid
berkeperluan khas ini. Pengubahsuaiannya pula
dilihat mampu memberi skop baru kepada
mereka seterusnya dapat meningkatkan
kapayaan serta pemahaman dalam proses
pembelajaran.

Kurikulum Terbaik Sekolah Rendah
Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR)
menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk
menjadikan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan
bermakna. KSSR digubal dalam bentuk
pernyataan standard kandungan dan standard
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid
dalam satu tempoh persekolahan yang
ditetapkan. Standard kandungan merupakan
pernyataan lebih terper inci mengenai perkara
yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam satu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai. Manakala standard pembelajaran pula
ialah satu penetapan kriteria atau indikator
kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR
diorganisasikan dalam bentuk modular di mana
kandungan pembelajaran disediakan dalam
bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang
dinamakan sebagai modul. Setiap unit adalah
tersendiri dan mengandungi pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti
untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandung
kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras
Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.


Organisasi KSSR Tahap 1

Modul Teras Asas
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Matematik
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Modul Teras Tema
Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual, Dunia
Muzik) Dunia Sains dan Teknologi

Modul Elektif
Bahasa Arab
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK)
Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK)
Bahasa Iban
Bahasa Kadazan Dusun

Manakala bagi tahap dua, kurikulum
diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran
teras dan mata pelajaran elektif. Mata pelajaran
ini dilaksanakan secara modular bermula pada
2014 untuk murid-murid tahun empat.


Organisasi KSSR Tahap 2

Mata Pelajaran Teras Modul Komunikasi
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Modul Sains dan Teknologi
Matematik
Sains
Reka Bentuk dan Teknologi / ICT

Modul Fizikal dan Estetika
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Muzik
Pendidikan Seni Visual

Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

Modul Kemanusiaan
Sejarah

Mata Pelajaran Elektif

Modul Komunikasi Elektif
Bahasa Arab
Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan
Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan
Bahasa Iban
Bahasa Semai
Bahasa Kadazan Dusun

Pentaksiran
KSSR memberi penegasan kepada
perlaksanaan kaedah pentaksiran
berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih
menyeronokkan dan tidak terlalu
berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai
kaedah pentaksiran digunakan untuk
membolehkan penilaian yang lebih autentik dan
holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah
bersifat formatif dan dijalankan secara
berterusan untuk mengesan perkembangan dan
pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti
pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi
memastikan murid mencapai standard yang
ditetapkan.

Tiga Kemahiran Baru Merentas Kurikulum
Bertepatan dengan fasa kedua Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu
membangunkan modal insan yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan
nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji
semula bagi memastikannya sentiasa holistik
dan sentiasa relevan agar generasi ini akan
sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan
masa hadapan. Secara umumnya, pada tahun
1983 satu kurikulum sekolah rendah
telah diperkenalkan dan dikenali sebagai
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 10
tahun kemudian, kurikulum sekolah rendah telah
ditukar k epada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah sebelum Kementerian Pelajaran
menjalankan semakan KBSR pada tahun
2003. Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah
akan menggunakan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum
di sekolah. Justeru, tiga elemen nilai tambah
telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu
elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan,
teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang
bertujuan memenuhi keperluan murid dalam
membangunkan modal insan yang holistik,
berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan
berinovasi, berkemahiran tinggi serta
berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah
yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara
lain, adalah langkah pertama kementenan
membentuk modal insan yang berpontensi untuk
merealisasikan dasar-dasar negara seperti
Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan
Model Ekonomi Baru pada masa
hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju
terlebih dahulu telah menjadikan kreatif
dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka
sebagai kunci kejayaan dalam pelbagai bidang
terutamanya yang berasaskan penyelidikan
dan pembangunan (R&D) dalam bidang Sains.

Sungguhpun sistem pendidikan negara telah
mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P),
namun masih terdapat banyak ruang untuk
diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan
mampu berdaya saing biarpun di peringkat
global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi
telah disuntik bagi membentuk
transformasi KSSR yang bertujuan melahirkan
modal insan yang berkeupayaan berdaya
tahan untuk menghadapi cabaran yang
mendatang. Langkah kementerian yang
berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif
dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah
bermula Januari 2011 adalah tepat kerana
bukan semua murid dilahirkan dengan bakat
tersebut namun bukanlah mustahil untuk
membentuk kemahiran tersebut sejak dari
kecil. Keupayaan negara menghasilkan modal
insan berkualiti sememangnya tidak
boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah
yang sentiasa meningkat dari masa ke
masa. Namun, peluang pekerjaan yang terhad
mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan
berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek
terutamanya kepada aspek pembangunan
negara.

Menyedari hal tersebut, elemen keusahawanan
telah diperkenalkan dalam KSSR bagi memberi
pendedahan awal mengenai bidang
keusahawan yang sememangnya mempunyai
potensi yang besar untuk diterokai dan secara
tidak langsung dapat mengurangkan bilangan
siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat
di masa hadapan. Menjadi keperluan sejak di
bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat
berniaga di kalangan murid bagi menggalakkan
mereka menceburi bidang ini. Jika sebelum ini,
terdapat sesetengah murid yang menunjukkan
minat untuk menceburi bidang keusahawanan
kerana datang daripada keluarga yang
mempunyai latar belakang perniagaan. Sudah
sampai masa untuk negara mengubah
perspektif tersebut, dan melahirkan generasi
yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang
sains dan teknologi tetapi juga berpotensi untuk
menjadi usahawan dan seterusnya
menyumbang kepada perkembangan ekonomi
negara di masa hadapan. Kepesatan kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi adalah
cabaran yang perlu dihadapi generasi pada
masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan
harus dipersiapkan dengan cabaran tersebut
agar tidak ketinggalan dalam persaingan
global. Seperti elemen nilai tambah yang lain,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan
secara eksplisit dalam perlaksanaan KSSR
pada tahun hadapan. Murid akan didedahkan
dengan kemahiran tersebut dalam proses P&P
supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran
murid untuk mendapatkan maklumat dengan
berkesan. Memantapkan kemahiran murid
berasaskan elemen ini juga dilihat mampu
membuka ruang kepada mereka untuk
menerokai dunia tanpa sempadan
dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi
tujuan pembelajaran dengan hanya berada
di dalam bilik darjah sahaja.

Guru Dipersiapkan Untuk Menghadapi KSSR
TRANSFORMASI kurikulum persekolahan
merupakan usaha yang dilakukan bagi
memastikan kurikulum tersebut holistik, sentiasa
relevan untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dan mampu menangani cabaran
semasa dan masa depan. Sebagai usaha bagi
memastikan transformasi Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta
ditambah baik dan penggunaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
sebagai agen perubahan mampu mencapai
objektif, para jurulatih utama terlebih dahulu
diberikan kursus orientasi. Sebagai
melengkapkan para guru berhadapan dengan
cabaran melaksanakan KSSR, satu lagi kursus
orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri
oleh jurulatih utama masing-masing mengikut
mata pelajaran. Standard kurikulum merupakan
pernyataan yang merangkumi pengetahuan,
kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari
dan dikuasai murid sekolah kebangsaan (SK)
dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sepanjang
berada di bangku sekolah rendah. Mengambil
contoh sukatan bagi standard kurikulum bahasa
Malaysia yang berperanan sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan,
bahasa ilmu dan bahasa pengantar
rasmi. Standard kurikulum bahasa Malaysia ini
merangkumi empat aspek untuk memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;

Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu
tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh
diukur bagi setiap standard kandungan.

Pendekatan Modular
Merujuk kepada kedua-dua standard kandungan
dan standard pembelajaran yang
diorganisasikan dalam bentuk bahagian-
bahagian yang diasingkan dalam bentuk modul
iaitu:
i. Modul Dengar Tutur
ii. Modul Membaca
iii. Modul Menulis
iv. Modul Seni Bahasa
v. Modul Tatabahasa

Pengajaran Dan pembelajaran Secara Didik
Hibur
Berbentuk serampang dua mata:
i. Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan
ii. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui
pelbagai teknik dan kaedah pengajaran.

Objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah
rendah yang telah ditetapkan supaya murid
dapat menguasai asas berbahasa khususnya
murid tahap satu (literasi), memperkaya kosa
kata, meningkatkan pemahaman berbahasa
dan berkemampuan berkomunikasi secara
berkesan dalam perhubungan kehidupan
sosial. Bagi memastikan objektif tersebut
tercapai, Kementerian Pelajaran telah merangka
beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran
untuk dijadikan panduan kepada para pendidik.
Antaranya ialah;
Berpusatkan murid
Kepelbagaian teknik pengajaran
Kepelbagaian sumber bahan
Penggunaan tatabahasa yang tepat
Memperkayakan bahan bacaan

Aspek Kemahiran bernilai tambah (KBT) masih
digunapakai dalam pengajaran dan
pembelajaran, namun dua penekanan telah
ditambah daripada sukatan lama. Berikut adalah
aspek KBT yang akan diaplikasikan;
Kemahiran berfikir
Kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT)
Kemahiran belajar cara belajar
Kajian masa depan
Kecerdasan pelbagai
Pembelajaran konstruktivisma
Pembelajaran kontekstual
Kreativiti dan inovasi
Keusahawanan

Sementara itu, konsep 5P iaitu pengabung
jalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan
penilaian akan turut digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan
lancar agar objektif pembelajaran bahasa
Malaysia sekolah rendah
tercapai. Penggabungjalinan kemahiran
bertujuan untuk membolehkan murid
mengaplikasi dua atau lebih kemahiran bahasa
dalam satu masa. Dengan ini murid dapat
menguasai beberapa kemahiran serentak.

Contohnya:
i. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan
kemahiran membaca,
ii. Kemahiran membaca dengan kemahiran
menulis,
iii. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan
kemahiran menulis.

Selain aspek kurikulum yang dinyatakan,
beberapa perkara boleh dilakukan oleh guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Antaranya:

Cara Menterjemahkan Pernyataan Standard
Kurikulum
Baca perkataan demi perkataan dalam setiap
pernyataan untuk memahami maksud dan
hasrat kurikulum yang terkandung pada
pernyataan tersebut secara tersurat dan tersirat.
Rancang aktiviti yang sesuai mengikut
kemampuan murid.
Setiap kemahiran utama dipilih mesti
digabung jalinkan dengan kemahiran sampingan
dalam setiap aktiviti.
Pastikan aktiviti yang dirancang tidak
tersasar daripada kemahiran yang dipilih dan
kehendak kurikulum.
Peringkat Perancangan Pengajaran
Langkah pertama: Fikirkan kemahiran yang
akan diajar, seterusnya pilihlah kemahiran fokus
dan kemahiran sampingan;
Langkah kedua: Bina objektif pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai dengan
kemahiran yang dipilih;
Langkah ketiga: Rancang aktiviti yang
berkaitan dengan objektif dan kemahiran yang
dipilih bersesuaian dengan masa pengajaran;
Langkah keempat: Fikirkan KBT yang sesuai
dalam pengaja ran dan pembelajaran tersebut;
Langkah kelima: Fikirkan pendekatan,
kaedah, strategi serta teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan murid.

Peringkat Penyampaian Pengajaran
Kaedah penyampaian ilmu menggunakan
kaedah didik hibur dan menarik minat murid;
Bahan bantu mengajar yang sesuai;
Aspek kawalan kelas;
Aspek komunikasi;
Proses penilaian atau pentaksiran secara
langsung dan tidak langsung berkaitan ilmu
yang disampaikan; dan
Berlakunya pemulihan dan penggayaan.

Aktiviti Pengajaran Yang Sesuai
Menggunakan cara penyampaian yang
mudah untuk murid menguasai kemahiran;
Menggalakkan murid berfikir secara kreatif,
kritis dan inovatif ke arah melahirkan murid
kreatif' dan inovatif;
Membentuk murid yang celik ICT dan
keusahawanan;
Penyampaian yang berkesan dan
membolehkan majoriti murid menguasai
kemahiran yang diperlukan.

Penyampaian Berkesan
Mestilah mudah difahami oleh murid;
Aktiviti mudah dilaksanakan;
Aktiviti yang menarik dan disukai oleh murid;
Dapat menarik tumpuan murid.
Peringkat Selepas Pengajaran
Adanya proses refleksi. Mengapa perlu
refleksi?
Untuk melihat sama ada objektif tercapai
atau tidak. Jika tidak tercapai mengapa?
Adakah kaedah penyampaian terdapat
kelemahan?
Adakah objektif terlalu tinggi ditetapkan?
Adakah aktiviti dan k emahiran yang dipihh
tidak sesuai?
Akhirnya memberi peluang kepada guru
membaiki kelemahan yang ada bagi pengajaran
berikutnya.

Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
yang dilaksanakan secara berperingkat mulai
2011 bermula dengan tahun satu di semua
sekolah rendah seluruh negara telah
memperkenalkan kemahiran mendengar dan
bertutur sebagai elemen baru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Kementerian Pelajaran (KPM) telah
menetapkan objektif standard pembelajaran
bagi kemahiran mendengar dan bertutur yang
perlu bagi memasti keberkesanan KSSR ini.

Antara objektif tersebut adalah:
i. Mendengar, mengecam, mengajuk dan
menentukan arah bunyi dalam persekitaran
dengan teliti dan betul;
ii. Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi
bahasa dengan betul;
iii. Mendengar, memahami, menyebut dan
mengeja perkataan yang mengandungi dua atau
tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf
dan konsonan bergabung dengan betul dan
tepat;
iv. Mendengar, memahami dan menyebut frasa
dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;
v. Mendengar, memahami dan memberikan
respon secara lisan atau gerak lake
berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan
dengan betul;
vi. Bertutur dan berbual serta menyatakan
permintaan menggunakan ayat
yang mengandungi isi, kata panggilan, kata
ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul
dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;
vii. Bercerita tentang sesuatu perkara dan
menceritakan semula perkara yang didengar
menggunakan ayat tunggal dengan tepat,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan
viii. Berbicara untuk menyampaikan maklurnat
tentang sesuatu perkara dengan tepat
menggunakan perkataan yang sesuai secara
bertatasusila.

Terdapat 10 Prinsip Kemahiran Mendengar
i. Kemahiran mendengar dan bertutur
merupakan asas dalam kemahiran berbahasa;
ii. Bertutur dengan bahasa yang mudah, tepat
dan. jelas;
iii. Bahan rangsangan penting untuk
meningkatkan minat dalam menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur;
iv. Memberi peluang murid terlibat secara aktif
agar dapat mempercepatkan penguasaan
kemahiran;
v. Memberi tumpuan kepada aspek sebutan,
intonasi, jeda dan tatabahasa;
vi. Laras bahasa yang digunakan mesti
bersesuaian dengan konsep;
vii. Kemahiran mendengar hendaklah
dijalankanbersama-samakemahiran lain;
viii. Latihan yang dijalankan hendaklah
berteraskan tugasan yang boleh membawa
kepada sesuatu aktiviti;
ix. Setiap aktiviti dan kemahiran, membolehkan
murid menunjukkan kefahaman mereka melalui
bahasa, aksi atau cara-cara lain yang berkesan;
x. Guru harus memberi peluang kepada murid
berlatih mendengar sebanyak yang mungkin
dan berserta dengan motivasi.

Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk keupayaan
murid mendengar dengan teliti, memahami dan
menghayati secara lisan perkara yang didengar
dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat
memberikan respons. Perkembangan kanak-
kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula
mendengar, selepas itu mengajuk dan
seterusnya bercakap. Proses penguasaan
bahasa ini perlu diutamakan dalam pengajaran
bahasa. Kanak-kanak menguasai bahasa
daripada apa yang didengar dan dialaminya,
dan dia cuba meniru dan menuturnya berulang
kali mengenai apa yang didengar daripada
orang yang berada
disekelilingnya. Perkembangan kemahiran
mendengar boleh dibahagikan kepada
tiga peringkat, iaitu

Peringkat Awal
i. Mengecam, mengajuk memilih bunyi;
ii. Mendengar dan mengecam, makna
perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat;
iii. Melakukan sesuatu yang disuruh;
iv. Menjalankan perintah dan permintaan;
v. Bertindak terhadap soalansoalan mudah;
vi. Mengingat dan memadankan perkataan dan
ayat-ayat mudah secara tepat.

Peringkat Pertengahan
i. Mengecam, dan mengingat fakta;
ii. Mengenal maklumat khusus;
iii. Mengesan urutan maklumat;
iv. Mengenal sebab dan akibat;
v. Mengenal perhubungan orang yang
berinteraksi;
vi. Mengenal sikap dan perasan orang yang
bercakap.

Peringkat Maju
i. Mengenal isi-isi penting;
ii. Mengenal peranan dan perhubungan orang
yang bercakap;
iii. Mentafsir maksud orang yang bercakap;
iv. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi;
v. Mencari jalan mengatasi masalah yang
didengar;
vi. Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan;
vii. Mentafsir tujuan penutur menggunakan
berbagai-bagai struktur nahu.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran lisan adalah aspek kemahiran
bahasa yang penting dan utama serta
merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai
oleh kanakkanak sebelum mempelajari
kemahiran lain seperti kemahiran membaca,dan
menulis. Lisan adalah percakapan atau
pertuturan yang merupakan kegiatan
melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan.
Apabila mempunyai keinginan
mempelajari sesuatu bahasa, keupayaan
bercakap akan berlaku. Begitu juga apabila
mahu membuat perhubungan atau interaksi
dengan orang lain, keupayaan bertutur akan
terjadi. Oleh itu, jelaslah bahasa tujuan
mempelajari lisan bukan hanya setakat
mempelajari bahasa itu tetapi untuk mencapai
tahap kompetensi dalam komunikasi. Kemahiran
bertutur merujuk keupayaan murid
berkomunikasi untuk menjalin hubungan,
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan
serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan
yang betul secara sopan dan ertatasusila.
Penekanan juga diberi kepada penggunaan
tatabahasa yang betul. Perkembangan
kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada
tiga peringkat, iaitu:

Peringkat Awal
i. Melafazkan, mengajuk, perkataan dan ayat
yang yang didengar;
ii. Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
iii. Bertindak terhadap soalan mullah;
iv. Membuat ayat mengenai diri sendiri dan
membuat ayat daripada gambar.

Peringkat Pertengahan
i. Membuat diskripsi tentang objek atau gambar;
ii. Bercerita berdasarkan gambar dan
pengalaman;
iii. Menyoal dan menjawab soalan;
iv. Memberi ucapan pendek;
v. Perbualan mudah;
vi. Memberi komen mudah;
vii. Memberi ulasan, pendapat atau pandangan
mudah.

Peringkat Maju
i. Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian,
pengalaman,objek dan lain-lain;
ii. Bercerita dengan menggunakan alat pandang
atau tanpa menggunakannya;
iii. Mengambil bahagian dalam perbincangan,
perbualan atau dialog;
iv. Mengambil bahagian alam drama atau
lakonan;
v. Mendeklamasi puisi;
vi. Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.

Pengajaran dan Pembelajaran Menarik,
Pentaksiran Holistik
KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR)
menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan
pengajaran dan. pembelajaran (P&P) yang
memberi lebih penekanan serta kesan terhadap
murid-murid. Penekanan, kepada hands-on
Teaming seperti inkuiri penemuan,
pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran
secara konstruktivisme, pembelajaran secara
kontekstual, pembelajaran masteri dan
pembelajaran luar bilik darjah amat diperlukan
bagi murid-murid ini untuk menjalani proses
P&P yang lebih menarik. Guru-guru pula perlu
memberi penumpuan kepada pembelajaran
yang berpusatkan kepada murid itu sendiri dan
menyediakan ruang serta peluang pembelajaran
yang tidak terhad kepada mereka. Pendekatan
yang digunakan mesti memberi peluang
pembelajaran yang menyeronokkan serta
mengambil kira kepelbagaian, kecerdasan
murid-murid tersebut. Selain itu, KSSR turut
memberi penegasan kepada perlaksanaan
kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi
menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak
terlalu berorientasikan kepada
peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran
digunakan untuk membolehkan penilaian yang
lebih autentik dan holistik. Pentaksiran
berasaskan sekolah bersifat formatif dan
dijalankan secara berterusan untuk mengesan
perkembangan dan pencapaian murid
dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan,
pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan
mengikut keperluan murid bagi memastikan
murid mencapai standard yang
ditetapkan. Kejayaan KSSR sangat memerlukan
komitmen menyeluruh daripada semua pihak
termasuklah pelaksana, pengurus kurikulum, ibu
bapa dan pihak berkepentingan.

Bekalan Buku Teks Selesai Disember 2010
PEMBEKALAN buku teks Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) 2011 ke sekolah-
sekolah telah melebihi 80 peratus selesai di
Semenanjung Malaysia. Manakala bagi
Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan
Labuan sebanyak 30 peratus proses
pembekalan telah berjaya diselesaikan. Proses
pembekalan untuk kesemua negeri dijangka
selesai pada minggu kedua Disember ini. Buku
teks ini mula dibekalkan pada 23 Ogos lalu. la
melibatkan Japan penerbit swasta dan Dewan
Bahasa dan Pustaka yang merangkumi 22 judul
buku Tahun Satu. Bahagian Buku Teks
Kementerian Pelajaran Malaysia akan
memastikan pembekalan buku teks berkenaan
sampai dan diterima oleh semua sekolah di
seluruh negara supaya is dapat digunakan pada
hari pertama sesi persekolahan tahun 2011.




Terdapat 1,380 Minit Seminggu
KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di
sekolah rendah seluruh negara mulai 2011
ini. Surat pekeliling ikhtisas bilangan 11 2010
telah dikeluarkan bagi memaklumkan kepada
guru besar dan guru-guru mengenai
perlaksanaan KSSR itu. Menurut kementerian,
KSSR telah melalui proses transformasi dan
surat pekeliling mengenainya telah diedarkan.
Setiap kandungan kurikulum telah diperkukuh
dan ditambah baik. Mulai 2011, KSSR akan
dilaksanakan secara berperingkat bermula
dengan pelajar sekolah tahun satu. Semua
sekolah diwajibkan untuk mengikuti dokumen
standard bagi setiap kurikulum
KSSR. Sehubungan itu, jumlah masa yang
diperuntukkan pula ialah selama 1,380 minit
seminggu iaitu mengikut satu waktu pengajaran
dan pembelajaran (P&P) 30 minit. Semua
sekolah perlu menyediakan jadual waktu
mengikut masa ditetapkan KSSR. la juga
meliputi perlaksanaan sekurang-kurangnya satu
bahasa dalam modul efektif mengikut kesediaan
sekolah terutama dalam penyediaan guru,
permintaan daripada murid dan prasarana
sekolah. Dalam KSSR, beberapa disiplin ilmu
digabungkan untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) lebih menarik,
menyeronokkan dan bermakna. Pada tahap
satu, kurikulum disusun dalam bentuk Modul
Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul
Elektif. Modul Teras Asas merangkumi sembilan
mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil,
Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan
Kesihatan dan Pendidikan Islam atau
Pendidikan Moral. Manakala Modul Teras Tema
melibatkan Dunia Kesenian, Dunia Seni Visual,
Dunia Muzik, Dunia Sains dan Teknologi. Modul
Elektif pula ialah Bahasa Arab, Bahasa Cina
Sekolah Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil
Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban dan
Bahasa Kadazan Dusun.




Soal Jawab Mengenai KSSR

Mengapa KSSR perlu diperkenalkan ?
Adakah kurikulum yang sedia ada
tidak cukup baik?

Transformasi kurikulum kebangsaan
dilaksanakan sebagai usaha menyusun semula
dan menambah baik Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) sedia ada.
Transformasi kurikulum adalah untuk
memastikan round. dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
dengan keperluan semasa bagi menghadapi
cabaran abad ke-21. Kurikulum transformasi ini
dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). KSSR digubal berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta
mengekalkan prinsip-prinsip KBSR. KSSR
merupakan penambahbaikan dalam aspek reka
bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan
dan pengurusan kunkulum di sekolah. KSSR
juga diperkenalkan untuk menangani isu-isu
pendidikan seperti kepadatan jadual waktu,
bilangan mata pelajaran yang banyak serta
keterlaluan penekanan kepada kecemerlangan
akademik. KSSR member penekanan kepada
pembelajaran menyeronokkan,
pengurangan bilangan mata pelajaran, serta
memberi perhatian kepada pentaksiran
berasaskan sekolah. Murid juga digalakkan
meningkatkan penglibatan dalam kokurikulum
dan kegiatan luar bilik darjah. Penghayatan
serta pengukuhan nilai seperti perpaduan, alam
sekitar dan patriotisme juga diberi
tumpuan. Fokus juga diberikan kepada
penguasaan kernahiran membaca, menulis dan
mengira. (3M) dan kemahiran yang keempat
iaitu kemahiran menaakul. KSSR juga
memastikan murid berupaya menguasai
kemahiran nilai tambah seperti kreativiti dan
inovasi, keusahawanan, dan kemahiran
Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK).
Selain itu murid juga boleh berkomunikasi dalam
pelbagai bahasa, beretika, mempunyai
keyakinan dm, bersikap patriotik, menghayati
dan mengamalkan semangat perpaduan dan
cintakan negara. Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) merupakan kurikulum yang
dinamik dan digubal bagi memastikan anak didik
di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan
dengan keperluan dan cabaran abad ke- 21.


Bagaimana pihak sekolah akan menilai
inovasi dan kreativiti pelajar di luar konteks
Buku Teks? Adakah guru diberi kebebasan
untuk mentafsir KSSR menurut fahaman
masing-masing?

KSSR memastikan proses kreatif dan inovatif
diamalkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di bilik darjah supaya
menjadi amalan dan budaya dalam kalangan
murid. Antara ciri murid yang boleh dinilai
sebagai seorang yang kreatif dan inovatif
adalah seperti berikut:
kebolehan untuk menghasilkan atau
mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan
mencapai sesuatu objektif
kebolehan untuk menggunakan daya
imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif
kebolehan untuk menghasilkan idea yang
tulen, asli atau baru
kebolehan meneroka bidang & teknologi
baru
kebolehan mencari jawapan yang bukan
konvensional
kebolehan mencerna idea bagi
menyelesaikan tugasan
kebolehan mencari penyelesaian
berdasarkan penaakulan imaginasi & visualisasi

Guru perlu memahami hasrat KSSR dan
berupaya mentafsir dan menterjemahkan
kandungan kurikulum sewaktu proses P&P.
Dalam konteks ini, guru perlu mengambil kira
keperluan murid yang mempunyai latar
belakang berbeza, kecerdasan yang pelbagai
dan lokasi sekolah untuk disesuaikan dengan
kandungan kurikulum. Guru boleh
menggunakan pelbagai pendekatan bagi
memastikan murid mencapai standard yang
telah ditetapkan bagi setiap mata pelajaran.

Dalam KSSR, bagaimana guru dapat
menonjolkan unsur kreatif dan kritis pelajar
melalui P&P?
Guru perlu menggunakan pendekatan seperti
berikut:
Inkuiri penemuan
Penyelesaian. masalah
Konstruktivisme
Kontekstual
Pengajaran Berasaskan Masa Depan
Pembelajaran Berasaskan Projek

Pendekatan pengajaran. bersifat 'hands-on" dan
"experiencial learning" yang dilaksanakan oleh
guru di dalam kelas dapat menonjolkan
kemahiran menaakul untuk meningkatkan
keberkesanan murid membuat interpretasi,
analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan
kesimpulan serta, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah. Apakah kriteria yang
digunakan untuk mengukur kreativiti
pelajar? Antara, kriteria murid yang boleh dinilai
sebagai seorang yang kreatif dan Inovatif adalah
seperti;
kebolehan untuk menghasilkan atau
mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan
mencapai sesuatu objektif
kebolehan untuk menggunakan daya
imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif
kebolehan untuk menghasilkan idea, yang
tulen, asli atau baru
kebolehan meneroka bidang & teknologi
baru
kebolehan mencari kebolehan mencema
idea bagi menyelesaikan tugasan
kebolehan mencari penyelesaian
berdasarkan penaakuIan imaginasi & visualisasi

Bagaimana KSSR dapat memupuk
kepimpinan dan sahsiah diri pelajar sama
ada melalui kurikulum mahu pun
kokurikulum?

Tunjang Keterampilan Diri dalam KSSR (rujuk
gambarajah Reka Bentuk KSSR) memastikan
murid dididik dan dibimbing agar memiliki daya
kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui
kurikulum dan aktiviti kokurikulum.




Gambarajah
Rekabentuk KSSR


Apakah persiapan yang telah dilakukan
untuk melaksanakan KSSR? Sudahkah guru-
guru yang terbabit dilatih?

KPM menjalankan pelbagai strategi dan
persiapan bagi memastikan KSSR dapat
dilaksanakan sebagaimana dihasratkan. Antara
strategi yang dijalankan adalah seperti berikut:-

Kursus Orientasi KSSR kepada:
Jurulatih Utama - semua mata pelajaran
Guru mata pelajaran

Kursus Pendedahan KSSR
Guru Besar dan pentadbir sekolah
Jabatan Pelajaran Negeri, PPD
Bahagian KPM IPGM, BPG, BPSH, JNJK,
IAB, LPM, BBT

Penyebaran Umum kepada; ibu bapa,
masyarakat, NGO & Warga Pendidik.
Strategi yang akan dijalankan untuk
pendedahan masyarakat umum, ialah:

Interaksi Bersemuka seperti Perayaan Hari
Guru, Perhimpunan Kebangsaan Guru
1Malaysia, Hari temu Pelanggan, Program Jom
Heboh TV3, Pameran Dan Taklimat seperti:
Teknologi Maklumat dan Komunikasi: laman
web KSSR, laman web BPK
Media Cetak: akhbar, majalah, iklan
Media Elektronik: ASTRO, RTM, TV3
Penerbitan bahan: brosur, buku
penerangan, cd


Penilaian Kemahiran
Bahasa - INTERAKSI
MINGGU 9
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
(KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTUR, MEMBACA DAN MENULIS)
PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

A) Penilaian Kemahiran Lisan
Kemahiran lisan melibatkan dua
kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar
dan kemahiran bertutur.
Kemahiran mendengar
=Kemahiran paling asas
=Berlaku pada peringkat penerimaan
=Murid yg telah menguasai kemahiran ini
mampu bertutur, memahami, dan mentafsir
apa yg didengar.
Kemahiran bertutur
=Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2
artikulasi
=Peringkat penglahiran
=Perlu ditiru & diajuk
=Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah,
tp model bahasa baik tidak semestinya
menjamin ajukan yg baik.

Tujuan kemahiran lisan :
1. Menyebut perkataan / ayat dgn betul
2. Melatih murid mendengar &
memahami pertuturan org lain.
3. Untuk berinteraksi dgn org lain
(menyampaikan perasaan, kehendak,
dll).
4. Melatih murid agar berkeyakinan &
percaya kpd diri (berani bercakap,
menyatakan perasaan dan kehendak)
5. Membolehkan murid bertutur
menggunakan ayat yg tersusun,
perkataan yg sesuai, & perbendaharaan
kata yg luas.
Kemahiran-kemahiran yang boleh
1. Bertutur dgn tenang menggunakan
gaya yg betul
2. Bertutur dgn nada, intonasi, &
sebutan yg betul.
3. Mendengar dgn baik, memahami
perkara yg didengar, & menghormati
pertuturan org lain.
4. Bercerita & membuat laporan
menggunakan bahasa yg menarik &
betul.
5. Berkebolehan memberi arahan dgn
berkesan.
6. Mengunakan bahasa yg baik
mengikut situasi.
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui
aktiviti seperti yang berikut:
1. bacaan kuat
2. syarahan
3. perbahasan
4. bercerita
5. perbincangan
6. hafazan
7. temu bual
8. soal jawab
9. nyanyian
10. deklamasi sajak
11. mendengar dan memberi respon
secara lisan
Penilaian lisan membolehkan guru :
1. mengesan kemajuan dan pencapaian
murid dalam kemahiran mendengar dan
bertutur secara gramatis.
2. mendapat maklumat serta-merta
tentang pengetahuan dan kefahaman
murid.
3. mengesan kebolehan murid dalam
kemahiran membaca dan menghafaz.
4. mengesan kelancaran dalam sebutan.
5. mengesan amalan dan sikap murid
secara serta merta.
Instrumen penilaian lisan boleh
dipelbagaikan merangkumi soalan dan
aktiviti yang memerlukan respon murid dalam
bentuk lisan.
Cth : PLBS
menyediakan instrumen
1. soalan, pernyataan, ilustrasi dan
bahan rangsangan perlu jelas dan mudah
difahami.
2. aktiviti/bahan boleh merangsang
murid mengeluarkan idea.
3. pelbagai bentuk soalan seperti soalan
bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
4. aras kesukaran perlu sesuai dengan
kebolehan murid.


Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan
maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek yang boleh dinilai ialah :
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap


C ) Penilaian kemahiran membaca
penggunaan bahasa yang tepat.
kelancaran berbahasa yang baik.
penggunaan intonasi yang betul.
sebutan dan jeda yang tepat.
B) PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS


Penilaian secara penulisan melibatkan
aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan
dan hasil penulisan murid seperti
Karangan
Laporan projek/kerja kursus/folio
Latihan dan ujian bertulis
Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf
atau carta.
Instrument penilaian menulis. Digunakan
untuk mengesan kemahiran bahasa dan
perkembangan intelek murid yang meliputi
kemahiran seperti yang berikut :
Kemahiran menulis
Menyusun idea
Penggunaan tanda baca
Perbendaharaan kata
Mengaplikasi
Mentafsir Menilai
Perlu diingat, dalam menyediakan
soalan-soalan yang sahih, perkara berikut
perlu diambil kira :
Soalan menepati kemahiran yang hendak
diuji
Bahasa yang digunakan jelas dan mudah
difahami
Bilangan soalan sesuai dengan masa yang
diperuntukkan.
Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
Skema pemarkahan disediakan
Bentuk item
1. Bentuk Item Objektif
2. Bentuk Item Subjektif
Mengesan serta merta
-Tujuan mengesan penguasaan hasil
pembelajaran dgn serta-merta semasa
pengajaran harian
-Contoh : Menilai kefahaman dan
pengetahuan serta kemahiran berbahasa
melalui hasil kerja murid.
-Bagaimana ? (Dirancang jika perlu, individu
@ kumpulan, tiada instrumen khusus )
-Merekod & Melapor : (Perlu direkod dan
dilaporkan jika perlu )
-Tindakan Susulan : (Perlu tindakan serta-
merta seperti; bimbingan, teguran, nasihat
dan pujian)
mengesan kemajuan
-Tujuan mengesan kekuatan dan
kelemahan selepas beberapa pembelajaran
-Bagaimana? (Perlu dirancang, individu @
kumpulan, gunakan instrumen seperti -
lembaran kerja dan ujian bertulis )
-Merekod & Melapor (perlu direkod dan
dilaporkan jika perlu

-Tindakan Susulan (Perlu tindakan susulan )
-Contoh : menilai laporan bertulis dan menilai
murid melalui ujian: objektif @ subjektif
mengesan pencapaian

-Tujuan mengesan pencapaian selepas
beberapa pembelajaran
-Bagaimana? (Perlu dirancang, secara
individu, gunakan ujian bertulis)
-Contoh : Melalui ujian bertulis seperti ujian
objektif dan subjektif
-Tindakan susulan (Harus diambil jika perlu )
-Merekod & melapor (Perlu direkod dan
dilapor )
Penilaian penulisan dilakukan dengan
menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau
carta.

Kemahiran yang diukur dalam kemahiran
menulis ialah :
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan
Anda mungkin juga meminati:
TAKSONOMI DAN DOMAIN -
INTERAKSI MINGGU 2
Kaedah Penilaian Bahasa - INTERAKSI
MINGGU 6, 7 DAN 8
Jenis Penilaian Bahasa - INTERAKSI
MINGGU 5
Pengertian dan Konsep Pentaksiran,
Pengujian dan Penilaian - INTERAKSI
MINGGU 1

KEMAHIRAN LISAN,
KEMAHIRAN
MEMBACA,
KEMAHIRAN
MENULIS
Objektif mengajar kemahiran mendengar dan
bertutur

Objektif kemahiran bertutur

(a) menyebut dengan jelas;

(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;

(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu
huraian dengan tepat;

(d) memberi penerangan dan al asan;

(e) menunjuk arah;

(f) membina soalan untuk mencari maklumat;

(g) bertemu ramah;

(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;

(i) bertutur secara bertatasusila; dan

(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan
sesuai dengan pendengar dan situasi.


Objektif kemahiran mendengar

(a) memperoleh idea;

(b) mencari isi-isi penting;

(c) melakukan arahan/ tindak balas;

(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan
tidak berhubungan;

(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;

(f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,

(g) mengenal pasti mood penutur, suasana, dan
keadaan/ konteks, dan

(h) mengesan pengaruh penutur sama ada
menggunakan logik atau propaganda,

iaitu seperti memberi yang baik sahaja,
menggunakan nama orang-orang

terkemuka atau mengulang sebut apa yang
diperkatakan.


Faktor yg mempengaruhi tahap penguasaan
kemahiran mendengar dan bertutur

Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi
pertuturan iaitu :-

a)Faktor Kecerdasan: Ini bermaksud kecerdasan
otak yang dihubungkan dengan kemampuan
menghasilkan bahasa.

b)Faktor Kesihatan: Ini bermaksud jika seseorang
kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di
masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan
terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan
sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan
bercakap.

c)Faktor Fizikal: Pertuturan biasanya terhasil
daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara
fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak
lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu
tidak boleh bertutur dengan baik.

d)Faktor Alam Sekeliling: Biasanya faktor taraf
sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh
mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.

e)Faktor Jantina: Melalui kajian-kajian yang telah
dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih
dahulu bercakap daripada kanak- kanak lelaki. Ini
disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-
kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf
pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada
kanak-kanak lelaki.

Faktor mempengaruhi kemahiran mendengar:

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
kemahiran mendengar.

Antaranya ialah faktor fizikal. Kanak-kanak normal
mempunyai deria pendengaran yang semula jadi
sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini
berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai
pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya
walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat
pendengaran.

Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat
perbezaan kemahiran antara mendengar antara
kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya
kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun
lebih lemah kefahaman mendengar berbanding
dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya
dengannya.

Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Letar
belakang keluarga, termasuk kemudahan di rumah
dan interaksi antara ahli-ahli keluarga
mempengaruhi kebolehan mendengar kanak-kanak.
Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi
emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu
emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan
sepenuhnya terhadap apa yang didengar.

Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa
mendengar biasanya seseorang itu diganggu oleh
pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh
mempengaruhi kebolehan mendengarnya.

Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor
mental. Kemahiran mendengar berkait rapat
dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu
yang didengar melalui deria telinga akan melalui
proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap
pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi
kecekapan mereka mendengar.


Faktor yg perlu diambil kira sebelum membina
bahan P&P

1. Kemahiran yang ingin diajarkan.
2. kandungan pelajaran
3. tujuan utama ABM tersebut di bina
4. kepelbagaian fungsi ABM
5. ABM kekal, tidak mudah rosak dan mesra murid

Murid dikehendaki melaporkan sesuatu
peristiwa. Bagaimanakah caranya menyusun
mengikut urutan?

1)kronologi (masa atau peristiwa)

2) keutamaan atau kepentingan

3) kata tanya (siapa,apa, dimana, bagaimana n
mengapa)

4) kategori atau ciri


Nota tentang bacaan mentalis, mekanis, intensif
dan ekstensif.

Bacaan Mentalis

Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan
dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada
maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan
bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan
mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan
dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan
yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam
bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan
sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan
kecekapan bacaan mekanis.

Tujuan

(a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh
membaca dengan sendiri.

(b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh
membaca dan memahami apa yang dibacanya,

(c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap
dengan pantas.

(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca
senyap untuk mendapatkan pengetahuan.

(e) Dapat menggunakan kemahiran membaca
mentalis untuk hiburan.


Aktiviti bacaan mentalis

(a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.

(b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-
peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan
senang kepada bahan-bahan yang banyak dan
susah.

(c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan.
Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan
memandu murid-murid yang lemah.

(d) Guru bersoal jawab dan membincangkan
perkataan dan rangkai kata yang susah.


Bacaan Mekanis

mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan
tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang,
dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca
yang betul dengan menggerakkan alat-alat
pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan
di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas
permulaan. Gunanya adalah untuk latihan teknik
supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-
bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak
irama yang sempurna.


Tujuan

Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan:

(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan
cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan jelas.

(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan
irama membaca yang betul.

(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur
bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga
apabila menggunakan kamus.

(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan
tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada
tempat-tempat berhenti yang betul.

(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam
mata-mata pelajaran yang lain.

(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai
kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.

(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang
pelbagai.

(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.

(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan
bacaan.


Aktiviti bacaan mekanis

Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis;

(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa
khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan
umur murid-murid.

(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid
dengan perkataan-perkataan dan rangkai kata yang
susah sama ada dari segi sebutan atau makna
perkataan-perkataan itu.

(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid
menyemak bacaan guru.

(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut.
Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.

(e) Guru memandu murid-murid membaca secara
individu bergilir-gilir.

(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan
murid-murid mengenai isu bacaan untuk menguji
kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan
dan bertulis.


Bacaan intensif

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya
bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam
meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja
yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia
memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan
penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu
dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-
latihan bacaan intensif biasanya memerlukan
bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru
terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh murid-murid.


Konsep

(a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang
dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi
perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di
bawah pimpinan guru.

(b) Ia memberi asas untuk pengajar memberi
penjelasan atau keterangan mengenai struktur
yang sukar dan juga memberi asas untuk
memperkembangkan perbendaharaan kata.

(c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri
tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan
pengertian menurut kamus yang ditemui oleh
pelajar dalam bacaannya.

(d) Ia mengembangkan lagi usaha mengawal
penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.

(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap
amat penting.


Tujuan

(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca
dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi,
lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan
dengan baik.

(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir
apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan
mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian
dalam kamus.

(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan
yang sewajarnya.

(d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi
daripada bahan-bahan yang dibaca.

(e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-
unsur estetik dalam bahasa.

(f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-
bagai.

(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada
apa yang dibaca dan sebagainya.


Aktiviti bacaan intensif

(a) Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah
dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar dalam
kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya
dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.

(b) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan
kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa.

(c) Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap
hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan
dengan menggunakan imbuhan, hari kedua latihan
perkamusan, hari ketiga latihan meneka maksud
mengikut konteks, hari keempat membaca
dengan laju dan sebagainya.

(d) Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif
boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk
salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan
bertulis.

(e) Segala kajian harus dibuat secara mendalam.


Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang
menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang
dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya
memberi tumpuan kepada beberapa aspek
terutamanya menitikbemtkan aspek pengukuhan
asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan
menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan
membaca, membina dan mengukuh minat
membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.
Mengikut kebiasaannya, melalui bacaan ekstensif
ini murid akan dapat kepuasan dan keseronokan di
samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.


Nota tentang pendekatan induktif, deduktif,
eklektik dan komunikatif

Pendekatan induktif bermula dariapada spesifik
kepada umum . Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson
(1960), pendekatan induktif dimulakan dengan
sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah
sesuatu generalisasi. Pendekatan Induktif
melibatkan pengumpulan dan pentafsiran
maklumat-maklumat yang kemudiannya setiap
maklumat ini akan berubah kepada kesimpulan.
Murid dibimbing oleh guru bagaimana untuk
berfikir, mengkaji, mengenalpasti seterusnya
mentafsir maklumat untuk membuat
generalisasi/kesimpulan. Pengajaran dan
pembelajaran melibatkan seseorang guru boleh
membanu pelajar menguasai konsep atau
generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-
contoh yang diperoleh. Selain dalam matapelajaran
Bahasa Melayu, matapelajaran lain juga
menggunakan pendekatan ini iaitu seperti
matapelajaran Matematik dan Sains banyak
menggunakan pendekatan induktif.

Menurut B.Seaton(1982), pembelajaran melalui
pendekatan ini disamakan dengan seorang murid
mengalami proses mental yang mana ia memerhati
peristiwa tertentu untuk memperoleh satu
kesimpulan. Antara prinsip-prinsip penggunaan
pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-
contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah sebagai rujukan kepada
murid untuk lebih memahami apa yang cuba
disampaikan oleh guru. Setiap guru boleh
menggunakan gambar, video ataupun hasil karya
dalam penyampaian maklumat kepada murid-
murid. Murid-murid juga digalakkan
mengemukakan contoh-contoh yang diketahui oleh
mereka semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Selain itu, soalan-soalan
akan disediakan untuk membimbing murid
membuat kesimpulan. Soalan-soalan ini adalah
berkaitan dengan contoh-contoh yang telah
dipertunjukkan kepada murid-murid. Sebagai
contoh, Bagaimanakah anda menghadapi situasi
banjir di rumah?. Seterusnya, guru perlu
memberikan peluang kepada pelajar untuk
memerhati dan menganalisis contor agar
generalisasi dapat dibuat. Untuk lebih
memudahkan murid menguasai peraturan-
peraturan umum yang diperoleh daripada fakta
ataupun contoh khusus, guru perlulah merancang
aktiviti berkisar daripada contoh yang telah
diberikan. Secara umumnya, jenis pendekaran
induktif digunakan bergantung pada hasil
pembelajaran yang diinginkan.

Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran
yang bermula daripada umum kepada spesifik.
Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran
dimana pelajar bermula dengan hukum yang umum
dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi
Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar
yang kompleks kerana murid perlu memperolehi
kefahaman yang mendalam /mencukupi serta
berupaya memilih rumus, hukum, teorem,
peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk
diaplikasi pada contoh-contoh khusus.

Pendekatan ini mengasaskan pengajaran dan
pembelajaran murid kepada hukum-hukum atau
tertentu. Pendekatan ini bermula dengan melihat
hukum-hukum atau mempelajari peraturan
tertentu dan dari sini pembelajaran akan
diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum
melalui contoh atau mengaplikasikan peraturan
yang telah diberikan. Secara ringkasnya, seorang
guru akan mengemukakan satu konsep, hukum atau
kesimpulan dengan menerangkan definisi sebelum
memberikan beberapa contoh untuk memperjelas
kefahaman. Pelajar perlu menaakul untuk
mendapatkan contoh tertentu daripada peraturan
umum.

Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih
kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik
daripada pendekatan tersebut dan
menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan
dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif
dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas
yang mempunyai pelajar pelbagai kebolehan. Ada
kala kaedah induktif lebih sesuai digunakan untuk
segelintir murid manakala ada pula murid yang
akan memahami dengan jelas melalui kaedah
deduktif.

Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P
dengan memberikan contoh dan diikuti dengan
kesimpulan. Selain itu, proses pengajaran dan
pembelajaran boleh diakhiri dengan memberikan
contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih
menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru
memulakan pelajaran dengan memberikan
peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh
dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang
peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan
deduktif. Strategi pengajaran menggunakan
pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua
cara iaitu mirip kepada pendekatan induktif
ataupun P&P yang lebih mirip kepada pendekatan
deduktif. Pendekatan ini banyak digunakan dalam
pengajaran Sains danMatematik. Guru boleh
mengaplikasikan strategi Pusatan guru, Pusatan
murid, Pusatan bahan dalam P&P. Kebanyakkan
guru akan menggunaka pendektan ini dalam aktiviti
pemulihan dan pengayaan.

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan
yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada
bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta
maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini
berlaku dalam amalan masyarakat sehari-harian.
Melalui pendekatan ini, penekanan tentang
penyerapan bentuk gramatikal adalah untuk tujuan
komunikasi.Pendekatan ini wujud kerana
pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan
bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang
betul secara pencilan yang terkeluar daripada
konteks wacana. Hasilnya, pekajar tidak akan
menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan
komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat
membuat pemilihan struktur ayat yang betul
mengikut konteks bahasa.

Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif ini adalah
berkaitan dengan pengetahuan murid dalam
aktiviti yang akan dilakukan . Setiap guru haruslah
merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid
dapat menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks
wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang
melampaui batas ayat agar pelajar dapat
berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa
lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu
seperti perbualan dalam kehidupan sehari-harian.

Kebolehan pelajar melibatkan diri dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam
bilik darjah merupakan kehendak standard untuk
setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam
masyarakat moden dan demokratik.Kita harus
melahirkan pelajar sebagai pemikir berkesan dan
ini merupakan matlamat penting dalam dunia
pendidikan. Jika kita inginkan murid bertidak
secara efektif dalam setiap aktiviti yang
dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan
pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Bacaan skimming

Bagaimana Melakukan skimming?

Skimming dilakukan dengan cara membaca judul
bab, sub bab, dan beberapa alinea pertama dalam
setiap bab-nya. Jika buku tersebut memuat
kesimpulan dalam tiap bab, maka anda dapat pula
membaca sekilas ringkasan tadi.

Fungsi skimming adalah mendapatkan idea utama
tentang topik bacaan, bukan detailnya. Jadi
skimming dapat dikatakan berhasil jika anda boleh
mendapatkan idea pokok dan boleh membayangkan
apa yang dibahas dalam keseluruhan isi buku
secara umum.

Proses skimming ini sangat berharga sebelum anda
membaca secara mendalam halaman demi
halaman. Dengan skimming anda mempersiapkan
otak untuk menghadapi bahan bacaan yang
sesungguhnya. Selain itu skimming juga berguna
menciptakan rasa ingin tahu, memastikan apakah
buku yang akan dibaca sesuai dengan yang
diharapkan, dan mendapatkan pokok cerita.

Fungsi Skimming

Selain untuk melakukan pembacaan sekilas,
skimming juga berguna dalam banyak proses
membaca lainnya. Adapun beberapa alasan
mengapa skimming dapat dilakukan tanpa harus
terlalu khawatir kehilangan makna adalah:

-Kebanyakan kalimat hanya memiliki beberapa kata
penting yang menjadi pembentuk strukturnya.
Dengan menghilangkan kata-kata lain yang tidak
terlalu penting, maka makna kalimat sudah dapat
ditangkap tanpa harus kehilangan makna
sesungguhnya. Pada kesempatan yang akan datang
saya akan membahas hal ini yang dikenal pula
dengan nama telegraphic reading.

- Dalam bahan bacaan yang cukup tebal, tidak
semua bahagian memiliki tingkat kesulitan yang
sama. Ada bahagian tertentu yang memang relatif
lebih ringan dan mudah dipahami dibandingkan
dengan bagian yang lain. Bahagian yang ringan
dapat dibaca dengan sangat cepat lewat skimming
sedangkan bagian yang lebih sulit dibaca secara
lebih lengkap dan teliti.

- Ada kata-kata tertentu yang sangat penting dan
berperan dalam membentuk struktur kalimat yakni
subjek dan predikat. Masing ingat pelajaran bahasa
Indonesia dulu? Subjek-Predikat-Objek-Keterangan
(SPOK)? Dengan menguasai struktur kalimat dalam
bahan bacaan dan menguasai terutama Subjek dan
Predikat, maka inti bacaan sudah dapat dikenali.
Karena itu, berfokuslah pada kata benda dan kata
kerja. Selain itu, kuasai pula kata-kata penghubung
yang bisa mengubah makna kalimat secara nyata
jika kata-kata tersebut dihilangkan. Kata-kata
tersebut antara lain: tidak, bukan, meskipun, akan
tetapi, sebaliknya, pada sisi yang lain, dst.

Proses Skimming

Karena skimming berguna untuk mendapatkan
gambaran umum suatu bahan bacaan, maka perlu
koordinasi yang baik ketika melakukan skimming
dengan otak yang aktif bertanya, menganalisa,
membandingkan, serta membuat kesimpulan.

Oleh karena itu, jangan dianggap skimming seperti
membaca sambil lalu. Sebaliknya, dibutuhkan
proses membaca aktif di mana semua indera yang
terlibat bekerja, mulai dari mata, otak, bahkan
indra lain seperti penciuman dan pendengaran.
Membaca aktif adalah ketika Anda seolah-olah
masuk ke dalam bahan bacaan itu sendiri dan bisa
mendengar, mencium serta merasakan apa-apa
yang dituliskan.


Berikut adalah bagian-bagian penting yang perlu
diperhatikan ketika melakukan skimming:

Baca cover atau jacket buku yang biasanya
menjelaskan tema besar buku tersebut dan
mengapa buku tersebut penting buat Anda

Baca kata pengantar. Banyak orang malas
membaca pengantar karena dianggap basa-basi.
Hal tersebut keliru. Kata pengantar seringkali
sangat penting karena penulis biasanya
menjelaskan proses penulisan buku tersebut dari
awal sampai selesai serta pendekatan yang
digunakannya. Dari kata pengantar Anda bisa
mendapat gambaran apakah buku yang sedang
dipegang memang layak untuk dibaca sampai
selesai atau sebenarnya tidak penting buat Anda.
Bagian yang berupa ucapan terima kasih,
penghargaan dan sejenisnya bisa dilewatkan.

Baca daftar isi. Ya, banyak orang juga melewati
bagian ini dan langsung melompat ke bab pertama.
Ingat, daftar isi memberi gambaran struktur
pembahasan dalam buku. Ini akan membantu Anda
menguasai bahan bacaan dalam konteks yang besar
dan lengkap. Selain itu, tidak setiap bab penting
untuk dibaca. Ada bab-bab yang bisa jadi sudah
Anda pahami dari buku-buku yang pernah dibaca
sebelumnya sehingga bisa dilewatkan atau dibaca
sekilas saja. Energi yang lebih besar nantinya dapat
difokuskan pada informasi baru yang memang perlu
Anda kuasai dari bahan bacaan tersebut.

Baca judul bab, sub judul dan heading. Amati
diagram, gambar dan keterangan tambahan. Secara
cepat baca setiap halaman hanya 1-2 detik saja.
Baca judul bab, sub judul, heading serta amati
secara singkat gambar atau diagram yang menjadi
penjelas bab tersebut. Dapatkan ide pokok hanya
dari judul tadi. Ingat, Anda juga telah menguasai
struktur penulisan ketika mempelajari daftar isi
sebelumnya.


Kaedah ini mementingkan membunyikan bunyi-
bunyi bacaan dan bunyi ayat melalui gambar.
Apakah nama kaedah tersebut.

Kaedah pandang sebut - kaedah membunyikan
perkataan dan membunyikan ayat melalui gambar


Tujuan teknik KWLH

1) Tujuan teknik KWLH ialah membaca secara kritis

2) mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan
perkara yang dibaca.

3) mengaitkan minat membaca perkara-perkara
yang hendak diketahui.

4) mengenal pasti perkara-perkara yang sudah
dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang
perlu diketahui lagi.

5) meningkatkan pemahaman pembaca berkenaan
sesuatu bahan yang dibaca.



Tujuan objektif pengajaran di dalam kelas.
Tujuan guru mengajar:

Tujuan objektif pengajaran :

1) menyedarkan semua pihak yang terlibat dalam
pendidikan bahawa segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan itu tidak dilakukan
secara sambil lewa atau sewenang-wenangnya.

2) Objektif pengajaran menggariskan dengan jelas
arah pengajaran dan memberi panduan kepada
penggubal soalan peperiksaan dari segi bentuk dan
kandungannya.

3) membantu guru mengenalpasti apa yang hendak
diajar dan memandu mereka dalam membuat
pemilihan kaedah/strtegi pengajaran-
pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan
teknologi pendidikan yang sesuai digunakan.

4) memberi asas kepada guru dalam menilai
pelaksanaan rancangan pengajaran, keberkesanan
pengajaran dan pencapaian (prestasi) pelajar-
pelajar, memberi asas kepada guru dalam
melaksanakn pengajaran pemulihan atau
penggayaan kepada pelajar-pelajar yang
memerlukannya.

5) menyedarkan pelajar-pelajar tentang apa
yangdiharapkan dicapai oleh mereka pada akhir
pembelajaran, justeru diharap mereka akan lebih
peka dalam mempertingkatkan pembelajaran.


Tujuan penentuan langkah:

-Mengurangkan pembaziran masa

-Memfokuskan guru kepada bidang diajar dan isi
yang cukup dalam tempoh waktu yang
diperuntukkan;

- Membolehkan guru menghadapi murid dengan
yakin dan

-Membantu guru mengingati isi pelajaran yang
disampaikan.


Binaan instrument penilaian (ujian
&peperiksaan)

Penilaian pendidikan adalah proses pengumpulan
dan pengolahan informasi untuk menentukan
pencapaian hasil belajar peserta didik. Untuk itu,
diperlukan standar penilaian. Standar penilaian
pendidikan adalah standar nasional pendidikan
yang berkaitan dengan mekanisme, prosedur, dan
instrumen penilaian hasil belajar peserta didik.

Tulisan tentang Standar Penilaian Pendidikan ini
saya dasarkan pada lampiran permendiknas
20/2007. Ada 4 (empat) tulisan/judul posting yang
merupakan satu rangkaian:

Jenis Penilaian

Prinsip Peniliaian

Teknik dan Instrumen Penilaian

Mekanisme dan Prosedur Penilaian


Teknik dan Instrumen Penilaian

1. Penilaian hasil belajar oleh pendidik
menggunakan berbagai teknik penilaian berupa tes,
observasi, penugasan perseorangan atau kelompok,
dan bentuk lain yang sesuai dengan karakteristik
kompetensi dan tingkat perkembangan peserta
didik.

2. Teknik tes berupa tes tertulis, tes lisan, dan tes
praktik atau tes kinerja.

3. Teknik observasi atau pengamatan dilakukan
selama pembelajaran berlangsung dan/atau di luar
kegiatan pembelajaran.

4. Teknik penugasan baik perseorangan maupun
kelompok dapat berbentuk tugas rumah dan/atau
proek.

5. Instrumen penilaian hasil belajar yang digunakan
pendidik memenuhi persyaratan (a) substansi,
adalah merepresentasikan kompetensi yang dinilai,
(b) konstruksi, adalah memenuhi persyaratan
teknis sesuai dengan bentuk instrumen yang
digunakan, dan (c) bahasa, adalah menggunakan
bahasa yang baik dan benar serta komunikatif
sesuai dengan taraf perkembangan peserta didik.

6. Instrumen penilaian yang digunakan oleh satuan
pendidikan dalam bentuk ujian sekolah/madrasah
memenuhi persyaratan substansi, konstruksi, dan
bahasa, serta memiliki bukti validitas empirik.

7. Instrumen penilaian yang digunakan oleh
pemerintah dalam bentuk UN memenuhi
persyaratan substansi, konstruksi, bahasa, dan
memiliki bukti validitas empirik serta menghasilkan
skor yang dapat diperbandingkan antarsekolah,
antardaerah, dan antartahun.


Tujuan penulisan (sebab guru mengajar di
sekolah)

Terbahagi kepada 2

1. Tujuan serta merta
2. Tujuan lanjut

TUJUAN SERTA MERTA

1. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi
membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik,
cekap dan pantas

2. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-
perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat
dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca

3. Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan
cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau
mebaca buku-buku luar untuk menambahkan lagi
isi bacaannya.


TUJUAN LANJUT

1. Meluaskan pengetahuan, pengalaman,
perhubungan dan matlamat menerusi penulisan
2. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran,
pengalaman dan perasaan
3. Menyediakan mereka dengan pengetahuan


Matlamat utama penulisan

Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras
yang tepat , serta memperlihatkan pertautan idea
dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang
kritis dan analitis.


Tujuan menulis karangan

Tujuan Mengarang

Tujuan utama menulis atau mengarang adalah
sebagai sarana komunikasi tidak langsung. Tujuan
menulis banyak sekali ragamnya. Tujuan menulis
secara umum adalah memberikan arahan,
menjelaskan sesuatu, menceritakan kejadian,
meringkaskan, dan menyakinkan (Semi, 2003:14-
154). Menurut Syafieie (1988:51-52), tujuan
penulisan dapat diklasifikasikan sebagai berikut.

1) mengubah keyakinan pembaca;

2) menanamkan pemahaman sesuatu terhadap
pembaca;

3) merangsang proses berpikir pembaca;

4) menyenangkan atau menghibur pembaca;

5) memberitahu pembaca; dan

6) memotivasi pembaca.

Selain itu, Hugo Harting (dalam Tarigan, 1994:24-
25) mengkalasifikasikan tujuan penulisan, antara
lain tujuan penugasan (assingnment purpose),
tujuan altruistik (altruistic purpose), tujuan
persuasi (persuasive purpose), tujuan penerangan
(informational purpose), tujuan penyataan (self-
expressive purpose), tujuan kreatif (creative
purpose), dan tujuan pemecahan masalah
(problem-solving purpose).

Tujuan-tujuan penulisan tersebut kadang-kadang
berdiri sendiri secara terpisah, tetapi sering pula
tujuan ini tidak berdiri sendiri melainkan
merupakan gabungan dari dua atau lebih tujuan
yang menyatu dalam suatu tulisan. Oleh karena
itu, tugas seorang penulis tidak hanya memilih
topik pembicaraan yang sesuai atau serasi, tetapi
juga harus menentukan tujuan yang jelas.
Penentuan tujuan menulis sangat erat
hubungannya dengan bentuk atau jenis-jenis
tulisan atau karangan.


Tujuan ejaan diajar:

1. Dapat melatih murid-mrid mendengar perkataan
dengan baik dan menulisnya dengan tepat
2. Dapat melatih dan meningkatkan pengamatan
murid-murid melalui deria telinga
3. Dapat melatih murid-murid menulis melalui
pendengaran dan bukan melalui peniruan
4. Melatih murid-murid mengenali dan
mempertingkatkan kepekaan mereka terhadap
perkataan-perkataan tertentu
5. Meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap
makna atau konteks perkataan dan boleh
menggunakannya dalam konteks situasi yang betul
6. Menigkatkan perbendaharaan kata murid-murid


Kaedah mengeja yang betul


i) Kaedah mengeja

-mengeja dan membatang suku kata seperti b, a, =
ba; t, u = tu. Kemudian suku-suku kata ini
digabungkan menjadi perkataan, misalnya ba, tu =
batu.

- Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u
= batu


ii) Kaedah bunyi

-Membunyikan suku kata dan menyambungkan
dengan suku kata yang lain,misalnya ba, tang =
batang

-Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu
menjadikannya suku kata danakhirnya perkataan.
Misalnya ,- b (beh), a (ah) = ba- t (teh), u (uh) = tu-
ba + tu = batu


iii) Kaedah Huruf

-Kaedah ini yang tertua dijalankan dari semenjak
kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini
mementingkan mengenal nama-nama huruf dan
bunyi huruf-huruf itu

-Kaedah ini dimulakan dengan mengenal nama-
nama huruf a, b, c, d y, z,vokal dan konsonan

-Di dalam bahasa Malaysia yang dibunyikan
ialah:vokal - a, e, i, o, uvokal dan konsonan ba, be,
bi, bo, bu diftong ai, au, oi.

-Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya
menjadi suku kata, misalnya ba +tu = batu, a + ku
=aku dan sebagainya.

-Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan
seterusnya diajar membaca


iv) Kaedah Pandang Sebut

-Kaedah ini mementingkan dua perkara:-
Membunyikan perkataan atau rangkai kata
berdasarkan pengalaman melaluigambar.-
Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita



Peringkat pengajian menulis:

Peringkat pengajian menulis terbahagi kepada 3 :

a) Peringkat pramenulis (persediaan)

b) Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)

c) Peringkat untuk pelahiran


Peringkat Pramenulis

Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid
murid disediakan dengan aktiviti aktiviti menulis
sebelum mereka dapat menulis huruf huruf
dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini
latihan otot otot, tangan dan jari serta kordinasi
tangan dan mata diberi kepada murid murid dari
awal awal lagi. Keadaan ini membolehkan mereka
menguasai kemahiran membentuk lambang
lambang yang kemas, dan jelas. Pelajaran tulisan
yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik
tolak daripada aktiviti aktiiviti pramenulis yang
berbentuk bebas. Latihan latihan pratulisan ini
mementingkan perkara perkara berikut .

Melakukan latihan latihan pergerakan tangan

Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh
menulis dengan selesa dan sempurna

Melakukan latihan latihan pergerakan mata

Melakukan latihan latihan kordinasi tangan dan
mata

Contoh latihan

1) Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari
kanan ke kiri

2) Latihan mengikut garisan garisan rajah atau
gambar dari kiri ke kanan

3) Latihan latihan membentuk garisan lurus

4) Latihan membentuk bulatan di udara, di meja,
di lantai, di atas pasir tanpa menggunakan alat
tulis (lukis bulatan dari kecil ke besar)

5) Latihan melukis gambar gambar yang
mengandungi garisan garisan lurus dan bulat,

6) Latihan membentuk corak corak campuran
bulatan dan garisan lurus dan ia dilakukan dengan
bebas


Peringkat mendirikan asas (peringkat tulisan
mekanis)

Setelah murid murid menjalankan latihan
pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta
boleh duduk dengan cara yang betul. Mereka boleh
dilatih membentuk lambang lambang tulisan.
Pada peringkat awal, dicadangkan murid
membentuk huruf di kertas kosong yang tidak
mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati
memuaskan, barulah murid tersebut dilatih
membentuk huruf pada halaman yang bergaris.
Apabila murid mula membentuk huruf pada kertas
bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus
bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada
lembaran satu garis.

Contoh latihan menulis terkawal dari mula hingga
ke lembaran satu garis

1) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus
dlaam keadaan yang terkawal

2) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua

3) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris
Saturday latihan membentuk lambing tulisan
dengan cara yang betul untuk mendapat
keseragaman cara menulis bagi menghasilkan
tulisan yang seragam dan mudah dibaca.

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut, guru
haruslah memberikan perhatian kepada beberapa
perkara.

a) Kanak kanak harusdiperkenalkan pada lambang
lambang huruf dengan menggunakan gambar

b) Sebelum dilatih menulis, latihan bebas perlu
diberikan untuk membentulkan urat urat daging
kanak kanak

c) Kanak kanak menulis dengan mengeja dan
menyebut nama nama huruf

d) Menggunakan kertas, mula mula tidak bergaris
dan selepas itu barulah menggunakan buku yang
bergaris

e) Setelah kanak kanak dapat menggunakan alat
alat dengan baik, barulah dilatih menggunakan
buku dan alat alat lain yang sesuai

Contoh latihan

1) Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan

2) Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan

3) Memadankan dan menyalin dua suku kaata
supaya menjadi perkataan yang bermakna

4) Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau
petak yang dikosongkan

5) Menyalin perkataan yang mudah

6) Menyalin ayat ayat yang mudah


Peringkat Menulis untuk kelahiran

Setelah menguasai tulisan mekanis, murid- murid
patut digalakkan melahirkan fikiran mereka secara
bertulis. Cara cara yang dicadangkan ialah
bermula daripada yang terkawal iaitu berpandukan
gambar gambar dan perkataan, mengisi tempat
kosong, melengkapkan ayat ayat dan perenggan
sehingga murid murid itu boleh menghasilkan
tulisan tanpa panduan.

Contoh latihan
1) Mengisi silang kata

2) Mengisi tempat kosong dalam ayat

3) Melengkapkan ayat dengan menambahkan
rangkai kata yang sesuai

4) Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan
yang diberikan

5) Memanjangkan ayat dengan menambahkan
rangkai kata yang sesuai

6) Membentuk ayat ayat bagi menyudahkan ayat

7) Menulis ayat ayat berdasarkan gambar
gambar yang disediakan

8) Menulis jawapan jawpaan kefahaman

9) Menulis rencana daripada bahan yang
diperlihatkan

10) Menulis karangan daripada tajuk yang
disediakan (rujuk sukatan pelajaran BM sekolah
rendah)



Peringkat permulaan karangan

Sebelum membuat sesebuah karangan, kita
hendaklah memilih dan mamahamkan tajuk
karangan. Selepas itu, kita hendaklah fikirkan
tentang

a) Pengenalan

b) Isi karangan

c) Penutup


Peringkat permulaan

Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan
atau pengenalan. Dalam pengenalan ini, kita
hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau
tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau tidak
faham. Kita haruslah berusaha untuk menarik
perhatian pembaca supaya untuk terus ingin
membaca karangan itu. Pengenalan karangan
tersebut tidak perlu panjang dan memadai dibuat
secara ringkas dan secara umum sahaja.


Peringkat-peringkat Mengajar Bacaan

Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru
bahasa tertumpu kepada dua kemahiran iaitu
bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan
secara senyap (bacaan mentalis/akaliah).
Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan
kepada kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya
membaca (membaca berita). Manakala bacaan
senyap merupakan kemahiran membaca untuk
memaham dan juga kepantasan membaca petikan
sesuatu bahan.

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak
hendaklah dibuat secara berperingkat-peringkat
supaya mereka dapat menguasai kemahiran
membaca dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988)
membahagikan pengajaran bacaan kepada lima
peringkat:

i. peringkat menyediakan murid

ii. peringkat mendirikan asas

iii. peringkat melatih membaca dan memaham

iv. peringkat melatih membaca untuk hiburan atau
mencari maklumat

v. peringkat membina dan mengukuhkan sikap
gemar membaca.

Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu
persekolahan, guru perlu menyiasat terlebih dahulu
tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan
bahasa dan juga emosi murid. Pengetahuan guru
tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga
kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu
guru untuk menyediakan murid bagi pelajaran
membaca.

Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting
dalam pengajaran kemahiran membaca kepada
murid-murid. Pada peringkat ini guru perlu
menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan
juga bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang
digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan
bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan
mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan
seterusnya ayat. Pada peringkat ini juga galakan
dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara
berterusan.

Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan
memaham. Pada peringkat ini bahan bacaan yang
digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain
menekankan aspek sebutan dan kelancaran, guru
juga mula menekankan aspek pemahaman.
Kebiasaan murid membaca nyaring boleh
dikurangkan kepada bacaan senyap secara
beransur-ansur. Soalan-soalan guru berkaitan
bahan yang dibaca akan membantu murid membina
kemahiran memaham.

Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan
lancar dan seterusnya memahami isi bahan yang
dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini
untuk memilih bahan bacaan lain untuk mencari
maklumat dan juga untuk mengisi masa lapang.
Guru boleh membantu kanak-kanak dengan
mengajar mereka kemahiran mencari maklumat di
pusat sumber dan juga internet.

Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka
membaca. Sikap suka membaca hendaklah dipupuk
di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa
kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah kerap
mengadakan pertandingan membaca, pameran
buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.


Perkara yang diperlukan dalam penulisan
karangan oleh murid

Sebelum penulisan:

1. Mencari dan memahami kata kunci bagi soalan
atau tajuk karangan

2. Perancangan penulisan penyusunan isi-isi
penting serta huraian atau contoh

3. Mengetahui format penulisan karangan yang
dikehendaki


Semasa penulisan:

1. Penghuraian isi-isi penting bagi menguatkan isi
atau fakta yang hendak dinyatakan

2. Menggunakan laras bahasa yang sesuai

3. Memberikan tumpuan kepada isi-isi yang
tertinggal


Selepas penulisan:

1. Membuat semakan terhadap kesilapan
penggunaan tatabahasa kata hubung, tanda baca,
kata ganti diri dan ejaan

2. Memastikan format karangan adalah betul



Prinsip pemilihan bahan.

Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar.

Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan
pengajaran, dan prinsip-prinsip pemilihan bahan
pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut
:

1. Sesuai

Perkataan sesuai itu sendiri membawa maksud
bertepatan, di mana konsep sesuatu mata
pelajaran boleh diikuti oleh pelajar. Tajuk dan
juga keterangan berkaitan dengan mata pelajaran.
Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan
boleh difahami oleh pelajar menepati seperti yang
dikehendaki oleh kumpulan atau individu.
Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan
kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut :

a) objektif dan matlamat pengajaran bahasa

b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

c) Keadaan pelajar

d) Suasana pembelajaran

e) Minat pelajar

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sesuai
dengan matlamat dan objektif pengajaran. Oleh
itu, guru hendaklah menentukan objektif
pengajaran terlebih dahulu sebelum memilih
sesuatu bahan. Dengan objektif pengajaran yang
tertentu, guru boleh memilih bahan-bahan yang
sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian
objektif tersebut. Bahan yang dipilih juga
hendaklah sesuai dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara dan juga bersesuaian dengan
kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan situasi
tempatan.

Guru juga sepatutnya mengambil kira keadaan
pelajarnya yang datang daripada pelbagai latar
belakang pengalaman sosial, pendidikan, ekonomi,
taraf pencapaian dan sebagainya ketika
menyediakan bahan. Bahan-bahan yang sesuai
dengan segolongan pelajar, mungkin tidak sesuai
dengan segolongan pelajar yang lain. Faktor lain
adalah suasana pembelajaran, dimana bahan yang
sesuai dengan suasana pembelajaran akan
meninggalkan kesan yang baik. Elemen penting
dalam suasana pembelajaran ialah pelajar, isi
pelajaran, bahan dan guru. Dalam proses
pembelajaran pula, rangsangan yang mengarah
pada pemikiran dan seterusnya mewujudkan
tingkah laku tertentu merupakan tiga konsep yang
penting.

2. Mencabar

Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud
dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan,
pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian,
bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan
rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong
mereka untuk terus belajar.

Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran
yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah
bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada
bahan-bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut :

a) bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak.

b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks.

c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada
bahan yang mempunyai hubungan yang bersepadu.

d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum
(induktif)

e) Bahan yang umum kepada yang khusus
(deduktif)

f) Bahan yang umum kepada teori.

g) Bahan masakini kepada masa akan datang.


3. Menepati

Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai
isi kandungan bahan pengajaran yang menepati
kandungan kurikulum pengajaran. Bahan
pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan
perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses
pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu
bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah
berdasarkan ciri-ciri yang berikut:

a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan
kehendak pelajar.

b) Susunan bahan

c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang
tepat.

d) Maklumat yang kemaskini

e) Perbendaharaan kata yang sesuai

f) Bahan pengajaran yang diperakui.


4. Menarik

a) Reka letak ; peta, lukisan, carta, jadual, graf,
rajah, gambar atau kartun mestilah disusun
berhampiran dengan sesuatu maklumat yang
berkaitan. Ini akan memydahkan pelajar membuat
rujukan atau memahami sesuatu konsep.

b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai
dengan peringkat umur pelajar.

c) Ilustrasi dan bahan grafik bukan sahaja
menghiasi bahan pengajaran, tetapi berfungsi
sebagai manifestasi visual sesuatu maklumat yang
akan dapat menambah atau mengukuhkan
pembacaan pemahaman.

d) Kualiti kulit dan cara buku dijilid

e) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang
jelas.


5. Jimat dan mudah

Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu
mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya
mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan
dengan kreativiti guru contohnya dengan
menggunakan bahan terbuang.


6. Praktikal

Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran seharusnya praktikal sama ada
kepada guru atau pelajar. Bahan pengajaran
seharusnya sederhan dan mudah digunakan serta
menggunakan bentuk bahasa yang yang
berdasarkan situasi sebenar. Ini dapat membantu
pelajar menggunakan bahasa dalam komunikasi.
Selain itu, bahan tersebut seharusnya tahan lasak
jika digunakan berulang-ulang kali dan sekiranya
digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan
juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain.


7. Mudah alih

Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa
berfungsi, boleh dibawa kemana-mana dan tidak
terlalu berat atau besar.

Pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang terdiri daripada bahan-bahan
teks atau sumber-sumber lain semestinya dilihat
daripada tiga perspektif iaitu perspektif
komunikatif atau fungsional, perspektif struktural
dan perspektif kemahiran. Ketiga-tiga aspek ini
biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-murid itu
sendiri.



Kawalan bahan pengajaran bertujuan supaya
pengajaran dapat disampaikan dengan seimbang.
Mengapa perlu kawalan bahan?

Tujuannya supaya bahan-bahan pelajaran bahasa
dapat disampaikan secara berseimbangan. Ini
bermakna guru harus dapat mengawal masa dan
bahan-bahan yang hendak disampaikan sesuai
dengan satu-satu waktu mengajar yang ditentukan.

Guru harus:

Mengawal masa dan bahan-bahan yang hendak
disampaikan.

Memastikan kecukupan masa dan kesesuaian bahan
dengan waktu pengajaran.

Apa yang dirancangkan itu hendaklah dilaksanakan
sepenuhnya.

Bahan-bahan yang tidak selesai disampaikan dalam
pelajaran pertama hendaklah disempurnakan
dalam pelajaran berikutnya.

Dikawal supaya bahan-bahan tersebut tidak diajar
berulang kali.



Kesalahan yang biasa oleh murid-murid semasa
menulis karangan

Kesalahan pertama ialah kesalahan memilih tajuk.
Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana
murid tidak memahami apa yang dikehendaki oleh
soalan. Keadaan ini terjadi mungkin murid terburu-
buru menyiapkan karangan. Mereka menulis
karangan asalkan siap sahaja.

Kesalahan kedua ialah kekurangan isi. Oleh sebab
kekurangan isi, sesetengah murid menghuraikan isi
secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh
menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang
sama. Hal ini berlaku kerana murid kurang
membaca dan terhadnya pengetahuan.

Kesalahan ketiga ialah pembahagian perenggan.
Ada murid meletakkan beberapa isi dalam satu
perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak
dapat dihurai secara mendalam. Malah ada murid
menulis hanya satu perenggan untuk satu
karangan!

Kesalahan keempat ialah tidak merangka karangan.
Ada murid yang terus menulis tanpa mencari isi
terlebih dahulu. Murid yang tidak merangka bererti
murid tersebut tidak menyusun isi. Ini
menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru.
Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.
Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada
murid yang menulis sambil mengharapkan isi
datang kemudian ( terlintas di fikiran ).

Kesalahan kelima ialah kesalahan tatabahasa.
Murid perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat
penting bagi memastikan karangan mendapat A.
Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah
kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada murid
yang tidak dapat membezakan antara "pada"
dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan
"apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak
menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang
lagi murid tidak menggunakan imbuhan langsung
untuk karangannya.

Kesalahan keenam ialah kesuntukan masa. Masa
membina karangan sangat terhad. Pengurusan
masa memainkan peranan penting. Murid yang
tidak peka akan terburu-buru menyiapkan
karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk
menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor
soalan pun tidak sempat ditulis. Terdapat kes
murid yang cemerlang, hanya menjawab satu
soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah
penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi.
Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( C )
sahaja.

Kesalahan-kesalahan lain ialah seperti tidak
mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan, tidak
dapat mengenal pasti format yang diperlukan dan
Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah
( bahasa kampung / bahasa Kelantan ).


Cara berkesan menghasilkan karangan yang baik

Sebelum membuat sesuatu karangan, murid
hendaklah memilih dan memahami tajuk atau
kehendak soalan karangan itu. Selepas itu murid
fikirkanlah pula tentang Pengenalan, isi-isi dan
penutup.

Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan
atau pengenalan. Dalam pengenalan murid
hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau
tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau
faham. Murid hendaklah menarik perhatiannya
supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini
dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga
atau empat ayat. Pembukaan karangan yang
menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan
mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah
terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah
bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan
itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang
lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan
kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan
teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-
isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi
yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi,
satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan
berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti
sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu
lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini
kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan
oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada
perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak
terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan
menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi
karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat
dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik
dan banyak, murid hendaklah banyak membaca
surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah,
rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar
sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman
sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan
daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang
sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau
menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan
tersebut maka penutupnya juga hendaklah
memberi suatu kepuasan kepada pembaca.
Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan
atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup
digambarkan juga pendapat murid dengan ringkas
tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan
menamatkan karangan secara mengejut atau
tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting
dalam tiap-tiap karangan.



Kaedah pandang sebut (proses kaedah)

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan
ramai kanak-kanak tidak boleh membaca dengan
menggunakan kaedah abjad. Berpadanan dengan
namanya, kaedah ini meminta kanak-kanak
menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam
bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah
kerana pola-pola suku katanya jelas dan pola-pola
sukukata yang ada dalam bahasa malaysia ada
lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal.
Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu
jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak
kecil kita.

Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang
dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-
kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-
kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa
Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas.
Kaedah pandang dan sebut tidak memerlukan
kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan
ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan
menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga
atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya:-

ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )

ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)

bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)

Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar
kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan seperti
cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-
pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan
diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan
ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil
dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat.
Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai
ingatan foto "photographic memory" . Sebab itulah,
ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang
diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan
dikeluarkan bila masanya tiba.


Langkah pengajaran

Murid diajar menyebut seluruh perkataan
selepas guru menyebutnya dan menulisnya di
papan tulis.

Perkataan seperti meja dan cawan kemudian
dicerakinkan menjadi suku kata, seperti me ja
dan ca wan. Murid membaca suku kata.

Kemudian perkataan meja dan cawan ini
dicerkain lagi menjadi huruf. Seperti m e j a c a
w a n.

Murid mengeja dan menUlis huruf dan perkataaan

Kaedah seluruh perkataan ini sesuai untuk bahasa
yang sistem ejaannya logografik eg. Bahasa Cina
dan bahasa Mesir Tua.



Kelebihan dan kelemahan kaedah pandang sebut.

Kajian menunjukkan beberapa kelemahan dalam
kaedah ini


Kanak-kanak cuba mengcam dan membaca
perkataan dengan cara meneka dari bentuknya.
Kanak-kanak tidak dapat mengguna kemahiran
membaca perkataan yang lalu untuk attack
membaca perkataan baru.
Murid perlu mengecam dan menghafal
banyak perkataan sebelum ia boleh membaca
sesuatu cerita.

KELEBIHAN

Oleh sebab, murid-murid telah menguasai sejumlah
kosa kata, maka pengajaran prabacaan hendaklah
bermula dengan pengalaman tersebut.

Pengajaran tidak akan seronok sekiranya tidak
menghubungkan dengan pengalaman murid.

Mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan
berkesan sekiranya murid-murid telah menguasai
sejumlah perkataan.

Menurut Goodman : Pengalaman pembacaan murid
akan lebih bermakna jika yang dibacanya
merupakan sesuatu yang telah dikenali atau
diketahui mereka.


Membaca secara mekanis dan ciri
pelaksanaannya

Pembacaan mekanis adalah proses yang dapat
membantu peningkatan pencapaian akademik
murid-murid. Aktiviti membaca secara nyaring
kepada murid secara terkawal akan meningkatkan
minat murid dalam kadar masa yang segera
teruamanya dalam bidang sastera. Guru haruslah
prihatin terhadap pembacaan murid dengan cara
memerhati wajah mereka sambil mengawal
keadaan. Guru juga seharusnya pandai memilih
bahan bacaan yang menarik supaya dapat
menghadapi masalah untuk mengawal disiplin
murid. Membaca kepada murid dengan nyaring
merupakan aktiviti yang penting bagi semua
peringkat murid bermula dari peringkat pra-sekolah
hinggalah ke peringkat universiti. Aktiviti membaca
secara nyaring dapat meningkatkan suasana yang
menarik di dalam bilik darjah bagi tujuan
pembelajaran murid di sekolah.

Selain itu, bagi menambahkan minat murid untuk
membaca, guru perlulah menyediakan persekitaran
yang selesa dan dapat menggalakkan pembelajaran
murid. Ini dapat dilakukan dengan menyediakan
sudut bacaan di dalam kelas dengan pelbagai jenis
buku yang menarik. Lebih banyak buku yang
disediakan, lebih banyak peluang kepada murid
dalam membuat pilihan mengikut minat dan
kegemaran mereka. Kajian yang pernah dibuat oleh
pihak University Of Southern California
menunjukkan murid yang kurang bahan bacaan di
dalam kelas mereka memperolehi skor yang rendah
jika dibandingkan dengan murid yang memiliki
bahan bacaan yang agak banyak di sudut kelas
mereka.

Langkah seterusnya, guru melakukan bacaan
nyaring untuk pemahaman. Ketika membuat
bacaan nyaring, kemudian berhenti di tempat-
tempat tertentu untuk berbincang mengenai
sesuatu yang terdapat dalam bahan bacaan itu
sebenanya secara tidak langsung mengajar murid-
murid cara-cara membaca dengan betul dan cara-
cara untuk memahami maklumat yang terdapat
dalambahan bacaan itu. Contohnya, guru ingin
membincangkan sesuatu mengenai gambar hiasan
yang terdapat pada muka surat tertentu atau ingin
menjelaskan makna perkataan tertentu, bertanya
tentang sesuatu kepada murid, berbincang tentang
sesuatu peryataan dan sebagainya. Selain daripada
itu, terdapat tiga contoh strategi yang dapat
dilaksanakan dalam pengajaran pemahaman
membaca.

Pertama iaitu berfikir tentang cerita yang dibaca.
Guru berhenti membaca lalu meminta murid
berfikir tentang sesuatu yang berkaitan dengan
cerita tersebut seperti kemungkinan kesudahan
cerita tersebut. Kedua ialah dengan membuat peta
minda. Sambil membaca guru dan murid membuat
peta minda seperti perwatakan watak-watak
penting yang terdapat dalam bahan bacaan yang
dibaca. Sumber maklumat ditambah satu demi satu
sepanjang bacaan yang dibuat. Ketiga ialah dengan
membuat nota ringkas. Nota rigkas ini digunakan
untuk membuat ulangkaji sebelum membuat
bacaan pada bab seterusnya. Antara aspek yang
dapat dicatatkan termasukah unsur konfik atau
masalah yang terdapat dalam cerita atau bacaan
tersebut, maklumat mengenai watak-watak,
peristiwa penting, nilai,pengajaran, tema,
persoalan, gaya bahasa dan sebagainya.

Langkah seterusnya dengan penglibatan
perpustakaan. Pertama, membantu pihak sekolah
mempromosi kempen membaca serta menjadi
penyelaras dalam apa-apa program membaca yang
diadakan di sekolah dan menyediakan bahan
bacaan yang mencukupi termasuklah bahan bacaan
bagi murid-murid inklusif bermasalah penglihatan
serta membuat promosi untuk menambah ahli di
perpustakaan. Kedua, dengan menyediakan bahan-
bahan yang mencukupi terutamanya bahan dalam
bentuk komputer dan perisian yang sesuai. Ketiga,
menganjurkan program atau aktiviti untuk
membantu ibu bapa yang tidak mempunyai
kemahiran membaca, terutamanya bagi sekolah-
sekolah di luar bandar dan mendapatkan bantuan
daripada pihak luar untuk membantu dalam
menjayakan program tersebut. Keempat,
memberikan pengiktirafan atau hadiah kepada
murid-murid yang menunjukkan kecenderungan
dan minat untuk membaca bahan-bahan yang
terdapat di perpustakaan.

Pihak media juga dapat membantu dengan
memberikan ruang iklan secara percuma bagi apa-
apa iklan yang berkaitan dengan program
membaca. Secara umumnya, kanak-kanak perlu
memiliki kemahiran membaca dan menulis
selewat-lewatnya ketika mereka berada di tahun
tiga sekolah rendah. Pihak pengurusan sekolah
perlu sedar bahawa usaha yang mencabar ini tidak
mungkin dapat dilaksanakan dengan mudah tanpa
sokongan daripada masyarakat luar sekolah.

Kesimpulan, sekiranya guru kerap membuat bacaan
secara nyaring untuk murid-murid maka akan
timbul kesedaran dalam diri murid-murid bahawa
membaca itu merupakan sesuatu yang
menyeronokkan. Mereka juga sedar bahawa gambar
hiasan yang terdapat dalam bahan bacaan itu
merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan
maklumat yang hendak disampaikan. Mereka juga
memahami bahawa buku dibaca dari kiri ke kanan
dan apa yang dicetak pada buku itu melambangkan
perkataan serta setiap cerita itu terdapat
permulaan dan pegakhiran. Dengan mendengar
bacaan guru dan mengemukakan soalan, daya
pemahaman dan perbendaharaan kata mereka akan
meningkat. Begitulah pentingnya membaca bahan
bacaan secara mekanis itu penting kepada murid



Perlaksanaan membaca secara mentalis.

Aplikasi dalam kelas bacaan

Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam
pengajaran dan pembelajaran akan melakukan
perancangan dengan membuat pemeringkatan
kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh
sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-
peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan
mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan
dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku
kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan
kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat
membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai
contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru
menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh
murid sebagai bukti mereka telah menguasai
kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada
pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan
dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi
pada pembelajaran akan datang dan begitulah
seterusnya sehingga semua murid berjaya
mencapai kriteria tersebut.

Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor Noam
Chomsky)

Teori ini menekankan fungsi mental seseorang
manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan
mengalami beberapa peringkat perkembangan
dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat
terendah deria motor, kemudian kepada pra-
operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa,
kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami
terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.

1.Kebaikan

1.1 Menekankan kepada proses perkembangan
pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran
bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat
mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan
itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik
dan guru dapat mengawal kadar kemajuan
pembelajaran murid secara berperingkat-
peringkat.

1.2 Menekankan kepada pembelajaran mengikut
kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar
sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan
minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka
sendiri.

1.3 Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan
pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar
bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-
bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia
amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran
berbahasa.

2. Kelemahan

2.1 Teori ini mementingkan kemahiran tulisan,
yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran
bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang
diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan
sesetengah murid hanya mahir menggunakan
bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah
dalam lisan (mendengar dan bertutur)


SUMBER: http://notapismp.blogspot.com/2011/03/
nota-padat-bahasa-melayu-persediaan-uak.html
Posted by Pelajar IPG KPM at 07:11


Monday, August 30, 2010
Jenis-jenis Pentaksiran
Dalam Pendidikan Khas
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN


Terdapat pelbagai pentaksiran, antaranya adalah seperti
pentaksiran kemahiran pembelajaran asas,pentaksiran
kemahiran sosial dan tingkah laku, pentaksiran
kemahiran bahasa yang terdiri daripada membaca,
menulis dan lisan serta pentaksiran kemahiran
matematik.


PENTAKSIRAN KEMAHIRAN PEMBELAJARAN ASAS


Pentaksiran kemahiran pembelajaran asas melibatkan
pengamatan yang mana meliputi aspek penglihatan,
pendengaran ,kinestatik dan taktil. Selain itu kemahiran
pembelajaran asas juga meliputi konsepsualisasi dan
organisasi yang mana adalah merupakan kebolehan
untuk memahami konsep dan mengikut organisasi
dengan betul. Selain itu dalam kemahiran pembelajaran
asas juga, aspek utama yang terlibat ialah kepantasan
pemprosesan maklumat. Dalam pemprosesan maklumat
ini, melibatkan kebolehan individu memproses input ke
dalam otak dan menterjemah dengan perlakuan dan
juga tindakan yang bersesuaian dengan pantas.



Aspek yang paling banyak diperbincangkan dalam
kemahiran pembelajaran asas ini ialah merupakan aspek
pengamatan. Pengamatan adalah merupakan sejenis
kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi
melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam
mental.

Dalam erti kata lain pengamatan ini berkait rapat
dengan pemikiran manusia dan merupakan satu
kemahiran yang boleh dipelajari. Janet W. Learner
(1971) dalam bukunya Children With Learning
Disabilities telah mentaksirkan pengamatan sebagai
proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas
panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan
sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek


Antara komponen utama dalam pengamatan adalah
terdiri daripada penglihatan, pendengaran dan juga
sensori motor. Bagi kemahiran pengamatan, antara
aspek yang diuji ialah diskriminasi yang sama,
diskriminasi yang ganjil, diskriminasi saiz, mengingat
kembali, orientasi kedudukan, mengikut turutan,
menyudah dan melengkapkan, menyalin, rajah latar
belakang atau bertindih, koordinasi motor mata tangan,
pertalian jarak atau ruang, gambar bersiri, kekalan atau
keabadian bentuk , mencari jalan keluar dan mencari
benda tersembunyi.


PENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH
LAKU.


Dalam pentaksiran ini, aspek utama yang terlibat ialah
kemahiran social dan tingkah laku individu di dalam
bilik darjah. Pentaksiran ini juga secara amnya
melibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang mana
merupakan aspek yang penting untuk membuat
penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain tingkah
laku ini merujuk kepada keberkesanan dengan
pertemuan individu dan tanggungjawab social berkaitan
dengan umur dan kumpulan kebudayaan.


Secara umumnya, hasil kajian saintifik mencadangkan
bahawa kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini
bermakna tingkah laku baru atau alternatif boleh
dipelajari pada bila-bila masa. Terdapat pelbagai tingkah
laku iaitu tingkah laku negatif dan juga tingkah laku
negatif. Tingkah laku positif dan negatif ini selalunya
dapat dilihat dan diperhatikan dalam bilik darjah.
Antara tingkah laku positif ialah seperti menghormati
arahan dan akur dengan perintah guru. Manakala bagi
tingkah laku negatif pula adalah seperti membuat bising
dan mengganggu rakan sekelas.


Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diingini iaitu
tingkah laku sasaran modifikasi tingkah laku perlu
dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku
yang diingini ini terdapat beberapa langkah yang perlu
diambil terlebih dahulu, antaranya termasuklah
membuat pemilihan terhadap tingkah laku yang diberi
keutamaan, pemerhatian dan perekodan ke atas tingkah
laku tersebut, menentukan tingkah laku sasaran,
mengenal pasti masa pelaksanaan, memilih strategi dan
kaedah yang bersesuaian, penentuan ganjaran,
menjalankan program , membuat penilaian, tindakan
susulan dan memastikan bahawa tingkah laku negatif
tidak akan berulang dan tingkah laku yang positif dapat
dikekalkan.

Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan tingkah
laku yang diingini antaranya adalah dengan pemberian
ganjaran yang terdiri daripada primer , sekunder dan
sosial. Ganjaran primer ini terdiri daripada makanan
dan minuman, manakala ganjaran sekunder pula terdiri
daripada token, kupon dan lain-lain. Ganjaran sosial
pula adalah seperti senyuman ,belaian dan penghargaan
emosi kepada individu. Terdapat beberapa strategi
peningkatan yang lain iaitu seperti penggunaan kontrak
dan sebagainya. Bagi teknik pelupusan pula terdapat
pelbagai teknik antaranya adalah seperti teknik
pelupusan, dendaan, kejelakan, timed out ,pembetulan
semula dan yang lain lagi. Segala strategi peningkatan
dan pelupusan ini sememangnya dapat membantu untuk
mengubah tingkah laku kepada tingkah laku yang
diingini. Segala hasil oleh strategi ini akan direkodkan
dalam pelbagai jenis rekod seperti rekod anekdot,
persampelan masa dan sebagainya. Daripada data yang
diperolehi maka satu baseline dapat dilihat dan disini
jugalah guru dapat mentaksir dan merancang aktiviti
yang bersesuaian bagi meningkatkan tingkah laku
sasaran di masa hadapan.

Selain itu juga, dalam proses pentaksiran kemahiran
social dan tingkah laku juga, penglibatan ibu sangatlah
penting. Ini kerana ibu bapa adalah merupakan orang
yang paling rapat dengan mereka. Hasil temul bual dan
perbincangan daripada ibu bapa sememangnya sangat
membantu guru dalam membuat pentaksiran dengan
betul dan lebih jitu.


PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BAHASA LISAN


Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam
pentaksiran kemahiran lisan. Lima komponen utama itu
ialah fonologi, semantik, sintaksis , morfologi dan juga
pragmatik. Melalui lima pentaksiran aspek ini, masalah
dan daerah kelemahan murid-murid dapat dikenal pasti
dan seterusnya dapat membantu guru melakukan
strategi dan intervensi yang bersesuaian bagi individu
berikut.


Bidang fonologi adalah merujuk kepada bunyi-bunyi
bahasa yang diucapkan dan peraturan-peraturan bagi
menentukan bagaimana bunyi-bunyi itu digunakan.
Sebutan dan bunyi yang berlainan akan memberikan
makna yang lain. Sebagai contoh, perkataan pin dan
tin, perbezaan bunyi utama adalah pada awal
perkataan-perkataan tersebut. Kebiasaannya individu
yang mengalami masalah pembelajaran ini sukar untuk
membunyikan bunyi fonetik dengan betul. Kadangkala
mereka seringkali melakukan penggantian,
penambahan, pengguguran dan sebagainya. Contohnya
perkataan bahu menjadi bau . Hal ini telah pun
berlaku pengguguran dan perkara ini seringkali terjadi
kepada individu yang menghadapi down sindrom.
Walaupun perkataan-perkaaan ini berbeza hanya pada
satu bunyi sahaja tetapi perbezaan bunyi ini
menghasilkan dua perkataan dan masing-masing
mempunyai makna yang berbeza


Morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur kata
atau bidang yang mengkaji proses pembentukan
perkataan daripada unsur makna yang paling asas
(morfem). Morfem adalah adalah kesatuan (unit)
tatabahasa yang terkecil yang mempunyai erti dalam
struktur sesuatu bahasa. Morfem terdiri darpada
morfem bebas dan morfem terikat. Morfem terikat
adalah merupakan morfem yang tidak berdiri dengan
sendiri, contohnya perkataan basement. Kehilangan
perkataan pada suku kata terakhir boleh memberi
makna yang lain. Morfem tidak terikat pula morfem
yang dapat berdiri dengan sendirinya. Sebagai contoh
base.

Sintaksis pula merupakan unsur terbesar dalam
tatatingkat tatabahasa. Sintaksis boleh terbina daripada
unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa,
perkataan, dan morfem. Sebagai contoh Ibu pergi ke
kedai. Namun bagi individu yang mengalami masalah
dalam penggunaan sintaksis, individu itu hanya mampu
menyebut ibu kedai. Hal ini sememangnya telah pun
memberi maksud dan makna yang lain.

Bidang semantik pula bidang yang berkaitan dengan
makna. Komponen kandungan terdiri daripada semantik
(makna) yang merujuk kepada cara perkataan-perkataan
digunakan secara bermakna dalam komunikasi. Pada
asasnya semantik melibatkan perbendaharaan kata
sesuatu bahasa atau leksikon. Fonem-fonem yang
bergabung akan membentuk perkataan, dan perkataan
digunakan untuk mewakili benda, konsep, pengalaman
dan sebagainya. Kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran ini sangat lemah dalam bidang semantik
terutama dalam membezakan perkataan yang
mempunyai ejaan yang sama tetapi berlainan bunyi.
Contohnya perkataan perang (e pepet) dan jupa perang
(e taling) . Perang di sini bermaksud berlawan dan
menentang musuh manakala perang yang satu lagi
adalah sifat warna. Selain itu mereka juga mengalami
masalah dalam memahami peribahasa seperti simpulan
bahasa dan sebagainya.

Bidang pragmatik pula ialah merupakan bidang yang
berkaitan dengan penggunaan bahasa yang betul dalam
kehidupan seharian kita. Kanak-kanak autisme misalnya
mengalami kesukaran dalam menggunakan kata ganti
diri. Hal ini kerana kata ganti diri pertama seperti I
seringkali ditukarkan dengan perkataan you.
Penggunaan bahasa yang salah akan memberi maksud
yang berlainan. Disebabkan itulah unsur pragmatik juga
memainkan peranan penting dalam aspek komponen
bahasa.

Dalam pentaksiran lisan, ujian diagnostik dijalankan
untuk menyediakan maklumat yang boleh dipercayai
dan mempunyai kesahan yang tinggi kepada guru. Selain
itu juga, maklumat yang diberikan perlulah sejajar
dengan teori perkembangan kognitif. Tujuan
pentaksiran lisan juga adalah untuk menyediakan
maklumat khusus berkenaan dengan masalah sebenar
yang dihadapi oleh pelajar. Melalui pentaksiran lisan
jugalah guru akan dapat merancang dan memulakan
pengajaran secara lebih efektif berdasarkan data yang
diperolehi.

Dalam pentaksiran lisan terdapat dua jenis bahasa yang
menjadi aspek utama untuk dinilai dan ditafsirkan.
Masalah bahasa yang terdapat dalam kalangan kanak-
kanak keperluan khas ini ialah masalah bahasa ekspresif
dan juga masalah reseptif.

Bahasa ekspresif merujuk kepada keupayaan pelajar
untuk berkomunikasi dan meluahkan idea, perasaan,
pemikiran atau pendapat kepada orang lain. Pentaksiran
terhadap bahasa pentaksiran ini biasanya melibatkan
aspek pengeluaran bunyi yang betul, ucapan , dan
bahasa. Perucapan atau pertuturan adalah merupakan
pengeluaran untuk menghasilkan bahasa ekpresif.

Bahasa reseptif pula merujuk kepada keupayaan
individu untuk menerima dan memahami input bahasa
yang diterima daripada persekitaran. Pentaksiran
terhadap bahasa reseptif ini misalnya akan melibatkan
keupayaan pelajar untuk mendengar perkataan atau
frasa dan dapat mempamerkan kefahaman mereka
terhadapa isu yang diperkatakan tadi. Sebagai contoh,
selepas memperdengarkan beberapa perkataan, murid
tersebut akan disoal semula mengenai kefahaman beliau
terhadap apa yang dibacakan tadi.

Antara ciri-ciri yang mengalami masalah ekspresif dan
reseptif ini ialah, kebiasaannya individu yang mengalami
masalah lebih suka untuk berdiam diri daripada
sebarang perbincangan dan perbualan. Selain itu,
mereka juga seringkali memberi respons yang salah
dengan arahan yang diberikan. Murid-murid yang
mengalami masalah ini juga akan mengalami kesukaran
untuk bertukar giliran berkomunikasi dan bercakap
apabila mereka diminta untuk melakukan perbincangan.
Kesemua masalah ini dapat dirawat jika diberi rawatan
dan intervensi dengan segera. Psikoterapi dapat
dijalankan untuk merawat masalah ini terutamanya bagi
mereka yang menghidapi masalah dalam emosi dan juga
tingkah laku,


Bagi melakukan pentaksiran terhadap individu yang
mengalami masalah lisan ini, terdapat beberapa cara
dan kaedah. Antaranya guru boleh menyediakan
beberapa set soalan dalam memahami perkembangan
bahasa mereka. Selain itu guru juga boleh melakukan
deskripsi lisan, temuduga, perbincangan, penggunaan
videotape dan mengadakan ujian yang standard kepada
mereka.


Contoh ujian yang sesuai dijalankan adalah seperti ujian
kriteria. Aspek yang dinilai adalah ucapan dan juga
bahasa. Komponen yang dinilai adalah seperti bahasa
ekspresif dan reseptif, mimik muka atau gesture,
pemvokalan yang betul, kepanjangan ayat dan juga
ingatan audiotari. Ujian seperti ini biasanya dilakukan
pada usia selepas lahir hingga berumur 7 tahun.

Selain daripada ujian juga, guru boleh mengambil kira
persekitaran sosial kanak-kanak tersebut. Hal ini dapat
membantu guru membuat perkaitan dengan masalah
yang dihadapi oleh murid dan seterusnya merancang
strategi bagi mengatasi masalah yang dihadapi.


PENTAKSIRAN BACAAN

Kebanyakan guru menggunakan pelbagai pendekatan
yang berbeza dalam proses pembelajaran dan
pengajaran untuk kemahiran membaca. Kebanyakannya
adalah bergantung dengan latar belakang dan orientasi
murid terbabit. Berdasarkan faktor itu, guru akan dapat
menggunakan satu atau lebih pendekatan. Antara
pendekatan yang digunakan adalah seperti orientasi
dalam bacaan, berpandukan arahan dan menggunakan
maklumat

Bagi kemahiran bacaan, untuk melakukan pentaksiran
ujian diagnostik perlulah dilakukan. Ujian diagnostik
bacaan digunakan oleh guru untuk mendapatkan
maklumat dan membantu guru mengenalpasti daerah
kelemahan pelajar berkenaan. Ujian ini mengandungi
beberapa komponen mana perlu mahir dikuasai oleh
murid-murid iaitu fonologi, morfolgi, sintaksis dan
semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini juga
merangkumi pengecaman huruf dan perkataan
penyebutan serta pemahaman terhadapa apa yang
dibaca. Ujian ini akan dilaksanakan secara individu dan
dilakukan di tempat kebiasaan murid.

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-
murid dalam bacaan. Antaranya adalah seperti masalah
disleksia. Misalnya murid itu akan mengalami masalah
apabila dua perkataan yang berbeza bunyi dilambangkan
oleh huruf yang sama iaitu semak ( belukar) dan semak
(lihat semula). Selain itu, murid ini juga akan membaca
secara terbalik. Mereka juga tidak dapat membuat
hubung kait antara bunyi perkataan dengan huruf yang
menyebabkan mereka terpaksa membunyikan setiap
perkataan yang dibaca.
Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat
beberapa aspek yang perlu dilihat terlebih dahulu.
Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah
dilakukan secara variasi dan mengambilkira tentang
kebolehan untuk kebolehan memproses bacaan yang
kompleks. Selain itu, ujian yang diberikan hendaklah
berdasarkan umur murid. Pentaksiran yang dilakukan
ini mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil
kira jenis ujian yang dijalankan. Pendekatan yang
berbeza harus dilakukan semasa membuat pentaksiran
yang melibatkan aspek bacaan, menulis dan bahasa.

Penilaian yang dilakukan semasa melakukan
pentaksiran adalah berdasarkan prob, analisis
kesalahan, think aloud, retelling, deskripsi lisan, hasil
tulisan selepas bacaan, senarai semak dan soalan,
temubual, perbualan, jurnal murid, persembahan oleh
murid, dan juga penilaian kendiri.


Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh
dilakukan adalah dengan melakukan bacaan mekanis.
Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dan
kelancaran membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf
, suku kata , perkataaan, ayat dan teks.

Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah
menyebut huruf kecil yang hampir sama bunyi seperti b-
d iaitu buku-duku. Selain itu terdapat juga kesilapan
dalam menyebut huruf yang hampir sama bentuk seperti
m-n iaitu mama dan mana. terdapat juga kesilapan
dalam meyebut bunyi konsonan bergabung iaitu kh, ng,
ny, sy. Contoh perkataan khamis akan disebut sebagi
kamis. Kesilapan yang dapat dinilai dalam bacaan
mekanis juga dapat dilihat ketika menyebut perkataan
yang mana kakak disebut katak dan sesetengah juga
menterbalikkan perkataan seperti bala menja laba.
Murid yang mengalami masalah bacaan juga akan
mengalami kekeliruan dengan orientasi huruf iaitu u
dengan n dan keliru huruf besar dan huruf kecil yang
berbeza bentuk seperti A-a.

Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui ketepatan
sebutan dan kelancaran membaca. Beberapa perenggan
dan teks akan disusun daripada sangat mudah kepada
semakin susah. Sementara itu guru akan menyemak teks
untuk mengenal pasti jenis kesilapan yang dilakukan.
Antara kesilapan yang seringkali dilakukan oleh murid
semasa melakukan proses bacaan adalah seperti
insertion, substitution , inversion , omission dan
banyak lagi.




Selain itu, murid juga akan diuji mengenai kefahaman
mereka terhadap bacaan yang dibaca. Terdapat 3 jenis
kefahaman yang dinilai ialah kefahaman literal,
kefahaman inferens dan kemahiran mendengar.
Kefahaman literal adalah merupakan kefahaman yang
diuji selepas murid membaca teks. Murid akan disoal
berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks.
Kefahaman inferens pula memerlukan belajar untuk
berfikir secara analitikal dan mampu memberikan
huraian, pandangan atau penjelasan dan mampu
mempamerkan kefahaman terhadap teks yang dibaca.
Murid juga mampu membuat andaian atau ramalan.
Bagi kemahiran mendengar pula, murid akan
diperdengarkan teks terlebih dahulu, kemudian akan
diuji dengan soalan sama ada berbentuk literal atau
inferens.



PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULIS
Seperti yang sedia maklum, kemahiran menulis adalah
berkait rapat dengan kemahiran membaca.
Kebiasaannya kemahiran menulis ini dikaitkan dengan
kebolehan untuk menterjemahkan lambang-lambang
bunyi bahasa kepada penulisan. Definisi bagi menulis
adalah, kemahiran dan juga sebagai saluran untuk
seseorang melahirkan perasaan dan idea. Kemahiran
menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan
keupayaan membentuk konsep-konsep. Menurut
Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991). tulisan juga
adalah saluran utama bagi murid-murid untuk
menunjukkan pengetahuan dan mereka dalam mata
pelajaran akademik yang lebih tinggi


Dalam mentaksir kemahiran guru boleh membuat
rujukan berdasarkan senarai semak, temubual,
temuduga, perbincangan bersama dan persembahan
kendiri oleh murid tersebut. Ujian diagnostik penulisan
akan dilakukan setelah guru membuat pemerhatian dan
penilaian terhadap beberapa aspek seperti melihat hasil
kerja murid. Melalui ujian diagnostik guru akan dapat
melihat masalah murid yang terdapat dalam penulisan.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh murid oleh
ialah bentuk huruf yang tidak konsisten.( maKan). Selain
itu murid juga tidak dapat menjarakkan huruf dan
perkataan dengan baik. (lam pu). Murid yang mengalami
masalah penulisan juga tidak mampu untuk mengeja
dengan baik misalnya makan menjadi (makang). Tulisan
murid ini juga kotor kerana kerap memadam dengan
getah pemadam.


Pelaksanaan ujian diagnostik menulis melibatkan
beberapa kemahiran yang perlu diuji. Antara kemahiran
yang diuji adalah seperti nama huruf kecil, nama huruf
besar, suku kata v, suku kata kv, perkataan kv +kv dan
banyak lagi. Kesemua kemahiran ini akan dinilai untuk
mencari daerah kelemahan murid dalam penulisan. Apa
yang penting disini, semasa melakukan pentaksiran
terhadap murid-muird, ujian yang diberikan mestilah
normal dan biasa dengan murid. Selain itu ujian yang
diberikan perlulah bermakna dan bersifat pelbagai
dimensi.



PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MATEMATIK

Matematik ialah merupakan satu bidang yang melatih
minda supaya dapat berfikir secara mantik dan sistem
dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Sifat matematik tabiinya menggalakkan pembelajaran
yang bermakna dan mencabar pemikiran.

Antara prinsip asas dalam kemahiran matematik adalah
berkaitan dengan hukum dan tatacara dalam matematik.
Antara prinsip dalam pentaksiran matematik ini ialah,
pentaksiran ini berlaku dalam kehidupan normal murid.
Guru perlulah melakukan pentaksiran berdasarkan
pengajaran beliau. Bentuk pentaksiran yang dilakukan
mestilah bermakna dan memberi erti kepada murid dan
maklum balas murid perlulah spesifikasi , tepat dan
dapat memberi maklumat tentang pengetahuan dan
pemikiran yang dilakukan oleh murid. Murid mestilah
melibatkan diri dalam proses pentaksiran dan penilaian
yang dilakukan. Melalui proses ini, murid dapat
meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran yang
standard dan rubrik yang ada. Pentaksiran kendiri
menjadi perkara penting dalam proses pentaksiran ini.

Antara cara untuk guru mendapatkan maklumat
mengetahui pengetahuan kemahiran matematik yang
ada, guru boleh mendapatkan maklumat berdasarkan
ujian kriteria, prob, analisis kesalahan, deskripsi lisan,
deskripsi penulisan, senarai semak dan soalan,
temuduga, perbualan , jurnal murid, persembahan
murid di dalam kelas dan portfolio murid.


Kebiasaannya, kemahiran matematik yang diuji ialah
nombor, pecahan, perpuluhan, penolakan, darab, duit
dan lain lain lagi. Pentaksiran mestilah dilakukan
dalam keadaan persekitaran murid. Antara aspek
persekitaran yang terlibat ialah keadaan fizikal
persekitaran, persekitaran pembelajaran dan juga
persekitaran sosial murid.
Dicatat oleh wanie azmie di 4:23 AM
8 ulasan:

BLADE EDGE said...
salam...

blogger baru ke? good job..welcome 2 da club..

drp content, nampak bagus..ok la gitu, teruskanlah
menulis. byk yg boleh ditulis di blog once awak dah
berada lama dlm bidang yg awak ceburi tu..

teruskan menulis, jgn berenti sekerat jalan..

jgn lupa, promote la blog awak pada blogger2 lain.
ajak blogger2 lain utk jd follower blog awak.


INTERAKSI 9 : PENILAIAN
KEMAHIRAN BAHASA
PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTUR
PENILAIAN KEMAHIRAN LISAN
Penilaian lisan dibuat untuk
mendapatkan maklumat hasil interaksi
antara;
Pelajar dengan pelajar
Pelajar dengan guru
Pelajar dengan bahan pembelajaran

ASPEK LISAN YANG DINILAI
1. Kefahaman konsep
2. Pengetahuan fakta
3. Pemikiran peringkat tinggi
4. Kecekapan mendengar
5. Penggunaan bahasa yang tepat
6. Kecekapan matematik
7. Gaya persembahan
8. Kelancaran berbahasa
9. Pertuturan dan sikap

Dalam waktu pengajaran dan
pembelajaran, aktiviti penilaian perlu
dilakukan oleh guru untuk mendapatkan
maklum balas bagi aktiviti-aktiviti
yang telah dilaksanakan oleh murid.
Penilaian yang dimaksudkan bukan hanya
dalam bentuk formal, tetapi lebih
merupakan penilaian yang berterusan.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan
seperti;
Aktiviti berbual
Aktiviti bercerita
Aktiviti berlakon
Aktiviti berpuisi
Aktiviti bercakap berdasarkan
gambar

Penilaian Kemahiran Bertutur
Ujian bertutur boleh dilakukan
melalui;
Tugasan dalam ujian bertutur
1. Memadankan
2. Menyusun dan melengkapkan
3. Menyelesaikan masalah
4. Berinteraksi
5. Simulasi
6. Projek

Pengendalian Ujian Bertutur
a) Ujian secara berkumpulan
Terdiri daripada 4 - 6 orang murid
Panjang masa perbualan tidak lebih
daripada 30 minit
b) Ujian secara individu
Panjang masa menguji yang sesuai
Dilaksanakan secara ringkas
PEMARKAHAN KEMAHIRAN BERTUTUR
PERINGKAT MARKAH (100%) GRED
CEMERLANG 90 -100 A+
SANGAT BAIK 75 89 A
BAIK 65 74 B
LULUS 50 64 C
LEMAH 30 49 D
SANGAT LEMAH 0 29 E


PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
1. Proses membaca dapat dirumuskan
sebagai perlakuan yang kompleks.
Hasil pembacaan ialah pemahaman
perkara yang telah dibaca daripada
pengecaman dan penyebutan huruf-
perkataan dan ayat.
2. Penilaian pengajaran kemahiran
membaca antara lain ialah;
3. Membolehkan pelajar mengenal
huruf, menyebut nama huruf,
menyebut perkataan yang dibentuk
daripada jalinan huruf-huruf.
4. Guru dapat melatih pelajar
membaca dengan sebutan, nada dan
intonasi yang betul berdasarkan
teks yang dibaca.
5. Guru melatih pelajar membaca
senyap dan pantas untuk memahami
bahan bacaan.
6. Pelajar dapat memetik isi-isi
penting bahan yang dibaca dengan
cepat, pantas, tepat dan menyatakan
semula isi bahan bacaan kepada
orang lain dengan menggunakan ayat
yang betul dan mudah difahami.
7. Melalui kemahiran membaca, guru
dapat menilai perluasan
perbendaharaan kata dalam pelbagai
konteks.
8. Penilaian daripada kemahiran
membaca dapat merujuk kepada masa
hadapan, iaitu penyelesaian masalah
sendiri dan masyarakat.

UJIAN KEFAHAMAN MEMBACA
Menurut Santoz (1976), terdapat 6
peringkat kefahaman membaca yang dapat
diuji. Pembahangiannya ini berdasarkan
kefahaman membaca bagi bahan-bahan
yang bukan bahan sastera.
Spache (1972) pula menyarankan tentang
peringkat kefahaman yang berhubung
kait dengan bahan bacaan berbentu
sastera.

Peringkat Kefahaman Membaca Santoz
1. Soalan berbentuk mengecam atau
mengingat butiran.
2. Soalan terjemahan.
3. Soalan berbentuk aplikasi.
4. Soalan berbentuk analisis.
5. Soalan berbentuk sintesis.
6. Soalan berbentuk penilaian.

Peringkat Kefahaman Membaca Spache
Menurut Spache (1972) pula, berikut
ialah peringkat-peringkat kefahaman
kritis yang dapat diperkembangkan di
kalangan murid dengan menggunakan
bahan-bahan berbentuk sastera.
Peringkat kefahaman ini bolehlah
digunakan untuk soalan-soalan
kefahaman bahan sastera.
1. Mencari maklumat.
2. Mengetahui tujuan pengarang.
3. Membezakan pendapat dan fakta.
4. Membuat kesimpulan.
5. Membuat penilaian.
6. Melihat propaganda.

Bacaan secara kritis yang disarankan
oleh Spache ini penting kerana
membolehkan murid mencapai peringkat
kefahaman yang lebih mendalam dan
berfikir secara kritis.

PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS
Penilaian penulisan dilakukan dengan
menilai :
Karangan
Laporan projek/ kerja kursus/ folio
Latihan dan ujian bertulis
Huraian atau tafsiran data/ jadual,
graf atau carta.
KEMAHIRAN YANG DIUKUR DALAM KEMAHIRAN
MENULIS
Kemahiran menulis
Menyusun idea
Perbendaharaan kata
Mengaplikasi
Mentafsir
Menilai
Mempertahan/ menyokong hujah
Menyebar idea/ buat rumusan/
cadangan

nota ringkas bmm 3103

Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian
dan Penilaian - INTERAKSI MINGGU 1
Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan
prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti
pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan,
manakala produk pula
melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan
dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran
ialah:-
i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor

Pentaksiran merupakan sebahagian daripada
proses pembelajaran dan aktiviti pentaksiran
dijalankan secara berterusan.Dalam
kontekspendidikan juga pentaksiran dianggap
sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberikan skor (markah) dan
menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran
seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu
(Lembaga Peperiksaan Malaysia,
2000). Pentaksiran merupakan satu proses untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi
pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau
aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan
secara berterusan.Hasil pentaksiran dinyatakan
dalam bentuk skor. Skor mestilah sari dan boleh
dipercayai untuk memastikan keadilan kepada
murid serta mengekalkan kewibawaan institusi
pentaksiran.
Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan
penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan
oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam
mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan serta membantu guru
dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan
mengesan kelemahan pelajar.

Pengujian

Merupakan satu kaedah dalam pengukuran
dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Ia juga
satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang
individu.
Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum,
semasa dan selepas sesuatu pengajaran
Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran
berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat.
Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian
diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian
ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh
pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap
P&P guru. Ujian ialah satu alat. Dalam P & P
bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis
atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh
guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa.
Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji
kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji
kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat
bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika
pentadbir ujian menggunakannya dan
menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu,
ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara
yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji
tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan
menggunakan bahan bacaan yang layak untuk
Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar
ini tidak menggalakkan.

Penilaian

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak
cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan
penilaian sebagai the process of delineating,
obtaining, and
providing useful information for judging decision
alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan
bahawa penilaian adalah suatu proses
mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk
membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam
membuat keputusan.
Penilaian merupakan satu proses untuk
memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu
proses bagi guru untuk menentukan perubahan
tingkah laku dan
membuat pertimbangan menilai. Proses menilai
dapat memberi maklumat tentang pencapaian
objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru
dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran
penilaian berdasarkan data kuantitatif dan
penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum,
semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia
boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran
spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum.

Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan.
Antaranya ialah untuk:
mengetahui keupayaan, kemahiran atau
pengetahuan asas yang
sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang
hendak diajar.
menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah
pelajar-pelajar
mereka telah dapat menguasai atau mempelajari
perkara yang
telah disampaikan.
membandingkan pencapaian seseorang pelajar
dengan temanteman
sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama
disekolah.
menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan
juga yang amat
lemah dalam pencapaian mereka.
membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan
teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui
ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat
meningkatkan pengajaran mereka; dan
membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-
kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau
bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
TUJUAN
1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk
menumpukan perhatian terhadap pengajaran
guru.
2. Sebagai alat mencari punca kelemahan
murid.
3. Bagi mendapatkan maklumbalas
keberkesanan pengajaran guru.
4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar.
5. Mengetahui pembelajaran lampau
seseorang pelajar.
6. Membolehkan murid mendapatkan sijil
setelah lulus peperiksaan.
7. Membuat ramalan tentang kemungkinan
murid tersebut berjaya atau tidak dalam
peperiksaan besar.
8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian
murid.
9. Memudahkan pihak berkuasa membuat
pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik.
10. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan
pendidikan.
KEPENTINGAN
1. Membantu guru membimbing setiap pelajar
untuk mempelajari setiap konsep dan
kemahiran.
2. Membekalkan murid dan ibu bapanya
dengan laporan kemajuan yang boleh
digunakan untuk bimbingan proses
pembelajaran.
3. megesahkan suatu paras pencapaian
pelajar.
4. Membekalkan rekod dan laporan yang
boleh membantu ahli profesional lain untuk
membimbing pelajar secara individu.
5. Menentukan cara pengajaran kumpulan
efisien dan efektif.
CIRI-CIRI UTAMA UJIAN
1. Kesahan
2. Kebolehpercayaan
3. Keobjektifan
4. Kebolehtadbiran
5. Kebolehtafsiran
>> Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian
dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada
empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan
gagasan, dan kesahan serentak.

Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian
menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya, ujian
kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan
tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman
petikan itu.

Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian
meramal kebolehan seseorang calon menjalankan
sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada
masa hadapan. Contohnya, hasil ujian penulisan
mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat
membuat karangan dalam sesebuah bengkel.
Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat
membuat karangan yang baik semasa bengkel
dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan
adalah tinggi.

Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu
trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian
ujian. Contohnya, markah seseorang mungkin
dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul,
dan sebagainya.

Kesahan serentak bertujuan menentukan tarap seseorang murid. Contohnya, dalam
pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis
dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh
markah yangtinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa
Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur
dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi.

>> Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan
sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon
mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam
suatu ujian pada hari pertama dan mendapat
markah yang sama atau hampir sama tiga hari
kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu
dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.

>> Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana
pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan
markah yang sama kepada skrip jawapan yang
sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi
bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian
subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh
taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya
prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan
hasil ujian adalah terjamin.

>> Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian
ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka.
Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah.
Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi.
Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas
melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan
kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas.
Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan.
Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa
berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih
diutamakan guru untuk menanda.


PENGERTIAN DAN KONSEP
Pengujian
* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk
mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah
laku seseorang individu.

* Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan
yang berkehendakkan pelajar memberi satu set
tindak balas / respon.

* Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan
suatu masalah matematik, melukis satu gambar
rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu
perkataan dan sebagainya.

* Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya
membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar
(dalam bentuk markah) sahaja.

Tujuan pengujian adalah seperti berikut:
1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah
dicapai.
2. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi
tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran
yang lain.
3. Ujian petempatan akan menentukan
kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar
sebelum pengajaran.
4. Ujian diagnostik menentukan punca
masalah pembelajaran dan dengan itu
membantu guru menentukan teknik pemulihan
yang perlu digunakan.
Pentaksiran

* Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses
yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran
pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.

* Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin
terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak,
inventori, atau sesuatu skala.

* Pengukuran adalah terhad kepada huraian
kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau
membuat keputusan.

Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti
berikut:
1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah
diperoleh.
2. Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
3. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam
aspek-aspek pembelajaran yang lain.
4. Mengesan jenis-jenis masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.
Penilaian

* Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu
proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat
sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.
Tiga langkah penilaian:
1. Mendapatkan maklumat melalui cara
mengukur.
2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
3. Membuat sesuatu pentaksiran
(pertimbangan) tentang hasil pengukuran.
* Dari segi konsep, penilaian merupakan yang
paling luas.
*Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan
kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan.
* Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan
rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu.
* Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah
seorang pelajar yang cerdas dan berinisiatif".

* Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah
seperti "Ahmad mempunyai darjah kecerdasan
120".
* Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan
maklumat untuk membuat sesuatu keputusan.
* Penilaian merupakan satu aspek proses
pembelajaran yang penting sekiranya ia
menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya,
membantu guru membuat taksiran tentang kesan
pengajaran mereka.
Rajah 1: Perhubungan antara pengujian,
pentaksiran, dan penilaian


TAKSONOMI DAN DOMAIN - INTERAKSI MINGGU 2
TAKSONOMI DAN DOMAIN
Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif
atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap
rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan
pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.
Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah
bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar
sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif
boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu
Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis,
Sintesis dan Penilaian.
Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
1) Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas,
definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain
daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas
yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan,
menerangkan, menamakan dan melabelkan.
2) Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada
bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama
dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau
kata tugas yang digunakan ialah memilih,
menerangkan dan menulis semula.
3) Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru,
termasuk menyelesaikan masalah menggunakan
prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina
graf daripada data dan lain-lain.
4) Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada
yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat,
kaitan kenal antara bahagian tertentu dan
mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata
tugas yang digunakan dalam soalan ialah
membezakan, memastikan dan memilih.
5) Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu,
berusaha tersendiri menyelesaikan masalah,
membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah
atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah
membina, menghasilkan, menyusun dan
mengembangkan.
6) Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional
berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir
dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang
digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan
alasan dan kritikan serta membuktikan.

Taksonomi Solo
Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed
Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur
hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara
kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.

Aras Taksonomi Solo
1) Prestructural
Jawapan mengandungi maklumat yang tidak
berkaitan.
2) Unistructural
Jawapan mengandungi satu maklumat yang
berkaitan.
3) Multistructural
Jawapan mengandungi beberapa maklumat yang
berkaitan.
4) Relational
Jawapan mengandungi hubung kait di antara
maklumat yang berkaitan.

5) Extended Abstract
Jawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan
tetapi merangkumi maklumat
tambahan.

Taksonomi Krathwohl
Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain
afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid.
Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R.
Krathwohl.
Aras taksonomi Krathwohl
1) Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar
mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau
persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan
kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan
menjawab dengan lengkap.
2) Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka
membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar
terpaksa membina beberapa hubungan dan
keutamaan di antara nilai-nilainya.

3) Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan
atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan
sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan
cenderung menjadi konsisten walaupun dalam
keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh
dipratikkan.

4) Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka
membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar
terpaksa membina beberapa hubungan dan
keutamaan di antara nilai-nilainya.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) - INTERAKSI MINGGU 3
Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek
penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru
di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian
secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang
tidak mempunyai perancangan
yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang
tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu
ujian adalah dengan
menyediakan JSU yang merupakan rancangan
persediaan item/ soalan. JSU
dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test
Specification. JSU merupakan
matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak)
dan paksi Aras
Kemahiran (melintang).
Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif
pendidikan.
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran
berdasarkan lama masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu
diajar.
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan
lain-lain.
Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

Kepentingan JSU
Mengelakkan daripada membina ujian secara
sembarangan.
Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan
aras-aras kemahiran.
Menentukan perseimbangan antara topik-topik
dengan aras-aras kemahiran
yang diuji.
Memberikan panduan untuk membentuk format
ujian.
Langkah-langkah Membina JSU

Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu
a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
= Jumlah masa X Jumlah soalan
Jumlah Masa keseluruhan

Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item
Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif
pendidikan Bloom
Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain Kognitif
6. Penilaian Sukar
5. Sintesis
4. Analisis
3. Penggunaan
2. Kefahaman
1. Pengetahuan Mudah

Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?
Ujian objektif
Ujian struktur
Ujian esei, dan lain-lain.

Langkah V:
Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
(objektif, struktur, esei dll)
Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah
soalan sukar)
Pemarkahan

Langkah VI
Nyatakan mata pelajaran
Nyatakan tingkatan
Susunan nombor soalan mengikut tajuk

Rumusan
Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-
orang yang berkaitan dengan
ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu
bapa berhak dalam erti kata
sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan
kesahannya. Justeru, data
yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak
layak digunakan bagi tujuan
pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.


Pembinaan Ujian - INTERAKSI MINGGU 4
Pendahuluan
Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar
tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam
penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan
maklumat tentang pencapaian pembelajaran
pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-
pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna
bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan
kualiti P&P.
Jenis-jenis Ujian
Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif
dan ujian subjektif :

1) Ujian Objektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar
menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau
yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah
item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis
aneka pilihan dan kloz.
Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam?
(tidak memakai kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan
contoh:
a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana
hujan sudah
turun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak
saya
bekerja.


Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih
jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin
dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item
itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka
pilihan.


Item Salah Betul
Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item
yang mengandungi
penyataan yang perlu ditandakan dengan dua
pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau
salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S)
atau tidak setuju (TS)
pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada
soalan.

Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi
dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan.
Pelajar dikehendaki memilih jawapannya
dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan
di sebelah kiri dengan objek/perkara di sebelah
kanan.

Kata Bilangan Contoh

1. Kata Adjektif Sifatan
A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.
2. Kata Adjektif Pancaindera
B. Budak baik selalu dipuji.
3. Kata Adjektif Bentuk
C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.
4. Kata Adjektif Perasaan
D. Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item
jawapan tetap kerana
diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka
pilihan adalah seperti yang
berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi

Item Jenis Cantuman
Teknik Kloz
Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi
menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk
pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik
kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi
pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini
semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh
diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam
ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong
yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji
dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya,
pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu
secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan
kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya,
mereka akan mencuba mengisi tempat yang
dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai
menurut makna keseluruhan teks.

2) Soalan Subjektif :
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa
pecahan seperti berikut:-
Item Jenis Struktur
Item Jenis Esei
Pembinaan Ujian

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis
panduan dalam
pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan
pengujian ialah:

i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat
Kesahan (validity)
a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan

ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor
berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor
bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara
yang diuji.

Rumusan
Dalam proses pembinaan item ujian beberapa
perkara yang berhubungan
dengan pembinaan item ujian tersebut harus
dipertimbangkan. Antaranya ialah
objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran
yang akan diuji dan
seterusnya aras ujian itu sendiri.

Jenis-jenis Penilaian - INTERAKSI MINGGU 5
Jenis-jenis Penilaian

Ujian pencapaian - ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu
kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang
telah dipelajar.

Ujian kecerdasan disebut juga ujian mental - mengukur perbezaan di antara individu.

Ujian prestasi - memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai
tambahan. Penekanan yang diberikan kepada kebolehan murid-murid melakukan
sesuatu tugasan.

Ujian diagnostik - mengenal pasti masalah yang berlaku dalam pengajaran dan
pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah.

Ujian kecekapan - digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau
kecekapan seseorang murid melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti.

Ujian bakat - Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon
tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki.

Ujian personaliti - untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran,
keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang murid.

Ujian rujukan Norma keputusan ujian seseorang calon dibandingkan dengan dengan
keputusan pelajar yang lain yang mengambil ujian yang sama sama ada dalam kelas
yang sama atau berlainan.

Ujian rujukan kriteria maklumat atau prestasi pelajar dibandingkan dengan kriteria
yang telah ditetapkan tanpa melibatkan perbandingan antara pelajar.

Penilaian formatif penilaian berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Memberikan maklumat sejauhmana pembelajaran telah dikuasai.

Penilaian sumatif dikaitkan penilaian pada akhir penggal atau semester. Memberikan
nilai yang membezakan antara peringkat pencapaian pelajar.

Pengukuran dan Pentaksiran
Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses
yang menentukan kuantiti atau takat penguasaan
dalam pembelajaran para pelajar. Menurut Mokhtar
Ismail, pengukuran merupakan langkah untuk
menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki
sifat-sifat tertentu dari aspek tahap status nilai,
proses atau nilai yang menunjukkan nilai kauntitatif,
merangkumi skala ordinal atau skala selang dan
boleh menentukan kedudukan atau pencapaian
murid.tertentu.Nilai kuantitatif ini biasanya
dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap
dengan menggunakan alat pengukuran yang
berkaitan.
Pengukuran juga merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada
kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti,
kewujudan ciri penguasaan sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah kepada siswa
dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Manakala pentaksiran didefinisikan sebagai
satu proses untuk mendapatkan penjelasan secara angka tentang sebanyak mana pelajar
mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat pengukur tertentu.
Pentaksiran akan menentukan sejauh mana
seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu
Pentaksiran juga adalah suatu proses yang meliputi
pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu
ciri yang diperoleh seseorang individu. Pengujian
dan pengukuran dapat memberi pihak sekolah
suatu indikator pencapaian sama ada dalam bentuk
kualitatif dan kuantitatif untuk dianalisis. Dapatan
dari analisis ini membantu sekolah membuat
sesuatu keputusan dalam merancang program-
program dan tindakan penambahbaikan.

Dalam konteks pendidikan, konsep pentaksiran
merupakan satu episod dalam proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterprestasi bagi
tujuan tertentu.

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
1. Instrumen
2. Kumpulan yang ditaksir
3. Respon
4. Kumpulan yang menaksir
5. Skor

Pentaksiran haruslah dilihat sebagai::-
1. i. Proses mendapat gambaran tentang prestasi
sesorang dalam pembelajaran.
2. ii. Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran
dan pembelajaran.
3. iii. Aktiviti yang dijalankan berterusan.
4. iv. Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan
pembelajaran yang baik

Ciri-ciri pengukuran
1. Pengujian boleh dilakukan melalui pemerhatian
dan pencerapan
2. Melaksanakan pengukuran melalui kaedah
pengujian
3. .Pengukuran tidak bersifat mutlak (Contohnya:
Pengukuran keupayaan mental sukar diukur dengan
tepat berbanding ketinggian pelajar yang boleh
diukur dengan pembaris).
4. Hasil pengukuran diwakilkan dengan sesuatu
angka (prestasi / keupayaan digambarkan dengan
angka)
5. instrument pengukur mestilah sah dan boleh dipercayai sesuai dengan perkara yang
hendak diukur.

Jenis Penilaian Bahasa - INTERAKSI MINGGU 5
Tajuk ini disusun untuk membolehkan
pelajar mengetahui dan mendalami jenis penilaian
bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam
menjalankan proses p&p Bahasa Melayu. Jenis
penilaian tersebut merangkumi
ujian Formatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan,
Ujian Bakat, Pencapaian.


JENIS PENILAIAN BAHASA
1. Ujian Formatif
2. Sumatif
3. Ujian Kefasihan
4. Kemajuan
5. Ujian Bakat
6. Pencapaian

Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang
dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran
atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya
skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut
agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru
menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi
mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian
Formatif dapat mengesan kelemahan
dan pembelajaran murid secara serta-merta.
Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk
pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang
pendek.


Ujian Sumatif
Ujian sumatif digunakan bagi menentukan tahap
penguasaan pelajar dalam keseluruhan
pembelajaran. Merupakan bahan atau alat ujian
yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam
beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar
secara jangkamasa panjang selepas satu-satu
semester/ selepas satu tahun). Kemahiran bahasa
yang diuji ialah kemahiran lisan, bacaan dan
penulisan. Ujian sumatif biasanya dilakukan pada
akhir pembelajaran. Contoh ujian sumatif ialah ujian
akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif
dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari
penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk
tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada
memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan
pembelajaran murid.

Ujian Bakat
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi
seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran
bahasa asing yang akan dipelajarinya.

Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian
sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus
tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil
pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan
murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur
pencapaian murid secara menyeluruh.

Ujian Kefasihan
Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan
tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa.
Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam
kumpulan pembelajaran yang sesuai dan
pengetahuan dan kebolehan mereka.
Ujian Kemajuan :
Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan
hanya dinilai oleh guru kelas.
Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan
menilai setakat mana pelajar-pelajar telah
menguasai bahan/perkara perkara yang diajar
tentang 1 tajuk tertentu.

Kaedah Penilaian Bahasa - INTERAKSI MINGGU
6, 7 DAN 8

1. Penilaian Melalui Portfolio.
2. Penilaian Melalui Pemerhatian.
3. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran.
4. Penilaian Melalui Soal Jawab.
5. Penilaian Melalui Projek.
6. Penilaian Melalui Kertas Kerja.

Penilaian Melalui Portfolio.
Apakah portfolio?
Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan
merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu
jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri portfolio.
Dokumentasi berstruktur yang memerlukan
pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan
secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan
mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan
kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari
peringkat awal hingga akhir.
Menggalakkan pembelajaran secara interaktif
melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai
pihak.
Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat
secara urutan dan mestilah logik.
Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui
persoalan.

Penilaian Portfolio
Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan
seimbang.
Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta
perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui
bukti-bukti lain.
Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan
supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar
dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah
dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.....
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik
3. Portfolio dokumen.

1. Portfolio Kerja Harian
Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan
dalam satu jangka waktu yang diberikan.
Contohnya;
Proses perkembangan idea dijalankan secara
harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai
ciri-ciri berikut.
2. Portfolio Hasil Terbaik
Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio
kerja harian.
Berbentuk sumatif
Contohnya;
Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan
yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja
terbaik.

3. Portfolio Dokumen
Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa
mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu
untuk menyempurnakan kerja tugasan.
Contohnya;
Hasil lukisan daripada warna tersebut.

Kegunaan Portfolio
Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio
bersama rekod anekdot guru untuk membuat
penilaian secara holistik.
Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan
memantau perkembangan pelajar
Membolehkan guru memantau perkembangan
pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta
perkembangan.
Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod
pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod
pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil
kerja pelajar.
Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang
usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian
tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif,
kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu
membina portfolio.

Perancangan Portfolio
Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum
membuat portfolio:
1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan
jenis portfolio yang dikehendaki.
2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.
3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan
portfolio.
4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian
samada secara keseluruhan, kumpulan, individu,
termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai
portfolio.

Bagaimana Portfolio dinilai?
Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan
pembelajaran yang berterusan.
Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan
dan perkembangan kefahaman.
Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi
memberi gambaran perkembangan yang lebih
menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio
sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio
Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio
iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah
senarai semak.
Penilaian awal penilaian merentasi tugasan
bertulis mengikut kriteria dengan skala senarai
ciri-ciri paling penting penentuan gred.
Kriteria penilaian
I.Struktur dan organisani
II.Strategi pengurusan
III.Variasi isi yang sesuai
IV.Struktur ayat dan gaya bahasa
V.Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah
portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap
ciri.
VI.Mengambil kira markah yang diberikan kepada
tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap
nota anekdot dan refleksi pelajar.
VII.Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.

Penilaian Melalui Pemerhatian
Pemerhatian secara berterusan dan mengikut
jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan
bagi membantu guru dalam mendapatkan
maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan
rekod profile.
Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar
dengan pelajar.
Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap
keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar
dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
Perkara yang perlu diambil semasa dibuat
pemerhatian;
1. Kualiti Pemerhatian
2. Bentuk perancangan
3. Merekod penilaian pemerhatian
4. Jenis Pemerhatian
5. Strategi pelaksanaan
6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

Kualiti Pemerhatian
Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya
dan perihatin dengan persekitarannya.
Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan
dengan bahan.
Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan
yang diambil.
Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan
yang diambil terhadap sesuatu.
Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

Bentuk Perancangan
Menyediakan alat yang releven dan menentukan
kaedah untuk mentadbirnya.
Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod
dan melapor.
Merangka tindaksusul yang akan dijalankan
mengikut konsekuan yang dijalankan daripada
pemerhatian.

Merekod penilaian pemerhatian
Rekod pemerhatian harus menggambarkan
perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan

Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil
pendekatan atau pengubahsuaian cara
pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
b) Menjalankan Tugasan
Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap
hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan
Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut
urutan yang betul.
d) Tindakan Susulan
Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan
tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

Rekod anekdot
Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau
kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti
berikut:
1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
3. Muzik
4. Kecekapan (body khanisthetic)
5. Kecekapan intrapersonal
6. Kecekapan interpersonal

Kecekapan Linguistik
Keupayaan menggunakan bahasa untuk
memperoleh sesuatu , untuk menambat hati,
menyakinkan dan merangsang.

Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang
tertentu.
Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol
untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan
kebolehan membuat eksperimen secara terkawal
dan terancang.

Muzik
Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic)
Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni
lukis.
Kecekapan Intrapersonal
Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.
Kecekapan interpersonal
Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang
lain.

Jenis pemerhatian
Mengikut tujuan dan aspek yang hendak
diperhatikan atau dinilai iaitu:
I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat
tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement).
Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan
untuk penilaian semasa.
II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan
secara open ended. Menilai kemahiran,
pengetahuan dan perlakuan.
III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka
panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.

Strategi Pelaksanaan.
I. Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah
dikenalpasti/ dirancang.
II. Menggunakan senarai semak.
III. Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
IV. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan
kaedah dan keperluan
V. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
VI. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan
sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian
Guru berpeluang memerhati perkembangan
psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
Guru membuat penilaian kendiri terhadap
keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat,
tutor, pemudah cara dan pendidik.

PENILAIAN MELALUI KONTRAK
PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri,
para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan
apa yang hendak dipelajari, bagaimana
pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan
dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri,
bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara
kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah
penggunaan kontrak pembelajaran.

KONSEP
Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai
Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan
atau kontrak yang dibuat antara guru dengan
pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung
dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.
Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan
dengan tugasan seperti :-
Bentuk akhir tugasan dihasilkan
Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau
kumpulan?)
Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan
dihantar kepada guru
Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil
akhirnya sahaja)
Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak
yang gagal mematuhi kontrak
Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua
pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau
kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN
Kontrak pembelajaran penting dalam
pembelajaran untuk membolehkan pelajar :-
mengenal pasti dan merekod objektif dan
matlamat pembelajaran kendiri
kaedah yang akan diambil untuk mencapai
matlamat jangka masa pelaksanaan dan
penghasilannya
bukti menunjukkan objektif tercapai
bagaimana dan pada tahap mana hasil
pembelajaran akan dinilai
Memberi peluang pelajar menentukan matlamat
pembelajaran masing-masing mengikut minat dan
keupayaan sendiri
Menghasilkan kerja yang terancang
Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN
DIGUNAKAN ?
Kontrak pembelajaran digunakan dengan
pelbagai cara, antaranya:-

1. Penilaian objektif tugasan
Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar
menetapkan pelaksanaannya
ATAU
Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar
memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU
Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian
pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan
guru
2. Hasil Pembelajaran
Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi
pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam
bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)
Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah
ditentukan oleh guru
3. Penilaian
Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan
sistem pengredan untuk keseluruhan proses
pelaksanaan tugasan ATAU
Gurum menentukan sistem pengredan untuk
kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan
tugasan ATAU
Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru
dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan
ATAU
Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya.
Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk
menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny


FORMAT / BENTUK KONTRAK
Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai
bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang
terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana
prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia
boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi
terancang dan jelas.
PERINGATAN:
Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya
berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu
dikawal oleh guru. Senarai semak bagi butiran yang
hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat
perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang
terlibat.

Penilaian Melalui Soal Jawab



Teknik soal jawab merupakan teknik yang
paling lama dan paling popular digunakan dalam
bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam
P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan
interaksi antara guru dan pelajar secara
berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras
kepada pembinaan konsep konsep, kesanggupan
memberi penyataan dan melahirkan perasaan,
penglibatan dan percaya diri dalam kalangan
pelajar.

Ia membawa maksud seorang guru akan dapat
menilai murid2nya melalui soal jawab yang
dilaksanakan di dalam kelas.

Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas
sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran bertujuan untuk mengetahui
sejauhmanakah kefahaman murid tentang pelajaran
yang telah diajar.

Melalui soal jawab juga membolehkan guru
mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik /
tajuk pelajaran.

Kemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian
terhadap masalah tersebut.

Penilaian Melalui Projek

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang
dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu.
Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks
kurikulum sekolah,
projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh
dijalankan secara
individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan
dalam satu jangka
masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan
pada setiap tahap proses
sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.
Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang
memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat
tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam
situasi sebenar. (Wiggins,1989).


Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?
Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa
tujuan berikut:
Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul
tanggungjawab.
Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan
kreativiti dan
inovasi.
Memberi peluang pelajar menggunakan bahan
sumber yang
terdapat di luar bilik darjah.

Ciri-ciri Penilaian Projek
Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan,
visual, kinestetik )
Jangka masa yang panjang
Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi
sebenar.
Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif.
Tidak ada satu jawapan
yang benar.
Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada
ketika menyediakan
projek atau dalam kumpulan.
Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau
individu.
Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti,
kemahiran merancang, integrasi pengetahuan,
kebolehan membuat tugasan bersama orang lain
Pelajar menunjukkan kebolehan
mengkaji/membentukkan sesuatu.
Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan
menyelesaikan masalah.



Jenis-jenis penilaian Projek
Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar
meneroka secara lisan
atau bertulis.
Extended tasks assignment seperti menulis puisi,
melaksana dan
menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.


Tugasan prestasi drama, lakonan,
persembahan, poster atau model.

Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.
Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.


Penilaian Kemahiran Bahasa - INTERAKSI
MINGGU 9
KAEDAH PENILAIAN BAHASA (KEMAHIRAN
MENDENGAR DAN BERTUTUR, MEMBACA DAN
MENULIS)
PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA


A) Penilaian Kemahiran Lisan
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran
asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur.
Kemahiran mendengar
=Kemahiran paling asas
=Berlaku pada peringkat penerimaan
=Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu
bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg
didengar.
Kemahiran bertutur
=Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
=Peringkat penglahiran
=Perlu ditiru & diajuk
=Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp
model bahasa baik tidak semestinya menjamin
ajukan yg baik.
Tujuan kemahiran lisan :
1. Menyebut perkataan / ayat dgn betul
2. Melatih murid mendengar & memahami
pertuturan org lain.
3. Untuk berinteraksi dgn org lain
(menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
4. Melatih murid agar berkeyakinan & percaya
kpd diri (berani bercakap, menyatakan
perasaan dan kehendak)
Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun,
1. perkataan yg sesuai, & perbendaharaan
kata yg luas.
Kemahiran-kemahiran yang boleh
1. Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg
betul
2. Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg
betul.
3. Mendengar dgn baik, memahami perkara yg
didengar, & menghormati pertuturan org lain.
4. Bercerita & membuat laporan menggunakan
bahasa yg menarik & betul.
5. Berkebolehan memberi arahan dgn
berkesan.
6. Mengunakan bahasa yg baik mengikut
situasi.
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti
seperti yang berikut:
1. bacaan kuat
2. syarahan
3. perbahasan
4. bercerita
5. perbincangan
6. hafazan
7. temu bual
8. soal jawab
9. nyanyian
10. deklamasi sajak
11. mendengar dan memberi respon secara
lisan
Penilaian lisan membolehkan guru :
1. mengesan kemajuan dan pencapaian murid
dalam kemahiran mendengar dan bertutur
secara gramatis.
2. mendapat maklumat serta-merta tentang
pengetahuan dan kefahaman murid.
3. mengesan kebolehan murid dalam
kemahiran membaca dan menghafaz.
4. mengesan kelancaran dalam sebutan.
5. mengesan amalan dan sikap murid secara
serta merta.
Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan
merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan
respon murid dalam bentuk lisan.
Cth : PLBS
menyediakan instrumen
1. soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan
rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
2. aktiviti/bahan boleh merangsang murid
mengeluarkan idea.
3. pelbagai bentuk soalan seperti soalan
bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
4. aras kesukaran perlu sesuai dengan
kebolehan murid.

Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek yang boleh dinilai ialah :
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap


C ) Penilaian kemahiran membaca
penggunaan bahasa yang tepat.
kelancaran berbahasa yang baik.
penggunaan intonasi yang betul.
sebutan dan jeda yang tepat.
B) PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS


Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti
menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil
penulisan murid seperti
Karangan
Laporan projek/kerja kursus/folio
Latihan dan ujian bertulis
Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrument penilaian menulis. Digunakan untuk
mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan
intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang
berikut :
Kemahiran menulis
Menyusun idea
Penggunaan tanda baca
Perbendaharaan kata
Mengaplikasi
Mentafsir Menilai
Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-
soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira
:
Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji
Bahasa yang digunakan jelas dan mudah
difahami
Bilangan soalan sesuai dengan masa yang
diperuntukkan.
Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
Skema pemarkahan disediakan
Bentuk item
1. Bentuk Item Objektif
2. Bentuk Item Subjektif
Mengesan serta merta
-Tujuan mengesan penguasaan hasil
pembelajaran dgn serta-merta semasa pengajaran
harian
-Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan
serta kemahiran berbahasa melalui hasil kerja
murid.
-Bagaimana ? (Dirancang jika perlu, individu @
kumpulan, tiada instrumen khusus )
-Merekod & Melapor : (Perlu direkod dan dilaporkan
jika perlu )
-Tindakan Susulan : (Perlu tindakan serta-merta
seperti; bimbingan, teguran, nasihat dan pujian)
mengesan kemajuan
-Tujuan mengesan kekuatan dan kelemahan
selepas beberapa pembelajaran
-Bagaimana? (Perlu dirancang, individu @
kumpulan, gunakan instrumen seperti -lembaran
kerja dan ujian bertulis )
-Merekod & Melapor (perlu direkod dan dilaporkan
jika perlu

-Tindakan Susulan (Perlu tindakan susulan )
-Contoh : menilai laporan bertulis dan menilai murid
melalui ujian: objektif @ subjektif
mengesan pencapaian

-Tujuan mengesan pencapaian selepas beberapa
pembelajaran
-Bagaimana? (Perlu dirancang, secara individu,
gunakan ujian bertulis)
-Contoh : Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif
dan subjektif
-Tindakan susulan (Harus diambil jika perlu )
-Merekod & melapor (Perlu direkod dan dilapor )
Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis
ialah :
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan


PENILAIAN AKTIVITI BAHASA - INTERAKSI MINGGU 10
Forum
Debat
Pidato
Pantun
Sajak
Ceramah
Syarahan

A) AKTIVITI SYARAHAN

1. Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan
mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk
syarahan perlu disampaikan secara teratur,
mantap, dan berkesan.
3. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta
yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah
disokong oleh isi-isi sampingan.
4. Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah
suatu rangka penulisan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
5. Yang berikut merupakan langkah-langkah yang
boleh diikuti untuk
menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat
Langkah/Kemahiran
Persediaan


Memahami tajuk dan kehendak soalan.
Mengumpulkan idea / isi-isi penting
tentang tajuk syarahan
Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka
syarahan
Penulisan
Menulis perenggan pendahuluan
Mengembangkan isi-isi secara
Tersusun
Menyatakan kesimpulan/penegasan
dalam perenggan penutup
Penyemakan
Menyemak ejaan dan tanda baca
Menyemak tatabahasa
Menyemak jumlah perkataan


B) PANTUN
Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan
yang bersifat peribumi.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan
mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik,uji
menguji di kalangan masyarakat.
Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus
bahasa tersirat.
Istilah pantun bagi orang melayu seringkali
membawa maksud umpama dan ibarat
Pantun juga sering ditukar ganti dengan
perumpamaan.
Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap
pantun berkembang.
Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya
8 baris.

1. CIRI-CIRI PANTUN
Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
Bahasa bebas dari pantang larang
Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat
bawahan.
Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham

C) SAJAK
Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden
lebih bebas bentuknya daripada puisi tradisional
seperti pantun dan syair.
Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk
hasilkan sajak.
Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan
terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

D) CERAMAH
Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang
tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang
menjadi perbincangan umum, topik disampaikan
penceramah kepada penonton.
Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di
perhimpunan.

1. JENIS-JENIS CERAMAH
Ceramah agama
Ceramah pendidikan
Ceramah kesihatan
Ceramah kesedaran dan sebagainya

E) FORUM
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang
melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai
fikiran dan mengemukakan pendapat tentang
sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai di mana pelajar berkongsi
pengetahuan dan pengalaman secara lansung untuk meningkatkan kemahiran
menyampaikan idea dan fikiran yang jelas, objektif,
kreatif dan rasional.
Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada
sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
Dalam sesi forum, soalan daripada penonoton
boleh diajukan kepada panel untuk mendapat
ulasan selanjutnya.

F) DEBAT
Debat ialah pengucapan sama ada menyokong
atau membangkang sesuatu pendirian dengan
alasan yang logik dan idea berterusan.
Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan
pendapat masing-masing sama ada pihak pertama
terdiri daripada penyokong tajuk perdebatan dan
pihak kedua sebaliknya.
Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan
kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang
kukuh dan bernas.
Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa
menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan
tajuk yang diberikan.
Sekiranya pihak pencadang sedang memberi
hujah dan didapati hujah tersebut menggugat fakta
atau fakta yang diberikan tidak dianggap tidak
sesuai maka pihak pembangkang boleh
mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk
memperbetulkan fakta yang telah diutarakan.
Setelah selesai setiap daripada ahli dalam
kumpulan membentangkan hujah mereka, maka
sesi pengulasan dibuat untuk mendapatkan
kesimpulan fakta daripada ahli-ahli yang sudah
mengutarakan hujah mereka.
Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan
ditetapkan. Markah tidak diambil kira sekiranya
terdapat lebihan masa digunakan.

G) PIDATO
v Mengandungi huraian isi-isi enting yang
melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip
berdasarkan tajuk yang diberikan.
v Interaksi satu hala di mana pemidato
membentangkan hujah-hujah di depan pemidato.
v Berpidato bukanlah bermaksud membaca
sebaliknya menerangkan, memberi interpretasi dan
menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta
yang diketengahkan.
v Ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih
kukuh kerana ada fakta beserta contoh yang
diberikan.




Penilaian Pengalaman Pembelajaran - INTERAKSI MINGGU 11
Definisi penilaian pengalaman pembelajaran
Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh
informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar
peserta didik dan mengefektifkan penggunaan
informasi tersebut untuk mencapai tujuan
pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini
termasuk proses pembuatan keputusan tentang
kedudukan dan persembahan peserta didik.
Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini
merupakan kegiatan yang dirancang untuk
mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan
secara keseluruhan.
Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu
usaha untuk mendapatkan berbagai informasi
secara berkala, berkesinambungan, dan
menyeluruh tentang proses dan hasil dari
pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai
oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk
mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan
telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran
yang dapat berupa tes ataupun non tes.
Penilaian Pembelajaran merupakan salah atu cara
guru mengetahui perkembangan hasil belajar,
intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial,
sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.




PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN

TEMA : PENGALAMAN
i. KOMPETENSI DASAR
1. PKN
Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

ii. INDIKATOR PKN
Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu
rumah
Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang
tua, saudara, guru, teman, dan lain- lain)
Memberi contoh hidup rukun di rumah
Membeni contoh hidup rukun di sekolah
Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN
A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi: Menyanyikan lagu Nama-Nama Hari

B. KEGIATAN Inti
1. Menceritakan hidup rukun di rumah
2. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu
rumah
3. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang
tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
4. Memberi contoh hidup rukun di rumab
5. Memberi contoh hidup rukun di sekolah
6. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
7. Menyebutkan manfaat hidup rukun
8. Menyapa teman sebaya dengan benar
9. Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang
lain
10. Membuat kalimat sapaan secara lisan
11. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
12. Membuat kalimat Tanya dengan benar
13. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
penjurniahari bilangan 2 1-50
14. Menye!esaikan masalah yang berkaitan dengan
pengurangan bilangan 21-50
15. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal
cerita yang berkaitan dengan penjumlahan bilangan
21-50
16. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal
cerita yang berkaitan dengan pengurangan bilangan
2 1-50
17. Bersama-sama menyanyikan lagu Nama-nama
Hari
18. Membeni contoh kegiatan yang lama atau
sebentar
19. Membedakan, waktu lama atau sebentar
~20. Melakukan kegiatan sehari-hari yang sebentar
atau larna
21. Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam
satu minggu
22. Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam
setahun
23. Membedakan bentuk suatu benda
24. Mengelompokkan benda yang sama bentuknya
25. Menjelaskan perubahari bentuk benda melalui
penlakuan yang berbeda
26. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu
rumah
27. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang
tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
28. Menceritakan dan menulis penistiwa
menyenangkan yang pernah dialami
29. Menceritakan dan menulis peristiwa tidak
menyenangkan yang pernah dialami
30. Menceritakan kembali hal-hal yang pemah
dialami berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
31. Menyebutkan penistiwa yang pernah terjadi di
lingkungan keluarga berdasarkan cerita orang tua
atau orang lain
(Langkah-Jangkah kegiatan disesuaikan dengan
jadwal pelajaran masing masing sekoIah)

C. KEGIATAN AKHIR
1. Siswa melaksanakan tugas portofolio
2. Pelajaran ditutup dengan lagu Aku Anak Sehat

iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN

a. METODE
1. Ceramah 4. Tanya Jawab
2. Demonstrasi 5. Tugas
3. Game

b. SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I (Terdiri dari PKN, B.
Indonesia, Matematika, IPA, IPS)
2. Pengembangan Guru

c. MEDIA
1. Kartu bilangan 2. Kartu huruf
3. Kantu kata 4. Gambar-gambar yang relevan

v. PENILAIAN
1. Lisan 2. Tertulis
3. Perbuatan 4. Portofolio

CIRI-CIRI PENILAIAN PENGLAMAN
PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BERKESAN
a. KAEDAH JIGSAW
- Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah
pembelajaran yang dapat memupuk semangat
berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga
dapat meningkatkan kemahiran mendengar,
penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent,
2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti
yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
- Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam
perlaksanaannya melalui
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah
Husain et al. 2006), iaitu:
Pergantungan secara positif
Tanggungjawab
Interaksi secara terus (bertentang mata)
Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut
kesesuaian
Penilaian kendiri secara berterusan

b. KRITIKAN TERBUKA
- Kritikan terbuka membabitkan kemahiran
pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi
keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing
the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan
dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit
kepada rakan-rakan sekelas.
- Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk
dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum
itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan
memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar
akan diberi markah berdasarkan lima perkara:
intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di
khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan,
dan maklum balas terhadap soalan yang diterima.
Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar
untuk membaiki kelemahan yang ada.
- Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar
mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik
kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu
meningkatkan kemahiran komunikasi awam di
kalangan para pelajar.

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

- Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu
kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat
pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar
yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah
PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek
tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan
pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
- Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah
seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan
dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja
kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan
untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan
(Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana
rakan-rakan adalah merupakan individu yang
terdekat dan paling banyak meluangkan masa
bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus
tersebut.
- Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan
pemerhati yang baik antara satu sama lain dan
kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat
menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan
untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu
rakan-rakan mereka.

Penilaian Bahasa Berasaskan Projek - INTERAKSI MINGGU 12
DEFINISI BROSUR
- Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan
ringkas tentang sesuatu.Rubrik Penilaian Brosur
1. Lemah (0-5)
2. Sederhana (6-8)
3. Cemerlang (9-10)


Kreativiti dan keaslian
1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber
lain (plagiat)
2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta
mampu menarik perhatian umum.

Fungsi
1. Reka bentuk dan paparan yang salah
2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi
kurang menarik.
3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti
brosur yang sebenar.

Tatabahasa
1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik
tetapi masih perlu diperbaiki.
3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik,
jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi
1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada
langsung ilustrasi.
2. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.
3. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik
dan sesuai.



DEFINISI POWER POINT
Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan
semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus
asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga
slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti background
format, drawing, colour, transitions dan animations, drawing tools dan ciri-ciri
pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali
persembahan yang professional.


MATLAMAT
Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan
membanyakkan bahan p&p berasaskan ict

OBJEKTIF
Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT
Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

CIRI-CIRI
Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk
pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa
Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:
-Hasil ciptaan sendiri
-Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri
-Berasaskan Windows
-Interaktif

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
2. Keberkesanan kesinambungan persembahan
3. Ketepatan isi kandungan

4. Kelengkapan laporan
5. Cara penyampaian maklumat
6. Keistimewaan persembahan
7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh
akan direkodkan dalam cd
8. Masa terhad untuk persembahan.


IKLAN:
Maklumat atau pemberitahuan maklumat kepada
orang ramai melalui surat khabar,televisyen, radio
dan sebagainya.


ASPEK YANG DINILAI:
Dari segi penyampaian:
-surat khabar
-televisyen
-radio

POSTER:
Notis atau gambar yang mengandungi maklumat
atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal
pada dinding.

LAMAN WEB:
Dokumen elekteronik pada paparan skrin komputer
yang kebiasaannya mempunyai teks, grafik, bunyi
dan sebagainya tentang sesuatu institusi,
organisasi, persatuan, individu yang dapat dicapai
melalui internet.

Penilaian Berasaskan Sekolah - INTERAKSI MINGGU 13 DAN 14
Rasional
- Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah :
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari
semasa ke semasa.
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.


CIRI CIRI .....
Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang
dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
Kerja kursus / PEKA
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

1. Kerja kursus / PEKA
Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu
pengajaran dan pembelajaran
LPM membekalkan dokumen pentaksiran
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil

2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi
pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran.
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
Sekolah mengeluarkan sijil.

Prinsip
Penilaian Berasaskan Sekolah

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada
perancangan berikut:
Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat,
kekerapan pentaksiran,
siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan
atau pembinaan
instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan
pelaporan dibuat oleh
pihak sekolah dengan berpandukan kepada
Panduan PBS bagi
matapelajaran berkenaan.
Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada
usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan
dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat
dalam pembelajaran murid dan pengurusan
evidens.
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada
proses pemberian skor kepada perkara ditaksir
berdasarkan skema penskoran.
Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada
perumusan skor oleh guru pentaksir bagi
mendapatkan tahap penguasaan pelajar.
Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip
rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan
penggredan yang telah dibina.
Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip
dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Pelaporan positif.
Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap
penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan
dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Aspek
PenilaianBerasaskan Sekolah
- Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :
i. Daya kreatif contoh; mereka cipta, melukis.
ii. Kemahiran proses sains contoh; memerhati, membuat inferens.
iii. Perlakuan dan amalan nilai contoh; membantu, berdikari.
iv. Sikap contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
v. Kesihatan dan kecergasan contoh; sihat, cergas dan aktif.
vi. Kemahiran kinestetik contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
vii. Bakat dan minat contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu
bidang.


PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH :
a. Instrumen
b. Penggredan
b. Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah.
c. Rumusan


Penggredan:
Pencapaian dalam Penilaian Berasaskan Sekolah
akan dinilai dan pelajar perlu menyempurnakan
setiap tugasan yang diberikan. Antara aspek-aspek
yang dinilai adalah:
1. Kehadiran pelajar dalam Penilaian Berasaskan
Sekolah.
2. Menyempurnakan tugasan(dinilai oleh
pensyarah)
3. Portfolio individu.
4. Laporan Perkembangan Pelajar.
Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan
Sekolah:
1. Bahagian Pendidikan Guru memaklumkan
kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri(JPN)
tentang program Penilaian Berasaskan
Sekolah(PBS).
2. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan
memaklumkan kepada pihak sekolah tentang
penempatan pelajar.
3. IPGM akan memaklumkan atau memberikan
taklimat berkaitan pelaksanaan PBS kepada pihak
sekolah.
4. IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan
dan pelaksanaan PBS untuk tutor dan pelajar.
5. IPGM menyediakan borang dan dokumen yang
berkaitan untuk tindakan pelajar.
6. IPGM memberikan tugasan kepada pelajar untuk
disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan
PBS dan dibincang bersama pensyarah masing-
masing semasa sesi interaksi.
7. Tugasan pelajar semasa PBS akan dinilai oleh
pensyarah mata pelajaran yang terlibat.

teknik teknik dalam pengajaran
bahasa melayu
Pengenalan

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah
digubal dengan memberikan fokus kepada
Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai
murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran
Mendengar dan Bertutur, Kemahiran
Membaca, dan Kemahiran Menulis. Bagi
setiap kemahiran pelbagai teknik pengajaran
telah diterapkan oleh guru semasa
berlangsungnya sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan
keupayaan murid mendengar dengan teliti,
memahami perkara yang didengar dalam
pelbagai situasi pengucapan, serta dapat
memberikan maklum balas.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan keupayaan
murid berbual untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat,
perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif
dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara spontan. Penekanan diberi kepada
penggunaan pengucapan yang
menggunakan tatabahasa yang sesuai

Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merupakan keupayaan
murid membaca ayat dengan lancar serta
sebutan, intonasi, dan jeda yang betul.
Penekanan perlu diberi kepada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan
secara kritis dengan menggunakan pelbagai
teknik membaca.

Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merupakan keupayaan
murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang
telah dilalui dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul,
serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Murid juga digalakkan menggunakan
kreativiti mereka untuk menghasilkan
penulisan bahan berunsur pengetahuan dan
penulisan imaginatif.

Penguasaan kemahiran bahasa
memerlukan kepelbagaian situasi dan
konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi
dan grafik. Oleh yang demikian, sebagai
seorang guru Bahasa Melayu yang
berdedikasi dalam mendidik anak-anak
muridnya mereka haruslah memiliki inisiatif
untuk mengaplikasikan teknik-teknik
pengajaran yang bersesuaian dan dapat
merangsang minda serta menarik minat
murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran untuk tempoh masa tertentu.

TEKNIK SOAL-MENYOAL DALAM BILIK
DARJAH

Pendahuluan
Teknik menyoal memainkan peranan penting
dalam mengembangkan daya intelek, rohani
dan emosi serta menggalakkan daya
pemikiran yang kreatif, inovatif, logik dan
kritis. Oleh yang demikian, guru digalakkan
supaya mempelbagaikan teknik menyoal
agar pengajaran dapat disampaikan dengan
berkesan, menarik dan memberangsangkan
murid untuk terus belajar.

Tujuan Menyoal
Penggunaan soalan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa boleh:
1. membantu murid meningkatkan
kefahaman isi-isi pengajaran dan
pembelajaran;
2. membimbing dn menggalakkan murid
berinteraksi antara satu sama lain,
dengan guru dan dengan bahan;
3. memenuhi kehendak murid yang
berlainan tahap pencapaian;
4. membantu guru untuk meningkatkan
daya pemikiran murid;
5. membantu dan menggalakkan
pemikiran secara meluas dan mendalam;
6. menilai peringkat kefahaman murid;
dan
7. memberangsangkan murid untuk
terus belajar.


Pemeringkatan Soalan Mengikut
Toksonomi Bloom
Soalan-soalan yang dikemukakan bolehlah
terdiri daripada pelbagai aras atau peringkat
kesukarannya iaitu daripada soalan-soalan
yang mudah hingga kepada yang sukar dan
mencabar. Pemeringkatan soalan-soalan
adalah seperti berikut:

Peringkat Soalan Aras Pemikiran Murid Contoh
Pengetahuan Murid perlu mengingat atau menghafal sesuatu yang telah
dipelajari. Murid boleh mendapat butiran jawapan secara terus
daripada petikan.
Siapakah nama pengarang novel Anak Bentayan?
Apakah nasihat ibu Ahmad kepadanya sebelum dia
pergi ke sekolah?
Pemahaman Murid perlu memahami mkasud atau mkna sesuatu bahan yang
diberikan
Terangkan apakah yang cuba disampaikan oleh
pengarang tentang kasih sayang antara adik-beradik?
Bagaimanakah industri pelncongan membawa faedah
kepada pengusaha-pengusaha kraftangan.
Penggunaan atau aplikasi Murid boleh menggunakan pengetahuan yang telah ada untuk
disesuaikan atau digunakan dengan situasiatau bahasa yang
diberi
Karangkan sebuah cerita pendek yang ada kaitan
dengan peribahasa yang telah dibincangkan tadi.
Berdasarkan cadangan-cadangan yang anda berikan,
apakah langkah yang boleh diambil untuk menolong Aminah?

Analisis Murid boleh memecahkan dan mencerakinkan sesuatu bahan
kepada bahagian-bahagian kecil supaya dapat memahami
keseluruhan bahan dengan lebih jelas.
Senaraikan sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Ahmad
dalam petikan ini.
Apakah cara-cara yang bolehkita lakukan untuk
membantu Aminah untuk menyelesaikan masalahnya?

Sintesis atau rumusan Murid boleh merumus atau membuat kesimpulan tentang
bahan-bahan yang telah dicerakinkan supaya mendapat satu
kesimpulan atau rumusan tertentu
Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak
melalui sajak yang dibaca tadi?
Apakah perkara pokok yang dibicarakan dalam petikan
ini?

Penilaian Murid boleh membuat pertimbangan atau menilai sesuatu
bahan.
Patutkah kanak-kanak diberikan kebebasan memilih
bahan bacaan yang disukainya?
Pada pendapat anda adakah undang-undang sekolah
anda terlalu ketat?

Jenis Soalan
Soalan-soalan yang dikemukakan boleh
dibahagikan kepada dua jenis:

1. Jenis Bertumpu (Convergent)
Soalan jenis ini memerlukan jawapan betul
atau salah iaitu lebih berbentuk objektif.
Jawapan kepada soalan jenis ini boleh
didapati daripada petikan atau bahan yang
diberi. Murid tidak perlu berfikir dengan lebih
mendalam. Dalam pemeringkatan soalan
mengikut Taksonomi Bloo, peringkat
pengetahuan, pemahaman dan penggunaan
pada peringkat rendah termasuk dalam jenis
ini.
2. Jenis Bercapah (Divergent)
Jawapan kepada soalan ini lebih bersifat
terbuka atau bebas. Jenis soalan ini lebih
menguji pemikiran murid supaya dapat
menaakul, meneroka, menganalisis,
mengkritik, dan menghayati sesuatu bahan.
Jenis soalan ini juga memberi peluang
kepada murid berinteraksi secara aktif dan
melahirkan pemikiran yang lebih kreatif.
Soalan-soalan yang termasuk dalam jenis
bercapah adalah soalan di peringkat analisis,
sintesis dan penilaian.

Teknik Menyoal
Sebelum mengemukakan soalan, gur
hendaklah merancang, membentuk, dan
memilih soalan yang sesuai. Guru perlu
memberi perhatian kepada perkara-perkara
yang berikut:



1. Bila Menyoal?
Bilakah soalan dikemukakan? Adakah pada
awal pelajaran sebagai pengenalan untuk
menimbulkan minat dan kesediaan murid
bagi menghadapi pembelajaran, atau pada
pertengahan pelajaran sebagai rangsangan
untuk menguji pemahaman murid?
Soalan boleh dikemukakan pada awal,
pertengahan atau akhir pelajaran mengikut
keperluan dan keadaan:
Contoh:
(a) pernahkah anda melihat permainan
tradisional? (Awal)
(b) bolehkah anda merumuskan kembali apa
yang telah kita bincangkan tentang sejarah
wau di Malaysia? (Pertengahan)
(c) pada pendapat anda perlukah permainan
tradisional diperkenalkan kepada generasi
akan datang? (Akhir/ Pengukuhan)

2. Untuk Siapa?
Adakah satu-satu soalan yang dikemukakan
sesuai untuk semua murid? Sekiranya
terdapat kepelbagaian tahap murid, wajarkah
guru mengemukakan soalan yg sama
kepada semua? Sudah tentu tidak wajar.
Soalan itu mungkin terlalu sukar bagi mereka
yang lemah atau terlalu mudah bagi mereka
yang pintar. Oleh yng demikian, guru perlu
mempelbagaikan soalan. Soalan yang
dikemukakan hendaklah dalam pelbagai
bentuk, jenis dan peringkat.

Contoh:
(a) Apakah pengajaran yang boleh didapati
darpada petikan ini?
(Pintar)
(b) Apakah idea-idea penting yang terdapat
pada setiap perenggan dalam petikan ini?
(Sederhana)
(c) Siapakah kawan-kawan Salleh yang
pergi ke Melaka bersama-samanya?
(Lemah)



3. Untuk Apa?
Bolehkah soalan membantu pembelajaran
murid? Soalan boleh membantu murid untuk
memahami konsep, fakta, urutan peristiwa
dan menggalakkan murid terus belajar dan
berfikir.

4. Kesediaan Pelajar?
Bolehkah murid menjawab soalan pada bila-
bila masa? Perlukah diambil kira
persekitaran pembelajaran? Sebelum
mengemukakan soalan, guru hendaklah
memastikan bahawa murid telah bersedia
dari segi pengetahuan dan keadaan emosi
murid itu stabil untuk belajar dan menjawab
soalan. Selain itu guru hendaklah mengambil
kira keadaan persekitaran yang
membolehkan pelajar mendengar, berfikir
dan memberi jawapan; seperti keadaan
disiplin murid, dan suasana yang tenang dan
selesa.

5. Kejelasan Soalan
Mengapa lain yang disoal, lain yang dijawab?
Soalan-soalan yang hendak dikemukakan
oleh guru mestilah jelas, mudah difahami dan
tidak menimbulkan kekeliruan kepada murid.

6. Pemilihan Soalan
Adakah semua soalan sesuai untuk semua
murid? Bagaimanakah pemilihan soalan
dilakukan? Pemilihan soalan haruslah
terancang supaya sesuai dengan objektif
pengajaran. Soalan yang dikemukakan juga
hendaklah mengikut urutan perkembangan
logis iaitu daripada yang mudah kepada yang
sukar, serta sesuai dengan tahap
pencapaian berbahasa dan pemikiran murid.

7. Taburan/Sebaran Soalan
Siapa yang menjawab? Adakah soalan yang
dikemukakan dalam kelas dijawab secara
berkumpulan atau individu? Soalan harus
dikemukakan kepada seluruh kelas.
Pemilihan murid untuk menjawab soalan
hendaklah secara menyeluruh iaitu tidak
tertumpu kepada murid tertentu atau
kumpulan tertentu sahaja. Soalan tidak
dikemukakan kepada murid barisan depan
dan murid tertentu sahaja.
8. Bila Menjawab?
Bolehkah murid menjawab dengan serta-
merta? Bolehkah guru meminta jawapan
dengan serta-merta? Guru haruslah memberi
masa kepada pelajar untuk berfikir bagi
menjawab soalan.

Reaksi Terhadap Jawapan Murid
Semua jawapan yang diberi oleh murid
hendaklah mendapat pertimbangan yang
sewajarnya. Sekiranya jawapan yang
diberikan itu betul dan tepat, guru haruslah
memberi ganjaran serta-merta seperti pujian.
Dalam keadaan ini, guru boleh memberikan
mana-mana reaksi di bawah ini mengikut
kesesuaian:

1. Menerima jawapan dan beralih
kepada soalan lain.
2. Menerima jawapan dan meminta
pelajar lain mengulangnya sebagai
pengukuhan.
3. Meminta murid lain memberi komen
kepada jawapan tersebut dan kemudiaan
guru menerimanya atau memberi komen.

Sekiranya jawapan itu sepima. Bagi jawapan
yang separuh betul atau salah, guru
hendaklah berusaha membantu murid
mendapatkan jawapan yang boleh diterima.
Bagi jawapan yang salah atau kurang tepat,
antara reaksi yang boleh diberikan oleh guru
ialah:

1. Guru memikirkan semula soalan yang
dikemukakan. Sekiranya soalan
mengelirukan, guru hendaklah
membaikinya.
2. Sekiranya jawapan yang salah bukan
kerana kelemahan soalan, alihkan soalan
kepada murid lain.
3. Beri petunjuk (clue) sebagai panduan
untuk murid menjawab.

Jangan terus menyalahkan jawapan yang
tidak betul atau tidak tepat. Guru harus terus
memandu dan membimbing dengan soalan-
soalan yang lain.



Bentuk Soalan
Soalan terdiri daripada tiga bentuk utama
iaitu objektif, separa objektif/ soalan pendek
dan subjektif/ esei.

1. Bentuk Objektif
Betul-Salah
Soalan jenis ini memerlukan murid
menandakan sama ada sesuatu pernyataan
yang diberi itu betul atau salah.
Mengisi Tempat Kosong
Soalan jenis ini memerlukn murid memikirkan
satu perkataan atau bahagian kata yang
sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam
ayat.
Memadankan Perkataan
Soalan memadankan perkataan bertujuan
untuk menguji pemahaman murid tentang
makna perkataan atau sesuatu konsep.
Murid diberi dua senarai perkataan untuk
dipadankan.
Soalan Aneka Pilihan
Soalan aneka pilihan memerlukan murid
memilih satu jawapan daripada beberapa
pilihan jawapan berdasarkan kepada soalan
pokok.
Bentuk Kloz
Soalan kloz juga memerlukan murid mengisi
tempat-tempat kosong. Guru memilih satu
petikan prosa yang mengandungi antaran
150-250 patah perkataan. Ayat pertama
petikan tersebut dikekalkan. Mulai ayat
kedua, setiap perkataan kelima atau ketujuh
dalam petikan tersebut digugurkan. Jumlah
tempat kosong yang dicadangkan untuk satu
petikan adalah antara 30-50. murid
dikehendaki mengisikan tempat kosong
dengan perkataan yang sesuai.

2. Bentuk Separa Objektif/Soalan Pendek
Soalan separa objektif atau soalan pendek
memerlukan pelajar memberi jawapan
ringkas yang berbentuk perkataan, ayat atau
frasa pendek. Soalan-soalan ini mestilah
mempunyai hanya satu jawapan yang betul.

3. Bentuk Subjektif atau Esei
Soalan esei memerlukan jawapan panjang
yang menghendaki murid memberi fakta,
ulasan, kritikan dan mengaitkannya secara
menyeluruh dan teratur.

Penutup
Soal-menyoal merupakan salah satu aspek
penting dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) bahasa yang dapat membimbing
murid ke arah pemikiran yang lebih luas.
Soalan yang mencabar akan membantu
murid menajamkan lagi pemikiran dan juga
membantu murid mencari maklumat melalui
perbincangan dan pembacaan yang luas.
Oleh itu, guru seharusnya memberikan
perhatian yang serius kepada aspek soal-
menyoal dan memanfaatkan penggunaannya
untuk mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik dan
berkesan.

STRATEGI PEMBELAJARAN MELALUI
PENGALAMAN

Pendahuluan

Strategi pembelajaran melalui pengalaman
merupakan satu strategi pengajaran dan
pembelajaran berasaskan kaedah learning
by doing. Ini bermaksud, pembelajaran akan
terhasil dengan cara murid sendiri
melakukan sesuatu. Sebagai contoh, untuk
menjadi seorang pembahas yang baik, murid
perlu melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti perbahasan, inilah satu cara belajar
yang berkesan dan pembelajaran yang
terhasil daripadanya dapat dikekalkan.

Pengalaman ialah sesuatu yang
dilalui, dirasai, ditempuhi atau ditanggung
oleh seseorang. Melalui pengalaman, dapat
diperkenalkan kemahiran dan pengetahuan
yang baru. Ada kalanya, pengalaman juga
akan mengukuh dan mengemaskinikan
kemahiran dan pengetahuan yang telah
sedia ada dalam diri seorang
murid. Pengalaman juga amat penting untuk
meluas dan menambahkan ilmu seseorang.
Oleh itu, ketiga-tiga aspek yang telah
dinyatakan ini, menjadi unsur yang amat
penting dalam strategi pembelajaran melalui
pengalaman.
Kelas yang berteraskan strategi
pembelajaran melalui pengalaman akan
mendedahkan kepada murid-murid pelbagai
peristiwa yang membolehkan mereka
mendapatkan pengalaman. Oleh itu, pelajar
harus dilibatkan secara aktif dalam usaha
menerapkan pengetahuan dan kemahiran
baru, meneguhkan pengetahuan sedia ada,
ataupun meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran yang diharapkan.

Situasi dalam sebuah bilik darjah
yang melaksanakan strategi pembelajaran
melalui pengalaman dikira bersifat
demokratik. Dalam strategi ini, murid-murid
diberi peluang dan alternatif untuk
memainkan peranan, memberi pendapat dan
bertindak berdasarkan interpretasi dan minat
mereka sendiri. Peraturan tidaklah seketat
yang biasanya diberi oleh guru.

Strategi pembelajaran melalui
pengalaman merupakan satu jawapan
kepada kebimbangan tentang mutu
pembelajaran sekarang, iaitu yang berkait
dengan masalah kebekuan pemikiran murid.
Dalam strategi ini, pemikiran murid sendiri
dicabar dengan perkara-perkara baru dan
menarik. Oleh itu, murid akan sentiasa
terlibat secara aktif dan ini akan
menambahkan peluang bagi mereka
menonjolkan daya kreatif yang tersembunyi
dalam diri.

Sekiranya guru juga kreatif dalam
menyediakan pelbagai pengalaman kepada
murid, strategi pembelajaran melalui
pengalaman ini bukan sahaja akan
mempelbagaikan strategi pengajaran
mereka, malah akan menyokong keperluan
murid dalam kemahiran hidup dan kemahiran
manipulatif.

Rasional

Strategi pembelajaran melalui pengalaman
tidak terbatas untuk satu-satu mata pelajaran
sahaja. Strategi ini sesuai digunakan dalam
semua bidang dan mata pelajaran. Jika
digunakan dalam mata pelajaran Bahasa
Malaysia, murid akan dapat mengalami
pengalaman dan menimba pengetahuan
serta kemahiran. Ini membolehkan
penyerapan berlaku. Di samping itu, murid
juga akan dapat mengalami dan menghayati
pengalaman tersebut dalam pelbagai
kemahiran bahasa. Ini bermakna
penggabungjalinan telah berlaku tanpa
disedari oleh murid.

Satu aspek pembelajaran melalui
pengalaman, ialah proses pengumpulan dan
perkongsian pengalaman antara murid
dengan murid dan murid dengan guru.
Pengalaman yang dikumpulkan bukan
sahaja dikumpul pada masa itu, tapi juga
merupakan pengalaman masa lampau.
Pengalaman-pengalaman ini akan diperkaya
dan dikukuhkan lagi apabila tiba proses
perbincangan dalam kelas.

Strategi pembelajaran melalui
pengalaman tidak menghadkan jenis dan
bentuk pengalaman yang perlu dilalui oleh
murid-murid. Mereka harus diberi
pengalaman yang membolehkan mereka
menggunakan segala kemahiran dan
pengetahuan dalam diri mereka bagi
mencapai matlamat kemahiran berbahasa
yang diharapkan.

Objektif

Strategi pembelajaran melaluipengalaman
adalah bertujuan untuk mencapai objektif-
objektif yang berikut:
(1) Untuk memberi pengetahuan dan
kemahiran kepada murid-murid mengikut
keperluan mereka. Oleh itu, guru haruslah
memikirkan bahan yang berguna dan
diperlukan dalam kehidupan sebenar para
murid. Misalnya, memberi pengalaman
kepada murid merancang dan menguruskan
suatu majlis seperti majlis perhimpunan,
kempen Anti Merokok, kempen Cintailah
Bahasa Kita dan sebagainya.
(2) Meningkatkan kemahiran berfikir secara
lateral (bercapah) dalam kalangan murid. Ini
boleh dicapai melaui soalan-soalan yang
dikemukakan dan juga tugas-tugas khas
yang lain yang ditentukan untuk dilakukan
oleh murid-murid. Misalnya, tugasan
mengumpul dan mengenalpasti maklumat
penting dan maklumat tambahan, membuat
pengamatan, perbandingan, membuat
analogi, mengklasifikasi, membuat andaian,
menaakul, merumus, membuat keputusan
dan juga memberi pendapat tentang perkara-
perkara biasa dalam perspektif yang berbeza
daripada kebiasaan.
(3) Menggunakan fakta-fakta dan prinsip-
prinsip yang telah dipelajari dalam sesuatu
situasi pengalaman yang disediakan.
(4) Melatih murid-murid menggunakan
pengetahuan dan kemahiran tentang prinsip-
prinsip yang telah diperoleh dalam pelbagai
situasi.
(5) Murid-murid dapat menyepadukan segala
pengetahuan dan kemahiran yang ada
dengan kemahiran berbahasa dalam
keadaan yang menyeronokkan.
(6) Menimbulkan persekitaran pembelajaran
yang mencabar, tidak terancam dan lebih
selesa bagi murid-murid.

Pelaksanaan
Strategi pembelajaran melalui pengalaman
memerlukan satu perancangan yang teliti,
persediaan guru, pelajar serta bahan,
prosedur pengajaran dan pembelajaran yang
teratur, dan tindakan susulan yang sesuai.

1. Perancangan
Dalam strategi pembelajaran melalui
pengalaman, perkara penting pada peringkat
awal ialah perancangan yang teliti. Ini perlu
dilakukan untuk menentukan pengalaman
yang diberi itu sesuai dan menarik.

Pengalaman yang diberi boleh terdiri
daripada tiga jenis pengalaman, iaitu:
(a) Pengalaman Sedia Ada
Guru haruslah mengenalpasti pengalaman
sedia ada murid-murid dan meminta mereka
mengingatinya semula.
(b) Pengalaman Baru
Pengalaman baru ini boleh diberikan kepada
murid-murid mengikut jangka masa yang
sesuai, contohnya dalam masa sehari,
seminggu atau sebulan lebih awal. Apa yang
perlu ditegaskan di sini ialah pengalaman
tersebut perlu di rancang bersesuaian dengn
objekif pengajaran dan pembelajaran yang
telah ditentukan.
(c) Pengalaman Sedia Ada Sebagai Teras
Pengalaman Baru
Pengalaman yang telah sedia ada pada diri
murid akan menjadi asas untuk digunakan
dalam situasi dan perspektif yang baru. Di
sini, murid-murid akan dapat memanfaatkan
pengalamn dan pengetahuan sedia ada
mereka untuk memahami pengalaman yang
baru.

2. Persediaan
Tiga faktor utama dalam proses
pembelajaran melalui pengalaman ialah
persediaan guru, persediaan murid dan
persediaan bahan. Ketiga-tiga faktor ini perlu
di pertimbangkan sebelum strategi ini
dijalankan bagi menentukan pembelajaran
akan belaku dengan berkesan.
(a) Persediaan Guru
dalam usaha melaksanakan strategi ini
supaya lebih licin, guru harus bersedia untuk
menggunakan kemahiran-kemahiran
pengurusan, pengelolaan bilik darjah,
menjadi pemudah cara dan mengetahui
prosedur bagi menjalankan strategi ini.

Persediaan awal adalah amat penting.
Langkah-langkah awal tesebut adalah seperti
berikut:
(i) Menentukan objektif dan pemilihan
pengalaman sebagai isi pelajaran
permulaan, sebagai pengukuhan ataupun
sebagai satu tindakan susulan.
(ii) Menentukan corak dan cara murid
mendapatkan pengalaman, sama ada secara
individu, berpasangan atau berkumpulan.
Tempoh masa bagi mendapatkan
pengalaman juga harus ditentukan, sama
ada dalam masa sehari atau dalam tempoh
masa yang lebih panjang.
(iii) Menentukan tempat dan masa bagi murid
mendapatkan pengalaman dan menentukan
juga jenis tugasan yang akan diberi kepada
murid. Murid boleh ditugaskan memerhati,
mencatat, menyediakan soalan-soalan dan
sebagainya.
(iv) Menentukan tindakan susulan, guru
harislah dapat merancang bagaimana
dapatan-dapatan yang diperolehi oleh murid
daripada pengalaman mereka dapat
dimanfaatkan dalam cara-cara tertentu pada
peringkat akhir dalam pelajaran. Contohnya,
guru merancang supaya murid menghasilkan
sebuah sajak hasil daripada pemerhatian
mereka tentang kehidupan di sebuah
kawasan setinggan.

(b) Persediaan Murid
Murid libat secara aktif terlibat secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, mereka haruslah
bersedia dalam hal yang berikut:
(i) Penguasaan kemahiran-kemahiran kognitif
seperi menganalisa, mensintesis dan
menilai, dan membuat keputusan dalam
proses pembelajaran kematangan mental
murid. Situasi pengalaman yang sesuai
dengan tahap pemikiran mereka, akan
menjadi satu motivasi kepada mereka untuk
melibatkan diri secara aktif dalam
keseluruhan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengalaman yang dilalui
seharusnya dimanfaatkan pada tahap
kemahiran kognitif yang tinggi seperti yang
dinyatakan di atas.
(ii) Murid haruslah mempunyai sikap sentiasa
ingin mencuba dan melibatkan diri dalam
keseluruhan proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini berkait rapat dengan
minat mereka maka proses pembelajaran
akan lebih mudah berlaku. Mempunyai
keyakinan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti,
sama ada secara individu, berpasangan,
mahupun dalam kumpulan. Sekiranya murid
belum begitu yakin kepada diri sendiri dan
berasa malu serta ragu-ragu, maka tugasan
dan pengalaman yang dirancangkan
bolehlah dilaksanakan secara berpasangan
atau kumpulan, walaupun ini sepatutnya
dilakukan.

(c) Persediaan Bahan
(i) Dalam strategi pembelajaran melalui
pengalaman, bahan pelajaran adalah
berasaskan situasi yang dipilih. Situasi
tersebut akan menyediakan pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran yang diperlukan
oleh murid.
(ii) Bahan-bahan pelajaran adalah dalam
bentuk ingatan dan catatan para pelajar.
Inilah yang menjadi asa perbincangan dan
kerja latihan. Seperti juga bahan-bahan
pelajaran adalah dalam bentuk ingatan dan
catatan murid-murid. Inilah yang menjadi
asas perbincangan dan kerja latihan. Seperti
juga bahan-bahan lain, pengalaman yang
dipilih untuk pelajar hendaklah sesuai
dengan minat dan perkembangan tahap
kognitifnya. Contohnya, bagi membina
kemahiran menaakul dengan menggunakan
bahasa yang tepat, jelas dan padat, murid
lelaki dibawa berbincang tentang strategi
dalam permainan bola sepak dan murid
perempuan pila dalam permainan bola jaring,
berasaskan pengalaman mereka sendiri
semasa bermain atau semasa mereka
menyaksikan pertandingan permainan
tersebut.
Guru haruslah ingat, bahawa
pengalaman yang nampak seperti biasa dan
membosankan boleh jadi menarik dan
bermanfaat jika dilihat dengan pandangan
baru dan dengan soalan-soalan yang
mencabar.

3. Prosedur Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam strategi pembelajaran melalui
pengalaman, sebahagian besar proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku di luar
bilik darjah, iaitu apabila murid sendiri
mengalami peristiwa yang disarankan. Oleh
itu, perancangan awal hendaklah
memastikan pengalaman yang diberi sesuai
dengan objektif yang telah ditetapkan. Pada
kebiasaannya proses pembelajaran bermula
pada peringkat pengumpulan maklumat
daripada pengalaman yang dialami. Apabila
murid memberi laporan yang didapati nya,
laporan tersebut boleh digunakan sebagai
asas latihan. Pengalaman akan diperoleh
secara sedikit-sedikit dan murid digalakkan
membuat catatan. Tugas guru juga adalah
untuk membantu murid menyusun
pengetahuan dalam satu keseluruhan yang
dapat difahami. Guru juga seharusnya
membantu murid memahami dan
menyepadukan pengetahuan dan kemahiran
sebagai sesuatu yang bermakna. Sekiranya
ini tidak dilakukan, pengetahuan dan
kemahiran akan terus berasingan dan tidak
bermakna kepada murid.

Tindakan Susulan
Tindakan susulan yang dibuat adalah
bergantung kepada sama ada pelajaran yang
diadakan itu, diberi sebagai pengetahuan
baru, sebagai pengukuhan ataupun sebagai
satu tindakan susulan.
Jika tindakan susulan merupakan
satu usaha menyampaikan pengetahuan
baru, maka ia akan menjadi landasan bagi
pelajaran seterusnya. Hasilnya, semua murid
akan mempunyai kemahiran dan
pengetahuan yang sama. Ini akan
memudahkan guru bagi memulakan satu-
satu pelajaran baru pada waktu yang lain.
Tindakan susulan juga boleh wujud
sebagai satu pemgukuhan kepada
kemahiran dan pengetahuan serta sikap
yang telah diperoleh oleh murid. Ini akan
melibatkan murid secara aktif menggunakan
fakta dan prinsip yang telah dipeljarai
sebelumnya.
Sebagai satu tindakan susulan,
pengalaman yang dialami itu akan
memasukkan kefahaman yang lebih
mendalam dan meluas boleh ditunjukkan
oleh murid dalam aktiviti-aktiviti bahasa
seperti penulisan, drama, sajak dan
sebagainya.

TEKNIK PROJEK
Pelbagai teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan oleh
guru, antaranya ialah teknik projek. Teknik
projek ialah suatu projek yang dijalankan
oleh murid-murid di dalam atau di luar bilik
darjah. Teknik ini dapat membantu murid
iaitu murid-murid lebih kreatif dan dapat
memahami sesuatu perkara dengan lebih
mendalam. Lazimnya teknik projek ini
dilakukan setelah murid dapat menguasai
kemahiran yang telah diajar. Selain itu,
pengajaran melalui teknik ini murid-murid
dapat memperkembangkan daya kreatif
mereka disamping mengayakan
pengetahuan mereka dalam sesuatu
pengajaran. (Ahmad Ramli Zakaria dan Osni
Anuar Othman ( 1992).
Menurut Ahmad Ramli Zakaria dan Osni
Anuar Othman ( 1992) aktiviti projek meliputi
projek yang dimuridi di bilik darjah. Antara
jenis-jenis projek yang boleh dilakukan ialah
mengadakan lawatan ke kilang, muzium,
ladang atau tempat bersejarah, mengadakan
aktiviti lakonan daripada bahan bacaan atau
bahan-bahan lain, mengumpul setem,
keratan akhbar, gambar, jenis-jenis daun,
serangga, atau bunga, melabel alat dalam
bilik darjah dengan menggunakan tulisan
seni, mengumpul dan memelihara ikan
dalam akuarium, membuat carta iklim
dengan merujuk kepada rekod-rekod
daripada alat mengukur iklim.

Selain itu juga, mengadakan aktiviti sosial
seperti menghias bilik darjah, bergotong
royong, membersih kawasan, membina
taman haiwan, taman botani atau taman
bunga dalam kawasan sekolah, mengkaji
jenis tumbuh-tumbuhan dan serangga di luar
bilik darjah, membuat kaji selidik terhadap
tempat-tempat atau bangunan bersejarah,
membuat kerja tangan seperti mengecap
dengan ubi kentang, membuat sangkar,
anyaman, topeng dan melukis, membuat
model seperti kota melaka atau kapal korek
yang boleh menjadi panduan kepada
guru. Walau bagaimanapun, guru digalakkan
membuat rujukan untuk membolehkan
mereka membentuk berbagai-bagai jenis
projek lain yang dianggap sesuai.
Mengadakan aktiviti bercerita yang
melibatkan pembelajaran bercerita dalam
berbagai-bagai bentuk.
Menurut Ahmad Ramli Zakaria dan Osni
Anuar Othman ( 1992) teknik projek ini perlu
mengikut panduan bagi menjalankan aktiviti
projek. Guru perlu mengetahui dan dapat
merancang aktiviti projek dengan teliti.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:
a) pilih satu tajuk yang sesuai dalam satu
sukatan pengajaran murid.
b) Tentukan objektif projek.
c) Pastikan projek dibuat setelah pengetahuan
tentang topik itu diketahui oleh murid.
d) Projek yang hendak dijalankan hendaklah
merangkumi aktiviti-aktiviti di dalam dan di
luar bilik darjah.
e) Pastikan sesuatu projek itu benar-benar
memberi faedah kepada murid-murid.
f) Aktiviti projek hendaklah mencukupi dan
berbagai-bagai jenis supaya ia lebih
mencabar kemahiran, pengetahuan dan
kreativiti murid.
g) tentukan sama ada projek ini untuk jangka
pendek, jangka panjang ataupun berterusan.
h) Murid-murid perlu dibantu memilih projek
yang berfaedah iaitu dari segi matlamat mata
muridan tertentu.
i) Ahli yang terlibat dalam projek hendaklah
ditentukan dan seorang ketua perlu dilantik.
j) Guru perlu mendedahkan beberapa
kemahiran dalam menjalankan kerja projek.
k) Tentukan jenis kerja yang perlu dibimbing
oleh guru dan yang dipimpin oleh ketua
pasukan.
l) Ketua pasukan hendaklah menyelaraskan
prestasi projek.
m) Pastikan murid-murid memahami segala
arahan atau panduan yang diberi oleh guru.
n) Penilaian hendaklah dibuat selaras dengan
arahan atau panduan yang telah ditentukan.
o) Tentukan cara untuk menyimpan,
mengguna dan mempamerkan hasil-hasil
kerja murid sebagai alat bantu mengajar.

Menurut Ahmad Ramli Zakaria dan Osni
Anuar Othman ( 1992) terdapat cara bagi
menjalankan projek iaitu sebelum, semasa
dan selepas. Sebelum menjalankan projek,
guru perlu perkenalkan tajuk projek kepada
murid. Seterusnya menentukan bagaimana
projek ini akan dijalankan sama ada diambil
daripada satu mata muridan atau gabungan
beberapa mata muridan. Menentukan sama
ada projek ini hendak dijalankan secara
individu, kumpulan atau kelas. Pastikan
sama ada projek ini untuk jangka pendek
atau berterusan. Guru hendaklah memberi
arahan atau penerangan dengan jelas. Garis
panduan yang mengandungi senarai tugas
dan prosedur kerja individu / ketua
hendaklah disediakan. Langkah-langkah
untuk mengatasi masalah kewangan dan
keselamatan hendaklah disediakan.
Kemudian pastikan murid-murid mempunyai
pengetahuan dan kemahiran tentang tajuk
projek berkenaan.
Semasa projek dijalankan, murid-murid
hendaklah diberi binbingan dari semasa ke
semasa dengan menentukan nama projek
yang boleh dipamerkan.
Seterusnya meminta murid atau kumpulan
memberi laporan dan membuat rumusan
berdasarkan catatan mereka. Guru
hendaklah membuat rumusan secara
keseluruhan tentang pembelajaran yang
dijalanakan. Selepas projek dijalankan guru
perlu bersama murid-murid untuk menilai
projek yang telah siap dengan meneliti
kompenan yang dibuat dengan tepat dan
sesuai. Kemudian guru menyediakan aktiviti
tambahan atau susulan kepada murid dan
Semua kerja-kerja pembaikan serta cara-
cara mempertingkatkan mutu projek
dijalankan.
Menurut Ahmad Ramli Zakaria dan Osni
Anuar Othman ( 1992) Antara contoh aktiviti
projek yang boleh dilakukan ialah lawatan,
muzium mini, viverium, buku tampal,
mengumpul setem, diorama, koleksi objek
dan spesimen, peta lokasi / dimensi dan peta
timbul, pencambahan biji benih, terrarium,
akuarium, herbarium dan sebagainya.

TEKNIK DRAMA
Teknik drama dapat membantu guru
mencapai objektif pembelajaran dengan
meningkatkan kemahiran bertutur, kemahiran
mendengar, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis murid. Hal ini
kerana, murid menggunakan kemahiran
membaca seperti membaca dialog
, kemahiran mendengar iaitu murid perlu
mendengar apa yang di ucapkan oleh rakan
mereka dalam menjalankan aktiviti drama
dan kemahiran menulis iaitu dalam aktiviti
drama murid perlu membina perkataan dan
juga ayat dengan menggunakan idea mereka
dalam menjalankan aktiviti drama. Teknik
drama juga banyak menggunakan kemahiran
bertutur murid iaitu murid banyak bertutur
dalam mengeluarkan idea mereka sepanjang
menjalankan aktiviti drama.
Drama merupakan lakaran peristiwa yang
disedut daripada alam fantasi dan imaginasi.
Peristiwa itu boleh juga di ambil daripada
situasi yang terdapat dalam masyarakat, isu
sosial atau petikan daripada unsur-unsur
muridan di sekolah. Aktiviti drama dalam bilik
darjah tidak memerlukan pentas dan
peralatan yang lengkap tetapi pelakon harus
menggunakan bahasa yang betul, tersusun
dan indah. Penglibatan murid dalam aktiviti
drama di bilik darjah adalah secara langsung
sama ada sebagai pelakon atau penonton.
Melalui aktiviti ini murid boleh mengalami dan
mengumpul pengalaman untuk membantu
membentuk peribadi yang seimbang dan
harmonis.
Selain itu, antara objektif yang dapat
dicapai melalui teknik drama ini ialah
membina kepekaan melalui aktiviti
mendengar, memahami dan menghayati
dalam semua keadaan, dapat meningkatkan
kemahiran bertutur dan berdialog dengan
bahasa yang baik, indah dan bertatasusila.
Meningkatkan daya pemikiran murid supaya
murid kreatif dan inovatif, meningkatkan
disiplin dan keyakinan diri murid melalui
arahan dan panduan yag ditetapkan.
Seterusnya menyuburkan daya penghayatan
terhadap kehidupan dan alam sekiling serta
mencungkil dan mengembangkan bakat dan
kebolehan semula jadi murid dalam bidang
lakonan.
Aktiviti menggunakan teknik drama ini
dapat membantu murid dari segi rangsangan
iaitu aktiviti ini dijalankan untuk menarik
minat dan tumpuan murid terhadap muridan
dalam suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Contohnya, seorang murid
boleh menggunakan teknik mimos untuk
mencetuskan perbincangan. Dari segi
pengajaran, drama boleh menjadi aktiviti
fokus dalam sesuatu pengajaran. Ini boleh
dilaksanakan melalui pemilihan bahan sama
ada bahan sastera seperti sejarah, sains,
agama, seni dan budaya. Selain itu sebagai
pengukuhan dan pengayaan iaitu drama
dalam pengajaran bahasa dapat dijadikan
sebagai aktiviti pengukuhan terhadap
pembelajaran yang telah berlaku. Contohnya
setelah mengajar makna perumpamaan,
murid diminta melakonkan satu peristiwa
untuk menerangkan maksud perumpamaan
itu.
Tambahan pula, dapat membantu dari segi
pemulihan iaitu teknik drama merupakan
salah satu teknik belajar yang mengalakkan
penglibatan murid secara aktif. Oleh itu
teknik ini sesuai digunakan sebagai aktiviti
pemulihan. Guru juga dapat membuat
penilaian iaitu aktiviti drama boleh digunakan
sebagai suatu cara penilaian formatif dalam
pengajaran bahasa. Contohnya, pembacaan
skrip yang menunjukkan intonasi dan
sebutan yang betul.
Aktiviti drama yang boleh dilakukan ialah ;
1- Main peranan
Murid malakonkan watak yang dipilih
berdasarkan cerita atau situasi sebagai
contoh cerita Tuan puteri yang biduman dan
raja yang adil dan bijaksana serta situasi di
pasar atau di kedai makan.
2- Simulasi
Simulasi merupakan aktiviti yang
dipindahkan daripada alam nyata di luar bilik
darjah ke dalam bilik darjah. Dalam aktiviti ini
keadaan sebenar diwujudkan dalam bilik
darjah melalui perubahan persekitaran serta
lakonan. Situasi yang dilakonkan adalah
berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan
pembacaan yang dilakukan oleh murid
sebagai contoh memandu kapal terbang dan
menerima rawatan di wad kecemasan.
3- Dialog
Murid akan membaca dan membina strip
dialog mengikut peranan yang ditetapakn
dengan bahasa, intonasi , nada, gaya dan
aksi yang sesuai.
4- Teater membaca
Guru memilih skrip drama yang baik seperti
sang kancil dan buaya. murid akan membaca
dengan lancar serta menggunakan sebutan,
nada intonasi dan gaya yang betul
berdasarkan cerita serta melakukan gerakan
yang sesuai dengan isi dan suasana cerita.
5- Boneka
Guru boleh menggunakan berbagai jenis
boneka yang melambangkan watak-watak
tertentu. murid memainkan peranan dan
menimbulkan situasi yang sesuai dengan
jalan cerita. Penggunaan boneka adalah
melalui pergerakannya serentak dengan
lafaz, iringan skrip dan iringan bunyi-bunyian.
6- Improvisasi
Merupakan lakonan secara spontan
yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau
situasi sebenar dalm kehidupan seharian.
Aktiviti ini dijalankan dalm kumpulan kecil
iaitu antara 2 hingga lima orang sahaja.
murid diberi masa yang pendek iaitu antara
10 hingga 15 minit, untuk berfikir dan
menyusun dialog untuk dilahirkan secara
spontan.

7- Pantomin
Satu bentuk lakonan yang skripnya tidak
dilafazkan oleh pelakon tetapi di baca oleh
murid lain serentak dengan aksi pelakon.
Oleh itu pelakon dan pembaca skrip mestilah
menghayati skrip tersebut sebelum
dilakukan. Lakonan jenis ini dapat memberi
peluang kepada murid berlakon dengan
penuh yakin tanpa memikirkan masalah
menghafal dialog.
8- Mimos
Mimos ialah lakonan yang mengutamakan
gerak laku seluruh anggota dan ekspresi
muka bagi menyampaikan idea, cerita,
perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog.
murid yang menjadi penonton perlu memberi
sepenuh perhatian kerana di akhir aktiviti
penonton akan mambuat laporan tentang
apa yang dilihatnya dengan menggunakan
percatan yang tepat, ayat yang betul dan
idea yang tersusun.

TEKNIK BERCERITA
Teknik bercerita dapat membantu guru untuk
meningkatkan kemahiran mendengar,
kemahiran menulis dan kemahiran bertutur
murid-murid iaitu semasa guru bercerita
murid perlu memberi perhatian mendengar
dengan teliti apa yang diceritakan oleh guru
dan guru akan bersoal jawab dengan murid
yang melibatkan kemahiran bertutur. setelah
guru bercerita guru akan meminta murid
membuat ulasan terhadap tajuk yang
diceritakan oleh guru dan ini melibatkan
kemahiran menulis dan membaca.
Teknik bercerita merupakan salah satu
pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana
cerita merupakan sesuatu yang dapat
menarik minat dan perhatian murid.Latihan
pemahaman, perluasan perbendaharaan
kata dan tatabahasa dapat
disampaikan. Perkembangan cerita
hendaklah diberi perhatian agar ada
peringkat permulaan, kemuncak dan
kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi
kepada teknik persembahan, suara, gerak
laku dan kawalan mata. Suara memainkan
peranan yang penting dimana ia harus
dikawal supaya jangan mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan.
Aktiviti brcerita merupakan satu lagi
kemahiran generik iaitu suatu cara yang
boleh digunakan oleh guru. Aktiviti ini boleh
mempromosikan minat dalam mana-mana
bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat
mengembangkan penghargaan dan
keseronokan untuk menikmati
kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai
pengalaman, mengembang kemahiran
mendengar dan memotivasi murid-murid
membaca. Guru seharusnya berinovatif
dalam mencari cerita yang sesuai dengan
objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu, guru juga berperanan untuk memastikan
cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat
umur murid-murid dan dapat menarik minat
mereka (Mohd Zohir dan Shukri Osman ,
2004).
Secara tambahannya pula, guru boleh
menggunakan bahan-bahan sampingan yang
dapat menarik lagi minat murid-murid
terhadap cerita yang hendak disampaikan
seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas
dan sebagainya. Kebaikan teknik bercerita
ialah ia dapat melengkapi murid dengan
pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa
terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini
menggalakkan murid untuk berfikir secara
kritis dan kreatif khasnya apabila guru
beranyakan soalan tentang moral sesuatu
cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu
menggunakan dalam teknik bercerita ialah
Kemahiran verbal seperti projeksi suara,
penekanan fasa atau bunyi dan penggunaan
ayat-ayat yang mudah dan nada suara yang
sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu
dan memiliki kebolehan memanipulsi mimik
muka untuk menunjukkan emosi yang
berlainan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik
bercerita ialah pilih cerita yang sesuai
dengan umur, kecerdasan dan minat murid-
murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi
muridan yang hendak disampaikan. Mengkaji
cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek
bahasa dan hafazkan frasa atau ayat-ayat
penting. Seterusnya melatih bercerita seolah-
olah guru berada dihadapan murid-murid
sekurang-kurangnya sekali sebelum
menggunakan teknik ini. Guru bercerita
dalam keadaan yang selesa dan guru boleh
menggunakan gambar, objek-objek sebenar
atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad
perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang
berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang
hendak disampaikan
Menurut Mohd Zohir dan Shukri Osman
(2004) dalam teknik bercerita terdapat
beberapa langkah yang telah ditetapkan iaitu
Sebelum bercerita dan semasa bercerita.
Sebelum bercerita guru perlu menyediakan
persekitaran yang selesa. Jika boleh, suatu
tempat duduk itu perlulah dikemas supaya
murid-murid boleh duduk di tempat tersebut
dan mengelilingi pencerita. Jika waktu
tersebut guru ialah pencerita, guru tersebut
perlu menimbangkan perkara-perkara seperti
memastikan cerita yang diperdengarkan
boleh didengari oleh semua murid. Kemudian
pastikan bahawa semua murid dapat melihat
pencerita, terutama muka dan tangan.
Guru tersebut juga perlu bercerita dengan
kuat dan jelas dengan intonasi suara dan
eksperesi muka yang bersesuain dengan
cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu
diganggu, guru perlu memberitahu murid
supaya tidak bertanyakan soalan sehingga
penghabisan cerita. Perkara yang paling
utama ialah memastikan semua murid
memberi perhatian sebelum cerita itu
dimulakan. Walaubagaimanapun, guru juga
boleh menggunakan kaeadah memberi
peluang kepada murid untuk bercerita
bersama-sama. Langkah yang harus di ambil
oleh guru tersebut ialah memberi maklumat
tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita
yang berkaitan. Guru juga harus memberi
peluang murid untuk berkongsi cerita,
peristiwa dalam satu keadaan tidak formal
sebagai permulaan kepada pengalaman
bercerita lebih mendalam.
Semasa bercerita pula kaedah ini memberi
peluang kepada murid-murid untuk mencatat
nota daripada cerita yang diperolehi untuk
perbincangan lanjut. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk memastikan agar murid-
murid memberi perhatian terhadap cerita
yang diperdengarkan.Pencerita pula perlu
mengambil langkah supaya bertentangan
mata ( eye contact ) dengan pendengar dan
bertutur secara terus menerus kepada
pendengarnya.

TEKNIK BAHASA MELALUI PERBINCANGAN

Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat
tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar fikiran dan pendapat dengan bernas (
Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan
dan kawalan seorang guru. Teknik perbincangan juga merupakan satu aktiviti berkumpulan
dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu/masalah.
Teknik perbincangan melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara
bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau
topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Dalam
perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama
dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda
malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan
guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.Teknik
perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut:
a) Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
b) Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua
yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat
dijalankan dan dicapai.
c) Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara
berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
d) Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain,
menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan
menghala ke arah perkara yang betul.
e) Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan.
f) Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting.
Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

Berikut merupakan ciri-ciri teknik perbincangan:
a) Pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu,
pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu
topik dan guru bersama pelajar akan
membuat rumusan pada akhir sesi
perbincangan
b) Pelajar akan memberi reaksi/ tindakbalas
tentang topik atau masalah dan
perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan
guru
c) Perbincangan dapat dilaksanakan dalam
semua mata pelajaran dan sebarang situasi
bilik darjah
d) Tujuan utama perbincangan ialah untuk
menggalakan pelajar mengembangkan
kemahiran diri dalam mengemukakan hujah,
pendapat, menyoal serta menyelesaikan
masalah
TEKNIK SUMBANGSARAN

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu
sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan
idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah
berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat
sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada
pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis.
Tujuan sumbangsaran:
a) Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
b) Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
c) Semua cadangan dan idea yang dikemukan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi
umum.
d) Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.
e) Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukan cadangan
f) Pelajar digalakan menyumbang seberapa banyak idea.
g) Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.
h) Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.
i) Digalakan menggunakan prinsip 5W 1H (what? Why? Who? Where? When? How?)
j) Cadangan dan idea yang dikemukana tidak boleh dikritik
k) Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan
Teknik sumbangsaran ini amat berkesan
jika pelajar dapat menggunakan dengan baik
iaitu sekiranya proses percambahan fikiran
dijalankan dengan baik, ia akan membantu
pelajar dengan pelbagai idea baru. Selain itu,
ia juga akan membantu pelajar membuat
satu keputusan yang bijak dalam menangani
sesuatu masalah. Meskipun percambahan
fikiran boleh dilakukan seorang diri, namun ia
akan lebih berkesan sekiranya dapat
dijalankan dalam satu kumpulan, dan dalam
persekitaran yang tenang. Berikut
merupakan langkah-langkah dalam
melakukan proses percambahan fikiran:
a) Kenalpasti masalah
Masalah tidak semestinya negatif. Ada
ketikanya masalah pelajar ialah bagaimana
untuk meningkatkan kemahiran belajar
mereka. Ada ketikanya pula masalah pelajar
ialah bagaimana untuk mencipta sesuatu
yang baru untuk mudah mengingat, atau
memperbaiki sesuatu yang sedia ada.
Tuliskan masalah yang mahu diatasi itu
dengan jelas, difahami, dan dipersetujui oleh
semua individu.
b) Sediakan soalan-soalan.
Dapatkan sekurang-kurangnya satu soalan
dari setiap individu tetapi dorong mereka
untuk menghasilkan lebih banyak soalan-
soalan. Jangan menilai kualiti soalan
tersebut dan tidak mengkritik mereka yang
mengeluarkan soalan. Setkan satu
peraturan misalnya, 'SEMUA IDEA ADALAH
BETUL' pada peringkat awal proses
percambahan fikiran ini. Lagi banyak soalan
yang boleh diwujudkan maka lebih banyak
juga idea yang akan dikeluarkan kelak.
Gunakan tujuh perkataan asas untuk
membina soalan iaitu Apa? Siapa? Bila?
Kenapa? Berapa? Dimana? Bagaimana?
c) Tetapkan had masa.
Proses mendapat soalan ini mungkin akan
berpanjangan, oleh itu tetapkan had masa
untuk tujuan tersebut. Misalnya 20 - 25
minit. Ada ketikanya mengambil rehat yang
pendek 10-15 minit selepas semua soalan
dilontarkan membolehkan setiap individu
menjadi lebih produktif. Sekurang-kurangnya
ia memberi peluang kepada otak kanan
mencernakan setiap soalan dan
mengilhamkan sesuatu penyelesaian yang
bernas.
d) Dapatkan idea-idea.
Tanyakan setiap individu tentang idea yang
mereka ada untuk masalah yang sedang
dibincangkan. Mereka boleh, sama ada
mahu atau tidak, berpandukan kepada
soalan-soalan yang telah ada bagi mencari
idea. Setiap idea mestilah diterima tanpa
dinilai. Tidak wujud sama ada betul atau
salah. Tanyakan setiap individu hanya satu
idea sahaja dalam setiap pusingan. Kalau
seseorang tidak punya idea, terus tanyakan
orang lain. Jangan tunggu mereka yang
masih buntu, jangan buang masa.
Tinggalkan mereka yang masih tidak punya
idea untuk membolehkan mereka terus
berfikir. Kembali semula kepada mereka
kemudiannya. Tidak kira walau bagaimana
tidak bernas sekalipun idea yang diberi, ia
mesti dicatatkan. Ada ketikanya idea yang
bernas keluar hanya setelah anda
mengeluarkan idea yang bukan-bukan.
Manusia akan berhenti mengeluarkan idea
sekiranya mereka dikritik, dimalukan atau
apabila idea mereka tidak dihargai. Pastikan
semua individu faham bahawa melakukan
kesilapan itu bukan bererti
lemah. Mengeluarkan idea yang tidak
munasabah itu bukan beerti bodoh.
e) Tetapkan masa.
Proses mencari idea ini juga perlu dihadkan
masanya. Misalnya 30 minit. Penetapan
had masa bergantung kepada sejauh mana
pentingnya sesuatu perkara yang sedang
dibincangkan.
f) Pemilihan.
Pelajar perlu memilih setiap idea yang telah
diberikan. Bahagikan setiap idea kepada
tiga kumpulan iaitu idea yang bernas, ide
yang boleh diterima tetapi bukanlah bernas
sangat dan idea yang tidak memenuhi
kriteria.
g) Penilaian.
Berikan setiap idea yang bernas itu markah
0-5. Lima adalah merupakan idea yang
mendapat markah yang terbaik bergantung
kepada kesesuaiannya memenuhi setiap
kriteria yang diperlukan. Kumpulkan markah
yang diberikan oleh setiap individu.
Tambahkan kesemua markah-markah ini.
Mana-mana idea yang mendapat markah
yang tinggi maka itulah penyelesaian terbaik
kepada masalah yang sedang dihadapi.
Namun begitu, ada ketikanya idea yang
bernas ini tidak mampu memberikan hasil
yang diharapkan. Oleh itu anda perlu
fleksibel dalam perancangan dan tindakan.
Anda boleh cuba idea-idea yang lain yang
terdapat dalam senarai idea bernas, atau
idea yang boleh diterima. Ingat! tiada
kegagalan dalam tindakan. Yang ada
hanyalah HASIL. Sekiranya hasil yang
diperolehi tidak menepati matlamat maka
lakukanlah perubahan dalam perancangan
dan tindakan anda.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan. Teknik ini sesuai
digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah
rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu teknik pengajaran
yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Permainan bahasa bukanlah
merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan
dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar
mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.
Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung
kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan
insentif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang
dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem
pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khusunya. Hala tuju ini
diinterpretasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu:

a) Meransang interaksi verbal pelajar
Dalam permainan, pelajar akan diminta bercakap untuk menyuarakan pandangan dan
pendapat mereka. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan alasan-alasan tertentu
yang berkaitan. Lazimnya, mereka perlu terlibat sepenuhnya secara aktif dalam permainan itu.
Setiap ahli kumpulan akan merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu dan pada
bila-bila masa sahaja mereka akan diminta bercakap dan mengutarakan pandangan. Tiada
seorang pun daripada mereka dibiarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya, mereka harus
mengutarakan tekad dan berazam sepenuhnya untuk berkomunikasi. Kesedaran seperti ini
akan memberi peluang kepada guru menghasilkan satu suasana pembelajaran yang menarik
dan berorientasikan pelajar. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan menjaga disiplin
kelas.

b) Menambah kefasihan dan keyakinan
Permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan
berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan dalam sesuatu
permainan itu tidak harus terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Fungsi bahasa boleh
melibatkan semua peringkat kerumitan berbahasa yang berbeza-beza. Permainan yang
mengandungi kegiatan memberikan arahan umpamanya, boleh dimainkan pada semua
peringkat bergantung pada pengetahuan bahasa dan kefasihan tertentu pelajar. Pelajar
biasanya merasa seronok apabila dihadapkan dengan permainan yang mencabar. Secara tidak
langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang
dipelajari. Peranan guru sebagai pemaklumat bahasa sangatlah penting. Guru harus bersedia
memenuhi keperluan pelajar dalam permainan tersebut, terutama dalam konteks kepelbagaian
bentuk kosa kata serta kecanggihan tatabahasa dan sintaksis.


c) Menyediakan konteks pembelajaran
Permainan bahasa membawa perkembangan perhubungan yang positif dalam kalangan
individu yang terlibat, bukan sahaja antara pelajar dengan pelajar tetapi juga antara pelajar
dengan guru. Permainan bahasa membantu merapatkan hubungan dan kerjasama antara
mereka. Ini merupakan satu suasana yang sihat dan berfaedah kepada para pelajar, khususnya
yang bersifat pemalu dan pasif. Dalam permainan, mereka dapat menunjukkan kecergasan, di
samping terlibat secara berkesan dalam apa sahaja aktiviti yang dijalankan.

d) Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
Pada waktu-waktu tertentu, umpamanya pada waktu menjelang tengah hari, pelajar akan
merasa bosan, mengantuk dan lapar. Bayangkan sahaja bagaimana guru dapat menyampaikan
pengetahuan tentang tatabahasa dan aspek-aspek pemahaman dalam keadaan yang melesukan.
Begitu juga dengan aktiviti kelas yang melibatkan penulisan karangan dan pembentukkan
ayat-ayat. Pada saat ini permainan bahasa dapat menimbulkan perasaan gembira dan
menyebabkan mereka lupa sekejap rasa lapar dan mengantuk. Permainan mewujudkan
komunikasi dalam bentuk yang semula jadi dan memenuhi keperluan pelajar apabila
berhadapan dengan dunia sebenar. Permainan ini berasaskan keadilan dan pertandingan, akan
meransang pelajar untuk bertindak balas, memprotes dan memberikan hujah. Dengan ini,
pelajar dilatih berhadapan dengan interaksi kehidupan sebenar yang bakal dilalui oleh mereka
dalam kehidupan di luar bilik darjah.

e) Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
Dalam pengajaran bahasa, permainan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk mengikut
tujuannya. Justeru, permainan sangat berguna dalam aktiviti pemulihan, pengukuhan dan
pengayaan. Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi masalah pengamatan dan
pendengaran. Kelemahan ini dapat diatasi sedikit demi sedikit melalui aktiviti permainan
yang dirancangkan. Jika tiada langkah yang diambil untuk mengatasi kelemahan ini, pelajar
berkenaan akan menemui kesukaran menyebut bunyi, huruf, membunyikan suku kata dan
perkataan. Selepas sesuatu pengajaran, gerak kerja pengukuhan pula diadakan. Latihan yang
dijalankan secara berterusan mungkin membosankan pelajar. Walau bagaimanapun, aktiviti
pengukuhan masih boleh diteruskan dengan syarat latihan dan latih tubi yang diperkenalkan
itu dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti permainan bilik darjah.
Pelajar di dalam sesebuah kelas, biasanya mempunyai pelbagai peringkat
kebolehan misalnya kumpulan cergas, sederhana dan lemah. Sesetengah pelajar
mempunyai perasaan malu yang tebal dan ada juga yang pendiam atau tidak begitu ramah.
Namun demikian, mereka perlu dilibatkan sama supaya perasaan negatif yang menguasai diri
mereka itu dapat dihapuskan. Sebagai aktiviti pengayaan, pelajar yang lemah boleh
digalakkan mengambil bahagian bersama-sama pelajar yang cergas melalui permainan yang
dijalankan. Namun, mereka ini harus diberikan tugas yang mudah yang bersesuaian dengan
kebolehan dan kemampuan mereka. Bagi pelajar yang cergas pula, permainan dalam aktiviti
pengayaan akan menambahkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman mereka.
Penggunaan permainan bahasa sebagai
satu teknik pengajaran dan pembelajaran
bahasa bukan lagi merupakan satu perkara
baru dalam dunia pendidikan hari ini.
Sebagai satu teknik yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa,
permainan bahasa mempunyai
kelebihan. Antaranya seperti yang
berikut:

Untuk membolehkan pelajar membiasakan
diri menyebut sesuatu bunyi (perkataan,
frasa dan ayat) dengan jelas, betul dan tepat.
Di samping itu, mereka juga boleh berlatih
mengucapkan ayat dengan sebutan,
intonasi, tekanan, jeda dan gaya yang betul.
Permainan bahasa dijadikan bahan
rangsangan sama ada
semasa memulakan sesuatu pelajaran,
pada pertengahan atau akhir pembelajaran.
Sebagai bahan rangsangan, permainan
bahasa tentunya dapat menarik minat dan
perhatian pelajar. Ini kerana pelajar
berpeluang menggunakan bahasa dalam
suasana yang menyeronokkan serta terlibat
secara aktif.
Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, permainan bahasa lebih
merupakan teknik mengulang kaji dan
pengukuhan. Ini bermakna apa yang
dipelajari itu diulang-ulang sehingga kekal
dalam ingatan. Teknik ini berperanan
meningkatkan kefahaman pelajar terhadap
pembelajaran.
Masa untuk permainan bahasa dianggap
sebagai masa istirehat yang
berfaedah. Teknik ini berupaya
menghilangkan rasa letih dan bosan setelah
belajar sehari suntuk. Dengan cara bermain
pelajar dapat memperbaharui semangat dan
minat untuk meneruskan pembelajaran
mereka.
Pelajar berpeluang menggunakan
kemahiran bahasa yang ada pada mereka
dalam konteks dan situasi sebenar dan
bermakna. Ini kerana semasa bermain,
pelajar akan bertindak balas secara spontan,
iaitu dengan bertanya, memberikan arahan,
meneka dan membaca. Keseronokan
bermain seperti ini akan menghidupkan
keinginan pelajar untuk belajar, berfikir,
mendengar dan mengeluarkan buah fikiran
secara berkesan.


TEKNIK MAIN PERANAN

Pendahuluan

Salah satu cara untuk mendapatkan
penglibatan aktif pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ialah melalui
aktiviti main peranan. Aktiviti main peranan
boleh dijalankan di dalam kelas. Murid-murid
yang mengambil bahagian hendaklah
membayangkan diri mereka dalam situasi
tertentu dan berlagak seperti watak yang
dibayangkan.

Apabila aktiviti main peranan
dijalankan di dalam kelas ia memberi
peluang kepada murid memainkan peranan
sebagai anggota masyarakat dan menguji
tingkah laku atau belajar berinteraksi dalam
kumpulan. Selain membantu murid
menguasai kemahiran berbahasa, aktiviti
main peranan boleh membantu murid
mengalami sendiri dan memahami tentang
sesuatu situasi.

Maksud Main Peranan

Main peranan ialah satu aktiviti dalam
pengajaran yang memberi peluang kepada
murid membayangkan dirinya sendiri atau
orang lain dalam pelbagai situasi tertentu.
Aktiviti main peranan boleh dijalankan dalam
bilik darjah dengan melibatkan kesemua
murid atau sebahagian murid. Murid yang
tidak melakonkan watak boleh menjadi
pemerhati situasi yang dilakonkan.
Dalam aktiviti main peranan setiap
murid yang berlakon berpeluang menguji
tingkah laku atau belajar berinteraksi dalam
kumpulan. Pada akhir aktiviti main peranan,
pemain dan pemerhati akan berpeluang
memahami sesuatu watak atau situasi
dengan lebih mendalam. Ia membantu murid
lebih memahami perasaan dan tingkah laku
diri sendiri dan orang lain.

Matlamat Main Peranan

Dalam main peranan, untuk meningkatkan
kefahaman dan menerapkan nilai positif,
peluang diberikan kepada murid untuk
mengalami situasi dan watak baru.
Contohnya, dalam pengajaran Bahasa
Melayu dan Pendidikan Moral, guru boleh
mengadakan situasi dengan menimbulkan
perbincangan dalam kalangan murid untuk
menyelesaikan isu atau masalah yang
berkaitan dengan kefahaman dan nilai.
Terdapat beberapa matlamat dalam
menjalankan aktiviti main peranan:

a) Memberi peluang kepada murid melahirkan
pelbagai peranan dengan bebas mengikut
situasi watak yang dimainkan.
b) Murid berasa prihatin dan memahami
masalah orang lain.
c) Murid berpeluang membincangkan dan
memikirkan masalah diri sendiri, dengan itu
murid dapat memahami diri sendiri dengan
lebih mendalam.
d) Memberi latihan kepada murid melakonkan
pelbagai tingkah laku atau watak dan
mengalami sendiri sesuatu situasi. Dengan
ini, murid dapat meluaskan pengalaman
hidup dan memahami tingkah laku atau
watak orang lain.
e) Membolehkan murid memperoleh
kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk
masalah social. Hubungan atau interaksi ahli
kumpulan di dalam kelas samada dalam
keadaan formal ataupun tidak formal
membolehkan murid mempelajari laras
bahasa dan sebutan yang betul.
f) Menjadikan mata pelajaran seperti Bahasa
Melayu atau mata pelajaran lain disampaikan
dalam bentuk yang menarik dan berkesan.
g) Membantu murid yang bersifat pendiam
mengambil bahagian dalam aktiviti,
disamping membina keyakinan diri.
h) Melatih murid untuk mengawal perasaan
dan emosi dalam pelbagai situasi.
i) Menggalakkan murid menggunakan bahasa
yang bernas.
j) Membantu murid berkomunikasi secara
berkesan dengan pelbagai watak.
k) Membina sikap yang positif.

Jenis main peranan

Kesemua aktiviti main peranan boleh
dijalankan melalui proses-proses tertentu
mengikut fungsi watak atau situasi yang
ditentukan. Tiap-tiap aktiviti main peranan
boleh berfungsi sebagai memperihal tentang
sesuatu, demostrasi, memberi latihan,
cerminan, meningkatkan kepekaan dan
mencipta.
Guru boleh mengadakan aktiviti main
peranan dengan cara memilih salah satu
daripada enam jenis main peranan mengikut
keutamaan fungsinya. Setiap jenis main
peranan tersebut memerlukan pendekatan
yang berbeza. Sebelum menjalankan main
peranan mengikut fungsi , guru hendaklah
memberi penerangan yang jelas tentang
peranan-peranan yang akan dimainkan oleh
murid. Semasa main peranan dijalankan,
guru perlu mengawasi suasana supaya
aktiviti main peranan berjalan lancer dan
mencapai matlamatnya.
Contohnya situasi main peranan yang
berikut boleh dijalankan oleh guru mengikut
fungsi. Contoh tersebut juga boleh diubah
suai oleh guru.

(a) Memperihal

Tujuan : Main peranan jenis ini
digunakan sebagai satu cara
berkomunikasi untuk
memperihal sesuatu situasi, masalah atau
proses.
Contoh : Anak meminta
kebenaran ibu atau bapa untuk berkelah.

(b) Demonstrasi

Tujuan : Mendemonstrasikan sesuatu
supaya ia dapat dicontohi oleh murid
(role-model).
Contoh : Bagaimana
seseorang memberi salam kepada orang
yang lebih
tua.

(c) Latihan

Tujuan : Melatih murid
tentang kemahiran-kemahiran tertentu.
Contoh : Kemahiran
berkomunikasi antara murid dengan guru,
jurujual
dan guru besar.

(d) Cerminan

Tujuan : Untuk menunjukkan kepada
murid sebagaimana tingkah laku
mereka dilihat oleh orang lain.
Contoh : Murid memujuk emaknya
membuat sesuatu untuknya.

(e) Kepekaan

Tujuan : Menyedarkan murid tentang
perasaan mereka terhadap situasi
atau orang lain.
Contoh : Murid dipanggil oleh guru besar
kerana melakukan kesalahan di
sekolah.

(f) Mencipta/Menyata

Tujuan : Untuk menggalakkan
murid supaya mengembangkan pernyataan
diri yang kreatif.
Contoh : Lakonan berbagai-
bagai situasi dalam bentuk drama kreatif.

Walaupun terdapat beberapa jenis
main peranan, namun terdapat tiga perkara
penting yang perlu guru lakukan semasa
merancang dan menjalankan aktiviti main
peranan, iaitu:
i.Jelaskan objektif dan tujuan;
ii.Tentukan latihan itu saling berkaitan;
iii.Main peranan digunakan sebagai alat
memecah kebuntuan atau penyelesaian
masalah.

Main peranan bertujuan untuk melatih murid
memperoleh sesuatu kemahiran. Oleh itu,
tidak wajar jika main peranan yang
dijalankan itu menekankan sikap murid. Jika
guru mengambil situasi masa lampau, murid
mungkin tidak dapat mengaitkan situsi itu
dengan situasi sekarang. Oleh itu, lebih baik
jika guru menggunakan contoh-contoh situasi
masa kini. Semasa guru merancang main
peranan, semua unsure seperti scenario,
peranan dan taklimat latar mesti dipadankan
untuk menghasilkan main peranan yang
menyeluruh dan menyeronokkan.



TEKNIK SIMULASI

Pendahuluan

Salah satu usaha untuk menuju ke arah
pengajaran yang berpusat kepada murid
ialah mengadakan pelbagai teknik
pembelajaran yang memerlukan penglibatan
murid secara aktif. Penglibatan murid secara
aktif ini perlu kerana murid akan dapat
memperoleh pengetahuan dan penguasaan
kemahiran dengan lebih berkesan melalui
pelbagai aktiviti yang disarankan.
Simulasi merupakan teknik pengajaran
dan pembelajaran yang memberi sumbangan
kea rah mewujudkan pembelajaran yang
berpusat kepada murid. Melalui
simulasi,murid-murid dapat menggunakan
kemahiran belajar seperti mengumpul
maklumat melalui pembacaan, temu ramah
dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi
penting sebagai persediaan untuk aktiviti
simulasi yang dirancangkan oleh guru.
Semasa proses simulasi ini dijalankan,
murid-murid digalakkan untuk memberi
pendapat, cadangan, membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah berdasarkan
peranan yang dipertanggungjawabkan
kepadanya. Selepas aktivit simulasi ini
murid-murid digalakkan membuat laporan
tentang keputusan yang telah dibuat dengan
kata sepakat dan kerjasama dalam
kumpulan.
Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang
kepada murid mengalami sendiri situasi dan
masalah, dan seterusnya menggalakkan
mereka membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Peluang belajar melalui pengalaman seperti
ini sesuai dengan naluri dan keperluan murid
yang sentiasa mempunyai sikap ingin
mencuba, mengkaji, mengalami sendiri dan
berperanan seperti individu-individu tertentu.
Teknik simulasi sesuai digunakan dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu, Alam dan
Manusia dan Pendidikan Moral. Walaupun
contoh-contohnya lebih ditumpukan kepada
mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi guru
bolehlah menggunakan prosedur yang sama
untuk mata pelajaran lain.



Apakah simulasi?

Simulasi boleh ditakrifkan sebagai satu situsi
yang diwujudkan hamper menyerupai
keadaan sebenar. Simulasi memerlukan
peserta berinteraksi sesame sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi
membuat keputusan, menyelesaikan
masalah, isu atau tugasan tertentu.
Terdapat persamaan dan perbezaan
antara simulasi dengan main peranan. Dari
segi persamaan, kedua-dua teknik ini
berdasarkan situasi dan peserta memegang
peranan atau tanggungjawab tertentu. Walau
bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi
penglibatan peserta, peranan, persediaan
dan situasi yang diwujudkan.

Matlamat simulasi

Tujuan Simulasi adalah untuk membolehkan
pelajar:
a) Menggunakan bahasa dengan lebih
berkesan mengikut situasi
b) Memahami bidang pengetahuan dan situasi
yang dihadapi
c) Menajamkan pemikiran dan meningkatkan
daya kreativiti, analitis dan kritis
d) Menghasilkan laporan dengan berkesan
e) Membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi
f) Mengalami sendiri sesuatu situasi
g) Menyakinkan diri sendiri

Jenis Simulasi

Aktiviti simulasi dapat diwujudkan
berasaskan masalah dan penyelesaian
masalah. Masalah ini boleh diambil daripada
masalah murid, masyarakat atau masalah
yang diketahuinya. Apabila masalah dapat
diselesaikan, murid-murid dikehendaki
menyediakan dan menyampaikan laporan
sama ada secara lisan atau penulisan.
Secara amnya, simulasi dapat digolongkan
kepada dua jenis iaitu pemusatan kepada
masalah dan pemusatan kepada penerbitan.

(a) Pemusatan kepada Masalah
Simulasi jenis ini memerlukan peserta
berbincang tentang sesuatu masalah atau
isu dan kemudian membuat keputusan serta
menyelesaikan masalah tersebut. Semasa
perbincangan, kemungkinan timbul konflik
atau percanggahan pendapat. Namun
demikian, keptusan perlu dibuat berdasarkan
kata sepakat. Pemusatan kepada masalah
memerlukan peserta menyediakan laporan
atau cadangan setelah sesuatu masalah
atau isu itu dibincangkan.

(b) Pemusatan kepada Penerbitan
Simulasi jenis ini mengandungi komponen
penyelesaian masalah pada peringkat awal,
tetapi sebahagian besar adalah untuk
menghasilkan sesuatu penerbitan. Dalam
simulasi jenis ini, perbincangan dan
keputusan yang dibuat akan menghasilkan
sesuatu projek atau penerbitan. Sesuatu
projek yang dihasilkan itu merupakan hasil
usahasama yang positif.

Perancangan aktiviti simulasi
Sebelum sesuatu simulasi hendak dibina,
guru boleh mengemukakan soalan-soalan
yang berkaitan kepada diri sendiri:
a) Apakah masalah dan situasi yang hendak
dikemukakan?
b) Siapakah yang mengambil bahagian
semasa simulasi dijalankan?
c) Apakah yang perlu mereka lakukan semasa
melaksanakan simulasi?
d) Apakah yang perlu peserta sediakan
sebelum simulasi dijalankan?

Keperluan utama dalam aktiviti simulasi
Untuk menjalankan aktiviti simulasi, guru
perlu menyediakan kad arahan bertulis. Kad
arahan ini ialah kad atau kertas yang
dicatatkan arahan bertulis yang bertujuan
membolehkan murid menjalankan tugas
yang ditentukan. Terdapat dua jenis kad
arahan iaitu kad arahan am dank ad arahan
khusus.
Kad arahan am ialah kad yang dapat
menggambarkan secara umum tentang
situasi, masalah dan tugas yang perlu
dijalankan oleh kumpulan berkenaan.
Manakalan kad arahan khusus pula
disediakan untuk individu yang memegang
peranan yang telah ditentukan. Arahan yang
diberi dapat membantu murid menjalankan
peranan atau tugas yang diharapkan.


INKUIRI

Pendahuluan
Tabiat semula jadi individu ialah perasaan
ingin tahu terhadap sesuatu perkara, benda
atau fenomena. Untuk memenuhi keinginan
ini, mereka sentiasa ingin menerokai sesuatu
yang baru. Kaedah inkuiri dapat
mengembangkan sifat ini melalui proses
pengajaran dan pembelajaran yang
berorientasikan penyelesaian masalah.
Inkuiri merupakan satu teknik pengajaran
yang sesuai bagi murid-murid di sekolah
rendah. Teknik inkuiri telah
diperkembangkan berdasarkan prinsip-
prinsip dan prosedur-prosedur yang
digunakan oleh ahli-ahli sains untuk
mengumpul data bagi menyelesaikan
sesuatu fenomena atau masalah.

Apakah Inkuiri?
Inkuiri merupakan suatu teknik pengajaran
dan pembelajaran yang mempunyai cirri-ciri
yang berikut:
a) Berasaskan proses penyelesaian masalah.
b) Berpusat kepada murid iaitu murid
mengambil bahagian yang aktif.
c) Memberi latihan sebenar dalam proses
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
d) Menggalak murid-murid sendiri mencari dan
menerokai ilmu pengetahuan.
e) Menggalak murid-murid mengalami proses
pembelajaran secara mengalaminya.
f) Menggalak murid-murid membuat
penyelidikan.

Inkuiri merupakan aktiviti yang dapat
merangsang pembelajaran murid. Murid-
murid akan bertanya, mencari dan
mendapatkan maklumat, menjalankan kajian
dan membuat penyelidikan sendiri.Teknik
inkuiri mengandungi proses yang berikut:

Mengenali masalah
Mengkaji ramalan
Mengumpul maklumat
Menganalisis
Membuat rumusan

Pengendalian aktiviti inkuiri

Aktiviti inkuiri merupakan satu proses
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
murid. Mereka terlibat dalam proses inkuiri
secara aktif dan mereka sendiri mengambil
inisiatif untuk mencari dan menyelesaikan
sesuatu masalah atau fenomena yang telah
dirancang. Urutan dan langkah aktiviti dalam
teknik inkuiri adalah seperti yang berikut:
a) Pemerhatian
b) Pengelasan
c) Membuat ramalan
d) Uji kaji
e) Merekod, Melabel dan Melapor
f) Pentafsiran dan pengaman

Peranan Guru
Oleh sebab teknik inkuiri lebih merupakan
pembelajaran berpusatkan murid, guru
mempunyai berbagai-bagai peranan. Antara
peranan guru adalah seperti berikut:
a) Pembimbing yang memberi peransang.
b) Fasilitator / pemudah yang mencabar.
c) Membantu murid mengenal pasti soalan-
soalan yang dikemukan untuk mendapatkan
maklumat dan panduan.
d) Menyediakan suasana dan keadaan yang
selesa terhadap aktiviti mengumpul data atau
maklumat.
e) Mewujudkan hubungan mesra, membantu
dan menyokong.
f) Memberi pertolongan kepada murid tentang
cara untuk mendapatkan maklumat yang
dikehendaki.
g) Membantu mengumpul maklumat daripada
sumber.
h) Mengenal pasti tindak balas murid terhadap
maklumat dan memberi saranan terhadap
beberapa pilihan huraian ramalan data.
i) Tidak menetapkan keputusan ramalan data.
Murid boleh memberikan ramalan yang
berlainan daripada apa yang diharap oleh
guru.
j) Menentukan soalan-soalan yang berkaitan
supaya mendorong pemikiran yang kritis
untuk menyelesaikan masalah.

Peranan Murid

Semua peringkat dalam proses inkuiri
melibatkan murid. Mereka akan mengalami
dan mengkaji sesuatu masalah. Oleh itu,
peranan murid adalah penting. Antara
peranan murid dalam pembelajaran dengan
menggunakan teknik inkuiri adalah seperti
yang berikut:
a) Murid hendaklah melibatkan diri secara
langsung.
b) Murid tidak boleh ketinggalan dalam proses
mencari maklumat.
c) Murid digalakkan menyoal dan
mempersoalkan apa yang diperoleh.
d) Murid dapat membuat penentuan dalam
masa yang ditetapkan dengan bantuan guru
supaya dapat mencapai matlamat.
e) Murid mempunyai kebebasan untuk
mengeluarkan pendapat.
f) Murid digalakkan menggunakan peluang
sebanyak mungkin untuk membuat pilihan.
g) Murid digalakkan meluaskan bidang
masalah atau kajian untuk mendapatkan
maklumat atau data.
h) Murid tidak terikat dengan soalan-soalan
yang telah disediakan oleh guru.
i) Murid boleh membuat soalan yang dapat
meneroka pengetahuan dalam bentuk
pertanyaan dan kajian.


Pelaksanaan aktiviti inkuiri

Dalam pelaksanaan aktiviti inkuiri guru tidak
semestinya menggunakan bahan-bahan atau
alat Bantu mengajar dalam proses
pengajaran yang khusus. Sumber-sumber
yang biasa digunakan seperti buku teks,
gambar, lawatan dan bacaan tambahan
boleh digunakan dengan berkesan.
Murid-murid digalak menggunakan
pelbagai jenis sumber. Guru perlu
memberitahu murid, sumber-sumber yang
boleh digunakan untuk mengumpul data atau
maklumat. Yang lebih penting lagi, ialah guru
memberitahu punca dari mana sumber itu
dapat diperoleh dan bagaimana
menggunakan sumber itu.
Berdasarkan keterangan itu, guru boleh
menggunakan sumber komuniti yang
melibatkan penyertaan masyarakat sekeliling
seperti ibu bapa, pengurus, pegawai daerah
dan pihak swasta serta awam.

Penutup

Bagi menjayakan strategi pembelajaran
melalui pengalaman ini, perkara yang harus
difikirkan kini, ialah sejauh mana guru
menggunakan gaya kreatif dan pemikiran
bercapah bagi menyediakan pelbagai
pengalaman yang mencabar, berguna dan
menyeronokkan untuk murid-murid. Untuk
melaksanakan strategi ini, guru juga mestilah
bersedia melepaskan diri daripada tradisi
pengajaran dan pembelajaran yang biasa.
Satu hal yang amat jelas, melalui strategi
pembelajaran ini, kita telah meibatkan murid
sebagaimana yang sepatutnya dilakukan
oleh mereka sejak dahulu lagi. Strategi
pembelajaran ini juga jika dibiasakan kepada
murid-murid, akan menyebabkan mereka
lebih peka kepada apa sahaja situasi yang
mereka lalui, kerana pengalaman yang
sebenarnya dalam kehidupan seharian
mengandungi pelbagai- bagai pelajaran di
dalamnya.
Melalui pemahaman konsep
pembelajaran melalui pengalaman ini, guru
boleh mempelbagaikan lagi strategi
pengajaran mereka. Kerjasama semua guru
dalam menyediakan bahan, perkongsian
idea dan maklumat akan dapat meringgan
beban guru. Sebaik-baiknya perancangan
strategi ini menggunakan sumber-sumber
yang mudah diperolehi. Oleh kerana strategi
ini melibatkan murid secara aktif
sebagaimana yang ditekankan dalam KBSR,
maka dicadangkan guru-guru akan
menggunakan strategi ini. Teknik inkuiri
memenuhi naluri semula jadi ingin tahu
murid-murid. Sekiranya teknik ini dirancang
dengan lebih teliti dalam pengajaran dan
pembelajaran KBSR, ia boleh meransang
pemikiran, memberi peluang untuk
pembelajaran kendiri dan seterusnya
membentuk sahsiah dan keyakinan. Oleh itu,
ia amat sesuai dijalankan untuk pengajaran
dan pembelajaran semua amata pelajaran di
tahap I dan tahap II. Guru hendaklah
membuat persediaan yang lengkap supaya
menjadikan pelajaran itu menarik dan
menyeronokkan. Peranan guru sebagai
pembimbing, pendamping dan penggalak
amat penting. Tegasnya, yang ditekankan
ialah penglibatan murid dan mereka sendiri
yang menyelidik dan mendapatkan
jawapannya dan bukan guru yang memberi
jawapan terhadap sesuatu masalah.
Kesimpulannya teknik ini berpusatkan murid
dan bukan berpusatkan guru atau alat.


















BIBILIOGRAFI

Balakhisnan Mutin dan Ahmad Shahril Rajain
(Inkuiri), 1992, Teknik Pengajaran Dan
Pembelajaran: Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Kuala Lumpur.

Koo Kee Peng, Zainab Majid (Main
Peranan), 1992, Teknik Pengajaran Dan
Pembelajaran: Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Kuala Lumpur.

Mohd Dahlan Mohd Ramli dan Mohd Kasim
Ismail (Simulasi), 1992,Teknik Pengajaran
Dan Pembelajaran: Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Kuala Lumpur.

Raminah Sabran & Rahim Syam
(1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa
Malaysia", Fajar
Bakti, Petaling Jaya
Sabtu, 8 Oktober 2011
INTERAKSI 9 -
PENILAIAN
KEMAHIRAN
BAHASA
KAEDPenilaian Kemahiran Mendengar


Sama ada dalam dunia persekolahan atau dalam
dunia pekerjaan, kemahiran mendengar amat
penting. Sungguhpun sekolah merupakan institusi
yang mengajar kemahiran tersebut, latihan dan
ujian bagi menilai keberkesanan pengajaran
tersebut memerlukan pelajar mendengar secara
berkesan. Oleh itu, kemahiran mendengar yang
baik dan berkesan diperlukan di bangku sekolah
kerana:

(a) bagi memahami konsep, idea, isi dan
maklumat yang berkaitan dengan setiap mata
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Selain buku
teks dan bahan pembelajaran yang lain, penjelasan
atau penerangan tentang sesuatu topik biasanya
dilakukan oleh guru secara lisan dan memerlukan
pelajar mendengar dan memahami dengan baik.
(b) dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
guru seharusnya mendidik (mengajar dan melatih)
pelajar supaya boleh berfikir dan memberi idea atau
pendapat sendiri tentang sesuatu. Seseorang
pelajar itu tidak akan dapat berbuat demikian atau
memberi tindak balas yang sewajarnya, sekiranya ia
tidak faham apa-apa yang didengarnya.
(c) kemahiran mendengar penting bagi
mendapatkan data atau maklumat mengenai
sesuatu bukan sahaja semasa guru mengajar.
Selain itu, sebahagian besar pengetahuan yang
pelajar peroleh datangnya daripada sumber
pendengaran yang lain seperti daripada radio,
televisyen, perbualan,ceramah, forum, dialog dan
seumpamanya. Ini adalah sumber tambahan yang
pelajar boleh mendapatkan data atau maklumat dan
menambahkan pengetahuan, boleh berfikir,
mentafsir dan menilai tentang apa yang
didengarnya, dan menajamkan pemikirannya.

Penyataan di atas tadi menunjukkan bahawa
kemahiran mendengar itu perlu disertai dengan
kemahiran memahami apa yang didengar . Kita
harus membezakan proses mendengar dan
memahami pendengaran sebab bukan semua orang
yang boleh mendengar dan memahami apa yang
didengarnya. Malahan, antara orang yang faham
apa yang didengarnya, terdapat pula perbezaan
tentang tahap kefahamannya. Ini kerana tahap
kemahiran mendengar dan memahami apa yang
didengar itu berbeza daripada individu ke
indidividu. Pada keseluruhan, proses tersebut
memerlukan seseorang itu:

(a) mendengar dengan teliti,
(b) memahami, dan
(c) menilai atau mentafsir maklumat, idea, isi
bahan yang didengar.

Objektif Menguji Kemahiran Mendengar

Berdasarkan perbincangan kita setakat ini, maka
objektif kita menguji kemahiran mendengar
seharusnya menepati gagasan (konstrak) atau
konsep kita tentang kemahiran tersebut. Konsep
kita mengenai kemahiran mendengar seharusnya
mengandungi beberapa subkemahiran penting
seperti:

i. Kebolehan mendengar bunyi bahasa yang
diperdengarkan dan mengenalinya dari segi struktur
linguistik bahasa tersebut, seperti perbendaharaan
kata, tatabahasa, fonologi, semantik, idiom,
sintaksis dan seumpamanya.

ii. Pengetahuan tentang struktur linguistik sesuatu
bahasa yang didengarnya (aspek yang tersebut di
atas), dalam usaha mencari makna dan memahami
apa yang didengar. Jadi aspek kefahaman adalah
teras dalam menguji kefahaman mendengar. Aspek
kefahaman mendengar (listening comprehension)
akan diuji secara langsung, sungguhpun aspek
bahasa (struktur linguistik) yang tersebut dalam (a)
akan teruji secara tidak langsung dalam pengujian
kemahiran tersebut.

iii. Aspek kefahaman mendengar yang
dimaksudkan dalam (b) itu merupakan kefahaman
yang literal. Ia seharusnya merupakan teras ujian
untuk menjadi asas bagi kefahaman pada peringkat
yang lebih tinggi iaitu mentafsir dan menilai
maklumat, isi, idea atau cerita yang didengar. Oleh
yang demikian, selain menilai kefahaman pelajar
mendengar yang perlu dan sesuai, para guru patut
juga menguji kebolehan pelajar menganalisis dan
menilai apa yang didengarnya. Kemahiran
mendengar secara kritis adalah matlamat akhir
dalam mengajar kemahiran tersebut, terutama
sekali di peringkat persekolahan menengah atau
yang lebih tinggi lagi.


Teknik Menguji Kemahiran Mendengar

Sebaik-baiknya kemahiran mendengar ini diuji
berdasarkan konteks yang sebenar. Oleh sebab
situasi di sekolah menghadapi kekangan untuk
mendapatkan konteks tersebut, jadi guru perlu
menyediakan konteks yang berupa simulasi dan
sampel daripada situasi mendengar tersebut.
Antara teknik bagi menguji kemahiran mendengar
itu ialah:


i. Ujian Mendengar Petikan
ii. Ujian Mendengar Pragraf
iii. Ujian Imlak

i. Ujian Mendengar Petikan

Cara menjalankan ujian ini:

I.









II.











Peringatan: Petikan tidak diedarkan kepada
pelajar kerana ini bukan kemahiran membaca.
Pelajar hanya dikehendaki mendengar petikan yang
dibaca oleh guru dan kemudiaannya menjawab
soalan yang ditanyakan.

Contoh:

Papa memberitahuku aku, dia datang untuk
mengambil aku pulang ke Kuala Lumpur. Kata
Mama, kawan-kawan di sekolah muzik selalu
bertanya tentang diriku. Kata mama juga, papa
sudah membeli organ baru untukku.
Baliklah, Rid boleh main organ sendiri! Pujuk
mama.
Aku tidak memberi sebarang jawapan. Mama
risau dengan sikapku. Papa pun demikian juga.
Mungkin mama dan papa menyangka, aku sudah
merajuk kerana sudah lama berjanji untuk membeli
organ tidak ditunaikan.
Papa memberitahu Pak Cik Sani tentang
rancangannya untuk membawa aku pulang ke
Kuala Lumpur. Pak Cik Sani tidak melarang, tetapi
katanya, aku sedang belajar agama dengan
Hamzah di sekolah. Muka papa dan mama berubah
corak. Aku tidak mengerti kenapa wajah papa dan
mama begitu.
( Dipetik daripada cerpen Buku Catatan Farid
Badrul,
karya Mohd. Tajudin Abdul Rahman,
antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, Tingkatan 2,
DBP)

1. Apakah tujuan papa dan mama aku datang ke
rumah Pak Cik Sani?

(A) bercuti panjang di kampung
(B) mengajak aku balik ke bandar
(C) memberitahu aku tentang piano yang baru
dibeli oleh Papa
(D) memujuk aku supaya jangan merajuk lagi.

2. Apakah perwatakan aku yang patut dicontoh
oleh pelajar-pelajar?

(A) gigih belajar agama
(B) malu untuk bertanya
(C) sukar membuat keputusan
(D) tidak menerima pemberian orang


ii. Ujian Mendengar Paragraf

Paragraf yang dimaksudkan dalam teknik ini ialah
perenggan kecil. Dalam teknik ini paragraf pendek
yang diperdengarkan (dibacakan dengan nyaring)
oleh guru berasingan dari segi cerita, tema atau
isinya, dan tidak berkaitan antara satu dengan yang
lain. Yang demikian misalnya, setiap paragraf
merupakan satu petikan yang dikutip daripada
sumber yang berlainan. Sesuatu ujian itu mungkin
terdiri daripada beberapa petikan (paragraf) A, B, C,
D, E, F dan seterusnya. Setiap petikan mempunyai
2 atau 3 soalan yang berkaitan dengannya.

Cara menyediakan soalan kefahaman mendengar
bagi setiap petikan atau paragraf tersebut sama
dengan teknik aneka pilihan. Cara mentadbirkan
ujian adalah hampir sama. Perbezaannya ialah
cuma dari segi murid menjawab soalan, iaitu
menurut giliran selepas guru selesai
memperdengarkan sesuatu petikan seperti Petikan
A, B, C, D dan seterusnya. Kertas soalan bagi
setiap petikan itu perlu diedarkan oleh guru sebelum
ujian dimulakan. Petikan paragraf yang digunakan
itu diperdengarkannya sekali, dan pelajar-pelajar
dikehendaki menjawab 2 atau 3 soalan yang
berkaitan dengan sesuatu petikan paragraf itu
selepas guru selesai membacanya. Misalnya,
selepas guru selesai membaca petikan (A), pelajar
akan menjawab soalan petikan (A); dan kemudian
baru guru membacakan petikan (B). Apabila
selesai, pelajar dikehendaki menjawab soalan yang
disediakan bagi petikan (B). Demikianlah
seterusnya menurut giliran.

Ujian kefahaman mendengar paragraf ini dianggap
lebih sesuai bagi pelajar menengah rendah, seperti
tingkatan satu dan dua. Perlu diingatkan kepada
para guru bahawa ini ialah ujian kefahaman
mendengar dan bukan ujian kefahaman membaca.
Oleh sebab ini ialah ujian kefahaman mendengar,
maka paragraf tersebut hanya diperdengarkan
kepada pelajar-pelajar melalui bacaan nyaring oleh
guru yang menjalankan ujian.





iii. Ujian Imlak

Imlak sebagai satu ujian kemahiran mendengar
telah diutarakan oleh Oller (1979). Menurut beliau,
ujian imlak bukanlah semata-mata ujian tentang
ejaan malahan lebih daripada itu. Bagi beliau, imlak
menguji konstrak kemahiran mendengar dalam
sesuatu bahasa dan kefahaman mengenainya
dalam bahasa yang didengar. Seseorang itu tidak
mungkin faham bunyi bahasa yang diperdengarkan
dalam imlak sekiranya dia tidak faham struktur
linguistik bahasa tersebut, sama ada dari segi
fonologi (sistem bunyi), tatabahasa,
perbendaharaan kata dan semantik (sistem
maknanya). Dengan itu, imlak tepat menguji
kefahaman pendengaran dalam sesuatu bahasa,
dan bukan ejaan semata-mata. Kemahiran
mengeja menjadi penting kerana pendengar
dikehendaki menulis semula apa-apa yan
didengarnya dalam ujian imlak. Ujian imlak yang
dimaksudkan oleh Oller ialah menulis semula
sesuatu keratan (petikan paragraf) yang
diperdengarkan.

Berbanding dengan teknik lain, ujian imlak lebih
praktis kerana lebih mudah dari segi menyediakan
bahan ujian, mentadbirnya dan memeriksanya. Dari
segi persediaan, guru hanya memilih keratan yang
hendak diperdengarkan. Ia tidak memerlukan
peralatan seperti mesin taip, stensil, mesin pendua,
dakwat cetakan, radio atau kaset. Ia dianggap
sangat praktis kerana tidak memakan masa yang
banyak dari segi persediaan. Dari segi
mentadbirkan ujian, guru tidak perlu mengedarkan
kertas soalan dalam bentuk aneka pilihan, seperti
mana yang diperlukan apabila menggunakan teknik
lain. Guru hanya membacakan bahan yang sesuai
yang telah dipetik daripada buku atau majalah. Dari
segi tindak balas pelajar, mereka dikehendaki
mendengar dengan teliti, memahami apa yang
didengar dan menulis semula apa yang didengar.
Teknik ini dianggap sesuai bagi peringkat rendah
dan menengah. Pemeriksaan dan pemarkahannya
adalah secara objektif; dan ketekalan pengukuran
antara pemeriksa adalah sangat tinggi.

Arahan Bagi Ujian Imlak

Adalah amat penting bagi pelajar-pelajar diberikan
arahan yang jelas tentang ujian ini pada peringkat
awal, sebaik sahaja ujian tersebut hendak
dijalankan. Arahan seperti yang berikut boleh
diberikan secara lisan:

















Cara Membacakan Keratan Imlak

Mula-mula bacakan keratan satu kali kepada pelajar
sebelum Ujian Imlak itu dijalankan. Selepas imlak
dijalankan , bacakan teks itu keseluruhannya sekali
lagi untuk semakan pelajar. Jadi guru membacakan
teks itu tiga kali, iaitu sebelum pengujian, sewaktu
pengujian dan selepas pengujian. Kadar kelajuan
bacaan hendaklah sesuai dengan kesempatan
pelajar mendengar, memahami dan menulis; dan
keratan dibacakan dengan gaya yang natural
(biasa). Bacaan hendaklah mengikut tanda bacaan,
jeda (pauses) dan intonasi yang betul. Yang berikut
ialah satu contoh keratan imlak dan tanda jeda yang
sesuai dalam penyampaiannya:

Contoh:

Keratan Ujian Imlak

Pada petang itu, / cuaca sungguh nyaman./ Angin
bertiup sepoi-sepoi bahasa./ Matahari hampir
terbenam./ Cahayanya yang merah itu/ menyinari
permukaan air laut/ menjadikannya berkilau-
kilauan./ Ombak berkejar-kejaran/ ke tepi pantai./
Apabila sampai ke tepi pantai/ ombak itu pun pecah,
/ buihnya menjamah pasir pantai/ yang halus dan
putih itu./ (Abdul Aziz Abdul Talib,1996).

Cara Memberi Markah

Markah penuh bagi sesuatu Ujian Imlak adalah
mengikut jumlah bilangan perkataan yang terdapat
dalam keratan imlak yang dibacakan itu. Misalnya,
100 markah penuh bagi keratan yang mengandungi
100 patah perkataan. Pengagihan markah adalah
seperti berikut:

Bil. Markah Keterangan

1. 1 markah Bagi setiap perkataan yang betul
tepat dengan bacaan daripada teks asalnya.

2. 1 markah


atau
markah
Bagi setiap perkatan yang tersilap ejaannya,
tetapi mempunyai kaitan fonologi dengan perkataan
asalnya; dan tidak membawa maksud lain kepada
ayat/ keseluruhan teks asalnya. Contoh: bilik ditulis
sebagai bilek. Kelainan fonem yang tidak
mengubah maksud dalam Bahasa Melayu adalah
dimaafkan.

Bagi kesilapan seperti di atas jika guru perlu
menggunakan sistem pemarkahan yang lebih ketat .
3. 0 markah Bagi setiap perkataan yang salah
ejaannya dan tiada kaitan fonologi dengan
perkataan asalnya; dan yang tidak membawa
maksud dan maksud yang berlainan daripada
konteks ayat/keseluruhan teks asalnya.

Ini termasuklah jenis kesalahan :
tinggalan bunyi huruf/ perkataan/ imbuhan yang
ditinggalkan
tambahan bunyi huruf/ imbuhan/perkataan yang
ditambah
pembalikan - huruf/ perkataan frasa yang
dituliskan secara terbalik atau songsang
gantian bunyi huruf yang membawa maksud
yang berlainan dalam Bahasa Melayu seperti jadi-
jati, telur-telor.
Jadual 4: Cara Pemarkahan
Imlak

Sumber: Abdul Aziz Abu Talib (1996: 45-57 )
Berdasarkan contoh di atas dapat disimpulkan
bahawa isi kandungan ujian bagi menguji
keseluruhan prestasi kefahaman mendengar,
bolehlah dibahagikan menurut aspek-aspek yang
berikut:

kebolehan untuk menerima berita dan
memahami apa yang disampaikan
( seperti telefon, berita radio/ televisyen).
Kebolehan untuk membuat kesimpulan yang
mudah dan tepat daripada bahan-bahan yang tidak
dinyatakan secara eksplisit ( seperti wacana
tersirat).
Kebolehan untuk memahami masalah congak
kira-kira yang mudah ( seperti dalam situasi
mencampur barang-barang yang dibeli jual beli).
Kebolehan untuk menangkap perbendaharaan
kata dan konsep secara tersendiri dalam situasi
konteks ( seperti makna perkataan dalam konteks).
Kebolehan untuk membezakan konsep-konsep
tatabahasa ( seperti pefrbezaan morfologi
imbuhan).
Kebolehan untuk meneliti perbezaan dalam rima
( seperti intonasi dan tekanan dalam struktur).

Kesemua kandungan ini haruslah diletakkan dalam
konteks yang bermakna, dan tidak wajar diuji
berasingan atau bersendirian.

Contoh yang diperkatakan terdahulu lebih
cenderung untuk menguji kemahiran mendengar.
Misalnya, kemahiran mendiskrimasi fonem, bentuk
atau pola-pola intonasi, tekanan dan nada tertentu
dalam ayat.

Beberapa Teknik Menguji Kemahiran Mendengar

1. Mengenal pasti bunyi-bunyi fonem berdasarkan
perkatan berpasangan minimal seperti tari dari ,
karam garam , kakak - gagak , debu tebu , tali
tari , pawang bawang , hampa hamba , suka
duka , sapu situ dll
Guru menyebut salah satu daripada pasangan itu
dan murid diminta menunjukkannya atau
menandakan atas kertas masing-masing.
2. Mengenal pasti perbezaan bunyi berdasarkan
gambar beberapa keping gambar disediakan dan
guru menyebut nama benda / objek dalam gambar
tersebut dan murid dikehendaki menunjukkannya.
Perkataan seperti buku , pen , kasut , paku , siku ,
lalat , kulat , pisau , pulau , dll
3. Mengenal pasti farsa atau ayat yang
mengandungi bunyi hampir-hampir sama tetapi
maknanya berbeza guru tunjukkan beberapa frasa
atau ayat yang mengandungi bunyinya hampir-
hampir sama dan murid dikehandaki menunjukkan
atau menandakan frasa atau ayat yang dibacakan
oleh guru.
Contoh : Budak dalam kelas bedak dalam gelas ,
Ayam berkokok Ayah bersongkok , kaki patah
Nasi mentah, Buah jering Kuah kering dll
4. Mengenal pasti ayat mengikut intonasi Guru
membacakan beberapa jenis ayat yang berlainan
intonasi seperti intonasi ayat berita, ayat tanya, ayat
suruan, ayat perintah dan murid dkehandaki
menandakan.
Contoh : Ikan dalam sungai Ikan dalam sungai?
Wah! Banyaknya ikan dalam sungai- Ambil ikan
dalam sungai itu.
5. Memadankan frasa / ayat dengan gambar
guru menyebut frasa atau ayat dan murid
dikehendaki memilih gambar yang sesuai atau guru
tunjukkan gambar dan murid memilih pernyataan
yang sesuai.
6. Ujian Imlak atau rencana Sesuai untuk
menguji kemahiran mendengar tetapi dapat
dijalankan apabila murid telah menguasai
kemahiran menulis, khususnua penulisan mekanis.
Guru membaca satu petikan yang sesuai denagn
tahap murid dan mereka dikehendaki menulis
dengan menggunakan ejaan serta tanda baca yang
betul.
7. Membaca / memberi arahan-arahan mudah dan
murid dikehendaki memberi tindak balas yang tepat
mengikut arahan yang mereka dengar.
8. Mengemukakan soalan berdasarkan petikan
kefahaman yang diperdengarkan dan memerlukan
pelajar memahami apa yang didengar. Pelajar akan
mendengar petikan yang telah dirakamkan, dan
hanya berhadapan dengan satu keping kertas
jawapan untuk menanda pilihannya daripada
soalan-soalan yang didengarnya melalui pita
rakaman itu.
,
Contoh:

Saya hairan mengapa Perhentian Bas Jitra
berlainan daripada perhentian bas di tempat lain.
Penumpang-penumpang terpaksa berdiri di tengah-
tengah panas untuk menanti bas.

Soalan:

1. Perhentian bas Jitra....
(A) tidak cantik.
(B) tidak berlindung.
(C) tidak ada tempat yang khas.

2. Kata-kata di atas bersifat....
(A) sindiran.
(B) membina.
(C) merosakkan.


3. Apakah yang menjadi pokok perbualan dalam
rakaman di atas?
(A) Perhentian Bas Jitra.
(B) Penumpang-penumpang bas.
(C) Keadaan cuaca.


Sumber: Azman Wan Cik (1994: 63-64)
8. Mengambil nota atau catatan guru merumuskan
isi-isi pelajaran dan murid dikehendaki menulis
dalam buku kemudian guru memeriksa hasil catatan
murid
Rumusan

Daripada contoh di atas dapat dirumuskan bahawa
aspek pengujian kemahiran mendengar bukan sahja
melibatkan kemahiran dan kecekapan
mendiskriminasikan bunyi-bunyi tetapi juga
melibatkan kemahiran memahami sesuatu yang
didengar. Selain itu, pengujian kemahiran ini
seharusnya melibatkan kemahiran bahasa yang
lain khususnya kemahiran lisan dan tulisan. Begitu
juga, pengujian ini boleh melibatkan penerapan
kemahiran dan isi kandungan daripada mata
pelajaran lain, selain menyepadukan penggunaan
beberapa unsur bahasa iaitu seperti tatabahasa,
perbendaharaan kata dan sistem ejaan.
Tegasnya, penilaian terhadap kemahiran
mendengar ini seharusnya diberi perhatian penting
kerana sekiranya pengamatan pelajar itu lemah,
maka dia akan mengalami kesukaran untuk
mengikuti apa yang diajarkan oleh gurunya dan ini
tentunya akan menjejaskan pencapaiannya.

2. Penilaian Kemahiran Bertutur

Subkemahiran Kemahiran Bertutur

Apakah subkemahiran penting yang berkaitan
dengan kemahiran bertutur yang perlu diajar dan
dilatih oleh para guru di sekolah? Subkemahiran
tersebut bolehlah disenaraikan seperti yang berikut:

i. bercakap dengan berani dan yakin dan
dengan suara yang jelas supaya
dapat didengar dan difahami oleh orang yang
mendengarnya.
ii. bercakap dengan menggunakan tatabahasa
dan perbendaharaan kata yang sesuai dan baik
dalam pertuturan.
i. bercakap dengan sebutan yang jelas dan betul
menurut sebutan bahasa Melayu standard.
ii. bercakap menurut intonasi yang betul dan
kualiti suara yang baik dan menarik, dan tidak
membosankan.
iii. Bercakap dan melahirkan idea atau fikiran
dengan pertuturan yang berkesan iaitu logik, teratur,
natural, spontan, lancar, jelas, penuh tenaga dan
minat.


Teknik Menilai Kemahiran Bertutur / menyebut

i. Mengajuk atau meniru sebutan yang
diperdengarkan pengujian jenis ini sesuai
dijalankan bagi murid yang belum menguasai
kemahiran membaca dan menulis. Guru
perdengarkan sebutan perkataan , frasa, ayat
dengan sebutan dan intonasi yang betul- murid
dikenhendaki mendengar dan menyebutnya dengan
betul terutamanya sebutan bunyi yang sering
menjadi masalah kepada murid.
ii. Menyebut perkataan yang mengandungi
pasangan minimal- Guru memaparkan perkataan-
perkataan dalam bentuk pasangan minimal dan
dikendaki murid menyebutnya atau murid
menunjukkan perkataan dan menyebutnya dengan
jelas bagi menjelaskan perbezaannya.
iii. Bacaan Nyaring/ Bacaan Lisan/ Bacaan Kuat
Teknik ini boleh dijalankan setelah murid sudah
boleh membaca .Teknik ini dapat digunakan dengan
guru menyediakan bahan untuk dibaca oleh murid
dan bahan itu haruslah mengandungi perkataan dan
ayat-ayat yang pelbagai jenis supaya kecekapan
menyebut dengan takanan nada dan intonasi yang
berbeza dapat dinilai petikan itu boleh terdiri
daripada beberapa ayat yang tiada kaitan makna di
atara satu sama lain / terdiri daripada ayat-ayat
yang berturutan.
IV. Bertutur mengikut arahan guru memberikan
arahan-arahan tertentu yang memerlukan murid
memberi gerak balas secara terhadap terhadap
arahan itu yang diberikan oleh guru.
Contihnya : Guru menyebut beritahu rakan kamu
bahawa saya ingin berjumpa dengannya esok
maka murid akan memberi tindak balas dengan
mengujarkan ayat : Abu , cikgu ingin berjumpa
kamu esok atau guru beri arahan berbentuk situasi
dan minta murid memberi tindak balas yang sesuai
yang melibatkan pertuturan.
V. Bertutur berdasarkan gambar Guru tunjukkan
gambar / objek / peta dll dan beberapa soalan
dikemukakan serta murid memberi gerak balas
kepada soalan-soalan yang dikemukakan guru.
VI. Bertutur secara berpandu murid lebih bebas
bertutur dengan menggunakan kemahiran yang
mereka kuasai dengan menggunakan perkataan
dan ayat-ayat sendiri, namun begitu batasannya
ialah fokus pertuturan mereka ditetapkan oleh guru
seperti menceritakan semula sesuatu cerita /
petikan yang diberikan guru, memberi penjelasan
atau pemeriaan tentang sesuatu,main peranan ,
temubual dsbnya.

PEMARKAHAN UJIAN BERTUTUR : Boleh dibuat
secara analitikal / teperinci atau secara holistik /
keseluruhan.
Jika secara keseluruhan / holistik aspek yang dinilai
ialah aspek sebutan, kefahaman, tatabahasa,
keluasan kosa kata, kelancaran dll.

Bacaan lisan ( oral reading) sebenarnya satu jenis
ucapan. secara lisan atau secara nyaring proses
membaca sememangnya berlaku. Akan tetapi
fungsinya dari komunikasi bahasa ialah untuk
menghantar atau meyampaikan mesej atau
maklumat kepada sekumpulan pendengar atau
penonton. Ini sering berlaku dalam situasi formal
seperti :
a. Seseorang itu berucap dengan membaca teks
ucapan yang telah disediakan secara bertulis dalam
majlis rasmi.
b. Pemberita di radio atau televisyen
membacakan berita daripada teks berita yang telah
disediakan secara bertulis.
c. Seseorang setiausaha melaporkan minit
mesyuarat yang lalu.
d. Seorang peserta telah menyampaikan kertas
kerjanya dalam satu seminar.
e. Seseorang yang melafazkan puisi seperti sajak
atau syair.

Dalam situasi di atas, seseorang itu membacakan
teks yang bertulis secara lisan dengan tujuan
hendak menyampaikan idea, maklumat, fikiran atau
pendapat kepada sekumpulan pendengar atau
penonton. Dengan itu ucapan yang dibacanya itu
dianggap sebagai satu pertuturan. Jadi, tugas
bacaan nyaring adalah menyampaikan komunikasi
secara lisan, sungguhpun menggunakan teks yang
telah disediakan teks secara bertulis terlebih dahulu.
Keratan bacaan yang hendak digunakan bagi
menguji bacaan lisan hendaklah sesuai dengan
peringkat pelajar yang akan diuji. Guru perlu
menentukan kesesuaiannya dari segi isi keratan,
perbendaharaan kata dan kompleksiti ayat.
Biasanya keratan yang panjangnya dalam
lingkungan 200 500 patah perkataan sesuai
dengan pelajar sekolah menengah.

Berikut ialah satu senarai semak yang boleh
digunakan oleh guru sebagai garis panduan
memberi markah apabila mendengar seseorang
pelajar membaca secara nyaring.

Suara dan Penyebutan i. Pada
keseluruhannya adakah bacaan pelajar didengar
dengan jelas?
ii. Adakah sebutan perkataan betul menurut
Bahasa Melayu standard?
iii. Adakah pelajar membaca mengikut nada
yang sesuai dan intonasi yang betul?
iv. Adakah kualiti suaranya menarik?
v. Adakah pelajar membaca dengan berani
tanpa takut atau gentar?
Kelancaran i. Adakah pelajar membaca
dengan lancar tanpa tersekat-sekat?
ii. Adakah pelajar membaca mengikut jeda
atau frasa yang sesuai dan mengikut unit
makna/pemikiran yang betul?
iii. Adakah murid membaca mengikut tanda
bacaan dengan betul: (Misalnya; ,/ ;/ ?/ !/ /, dan
seumpamanya)
iv. Adakah pelajar membaca dengan kadar
kelajuan yang sesuai dan cara yang selesa.
Kefahaman i. Adakah pelajar membaca
dengan yakin dan bermakna (menunjukkan yang dia
faham apa yang dibacanya)
ii. Adakah pelajar membaca mengikut maksud
teks atau menyampaikan maksud penulis?
Misalnya menyampaikan maklumat (kenyataan,
berita, fakta dan seumpamanya) dengan jelas; dan/
atau menyampaikan perasaan penulis (marah,
hairan, sedih, suka , simpati, takut dan
seumpamanya) dengan betul.
iii. Adakah pelajar membaca dengan intonasi,
tekanan, jeda dan unit-unit makna yang betul dan
sesuai menurut isi/ tema teks yang dibaca?
iv. Adakah pelajar menggunakan tanda bacaan
yang betul dan berkesan?
Selepas seseorang pelajar membaca, guru perlu
pula merumuskan keseluruhan tanggapannya
terhadap bacaan pelajar secara keseluruhannya.
Pada tahap ini, pemarkahan boleh dilakukan
dengan menggunakan skala ukuran global 5 mata
seperti yang berikut:

Markah/
Gred
Penilaian

5 (A)



4 (B)


3 (C)



2 (D)




1 (E)
Cemerlang
Bacaan yang tepat, jelas, lancar dan berkesan.
Tidak ada kesalahan sebutan dan intonasi. Penuh
keyakinan dan selesa.

Baik
Bacaan yang hampir tepat dari segi segala aspek
penting.

Sederhana
Bacaan yang masih jelas, tetapi dengan suara yang
mendatar dan agak membosankan. Sedikit
kesilapan.

Lemah
Bacaan yang kurang jelas, terdapat beberapa
kesalahan sebutan, intonasi dan jeda.
Menunjukkan kurang kefahaman terhadap apa-apa
yang dibaca.

Sangat Lemah
Bacaan yang tidak jelas, terhenti-henti atau
tergagap-gagap. Banyak kesalahan sebutan,
intonasi dan jeda. Tidak menunjukkan kefahaman
terhadap apa-apa yang dibaca. Susah hendak
difahami oleh penguji. Sangat mengecewakan
kedua-dua pihak (pelajar dan penguji).



ii. Kemahiran Bercakap

Beberapa teknik yang biasa digunakan oleh para
penguji bagi mengukur kemahiran pelajar-pelajar
bercakap adalah seperti yang berikut:
(a) Berbual menurut tajuk.
(b) Berucap menurut topik/tema.

a. Berbual Menurut Tajuk

Seperti ujian bacaan lisan, ujian perbualan
hendaklah dijalankan dalam sebuah bilik berasingan
yang bebas daripada sebarang gangguan bunyi
bising. Perbualan hendaklah berdasarkan sesuatu
tajuk yang dirasai sesuai bagi peringkat pelajar.
Bagi peringkat sekolah menengah rendah, tajuk
perbualan yang berkaitan dengan rumah dan
keluarga, sekolah, hobi, makanan, permainan dan
sukan, hari jadi, lawatan, binatang belaan, kawan,
buku cerita, majalah, program radio, televisyen,
filem dan seumpamanya, biasanya menarik minat
dan membolehkan pelajar bercakap dan berbual.
Tujuan kita memberi sesuatu tajuk itu ialah sebagai
rangsangan atau stimulus bagi pelajar mula
bercakap dan berbual dalam Bahasa Melayu.
Tujuan utama kita ialah hendak mendengar bahasa
pertuturannya, dan bukan menguji pengetahuan
atau kepakarannya mengenai sesuatu tajuk.

Bagi peringkat sekolah menengah atas pula, tajuk
yang berkaitan dengan peristiwa semasa, perkara
yang menarik minat pada peringkat negara, aktiviti
di sekolah dan di luar sekolah yang berhubung
dengan kehidupan remaja dianggap lebih sesuai
bagi pelajar yang agak dewasa. Yang berikut
adalah beberapa contoh tajuk untuk ujian perbualan
pada peringkat sekolah menengah atas:

1. Gejala gangsterism di kalangan remaja pada
masa ini.
2. Nasib Bahasa Melayu kita pada tahun 2020.
3. Faedah melayari internet.
4. Negara di seberang laut yang saya suka lawati.

Bagi temu ramah atau perbualan, sebaik-baiknya
seorang penguji atau penemuramah itu dibantu oleh
seorang yang lain. Sambil seseorang
penemuramah berbual dengan pelajar yang diuji,
penguji seorang lagi itu akan mendengar,
memerhati, memberi markah dan menilai pertuturan
pelajar. Penguji yang berbual, tugasnya semata-
mata membawa pelajar berbual; dan yang seorang
lagi, tugasnya semata-mata sebagai pengukur dan
penilai. Terdapat dua jenis skim pengagihan markah
yang boleh dipilih oleh para guru apabila
mendengar seseorang pelajar itu berbual dalam
ujian bertutur iaitu:

(a) secara tanggapan yang menyeluruh, atau
(b) secara terperinci yang meneliti subkemahiran
penting yang berkaitan dengan bahasa pertuturan.




Skim Pemarkahan Secara Tanggapan Menyeluruh

Selepas mendengar seseorang pelajar itu bercakap
melalui perbualan, seseorang penguji itu akan cuba
mendapatkan satu ukuran tentang kemahiran
seseorang pelajar itu bertutur. Dengan
menggunakan skala 6 mata, penguji akan
meletakkan taraf kemahiran pelajar bertutur pada
skala yang difikirkannya paling sesuai berdasarkan
tanggapannya pada keseluruhan pertuturan pelajar
dalam perbualan tersebut.


6 (A)



5 (B)




4(C







3 (D))




2 (E)




1 (F)


Cemerlang
Pertuturan setaraf dengan penutur jati yang
terdidik. Cukup senang dan fasih menggunakan
Bahasa Melayu bagi tajuk yang diperbualkan.

Baik
Sungguhpun tidak sebaik penutur jati, dia bertutur
dengan jelas. Dia tidak mengalami sebarang
masalah memahami Bahasa Melayu dan boleh
berbuat dengan senang tanpa masalah.

Memuaskan
Perbualan yang memuaskan dan tidak merupakan
banyak masalah bagi penutur jati memahaminya.
Terdapat sedikit kesilapan tatabahasa,
perbendaharaan kata dan penyebutan, tetapi masih
boleh berbual dengan senang tentang tajuk. Sekali-
sekala dia terpaksa membetulkan kesilapannya,
tetapi tidak memberikan banyak masalah untuk
memahaminya.

Kurang Memuaskan
Sungguhpun kadangkala bahasa lisannya agak
memuaskan, tetapi kadang-kadang penutur jati
mengalami beberapa masalah berhubung
dengannya. Dia terpaksa mengulang-ulang frasa
dan ayat sebelum difahami.

Lemah
Susah hendak difahami oleh penutur jati; dan
pelajar juga susah hendak memahami percakapan
penutur jati. Perbualan sangat terhad. Terdapat
banyak kesilapan fonologi, tatabahasa dan
perbendaharaan kata.

Sangat Lemah
Terlalu sukar hendak difahami atau memahami
pertuturan tentang apa-apa tajuk sekalipun.


















Skim Pemarkahan Secara Terperinci.

Bagi ujian formatif dan yang dijalankan oleh guru
bagi tujuan diagnostik, iaitu untuk melihat kekuatan
dan kelemahan seseorang pelajar dalam
subkemahiran penting, skim pemarkahan secara
terperinci adalah lebih berguna. Menurut skim ini,
setiap subkemahiran penting yang berhubungan
dengan pertuturan dalam perbualan akan diteliti dan
diukur menurut skala 6 mata yang telah ditentukan
bagi tatabahasa, perbendaharan kata, pemahaman,
kelancaran dan keteloran.


Tatabahasa

(i) Hampir semua tatabahasa tidak tepat,
melainkan frasa biasa.
(ii) Sentiasa membuat kesilapan, menunjukkan
penguasaan yang sangat terbatastentang pola
utama tatabahasa dan kerapkali menjejaskan
komunikasi.
(iii) Kerapkali membuat kesilapan kerana belum
dapat menguasai pola utama tatabahasa. Ini
mengganggu komunikasi dan pemahaman.
(iv) Kadangkala membuat kesilapan yang
menunjukkan kurang tepat penguasaan tentang
pola-pola tertentu, tetapi bukan kelemahan yang
boleh menjejaskan pemahaman.
(v) Sedikit kesilapan, tanpa pola yang boleh
menjejaskan pemahaman.
(vi) Tidak lebih daripada dua kesilapan dalam
keseluruhan perbualan.


Perbendaharaan Kata

(i) Tidak cukup perbendaharaan kata walaupun
untuk perbualan yang senang.
(ii) Perbendaharaan kata terhad kepada bidang
asas tentang diri dan kehidupan
sehari-harian (keluarga, rumah, makanan dan
lain-lain).
(iii) Penggunaan perkataan kadangkala tidak
tepat. Perbendaharaan kata yang
terhad menghalang perbualan tentang tajuk.
(iv) Perbendaharaan kata berkaitan dengan tajuk
perbualan memuaskan. Ini
membolehakan pelajar berbual dan
berbincang.
(v) Perbendaharaan kata berkaitan dengan tajuk
perbualan adalah luas dan tepat.
(vi) Perbendaharaan kata pelajar adalah setepat
dan seluas perbendaharaan kata
seorang penutur jati yang terdidik.


Pemahaman

(i) Sangat sedikit walaupun perbualan yang paling
senang.
(ii) Hanya boleh memahami percakapan yang
disampaikan secara perlahan.
Sentiasa meminta kata-kata diulang semula.
(iii) Boleh memahami percakapan yang
disampaikan dalam bentuk yang agak senang atau
ringkas dan kerapkali memerlukan ulangan di sana
sini.
(iv) Boleh memahami percakapandlam perbualan
dengan baik. Tetapi sekali-sekala
meminta kata-kata diulang semula.
(v) oleh memahami keseluruhan perbualan,
melainkan jika terdapat bahasa idiomatik; atau
kata-kata yang disebutkan dengan laju, atau yang
tidak disebutkan dengan jelas.
(vi) Boleh memahami keseluruhan perbualan
dengan baik, sama ada dalam Bahasa
Melayu standard atau bahasa kolokial/idiomatic
yang biasa dituturkan oleh seorang penutur jati yang
terdidik.


Kelancaran

i) Pertuturan terhenti-henti dan tersekat-sekat.
Tidak memungkinkan berlaku perbulan.
ii) Pertuturan sangat lambat dan tidak licin,
melainkan bagi ayat-ayat yang pendek dan
biasa.
iii) Pertuturan tersangkut-sangkut dan terdapat
ayat yang tidak lengkap.
iv) Kadangkala pertuturan tersangkut-sangkut dan
mengulang-ulang kata atau frasa.
v) Pertuturan yang biasa (natural) dan licin, tetapi
tidak semahir penutur jati.
vi) Pertuturan dalam keseluruhan perbualan
semahir seorang penutur jati





b. Berucap Mengikut Topik / Tema

Teknik ini mungkin boleh digunakan bagi peringkat
sekolah menengah sahaja. Menurut teknik ini,
pelajar diberi pilihan beberapa topik yang sesuai
dan menarik. Seseorang pelajar akan memilih satu
topik daripada pilihan yang diberikan, dan diberi
masa satu atau dua hari bagi menyediakan ucapan
pendeknya berkaitan dengan topik yang dipilih.
Teknik ini mempunyai risiko atau bahaya kerana
seseorang pelajar itu mungkin akan menghafalkan
keseluruhan ucapannya.
Bagi memberi markah dan mengukur kemahiran
pelajar bertutur menggunakan teknik berucap
menurut topik ini, skim pemarkahan secara
tanggapan menyeluruh atau skim pemarkahan
secara terperinci bolehlah digunakan dengan sedikit
perubahan.

iii. Kemahiran Bertutur/ Berinteraksi

a. Temu bual/ Temu duga

Teknik temu bual atau temu ramah dalam menilai
kemahiran bertutur ini memberi peluang yang lebih
bebas kepada pelajar untuk bertutur dengan
menggunakan kecekapan berbahasa mereka
sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi
yang sebenar, iaitu wujud interaksi di antara si
penemuramah atau penemuduga (guru) dengan
pelajar. Guru dapat melihat kebolehan sebenar
pelajar dalam menggunakan bahasa yang mereka
pelajari itu secra lisan dalam konteks yang hampir-
hampir natural

Cara pelaksanaannya:
Situasi



Apa khabar?, Di manakah kamu tinggal, Berapa
orang adik beradik kamu?, Kamu anak yang
keberapa?, dan sebagainya.
Temubual ini hendaklah berjalan dengan lancar,
iaitu sebaiknya tidak berlaku suasana terdiam
seketika seolah-olah telah kehilangan idea, yang
akan menyebabkan pelajar berasa sereba salah
dan panik.
Dalam latihan seperti ini, ayat-ayat dalam bahasa
Melayu dapat diucapkan berdasarkan situasi dan
nada yang biasa dilafazkan oleh penutur jati. Oleh
yang demikian, pengucapan pola ayat bahasa
Melayu adalah bertitik tolak daripada prosedur dan
tata
Cara yang dinyatakan. Oleh itu, penilaian yang
dilaksanakan juga berdasarkan alat atau instrumen,
skema, dan rubrik yang dicadangkan.






INTERAKSI TUTORIAL

1. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu
bagi peperiksaan akhir tahun di sekolah anda dari
segi:

a. aras kefahaman/ kognitif Taksonomi Bloom.
b. ketepatan membina item ujian objektif mengikut
garis panduan yang
telah disediakan.
c. kepelbagaian jenis item ujian objektif.

2. Sila baiki dan bina semula item objektif yang
lemah itu berdasarkan garis panduan membina item
objektif.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1. Bina JPU untuk peperiksaan akhir tahun dan
sediakan soalan-soalan berdasarkan JPU tersebut.



Bacaan Asas

Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian
Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa
Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur:
Utusan Oublication & Distributors Sdn. Bhd.

Azman Wan Cik ( 1987). Isu-isu Dalam Pengukuran
Dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Cik (1994) Pengujian Bahasa: Kes
Bahasa Melayu, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentaksir ,
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah hamid,
(1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa
Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin (2001). Pedagogi Bahasa (
Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Raminah Hj Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian
Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat
Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Tan Hui Leng (1996). Penilaian Dalam Proses
Pendidikan : Asas Pedndidikan 3, Shah Alam: Fajar
Bakti.



Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis
dalam penyediaan modul.



Anuar Amat & Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan
Item Ujian dalam Penilaian Pendidikan Bahasa
Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa

Ee Ah Meng (2003) Ilmu Pendidikan : Pengetahuan
dan Keterampilan Ikhtisas
( Semester 1). Shah Alam: Fajar Bakti

Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (1990). Alat
dan Bahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Kamarudin Hj Husin (1991). KBSM dan Model-
Model Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Dr. Kamariah Abu Bakar & et.al ( 1999) Pengujian
dan Penilaian dalam Pengajaran, Serdang:
Universiti Putra Malaysia.

Mok Soon Sang (2000) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI
( Kursus Perguruan Lepas Ijazah) Semester 2.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.













Itu sahaja....
SELAMAT BERJAYA



Ujian Bakat
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi
seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran
bahasa asing yang akan dipelajarinya.
Terbahagi kepada dua :AH PENILAIAN
BAHASA
(KEMAHIRAN MENDENGAR DAN
BERTUTUR, MEMBACA DAN MENULIS)
PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

A) Penilaian Kemahiran Lisan
Kemahiran lisan melibatkan dua
kemahiran asas iaitu kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur.
1. Kemahiran mendengar
- Kemahiran paling asas
- Berlaku pada peringkat penerimaan
- Murid yang telah menguasai kemahiran
ini mampu bertutur, memahami, dan
mentafsir apa yang didengar.
2. Kemahiran bertutur
- Melafazkan bunyi-bunyi bahasa
daripada alat-alat artikulasi
- Peringkat penglahiran
- Perlu ditiru & diajuk
- Model bahasa lemah hasil ajukan yang
lemah, tapi model bahasa baik tidak
semestinya menjamin ajukan yang baik.

Tujuan kemahiran lisan :
1. Menyebut perkataan / ayat dengan
betul
2. Melatih murid mendengar dan
memahami pertuturan orang lain.
3. Untuk berinteraksi dengan orang lain
(menyampaikan perasaan, kehendak, dan
lain-lain).
4. Melatih murid agar berkeyakinan dan
percaya kepada diri (berani bercakap,
menyatakan perasaan dan kehendak)
5. Membolehkan murid bertutur
menggunakan ayat yang tersusun,
perkataan yang sesuai, dan
perbendaharaan kata yang luas.

Kemahiran-kemahiran yang boleh

1. Bertutur dengan tenang menggunakan
gaya yang betul
2. Bertutur dengan nada, intonasi, dan
sebutan yang betul.
3. Mendengar dengan baik, memahami
perkara yang didengar, dan menghormati
pertuturan orang lain.
4. Bercerita dan membuat laporan
menggunakan bahasa yang menarik dan
betul.
5. Berkebolehan memberi arahan dengan
berkesan.
6. Menggunakan bahasa yang baik
mengikut situasi.

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui
aktiviti seperti yang berikut:

1. bacaan kuat
2. syarahan
3. perbahasan
4. bercerita
5. perbincangan
6. hafazan
7. temu bual
8. soal jawab
9. nyanyian
10.deklamasi sajak
11.mendengar dan memberi respon
secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :

1. mengesan kemajuan dan pencapaian
murid dalam kemahiran mendengar dan
bertutur secara gramatis.
2. mendapat maklumat serta-merta
tentang pengetahuan dan kefahaman
murid.
3. mengesan kebolehan murid dalam
kemahiran membaca dan menghafaz.
4. mengesan kelancaran dalam sebutan.
5. mengesan amalan dan sikap murid
secara serta merta.

. Instrumen penilaian lisan boleh
dipelbagaikan merangkumi soalan dan
aktiviti yang memerlukan respon murid
dalam bentuk lisan.

Contoh : Penilaian Lisan Berasaskan
Sekolah (PLBS)

. menyediakan instrumen
1. soalan, pernyataan, ilustrasi dan
bahan rangsangan perlu jelas dan mudah
difahami.
2. aktiviti/bahan boleh merangsang murid
mengeluarkan idea.
3. pelbagai bentuk soalan seperti soalan
bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
4. aras kesukaran perlu sesuai dengan
kebolehan murid.

Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan
maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

Aspek yang boleh dinilai ialah :
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran
berbahasa
- pertuturan dan sikap

B ) Penilaian kemahiran membaca
. penggunaan bahasa yang tepat.
. kelancaran berbahasa yang baik.
. penggunaan intonasi yang betul.
. sebutan dan jeda yang tepat.

C) Penilaian Kemahiran Menulis
. Penilaian secara penulisan melibatkan
aktiviti menyemak dan memeriksa
tugasan dan hasil penulisan murid seperti
- Karangan
- Laporan projek/kerja kursus/folio
- Latihan dan ujian bertulis
- Huraian atau tafsiran peta, jadual,
graf atau carta.

. Instrument penilaian menulis.
Digunakan untuk mengesan kemahiran
bahasa dan perkembangan intelek murid
yang meliputi kemahiran seperti yang
berikut :
- Kemahiran menulis
- Menyusun idea
- Penggunaan tanda baca
- Perbendaharaan kata
- Mengaplikasi
- Mentafsir Menilai

. Perlu diingat, dalam menyediakan
soalan-soalan yang sahih, perkara
berikut perlu diambil kira :
- Soalan menepati kemahiran yang
hendak diuji
- Bahasa yang digunakan jelas dan
mudah difahami
- Bilangan soalan sesuai dengan masa
yang diperuntukkan.
- Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- Skema pemarkahan disediakan

. Bentuk item
1. Bentuk Item Objektif
2. Bentuk Item Subjektif

. Mengesan serta merta

Tujuan mengesan penguasaan hasil
pembelajaran dgn serta-merta semasa
pengajaran harian
-Contoh : Menilai kefahaman dan
pengetahuan serta kemahiran berbahasa
melalui hasil kerja murid.
-Bagaimana ? (Dirancang jika perlu,
individu @ kumpulan, tiada instrumen
khusus )
-Merekod & Melapor : (Perlu direkod
dan dilaporkan jika perlu )
-Tindakan Susulan : (Perlu tindakan
serta-merta seperti; bimbingan,
teguran, nasihat dan pujian)

.mengesan kemajuan

Tujuan mengesan kekuatan dan
kelemahan selepas beberapa
pembelajaran
Bagaimana?(Perlu dirancang, individu @
kumpulan, gunakan instrumen seperti -
lembaran kerja dan ujian bertulis )
-Merekod & Melapor (perlu direkod dan
dilaporkan jika perlu)
-Tindakan Susulan (Perlu tindakan
susulan )
-Contoh : menilai laporan bertulis dan
menilai murid melalui ujian: objektif @
subjektif

.mengesan pencapaian

Tujuan mengesan pencapaian selepas
beberapa pembelajaran
-Bagaimana? (Perlu dirancang, secara
individu, gunakan ujian bertulis)
-Contoh : Melalui ujian bertulis seperti
ujian objektif dan subjektif
-Tindakan susulan (Harus diambil jika
perlu )
-Merekod & melapor (Perlu direkod dan
dilapor )

.Penilaian penulisan dilakukan dengan
menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual,
graf atau carta.

.Kemahiran yang diukur dalam kemahiran
menulis ialah :
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan /
cadangan




RUJUKAN INTERNET

You might also like