You are on page 1of 63

DR HAJI ZAKARIA MOHD ARIF

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


IPG KAMPUS DARULAMAN
TAJUK 1
KONSEP ASAS
PENTAKSIRAN
BILIK DARJAH
KONSEP ASAS PENTAKSIRAN
BILIK DARJAH
Pengujian merupakan satu prosedur yang
sistematik untuk mengukur perubahan
sebahagian daripada semua aspek tingkah laku
seseorang individu terhadap pembelajarannya.

Pengujian juga boleh didefinisikan sebagai


penggunaan instrumen atau alat yang cuba
menguji sebahagian tingkah laku pelajar.
• Pengujian bertujuan untuk menentukan
pencapaian seseorang murid dalam sesuatu
pembelajaran dan berguna dalam usaha
menempatkan murid dalam kumpulan belajar
yang sesuai.
• Pengujian dapat dilaksanakan dengan cara
mengadakan pemerhatian, ujian bertulis atau
ujian lisan.
• Pengujian biasanya dilaksanakan selepas satu atau
beberapa pelajaran diajar.
Pengukuran adalah suatu proses untuk
menghasilkan nilai kuantitatif bagi
menentukan peringkat pencapaian dan
kedudukan murid dalam pembelajaran.
Pengukuran bertujuan untuk membuat
perbandingan pencapaian dan kedudukan
antara murid dalam penguasaan pembelajaran.
Hasil pengukuran amat berguna untuk
pengelasan, pensijilan dan penempatan
murid dalam jurusan yang sesuai.
Pengukuran dilakukan
setelah ujian bertulis,
iaitu mulai dengan
pengiraan markah.
Biasanya pengukuran
diadakan selepas
beberapa pelajaran
dilaksanakan.
Penilaian merupakan proses memperoleh
maklumat dan menggunakannya untuk membuat
keputusan. Penilaian bertujuan untuk memberi
maklumat tentang pencapaian murid, objektif
pembelajaran, kaedah mengajar, dan pelaksanaan
kurikulum.
• Penilaian berguna untuk membaiki rancangan
mengajar, kurikulum, pengesanan punca
kelemahan, dan membuat ramalan.
• Penilaian dibuat berdasarkan jadual atau gred
yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan
(statistisk).
• Penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa
dan selepas satu atau beberapa pelajaran.
• Penilaian mengandungi aspek-aspek
pengujian, pengukuran, penganalisaan, dan
penyimpulan.
PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu proses untuk


mendapat maklumat tentang prestasi pelajar dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks
pendidikan, pentaksiran adalah proses untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi pelajar
dalam pembelajaran.
PENTAKSIRAN

• Ujian bertulis • Projek


• Ujian lisan • Amali
Pengujian • Pemerhatian • Tugasan
• Temubual

• Skor
• Markah
Pengukuran
• Gred
• Skala Band

Penilaian
TAJUK 2
PERANAN DAN
TUJUAN
PENTAKSIRAN DALAM
PENDIDIKAN
Pelaporan Pencapaian
• Pentaksiran memberi maklum balas
kepada guru dan pelajar. Dengan
mendapatkan maklumat, guru dapat tahu
setakat mana objektif pelajaran telah
dicapai.
• Guru juga dapat menentukan kemajuan
dan prestasi pelajar dalam pembelajaran.
Maklum balas ini membantu guru membuat
penilaian tentang pengajarannya.
• Pentaksiran merupakan punca
penggerak atau motivasi untuk
pembelajaran. Pentaksiran dapat
menggerakkan pelajar untuk belajar
bersungguh-sungguh supaya dapat lulus.
• Pentaksiran diguna untuk mengesan
punca kelemahan. Ujian bersifat
diagnostik dalam bilik darjah dapat
mengesan punca kelemahan pelajar.
Pemilihan/Penempatan
• Keputusan daripada ujian atau
peperiksaan digunakan sebagai asas untuk
memilih dan menempatkan pelajar dalam
satu-satu kursus yang sesuai. Ujian dalam
bilik darjah juga boleh digunakan.
• Sebagai contoh, keputusan ujian menjadi
kriteria untuk mengumpulkan pelajar
kepada kumpulan kecil untuk aktiviti
pengajaran berdasarkan tahap kebolehan
mereka.
• Keputusan pentaksiran juga boleh
digunakan untuk memilih pelajar yang
layak untuk melangkau kelas dan
keputusan SPM dan STPM menjadi
kriteria untuk pelajar melanjutkan
pelajaran ke universiti.
• Keputusan pentaksiran juga digunakan
untuk memilih pekerja dalam sektor
swasta dan kerajaan.
Diagnosis
• Penilaian atau pentaksiran Diagnostik
dijalankan pada permulaan pengajaran atau
unit untuk sesuatu subjek bagi mentaksir
kesediaan pelajar dan sebagai latar belakang
kepada apa yang akan diajar.
• Pentaksiran pra-pengajaran dilakukan
apabila anda memutuskan perlunya
maklumat tentang seorang atau sekumpulan
pelajar, ataupun seluruh kelas sebelum anda
boleh meneruskan dengan pengajaran yang
berkesan.
• Sebagai contoh, anda boleh melaksanakan
Ujian Bacaan untuk pelajar Tahun Satu
bagi mentaksir tahap pembacaan mereka.
Berdasarkan maklumat tersebut, anda
mungkin berikan pembaca lemah
intervensi yang khusus atau pun tindakan
pemulihan.
Maklum Balas Kepada
Ibu Bapa
• Keluarga ingin mengetahui kemajuan anak
mereka di sekolah.
• Dengan menunjukkan contoh kerja anak
mereka daripada semasa ke masa akan
membolehkan ibubapa mentaksir
perkembangan dan kemajuan anak
mereka.
• Adalah penting memberi tahu cerita
sepenuhnya apabila melaporkan maklumat
tentang kemajuan pencapaian pelajar.
Kegunaan Pentadbiran
Sekolah
• Sekolah mengumpul maklumat tentang
pentaksiran bagi memastikan sejauh mana
pencapaian sekolah berbanding sekolah
lain bagi semester atau tahun tertentu.
• Keputusan pentaksiran juga bertujuan
membuat perbandingan prestasi dari tahun
ke tahun bagi sekolah tertentu.
Berdasarkan keputusan, pentadbir sekolah
mungkin mengambil langkah tertentu untuk
memperbaiki kelemahan.
Pentaksiran Pentaksiran Pentaksiran
tentang untuk sebagai
Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran
• Assessment of • Assessment for • Assessment as
Learning Learning Learning
PENTAKSIRAN TENTANG
PEMBELAJARAN

(Assessment of Learning)
 Pentaksiran tentang pembelajaran bermaksud proses
pengumpulan maklumat untuk mengesan tahap
pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah pelajar
selesai mengikuti sesuatu kursus, unit pembelajaran atau
program dalam tempoh yang ditetapkan.
 Ia dilaksanakan pada akhir segmen pengajaran, contoh,
pada akhir semester, atau pada akhir tahun akademik.

 Tujuan ialah untuk menentukan sama ada pembelajaran


disempurnakan secukupnya untuk mengalih pelajar ke
segmen pengajaran berikut.
 Ia digunakan untuk memberi gred kursus atau untuk
pensijilan tentang penguasaan pelajar dalam hasil
pembelajaran yang diingini.
 Dalam konteks bilik darjah sekolah Malaysia, pentaksiran
tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan
tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi
murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun
tertentu.
 Semua eviden bagi pentaksiran tentang pembelajaran
wajib dikumpulkan dalam portfolio.
 Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan
dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan.
 Pelaporan tentang pencapaian murid dalam
pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk
markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif
sebahagian atau kesemuanya.
 Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernyataan
keputusan, profil atau testimoni.
 Antara tujuan pentaksiran tentang pembelajaran :
1) Menyediakan satu rumusan penghakiman mengenai
apa yang telah dipelajari
2) Menentukan tanda aras mengenai apa yang murid
boleh buat dan prestasi sekolah
3) Menggalakkan intervensi selanjutnya
PENTAKSIRAN UNTUK
PEMBELAJARAN

(Assessment for Learning)


 Secara umumnya, pentaksiran untuk pembelajaran
merupakan sebahagian daripada pengajaran dan
pembelajaran dan maklumat yang diperoleh daripada
aktiviti-aktiviti pentaksiran boleh digunakan untuk
membentuk proses pengajaran dan pembelajaran.
 Ia direka bentuk untuk merangsang pengajaran serta
menambahbaik pembelajaran.
 Ia juga memberi peluang kepada murid untuk
menghasilkan sesuatu hasil yang akan
memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan
pemahaman mereka.
 Dalam konteks sekolah di Malaysia, pentaksiran untuk
pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan
yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru
menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid.
 Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau
dan membantu proses pembelajaran.
 Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam
mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi
memenuhi keperluan semua murid.
 Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.

 Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui


pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan
dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah
atau tugasan dalam kelas.
 Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh
digunakan dengan berkesan bagi menyokong
pentaksiran untuk pembelajaran.
 Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang
sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya
maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang
betul.

 Maklum balas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan


perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan
atau persaingan.

 Maklum balas perlu mengandungi tiga elemen berikut:

1) Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk


kepada standard prestasi yang ditetapkan
2)Tahap pembelajaran yang diharapkan
3) Maklumat untuk merapatkan jurang antara
kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang
diharapkan.
 Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan
terhadap analisis, perkembangan pembelajaran murid
dan maklumbalas, bukan semata-mata merekod skor.

 Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara


berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya
secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada
bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan
seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.
 Secara ringkasnya, pentaksiran untuk pembelajaran
akan:

1) Menyediakan maklumat pembelajaran murid


untuk kedua-dua murid dan guru

2) Menggalakkan kejayaan untuk semua

3)Membolehkan refleksi berterusan tentang apa


yang murid tahu masa kini dan apa yang mereka
perlu tahu selepas ini.

4) Menggalakkan intervensi semerta dan hubungkaitkan


penghakiman kepada kehendak pembelajaran
PENTAKSIRAN SEBAGAI
PEMBELAJARAN

(Assessment as Learning)
 Ini adalah proses membentuk dan menyokong
metakognisi bagi setiap murid. Pentaksiran sebagai
pembelajaran memberi tumpuan atau memberi fokus
terhadap peranan murid sebagai penghubung yang
kritikal antara pentaksiran dan pembelajaran. Apabila
murid bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran dan
berupaya menjadi pentaksir yang kritikal biasanya
mereka memahami dan berupaya mengesan informasi
dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan
maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan
menggunakannya untuk tujuan pembelajaran.
 Pentaksiran sebagai pembelajaran menekankan
tumpuan kepada pelajar dan menekankan pentaksiran
sebagai proses metakognisi (pengetahuan tentang
proses pemikiran sendiri pelajar)

 Pentaksiran sebagai pembelajaran merujuk kepada


proses pembelajaran individu yang bukan sekadar
memindahkan idea daripada seseorang yang berilmu
kepada seseorang yang tidak tetapi adalah satu
proses aktif dalam penyusunan semula kognitif yang
berlaku apabila individu berinteraksi dengan idea-
idea baru.
TAJUK 3

CIRI DAN PRINSIP


PENTAKSIRAN
Keesahan

Keobjektifan Kebolehpercayaan
PRINSIP & CIRI-CIRI
PENTAKSIRAN

Kemudahtafsiran Kebolehtadbiran
1
• Merujuk kepada :

Sejauhmana sesuatu ujian itu benar-benar menguji


perkara-perkara yang hendak diuji itu.

• Secara ringkasnya, ia bermaksud sesuatu ujian


sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur.
• Kesahan ujian adalah berdasarkan kepada tujuan ujian itu
diadakan.
• Kesahan terdiri daripada empat jenis kesahan.
Kesahan
Kandungan

Kesahan Kesahan
Konstruk Kesahan Ramalan

Kesahan
Serentak
KESAHAN KANDUNGAN

• Kesahan ini menentukan setakat mana ujian tersebut


meliputi bidang ujian yang hendak diuji.

• Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur.

• Untuk mencapai kesahan isi, kandungan ujian hendaklah


ditentukan dan selaras dengan tujuan ujian itu diadakan,
peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk
dan sebagainya.
• Antara ciri-ciri kesahan kandungan ialah :

- Kandungan ujian mewakili perkara yang hendak


diukur atau diuji
- Mengukur penguasaan pengetahuan atau
kemahiran tertentu bagi matapelajaran tertentu

• Guru perlu memastikan setiap konstruk yang diuji


mewakili setiap aspek penting pelajaran yang diajar

• Cara yang baik untuk memastikan kesahan sesuatu


ujian adalah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU).
KESAHAN RAMALAN
• Ketepatan sesuatu ujian meramal kebolehan sebenar
seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas
dalam situasi lain pada masa hadapan.
• Kesahan ramalan dapat ditentukan dengan membuat
penilaian setepat yang mana ramalan yang dibuat
masa kini disahkan daripada maklumat yang
dikumpulkan pada masa hadapan.

Siapa nak
cuba
Kita lihat
terangkan ?
contoh ye
Contohnya

• Seorang murid memperoleh 4 ‘A’ dalam Peperiksaan


Percubaan di sekolah , juga memperoleh pencapaian yang
sama dalam peperiksaan UPSR yang sebenar.
• Dalam kes ini, Peperiksaan Percubaan di sekolah dikatakan
mempunyai kesahan ramalan yang tinggi untuk menentukan
pencapaian murid berkenaan dalam peperiksaan UPSR
tersebut.

• Untuk mendapat kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu


item, item yang dibina hendaklah benar-benar menguji
perkara berkaitan dengan kebolehan, kemahiran atau
kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada masa
hadapan.
KESAHAN KOSTRUK / GAGASAN
• Ciri-ciri sah yang terkandung dalam sesuatu ujian yang
digunakan untuk mengukur tret, tingkahlaku atau tret mental
manusia.

• Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk mengukur sejauh


mana sesuatu ujian dapat mengukur konstruk hipotetikal
berkenaan dengan sifat semulajadi dan tingkahlaku
manusia, misalnya kecerdasan, kreativiti atau ketidaktentuan
perasaan.

• Ini kerana tret tidak boleh diperhatikan secara langsung


tetapi boleh dibuat telahan(ramalan) berdasarkan kepada
kesan tingkahlaku yang boleh diperhatikan.
Pengetahuan: Kemahiran: Nilai :

• Konsep • Kemahiran • Bertanggungja-


• Fakta intelektual wab
• Prinsip • Kemahran • Berkeyakinan
• Kriteria amali • menghargai
• Teminologi • Kemahiran
• Peraturan menyiasat
• kaedah • Kemahiran
mengorganisasi

Konstruk yang ditafsir boleh dikategorikan sebagai


Pengetahuan / kemahiran / nilai
KESAHAN SERENTAK

• Merujuk kepada pencapaian seseorang dalam sesuatu


ujian sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian
yang lain yang diakui sah.
• Ia merupakan hubungkait antara skor ujian dengan
kumpulan murid berdasarkan kriteria tertentu.
• Ujian ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka
masa yang pendek.
• Sesuatu ujian mempunyai kesahan serentak yang tinggi
jika item-item ujian dapat mengesahkan pengukuran
suatu ciri atau menunjukkan ketekalan dalam
pengukuran.
2
• Kepercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian yang
ada ketekalan atau ketetapan dalam skor ujian.
• Ringkasnya, kebolehpercayaan ujian dirujuk kepada ketekalan
prestasi pelajar dalam dua ujian yang sama yang diurus pada
masa yang berlainan.

• Contohnya, seorang calon memperoleh 80 markah untuk ujian


matematik dan kemudiannya memperoleh markah yang sama
apabila ujian yang sama diberikan selepas seminggu.

• Dalam kes ini, ujian tersebut dikatakan mempunyai


kebolehpercayaan yang tinggi.
Uji - Ulang
Uji (test-
retest)

Cara bentuk
CARA UNTUK setara
Cara Kuder-
MENENTUKAN (equivalent
Richardson KEBOLEHPERCAYAAN forms
method)

Cara bahagi
dua (split
half)
(i) Kaedah ujian semula (Ulang uji)
• Kaedah ujian semula memerlukan dua pengurusan ujian
yang sama terhadap individu kumpulan yang sama, dengan
pengiraan terhadap pertalian koefisien di antara dua set
markah.
• Kaedah penghasilan pertalian atau analisis perbezaan
mungkin digunakan untuk mengira koefisien.
• Dalam persekitaran sekolah, sumber kesilapan yang terbaik
dalam kebolehpercayaan ujian semula adalah disebabkan
perubahan terhadap pelajar itu sendiri.
• Jika ujian pengetahuan dilakukan, mereka akan sentiasa
sedar akan soalan yang akan ditanyakan dalam ujian
semula dan jawapan mereka berikan adalah jawapan pada
ujian yang pertama.
(ii) Kaedah bentuk selari

• Kaedah ini memerlukan pentadbiran yang selari atau sama banyak


terhadap ujian yang diberikan kepada kumpulan yang sama dan
pengiraan berkaitan koefisien antara dua set markah.
• Kedua-dua bentuk ini dapat dilakukan semasa waktu ujian yang
sama atau dalam dua waktu yang berlainan dengan masa yang
terhad.
• Masalah yang selalu timbul dengan kaedah ini adalah
menganggarkan kesukaran kebolehpercayaan dalam membentuk
dua set yang selari dalam isi kandungan dan ciri-ciri sifat tersebut.
• Jika ujian ini dilakukan dalam masa yang singkat, pembelajaran,
motivasi dan keadaan penilaian tidak akan mempengaruhi pertalian
koefisien.
• Ujian kebolehpercayaan yang dilakukan dalam pendidikan
selalunya menggunakan kaedah ini.
(iii) Kaedah pembahagian setengah
(split-half)
• Ujian kaedah pembahagian setengah ialah ujian pengukuran
ketekalan dalaman.
• Apabila kaedah ini digunakan, ujian akan dibahagikan
kepada setengah dan markah di antara kedua-duanya
berkait rapat.
• Kaedah ini memerlukan satu pelaksanaan terhadap ujian
tersebut dan tidak memerlukan pembentukan ujian kedua.
• Melalui kaedah ini, ia mungkin akan membentuk satu
perkembangan pertalian koefisien.
• Ia selalunya digunakan untuk menganggarkan
kebolehpercayaan koefisien untuk ujian pengetahuan.
• Ia juga boleh digunakan terhadap ujian kemahiran yang
berhubungkait.
(iv) Kaedah Kuder Richardson Formula 21
• Kaedah Kuder Richardson digunakan untuk
menentukan nilai kebolehpercayaan dengan
menggunakan ujian sahaja.
• Kaedah ini sentiasa digunakan untuk Ujian kognitif bilik
darjah .

• Dua asas andaian dalam kaedah ini ialah:

i. Jenis ujian boleh dikira 1 untuk betul dan 0 untuk


salah (dikotomi);

ii. Jumlah markah adalah sama jumlah terhadap


markah jenis ujian.
• Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan
(reliability) instrumen amat penting bagi
mempertahankan kejituan soalan
daripada terdedah kepada kecacatan.

• Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan


kebolehpercayaan ujian maka semakin jitu soalan
yang akan diperoleh bagi
menghasilkan permarkahan yang baik
dan berkualiti.
3
• Merujuk kepada setakat mana pemeriksa dapat memberikan
markah yang sama dengan skrip jawapan yang mempunyai
jawapan yang sama.
• Sekiranya pemeriksa boleh memberikan markah yang sama
dengan jawapan-jawapan mengikut skema pemarkahan, maka
ujian tersebut dikatakan mempunyai ciri keobjektifan yang amat
tinggi.
• Ujian objektif merupakan ujian yang mempunyai ciri keobjektifan
yang tinggi kerana pemarkahan tidak dipengaruhi oleh faktor
kemahiran dan emosi seseorang pemeriksa.
• Manakala ujian subjektif mempunyai keobjektifan yang rendah
kerana skor yang diberi mungkin berbeza antara pemeriksa
walaupun diberi kertas jawapan yang sama.
4
• Merujuk kepada kelicinan pelaksanaan ujian itu
samada diadakan di dalam bilik darjah atau di dewan
peperiksaan.

• Kebolehtadbiran merangkumi aspek-aspek penyediaan


bilik peperiksaan, pengedaran kertas soalan, memberi
arahan, pengawasan, pengutipan skrip jawapan serta
pemarkahan.

• Arahan yang jelas dan mudah serta tempoh masa ujian


perlu diberi perhatian.
5
• Merujuk kepada setakat mana hasil pencapaian calon dapat
ditafsirkan dengan jelas mengikut objektif penilaian.

• Keputusan ujian itu haruslah mudah dikumpulkan dan


ditafsirkan supaya dapat memberi gambaran yang jelas serta
tepat berdasarkan aspek berikut :
1. Pencapaian murid dalam kelas
2. Kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid
3. Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran
4. Kesesuaian strategi-strategi pengajaran dan bahan
bantuan mengajar yang digunakan
5. Kesesuaian aras kesukaran item ujian
• Secara ringkasnya,
kemudahtafsiran
bermaksud markah yang
diperolehi dapat ditukar
kepada data statistik
seperti peratus, min,
sisihan piawai dan dengan
mudah.

• Data yang ditafsir dengan


betul dan diaplikasikan
secara berkesan akan
menyumbang ke arah
keputusan pendidikan dan
tindakan selanjutnya.

You might also like