You are on page 1of 10

 Merungkai standard merupakan suatu strategi yang mudah untuk guru

mengenal pasti kemahiran dan pengetahuan kandungan yang


diperlukan dalam sesuatu mata pelajaran untuk memastikan murid
dapat belajar dengan jayanya.

 Proses merungkai standard ini dibangunkan oleh Larry Ainsworth


(2003), yang merupakan suatu proses di dalam bilik darjah yang dapat
menjelaskan tentang perkara yang murid perlu tahu dan boleh lakukan
bagi sesuatu mata pelajaran.
Konsep Merungkai
Standard
 Sebelum memulakan proses merungkai standard, guru haruslah
merujuk kepada dokumen kurikulum yang telah disediakan oleh KPM,
iaitu: DSKP ( Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran )
 Dokumen tersebut mengandungi 3 jenis standard iaitu:

STANDARD STANDARD STANDARD


KANDUNGAN PEMBELAJARAN PRESTASI
Standard Kandungan

Merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut


ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
 Satu penepatan kriteria atau penunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi standard kandungan.

 Juga merupakan kenyataan khusus tentang perkara yang murid patut tahu
dan boleh lakukan dari segi pengetahuan atau konsep yang difahami dan
keupayaan melakukan sesuatu yang membolehkan murid menunjukkan
keupayaan mereka dalam penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam bentuk yang boleh diukur.
Standard Prestasi
 Merupakan pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid
yang diukur berdasarkan standard dan juga menunjukkan kedudukan
murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajaraanya.

Perkembangan atau kemajuan murid dijelaskan dengan satu atau lebih


qualifier dengan menggunakan perkataan yang menggambarkan standard
dalam bentuk hasil pembelajaran.
 Merungkai Standard bermaksud guru perlu menganalisis dan
mengenal pasti pengetahuan (konsep) dan kemahiran yang terdapat
dalam standard dan indikator.
Pernyataan umum tentang hasil
pembelajaran, iaitu perkara yang
murid perlu tahu dan boleh lakukan.

Ialah hasil pembelajaran mata


pelajaran bagi sesuatu tahap yang
khusus (Tahun/Tingkatan)
 Penjajaran merupakan satu prinsip penting dalam teori kurikulum yang menjelaskan
bahawa tugasan pentaksiran perlu dijajarkan mengikut perkara yang perlu dipelajari
oleh murid.

 Menurut Biggs dan tang (2011), konstruktif berasal daripada teori konstruktivisme
yang merujuk idea bahawa murid membina (konstruksi) pengetahuan mereka.

 Hal ini bermaksud, pengetahuan yang dibina merupakan hasil daripada konstruksi
kognitif melalui aktiviti dengan membuat struktur, kategori, konsep dan skema yang
diperlukan untuk membentuk pengetahuan tersebut.
Konsep Penjajaran
Konstruktif
 Penjajaran konstruktif bermula dengan andaian bahawa murid membina
pembelajaran mereka melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang relevan.

 Guru perlu memastikan bahawa komponen-komponen penting dalam


pengajaran seperti kurikulum dan hasil pembelajaran yang hendak dicapai,
kaedah pengajaran yang digunakan serta tugasan pentaksiran adalah sejajar
antara satu sama lain. (Biggs 1999)

 Penjajaran konstruktif merupakan sistem tersebut yang pendekataanya merujuk


reka bentuk kurikulum yang mengoptimumkan kaedaan-kaedaan untuk
pembelajaran berkualiti.

You might also like