You are on page 1of 6

PENTAKSIRAN PORTFOLIO

Pentaksiran alternative
Koleksi kerja
Pentaksiran berterusan
Bersifat multi-dimensi
Penekanan ke memantau kemajuan
Mengutamakan proses kerja

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN PORTFOLIO

PORTFOLIO
BERORIENTASIKAN
PROSES

PORTFOLIO
BERORIENTASIKAN
PRODUK

Memasukkan draf-draf dan


perubahan/penambahbaikan(proses)
bukti kemahiran pelajar berkembang

koleksi kerja-kerja terbaik


matlamat ke dokumentasi dan
refleksi (bukan proses)

PERANAN PENTAKSIRAN PORTFOLIO

Guru boleh kenal pasti kekuatan / kelemahan pelajar


Pelajar boleh membuat refleksi
Pelajar menjadi lebih bertanggungjawab
Pelajar terlibat dalam pentaksiran
Keutamaan kepada peningkatan pembelajaran dan bukan pendarjatan

PENTAKSIRAN AUTENTIK

Sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini akan


diubah secara berperingkat

menjelang tahun 2011. Dengan ini, satu sistem

pentaksiran baru akan diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat


memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang memerlukan insan mulia sebagai
peneraju generasi akan datang. Kini, ramai di kalangan ibu bapa berpendapat
bahawa peperiksaan atau ujian bertulis tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem
pendidikan kita terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah
kerana, terdapat ketidakadilan dari segi item ujian yang bersandarkan kepada
norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat yang boleh
mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman&Pearson,1990).
Pentaksiran autentik merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada
ketidakadilan ini. Ini adalah kerana sifat pentaksiran autentik yang menyeluruh
boleh diguna pakai dalam mentaksir setiap perkembangan kanak-kanak melalui
instrumen yang pelbagai. Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan
bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Penaksiran autentik ini meliputi
penaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman
mendalam,

penyelesaian

masalah,

kemahiran

sosial,

sikap

terhadap

persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain,
penaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai
bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,
kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace, (1992),
penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara
realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan penaksiran
yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma
yang sering digunakan dalam penaksiran autentik.(Sumber: Buku
Assessment

of

Educational

Students)

Melalui penaksiran autentik ini, ia dapat memberi peluang kepada kanakkanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada
mereka melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak

tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di sekolah sahaja. Terdapat


pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan
penaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot
dan pelbagai lagi. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa, penaksiran autentik ini
adalah subset kepada alternatif proses penaksiran yang mana ia menggunakan
spektrum yang lebih luas untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih
menyeluruh dan bukan hanya tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum
yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan
seharian pelajar dan bermakna.
TUJUAN PENTAKSlRAN AUTENTIK
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam
menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan. Antara
tujuannya ialah:
Membimbing murid menggunakan pengetahuan dengan lebih bermakna.
Mendedahkan murid dengan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,
penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara
kritis)
Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan
penambahbaikkan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam
memperoleh kejayaan pada masa hadapan.
Merangsang murid menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan,
kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.
Mencungkil kemahiran pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar
untuk memperbaiki diri agar dapat dinilai dengan lebih baik lagi pada masa
hadapan.
KEPELBAGAIAN KAEDAH PENTAKSIRAN AUTENTIK

O Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah penaksiran


autentik

dan

tingkahlaku

kanak-kanak

yang

boleh

diperhatikan

dan

didokumentasikan. Contohnya adalah seperti berikut :


Temubual / Bersoal jawab - Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar
belakang, aktiviti, minat dan lain-lain lagi
Penceritaan semula / Bercerita - Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman
atau melalui pembacaan mereka
Sampel penulisan - Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui
penulisan.
Pameran - Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan
projek atau pameran melibatkan persembahan atau pameran.

Eksperimen/ Demostrasi - Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen,

melaksanakan

prosedur

mengikut

langkah

yang

ditetapkan

dan

mendokumentasikan hasil eksperimen.

Pemerhatian

guru

Guru

melakukan

pemerhatian

dengan

mendokumentasikan tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan


kerjasama di dalam aktiviti kelas.
Portfolio - Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat
perkembangan dari masa ke semasa.
Kaedah yang dinyatakan di atas merupakan beberapa kaedah yang boleh
digunakan dalam pentaksiran autentik. Melalui kaedah di atas, guru dapat
melihat perkembangan kanak-kanak

secara menyeluruh contohnya dari segi

kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, sahsiah dan lain lain lagi.

3 Jenis Penaksiran Autentik yang sesuai dilaksanakan bagi mata pelajaran


Pendidikan Islam
1. Eksperimen / Demonstrasi
Eksperimen atau Demonstrasi merupakan salah satu pentaksiran autentik
yang sering digunakan dalam mengakses tahap kefahaman murid tentang topik
yang diajar. Penilaian ini berkait rapat dengan mata pelajaran Ibadat dan ia
dilakukan di Musalla. Ia berkaitan dengan perlakuan solat yang merangkumi
Solat Fili (Perbuatan Solat) dan Solat Qauli (Bacaan Dalam Solat). Dalam
penaksiran ini, murid dikehendaki melakukan amali solat secara individu dan
guru

akan

membuat

penilaian

berdasarkan

perlakuan

solat

yang

didemonstrasikan oleh murid.


Penilaian ini juga dibuat dalam mata

pelajaran Al-Quran iaitu penilaian

bacaan secara Talaaqi Musyafahah. Ia bermaksud murid dikehendaki membaca


ayat-ayat Al-Quran berhadapan dengan guru. Murid akan diberikan markah dan
juga penambahbaikkan terhadap bacaan murid secara langsung . Penaksiran ini
amat sesuai dilaksanakan bagi Ujian Penilaian Kelas Kafa bagi murid Tahun 5
dan Penilaian Asas Fardhu Ain bagi murid Tahun 6.
2. Temuabual/Bersoal jawab
Kaedah ini sesuai digunakan bagi semua elemen dalam mata pelajaran
Pendidikan

Islam. Pada

tahun

2011, murid-murid Tahun

Satu

secara

keseluruhannya akan dinilai prestasi mereka melalui Pentaksiran Berasaskan


Sekolah. Melalui kaedah ini, guru-guru boleh menilai tahap kefahaman murid
sebaik sahaja selesai proses pengajaran dan pembelajaran atau di luar waktu
pembelajaran. Murid akan dinilai secara individu dengan menggunakan
instrumen yang berkaitan. Markah akan diberi berdasarkan jawapan yang diberi
oleh murid dan guru akan menanda tahap prestasi mengikut aras (band) yang
telah ditetapkan. Semua standard prestasi murid bagi semua mata pelajaran
akan di key in ke dalam satu program PBS secara online dengan Lembaga
Peperiksaan Malaysia.

Berdasarkan pengalaman, kaedah ini memudahkan tugas guru kerana ia


tidak mengambil masa yang panjang dan juga tidak membebankan murid. Murid
akan dikategorikan mengikut tahap masing-masing. Dalam hal ini, Guru
Pendidikan dan Guru jQaf akan bergabung tenaga untuk memberi aktiviti
pengukuhan dan pengayaan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dan
pemulihan kepada murid yang belum menguasai kemahiran.
3. Pemerhatian Guru
Pemerhatian adalah satu bentuk penilaian autentik yang membantu guru
membimbing murid meningkatkan keupayaan mereka secara individu. Ia
bertujuan membantu murid mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi
daripada mata pelajaran yang berlainan dalam kehidupan seharian. Ia boleh
digunakan untuk mengesan hasil pembelajaran dengan serta merta dan
mengesan kekuatan dan kelemahan murid selepas beberapa kali proses
pembelajaran dengan menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak
atau catatan anekdot.
Proses pemerhatian berlaku secara timbal balik dan sepadu di mana
sambil mengajar murid membaca Al Quran secara Tallaqi Musyafahah, seorang
guru membuat pemerhatian sama ada murid tersebut telah menguasai apa yang
dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada murid tersebut perlu mengulang
balik atau beralih ke bacaan yang lebih tinggi. Di samping itu, guru akan
menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa
proses tersebut berjalan. Dalam hal ini guru tidak perlu mengadakan ujian atau
peperiksaan yang formal tetapi tetap menggunakan proses pengajaran,
pembelajaran dan pentaksiran yang sepadu.

You might also like