You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU


SJHK2082R
(PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH)
TUTORIAL 3

NAMA AHLI KUMPULAN :


(1) MUHAMAD NAZRULHISHAM BIN NASIR
(2021122390049)
(2) NOR AIZIESHARIE BIN ALIAS
(2021122390052)
(3) NUR SYUHADA BT HASHIM
(2021122390058)

OPSYEN / AMBILAN : PDPP AMBILAN JUN 2021


TAJUK TUTORIAL : Jelaskan Penggunaan JSU

NAMA PENSYARAH: DR. ANITA HJ ABU HASAN

Pendahuluan
Perancangan pembangunan negara memerlukan blue print bagi memastikan hala
tuju pembangunan negara tercapai. Perancangan ujian juga seperti perancangan
pembangunan negara yang turut memerlukan satu blue print. Blue print ini
mengandungi maklumat tentang setiap aspek pembinaan ujian dan dikenal sebagai
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Tyler (1991) menyarankan empat perkara yang
harus dijadikan asas dalam merancang ujian,iaitu pembentukan objektif dalam
bentuk tingkah laku yang diharapkan,penentuan pengalaman belajar dan isi
pelajaran yang boleh digunakan untuk mencapai perubahan dalam tingkah
laku,mengorganisasikan pengalaman pelajar supaya kesan kumulatif dapat
mewujudkan kecekapan dalam perubahan tingkah blaku, dan mentaksir pengalaman
pelajar sama ada berkesan atau sebaliknya.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), merupakan blueprint bertulis yang terperinci


mengenai sesuatu ujian yang merangkumi huraian objektif dan sasaran berasaskan
domain Taksonomi Bloom dan Anderson,kandungan atau bidang- bidang prestasi
yang diliputi,jenis-jenis item dan bilangan item untuk setiap bidang kandungan atau
prestasi,aras kesukaran item dan jumlah item yang diuji. JSU mempunyai maklumat
penting tentang sesuatu ujian yang dibina mengikuti subjek yang dipelajari oleh
murid. Hal ini kerana, setiap item yang dibina bergantung kepada tajuk dan masa
pengajaran yang dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping
itu, pembinaan item juga bergantung kepada hasil pembelajaran yang dinyatakan
dalam setiap kali sesi pengajaran.

Kepentingan Penggunaan JSU

Tujuan utama penyediaan JSU adalah untuk memastikan kesahan dan


kebolehpercayaan ujian yang digubal. Diantara perkara yang diambil kira dalam
penggubalan JSU ialah bentuk item ujian, kandunagn yang diukur,kemahiran yang
diuji,jenis item,bilangan item,aras kesukaran dan pengagihan markah.Oleh yang
demikian,Jadual spesifikasi Ujian (JSU) perlu disediakan terlebih dahulu sebelum
pembinaan ujian. Pembinaan ujian merupakan komponen yang penting dalam
sesuatu perancangan ujian. Oleh itu,JSU boleh digunakan sebagai garis panduan
kepada pihak yang menyediakan sesuatu ujian dengan jelas dan terperinci sebagai
panduan penting bagi guru untuk mendapatkan keputusan pentaksirann yang
dijalankan mendapat kesahan yang tinggi dan kebolehpercayaan yang mempunyai
tahap ketekalan yang tinggi dalam menunjukkan prestasi seseorang murid.

Pembinaan JSU merupakan satu langkah penyediaan soalan ujian bagi guru.
Hal ini dapat memudahkan guru menyediakan soalam-soalan ujian berdasarkan
standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu,
JSU dapat dijadikan panduan kepada penggubal soalan. Hal ini demikian kerana
aspek penting yang dimasukkan dalam JSU ialah topik dan huraian subtopik,Objektif
hasil pembelajaran turut dikaji bagi memastikan aras kemahiran dan kesukaran yang
ingin dicapai dalam seseuatu topik dibuat mengikut kehendak sukatan pelajaran.
Matlamat utama sistem pendidikan di Malaysia adalah untuk memenuhi hasrat yang
ingin dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Selain itu, pembinaan JSU juga dapat memastikan ujian tidak dibina secara
sembarangan sebaliknya mengikut sukatan,huraian dan kehendak ujian. Guru akan
memastikan ujian yang dibina adalah berdasarkan kehendak soalan yang dibina. Hal
ini dapat mengelakkan soalan ujian yang dibina berlang atau terlalu kerap
dikeluarkan. Di samping itu, JSU juga dapat memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan ujian terjamin. Hal ini demikian kerana aras kemahiran dan
kesukaran yang dibina adalah berdasarkan kajian terhadap kandungan pelajaran.
Malah,selepas ujian dikendalikan oleh guru, nilai kesahan dan kebolehpercayaan
ujian juga dibuat.

Tambahan lagi,guru juga perlu memastikan taburan soalan mengikut tajuk


adalah seimbang. Berdasarkan standard pembinaan item ujian,aras kesukaran
hendaklah mengikut nisbah 5:3:2. Oleh itu,penggunaan JSU dapat menjamin nisbah
ars kesukaran soalan dipatuhi olehb guru ketika menyediakan soalan. Aras
kesukaran ujian juga akan dapat dikekalkan dari tahun ke tahun walaupun item
dibina oleh pembina lain.

Selain itu, JSU yang dibina juga dapat menentukan bidang dan pemberatan
ujian secara seimbang. Pembahagian bilangan soalan objektif dan subjektif dapat
dibahagikan mengikut jam interaksi topik dan subtopik tersebut. Soalan ujian juga
dapat dibuat mengikut topik atau subtopik yang telah diajar. Sebagai contohnya,jika
tujuan ujian adalah untuk menguji pencapaian pelajar pada pertengahan tahun,maka
guru dapat menyediakan soalan mengikut pembahagian jam interaksi bagi topik-
topik yang telah diajar.

Penutup

Seacar tuntasnya, JSU memainkan peranan yang penting dalam sesuatu penilaian.
Individu-individu yang terkaitan dengan ujian seperti calon, pendidik yang mengajar
dan ibu bapa mepunyai hak dalam maksud kata sebenarnya menolak sesuatu ujian
tersebut jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang terhasil daripada ujian
sedemikian tidak layak digunapakai untuk tujuan pemilihan, pengkelasan atau
bimbingan. Konkulsinya, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajaran, dan
prosedur penilaian perlu dititikberatkan agar ciri-ciri JSU yang baik dapat dibina.

Rujukan

Dr.Tiwi Kamidin, Dr Haminah Suhaibo. 2016. Pentaksiran dalam Pembelajaran


Sejarah. Sasbadi.

Boon Pong Ying, Lee Leh Hong dan Lawrebce Aloysius Aeria. 2017.
Pentaksiran dalam Pendidikan. Oxford Fajar.

You might also like